![](http://www.malaysiakini.com/v6/media/authors/50x50/Aidila-Razak-50x50.jpg)
Katanya, beliau telah dihubungi oleh Presiden MIC, Datuk G Palanivel yang memberi jaminan bahawa ketiga-tiga mereka akan tetap berada dalam jawatankuasa itu.
"Mereka tidak akan bertindak keluar, hanya salah faham. Datuk G Palanivel (Presiden MIC) akan memujuk mereka (ketiga-tiga wakil) agar kekal.
“Saya sudah dimaklumkan apa yang berlaku malam tadi dan kami sudah menyelesaikan isu ini,” katanya.
Bercakap kepada wartawan di lobi parlimen, hari ini, Muhyiddin juga menafikan beliau telah menolak 100 pindaan yang dicadangkan oleh jawatankuasa berkenaan. Katanya beliau sebenarnya mengarahkan semakan terhadap pindaan tersebut kerana sesetengah isu dianggap remeh dan “lari dari isu pokok”.
'Letak noktah'
"Dalam perbincangan mungkin ada timbul sikit salah faham, tapi kita telah selesaikan dan kita minta supaya perkara ini dapat diperinci lagi supaya bila kita dah putuskan, bermakna semua dah selesai.
"Kita nak letak noktah padanya. Ia akan ambil masa sikit supaya semua pihak berpuas hati. Kita harap dapat selesai tidak lama lagi," katanya.
Muhyiddin berkata isu pokok yang membawa kepada kontroversi telah diselesaikan manakala isu-isu yang dibawa adalah yang tidak berkepentingan.
"Jadi saya nasihatkan mereka kaji semula cadangan itu. Kita tidak menolaknya tetapi ...ini perkara kecil,” katanya.
Apabila ditanya cadangan menggantikan Interlok dengan novel lain, Muhyiddin berkata ia tidak perlu dan Interlok akan kekal sebagai buku dalam sukatan pelajaran Tingkatan Lima.
"Novel ini novel yang baik, dah banyak orang bacapun tidak jadi masalah. Isu ini berbangkit di sekolah setelah ditimbulkan oleh masyarakat India mengenai perkara-perkara tertentu," katanya.
![NONE](http://media1.malaysiakini.com/341/8faaba0b5a9fe9bb2f771d31986997e6.jpg)
Dua lagi wakil masyarkat India adalah Pengarah Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Dr NS Rajendran dan bekas pegawai Kementerian Pelajaran G Krishnabahawan.
Panel itu yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran dan dianggotai lapan orang yang terdiri daripada pakar bahasa, ahli akademik, sasterawan, wakil Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta wakil masyarakat India.
![](http://www.malaysiakini.com/v6/media/authors/50x50/Aidila-Razak-50x50.jpg)
![NONE](http://media1.malaysiakini.com/271/1417a32cbc05b6432a989e65c9ef742c.jpg)
“Jawatankuasa itu telah hilang legitimasinya kerana 100 pindaan yang dipersetujui sebelum mesyuarat (dengan Muhyiddin semalam) semuanya telah ditolak.
"Adakah (Muhyiddin) setuju perkataan 'paria' digunakan? Adakah PM setuju. Perkara berkenaan tidak sepatutnya diserahkan kepada timbalan perdana menteri lagi,” kata Santiago di lobi parlimen hari ini.
![](http://www.malaysiakini.com/v6/media/authors/50x50/Jimadie-Shah-Othman.jpg)
![dr shamsul amri](http://media1.malaysiakini.com/62/dac9612376ce016dddd4834270b59062.jpg)
Beliau yang juga Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, segala cadangan pindaan telah dihantar pada Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Mac lalu untuk diteliti.
"Lepas itu saya ke luar negeri untuk tugas rasmi," katanya yang tidak hadir dalam pertemuan dengan Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri di parlimen semalam.
Dalam komunikasi melalui SMS, Shamsul bagaimanapun enggan memperincikan permuafakatan yang dicapai sebaliknya meminta Malaysiakini mendapatkannya daripada pihak yang "tarik diri".
"Satu salinan konsensus tersebut ada pada setiap ahli panel," tambahnya lagi.
Bagaimanapun, menurut seorang bekas anggotanya Uthaya Sankar SB, kesepakatan dicapai bagi menggugurkan perkataan "paria" dan beberapa lagi pindaan yang mengambil kira sensitiviti serta kesalahan fakta dan bahasa.
![azlan](http://media1.malaysiakini.com/310/682cc9081fafcbdc78c7ceef81663302.gif)
Sedangkan, menurut penulis novel dan cerpen terkenal itu, cadangan pindaan terhadap novel Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain telah diperakukan.
Dua lagi anggota yang mewakili masyarakat India, Pengarah Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki Universiti Pendidikan Sultan Idris Prof Dr NS Rajendran dan bekas pegawai Kementerian Pelajaran G Krishnabahawan.
Mereka antara lapan panel yang ditubuhkan kerajaan yang mewakili pelbagai pihak, termasuklah wakil daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ahli akademik dan isteri pengarang novel itu sendiri.
![](http://www.malaysiakini.com/v6/media/authors/50x50/joseph-sipalan-50x50.jpg)
![NONE](http://media1.malaysiakini.com/289/7a14f5e782c802f06fe1528bfe177d5f.jpg)
"Betulkan fakta dulu. Ini masalahnya dengan PAS, suka ambil sebaris dan tidak lihat kenyataan yang menyeluruh,” katanya ketika menjawap soalan tambahan daripada Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) semasa sesi soal jawab di parlimen.
Menjawab soalan tambahan Siti Zailah mengenai bidang kuasa Wanita Pertama yang didakwa mencampuri urusan negara termasuk kenyataan berhubung kejadian tsunami di Jepun, Mohamed Nazri berkata perkara itu tidak benar sama sekali.
Fitnah, tohmahan dan menipu
"Siapa cakap ni? Ini fitnah, tohmahan dan menipu. Saya nak Rantau Panjang beritahu dalam kes tertentu, di mana yang berlaku campur tangan urusan,” katanya.Awal minggu ini, ketua wanita PKR, Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) menuduh Rosmah membuat kenyataan seumpama itu, berdasarkan klip video TV Selangor yang dimuat-naik di laman sesawang CNN iReport.
"Selain itu, kita perlu baca sepenuhnya kenyataan Wanita Pertama kita (berhubung isu tsunami), bukan sekerat-sekerat dan (kemudian) dakwa macam-macam," katanya.
Menurut Nazri, undangan kepada Rosmah bagi menyampaikan ucaptama di luar negara seharusnya dilihat sebagai pengiktirafan dan penghormatan kepada negara.
Katanya, ia adalah pengiktirafan kepada Malaysia sebagai antara negara Islam atau anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang mempunyai dasar, strategi dan pelaksanaan terbaik dalam bidang pendidikan, pendidikan awal dan penjagaan kanak-kanak, pembangunan wanita serta kebajikan.
Persepsi negatif
Menurutnya lawatan isteri Perdana Menteri ke luar negara termasuk menyampaikan ucaptama di Seminar Kepemimpinan Wanita di Dubai dan Forum Wanita ASEAN di Singapura pada 2009 serta Seminar Antarabangsa Pertama mengenai Pengurusan Kualiti Pendidikan K-12, atas jemputan Timbalan Menteri Pelajaran Arab Saudi di Riyadh, Arab Saudi, Januari lalu.![NONE](http://media1.malaysiakini.com/336/3579259a25fcb615ab895d2cc07ddda8.jpg)
Tajuddin ingin tahu mengenai peranan dan sumbangan Wanita Pertama kepada negara melalui beberapa siri lawatan ke luar negara.
![azlan](http://media1.malaysiakini.com/291/8e89fc67a3794c28fe3279cfeb868b90.gif)
"Dalam Dewan kita tidak boleh tipu. Jadi, kalau ada yang mahu bertanya, tanya dalam Dewan jika betul-betul mahu maklumat dan bukan fitnah di kedai kopi," katanya.
![](http://www.malaysiakini.com/v6/media/authors/50x50/Hafiz-Yatim.jpg)
Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini.
Ummi mendakwa sebuah artikel yang disiarkan dalam Malaysiakini pada hari Selasa, yang memetik Baginda sebagai berkata beliau akan mendedahkan dakwaan salahlakunya.
![NONE](http://media1.malaysiakini.com/341/2b9828065295aef3afa22b89c4d26a79.jpg)
Bercakap kepada pemberita selepas memfailkan saman tersebut, Ummi berkata Baginda telah mencemarkan reputasinya ekoran perbicaraan kes liwat pertama terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.
Ummi yang merupakan saksi utama dalam perbicaraan itu, mendakwa Baginda telah digunakan oleh pihak peguambela untuk memberi keterangan bagi mencabar kredibilitinya.
Ummi juga mendakwa bahawa Baginda hanya menjadi alat yang digunakan oleh Anwar untuk memfitnahnya, sambil menegaskan bahawa PAS dan PKR menggunakan perkara itu untuk kepentingan mereka sendiri.
Katanya, dia mengambil tindakan undang-undang itu bukan kerana takutkan Baginda berceramah mengulangi dakwaan fitnah terhadapnya, tetapi ia demi menjaga reputasi dan integritinya.
Dalam pernyataan tuntutan 18 halaman, usahawan wanita itu mendakwa bahawa kenyataan Baginda dan artikel tersebut membawa maksud:Sementara itu, Bernama melaporkan, Ummi Hafilda dalam saman pemula tersebut mendakwa defendan dalam satu temuramah di lobi Bangunan Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah dan menyerangnya secara peribadi.
Dia mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Nor Azman adalah semata-mata untuk memalukannya dan bermotifkan niat jahat.
Ummi Hafilda juga mendakwa kenyataan Nor Azman seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal dan amat tidak jujur, serta terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mengakibatkan pertuduhan meliwat terhadap Anwar.
Beliau mendakwa defendan kedua pula telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah tersebut di web portal www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu.
Selain menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, plaintif memohon satu injunksi untuk melarang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan-kenyataan berbau fitnah terhadapnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan