Harakahdaily | ||||||||
PARIT BUNTAR, 31 Mac: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim menggesa rakyat supaya menilai semula semua slogan BN termasuk sebagaimana yang dilaung-laungkan di Sarawak sekarang. "Rakyat Sarawak secara matang dan sedar mesti melihat kepada tempoh yang cukup panjang dan peluang yang telah diberikan kepada BN, kenapa sekarang baru BN berjanji untuk berubah," katanya. Katanya, sejarah membuktikan Barisan Nasional gagal dan tidak mampu berubah sementara slogan BN mampu berubah hanya kata-kata kosong dan janji manis pemimpin BN. Beliau berkata ungkapan BN berubah tidak lebih dari usaha untuk mengaburi mata rakyat supaya kembali menyokong BN. Menurutnya, usaha BN untuk menarik sokongan rakyat sering meningkat apabila hampir dengan pilihan raya. Oleh kerana itu, katanya rakyat mestilah berhati-hati dengan media pengampu yang akan memaparkan janji-janji manis pemimpin BN. Mengenai peranan pemimpin yang diamanahkan oleh rakyat untuk memimpin, beliau menegaskan bahawa pemimpin BN mengkhianati amanah tersebut. “Pemimpin BN telah mengkhianati amanah yang telah diberikan lebih 50 tahun. Kerana itu negara memerlukan pemerintah yang bijak mengawal aset negara untuk manfaat rakyat secara holistik, bukannya hanya untuk berapa kerat elit kerajaan seperti yang diamalkan oleh BN,” katanya ketika ditemui di sini. Tambahnya, pemerintah dalam apa jua keadaan mesti mendahulukan rakyat, ianya bukan sekadar slogan seperti yang dilaungkan oleh pemimpin BN. "Bagi saya BN telah mempersendakan rakyat dengan pelbagai slogan, namun jauh dari realiti pelaksanaannya. “Saya ingin mempersoalkan kenapakah dasar-dasar yang tidak dikaji dengan baik sebelum ia dilaksanakan sehinggakan bayak wang rakyat telah dibazirkan,” katanya yang juga Adun Titi Serong. Katanya, kini banyak bukti sebagaimana yang dipaparkan melalui media baru banyaknya kelemahan BN mentadbir urus Malaysia. Situasi itu, katanya memberi petunjuk bahawa negara berada dalam situasi tidak selamat. Oleh itu, beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak menyeru seluruh rakyat supaya berubah sekarang untuk selamatkan Malaysia.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Khamis, 31 Mac 2011
TERSURAT JELAS IAITU NAK BERUBAH...TERSIRAT MENGAKULAH SELAMA NI TERUK DAN TAK AMANAH..MAKNA SELALU MUNGKIR JANJI..
Kenapa baru sekarang BN berjanji mahu berubah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan