Selasa, 15 Mac 2011

FIKIR JUGA KESELAMATAN...BUKAN KEUNTUNGAN SEMATA2...ATAU TAAT DAN SERING BERLINDUNG PADA ALLAH...KERANA ALLAH SEBAIK2 PERLINDUNG

CHRI: Malaysia cabul hak asasi manusia
Aidila Razak
Mac 15, 11
4:02pm


Malaysia gagal mengotakan janjinya untuk memperbaiki rekod hak asasi, di sebalik dilantik menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, kata sebuah laporan antarabangsa.

NONEMenurut kumpulan Insiatif Hak Asasi Komanwel (CHRI), Malaysia bukan sahaja meneruskan undang-undang kuku besi tetapi gagal mempertahankan hak kumpulan tertindas yang dijanji negara ketika dilantik ke majlis PBB pada 2006.

"Di sebalik ikrar Malaysia bagi menyokong tindakan antarabangsa bagi memperjuangkan hak mereka yang tertindas termasuk kanak-kanak, pelarian, pencari suaka politik, pendatang asing sama ada sah ataupun tidak, - golongan itu terus merana manakala perkahwinan kanak-kanak pula berlarutan,” petik laporan itu.

Apabila dilantik, kata laporan CHRI, Malaysia menunjukkan bagaimana negara itu berjaya mengimbangi keperluan keselamatan dan pada masa yang sama menegakkan hak asasi.

NONENamun sepanjang tempoh masa Malaysia menganggotai majlis itu, Akta Keselamatan Dalam Negara digunakan ke atas ahli parlimen pembangkang, Teresa Kok, seorang wartawan yang melaporkan kenyataan rasis oleh ketua bahagian Umno dan seorang bloger, Raja Petra Kamaruddin, kata laporan itu lagi.

Memilih untuk tidak mempertahankan kerusinya di majlis PBB itu pada 2009, Malaysia terus menyalah-gunakan ISA bagi menyekat kebebasan beragama dengan menangkap sembilan rakyat asing yang didakwa menghadiri mesyuarat Syiah pada Januari tahun lalu.

Menurut laporan itu, terdapat bukti pencabulan penggunaan Akta Hasutan ketika Malaysia menduduki kerusi majlis itu apabila aktivis seperti Wong Chin Huat ditangkap mengikut ISA kerana menganjurkan orang ramai supaya berpakaian hitam ketika rampasan kuasa di Perak.


Izzah: K'jaan perlu perjelas kepada rakyat
Mac 15, 11 2:58pm


Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menggesa kerajaan memberikan penjelasan terperinci kepada rakyat berhubung kesan letupan ketiga di loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi di Jepun.

pkr congress 281110 nurul izzah anwarMenurut Nurul Izzah, penjelasan mengenainya perlu kerana rata-rata rakyat di negara itu turut merasa bimbang akan kesan radiasi yang dihebah-hebahkan.

"Apakah peratusan kemungkinan radiasi dari loji tenaga nuklear ini akan tiba di Malaysia, berdasarkan senario 'full meltdown'?

"Pada masa yang sama, Kerajaan Pusat wajib menghentikan dahulu sebarang perancangan untuk membina loji tenaga nuklear mahupun pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth refinery) di negara ini," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tahap radiasi loji nuklear di utara ibu negara Jepun, Tokyo dikatakan meningkat 400 kali ganda hari ini di selepas negara itu digegarkan gempa bumi dan dibadai tsunami, Jumaat lalu.

NONEAngin perlahan yang bertiup dari loji nuklear Fukushima Daiichi dikatakan akan memberi kesan ke atas Kyoto termasuk Tokyo.

Perdana Menteri Jepun juga menasihatkan rakyat yang berada pada radius 30km daripada loji nuklear supaya berada di dalam rumah kerana radiasi dilaporkan pada tahap yang boleh mengancam kesihatan.

Menurut Nurul Izzah, perkembangan di Jepun itu terus menggusarkan rakyat di negara ini dan mempersoalkan tindakan kerajaan sama ada mempunyai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan akibat dari pencemaran nuklear jika berlaku.

NONE"Apakah langkah berjaga-jaga yang harus diambil rakyat Malaysia? Adakah Kerajaan Pusat benar-benar bersedia menghadapi situasi pencemaran nuklear yang mungkin terjadi?

"Oleh itu, saya berharap agar pihak Kerajaan Pusat bertindak lebih pantas tetapi tepat dalam menerangkan situasi sebenar di Jepun serta apakah akibat yang mungkin dialami rakyat Malaysia di Semenanjung, Sabah, dan Sarawak," katanya.'


Kadar radiasi meningkat mendadak
Mac 15, 11 10:05am


Tahap radiasi lebih tinggi iaitu 400 kali ganda dicatatkan hari ini di wilayah utara ibu negara Jepun, Tokyo selepas gempa bumi memusnahkan loji kuasa nuklear, lapor Kyodo News.

Mengikut Reuters angin perlahan yang bertiup dari loji nuklear Fukushima Daiishi akan memberi kesan ke atas terhadap ke atas Kyoto termasuk Tokyo.

Tahap radiasi kini dilaporkan pada tahap yang boleh mengancam kesihatan dan penduduk yang berada pada radius 30km daripada loji nuklear dinasihatkan berada di dalam rumah.

NONEPagi tadi, AFP melaporkan satu lagi letupan besar kedengaran di reaktor nuklear berlaku di kawasan yang teruk dilanda nuklear awal hari ini, letupan ketiga sejak Sabtu lalu, kata operator loji.

"Ada letupan besar kedengaran di antara jam 6 pagi dan 6:15 pagi di reaktor nombor dua iaitu loji nuklear No 1 Fukushima," kata jurucakap Tokyo Electric Power Co.

Kerajaan juga melaporkan kerosakan di bahagian bekas yang melindungi reaktor yang sama di Fukushima iaitu 250 kilometer, timur laut Tokyo walaupun tidak pasti sama ada kejadian itu menyebabkan letupan.

Ketua Setiuasaha Kabinet, Yukio Edano pada sidang akhbar berkata, kolam penahan di reaktor nuklear nombor dua mengalami kerosakan.

Sementara itu, agensi berita Kyodo, melaporkan paras radiasi yang dikeluarkan selepas letupan itu melepasi had yang dibenarkan.

Tahap berkenaan dikesan di wilayah Ibaraki iaitu di antara Tokyo dan Fukushima, lokasi loji nuklear itu.

NONEBeberapa pekerja di reaktor Unit 2 juga dibawa keluar.

Letupan itu terjadi ketika jurutera-jurutera Jepun cuba memasukan air laut ke dalam Unit 2 loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi selepas paras air pendingin turun, sekali gus mendedahkan rod-rod bahan api uranium.

Lebih 2,400 disahkan terbunuh

Menurut Tokyo Eletcric Power Co, agensi keselamatan telah merekodkan bacaan radiasi yang meningkat sehingga paras 8,217 microsievert sejam pada pukul 8.30 pagi tadi (waktu Jepun) berbanding 1,941 kira-kira 40 minit sebelum itu.

Pihak berkuasa di kompleks tenaga nuklear Fukushima Daiichi, yang rosak teruk ekoran tsunami dan gempa bumi Jumaat lalu, sedang cuba untuk mengelakkan kecairan di ketiga-tiga reaktor yang digunakan.

NONEPihak berkuasa Jepun berkata tahap itu perlu mencapai paras sejuta atau lebih - peringkat yang boleh menyebabkan masalah kesihatan secara besar-besaran.

Tokyo Electric Power Co juga berkata pihaknya sedang membuka injap pada saluran tekanan reaktor untuk memasukkan air laut.

Unit 1 dan Unit 3 juga sebelum ini menyaksikan penurunan paras air tetapi dimasukkan air laut.

Sementara itu, agensi polis Jepun berkata angka kematian rasmi akibat gempa bumi dan tsunami yang melanda perairan timur laut Jepun kini melebihi 2,400 orang.

NONEMenurut jurucakapnya, 2,414 orang disahkan mati manakala 3,118 masih hilang manakala 1,885 mengalami kecederaan selepas bencana alam itu melanda petang Jumaat lalu.

Jumlah kematian sehingga semalam ialah 1,647 orang.

PKR ucap takziah

Dalam perkembangan berkaitan, presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Jepun dan juga rakyat Malaysia yang bermastautin di negara itu yang dilanda bencana gempa bumi dan tsunami pada Jumaat lalu.

NONE"Menginsafi akan bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda negara Jepun beberapa hari yang lalu, saya mewakili warga kepimpinan dan akar umbi PKR seluruhnya merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Jepun dan juga rakyat Malaysia yang bermastautin di sana. Tsunami yang diberitakan antara yang terburuk dalam sejarah Jepun jelas merentap sanubari," kata Wan Azizah dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, rakyat Malaysia seharusnya mencontohi masyarakat Jepun yang begitu berdisiplin meskipun ketika berhadapan dengan malapetaka besar.

Tahap kesabaran mereka juga sepatutnya menjadi contoh kepada seluruh masyarakat dunia. Kedua-dua ciri penting ini pastinya membolehkan mereka bangkit dengan cepat bagi membina semula bandar-bandar yang musnah teruk.

NONE“Apatah lagi dengan kegigihan dan kesungguhan mereka mengenalpasti kaedah dan strategi serta penyebaran maklumat cepat dan tepat kepada seluruh rakyat, pasti akan membantu.Nyata sekali insiden ini mengundang kesedihan kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga dan sahabat handai.

"PKR mendoakan agar Tuhan mengurniakan kesabaran dan ketabahan yang tinggi kepada mereka yang terlibat. Semoga kerajaan Jepun cepat menyusun pembangunan semula infrastruktur yang terkesan akibat bencana ini," katanya.



PM Jepun sahkan loji bocor, paras sangat tinggi
Mac 15, 11 1:15pm


Radiasi yang merebak dari loji kuasa nuklear yang meletup di timur laut Jepun selepas dilanda tsunami dalam tempoh empat hari, memaksa kerajaan mengarahkan rakyat berdekatan supaya duduk dalam bangunan bagi mengelak terdedah.

azlanDalam kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen seluruh negara, Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan, berkata kesan radiasi yang merebak dari empat reaktor di loji nuklear Fukushima Dai-ichi, wilayah Fukushima adalah kawasan paling diteruk ditimpa gempa bumi berukuran 9.0 magnitud dan ombak tsunami.

"Tahap (radiasi) nampak amat tinggi dan masih wujud risiko lebih tinggi bahawa banyak radiasi akan merebak," kata Kan.

Krisis nuklear itu adalah paling teruk pernah dialami Jepun sejak kejadian pengeboman Hiroshima dan Nagasaki ketika Perang Dunia II.

Kan memberi amaran bahawa lebih banyak kebocoran mungkin berlaku dan meminta orang ramai supaya berada kira-kira 30 kilometer dari Kompleks Fukushima Dai-ichi bagi mengelak daripada terkena radiasi.

Operator reaktor telah meminta bantuan Amerika Syarikat manakala agensi berita Kyodo pula berkata kadar radiasi sembilan kali lebih tinggi daripada kedudukan yang dikesan di Kanagawa dekat Tokyo.

NONE"Kami mengambil segala usaha yang terdaya untuk mengelakkan kebocoran daripada merebak.

"Saya tahu bahawa orang ramai bimbang tetapi saya minta anda bertindak dengan tenang.

"Berlaku kebakaran di reaktor No 4 dan paras radiasi di kawasan sekitar telah meningkat dengan signifikan. Kemungkinna kebocoran radioaktif semakin meningkat," kata Kan yang kelihatan suram.

Dalam pada itu, Setiausaha Ketua Kabinet, Yukio Edano berkata, reaktor keempat di kompleks berkenaan terbakar dan banyak radiasi dilepaskan.

Sampai ke Tokyo

Tahap radiasi dikatakan 400 kali ganda dicatatkan hari ini di wilayah utara ibu negara Jepun, Tokyo selepas gempa bumi memusnahkan loji kuasa nuklear, lapor Kyodo News.

Angin perlahan yang bertiup dari loji nuklear Fukushima Daiishi akan memberi kesan ke atas terhadap ke atas Kyoto termasuk Tokyo.

Tahap radiasi kini dilaporkan pada tahap yang boleh mengancam kesihatan dan penduduk yang berada pada radius 30km daripada loji nuklear dinasihatkan berada di dalam rumah.

Pagi tadi, AFP melaporkan satu lagi letupan besar kedengaran di reaktor nuklear berlaku di kawasan yang teruk dilanda nuklear awal hari ini, letupan ketiga sejak Sabtu lalu, kata operator loji.

NONESementara itu, pejabat kedutaan Perancis di Jepun menganggarkan paras radioaktif yang bocor daripada loji tenaga nuklear Fukushima, timur laut Jepun, dijangka mungkin sampai ke Tokyo dan kawasan persekitarannya dalam tempoh 10 jam.

Anggaran itu berdasarkan arah tiupan angin semasa di kawasan yang teruk dilanda gempa bumi dan tsunami.

Jarak antara Tokyo dan kawasan loji itu adalah kira-kira 240 kilometer.

Kenyataan yang disiarkan pada laman web kedutaan Perancis bahasa Jepun itu menggesa semua warganya supaya berada dalam bangunan, menutup tingkap dan tidak panik.

- Agensi

Tiada ulasan: