Datuk Seri Najib Tun Razak yakin suasana ceria dan sambutan menggalakkan yang diterima oleh beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam lawatan bersama ke Sarawak hari ini merupakan satu titik permulaan optimistik untuk mereka turun padang ke setiap negeri bagi berjumpa dengan rakyat.
"Kita merasa optimis. Insya-Allah sokongan kepada BN berada di tahap yang baik," kata Perdana Menteri pada persidangan akhbar bersama-sama Muhyiddin di Lapangan Antarabangsa Kuching.
Turut hadir Ketua Menteri sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Najib dan Muhyiddin yang tiba di Kuching semalam di bawah program turun padang pemimpin yang bermula hari ini sehingga September depan, telah menghadiri pelbagai program bersama rakyat di negeri ini sepanjang hari, termasuk program Sejiwa Senada di Serian, kira-kira 60km dari Kuching.
Perdana Menteri berkata dengan adanya program turun padang itu, kerajaan dapat mengenal pasti masalah rakyat dan menyelesaikan perkara yang menjadi rintangan di peringkat akar umbi.
Mengenai pilihan raya negeri Sarawak yang bakal diadakan bulan depan, Najib berkata: "Peringatan yang saya lazim berikan sama ada di peringkat nasional, negeri atau pilihan raya ialah kita mesti mengatur langkah yang tepat dan bijak."
Pengerusi BN itu berkata BN mesti memastikan jentera mereka bergerak dengan rancak dan bekerja kuat.
"Maknanya semua jentera parti BN mesti disusun rapat dan mengambil keputusan yang tepat, terutamanya untuk mengetengahkan calon yang boleh menang pada pilihan raya nanti".
--Bernama
Kit Siang: S'wak bakal pelengkap tsunami 2008
Pilihan raya negeri yang bakal diadakan akan menjadi "kemuncak" yang melengkapkan tsunami politik yang melanda pilihan raya umum 2008 di semenanjung Malaysia, kata penasihat DAP Lim Kit Siang.Menurutnya, DAP yang mempunyai enam kerusi DUN di Sarawak telah membuat persiapan rapi bersama rakan komponen dalam Pakatan Rakyat untuk menamatkan pemerintahan 30 tahun Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
"Saya tidak mahu meramal berapa kerusi kita boleh menang, Namun, pilihan raya Sarawak 2006 menandakan satu permulaan untuk perubahan yang diikuti oleh tsunami politik di Semenanjung pada tahun 2008.
"Kali ini kami berharap ia akan menjadi kemuncak tsunami politik untuk perubahan Malaysia khususnya di Sarawak," kata Lim.
Lim juga berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tempoh berkempen yang "lebih daripada seminggu' dengan mengambil kira saiz negeri yang terbesar di Malaysia itu dan masalah logistik untuk menyampaikan mesej di kawasan luar bandar.
"Kita harap tempoh yang cukup diberikan untuk berkempen, bukannya hanya satu minggu kerana ini tidak munasabah dan tidak adil. Namun ini yang kita khuathir kerana (kita tahu) SPR bukannya satu badan yang bebas seperti yang diperlukan," katanya.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula menyifatkan pilihan raya negeri Sarawak sebagai detik yang paling penting untuk masa depan anak negeri itu.
Dominique: Kali ini berlainan
"Inilah masa untuk membuat perubahan. Perubahan ini bukan untuk kami, tetapi untuk anda sekalian," kata Khalid kepada wakil-wakil penduduk Penan dari Baram, Sarawak.
Manakala ADUN Padungan Dominique Ng - satu-satunya wakil PKR dalam DUN Sarawak - yakin Pakatan mampu mengubah landskap politik Sarawak bersandarkan sentimen politik .
Beliau berkata Pakatan Rakyat tidak lagi menampilkan diri sebagai pembangkang semata-mata tetapi sebagai sebuah gagasan yang mampu mengubah nasib penduduk Sarawak, jika diberi mandat.
"Kali ini agak berlainan kerana kita akan bertanding di semua 71 kerusi DUN Sarawak dan kita harap kali ini kita boleh bawa perubahan yang terbesar sekali di Bumi Kenyalang iaitu untuk membebaskan Sarawak daripada BN," kata beliau.
BN kini menguasai 63 kerusi di DUN Sarawak , dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu pimpinan Taib menang 35 kerusi, Parti Bersatu Rakyat Sabah (SUPP) 12 kerusi.
Dua parti komponen lain dalam BN Sarawak, iaitu Parti Rakyat Sarawak dan Parti Progresif Demokratik (SPDP) masing-masing memegang lapan kerusi.
Pakatan Rakyat pula mempunyai tujuh kerusi, enam daripadanya dimiliki DAP enam dan satu lagi oleh PKR. Parti Cinta Malaysia (PCM) memiliki satu kerus
i.
'Sakit hati' boleh lapor pada SKMM
Hazlan Zakaria
Mac 19, 11
6:27pm
Penulis blog Mohd Nur Hanief Abdul Jalil mendakwa beliau disiasat tiga jam oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana ada yang "sakit hati" tentang kandungan blognya.
"Mereka (SKMM) kata ada orang yang laporkan saya sebab 'sakit hati'.
"Kalau orang ada sakit hati tentang gambar atau kandungan blog mereka kata boleh laporkan pada SKMM untuk disiasat," kata Hanief.
Dalam soal-siasat pagi jam 10 pagi tadi di ibu pejabat SKMM di Cyberjaya, Hanief hadir berseorangan kerana peguamnya N Surendran tidak dapat hadir.
Katanya, walaupun bapanya dibenarkan hadir sama tetapi beliau memilih menjalani sesi itu berseorangan.
SKMM meolak permohonan Surendran supaya siasatan itu ditunda ke masa lain supaya beliau dapat turut serta.
Hanief, 27, bagaimanapun berpendapat cara SKMM menangani kes itu seperti mahu menakut-nakutkan penulis blog.
Demo jalan raya untuk demokrasi pilihan raya Mohd Nasir Awang |
Alhamdulillah, satu permulaan sangat baik untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno (HKR-PGU) di Besut, malam tadi (Jumaat, 18 Mac). Dianggarkan lebih 10 ribu hadirin membanjiri Dataran PGU yang terletak di belakang Masjid Bandar Jertih. Diharap sambutan luar biasa sebegitu berlanjutan dalam sesi-sesi seterusnya sepanjang hari ini hingga ke penghujung acara tengah malam nanti. Sepertimana kebiasaan bagi mana-mana perhimpunan besar dianjurkan PAS, majlis malam tadi juga berlangsung penuh tertib dan adab. Lautan hadirin seramai itu masih berupaya meminimakan sebarang kesulitan, kacau-ganggu atau apa-apa kesan negatif terhadap pihak yang tidak ikut serta, khususnya penduduk sekitar lokasi. Tidak syak lagi ketertiban itulah antara yang meyakinkan kepimpinan PAS untuk menganjurkan sebarang perhimpunan berskala besar. Mereka tahu ahli dan penyokong parti sangat mengutamakan disiplin diri. Mereka tahu adab, sama ada ketika menggunakan jalan raya, sepanjang berhimpun, mahu pun bersurai. Hakikat itu mewajarkan pendirian kita betapa pihak lain tidak sepatutnya gusar atau menelah dengan berbagai andaian negatif dan buruk sekiranya PAS berhasrat mengadakan sebarang perhimpunan. Lebih-lebih lagi itulah antara isyarat dan penegasan penting dalam ucapan penceramah utama malam tadi, Haji Mohamad Sabu. Beliau yang juga pengerusi lajnah berkaitan mobilisasi massa untuk demokrasi sekali lagi mengulangi pendiriannya berhubung kepentingan rakyat berhimpun menunjukkan sikap terhadap sebarang salahlaku atau kepincangan parti pemerintah. Isu paling ditekankan beliau ialah soal pengurusan pilihan raya negara ini yang disifatkannya masih belum meyakinkan. Rakyat memang tidak menilai keadaan proses demokrasi itu setakat ini diurus secara adil, telus dan bersih. Banyak sangat kepincangan dan kelompangan dalam urustadbir pilihan raya kita. Kita telah menyaksikan bagaimana kemuncak rasa benci dan muak rakyat terhadap penyelewengan dan ketidakadilan proses pilihan raya telah membuahkan satu perhimpunan lebih 100 ribu rakyat di ibu negara beberapa tahun lalu. Mereka menuntut pilihan raya negara diurus secara adil dan bersih. Antaranya, daftar pemilih dibersihkan daripada sebarang perkara meragukan, pendaftaran pemilih dibuat secara automatik, penghapusan undi pos dan penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundian berulang. Rakyat juga menuntut akses lebih luas dan adil kepada parti pembangkang dalam media arus perdana, termasuk yang dikuasai kerajaan. Seluruh negara gempar dengan komitmen luar biasa ditunjukkan rakyat menuntut keadilan demokrasi. Pada suatu peringkat Barisan Nasional (BN) kelihatan seolah-olah bakal meraikan tuntutan itu. Beberapa aspek perjalanan pilihan raya dikatakan lebih telus dan adil ketika pilihan raya umum lalu. Namun, tsunami politik yang terhasil daripada proses lebih demokratik itu tidak memihak kepada BN. Ia tumbang di lima negeri dan hilang penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen. . “Inilah bukti, apabila demokrasi dilaksanakan dengan sebenarnya, rakyat diberi peluang memilih secara adil, BN boleh ditumbangkang. Betul atau tidak?”, terjah Mohamad Sabu, dengan gaya yang menjadi ‘trademark’ beliau itu. Menurutnya, ekoran keputusan mengejutkan itu BN seakan hilang punca. Riak dan tingkahnya selepas itu hingga kini tidak menampakkan ia bersedia mengulangi proses pemilihan setelus pilihan raya 2008. Ia jelas tidak menguntungkan BN. Justeru, rakyat tidak meletakkan harapan tinggi untuk melihat proses demokrasi lebih baik dalam pilihan raya nanti. Setakat ini BN bukan sahaja tidak menunjukkan komitmen meyakinkan untuk memenuhi tuntutan rakyat. Pendaftaran pengundi secara automatik masih dalam perbahasan. Penggunaan dakwat kekal belum diterima, pembersihan daftar pemilih tidak dilakukan. Keadilan media untuk pembangkang pula suatu yang masih terlalu jauh untuk direalisasikan. Paling mengusik kesabaran rakyat ialah pendirian kerajaan berhubung undi pos. Jangan dikatakan ia bakal dihapuskan, kerajaan sebaliknya berura-ura memperkasa dan memperbanyakkan lagi kategori pemilih yang layak didaftarkan sebagai pengundi pos. Sebelum ini yang disenaraikan sebagai pengundi kategori itu majoritinya adalah anggota pasukan keselamatan, iaitu polis dan tentera. Namun kedengaran kebelakangan ini hasrat menjadikan suami atau isteri mereka pula sebagai pengundi pos. Bahkan, kecenderungan itu juga diura-ura turut melibatkan anggota pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela). “Jika benar anggota Rela pun nak dijadikan pengundi pos, ini terang-terang usaha menyelamatkan BN. Awas! Kita memberi amaran, kita tidak akan teragak-agak untuk sekali lagi turun ke jalan raya,” Mohamad Sabu memberi amarannya, disambut laungan takbir hadirin. Beliau menafsirkan pendirian meragukan ditunjukkan kerajaan, terutama pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang seakan berusaha menukar status anggota Rela daripada pemilih biasa kepada pengundi pos yang banyak diperkatakan masyarakat sebelum ini. Semua kita akui undi pos setakat ini tidak pernah memihak kepada pembangkang. Ia bagaikan deposit tetap buat BN. Sebab itu sebarang usaha memperluaskan kategori pemilih yang layak didaftarkan sebagai pengundi pos secara mudahnya memang boleh dianggap usaha menambah undi tetap untuk BN. Logik, bukan? Ertinya undi pos adalah perkara yang sering menjadi bahan utama pertikaian. Ia dikaitkan sebagai lambang ketidaktelusan dan taktik jahat BN mengekalkan kuasa. Ia juga dilihat medan paling subur untuk penipuan BN demi mendapatkan undi tinggi. Apatah lagi kumpulan pengundi pos berada dalam persekitaran yang tertakluk sepenuhnya kepada manipulasi kuasa dan kawalan sepenuhnya oleh pihak-pihak yang menguntungkan BN selaku kerajaan. Justeru, jika benar Rela turut dijadikan undi pos, ia sebenarnya menambahkan kekecewaan rakyat dan memburukkan persepsi tidak telus perjalanan proses demokrasi negara. Apakah rakyat harus berdiam diri melihat penodaan itu di depan mata? Apakah menjadi kesalahan sekiranya rakyat sekali lagi menggunakan jalan raya untuk menuntut keadilan pilihan raya? Itulah intipati persoalan dilontar Mohamad Sabu malam tadi. Beliau menjelaskan apa yang bakal dilakukan PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat adalah bagi memastikan demokrasi terpelihara. Justeru, kemungkinan demonstrasi jalan raya yang disebutnya adalah dalam rangka memulihkan proses demokrasi dan menuntut keadilan pilihan raya, tidak lebih dari itu. Sebelum ini Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Harakah 1618, 28 Februari lalu) membayangkan kemungkinan mengadakan himpunan Bersih ke-2 jika kerajaan BN gagal memperbaiki kelemahan sistem pilihan raya diamalkan kini. PGU 2: PAS Terengganu bakal buat perubahan Harakahdaily | BESUT, 19 Mac: Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut percaya Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Zon Utara Besut/Setiu "PAS Ganti Umno" (PGU 2), hari ini merupakan satu langkah ke arah mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang. Selaku pengerusi panitia, beliau berkata PGU 2 merupakan program lanjutan dari Himpunan Kebangkitan Rakyat "PAS Ganti Umno" di Kemaman pada 15 Januari lalu. Beliau percaya program kedua itu menjadi lambang kesungguhan sekaligus menggambarkan kekuatan PAS Terengganu yang akan mencipta suatu perubahan. "Program ini adalah lambang kesungguhan sekaligus menggambarkan kekuatan yang kita mula bina bagi mencipta perubahan di negeri ini khususnya dalam Pilihan Raya Umum (PRU). "Ini sudah tentu akan membuahkan satu hasil yang memberangsangkan kepada perjuangan parti kita menuju kemenangan," ujarnya yang juga ahli parlimen Kuala Terengganu. Perasmian PGU2 disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 2.30 petang di Dataran PGU Belakang Masjid Jertih, di sini. Sebelumnya, sekitar jam 12.30 tengah hari, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merasmikan program Jamuan Rakyat dengan mengagihkan kepada para hadirin. Pengarah program, Datuk Hussin Awang berkata PGU2 yang diadakan di Besut kali ini berada dalam suasana kebangkitan rakyat terhimpit dengan ketidakadilan, tekanan kenaikan harga barang, amalan demokrasi yang tempang, masalh ekonomi, politik dan birokrasi. Beliau yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu menyifatkan kehadiran seluruh para peserta ke program PGU 2 merupakan jihad Fisabilillah kerana menentang segala kepincangan tersebut. "Saya selaku pengarah program ini mengalu-alukan kehadiran para peserta dan ahli-ahli parti dari Pakatan Rakyat dan hadirin seluruhnya. Semoga ia diganjari sebagai amalan jihad Fisabilillah," tegasnya. Antara pimpinan PAS negeri yang hadir ialah pesuruhjaya, Datuk Harun Taib, bendahari, Muhyidin Abdul Rashid, ketua muslimat, Safinah Jusoh dan ketua pemuda, Ustaz Mohd Nor Hamzah. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan