Selasa, 29 Mac 2011

JANJI KENA TUNAI...ITU SURUHAN AGAMA..TAK KIRA IA PAS ATAU BN....CERITA SEX@LUCAH...BIASANYA ORANG INI FIKIR TENTANG SEX JUGA..INI MELALUI PENGALAMAN

Siasat 18 video seks lain


SACHITHANATHAN (tiga dari kanan) di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur semalam membuat laporan polis berhubung kes rakaman video seks.


KEPALA BATAS - Kelab Warisan Malaysia (Keris) Pulau Pinang meminta polis menyiasat kenyataan ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali (gambar kecil) mengenai pengakuan beliau bahawa terdapat 18 rakaman video seks membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Setiausaha Keris, Azman Hasan menegaskan, kenyataan Ummi Hafilda baru-baru ini perlu dipandang serius dan ahli perniagaan itu harus mendedahkan video yang dimaksudkan itu.

Menurut beliau, kenyataan Ummi Hafilda itu telah mencetuskan pelbagai spekulasi yang meresahkan pemikiran rakyat yang mahukan kebenaran di sebalik dakwaan beliau membabitkan pemimpin itu.

"Ummi Hafilda perlu tampil bagi mendedahkan kesemua video berkenaan demi kebenaran.

"Kita harap pendedahan itu bukan sekadar cakap-cakap kosong. Ummi Hafilda kena buktikan bahawa video itu benar-benar wujud," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Rakyat kena sedia hadapi gempa

KUALA LUMPUR - Penduduk di negara ini perlu lebih bersedia kerana Malaysia dijangka tidak terlepas daripada mengalami kejadian gempa bumi pada masa akan datang.

Pakar Geologi, Prof. Madya Dr. Tajul Anuar Jamaluddin berkata, kemungkinan itu ekoran daripada retakan-retakan besar (sesar) yang terdapat di dalam kerak bumi.

Katanya, walaupun ketika ini retakan itu tidak aktif tetapi gerakan pada kerak bumi yang didorong oleh gempa di sekeliling Semenanjung Malaysia boleh mengundang bencana tersebut.

"Kekerapan berlakunya gempa bumi di sekeliling Malaysia, contohnya di Indonesia, Myanmar dan Jepun akan mendorong patahan pada retakan-retakan besar ini seterusnya ia akan aktif dan menghasilkan gempa bumi.

"Apa yang dapat dipastikan, kemungkinan itu tetap ada tetapi bila ia akan berlaku sama ada mengambil masa puluhan atau ratusan tahun tidak dapat dipastikan," kata Tajul Anuar yang merupakan Pensyarah Geobencana, Institut Kajian Bencana Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Askar hilang selama 21 hari ditemui mati dalam gaung

SEREMBAN - Misteri kehilangan seorang anggota tentera selama 21 hari akhirnya terjawab apabila mayat lelaki itu yang hanya tinggal rangka ditemui di dalam sebuah gaung di Kilometer 10, Jalan Gemas-Tampin berhampiran Felda Sungai Kelamah, Tampin dekat sini kelmarin.

Mangsa Mohd. Zaki Ahmudhi, 27, dipercayai terbunuh selepas motosikal yang ditungganginya terbabas ke dalam gaung sedalam kira-kira 10 meter sebelum rangka mangsa ditemui oleh orang awam pada pukul 1.35 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tampin, Supritendan Wooi Kooi Cheang berkata, turut ditemui berdekatan dengan rangka Mohd. Zaki adalah sebuah motosikal yang dipercayai ditunggangi mangsa semasa kejadian itu



Tidak perlu lapor polis jika hilang MyKad

PUCHONG - Jika sebelum ini orang ramai yang kehilangan MyKad atau pasport perlu membuat laporan polis namun kini mereka tidak perlu berbuat demikian.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, mereka yang kehilangan kedua-dua dokumen itu hanya perlu ke Jabatan Imigresen atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat permohonan baru mulai 1 Mac lalu.

"Mengikut rekod sebanyak empat juta laporan polis telah dibuat sehingga hari ini.

"Kita tidak mahu lagi menyusahkan pihak polis dan mengambil inisiatif ini untuk membantu meringankan beban mereka," katanya selepas Majlis Penyerahan Pangkat Kehormat Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di sini semalam.


Buruh maut tergelincir bumbung sekolah


GAMBAR anak panah menunjukkan tempat Kismantio terjatuh dari bumbung tingkat tiga bangunan asrama Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Seorang buruh warga Indonesia sempat melaungkan 'Allahu Akhbar' sebelum dia maut selepas tergelincir dari bumbung tingkat tiga bangunan asrama Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud yang dalam pembinaan di sini semalam.

Ketika kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Kismantio, 28, sedang menjalankan kerja-kerja pembinaan di atas bumbung bangunan itu.

Mangsa yang berasal dari Jawa Timur cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.


Curi air untuk ubah suai banglo


BANGLO milik seorang penduduk yang diserbu kerana didapati mencuri air untuk digunakan bagi kerja-kerja pengubahsuaian di Port Dickson Jumaat lalu.


PORT DICKSON - Tindakan pemilik sebuah rumah banglo mencuri air paip bagi kerja-kerja pengubahsuaian membawa padah apabila kediamannya diserbu Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains) Jumaat lalu.

Serbuan yang dilakukan pada pukul 11 pagi itu dilakukan oleh anggota Unit Penguatkuasaan Sains dan juga beberapa pegawai Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Sains, Azlan Abdul Aziz berkata, serbuan itu dilakukan di sebuah banglo yang sedang diubah suai di taman perumahan di sini.

"Hasil pemeriksaan mendapati premis itu membuat sambungan haram menggunakan paip bersaiz 25 milimeter tanpa melalui meter air.

"Hasil siasatan mendapati pemilik premis tersebut menggunakan air untuk membacuh simen dan kerja-kerja lain," katanya di sini semalam.


Exco Kelantan mungkir janji


MOHD. FATMI menunjukkan surat pengosongan bangunan pasar MPKB sambil disaksikan Salim (kiri) dan para peniaga lain di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Selepas sekian lama berjuang mempertahankan ‘periuk nasi’ mereka, 300 peniaga Pasar Besar Arked MPKB akhirnya terpaksa mengalah apabila menerima surat arahan mengosongkan bangunan pasar tersebut selewat-lewatnya pada 30 Mac ini.

Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Besar Arked MPKB, Ab. Salim Ahmad berkata, surat tersebut diterima daripada syarikat yang mengendalikan pasar itu pada 22 Mac lalu.

Salim mendakwa, tarikh 30 Mac itu tidak menepati janji seorang exco kanan kerajaan Kelantan baru-baru ini yang memberi tempoh sehingga 31 Mei untuk berpindah.

“Kami sudah beritahu Menteri Besar tetapi beliau membisu sampai sekarang,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.KIRI


INI KENA FIKIR GAK...


BIASANYA ORANG CAKAP@FITNAH PERKARA ADA PENGALAMAN ATAU MAHIR DALAM BIDANG IA CAKAP ATAU FITNAH...NI BIASALAH...

Tiada ulasan: