Isnin, 21 Mac 2011

JIKA TIDAK BENAR ...SATU KEZALIMAN...NAYA KAT ORANG...BETUL TAK PE LAH...JIKA TIDAK SEMUA YANG TERLIBAT MASUK NERAKA...JANGAN KITA MENGHALAL CARA..

Setelah semuanya gagal, kini datang video palsu?
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Setelah gagal dengan projek Fitnah II apabila mahkamah menolak DNA yang dicuri, BN didakwa cuba menghancurkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan video yang didakwa palsu.

Peguam yang juga naib presiden PKR, Sivarasa Rasiah dalam Twitternya secara langsung menghalakan serangannya kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

"Setelah gagal dengan projek fitnah II, Datuk Seri Najib mengubah hala serangannya. Video yang ditokok tambah mula disebarkan hari ini," tulis Sivarasa dalam Twitternya.

Hari ini, tiga kumpulan wartawan ditayangkan video seks yang didakwa antara Anwar dengan seorang wanita Cina yang dikatakan dirakam di sebuah bilik hotel.

Ia ditayangkan di hotel mewah, Carcosa Sri Negara pagi ini di depan kumpulan para wartawan kumpulan demi kumpulan.

Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

Berdasarkan modus operandinya, tekanan ini dikenakan kepada Anwar agar beliau berundur dari politik dan jangan mengganggu gugat kepimpinan BN yang ada. Jika Anwar bersetuju berundur, video ini dikatakan tidak akan dilepaskan kepada umum.

Selain tekanan ini, beberapa siri tekanan lain juga dikatakan akan terus dikenakan ke atas Anwar sehingga beliau berhenti dari memberikan gugatan kepada pemimpin BN yang ada.

Harakahdaily pernah dimaklumkan perkara ini sebelum ini. Ketika dibincangkan dengan beberapa pemimpin kanan PAS, mereka yakin, tekanan terhadap Anwar sudah terlalu berlebihan untuk memusnahkan beliau.

"Ia sudah over done," kata seorang pemimpin kanan PAS.

Video seks

Pagi ini, wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Menurut laporan media, klip video itu lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.

Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.

Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.

Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.

Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.

Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama.

AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini.

BN sangat tersepit

"BN mesti sangat tersepit. Mereka fikir boleh musnahkan DSAI dan Pakatan dengan video palsu," tulis Sivarasa yang juga anggota Parlimen Subang lagi.

Pengarah Perhubungan PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam twitter juga mengulas isu itu.

"Fitnah 1 gagal. Agen asing gagal. Fitnah II sedang gagal. Sekarang, video," tulis beliau dalam Twitternya.

Anggota Parlimen dari PAS dari Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali juga memberikan ulasan dalam Twitternya.

"Apa nak jadi negara kita. Orang lain sibuk nak bina semula negara yang musnah, kita sibuk nak musnahkan maruah dan kredibiliti pemimpin. Fitnah bawa punah pada semua," kata beliau.

Seorang pemimpin PAS ketika mengulas isu ini pula berpendapat, strategi BN silap dalam isu ini kerana gagal memahami saikologi orang Melayu dalam menilai isu seks.

"Sepatutnya seks biasa dulu, lepas itu barulah liwat....ini tidak terbalik kot...," kata beliau.



BN: Mala petaka di akhir zaman
Huzir Sulaiman

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Masa akan menjadi dekat (pendek), ilmu akan diangkat, fitnah akan lahir, dicampakkan akan sifat bakhil dan berlaku dengan banyaknya ‘harju’. Maka mereka bertanya: Wahai Rasul, apakah maksud harju. Baginda menjawab: harju adalah pembunuh."

Dan fitnah ini cukup jelas dan nyata dihamburkan oleh pihak BN ketika di PRK, melalui saksi mata saya sendiri dan dari mata sahabat yang lain ketika di sana. Strategi perang saraf BN tidak mengenal erti benar dan salah, erti hakikat fakta dan palsu malah erti pahala dan dosa asalkan matlamat utama mengekalkan kuasa dengan apa cara sekalipun walaupun dengan cara yang cukup jijik dan dayus tercapai.

Itulah BN yang dilihat seiras kaum yang dimaksudkan oleh persoalan Huzaifah yang dikatakan mengambil sunnah dan petunjuk selain daripada sunnah dan petunjuk nabi.

Huzaifah bertanya "Adakah selepas kebaikan ini akan datang pula kejahatan?" Baginda menjawab; ‘Ya’, ada tetapi bercampur dengan ‘dakhan’".

Huzaifah bertanya, "Apakah ‘dakhan’ itu?". Baginda menjawab, "Kaum atau golongan yang mengambil sunnah yang lain daripada sunnahku dan mengambil petunjuk lain daripada petunjukku. Kamu kenal mereka dan hendaklah kamu tentang mereka".

Huzaifah bertanya lagi, "Apakah selepas ini ada keburukan lagi?" Baginda menjawab, ‘Ya’ ada iaitu pendakwah-pendakwah di tepi pintu neraka. Barangsiapa yang menyahut dakwah mereka, mereka akan menolaknya ke dalam neraka."

Kata Huzaifah, "Bolehkah beri tahu sifat mereka, wahai Rasul SAW?" Baginda bersabda, "Mereka adalah sama warna kulitnya dengan kamu dan bercakap dengan bahasa kamu".

Dan kerana itu, para pengundi khususnya, haruslah bijak di dalam menapis setiap maklumat yang disampaikan, Allah SWT berfirman, maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”. (Al-Hujurat :6).

Kerana pengundi yang bijak itu disebut oleh Prof Hamka dalam mentafsirkan ayat di atas sebagai orang yang beriman kerana sentiasa berfikir sebelum bertindak atau berbuat sesuatu, dan senantiasa bersifat sabar dalam menerima segala berita, dan tidak tergopoh-gapah di dalam mempercayai sesuatu berita, kerana sikap buruk (tergopoh-gapah) itu dari sabda Nabi adalah dari syaitan.

Dan untuk tidak bersama-sama dengan sikap buruk itu, maka amatilah dengan fikiran terbuka dan dengan penuh sabar maklumat yang saya kumpul dari risalah-risalah ketika di PRK sebelum ini termasuk memeriksa kebenarannya sebagai bukti berimannya kita kepada Allah S.W.T.

Antaranya ialah:

DAP anti Melayu dan anti ISLAM? (Hampir 21 contoh dikemukakan untuk mengukuhkan tuduhan itu).

  1. Lim Guan Eng dan Datuk Seri Anwar ingin menghapuskan hak keistimewaan Melayu termasuk Institusi Raja-Raja Melayu?
  2. Perbezaan di antara kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang menentang rasuah dengan tindakan beliau yang juga pengamal rasuah?
  3. Kes liwat Datuk Seri Anwar termasuk tiada bukti yang dikemukan beliau terhadap tuduhan beliau dalam isu pembelian kapal selam, pembunuhan Altantuya dan APCO?
  4. Mungkir janjinya Anwar untuk menyelesaikan isu Kg. Buah Pala di Pulau Pinang?
  5. Anwar sebagai penasihat ekonomi Kerajaan Negeri Selangor dengan gaji RM1 tetapi mempunyai defisit RM70 juta serta pejabat di luar Negara?
  6. Datuk Seri Anwar dan Khalid Samad ingin meliberalkan ISLAM?
  7. Melayu untuk dijual?
  8. Isu pimpinan DAP di dalam dan di sekitar kawasan masjid?
  9. Melayu hilang kuasa jika pembangkang memerintah?
  10. Doa pecah perut untuk orang Islam. Doa qunut nazilah dan solat hajat untuk orang kafir?
  11. PAS tidak mempertahankan nama Allah kerana membenarkan DAP menggunakan kalimah Allah termasuk menggunakan perkataan Allah di gereja?

Sejauh mana benar tuduhan di atas terletak di bahu kita semua untuk sama-sama menelitinya, dan jika ia tidak benar, maka wajiblah untuk sama-sama kita memeranginya.

Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: "Bersegeralah kamu mengerjakan amalan-amalan bagi menolak fitnah yang datang seperti kegelapan malam yang gelap gelita. Pada sebelah pagi seseorang itu beriman dan pada sebelah petangnya ia menjadi kafir dan pada sebelah petangnya ia beriman dan pada sebelah paginya ia menjadi kafir. Dia menjual agamanya dengan harta benda dunia."

Dan janganlah menjerumuskan diri kita ke dalam bahaya fitnah ini kerana azab siksanya amatlah pedih.

Firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 25 yang bermaksud: "Jagalah olehmu akan fitnah yang tidak menimpa ke atas mereka yang zalim semata-mata dan ketahuilah bahawa Allah sangat dahsyat siksaan Nya."

Memberi undi atau menyokong mereka tanpa usul periksa yang menyeluruh atau berat-sebelah pasti akhirnya akan meruntuhkan seluruh struktur sosio-ekonomi negara lebih-lebih lagi kepada masa hadapan anak-anak kita yang akan hancur kerananya. Adakah itu yang kita mahu?

Dan jika BN khususnya Umno berada di landasan yang benar dan yakin dengan setiap tuduhan mereka, dan yakin bahawa setiap rakyat malaysia berhak diberi kebebasan untuk melaksanakan usul periksa secara adil dan saksama demi agama dan negara, kenapa kebebasan media khususnya kepada Pakatan Rakyat disekat sebegitu rupa? Berani kerana benar dan takut kerana salah.

Kenapa dilihat begitu takut? sehingga tiada ruang langsung disediakan oleh media Radio dan Televisyen untuk Pakatan Rakyat memperjelaskan setiap dari tuduhan di atas.

Untuk rakyat khususnya para pengundi fikirkan.



Kes berprofil tinggi telus jika SPRM boleh dakwa
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berpendirian, siasatan kes berprofil tinggi akan lebih telus sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberikan kuasa pendakwaan.

Salahuddin sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, dengan adanya kuasa pendakwaan itu, SPRM tidak akan terikat dengan karenah birokrasi.

"Adakah menteri percaya dengan adanya kuasa pendakwaan ini, akan menjadikan siasatan lebih telus dan tidak terikat dengan mana-mana birokrasi lagi supaya kes yang berfrofil tinggi ini dapat disempurnakan," katanya.

Beliau yang juga anggota jawatankuasa khas Parlimen mengenai rasuah juga menyifatkan cadangan jawatankuasa berkenaan berkaitan perkara itu sebagai berani.

"Ini satu cadangan yang paling berani yang pernah dibuat oleh jawatankuasa ini yang telah pun kita serahkan ke Putrajaya tahun lewat tahun lepas," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam jawapannya bagaimanapun memberitahu, pemisahan kuasa adalah satu perkara yang sangat penting iaitu memisahkan di antara kuasa menyiasat dan mendakwa.

"Adalah penting bagi seorang pendakwa untuk mendakwa tanpa mempunyai hubungan yang rapat dengan orang yang hendak didakwa," katanya.

Salahuddin dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah kes yang dianggap atau dikategorikan sebagai berprofil tinggi yang telah sempurna disiasat oleh SPRM dari tahun 1990 hingga 2010.

Beliau juga ingin tahu daripada jumlah itu berapakah jumlah kes yang telah diambil tindakan pendakwaan oleh Jabatan Peguam Negara dan jumlah kes yang telah selesai dibicarakan.


Dun Sarawak bubar, laporan Harakahdaily tepat
Harakahdaily

KUCHING, 21 Mac: Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak dibubarkan hari ini untuk membolehkan pilihan raya Dun ke-10 diadakan.

Speaker DUN Sarawak Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata pengisytiharan pembubaran DUN Sarawak yang ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng telah diterima pada pagi ini.

"Pembubaran DUN Sarawak pada 21 Mac iaitu hari ini mengikut perkara 21(2) Perlembagaan Negeri Sarawak," katanya pada sidang media di bangunan DUN baru di Kuching hari ini.

Asfia berkata pengisytiharan pembubaran DUN Sarawak akan diserahkan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada petang esok.

"Tempat dan masa pertemuan belum dapat ditentukan tapi ia akan diserahkan esok," katanya lagi.

Asfia berkata selepas penyerahan pengisytiharan itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan, DUN Sarawak akan dibubarkan hari ini, 21 Mac.

Jika desas-desus itu menjadi kenyataan, ada kemungkinan pilihan raya dilangsungkan pada 16 April sementara 9 April adalah hari penamaan calon, lapor Harakahdaily sebelum ini.


Kad kredit: Bank keliru pengguna
Yanti Haron

Pada minggu lepas, Bank Negara memperkenalkan beberapa syarat kelayakan baru bagi mendapatkan kad kredit, ekoran hutang kad kredit yang semakin meningkat. Antara syarat baru yang diperkenalkan adalah kelayakan pendapatan minimum.

Sebelum ini, pemohon kad kredit perlu mempunyai pendapatan minimum RM18,000 setahun. Dengan pengenalan syarat baru ini, pemohon kad kredit perlu mempunyai pendapatan minimum RM24,000 setahun sebelum permohonan kad kredit mereka dapat diluluskan.

Selain itu, bagi pemohon atau pemegang kad kredit yang memperoleh pendapatan RM36,000 setahun ataupun kurang, mereka hanya dibenarkan memiliki kad kredit daripada maksimum dua pengeluar kad sahaja.

Namun begitu, pada masa yang sama, pihak Bank Negara juga perlu mengambil perhatian akan taktik pemasaran kad kredit yang mengelirukan pengguna. Antara taktik dimaksudkan adalah sesetengah bank akan menghantar surat promosi kepada pemegang kad kredit.

Antara yang dilampirkan bersama surat itu adalah sekeping cek. Bagi pengguna yang tidak sedar, mereka akan menyangka bahawa cek itu adalah hadiah ataupun ganjaran daripada bank, barangkali kerana menggunakan perkhidmatan kad kredit bank itu.

Hakikat yang sebenarnya adalah cek itu merupakan cash advance, dan bukannya hadiah daripada bank. Apabila pengguna kad kredit mendepositkan cek itu ke dalam akaun mereka atas sangkaan bahawa ia adalah hadiah YANG TIDAK MEMERLUKAN APA-APA BAYARAN BALIK, mereka seterusnya pasti terkejut jika dikenakan kadar faedah kad kredit yang sememangnya tinggi. Kita tidak mahu berlaku situasi yang mana pengguna kad kredit secara tidak sedar meminjam wang dari bank berkenaan melalui kemudahan cash advance yang TIDAK PERNAH PUN MEREKA POHON.

Bank Negara perlu bertindak tegas supaya tiada institusi kewangan, sama ada bank, syarikat insurans dan lain-lain lagi yang menggunakan taktik pemasaran yang mengelirukan pengguna. Dalam contoh di atas, pemegang kad kredit berkenaan tidak pernah pun memohon bagi diberikan cash advance.


Dr Azman: Serang Libya cetus banyak persoalan
Dr Azman Ibrahim
Tindakan serangan udara ke ats Libya oleh Barat yang diketuai AS menimbulkan banyak persoalan dan kuasa barat serta Eropah perlu memberikan penjelasan motif sebenar serangan ke atas negara pimpinan Muammar Gaddafi ini kerana jelas gambaran sejarah Iraq dan Saddam Husein bakal berulang.

Memang saya telah menjangkakan serangan ini akan berlaku malah amat yakin ianya akan berlaku cepat atau lambat ditambah lagi dengan sokongan beberapa negara Arab yang bebal dan dungu.

Kalau betul bagai dicanang, serangan dilakukan bertujuan untuk menyelamatkan dan melindungi orang awam daripada krisis yang melanda Libya, tapi yang jelas orang awam tetap menjadi mangsa.

Alasan sama yang pernah diberi di Iraq dahulu, tapi saya melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana orang awam telah menjadi mangsa. Ianya hanya skrip lama yang diulang cetak untuk kali yang entah ke berapa.

Persoalan samada tindakan ketenteraan ini akan menghapuskan regim Gaddafi sama sebagaimana yang pernah menimpa Saddam, saya yakin kita belum pasti ianya akan berlaku tapi krisis ini telah membuka pintu untuk campur tangan barat di bumi ummat Islam.

Sepatutnya peranan Liga Arab perlu dimaksimakan dan penyelesaiannya perlu dalam kontek dunia Arab dan dunia Islam.

Apa yang nyata, Barat telah menzahirkan lagi sikap double standard mereka yang telah sedia diketahui umum.

Mengapa ketika Israel menganyang Gaza pada Januari 2009, mereka tidak terfikir langkah untuk selamatkan rakyat Palestin dan melindungi orang awam sedangkan jelas sekali orang awam Palestin telah dan sedang menjadi mangsa keganasan Israel.

Situasi sama sedang berlaku di Bahrain sekarang tetapi tiada tindakan dari Barat mungkin disebabkan negara itu menjadi sekutu AS dan menempatkan pengkalan tentera AS.

Kita meyakini tanpa ragu, agenda sebenarnya adalah emas hitam yang ditakungi perut bumi Libya. Agenda tersembunyi adalah kerana Libya antara negara terkaya dengan hasil minyak dan gas.

http://www.drazmanibrahim.com

Tiada ulasan: