ZIKIR, DOA, TAUBAT DAN ISTIGHFAR.
Perkara : 9. DISUNATKAN MERENDAHKAN SUARA KETIKA BERZIKIR.
Bilangan : 2/2
Hadis : 1553 - Diriwayatkan daripada Saidina Abu Bakar r.a katanya: Dia pernah berkata kepada Rasulullah s.a.w: Ajarkan kepada aku satu doa untuk aku bacakannya dalam sembahyang. Baginda bersabda: Bacalah doa (a) dan mengikut Qutaibah (b).
10. MEMOHON PERLINDUNGAN DARI SIFAT LEMAH, MALAS DAN SEBAGAINYA.
Bilangan : 1/1
Hadis : 1554 - Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w selalu berdoa: (a).
11. MEMOHON PERLINDUNGAN SARI TAKDIR YANG BURUK, DITIMPA KECELAKAAN DAN SEBAGAINYA.
Bilangan : 1/1
Hadis : 1555 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w selalu memohon perlindungan dari suratan takdir yang buruk, dari ditimpa kecelakaan, dari keghairahan musuh dan dari terkena bala.
12. DOA YANG PERLU DIBACA KETIKA HENDAK TIDUR DAN KETIKA HENDAK KE TEMPAT TIDUR.
Bilangan : 1/2
Hadis : 1556 - Diriwayatkan daripada al-Bara' bin Azib r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu ingin ke tempat tidur, berwuduklah terlebih dahulu sebagaimana kamu berwuduk untuk sembahyang. Kemudian berbaringlah di atas lambung kanan. Kemudian bacalah: (a) jadikan doa ini sebagai ucapan (kata-kata) terakhir pada malam tersebut. Di mana sekiranya kamu mati nescaya kamu mati dalam keadaan fitrah (suci bersih). al-Bara' berkata: Aku mengulangi kalimah-kalimah tersebut supaya mengingatinya. Aku menyebut: (b) Rasulullah s.a.w bersabda: Sebutlah. (c).
12. DOA YANG PERLU DIBACA KETIKA HENDAK TIDUR DAN KETIKA HENDAK KE TEMPAT TIDUR.
Bilangan : 2/2
Hadis : 1557 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang itu ingin tidur, hendaklah dia menyimpulkan penghujung kainnya lalu membuang debu-debu yang ada kemudian membaca: (a) kerana dia tidak mengetahui apakah yang akan berlaku di tempat tidurnya selepas itu. Apabila dia ingin berbaring, hendaklah dia berbaring di atas lambung kanan. Kemudian berdoa: (b).
13. MEMOHON PERLINDUNGAN DARIPADA KEJAHATAN YANG TELAH DILAKUKAN DAN DARIPADA KEJAHATAN YANG BELUM DILAKUKAN.
Bilangan : 1/3
Hadis : 1558 - Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w selalu berdoa: (a).
13. MEMOHON PERLINDUNGAN DARIPADA KEJAHATAN YANG TELAH DILAKUKAN DAN DARIPADA KEJAHATAN YANG BELUM DILAKUKAN.
Bilangan : 2/3
Hadis : 1559 – Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya: Nabi s.a.w selalu berdoa dengan doa ini: (a).
13. MEMOHON PERLINDUNGAN DARIPADA KEJAHATAN YANG TELAH DILAKUKAN DAN DARIPADA KEJAHATAN YANG BELUM DILAKUKAN.
Bilangan : 3/3
Hadis : 1560 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w selalu berdoa: (a).
14. MEMBACA TASBIH PADA WAKTU PAGI DAN KETIKA INGIN TIDUR.
Bilangan : 1/1
Hadis : 1561 - Diriwayatkan daripada Saidina Ali k.w katanya: Saidatina Fatimah r.a mengeluh sambil mengilas tangannya. Waktu itu beliau mendengar Nabi s.a.w mendapat seorang tawanan yang boleh dijadikan sebagai khadam. Saidatina Fatimah r.a pergi menemui Nabi s.a.w namun beliau tidak menemui baginda, cuma berjumpa Saidatina Aisyah r.a dan menceritakan maksud kedatangannya. Apabila Rasulullah s.a.w pulang, Saidatina Aisyah r.a terus menceritakan kepada baginda mengenai kedatangan Saidatina Fatimah r.a. Nabi s.a.w kemudiannya pergi menemui kami. Waktu itu kami sedang berada di tempat tidur, kami bangkit untuk menemui baginda lalu baginda bersabda: Tetaplah di tempat kamu. Baginda seterusnya duduk di antara kami sehinggalah aku reda dari memarahinya kemudian baginda bersabda: Inginkah kamu aku ajarkan sesuatu yang lebih baik dari permintaan kamu? Apabila kamu berada di tempat tidur masing-masing, kamu hendaklah membaca takbir (a) sebanyak tiga puluh empat kali, tasbih (b) sebanyak tiga puluh tiga kali dan tahmid (c) sebanyak tiga puluh tiga kali. Semuanya itu adalah terlebih baik dari seorang khadam.
15. SUNAT BERDOA PADA AWAL PAGI.
Bilangan : 1/1
Hadis : 1562 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah s.w.t, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar kaldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah s.w.t dari godaan syaitan, kerana binatang terebut melihat syaitan.
16. DOA KETIKA MENDAPAT KESUSAHAN.
Bilangan : 1/1
Hadis : 1563 - Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Nabi s.a.w selalu berdoa setiap kali mendapat kesusahan. Di mana doanya: (a).
17. DOA SESEORANG AKAN DIKABULKAN SELAGI DIA TIDAK TERGESA-GESA SEHINGGA DIA BERKATA, “AKU BERDOA TETAPI TIDAK DIMAKBULKAN”.
Bilangan : 1/1
Hadis : 1564 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.
18. PENGHUNI SYURGA KEBANYAKKANNYA TERDIRI DARIPADA ORANG-ORANG MISKIN MANAKALA PENGHUNI NERAKA KEBANYAKKANNYA TERDIRI DARIPADA KAUM WANITA. KETERANGAN MENGENAI FITNAH YANG DISEBABKAN WANITA.
Bilangan : 1/3
Hadis : 1565 - Diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika aku berdiri di hadapan pintu Syurga ternyata kebanyakan orang yang memasukinya ialah dari kalangan orang-orang miskin. Aku juga melihat para pembesar sedang ditahan kecuali penghuni Neraka, di mana mereka diarahkan terus pergi ke Neraka. Ketika aku berdiri di hadapan pintu Neraka ternyata kebanyakan orang yang memasukinya adalah kaum wanita.
18. PENGHUNI SYURGA KEBANYAKKANNYA TERDIRI DARIPADA ORANG-ORANG MISKIN MANAKALA PENGHUNI NERAKA KEBANYAKKANNYA TERDIRI DARIPADA KAUM WANITA. KETERANGAN MENGENAI FITNAH YANG DISEBABKAN WANITA.
Bilangan : 2/3
Hadis : 1566 - Diriwayatkan daripada Imran bin Husain r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Golongan yang paling sedikit menghuni Syurga ialah kaum wanita.
18. PENGHUNI SYURGA KEBANYAKKANNYA TERDIRI DARIPADA ORANG-ORANG MISKIN MANAKALA PENGHUNI NERAKA KEBANYAKKANNYA TERDIRI DARIPADA KAUM WANITA. KETERANGAN MENGENAI FITNAH YANG DISEBABKAN WANITA.
Bilangan : 3/3
Hadis : 1567 - Diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak ada fitnah yang paling membahayakan kaum lelaki selepas zaman aku kecuali fitnah dari kaum wanita.
19. KISAH MENGENAI TIGA ORANG YANG BERADA DI DALAM GUA DAN TAWASSAUL MEREKA DENGAN AMALAN SOLEH MASING-MASING.
Bilangan : 1/1
Hadis : 1568 - Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika tiga orang lelaki sedang berjalan-jalan, tiba-tiba turun hujan. Lalu mereka berteduh di dalam gua sebuah gunung. Secara tiba-tiba pintu gua itu tertutup dengan sebuah batu besar menyebabkan mereka terkurung, lalu sebahagian daripada mereka berkata kepada sebahagian yang lain: Ingatlah semua amal baik yang pernah kamu lakukan kerana Allah s.w.t. Setelah itu berdoalah kepada Allah s.w.t dengan amalan masing-masing. Semoga Allah s.w.t menolong kesulitan ini. Lelaki pertama berkata: Ya Allah, suatu ketika dahulu aku mempunyai dua orang ibu bapa yang sudah tua melarat. Mereka tinggal bersama keluargaku yang terdiri dari seorang isteri dan beberapa orang anak yang masih kecil. Aku pelihara mereka serta berkhidmat untuk mereka. Sebaik sahaja aku mempunyai masa lapang aku terus memerahkan susu untuk mereka. Aku utamakan kedua orang tuaku untuk meminumnya terlebih dahulu daripada anak-anakku. Satu hari kerana kesibukan pekerjaanku sehingga ke petang, baru aku dapat pulang. Aku dapati kedua orang tuaku sudah tidur. Seperti biasa aku terus memerah susu. Aku letakkan susu tersebut di dalam sebuah bejana. Aku berdiri di hujung kepala kedua orang tuaku, namun aku tidak sanggup membangkitkan mereka dari tidur yang nyenyak. Aku juga tidak sanggup memberi anak-anakku minum terlebih dahulu sebelum kedua orang tuaku meminumnya, sekalipun mereka meminta-minta di hadapanku kerana lapar dahaga. Aku terus setia menunggui mereka dan mereka juga tetap pula tidur sampai ke pagi. Jika Engkau tahu apa yang aku lakukan itu adalah semata-mata mengharapkan keredaanMu, maka tolonglah aku dari kesulitan ini. Gerakkanlah batu besar ini, sehingga kami boleh melihat langit. Disebabkan khidmat bakti tersebut Allah s.w.t berkenan menolong mereka dengan menggerakkan sedikit batu besar tersebut, sehingga mereka boleh melihat langit. Lelaki kedua pula berkata: Ya Allah, suatu ketika dahulu aku mempunyai seorang sepupu perempuan. Aku mengasihinya sebagaimana cinta seorang lelaki terhadap seorang perempuan yang cukup mendalam. Aku minta supaya dia melayani keinginan nafsuku. Namun begitu dia tidak sudi untuk berbuat demikian kecuali setelah aku mampu memberikannya wang sebanyak seratus dinar. Untuk tujuan tersebut dengan susah payah akhirnya aku mampu mengumpulkan wang sebanyak itu. Aku membawa wang tersebut kepadanya. Sebaik sahaja aku ingin menyetubuhinya, dia berkata: Wahai hamba Allah! Takutlah kepada Allah. Janganlah kamu meragut kesucian ku kecuali dengan pernikahan terlebih dahulu. Mendengar kata-kata tersebut aku terus bangkit daripadanya serta membatalkan niat jahatku itu. Seandainya Engkau tahu bahawa apa yang aku lakukan itu adalah semata-mata untuk mencari keredaanMu, tolonglah kami dari kesulitan ini. Gerakkanlah batu besar ini. Allah s.w.t berkenan menolong mereka di mana batu besar itu terbuka sedikit lagi. Lelaki ketiga pula berkata: Ya Allah, suatu ketika dahulu aku pernah mengupah seorang pekerja untuk menugal padi. Sebaik sahaja selesai melakukan pekerjaan, dia berkata: Berikan upahku. Namun aku enggan membayar upahnya. Dia terus menugal padi dan meminta lagi upahnya beberapa kali. Aku masih seperti biasa, enggan membayar upahnya dan terus mengupahnya menugal padi sehingga aku berjaya memiliki beberapa ekor lembu dan beberapa ekor anaknya. Suatu hari lelaki tadi datang kepadaku dan berkata: Takutlah kamu kepada Allah. Kamu jangan lagi menzalimi aku dengan kewajipanku. Kemudian aku berkata kepadanya: Ambillah lembu itu serta anak-anaknya. Dia berkata: Takutlah kepada Allah dan janganlah mempermain-mainkan aku. Aku berkata: Aku tidak mempermain-mainkan kamu, tetapi ambillah lembu itu serta anak-anaknya. Sehingga akhirnya dia mengambil lembu tersebut. Seandainya Engkau tahu bahawa apa yang aku lakukan itu adalah semata-mata untuk mencari keredaanMu, tolonglah kami dari kesulitan yang tinggal hanya sedikit lagi. Akhirnya Allah pun menolong mereka dengan menggerakkan batu besar yang menutupi gua tempat di mana mereka berteduh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan