Rabu, 23 Mac 2011

NAK TERGELAK...MACAM CLEAR SANGAT....MACAM ORANG TAK TAHU CERITA DIA NI...SOK LIHAT VIDEO SENDIRI DIPADANG MAHSYAR...SABIT...NERAKA MENUNGGUNYA...

'Datuk T' mahu s'jaya diraja siasat video seks
Jimadie Shah Othman
Mac 23, 11
4:45pm


Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik - yang mengakui antara tiga orang di sebalik penayangan video seks - mahu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan ketulenan klip itu.

Katanya, suruhanjaya itu perlu turut dianggotai tiga ketua parti pembangkang pembangkang, termasuk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

NONETurut hadir di sidang akhbar yang diadakan secara tergesa-gesa di ibu negara itu, seorang lagi anggota 'Datuk T' - singkatan bagi perkataan "Trio " - ialah ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah.

Aggota ketiga - bendahari Pertubuhan Pribumi Perkara (PERKASA) dan bekas senator, Datuk Shuib Lazim - tidak hadir.

Video seks selama 20 minit itu memaparkan seorang lelaki melakukan aksi seks dengan seorang wanita dalam sebuah bilik hotel.

Suami Dr Wan Azizah yang juga ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau sebagai lelaki dalam video tersebut.

Kerjasama apa sahaja

Sementara itu, Rahim mencadangkan anggota lain suruhanjaya diraja itu boleh melibatkan pemimpin NGO, peguam negara, pengamal media dan wakil negara luar.

"Semua ini supaya kebenaran yang ditemui nanti tidak boleh dipersoal," kata Rahim.

azlanDalam masa yang sama, Abdul Rahim meminta Anwar yang sering dirujuknya sebagai "si fulan itu" menimbang meletak jawatan seperti yang dilakukannya sebelum ini ketika berdepan dakwaan tuduhan melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur pada 1994.

Abdul Rahim menegaskan, beliau meletak jawatan kerana dianggap sebagai beban kepada parti walaupun mahkamah memutuskan beliau tidak bersalah.

Sementara itu, mereka juga memberitahu akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis yang menyiasat perkara itu.

"Kita akan berikan apa sahaja kepada pihak polis. Seluar dalam (sendiri) pun kita akan beri kalau dia mahu," selorohnya sambil disambut gelak ketawa pemberita dalam dan luar negara.

Sidang media itu menarik perhatian kira-kira 50 wakil media dari dalam dan luar negara hadir membuat liputan walaupun mendapat notis di saat-saat akhir.


Eskay: 'Saya dalam video itu'
Jimadie Shah Othman
Mac 23, 11
4:59pm


"Saya dalam video itu".

Begitu pengakuan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah - yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T - apabila ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.

NONEShazryl (kiri) yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.

Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.

Menurut seorang pemberita yang menonton video itu, selain seorang wanita dan lelaki mirip Anwar, terdapat seorang lagi dilihat di permulaan video itu. Bagaimanapun, bahagian mukanya tidak kelihatan.

Shazryl hari ini tampil dalam sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik bagi menjelaskan persoalan berhubung identiti Datuk T.

Menariknya, Rahim menjelaskan, Datuk T bukanlah individu, sebaliknya merujuk kepada tiga kawan baik.

"T ini (merujuk pada) trio, three," kata Rahim sambil menambah seorang lagi adalah Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari Pertubuhan Pribumi Perkara PERKASA.

Sahabat setiakawan

Shuib bagaimanapun tidak hadir.

Ditanya mengenai siapakah Datuk T yang sebelum ini dilaporkan masuk mengambil jam yang didakwa milik Anwar dalam bilik hotel, tempat adegan itu didakwa berlaku, Shazryl mengakui orang itu adalah dirinya.

NONEBercakap dalam sidang media di sebuah hotel di ibu negara petang tadi, Rahim mendakwa mereka bertiga - yang disifatkan sebagai "sahabat setiakawan" - tampil mendedahkan video itu kepada media memandangkan Anwar merupakan pemimpin tinggi dalam politik negara.

"Dia pemimpin tinggi, hendak jadi PM. Jadi kita mesti lihat akhlaknya," kata Rahim sambil mendakwa cuma mahu menegakkan kebenaran.

Walaupun memperoleh video itu kira-kira dua minggu lalu, mereka berkata hanya menayangkannya kelmarin kerana baru menemui tempat yang sesuai, dengan mempertimbangkan aspek "keselamatan".

Shazryl mengakui menyimpan video "tunggal" itu anakala Rahim pula mengaku menguruskan tempat tayangannya di sebuah hotel mewah di ibu negara.


Reman trio 'Datuk T' bantu siasatan
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 23 Mac: PAS mahu polis segera bertindak ekoran pengakuan terbuka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan dua lagi rakannya bahawa mereka terlibat dalam pendedahan video seks kelmarin.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pengakuan itu sudah cukup untuk pihak polis mereman mereka untuk melakukan siasatan.

"Pengakuan itu sudah cukup untuk polis menahan mereka," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Rahim yang juga bekas Ketua Menteri Melaka hari ini mendedahkan beliau, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan seorang lagi Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari Perkasa adalah trio yang sebelum ini digelar 'Datuk T'.

Pendedahan itu dibuat dalam satu sidang media, sebelum tempoh 24 jam sidang akhbar Pakatan Rakyat yang mendakwa beliau dan Eskey terlibat dalam pendedahan video itu.

Dengan pengakuan itu juga, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, tidak menolak kemungkinan video itu dirancang oleh mereka untuk memfitnah ketua pembangkang.

"Ada kemungkinan mereka sendiri merancang membuat video fitnah itu.

"Polis kena segera tangkap mereka. Hanya tindakan itu boleh membersihkan imej polis yang sekarang ini didakwa terlibat dalam video ini," tambahnya.

Isnin lalu, satu video seks mengenai seorang lelaki yang mirip ketua umum PKR, Datuk Anwar Ibrahim, didakwa dipertontonkan kepada wartawan dan editor akhbar media perdana dan media alternatif di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur.

Isu itu kemudiannya menjadi lebih besar apabila turut dicampur tangan pemimpin tertinggi Umno BN.

Anwar juga semalam membuat laporan polis dan menafikan penglibatan beliau dalam video itu.


Umno BN rasuah rakyat untuk menang
Suhaimi Mokhtar

Ucapan tahniah dan syabas kepada MP Jerai, Mohd Firdaus Jaafar kerana keberanian, kepekaan dan keprihatinannya membuat pertanyaan di Dewan Rakyat bertanyakan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak tentang jumlah perbelanjaan kerajaan melaksanakan projek-projek segera sepanjang pilihanraya kecil Dun Tenang di Johor pada Januari lalu.

Jawapan bertulis PM menyenaraikan 85 program projek segera telah dilaksanakan sepanjang kempen lebih seminggu pilihanraya kecil Dun Tenang dengan memakan belanja RM5.968 juta. Peruntukan di bawah peruntukan khas PM itu dibelanjakan atas permintaan rakyat setempat terdiri dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan penduduk, Rukun Tetangga dan sebagainya.

Jawapan itu juga menyebut bahawa peruntukan itu termasuk dalam belanjawan 2011. Inilah hakikat yang menyebabkan Umno-BN terus dapat mengekalkan kerusi Dun Tenang dan mengekalkan kuasa pemerintahan setiapkali pilihanraya sejak 1959, pilihanraya pertama selepas merdeka 1957.

Pada mata kasarnya, perbelanjaan ini dibelanjakan atas kehendak dan permintaan rakyat, tetapi jika dibedahsiasat secara halus, ia adalah suatu cara untuk memenangi hati nurani rakyat terutama pengundi untuk mengundi calon Umno-BN dengan merasuah rakyat dengan projek-projek segera ini.

Tanpa adanya pilihanraya kecil tentu tiada projek segera akan dilaksanakan. Perbelanjaan sebanyak hampir RM6 juta itu memasuki kantung-kantung kontraktor-kontraktor Umno BN yang kehausan projek, ketua-ketua cawangan, ketua-ketua bahagian dan suku-sakat mereka. Akhirnya rakyat mengigit jari, menerima hampas-hampas yang tinggal, kerana santannya telah dibolot oleh mereka yang berpengaruh di peringkat cawangan dan bahagian.

Sebab itulah projek yang dilaksanakan kalau dalam bentuk bangunan, bangunan akan runtuh kerana pembinaan tidak mengikut spefikasi, kerana kontraktor orang Umno hanya berminat untuk mengaut keuntungan yang berlebihan dari menjaga kepentingan rakyat.

MP Md Firadus, sebagai pengarah pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat, telah membuat kerja rumahnya dengan membuat pertanyaan sedemikian. Soalan itu mungkin diletak di nombor-nombor yang terakhir bagi mengelakkannya menjadi soalan lisan yang apabila dijawab akan memberi ruang untuk pertanyaan tambahan yang akan menghagatkan lagi persidangan Dewan Rakyat. Oleh kerana soalan itu tersenarai jauh, maka apabila waktu yang diperuntukkan untuk soalan lisan berakhir, soalan berbaki akan hanya menerima jawapan bertulis.

Dianjurkan supaya soalan-soalan seperti ini, yang mungkin bagi sestengah pihak menganggapnya remeh perlu mendapat perhatian dan diasak oleh MP-MP Pakatan bagi mengetahui sejauh mana ketelusan kerajaan dalam berbelanja dan jumlah projek segera dan perbelanjaan yang dibelanjakan bagi merasuah rakyat dalam pilihanraya-pilihanraya negara ini baik pilihanraya kecil atau pilihanraya umum.

Tanyakan juga jumlah program projek segera dan belanja yang dibelanjakan dalam tiap-tiap satu pilihanraya kecil yang sehingga ini telah 16 kali diadakan sepanjang tiga tahun lalu. Dalam pilihanraya kecil yang dimenangi Pakatan sebanyak lapan kali, sebanding dengan yang dimenangi Umno-BN,mungkin perbelanjaan rasuah yang ditaburkan berlibatkali ganda. Rakyat perlu mengetahuinya.

Kalau dalam satu pilihanraya kecil perbelanjaan kempen projek segera berjumlah hampir RM6juta, maka bagaimana pula dengan pilihanraya umum, tentulah belanja dalam jumlah puluhan atau ratusan juta wang rakyat di belanjakan untuk menjamin kekuasaan berterusan parti pemerintah.

Perbuatan merasuah rakayat untuk mendapatkan undi bagi menjamin kuasa pemerintahan berterusan adalah satu cara yang tidak berakhlak yang perlu dihentikan segera. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu bertindak mencegahnya dan SPRM hendaklah bertegas dengan adil bagi menamatkan keadaan ini dari berlarutan bagi menjamin proses demokrasi berjalan mengikut landasan yang adil dan bersih dan bukannya mengikut padang permaianan tidak setara dan samarata yang akan membantut kesuburan demokrasi negara ini.

Sudah 12 kali pilihanraya dan akan menjelang pilihanraya ke-13 akan datang, sewajarnya proses demokrasi makin sihat dan subur, bukannya tambah pincang dan membantutkan penuh dengan ketidakadilan dan penyelewengan serta rasuah.

Kerajaan sebagai pemerintah yang diberi mandat oleh rakyat berhak untuk membela rakyat dan mengadakan projek-projek pembangunan untuk rakyat tetapi bukan melaksanakan projek segera setiap kali menjelang pilihanraya, apalagi semasa kempen pilihanraya sedang berjalan. Rakyat boleh sahaja menerima projek, tetapi bukan semasa kempen pilihanraya,kerana ia adalah salah satu bentuk rasuah.

Kerajaan mempunyai masa lain sepanjang tempuh mandat lima tahun untuk melaksanakan projek untuk rakyat. Jika projek segera dilaksanakan semasa kempen pilihanraya,maka ia adalah testimoni satu perlakuan rasuah. Memberi projek segera untuk mendapatkan pulangan supaya pengundi memberi undi,adalah satu perbuatan rasuah terang-terangan. Seadilnya,tiada projek segera dilaksanakan untuk rakyat semasa kempen pilihanraya. Cukuplah dengan manifesto yang meliputi dasar dan program parti yang bertanding, jika diberi kuasa memerintah.

SPR perlu mengadakan peraturan larangan terhadap perlakuan rasuah secara halus ini. SPRM pula perlu menghentikannya, kerana ia perbuatan yang tidak sihat untuk proses kematangan demokrasi di negara ini.

Jawapan bertulis PM merupakan program projek segera yang dilaksanakan semasa kempen pilihanraya. Apa pula pemberian-pemberian dalam bentuk lain secara langsung atau tidak langsung kepada pengundi individu atau berkelompak yang tidak pula diketahui jumlahnya. Inilah hakikat dan anasir tidak sihat dalam proses demokrasi pilihanraya negara ini.

Undi dibeli dengan wang ringgit. Pihak yang mempunyai peruntukan perbelanjaan yang besar dan tiada hadnya akan mampu membeli undi dan calun-calun Pakatan yang tidak mempunyai kewangan yang cukup dan sangat terbatas akan berhadapan untuk menyaingi calun parti pemerintah dalam padang permainan demokrasi yang tidak setara dan samarata.

MP-MP pakatan pembangkang perlu mengusulkan pertanyaan untuk jawapan lisan berapakah jumlah peruntukan projek segera yang dibelanjakan dalam pilihanraya-pilihanraya kecil Galas, Kerdau, Merlimau, dan lain-lain yang dimenangi Umno-BN dan berapa pula perbelanjaan yang dihabiskan dalam pilihanraya kecil yang dimenangi Pakatan. Dari perangkaan-perangkaan ini akan dapat dibuat analisis betapa demokrasi pilihanraya negara in dibelenggui dan diselubungi ketidakadilan.

Walaupun setiap calun perlu menghantar penyata perbelanjaan pilihanraya masing-masing selepas pilihanraya,tetapi angka-angka sebenar yang tepat tidak akan diketahui dan diperolehi umum secara jujur kerana ia telah dimanipulasi begitu rupa akibat tiadanya ketelusan dan integriti SPR sebagai agensi pelaksana pilihanraya negara ini.

Sebelum pilihanraya ke-13 berlangsung, parti-parti dalam Pakatan perlulah melakukan desakan dan agitasi politik mendesak SPR melakukan perubahan dan reformasi bagi menjamin ketelusan dan pilihanraya yang berwibawa kerana tanpa pilihanraya berkredibiliti, risiko penyelewengan sangatlah besar.

Apabila rakyat tidak mempunyai keyakinan terhadap agensi pelaksana pilihanraya seperti SPR dalam mengendalikan pilihanraya maka tindak balas rakyat akan merugikan semua pihak. SPR perlu dilihat berkecenderungan untuk mengadakan suatu pilihanraya yang seadil-adilnya bagi menjamin kesinambungan proses demokrasi tulen di negara ini.


P'raya Sarawak: Pastikan jentera Pemuda PAS lancar

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Jentera pemuda PAS diseru agar bersiap sedia dari semua segi untuk berhadapan dengan BN pada pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini.

Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS Pusat, Firdaus Jaafar berkata, jentera pemuda juga harus bersedia dari sudut kewangan untuk memastikan gerak kerja pilihan raya berjalan lancar.

"Petugas PAS sila pastikan pergi dalam keadaan bersedia untuk bertugas daripada awal April sehingga 16 April.

"Saya minta jentera pemuda buat tempahan tiket dari sekarang untuk terus pergi ke tempat PAS bertanding.

"Saya harap pemuda bersiap sedia dari sudut kewangan dan masa untuk ke Sarawak," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Jerai itu turut menyanggah tohmahan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kehadiran Pakatan Rakyat di Sarawak hanyalah sebagai pengacau.

Tegasnya, Pakatan Rakyat akan berada di Sarawak dengan misi yang jelas iaitu untuk menyelamatkan rakyat Sarawak daripada terus dizalimi BN.

"Yang pasti kita pergi sebagai anggota parti yang sah, nak menyebarkan perkara-perkara yang betul dan selamatkan bumi Sarawak daripada dizalimi BN

"Harap masyarakat Sarawak boleh terima kita, tidak seperti yang diandaikan Timbalan Perdana Meteri.

Beliau sebaliknya berkata, Muhyiddin sebenarnya takut rakyat Sarawak didedahkan dengan pelbagai isu melibatkan kezaliman BN.

"Beliau terlalu takut dengan isu yang kita akan bawa untuk selamatkan bumi Sarawak," katanya.


SPR tak hormat persidangan Parlimen
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 23 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 April sebagai penamaan calon bagi pilihan raya umum Sarawak sebagai tidak menghormati persidangan Dewan Rakyat.

Mahfuz berkata, SPR seharusnya mengambil kira kesesuaian masa kerana terdapat ahli Parlimen yang juga pemimpin parti sama ada BN atau Pakatan Rakyat yang terlibat dalam Dewan Rakyat.

"Parlimen hanya tamat 7 April. 7 April masih lagi bersidang. Jadi bagi saya bila SPR buat penamaan calon 6 April, itu langsung tak menghormati hak ahli-ahli parlimen.

"Mungkin ada di kalangan ahli Parlimen termasuk dari sarawakyang akan bertandig dalam pilihan raya ini," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mempersoal tindakan SPR yang dilihat tertalu tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya.

"SPR seharusnya menghormati proses demokrasi. Parlimen pun sedang bersidang. Ramai pemimpin politik terlibat dalam pilihan raya sarawak.

"Tak bolehkah tunggu sehari selepas tamat sidang parlimen?" soalnya.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan tarikh penamaan calon pada 6 April manakala hari mengundi pada 16 April dengan tempoh berkempen selama 10 hari.



DI MINTA SURUHAJAYA DIRAJA MENYIASAT SEKALI KES TAN SRI RAHIM THAMBY CHIK DULU
-----------------------------------------------
"Kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin Bagi Pihak Ibunya Pendek binti Ahmad, Nenek Kepada Noryati Binti Mohamad Yusop, Mangsa Rogol Yang Terlibat Dengan Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik Di H......otel Belmount, Melaka Pada 3hb November 1999 .

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim

Cucu saya, , telah membuat satu kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29hb Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994.

Saya amat terkejut dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun ini, cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim semasa cucu saya masih berumur 15 tahun. Cucu saya juga memberitahu ahli keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang lelaki pertama yang melakukan hubungan sulit dengannya.

Oleh kerana cucu terlibat dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis pada akhir bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang membesarkannya tidak dapat berjumpa dengannya. Saya hairan mengapa pihak polis dan kerajaan BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan sedangkan mereka yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan. Ini boleh dilihat selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis bawah umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan. Akibat peristiwa hitam itu, cucu saya telah melahirkan seorang anak perempuan pada 1995.

Oleh kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya telah meminta bantuan daripada Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka YB Lim Guan Eng yang berjaya memaksa pihak polis membenarkan saya melawat cucu saya. Saya amat kesal dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada 25hb Ogos 1998 dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen.

Dalam kes mahkamah Lim Guan Eng yang mulai pada 20hb Jun 1995, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Pada 27hb Februari 1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang saksi kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan Sri Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya.

Selepas itu cucu saya, semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan Sri Rahim ada hubungan sulit dengannya. Malah, cucu saya telah membuat satu ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27hb Januari 1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti berikut:-

"Saya merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau, dan merasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah dipenjarakan. Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu saya. Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh tidak adil. Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada YB. Malam ini, saya telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang Di Pertuan Agong dan satu lagi kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka, meminta supaya YB Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia. Saya meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen boleh membantu sampaikan surat-surat rayuan saya ini kepada kedua-dua pihak itu."

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.

Saya berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu saya. Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya boleh membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB Lim sehingga bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Nyata sekali, ini adalah satu lagi konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik.

Saya masih mengingati cucu saya begitu tersiksa semasa ditahan di Pusat Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali. Dia memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang keluarga kami kepadanya tidak dibalas.

Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng yang telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba mempertahankan hak cucu saya ini. Saya tidak boleh lupa betapa susah anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa dipenjara. Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada YB Lim atas apa yang cucu saya telah lakukan.

Saya juga berhasrat memberikan jaminan kepada YB Lim bahawa keluarga kami sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan beliau menanggung segala penderitaan dan kerugian kewangan demi membantu sebuah keluarga Melayu miskin yang dianiayai oleh kezaliman kerajaan BN. Kami tidak akan lupai YB Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia menegakkan keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani tolong sama kami.

Semoga Allah S.W.T boleh memaafkan cucu saya.

Pendek binti Ahmad
Sabri bin Mohamad Yasin
Alamat: Batu 13, Kampung Sungai Petai, 78000 Alor Gajah
See More


akhirat tengok video masing2...yg berzina...membunuh...menipu...rasuah merasuah...menghina Islam dll...tgoklah puas2...sabit...nerakalah tempat










Tiada ulasan: