Selasa, 29 Mac 2011

BILA TIADA BUDI BICARA...TUNJUK KUASANYA....DIMAHKAMAH ALLAH MEREKA TIADA KUASA...SAMA2 KITA LIHAT2 ORANG INI...ADAKAH IA NAK SOMBONG LAGI....TUNGGU..



Raja Nazrin perkenan agenda Islam

Harakahdaily

IPOH, 28 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) yang diberikan perkenan mengadap sekali lagi Raja Muda, Raja Dr Nazrin Shah semalam di Istana Raja Muda, di sini telah membincangkan agenda pembangunan Islam terutama di negeri ini. Timbalan ketuanya, Mohd Munir Ali berkata, antara hasil perbincangan berkaitan tulis jawi yang telah dititahkan oleh Raja Dr Nazrin Shah baru-baru ini dan juga usaha menemukan antara Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Negeri Perak dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Al-Mursyidul Am PAS yang akan turut diperhalusi. “DPPN Pk yakin perbincangan yang telah diadakan semasa majlis mengadap semalam akan membuahkan hasil bagi memastikan agenda Islam di Perak akan terus dipelihara dan berkembang dengan baik,” ujarnya. DPPN Pk juga, katanya yakin penekanan Raja Dr Nazrin Shah terhadap perkembangan dan kemajuan aspek pendidikan Islam di Perak, terutama di peringkat pengajian tinggi juga akan diambil perhatian yang serius. “Akhirnya, DPPN Pk merakamkan ucapan terima kasih di atas perkenan Raja Dr Nazrin Shah menerima rombongan DPPN Pk merafak sembah mengadap bagi tujuan tersebut,” ujarnya.


Beri kerjasama sepenuhnya kepada Khalid - Sultan Selangor
Ismail Hashim

ALAM, 28 Mac:
Sultan Selangor, Sultam Sharafuddin Idris Shah menggesa semua pihak termasuk pembangkang memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi meningkatkan pentadbiran negeri.

"Beta berharap kita semua akan bekerja dengan niat baik serta memberikan kerjasama perlu kepada kepimpinan negeri diketuai Memanda Menteri Besar.

"Beta sendiri sentiasa berbincang dengan Memanda Menteri Besar baik dalam soal pentadbiran, ekonomi dan permasalahan sosial terutama melibatkan negeri di mana beta banyak memberi nasihat kepada Memanda beta demi kesejahteraan rakyat," tegas baginda.

Sultan Selangor bertitah demikian ketika merasmikan Sidang Dewan Negeri Selangor Pertama Penggal keempat Dun Kedua Belas pada pagi ini.

Baginda bertitah semua pimpinan terutama Adun hendaklah mengepikan fahaman politik kepartian dengan mengutamakan kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri.

Titah baginda, semua perkara yang dibincangkan dalam dewan hendaklah mengutamakan rakyat dan negeri.

Baginda berharap dewan kali ini menjadi medan terbaik menyelesaikan pelbagai isu khusus melibatkan kepentingan rakyat.

Dengan amanah yang diberi, keutamaan semua wakil rakyat adalah untuk hadir ke dewan berbahas dan membawa suara akar umbi merentasi kepentingan agama, kaum, politik dan sosial, tambah baginda.

[Image]"Semua perkara berbangkit hendaklah dibincangkan dalam dewan mulia ini dengan penuh intelektual dan bukannya dengan emosi.

"Beta berbangga dengan kemajuan negeri yang memberikan sumbangan besar kepada hasil pendapatan negara," tegas baginda.

Dalam pada itu, baginda sedar Selangor sebagai negeri maju pada 2010 telah mendapat pelaburan sebanyak RM10.64 bilion dengan 325 projek industri berteknologi tinggi diluluskan.

Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 47 projek berbanding 2009.

"Namun kita harus sentiasa bersiap sedia berhadapan dengan iklim ekonomi dunia yang ada kalanya tidak menentu khususnya di Amerika, Eropah dan Timur Tengah.

"Jangan kita berbelanja secara boros dan tanpa kawalan, pengalaman lalu harus dijadikan tauladan," tegas baginda.

Baginda berharap Belanjawan 2011 bertemakan Hasil Negeri Untuk Rakyat dengan empat startegi utama akan dilaksanakan Kerajaan Selangor; pengurusan sumber negeri secara bijaksana, pengurusan perbelanjaan cekap, mendokong pembangunan modal insan dan melestarikan pembangunan negeri dengan baik dan berkesan dapat memangkin agenda berkaitan.
Badrul hadir, Shuhaimi diminta ke mahkamah


Tan Sri Abdul Khalid dan semua Exco Kerajaan Negeri serta seluruh Adun hadir termasuk Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang diisytiharkan kosong oleh Speaker, Datuk Teng Chang Khim sebelum ini.

Meskipun Mahkamah memutuskan Badrul masih kekal sebagai Adun namun dalam sidang media terakhir, Teng sebutkan beliau belum menerima apa-apa secara rasmi dari mahkamah.

Sementara itu, Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafiei kesal dengan tindakan mahkamah yang tetap memerintahkan beliau hadir juga meskipun perasmian sidang Dun sedang berjalan.

Menerusi smsnya, beliau berkata, dalam masa 30 minit beliau diminta hadir atau waran tangkap dikeluar ke atasnya.

Beliau bagaimanapun hadir juga ke Mahkamah Sesyen, dekat sini selepas itu.
Jika itu gambar saya, buka penutupnya - Wartawan Harakah Harakahdaily [Image]KUALA LUMPUR, 28 Mac: "Jika benar itu gambar saya, saya cabar mereka membuang penutup muka itu," cabar Wartawan Kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaakob ekoran laporan blog Umno kononnya wartawan Harakah mengaku Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video seks.

Wartawan Harakah adalah mangsa fitnah blogger Umno selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim difitnah Umno.

Bukan itu sahaja, dua pemimpin PAS juga turut menjadi mangsa kononnya mereka telah menonton video lucah tetapi berdiam diri dan tidak memberikan sebarang ulasan mengenainya.

Wan Nordin adalah satu-satunya wartawan Harakah yang telah menonton video seks di Carcosa Sri Negara Isnin lepas bersama dengan wartawan dari media lain.

Ekoran itu, mulai semalam, blog Umno menyiarkan laporan kononnya seorang wartawan Harakah telah mengaku bahawa lelaki dalam video itu sememangnya Anwar Ibrahim.

Pengakuan itu, lapor blog Umno itu dibuat dalam satu kedai makan di Jalan Yap Kwan Seng dalam pertemuan dengan mereka.

Bagi membuktikan pertemuan itu, blog itu turut menyiarkan sekeping gambar (gambar) dua orang yang ditutup mukanya kononnya itulah wartawan Harakah yang menonton video itu dan bertemu dengan mereka serta membuat pengakuan itu.

"Kalau benar itu gambar saya, saya cabar mereka buang penutup muka itu," kata Wan Nordin kepada Harakahdaily yang sangat kesal dengan fitnah itu. Ini kerana, tanpa disebut nama, orang akan mengaitkan beliau dengan gambar itu kerana hanya dia yang menonton video itu.

Selain memfitnah wartawan Harakah, blog Umno turut memfitnah dua pemimpin PAS. Selain dalam bloh, ia juga disebarkan dalam twitter.

"M** **** dan M******* *** dari PAS dah lihat Video Porno Anwar Ibrahim. Pasal apa depa diam? Patut depa cakap hal ni kepada juak Pas yg lain," tulis blogger Umno berkenaan dalam Twitternya.

Ketika dihubungi, kedua-dua pemimpin PAS berkenaan menafikannya.

"Depa bohong..ana blum tengok pun lagi..." kata salah seorang darinya.

Seorang lagi pemimpin PAS yang dihantar salinan Twitter berkenaan pula menjawab, "Belum tengok dan tak minat nak tengok."

RM52b lesap: Najib mesti bertanggungjawab
Ahmad Danial

BUKIT KATIL, 28 Mac:
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mesti bertanggungjawab dan digesa meletakkan jawatan kerana gagal menjaga kepentingan orang Melayu. "Najib mesti letak jawatan kerana gagal memastikan saham Bumiputera dipertahankan. Bukannya hendak menambah saham orang Melayu dan Bumiputera malah yang ada pun lesap,” kata Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Wahab. Katanya, seorang Perdana Menteri mesti bertanggungjawab sepenuhnya dengan kehilangan kepentingan Bumiputera itu. Baru-baru ini, Najib mengakui saham Bumiputera RM52 bilion telah hangus dan lesap, yang tinggal cuma RM2 bilion daripada jumlah asal RM54 bilion yang diperuntukkan untuk syarikat Bumiputera. Yusof yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukitt Katil hairan bagaimana sebuah kerajaan yang dikatakan sentiasa mendahulukan rakyat termasuk bumiputera sanggup menggadai saham Bumiputera dan memberinya kepada pihak lain dan kroni. "Kita menggesa Najib membuat laporan terperinci tentang kehilangan saham ini dan pada masa yang sama mesti membuat laporan kepada SPRM jika terdapat salah laku dan penyelewengan kuasa sehingga berlakunya perkara yang memalukan ini. "Mungkinkah kroni dan rakan-rakan yang rapat dengan pihak tertentu yang mendapat keuntungan dari lesapnya saham ini?" soalnya. Katanya, pengakuan Najib bahawa saham Melayu lesap sebagaimana disiarkan akhbar Harakah terbaru edisi cetak Bil 1626 edisi tidak cukup untuk mengubati kegagalannya dalam isu itu. "Beliau mesti meletakkan jawatan dan seterusnya disiasat kerana perkara ini adalah serius melibatkan kepentingan Bumiputera. "Dahlah saham orang Melayu sedikit, yang ada pun lesap entah ke mana," kata Yusof dengan kesal. Menurutnya, rakyat berhak mengetahui ke mana saham itu dijual dan siapa yang bertanggungjawab menjalankan kerja yang menggadaikan maruah dan kepentingan orang Melayu.
Kemenangan PRK Kuala Terengganu jadi motivasi

Harakahdaily
IPOH, 28 Mac:
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berharap anak-anak Terengganu di perantauan supaya bersama-sama berusaha memenangkan PAS terutamanya di negeri itu. Katanya, mereka hendaklah menjadikan semangat memenangkan PAS di dalam Pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 2009 sebagai motivasi untuk memenangkan PAS dalam pilihan raya umum ke-13 nanti. Beliau menyatakan demikian pada program hi-tea bersama beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu anjuran Persatuan Anak Negeri Terengganu di Perantauan (Perantau) Perak di sebuah hotel di sini, kelmarin. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Presiden dan Setiausaha Perantau Pusat, Prof Dr. Kamarulzaman Yusuf dan Suhaimi Embong. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran beberapa pimpinan PAS negeri Terengganu dan negeri Perak selaku selaku tetamu jemputan. Program itu mendapat sambutan di luar jangkaan daripada anak-anak Terengganu di seluruh Perak dengan kehadiran kira-kira 200 orang. Menurut pengarah program, Nuri Al-Amin Endut, program yang julung kalinya diadakan di Perak itu membuktikan sokongan anak-anak Terengganu masih lagi teguh dan bersetuju dengan slogan PAS Ganti Umno yang digerakkan oleh PAS negeri. Katanya, rata-rata hadirin juga yakin PAS dan Pakatan Rakyat mampu untuk menggantikan Umno BN sebagai pemerintah Malaysia serta menentang keras Umno yang merampas Perak secara haram daripada Pakatan Rakyat. Dr Kamarulzaman Yusof pula dalam ucapan penutupnya memberikan gambaran bagaimana kuasa rakyat dengan menggunakan media baru seperti facebook, twitter dan sebagainya boleh menjatuhkan sesebuah kerajaan di Asia Barat seperti Mesir dan Tunisia walaupun telah berkuasa selama 30 tahun.
Video seks: Wartawan Harakah pula difitnah
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 27 Mac:
Wartawan Kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob menafikan fitnah blogger Umno yang mendakwa beliau ada menyatakan kononnya imej dalam video seks membabitkan seorang tokoh pembangkang itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, beliau menyatakan 'muka individu itu adalah serupa dengan Anwar'. Namun selepas melihat susuk tubuhnya, perut yang buncit meyakinkan beliau bahawa individu itu bukanlah Anwar.

Beliau menjawab demikian ekoran dakwaan seorang blogger Umno yang menuduh beliau ada mengaku individu dalam video seks itu adalah Anwar dalam satu pertemuan di sebuah restoran malam tadi.

"Dalam satu blog Umno ada menyebut kononnya saya ada bertemu dengan beliau di sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng, sedangkan saya sendiri selepas dari habis bekerja pada hari itu terus pulang ke rumah saya di Seremban, saya menafikan saya ada bersama di Jalan Yap Kwang Seng. Ia Satu fitnah," katanya. Wan Nordin adalah satu-satunya wartawan Harakah yang menyaksikan video tersebut di Carcosa Sri Negara Isnin lepas. Namun tidak diketahui kalau-kalau ada pihak lain yang mengaku wartawan Harakah dan menemui blogger Umno berkenaan. Wan Nordin menyatakan, sebaik pulang dari melihat video itu beliau terus menemui Setiausaha Agung PKR yang juga Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution pada jam 2.00 petang di Parlimen dan melaporkan kepada Saifuddin tentang fitnah itu.

Beliau sendiri mendapat panggilan daripada Anwar bertanyakan tentang video itu, dan beliau ada menyatakan kepada Anwar keyakinannya.

Wan Nordin juga menyatakan, beliau ada melihat video tersebut kononnya wajah Anwar, tetapi apabila dilihat kepada susuk tubuh sebenarnya sangat jauh berbeza kerana perut yang buncit.

Beliau menerangkan, pada awalnya beliau tidak tahu tentang tayangan video berkenaan kerana hanya mendapat jemputan kononnya ada 'sidang media khas' oleh seorang wartawan akhbar arus perdana.

Beberapa kali beliau cuba bertanya apa intipati sidang itu, namun wartawan yang menjemputnya itu enggan memberitahu.

Sehinggalah beliau ke lokasi, Carcosa Sri Negara dan dibawa naik ke suatu bilik yang beliau sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku.

Hinggakan kata beliau, barangan peribadinya termasuk telefon bimbit, pen, perakam dan buku catatan diambil oleh orang yang tidak dikenali untuk disimpan sementara bagi masuk ke bilik sidang media.

Selepas duduk di dalam bilik itu, barulah beliau tahu adanya tayangan tersebut, dan akibat ketakutan dan atas dasar keselamatan beliau enggan bertindak semasa dalam bilik dan hanya menurut kehendak pengajur sahaja.

Sebelum ini Harakahdaily telah melaporkan penjelasan dari Wan Nordin barhubung bagaimana beliau dijemput ke satu sidang media yang kemudiannya bertukar kepada tanyangan video seks.
Baca laporannya sebelum ini
Apa kaitan akhbar The Star dengan video?
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 22 Mac:
Ia bermula dengan jemputan melalui telefon dari seorang wartawan akhbar The Star yang bersungguh benar meminta seorang wartawan kanan Harakah menyertai satu sidang media khas di Carcosa Seri Negara. Sejak itu, wartawan kanan Harakah itu tidak boleh lena tidur. "Bayangkan jam 4 pagi masih ada lagi penganjur ni call saya...tanya dah bagi tau Presiden PAS ke belum," cerita wartawan Harakah berkenaan kepada Harakahdaily. Menurutnya, wartawan wanita akhbar yang dimilki oleh MCA berkenaan beriya-iya benar meminta beliau hadir. Yang menarik juga, seorang wartawan kanan The Star yang lain juga amat berminat dengan cerita ini. Beberapa panggilan dibuat untuk mengetahui apa komen wartawan Harakah itu selepas menonton video itu. Dia juga sangat berminat untuk mengetahui apakah benar Datuk Seri Anwar menghubungi wartawan Harakah berkenaan. Setelah dinyatakan Harakahdaily telah bercakap dengan wartawan Harakah itu, wartawan The Star itu sekali lagi menghubungi dan bertanya apa yang dinyatakan oleh wartawan Harakah kepada Anwar. Anwar dalam sidang medianya semalam menafikan lelaki dalam video itu adalah dirinya. "Muka macam muka saya tetapi perut itu bukan saya," kata Anwar dalam sidang medianya yang berjalan dengan penuh ceria di pejabatnya itu. Turut serta adalah isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah, Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail dan lain-lain pimpinan PKR. "Memang, muka lelaki itu macam Anwar tetapi perut dia bukan Anwar. Sepanjang saya wawancara Anwar perut dia maintain je," beritahu Wartawan Kanan Harakah berkenaan kepada Harakahdaily selepas 'terperangkap' menonton video berkenaan. Fakta ini turut diakui oleh wartawan kanan akhbar The Star berkenaan apabila berkata bosnya juga berkata perkara yang sama.
Pulau Pinang akan saman kerajaan BN
Harakahdaily

GEORGETOWN, 23 Mac: Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, akan memfaikan saman terhadap kerajaan negeri BN sebelum ini kerana mengakibatkan kerugian RM30 juta dalam skandal tanah Pulau Jerejak. Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, keputusan tersebut dibuat berikutan keengganan serta kegagalan Tropical Island Resort (TIR) untuk membayar premium tanah tersebut mengikut masa yang ditetapkan. Kerajaan negeri pimpinan Dr Koh Tsu Koon sebelum ini didakwa menyerahkan tanah seluas 32 hektar di Pulau Jerejak kepada Urban Development Authority (UDA) dan TIR yang mengakibatkan kerugian kepada rakyat. “Mesyuarat kerajaan negeri hari ini memutuskan Tropical Island Resort perlu membayar premium untuk tanah yang diluluskan. "Mereka telah membuat bayaran premium tanah sebelum ini tetapi selepas ansuran pertama itu mereka tidak lagi membayarnya dan mengakibatkan TIR berhutang dengan kerajaan negeri sebanyak RM10.6 juta," katanya. Kerugian itu katanya merujuk kepada pelaburan agensi kerajaan negeri, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dalam TIR sebanyak RM15.435 juta dan pinjaman RM3.6 juta serta premium tanah RM10.6 juta yang belum dijelaskan kepada kerajaan negeri. TIR adalah syarikat usaha sama UDA Holdings dan PDC dengan pegangan ekuiti masing-masing 51 peratus dan 49 peratus. Syarikat itu juga diperbadankan pada 18 Ogos 1992 dengan modal berbayar RM31.5 juta, termasuk pelaburan PDC sebanyak RM15.435 juta untuk membangunkan Pulau Jerejak sebagai pusat eko-pelancongan. Menurut Guan Eng, pembangunan tersebut dicadangkan dalam empat fasa, tetapi hanya fasa pertama dilaksanakan membabitkan pembinaan 13 chalet, bangunan yang mempunyai 52 bilik, tapak rekreasi, spa dan jeti yang siap pada Ogos 2003 dan beroperasi sejak Januari 2004. Guan Eng berkata, bagi menarik lebih ramai pengunjung, kerja menaik taraf resort itu dilakukan dan siap pada September 2007 yang menelan kos keseluruhan sebanyak RM34.84 juta. Bagaimanapun, sejak TIR beroperasi ia belum memperoleh sebarang keuntungan. Jelas Guan Eng, projek yang dilaksanakan Umno BN sebelum ini mengalami defisit RM 30 juta dan kerajaan Pulau Pinang sekarang menuntut supaya wang terbabit dikembalikan. Tambah Guan Eng lagi, sebagai Menteri Kabinet yang menjaga KPI, Koh Tsu Koon harus bertanggungjawab dalam mengarahkan UDA untuk memulangkan semula wang serta Pulau Jerejak kepada rakyat Pulau Pinang.

Tiada ulasan: