Khalid berkata walaupun hasil audit itu mencatatkan angka yang agak teruk, namun kerajaan negeri mengamalkan pentadbiran yang telus dan tidak akan memanipulasikan laporan audit itu demi menutup kepincangan yang diwarisi pemerintahan terdahulu.
"Kita perlu pastikan laporan audit tu bebas. Makananya orang yang jalankan audit itu bebas untuk melakukan melaporkan apa saja tanpa terikat pada mana-mana kepentingan.
“Audit untuk 2010 sedang dijalankan, sebab itu saya berhenti sekajap supaya pengaudit dalaman teliti audit dengan teliti. Lepas itu, kita buat perbezaan audit yang dibuat oleh pengaudit dalaman dengan pengaudit kerajaan negeri,” katanya selepas Majlis Konvokesyen Kolej Inpens di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK), Shah Alam pagi tadi.
Khalid berkata, sebaik sahaja laporan audit siap, pihaknya akan menjawab segala persoalan yang ditimbulkan pengaudit dan kemudiannya berkongsi hasil laporan itu dengan rakyat negeri ini.
SPRM dialu-alukan
Menjawab soalan wartawan, Khalid berkata, beliau mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) keatas badan itu bagi membuktikan dakwaan liar sesetengah pihak yang berkepentingan sebelum ini tersasar sama sekali.
"Saya dah suruh SPRM duduk di pejabat, tak payah cari lagi. Saya dah suruh dia duduk kat Pejabat Menteri Besar pun saya dah suruh, kat mana-manapun dia boleh duduk.
“Maknanya, ini bukan satu perkara, kita galakkan. Ini orang luar sibuk-sibuk pangil SPRM, tak payah. Saya suruh dia duduk situ, kalau apapun dia boleh tengok, sebab kita punya polisi adalah keterbukaan, kalau dia nak tengok fail, biar dia tengoklah, apa pula yang menjadi masalah, tak payah tunggu apa semua," katanya.
Semalam, Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia agar menjalankan siasatan terhadap perbelanjaan penyelenggaraan itu yang dikatakan sebanyak RM6 juta sepanjang 11 bulan pertama tahun lalu.
Abdul Shukor berkata berdasarkan Laporan Bahagian Audit Dalaman Pejabat SUK terhadap yayasan itu mendapati, sepanjang Januari hingga November 2010 sebanyak RM6,029,790 telah dibelanjakan oleh yayasan untuk tujuan itu.
Catatkan sedikit untung
Beliau berkata jumlah itu adalah keterlaluan dan tidak munasabah kerana ia tidak melibatkan pembelian kenderaan baru.
Mengulas dakwaan itu, Khalid menjelaskan, tiada lebihan diterima untuk tempoh audit tersebut kerana kebanyakan projek pembangunan belum mampu menjana pendapatan dan ia bukanlah satu perkara yang aneh.
Pada 2005, Yayasan Selangor mengalami kekurangan lebihan sebanyak RM10 juta. Namun dua tiga tahun selepas itu, badan itu mencatatkan sedikit lebihan kerana pelaburan yang dibuat mulai membuahkan hasil.
"Sebab masa itu, projek YS baru menghasilkan pendapatan, Jadi adakalanya pendapatan melebihi perbelanjaan, ada juga tahun yang perbelanjaan kita tetap kerana kita ada asrama, kita ada membagi belanja murid-murid dan semua.
“Jadi bila kita membuat analisa, kita menganalisa dengan corak perbelanjaan dan corak penggunaan," kata beliau.
Menurutnya, kesemua jawatan tersebut sebelum ini disandang oleh KSU bumiputera.
Konvensyen itu bimbang pelantikan tersebut akan menjejaskan agenda pembangunan ekonomi bumiputera.
Menurutnya, dengan kuasa mutlak yang ada, mereka berupaya secara terang dan berselindung menggagalkan agenda pembangunan ekonomi bumiputera di kementerian mereka.
Enam kementerian tersebut ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pelancongan, Kementerian Tenaga dan Hijau, Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI), Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengangkutan.
Perkara tersebut merupakan antara 13 resolusi yang diluluskan dalam konvensyen sehari yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini.
Sehubungan itu, konvensyen berkenaan mendesak Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) mengambil tindakan dengan mengarahkan ketua setiausaha negara menukar KSN berkenaan jika mereka terbuka membelakangkan agenda ekonomi bumiputera.
MTAB adalah badan peneraju pembangunan sosio-ekonomi Melayu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib TUn Razak dan dianggotai lapan menteri kabinet.
Hampir 700 peserta yang terdiri termasuk wakil 76 NGO Melayu dan bumiputera menghadiri konvensyen tersebut.
Selain itu, konvensyen itu menyokong penubuhan Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) sebagai usaha meletakkan orang Melayu dan bumiputera dalam agihan kek ekonomi negara dalam suasana transformasi ekonomi.
"Konvensyen berpendapat bahawa TERAJU tidak sepatutnya dilihat sebagai sebuah lagi organisasi yang menjaga kepentingan bumiputera, tetapi masih lesu dalam tindakan afirmatif.
"Peranan TERAJU seharusnya seiring dengan agensi-agensi yang lain seperti PEMANDU yang diberikan peranan besar dalam memacu Program Transformasi Ekonomi Negara," resolusi itu dipetik.
Sehubungan itu konvensyen tersebut menggesa supaya TERAJU mesti diberi kuasa penuh mengarah dan memantau menteri, KSU, Ketua-ketua pengarah agensi dan GLC dalam hal berkaitan agenda ekonomi bumiputera.
Selain itu beberapa resolusi yang diluluskan antaranya:
1. Menjadikan pembangunan ekonomi bumiputera sebagai agenda nasional
2. MTAB perlu memastikan ketua pegawai eksukutif syarikat GLC yang hendak dilantik mesti berjiwa Melayu dan bukannya terdiri dari mereka yang golongan Melayu Liberal.
3. Meningkatkan komitmen pengurusan Petronas dalam agenda bumiputera di Petronas.
4. Mewujudkan satu badan khas yang memantau dan menyelia kemajuan tanah rizab Melayu yang boleh dinamakan Perbadanan Kemajuan Tanah Rizab Melayu Greater Kuala Lumpur.
Sementara itu, dalam sidang medianya, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali meminta kerajaan berhati-hati terhadap pakar-pakar luar yang dijemput memberi pandangan tentang ekonomi tetapi "tidak mengetahui latar belakang sejarah dan perkembangan dalam negara ini".
"Mereka menggubal ekonomi tidak berasaskan kepada sosioekonomi Malaysia,"katanya.
Menurutnya, beliau menerima pandangan dan input yang didakwa bahawa pandangan mereka "tidak ada roh" dan "tidak ada latarbelakang sejarah Malaysia".
Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas akan menyerahkan resolusi tersebut kepada Najib, timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pihak-pihak lain selepas ini.
Katanya dalam hal itu pihak-pihak yang berkaitan perlu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
"Mereka kata saya mendiamkan diri. Kalau rasa itu tuduhan bawa kepada polis dan mahkamah yang berkaitan. Hal ini perlu dilaporkan kepada polis," katanya kepada pemberita selepas meraikan konvoi motosikal Pemuda Umno Padang Besar, Perlis di Alor Setar hari ini.
Sebuah akhbar yang dikaitkan dengan pembangkang, Fitrah dalam laporannya mengatakan Jamil Khir dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim tidak bersuara dalam isu qazaf seperti tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isu video lucah palsu yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang.
Sementara itu, Jamil Khir berkata fatwa berbeza antara negeri-negeri dalam sesuatu perkara bukanlah sesuatu yang mengelirukan tetapi bagi memperlihatkan pandangan yang luas dalam isu berkaitan.
Katanya fatwa bukanlah undang-undang, jadi ia tidak akan sampai ke tahap menimbulkan konflik.
Ketika berucap pada majlis itu, Jamil Khir yang juga Ketua Penerangan Umno Negeri Kedah berkata trend kemenangan BN dalam pilihan raya kecil sejak kebelakangan ini menunjukkan pengundi muda sudah kembali kepada BN.
"Walaupun beberapa pilihan raya kecil yang awal selepas Pilihan Raya Umum 2008 berpihak kepada pembangkang tetapi kini sejak akhir-akhir ini BN pula yang menang. Keputusannya sekarang dah jadi 8-8...seri," katanya.
- Bernama
Masukkan elemen qazaf dalam kanun keseksaan |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 27 Mac: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berpandangan pertuduhan dengan cara video klip tidak sah memandangkan ia dilakukan di luar lingkungan prosiding perundangan yang telah digariskan undang-undang Syariah. Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz merujuk kepada isu panas yang melibatkan konspirasi Datuk "T" untuk menjatuhkan kredibiliti dan maruah seorang pemimpin pembangkang menerusi pendedahan klip video seks baru-baru ini. Hal ini, katanya kerana dakwaan sedemikian adalah sesatu yang cukup berat untuk ditanggung oleh tertuduh memandangkan ia melibatkan harga diri, maruah, dan air muka individu berkenaan. Lantaran itu, tambahnya disebabkan faktor berkenaan Islam telah menggariskan prosedur khusus dengan mensyaratkan empat orang saksi yang adil yang benar-benar melihat aksi sedemikian seperti melihat masuknya celak ke dalam penutupnya dan bukan dengan hanya sekadar menonton video yang samar-samar hitam putih. Dalam pada itu, jelasnya dalam jenayah seperti hudud, pembuktian seharusnya dibuat bukan sekadar menjangkaui keraguan munasabah, tetapi menjangkaui sebarang bayang-bayang keraguan untuk memastikan tertuduh benar-benar bersalah dan bagi mengelakkan sebarang bentuk kezaliman kepada tertuduh. Namun, jelasnya dalam perkembangan politik semasa, prinsip memelihara kemuliaan insan, maruah dan harga diri individu seringkali diabaikan apatah lagi ia dianggap sebagai senjata yang paling ampuh untuk menjatuhkan seseorang. “Maka, demi memastikan agar prinsip ini terus subur dalam masyarakat, PKPIM menggesa agar eleman Qazaf yang mengenakan hukuman berat kepada penuduh jika gagal membawa empat orang saksi yang adil dimasukkan dalam Kanun Keseksaan supaya masyarakat kita akan mengambil sikap berhati-hati dalam membuat sesuatu dakwaan yang melibatkan maruah seseorang,” katanya. Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM bimbang situasi sedemikian akan meletakkan masyarakat berada dalam keadaan terumbang ambing dan hilang kredibiliti untuk menjadi masyarakat contoh. Hal ini, ujarnya berlaku apabila senjata ini sudah dibudayakan setiap kali apabila berlaku pertelingkahan. |
Tindakan musuh sama sahaja walau di mana
Ismail Hashim | ||||||
SHAH ALAM, 27 Mac: Seluruh penganut Islam hendaklah melihat semua kejadian yang berlaku dalam negara umat Islam di seluruh dunia adalah tindakan rangkaian musuh. Mereka tidak melaksanakan semua perancangan mengikut kehendak sosok dan minda pemimpin gerakan musuh tempatan yang bersifat lokal semata-mata. Ahli Majlis Syura Ulama, Ustaz Zaharuddin Mohamad berkata, perancangan musuh berlaku sejak lama dahulu dan kini mereka melaksanakannya. Menurutnya, kerana itu apa yang berlaku di hampir semua negara umat Islam khususnya seakan-akan semuanya sama sahaja dari sudut perancangan dan tindakan. Beliau berkata demikian ketika bercakap sebagai panelis dalam forum tentang Konflik Asia Barat; Kesan Pada Gerakan Islam di Malaysia, malam tadi. Turut serta adalah Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman dan penulis sejarah Gerakan Islam Malaysia, Ustaz Fadley Ghani sebagai moderator. Forum itu diadakan di Surau At-Taqwa, Seksyen 7, dekat sini. Dalam pada itu, Ustaz Zaharuddin bimbang dengan kebangkitan di Mesir, ada pihak lain yang akan pegang kuasa meski rakyat yang bangun tetapi sosialis pula yang menjadi juara. "Kita berharap keadaan sebegitu, tidak berlaku di negara ini," tegasnya. Ustaz Zaharuddin tamat pengajian MA dalam bidang Ekonomi Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir dan mempunyai pengalaman belasan tahun di negara Arab khususnya Mesir. Kebangkitan di Mesir dan kebanyakan negara Arab lain, ujarnya, adalah dari golongan muda terdiri daripada mahasiswa universiti atau mereka yang baharu sahaja tamat belajar di universiti. Katanya, Malaysia lebih wajar bangkit terlebih dahulu dari Mesir kerana suasana di Malaysia lebih teruk dari Mesir memandangkan pelajar Mesir keluar universiti tidak mempunyai hutang. "Golongan pesakit buah pinggang yang miskin boleh rawat hemodialisis di hospital kerajaan Mesir, di Malaysia mereka akan mati begitu sahaja jika bukan kakitangan kerajaan, orang kaya atau miliki takaful," katanya lagi. Rakyat, tambahnya, perlu melihat yang bersalah dalam sistem ekonomi negara ini adalah kapitalis yang mencengkam duit rakyat tidak kira dari bangsa apa pun mereka. Sebelum itu, Prof Redhuan berkata, kesemua kerajaan terutama di negara Islam, mereka menjadi kerajaan atau pemerintah selepas mendapat restu daripada musuh Islam di peringkat antarabangsa. Beliau juga bangkitkan tentang sikap media yang masih terkongkong di negara ini berbanding dengan kebebasan akhbar di negara demokrasi lain. "Akhbar dahulu mendidik pembaca tapi akhbar hari ini amat meloyakan kerana mereka sanggup memperbodoh-bodohkan rakyat. "Sebab itu, saya sendiri tidak galakkan pelajar membaca akhbar meloyakan itu kerana mereka akan menjadi lebih bodoh daripada sebelum membacanya. Beliau sendiri, katanya, hanya membawa balik akhbar meloyakan itu kerana hendak digunakan untuk membakar sampah di petang hari," tegasnya lagi. Menurutnya, gerakan kebangkitan rakyat dalam negara ini masih berada di tahap mendukacitakan kerana ramai yang masih tertipu dan tertarik dengan kenyataan palsu kononnya negara ini terbaik. Dulu mata kini perut jadi sasaran
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan