BILA MANUSIA SUKA MENGAIBKAN MUSUH YG BELUM TENTU BETUL...SAMAR2 LAGI...JANGAN BIMBANG VIDEO LUCAH MEREKA TERBABIT MENUDUH... JIKA IA JUGA BERZINA...AKAN DITONTON DIAKHIRAT KELAK...DAN MEREKA TAK BOLEH LARI...SAPE MAKAN CILI AKAN TERASA PEDASNYA...
"Siapakah jurugambar, apakah peralatan (yang diguna), siapakah pelakon sebenar, dan penerbitnya... adakah mereka mempunyai sifat bodoh atau bohong? "Ini menunjukkan masih ada kekeliruan, yang akan merosakkan masyarakat disebabkan oleh perbuatan yang tidak bermaruah ini," kata Abdul Hadi selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di pejabat ketua pembangkang di bangunan parlimen.
Menurut Abdul Hadi, ajaran Islam tidak membenarkan seseorang membuat tiuduhan sewenang-wenangnya tanpa dalil yang cukup.
"Sebagai orang Islam, tuduhan moral harus ditolak jika ada kekeliruan.Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula meminta rakyat Malaysia meluahkan rasa 'kemarahan dan membidas' dakwaan terbaru yang dilemparkan ke atas Anwar. Katanya, politik di Malaysia kini memasuki tahap 'pembunuhan watak'. Senada dengan Hadi, Lim juga mempersoalkan mengapa tayangan itu dibuat ketika DUN Sarawak dibubarkan dan turut mempertikaikan cara tayangan itu dilakukan. “Isu ini bermotifkan politik bagi menentang Pakatan dan juga kerana menjelang pilihan raya Sarawak. Ia menunjukkan BN gusar kerana keputusan pilihan raya negari akan mempunyai impak ke atas pilihan raya umum,” katanya. Lim berkata adalah jelas individu atau kumpulan tertentu berkenaan cuba memesongkan pendapat umum di Sarawak ke atas Pakatan.
Anwar kemudian masuk ke balai polis dengan ditemani Surendran, ketua biro undang-undang PKR, Latheefa Koya dan peguam Fadiah Nadwa Fikri. Penyokongnya yang menanti di luar membawa dua sepandulkyang melabelkan video berkenaan sebagai 'Fitnah II++' dan tertera perkataan 'bangun wahai rakyat... bangun demi keadilan'. Di samping itu mereka juga melaungkan “Reformasi” dan “Hancur BN”.
Lenyapkan karier
Anwar yang selesai membuat laporan jam 12 tengahari tadi mendakwa video seks itu sebagai cubaan melenyapkan karier beliau sebagai ketua pembangkang.
"Bolehkah di negara ini kita lihat di (hotel) Carcosa Seri Negara dan beberapa tempat lain notis diberikan untuk tayangan video lucah? “Satu kesalahan dan jenayah berat dibiarkan dan ini tidak mungkin tanpa penglibatan perdana menteri dan menteri dlm negeri dan pihak atasan PDRM," katanya di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. Beliau juga menggesa polis bersikap profesional selain tidak membiarkan agensi itu dimanipulasi ahli politik Umno-BN. Menurut Anwar, tayangan video lucah terbuka merupakan kesalahan jenayah dan indvidu yang bertanggungjawab perlu didakwa. "Ini menunjukkan polis memilih. Kalau saudara tentang dan hina Anwar, boleh lakukan segala jenayah. Boleh pukul, boleh sebar kenyataan video lucah. Ini terbukti dan saya mahu tindakan diambil.” Justeru, ketua pembangkang itu memberi amaran kepada kerajaan supaya tidak mengulangi kekejaman mereka sebagaimana yang dilakukan pada 1998 sehingga melibatkan penderaan fizikal terhadap dirinya. "Saya beri ingatan kepada menteri dalam negeri, jangan guna laporan polis untuk menutup kesalahan jenayah mereka dan mengugat kerja saya dalam politik.
'Siasat Port Dickson' "Kenapa kes Port Dickson masih belum disiasat secara terperinci? Saya akan lawan mereka," kata Anwar sambil disahut laungan penyokong-penyokong yang hadir. Negara digemparkan dengan pendedahan video seks lucah oleh individu bernama Datuk T di hotel Carcosa Seri Negara semalam. Dalam laporan polis yang diedarkan kepada wartawan, Anwar berkata tindakan mereka di sebalik video berkenaan ada berunsur jenayah, intimidasi jenayah, penayangan video lucah dan konspirasi melakukan jenayah terhadapnya. Individu yang bergelar Datuk T semalam turut mengugut untuk mededahkan video tersebut kepada umum sekiranya Anwar dan isteri yang juga presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak meletakkan jawatan dalam masa seminggu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan