HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ
Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم....
وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Isnin, 14 Mac 2011
BERSIFAT ADIL SERTA TELUS...JANGAN MENIPU JUGA SALAH GUNA KUASA...JIKA MENANG PUN DENGAN SALAH...SUDAH TENTU TAK BERMORAL..
Jelajah 'DNA' tangkis serangan pada Anwar
Hazlan Zakaria Mac 14, 11 6:51pm
PKR akan menggerakkan jenteranya di seluruh negara dengan membangkitkan semula isu kontroversi sekitar kematian model Mongolia Altantuya Shaariibuu yang didakwa sesetengah pihak melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Program itu dirancang sebagai tindak balas kepada demonstrasi bersama - antaranya melibatkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) - bagi mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA kepada pihak pendakwaan di mahkamah.
Ia akan digelar DNA sebagai singkatan untuk "Datuk Najib Altantuya", kata setiausaha agungnya Saifuddin Nasution dalam sidang media selepas mesyuarat majlis tertinggi Pakatan Rakyat di parlimen.
Saifuddin (kiri) yang juga anggota parlimen Machang berkata program itu melibatkan ceramah dan pengedaran risalah.
Ditanya tentang bantahan kumpulan NGO di ibu pejabat PKR semalam, Anwar mengaitkannya dengan usaha Umno untuk menanganinya.
Menurut ketua pembangkang itu, beliau tidak takut menyerahkan sampel DNA, tetapi memandang berat kaedah yang digunakan oleh pendakwaan dan siasatan pihak polis.
Secara sinis, beliau berkata dimaklumkan oleh "Tuan Judi" bahawa sampel itu disimpan dalam kabinet, bukan peti ais.
Justeru, beliau meminta ditunjukkan pakar manakah yang akan menerima keputusan sebegitu.
KUALA LUMPUR, 14 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, demonstrasi yang didalangi Umno bagi menuntut Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA membuktikan bahawa isu liwat mempunyai kepentingan politik.
Katanya, isu tersebut sengaja ditimbulkan pihak tertentu berdepan pilihan raya umum akan datang.
“Demonstrasi itu jelas bahawa kes ini adalah kes politik yang diwujudkan bukan satu hakikat sebenar, tetapi agenda politik berdepan pilihan raya umum akan datang,” katanya pada sidang media Pakatan Rakyat di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini.
Beliau mengulas demonstrasi yang disertai 50 orang yang mendakwa mewakili 30 badan bukan kerajaan (NGO) di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square di Petaling Jaya baru-baru ini.
Mereka mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA, bagi membantu kes liwat yang diadu bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Sementara itu, PKR akan menggerakkan kempen DNA iaitu 'Datuk Najib Altantuya' sebagai reaksi terhadap fitnah berterusan pemimpin dan media Umno BN dalam isu liwat membabitkan Anwar yang juga Ketua Umum parti itu.
Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media selepas mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di parlimen hari ini.
“PKR akan menggerakkan kempen besar-besaran di bawah tema DNA iaitu Datuk Najib Altantuya’.
"Kita merancang untuk memulakan kempen itu mulai minggu hadapan," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, kempen itu berbentuk pengedaran risalah dan ceramah penerangan di seluruh negara.
“Kita kini sedang menyediakan dokumen berkaitan,” katanya.
Selain Abdul Hadi dan Anwar, turut hadir dalam sidang media itu ialah Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang dan pimpinan tertinggi ketiga-tiga komponen parti dalam Pakatan Rakyat itu.
KUALA TERENGGANU, 14 Mac: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah membuat satu laporan polis terhadap akhbar Berita Harian hari ini.
Laporan polis tersebut dibuat pada jam 3.00 petang tadi di Balai Polis Chendering, Kuala Terengganu kerana berunsur fitnah serta memalukan wakil rakyat berkenaan.
Katanya, pihak polis diminta segera bertindak membuat siasatan terhadap penulis serta akhbar terbabit agar tidak meneruskan laporan bersifat fitnah dan memalukan itu.
“Kami buat laporan polis ini supaya pihak polis segera buat siasatan terhadap akhbar yang terlibat agar jangan meneruskan lagi.
“Kita minta mereka (akhbar) segera menunaikan beberapa tanggungjawab terhadap kesilapan yang mereka buat dengan menjatuhkan imej saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dipilih oleh rakyat,” tegasnya.
Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Balai Polis Chendering dengan diiringi oleh beberapa orang ahli jawatankuasa Majlis Tindakan Dun (MTD) Bukit Payung.
Ini berikutan, laporan sebuah akhbar arus perdana itu yang melaporkan ‘Pegawai Adun mengaku khalwat’ serta dikaitkan dengan Adun Bukit Payung.
Mohd Nor turut melahirkan rasa kesal dan malu dengan fitnah yang dikaitkan isu khalwat dengan Pegawai Adun Bukit Payung.
“Saya buat laporan fitnah dan malu. Memalukan saya dan rakyat di Bukit Payung. Fitnah ‘jahat’ yang menyatakan saya melantik seorang pegawai yang terlibat dengan skandal seks, sedangkan saya tidak memiliki mana-mana pegawai.
“Ini (laporan) bukan hanya memalukan saya tetapi memalukan rakyat di Dun Bukit Payung, yang mereka memilih saya menjadi wakil rakyat mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-12, lalu,” ujarnya.
Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Terengganu menafikan mengenali individu terbabit berdasarkan laporan berita tersebut.
Katanya, dalam Dun Bukit Payung mempunyai lebih 19,000 pengundi yang terdiri dari kalangan rakyat Umno, PAS dan lain-lain.
“Saya tidak kenal individu itu berdasarkan laporan berita tersebut. Pengundi di Dun Bukit Payung seramai 19,000 orang yang terdiri dari rakyat Umno, PAS dan sebagainya.
“Nama Mohd Din Jusoh mungkin ramai yang terdapat di Dun Bukit Payung. Saya tidak pernah melantik dia (Mohd Din) sebagai pegawai Adun.
“Ini fitnah ‘jahat’ yang menyatakan saya melantik seorang pegawai yang terlibat dengan skandal seks sedangkan, saya tidak memiliki mana-mana pegawai,” jelasnya.
Sehubungan itu, Ustaz Mohd Nor telah menyerahkan kepada pihak peguam dari Dewan Pemuda PAS negeri bagi meneliti serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit.
Hadir sama mengiringinya, Ketua Penerangan Dun Bukit Payung, Mohd Nasir Ismail.
KUALA LUMPUR, 14 Mac: Teguran Datuk Seri Najib Tun Razak kepada ahli akademik supaya tidak terlalu berpolitik seperti ketam menyuruh anak berjalan betul.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, punca ahli akademik jadi demikian kerana tingkah laku dan budaya politik Umno yang mengajar mereka.
Katanya, setengah tindakan ahli akademik macam tindakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Umno yang menyekat bantuan dan menyenaraikan hitam bantuan kerana menyokong Pakatan Rakyat.
“Budaya politik Umno yang diketuai oleh Datuk Seri Najib sudah mewarnai corak pemikiran ahli akademik di IPTA,” ujarnya.
Tambahnya, tindakan Hal Ehwal Pelajar ketika pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bukti pemikiran primitif Umno yang bersarang di kalangan pentadbir, hatta bergelar profesor.
Menurutnya, ahli akademik yang mengampu kerajaan akan dinaikkan pangkat, walapun merit akademik tidak layak sementara ahli akademik yang kritis akan dipinggirkan dari kenaikan pangkat, walaupun kewibawaan mereka teruji.
Beliau berkata, sekarang Presiden Umno resah dengan budaya politik di kalangan ahli akademik terutama ketika setiap kali perlantikan Naib Canselor Universiti seperti budaya surat layang yang ada di dalam Umno menjalar ke universiti.
“PAS menasihatkan Datuk Seri Najib tidak perlulah mengeluh dengan budaya buruk di universiti semuanya hasil didikan Umno kepada anak didiknya,” katanya.
Baginya, samalah juga Allah menimpa kepada Umno dengan wabak rasuah, kerana pemimpin Umno yang mengajar tingkah laku begitu sehingga menjadi barah tahap empat.
“Sekarang penyakit ini sukar untuk diubat, maka perkara yang sama juga akan berlaku di universiti.
“Yang mengajar budaya ini ialah pemimpin Umno ketika hendak melantik pimpinan universiti, maka sekarang sudah menjadi masalah kepada pemimpin Umno siapakah ahli akademi yang boleh dipilih untuk memegang jawatan tersebut, kerana semuanya hendak mengampu, kesannya tahap akademik terabai.
Saya amat kesal dengan tindakan musuh-musuh Anwar Ibrahim yang mempolitikkan kes mahkamah yang sedang berlangsung. Beberapa demonstrasi telah dianjurkan di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Ipoh seolah-olah Anwar telah didapati bersalah oleh mahkamah. Walhal, mahkamah hanya menolak bahan-bahan bukti yang diperolehi secara tidak sah.
Sebagai seorang pendokong Reformasi tegar, saya yakin penuh Anwar ialah mangsa konspirasi politik. Pemimpin-pemimpin UMNO gentar dengan Anwar Ibrahim lalu terpaksa memfitnahkan beliau. Mereka berharap dengan menghumban Anwar ke penjara, gerakan Reformasi akan hilang taring.
Justeru itu, saya menyeru kepada Anwar untuk mengambil tindakan tegas supaya serangan-serangan musuh politik ini dapat ditangani. Anwar wajib menyerah sampel DNA untuk membuktikan beliau tidak bersalah. Saya percaya langkah tegas Anwar ini akan membuat musuh-musuh politik beliau mati akal.
Saya berkongsi kebimbangan Anwar yang bahan DNA tersebut mungkin akan dimanipulasikan. Untuk mengelakkan kemungkinan tersebut, saya mencadangkan ujian dan profiling sampel DNA itu dibuat secara profesional dan telus. Jika perlu, Majlis Peguam, Persatuan Perubatan Malaysia dan pakar-pakar genetik antarabangsa yang dilantik oleh Anwar akan menyelia proses tersebut.
Objektif memberi DNA hanya untuk mengenalpasti sama ada DNA lelaki Y yang dijumpai pada tubuh Saiful Bukhari Azlan padan dengan DNA Anwar Ibrahim. Walaupun jika ditakdirkan DNA-DNA itu padan, Anwar masih mempunyai ruang untuk mempertikai bagaimana air mani beliau diletakkan pada tubuh Saiful.
Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin Anugerah Tuhan pasti prihatin yang serangan-serangan ini bukannya setakat peribadi beliau sahaja malah ditujukan kepada seluruh gerakan Reformasi. Bukan maruah Anwar Ibrahim sahaja yang tercabar tetapi kredibiliti semua Reformis juga tergugat. Anwar Ibrahim harus mengambil langkah berani dan bijak demi keutuhan gerakan Reformasi.
KOTA BHARU, 14 Mac: Kejayaan Pakatan Rakyat menguasai Pulau Pinang dan Perak pada 8 Mac lalu tidak diterima Umno apabila mereka mendakwa ketuanan Melayu semakin terancam di negeri tersebut.
Benarkah begitu, atau sekadar omongan bersifat politik bagi memulihkan semula sokongan orang Melayu terhadap Umno.
Malah ekoran peralihan kuasa daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan di Perak, Pulau Pinang dan Selangor menyebabkan lahir banyak badan bukan kerajaan kononnya berjuang bagi membela nasib Melayu di negeri terbabit.
Oleh itu bagi melihat secara realiti apakah benar-benar nasib orang Melayu terancam sekarang, kerajaan Kelantan akan menganjurkan wacana perdana pada 18 Mac ini bagi membincangkan isu tersebut secara lebih mendalam.
Wacana tersebut bertajuk ”PRU 13: Terancamkah Kuasa Melayu?” akan diadakan di Dewan Konvensyen, Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bharu.
Ahli panel yang diundang mengupas isu terbabit iaitu Presiden Pertubuhan Melayu Insaf Kreatif Malaysia (PEMIKIR), Tan Sri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah, Naib Presiden Perkasa, Prof Madya Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dan anggota parlimen Shah Alam, Ir Khalid Abdul Samad. Manakala Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusof dari Pusat Pengajian Sejarah, Politik & Strategi UKM bertindak sebagai moderator.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains & Teknologi Negeri, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, pada awalnya pihak penganjur menjemput Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, namun beliau menolak dan tempatnya digantikan Dr Asyraf Wajdi.
”Tajuk tersebut menjadi pendebatan hangat sekarang. Benarkah kuasa politik orang Melayu benar-benar terancam.
”Ini kerana Umno menggambarkan seolah-olah orang Melayu terancam teruk di Pulau Pinang dan Selangor. Dalam isu ini biarlah rakyat yang menjadi hakimnya,” kata beliau di sini.
Wacana Perdana tersebut merupakan siri ke-7 dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan.
KUALA LUMPUR, 14 Mac: Pakatan Rakyat hari ini secara rasmi menyatakan kesediaan menyertai pilihan raya negeri Sarawak.
Perkara itu diputuskan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dalam mesyuarat mereka di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini.
Katanya, walaupun tabiat negara ini meletakkan tarikh pilihan raya dalam keadaan teka teki dan tidak demokratik seperti negara lain, namun Pakatan Rakyat tetap membuat persediaan menghadapinya.
"Kita telah berbincang untuk menghadapi pilihan raya Sarawak yang dijangka diadakan bila-bila masa.
"Kita terus menyertai pilihan raya dan membuat persediaan yang kita bincang hari ini," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media selepas itu.
Turut serta pada sidang media itu, Ketua Pembangkang yang digantung, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan kepimpinan utama ketiga-tiga kompenen parti.
Sehingga kini katanya, sebahagian masalah membabitkan kepentingan ketiga-tiga parti termasuk pembahagian kerusi sudah diselesaikan di peringkat dalaman.
Kesemua perbincangan berhubung persedian ujarnya, dijangka dapat diselesaikan sepenuhnya sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak diumumkan.
Ianya termasuk juga pembentukan menifesto bersama yang akan dibincang dengan kepimpinan parti di peringkat negeri itu.
Dalam pada itu, Pakatan Rakyat turut mendesak agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menilai semula tempoh kempen agar dipanjangkan sehingga 21 hari.
"Kita mendesak agar hak media dan hak berkempen diberi sama rata kepada semua parti-parti yang bertanding," tegasnya.
KUALA LUMPUR, 14 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merasakan betapa rendah dan jeleknya pemikiran ketua penerangan kerajaan negeri, Datuk Hamdi Abu Bakar berhubung usaha untuk mempertemukan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Setiausahanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, Hamdi terlalu bimbang bagi pihak Umno sekiranya pertemuan tersebut berlangsung dan sekiranya ia berjaya.
Pihaknya merasa kesal dengan kenyataan Hamdi itu yang menyifatkan pertemuan tertutup antara kedua-dua tokoh itu tidak sesuai dan seolah-olah merugikan ummat Islam kerana ianya dipolitikkan.
DPPN Pk juga, katanya merasa kesal kerana masih ada umat Islam yang membezakan agama di dalam politik dan ianya tidak sepatutnya berlaku sama sekali.
“DPPN Pk melihat Datuk Hamdi tidak memahami Islam yang sebenarnya dan ianya bertentangan dengan slogan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tentang konsep Islam dan agama kerana kurangnya permahaman di kalangan pimpinan Umno itu sendiri,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Sepatutnya, kata beliau ia perlu dilihat sebagai satu objektif baik kerana usaha itu akan memberikan kekuatan buat ummat Islam agar tidak bertelagah dengan hukum yang ada kerana bagi tokoh-tokoh agama agar tidak bertembung di khalayak umum.
Katanya, Pemuda PAS Perak sekali lagi berharap untuk menemukan kedua-dua tokoh tersebut berjaya walaupun ada pihak tertentu tidak senang dengan usaha itu.
“Malah ianya cuba dihalang agar tidak berjaya dan jelas perkara tersebut tidak menguntungkan Umno jika ianya diadakan dan bukannya kedua-dua tokoh tersebut,” ujarnya.
IPOH, 14 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat kejayaan pasukan bolasepak Seladang di dalam liga super masa ini rupanya masih dihantui dengan pergolakan dalaman yang agak serius.
Naib ketuanya, Salman Saleh berkata, ini kerana akibat terlalu banyak campur tangan politik kepartian yang sepatutnya tidak berlaku kerana Persatuan Bolasepak Negeri Perak (Pafa) adalah badan sukan yang bebas daripada mana-mana politik kepartian di dalamnya.
DPPN Pk, katanya merasa terpanggil melihat kepimpinan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin ketika menerajui Pafa dahulu walaupun dalam keadaan beberapa pihak yang cuba memburukkan keadaan tetapi dapat diatasinya dengan baik.
“Dengan pelbagai cabaran seperti hutang tertunggak dan sebagainya, usaha pihak-pihak tertentu yang ingin menjatuhkan beliau dapat di atasi dengan baik dan berhemah,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Justeru, pihaknya mengingatkan kepimpinan Pafa agar menyelesaikan segera kemelut dalaman yang ada dengan baik agar sukan bolasepak di Negeri Perak akan terus maju dan berjaya.
“DPPN Pk melihat tidak sepatutnya isu krisis kepimpinan menjadi penghalang kebangkitan Pasukan Seladang di dalam kempen Liga yang sedang berjalan ini,” katanya.
Beliau menambah, sepatutnya sukan bolasepak tidak dipolitikkan hingga menjejaskan prestasi pasukan yang ada.
KUALA LUMPUR, 14 Mac: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebenarnya dangkal dan cuba menghina Perlembagaan negara berhubung Wanita Pertama Malaysia.
Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin (gambar) berkata, ini kerana jelas diperuntukkan dalam Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan jelas menyatakan hak gelaran Wanita Pertama Malaysia adalah kepunyaan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.
Beliau yang juga Ketua Wanita PKR menyatakan demikian sebagai respons kepada jawapan Mohamed Nazri Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini berkenaan soalan ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkaitan takrifan wanita pertama dan penyediaan peruntukan berkaitan boleh disifatkan sebagai sekadar play-safe statement, penuh niat putar belit dan berunsur manipulasi terhadap Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, jawapan Nazri yang mendakwa bahawa penggunaan gelaran Wanita Pertama hanyalah sebagai kod amalan menunjukkan bahawa beliau sebenarnya dangkal dan cuba menghina Perlembagaan negara.
Menurutnya, Perkara 32 (2) berbunyi, "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".
“Jika benar penggunaan gelaran Wanita Pertama hanyalah sebuah kod amalan seperti yang didakwa, maka saya pasti bahawa isteri Perdana Menteri juga tertakluk dibawah Kod Protokol yang ditetapkan Jabatan Perdana Menteri, dengan mengambil kira beliau hanya sebagai seorang pegawai kakitangan buat Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Namun, jika demikian, soalnya bagaimanakah sejumlah peruntukan sebanyak RM4.5 juta boleh diluluskan buat seorang ‘'kakitangan' untuk menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita Pertama.
Beliau juga mempersoalkan bagaimanakah seorang ‘'kakitangan' biasa boleh diberikan peruntukan untuk melancong ke seluruh dunia.
“Apakah seorang ‘kakitangan’ juga dibenarkan berkempen dan membuat pelbagai janji secara melampau dengan menggunakan wang kerajaan sewaktu pilihan raya, yang sehingga kini satu pun tidak tertunai?
“Adakah wujud pula Kod Protokol istimewa dan khas, yang hanya terpakai untuk Isteri Perdana Menteri?” soalnya.
Maka, beliau menggesa agar Mohamed Nazri agar berani untuk segera menjawab dengan jujur, berpaksikan fakta dan realiti yang tepat bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar bebas daripada tekanan mana-mana pihak dalam menjalankan tugasnya.
KUANTAN, 14 Mac: Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pahang, Ramli Abdul Rahman, meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang serta Pejabat Tanah dan Daerah bertindak menghalang aktiviti perlombongan bijih besi di Kampung Selamat Pelabuhan, dekat sini berikutan pencemaran teruk.
Menurutnya, aktiviti perlombongan yang dijalankan di kawasan seluas empat ekar sejak lima bulan lalu itu telah menimbulkan masalah pencemaran udara sehingga menimbulkan masalah kesihatan kepada kira-kira 1,000 penduduk tempatan.
“Saya telah melawat kawasan berkenaan setelah menerima aduan penduduk dan mendapati lokasi perlombongan amat tidak sesuai selain sikap kontraktor yang tidak mengindahkan keselamatan penduduk tempatan. Sekarang Kampung Selamat sudah tidak selamat.
“Kawasan di situ mengalami pencemaran teruk sehingga diselaputi banyak habuk apabila waktu panas dan berlaku banjir lumpur pada musim hujan. Keadaan ini menyebabkan ramai terutamanya kanak-kanak di situ menghidap batuk, selesema dan demam selain kering tekak.
“Penduduk juga mengadu, oleh kerana kawasan pengumpulan bijih besi hanya 100 meter dari kediaman penduduk menyebabkan berlaku pencemaran bunyi bising sehingga menyebabkan penduduk tidak lagi merasa aman,” ujarnya.
Tambah Ramli, turut teruk terjejas ialah peniaga kedai makan yang semakin kurang dikunjungi pelanggan akibat meja yang sentiasa berhabuk, bunyi bising dan suasana yang tidak selesa.
Menurutnya lagi, terdapat tiga kawasan penyimpanan bijih besi di situ dan pada setiap hari lebih 10 lori berulang-alik mengangkut besi berkenaan tanpa mengira waktu.
Yang menyedihkan, mereka seperti tidak menghiraukan keselamatan dan kesihatan penduduk sekitar yang berdepan dengan pencemaran udara selain kawasan yang kotor dengan lumpur.
“Operasi melombong seperti ini tidak boleh dibiarkan di kawasan kediaman seperti ini. Saya lihat ada penduduk yang terpaksa berkurung 24 jam seperti tinggal di dalam gua kerana pintu dan tingkap rumah tidak boleh dibuka akibat habuk berterbangan dengan banyak.
“Harapan saya kepada JAS, pejabat tanah dan pejabat menteri besar supaya berikhtiar menghentikan aktiviti membahayakan penduduk ini. Janganlah kerana memberi keuntungan kepada pihak tertentu, keselamatan penduduk pula terabai,” jelasnya.
Dalam pada itu, Ramli berkata beliau akan mengusahakan pengumpul tanda tangan penduduk bagi membantah kegiatan itu dan akan dihantar kepada Menteri Besar Pahang.
GEORGETOWN, 14 Mac: Ketua wanita dalam Pakatan Rakyat Pulau Pinang bertekad akan memastikan kerajaan negeri menang pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Mereka juga mahu rakyat terus berpendirian teguh menolak calon Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) kerana telah mensia-siakan amanah selama 53 tahun memerintah negara ini.
Semua itu terpahat pada Konvensyen Wanita Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang diadakan di Audiotorium A, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) semalam.
Ketua Dewan Muslimat PAS negeri, Ustazah Rahmah Mat Isa (kiri) berharap pertemuan dalam konvensyen itu dapat menyatukan semula hala tuju kepimpinan negeri dalam usaha membentuk sebuah negeri yang mementingkan kepentingan rakyat.
Selain itu, katanya hasil pertemuan tersebut dapat pula membentuk pelan gerakan bersama demi masa depan Pulau Pinang.
"Pertemuan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang amat berguna untuk masa depan politik di Pulau Pinang. Di dalamnya penuh dengan slogan bermakna bukan hanya rektorik semata-mata," tegasnya.
Ketua Wanita PKR negeri, Puan Norhayati Jaafar (kanan) menambah, kebangkitan bersama pada pilihanraya ke-12 lalu wajar disemarakkan lagi dengan cara yang lebih besar.
"Kita patut duduk semeja dan fikirkan apakah yang perlu diketengahkan sebagai hala tuju dan pendekatan yang lebih sistematik," jelasnya.
Ketua Wanita DAP, Choong Eng (kiri) pula menegaskan, keadaan sekarang memerlukan kesungguh bekerja bagi memastikan Pulau Pinang tetap milik Pakatan Rakyat.
Katanya, Pakatan Rakyat lakukan semuanya untuk rakyat tidak kira latar belakang politik tetapi jika Umno dan BN menguasai semula negeri ini, tentunya mereka membuat cara lama yang menguntungkan kroni.
GEORGETOWN, 14 Mac: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) mahu semua wanita dalam Pakatan Rakyat khususnya di Pulau Pinang mengubah perancangan serta mencari kaedah lain yang lebih berkesan bagaimana untuk mendekati golongan 'atas pagar'.
Baginya, perancangan lama bukan tidak sesuai tetapi mungkin telah terlalu biasa dan memerlukan pemerkasaan yang lebih terperinci kerana wanita sekarang tidak seperti dahulu yang kurang pendedahan.
"Memandangkan masa berlalu begitu cepat dan putaran dunia global makin pantas, maka tiada lain perancangan dan pendekatan politik juga harus berubah ke tahap yang menyakinkan.
“Kalau boleh biarlah golongan wanita dalam Pakatan Rakyat khususnya di Pulau Pinang duduk semeja dan memikirkan tentang usaha menambat hati wanita," jelasnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang ketika merasmikan konvensyen Wanita Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Audiotarium A , Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) semalam.
Menurutnya, merayu dari rumah ke rumah semasa kempen pilihan raya walaupun penting tetapi ia dianggap terlambat.
Apa salah, katanya jika pertemuan dengan mereka diadakan saban bulan dengan niat ziarah di samping menyerahkan risalah menangkis tohmahan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Katanya, sebagai kerajaan yang memerintah aktiviti wanita ke tiga parti memang terbuka luas ekoran terdapat jalinan program bersama kerajaan termasuk bergerak seiring kaum lelaki mencari warga emas, rakyat miskin dan terbaru golongan ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU).
"Latihlah mulai sekarang, masa masih ada untuk mendekatkan diri wanita Pakatan Rakyat dengan kerajaan dan membantu merealisasikan slogan 'Kerajaan Berjiwa Rakyat'. Jangan tunggu pilihan raya baru nak kunjungi mereka," tegasnya.
Justeru itu, ujarnya wanita Pakatan Rakyat bukan sahaja berperanan mendidik masyarakat menjadi sebuah masyarakat yang dinamik malahan turut menjadi sayap parti yang kuat bersama sayap pemuda.
"Jika ada sayap tapi tak kuat terbang tak guna. Oleh itu sebagai sayap, kita harus mendekati masyarakat serta membantu menyelesaikan masalah mereka kerana wanita adalah penentu kalah menang Pakatan Rakyat pada masa depan,” ujarnya.
KOTA BHARU, 14 Mac: PAS Kelantan kehilangan seorang lagi tokoh apabila bekas Adun Salor, Buni Amin Hamzah, 55, meninggal dunia petang Jumaat lalu.
Allahyarham menjadi wakil rakyat Dun berkenaan selama dua penggal iaitu pada 1999 dan 2004, difahamkan meninggal dunia secara mengejut ketika berada di Jertih, Besut.
Beliau juga merupakan bekas Timbalan Yang Dipertua PAS Kubang Kerian dan pernah mengetuai Dewan Pemuda PAS di Nilam Puri.
Dilahirkan di Kampung Bagan Bawah, Pulai Chondong. Mendapat pendidikan tinggi di Universiti Malaya dan pernah berkhidmat sebagai pegawai Fama pada 1980 hingga 1999.
Ketika berkhidmat sebagai wakil rakyat beliau begitu petah membahas semasa persidangan Dewan Undangan Negeri. Beliau mampu mengetengahkan beberapa istilah dalam bahasa asing berkaitan isu tertentu.
Malah ketika kerajaan PAS Kelantan agak genting kerana hanya kelebihan satu kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) pada 2004-2008, Allahyarham berjaya menyelamatkan kerajaan.
Arwah pernah disebut pihak lawan akan meninggalkan PAS berikutan ada masalah tertentu, namun beliau tetap istiqomah dalam perjuangan sehingga meranapkan impian Umno.
Solat ke atas jenazahnya diadakan pada pagi Sabtu lalu diimamkan Ustaz Hussin Ibrahim dari Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas. Kini jasadnya disemandikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Larak. Arwah meninggal dua balu.
Turut menziarahi jenazahnya termasuk Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin-pemimpin PAS serta pegawai kerajaan.
Naib Yang Dipertua PAS Kubang Kerian, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, kepulangan Buni Amin ke rahmatullah merupakan kehilangan besar kepada PAS Kelantan.
Katanya, arwah mempunyai jasa yang besar sehingga berjaya menyelamatkan kerajaan PAS ketika suasana genting pada penggal lalu.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada bersama golongan yang beriman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan