Sabtu, 26 Mac 2011

KOMISEN LAIN...JADI HAK MILIK LAIN...ORANG BERNIAGA LAIN...PERNIAGAAN KITA LAIN....DIDUNIA BOLEH PUSING2....AKHIRAT TAK BOLEH PUSING2

Maju tanah: Saya bukan dapat komisen, kata Taib
Mac 25, 11 5:42pm


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau secara peribadi tidak memperoleh apa-apa imbuhan kewangan hasil daripada usahanya memperkenalkan konsep estet Bumiputera untuk membangunkan tanah Bumiputera di negeri itu.

Katanya, tidak ada sebab bagi beliau dituduh oleh segelintir pihak sebagai cuba merampas tanah rakyat melalui konsep pembangunan itu sedangkan tujuannya untuk meningkatkan taraf hidup pemilik tanah berkenaan.

NONE"Saya buat estet bumiputera, gaji saya masih macam itu juga. Tidak bertambah kerana bukan ada komisen," kata Taib, yang juga menteri perancangan dan pengurusan sumber Sarawak.

Taib berkata demikian semasa berucap merasmikan projek pembangunan tanah hak adat Bumiputera Lubok Nibong-Dabai-Pasir Puteh di Marudi hari ini.

Katanya konsep estet bumiputera terhasil selepas kejayaan kerajaan negeri membangunkan kira-kira satu juta hektar tanah kerajaan melalui usahasama dengan syarikat perladangan swasta.

Melalui konsep estet bumiputera ini, Taib berkata usahasama diwujudkan di antara pemilik tanah, agensi kerajaan yang dilantik serta syarikat perladangan swasta untuk membangunkan tanah bumiputera.

Katanya hak pemilik ke atas tanah mereka juga tetap terpelihara selain dapat menambah nilai tanah mereka serta mendapat pulangan dalam bentuk dividen hasil penglibatan mereka dalam usahasama itu.

Melalui konsep ini juga, tanggapan 'bumiputera ada harta tapi tiada nilai' dapat dikikis, katanya.

Beliau berkata, kurang pemahaman di kalangan pemilik tanah Bumiputera tentang konsep inilah yang membuka peluang kepada pihak tertentu untuk menakut-nakutkan mereka dengan dakwaan kerajaan hendak merampas tanah mereka.

"Tidak ada sebab untuk kami (kerajaan) nak rampas tanah rakyat," katanya.

- Bernama



Baru Bian: BN gagal selesai kemelut tanah NCR
Mac 25, 11 12:30pm


Isu hak tanah adat atau NCR yang melibatkan hampir semua kaum di Sarawak gagal ditangani kerajaan BN walaupun pelbagai janji ditaburkan menjelang pilihanraya negeri pada 16 Apil ini, kata pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian.

NONEBeliau yang dipetik dalam rancangan Terus Terang, terbitan TV Selangor berkata, walaupun NCR adalah isu yang mendesak kepada parti pemerintah dalam memenangkan BN, namun ia umpama sejarah hitam yang tidak mampu dipadamkan oleh mereka.

"Kalau kita lihat di kawasan pedalaman, banyak kerusi di kawasan ini adalah kerusi yang mewakili masyarakat Dayak. Terdapat 29 daripada 71 semuanya.

“Bagi Melanau dan Melayu ada 26. Ertinya di seluruh Sarawak, bukan hanya satu kawasan sahaja yang terlibat dengan masalah ini. Tapi (juga) di Sematan, Lundu, Sibu, Miri, Kelimau dan Lawas. Itu sebabnya menjadi isu yang panas," katanya.

Menurut Baru, terdapat lebih 200 kes tanah adat yang sudah dikemukakan di mahkamah namun masih tertangguh sehingga hari ini.

Beliau berkata, isu tanah adat yang dibawa oleh Pakatan Rakyat sememangnya menjadi ketakutan utama kepada BN. Ini kerana mereka mulai menyedari usaha pembangkang bagi menyelesaikan masalah hak tanah ini adalah serius.

NONE"Pengalaman saya sebagai seorang peguam yang mewakili kes yang masuk sehingga ke mahkamah tinggi, mereka yang berasal dari keluarga Bidayuh, Iban, Ulu, Penan dan juga orang Melayu sendiri, ia menjadi isu yang begitu panas sekali," katanya.

Menurut Baru, paling menyedihkan, tiada peruntukan masa dan nilai pampasan ditetapkan dalam Kanun Tanah Sarawak bagi memastikan setiap kali berlakunya pengambilan tanah, setidak-tidaknyanya kerajaan tidak menzalimi pemilik tanah.

Ini kerana meskipun ada tanah penduduk yang bergeran, namun ia boleh dirampas oleh kerajaan untuk tujuan tertentu.

Tiada ulasan: