Sehubungan itu, dalam sidang media mereka semalam, Tan Sri Rahim Thamby Chik pula tidak dapat meyembunyikan rasa marahnya terhadp Anwar atas peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.
Rahim yang kini Pengerusi Risda, berkata beliau tidak merogol seorang gadis berusia 15 tahun ketika itu.
Semasa menayangkan video itu kepada wartawan Isnin lalu di hotel Carcosa Seri Negara, Eskay berkata beliau membawa keluar perakam video dari hotel dan mendapati ia mengandungi klip 21 minit Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur.
Namun pada sidang akhbarnya semalam, Eskay mendakwa beliau tidak dapat “membaca” rakaman dalam alat perakam itu sehingga seminggu lalu.
'Tak boleh baca'
“Hanya minggu lalu, baru kami mendapat rakaman itu sebab mula-mula kita tak boleh “baca', kemudian baru ada seorang yang berjaya menerbitkannya,' katanya.
Tidak kurang aneh adalah kenyataannya semalam bahawa beliau menunjukkan video itu kepada wartawan, malah kepada ahli parlimen PKR Johari Abdul sebelum menghantar rakaman itu untuk pemeriksaan forensik.
“Saya mahukan media membuat keputusan..untuk anda melihat kebenaran sebelum saya menyerahkannya untuk pemeriksaan forensik,” kata Eskay pada sidang media itu.
Ketika diminta sekali lagi untuk menjelaskan bagaimana video itu diperolehi, Eskay dan Rahim enggan memberi butiran lanjut dengan alasan ia kini menjadi siasatan polis.
Sukar untuk dipercayai bahawa walaupun Eskay memiliki video lucah terhadap musuh politik utama Umno dan kerajaan BN, beliau berasa curiga untuk mendapatkan perlindungan polis atau meminta bantuan dari Rahim untuk menguruskannya.
Eskay - seorang jutawan yang disifatkan sekutu rapat Tun Dr Mahathir Mohamad – telah ditanya bagaimana Rahim boleh terbabit dalam video berkenaan.
Katanya, beliau menghubungi bekas ketua menteri Melaka itu kerana mahu mendapatkan sebuah hotel yang mempunyai kawalan keselamatan yang baik dengan alasan beliau tidak mahu “membabitkan polis”.
Malah, ahli perniagaan itu menghubungi Rahim untuk mencari hotel sedemikian kerana beliau sendiri “bukan orang KL” tetapi dari Kedah.
Kenyataan itu juga aneh kerana Eskay diketahui menghabiskan banyak masanya di Kuala Lumpur malah selesa mengenali wartawan-wartawan dari media asing.
Eskay dan Rahim semalam berulang kali menegaskan mereka tidak ada motif selain mahu menegakkan kebenaran dengan mendedahkan rakaman itu.
Rogol gadis sekolah
Di sebalik sifat “patriotiknya” itu Rahim bagaimanapun meluangkan masa yang agak panjang untuk mengimbas peletakkan jawatan beliau sebagai ketua menteri Melaka pada tahun 1994.
Beliau mendakwa peletakan jawatan itu didalangi oleh Anwar “walaupun saya dibebaskan oleh mahkamah” atas tuduhan merogol seorang gadis sekolah.
Bagaimanapun Rahim tidak menyatakan beberapa fakta “kecil” seperti bukan mahkamah yang membebaskan beliau. Sebaliknya tidak ada pun perbicaraan diadakan untuk mendengar keterangan gadis itu dan anggota keluarganya.
Peguam Negara Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah (kanan) ketika itu memutuskan “tidak cukup bukti” untuk mensabitkan Rahim, justeru tuduhan itu digugurkan.
Justeru perisytiharan Rahim ketika itu bahawa mahkamah telah membersihkan namanya “dari hujung rambut hingga ke hujung kaki” amat mencurigakan, seperti video lucah yang cuba dibawakan oleh beliau dan Eskay.
Seperkara lagi, pada sidang media semalam, Rahim dan Eskay mendakwa, orang ketiga yang melengkapkan gandingan mendedahkan video itu adalah bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.
Namun Shuib tidak hadir pada sidang media berkenaan dan tidak ada pun penjelasan daripada Rahim mahupun Eskay .
Juga, rasanya tidak perlu mengulas cadangan Rahim supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan ahli-ahli panel merangkumi perwakilan daripada PERKASA serta Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim.
Eskay - sahabat Anwar?
Persoalan adalah kenapa tergesa-gesa menubuhkan Suruhanjaya Diraja - adakah ia untuk memberikan juak-juak Umno satu lagi pusingan untuk mengaibkan Anwar dengan tuduhan dan fitnah?
Persoalan juga timbul kenapa Eskay yang mengaku dirinya sebagai sahabat Anwar tidak sudi menghantar satu salinan kepada ketua pembangkang itu atau Datuk Dr Wan Azizah untuk diperakui sebelum menunjukkannya kepada media?
Jika Anwar menafikan beliau orang dalam video itu, sudah tentu Eskay tidak perlu merahsiakan video itu dan terus boleh menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan dan memberikan salinan kepada media, malah memuatkannya di Youtube.
Tetapi tidak. Beliau dan Rahim (kiri) didakwa mengambil keputusan menggunakan khidmat seorang wartawan untuk memanggil wartawan kanan bagi menghebahkan kandungan video itu.
Tindakan ini diambil walaupun, menurut Eskay, rakaman itu belum dihantar untuk ujian forensik.
Jika ujian forensik dilakukan atas kenyataan Rahim dan Eskay semalam , tentunya ia akan mendedahkan sebuah skrip yang terpaksa diolah dan dirombak oleh mereka selaku dalang fitnah video seks setelah Anwar membuat laporan polis dan enggan tunduk kepada ugutan Eskay dan Rahim.
Tindakan sekumpulan individu bergelar 'Datuk T' menjemput wakil media untuk menyaksikan satu video aksi lucah pada Isnin lalu merupakan satu usaha nekad.
Trio 'Datuk T' yang bertanggungjawab menganjurkan tayangan video itu mendakwa, individu yang ditunjukkan dalam video itu merupakan seorang tokoh pembangkang.
Selang beberapa jam selepas itu, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media dan turut membuat laporan polis berhubung penayangan video berkenaan.
Tindakan itu membentuk persepsi bahawa beliau merupakan tokoh pembangkang yang dimaksudkan dalam rakaman tersebut.
Dalam pada itu, menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan perdana menteri sendiri telah menafikan penglibatan pihak polis dalam isu berkenaan.
Namun, siasatan wajar diteruskan memandangkan laporan polis telah dibuat. Maka, Anwar berhadapan dengan satu lagi kes baru di mahkamah, selain perbicaraan Liwat II yang masih berjalan.
Apa yang menarik, isu ini mula timbul di ambang pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya umum ke-13 yang bakal menjelang.
Pilihan raya Sarawak amat penting kerana ia merupakan kayu pengukur bagi sokongan rakyat kepada BN.
Dalam pilihan raya Mac 2008, negeri itu berjaya menyumbangkan 30 kerusi daripada keseluruhan 138 kerusi parlimen yang dimenangi BN dan seterusnya membolehkan parti itu membentuk kerajaan.
Anwar akan dihalang daripada menemui rakyat dalam kempen pilihan raya kali ini sekiranya terpaksa menghadapi perbicaraan demi perbicaraan.
Isu melibatkan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dikhuatiri akan ditenggelamkan oleh isu sensasi berhubung video seks yang didakwa melibatkan Anwar.
Maka, cerita dan bahan kempen membabitkan Anwar akan bertambah dan perkara inilah yang akan disampaikan kepada orang Sarawak.
Perkembangan ini akan menyebabkan isu yang didakwa melibatkan Abdul Taib dan keluarga – seperti isu pencerobohan tanah adat – tidak akan mendapat perhatian.
Begitu juga isu lain yang berkait dengan masyarakat Sarawak, seperti kontroversi mengenai penyebaran kitab Injil dalam bahasa Melayu dan tuntutan Gereja Roman Katolik ke atas kalimah Allah.
Selain itu, Pakatan Rakyat juga dijangka akan membangkitkan isu kemiskinan rakyat Sarawak dan isu isu royalti minyak yang sepatutnya diperolehi negeri tersebut.
Jentera BN akan berdepan kesukaran untuk menyangkal isu-isu ini sekiranya digunakan dalam kempen Pakatan Rakyat.
Begitu juga dengan isu berhubung rancangan kerajaan untuk membina loji janakuasa nuklear yang menerima banyak tentangan.
Isu pita video tersebut boleh menjadikan senjata yang mudah untuk meredakan tekanan ke atas rancangan berkenaan.
Isu lain yang menjadi perhatian termasuk kenaikan kos sara hidup rakyat, kenaikan harga barang keperluan dan juga kontroversi berhubung saman ekor.
Apa pun, Anwar kini menjadi semakin 'laris' dan menjadi tatapan utama di media.
Katanya, perkataan itu yang mencetuskan kemarahan dan demonstrasi daripada masyarakat India akan digugurkan dari versi yang digunakan di sekolah.
Menurut Muhyiddin, panel bebas yang ditubuhkan bagi mengkaji kesesuaian novel tersebuk, termasuk tiga perwakilan India sepakat menggantikan perkataan paria dengan "golongan yang sama".
"Dengan persetujuan yang dicapai, Kementerian (Pelajaran) menganggap isu ini selesai,” katanya semasa sesi soal jawap di parlimen hari ini. Sementara itu, Bernama melaporkan kerajaan bersetuju dengan dapatan Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok (Panel Bebas) yang mendapati hanya 19 perkara daripada 106 bentuk cadangan pindaan boleh dianggap menyentuh sensitiviti masyarakat India.
Muhyiddin berkata panel bebas itu berpendapat baki 87 perkara lagi adalah tidak berkaitan dengan isu pokok termasuk cadangan supaya nama penulis dipaparkan pada kulit hadapan novel dan ejaan "tali" dipinda kepada "taali".
"Daripada 19 perkara yang boleh dianggap sensitif ini pula, tiga daripadanya adalah berkaitan dengan penggunaan perkataan kasta yang telah dianggap selesai kerana penulis telah bersetuju untuk menggugurkan perkataan itu (Paria) dalam novelnya.
"Tiga perkara lagi iaitu yang berkaitan dengan fakta lembu sebagai binatang suci orang Hindu, keselamatan isteri Maniam di India dan upacara perkahwinan yang digambarkan sebagai meletihkan juga telah selesai," katanya.
Muhyiddin berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Abd Rahman Bakri (BN-Sabak Bernam) bersama empat lagi pertanyaan ahli Parlimen lain di Dewan Rakyat berhubung kedudukan novel Interlok karya Sasterawan Negara yang menjadi teks Komponen Sastera (Komsas) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata daripada 13 perkara yang berbaki, tujuh perkara dapat diselesaikan apabila Panel Bebas mencapai kata sepakat untuk memasukkan "errata" di dalam novel terbabit bagi membuat pembetulan dan pengguguran terhadap beberapa frasa yang dianggap sensitif dalam amalan kebudayaan dan keagamaan masyarakat India.
Katanya, enam perkara lain juga telah dapat diselesaikan kerana penulis sekali lagi telah bersetuju untuk meminda perkata "tuhan" kepada perkataan "dewa" dan menggugurkan frasa "orang berkulit hitam" daripada novel itu.
"Oleh yang demikian, kesemua ahli panel termasuk wakil masyarakat India telah bersetuju untuk menyerahkan perkara ini kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai penerbit untuk membuat suntingan yang wajar kepada novel ini dalam cetakan akan datang," katanya.
Selain itu, katanya, kementerian akan menyediakan satu glosari untuk memperjelaskan beberapa frasa dan konsep yang terkandung dalam novel Interlok bagi memudahkan murid memahami teks dan konteks novel yang memaparkan kehidupan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum di negara kita.
"Alhamdulillah, dengan persetujuan yang dicapai oleh Panel Bebas dan perakuan yang dikemukakan kepada kerajaan, isu ini telah dapat diselesaikan dengan baik. Ini adalah satu testimoni yang amat nyata bahawa di negara kita tidak ada satu isu yang tidak boleh diselesaikan melalui meja perundingan.
"Dengan semangat musyawarah dan muafakat serta kesediaan untuk mendengar dan menerima, kita telah buktikan bahawa serumit manapun kemelut yang kita hadapi, kita dapat mengharunginya dengan tabah dan sabar.
"Episod Interlok ini menjadi bukti kepada kita betapa semangat perpaduan, penerimaan dan hormat menghormati antara kaum selaras dengan Gagasan 1Malaysia terus subur di negara kita," katanya.
Muhyiddin berkata Interlok adalah sebuah karya kreatif yang menggabungkan fakta sejarah sosial dan imaginasi pengarang.
Katanya, melalui adunan realiti dan imaginasi, novel itu cuba memaparkan suatu bentuk kehidupan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum di Tanah Melayu sebelum merdeka.
Ghazali memberitahu Bernama hari ini bahawa Rahim belum dipanggil oleh polis berhubung pendedahan itu.
Menurutnya, buat sementara waktu Rahim enggan memberi sebarang ulasan lanjut dengan alasan beliau telahpun mendedahkan kepada media semalam bahawa beliau bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, bertanggungjawab mendedahkan video berkenaan.
Dua hari lepas, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi berhubung video itu yang telah dipertontonkan kepada beberapa wakil media di Carcosa Seri Negara.
- Bernama
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah antara 73 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan kepada barisan pembelaan dalam bicara kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Turut ditawarkan adalah bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hasan serta senator Muhamad Ezam Mohd. Nor, beberapa kenalan Anwar dan tunang Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Mahkamah Tinggi pada perbicaraan hari ini juga menolak permohonan pembelaan bagi hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menyemak semula keputusan yang dibuatnya semalam.
Katanya, tiada asas untuk berbuat demikian setelah meneliti hujahan yang dibuat oleh kedua-dua pihak.
Berikutan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin memanggil semula dua saksi bagi membolehkan tiga barangan yang sebelum ini dipertikaikan diterima sebagai bukti.
Barangan berkenaan - sebuah botol air minuman berjenama Cactus, tuala 'Good Morning' dan sebatang berus gigi berwarna putih. Semua barangan ini diperolehi daripada sel Anwar selepas beliau ditahan semalaman oleh polis pada 16 Julai, 2008.
Dua saksi berkenaan - ahli kimia Nor Aidora Saedon dan bekas ketua Penyiasat Lokasi Jenayah, Supt (Rtd) Amidon Anan -terbabit mengendalikan barangan berkenaan.
Nor Aidora sebelum ini pada keterangannya berkata DNA yang diperolehi daripada barangan tersebut adalah daripada 'Lelaki Y”.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah kemudian menangguhkan perbicaraan sehingga 18 April ini bagi membolehkan kedua-dua pihak membuat persiapan.
Menurut Khairy (kanan), suruhanjaya diraja sebagai sebuah badan yang "bermaruah tinggi" sebelum ini mengkaji soal yang lebih besar seperti isu badan kehakiman dalam kes video VK Lingam.
"Adakah perlu suruhanjaya diraja, untuk meyiasat video seks?" soalnya yang mengaku bimbang dengan perkembangan "mencemarkan" itu.
"Badan bebas sudahlah. Tak perlulah diraja," katanya yang berharap isu itu dapat diselesaikan secepat mungkin.
Semalam, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik - yang mengaku antara tiga orang di sebalik penayangan video seks - mahu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan ketulenan klip itu.
Beliau mencadangkan keanggotaannya daripada pelbagai pihak, termasuk ketua parti-parti pembangkang, pengamal media, NGO dan pemerhati antarabangsa supaya "kebenaran yang ditemui nanti tidak boleh dipersoal".
'Rahim adalah Rahim'
Bercakap dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini, Khairy menyifatkan apa yang berlaku itu menggambarkan "demokrasi jelek" dan hendaklah diselesaikan segera supaya imej Malaysia tidak rosak di mata dunia.
"Bangun tidur, tengok cerita seks. Tengok Buletin Utama, seks. Buka Malaysiakini, seks. Kita terlalu obses dengan seks. Saya harap perkara ini dapat diselesaikan cepat," katanya disambut ketawa kecil pemberita.
Anggota parlimen Rembau itu berharap anggota panel itu disertai wakil daripada pembangkang dan parti pemerintah supaya wujudnya mekanisme yang bebas dan adil.
Beliau juga meminta Umno tidak dikaitkan dengan penyiaran video 22 minit itu walaupun bekas pemimpin kanannya Tan Sri Rahim Thamby Chik antara yang terlibat.
"Rahim adalah Rahim. Umno adalah Umno," katanya sambil berkara ia tidak berkaitan parti itu sama sekali.
Ditanya sama ada Umno patut dikenakan tindakan kerana menyebarkan video lucah, Khairy berpendapat, walaupun bekas ketua menteri Melaka itu mengaku antara yang terlibat, terdapat tatacara dan proses yang perlu dilalui terlebih dahulu.
Dalam bahagian kedua temubualnya dengan akhbar harian berbahasa Cina Nanyang Siang Pau yang disiarkan hari ini, Nazri berpandangan jika
calon untuk pilihan raya umum akan datang dipilih berdasarkan 'peluang menang' seperti dikatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, maka MIC tidak harus bertanding di semua kerusi berkenaan.
Ahli perlimen Padang Rengas, Perak itu berkata, parti kaum India itu tewas di kesemua enam kerusi yang ditandinginya di Perak dalam pilihan raya umum lalu, dan kerusi-kerusi tersebut boleh menyebabkan Perak jatuh semula ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.
Nazri (kanan) berkata, kekalahan BN di Perak adalah disebabkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, meletak terlalu ramai orang luar bertanding di Perak.
Sambil menegaskan langkah meletakkan calon 'payung terjun' yang tidak pernah berkhidmatan di kawasan berkenaan sebagai satu kesilapan, Nazri menegaskan bahawa ia merupakan alasan yang sama yang ditegaskan oleh Najib dalam memilih calon yang berpeluang untuk menang.
Sementara itu, Nazri yang lantang bersuara itu menegaskan bahawa pemimpin yang memegang jawatan dalam parti tidak dijamin menjadi calon dalam pilihan raya umum.
Mengambil presiden MCA, Datuk Seri, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (kiri, berbaju putih) sebagai contoh, Nazri berkata, walaupun mendapat sokongan ahli untuk menang jawatan presiden parti, tetapi tidak semestinya Chua akan disokong oleh pengundi wanita disebabkan skandal DVD seksnya.
Menurut satu laporan dalam akhbar harian berbahasa cina, China Press, perkara itu diumumkan oleh penyelaras NGO tersebut, Sia Teck Keong dalam satu kenyataan semalam.
Sia berkata, objektif aktiviti tersebut diadakan adalah untuk menggalakkan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kumpulan tersebut, tegasnya lagi, adalah sebuah NGO bebas tanpa sebarang kaitan politik, dan kos operasinya ditanya oleh seorang jutawan yang menyokong konsep 1Malaysia.
Beliau tidak mendedahkan identiti jutawan tersebut.
NGO itu akan menganjurkan satu pertandingan bola keranjang di Batu Lintang pada hari Sabtu, satu majlis makan malam mega di Kenyalang keesokan harinya dan satu jamuan makanan Indonesia di Pusat Maklumat Islam di Kuching pada 2 April.
Semua majlis tersebut adalah terbuka kepada orang ramai.
"Dalam pergerakan Pemuda BN, kita sangat konsisten. Bawah kepimpinan saya, malah kepimpinan Datuk Hishammuddin (Hussein) sebelum ini, kami sangat bersatu.
"Apa saja masalah, pergaduhan atau pertikaman lidah tidak di khalayak ramai. Mungkin kita ada perbezaan, tetapi kita selesaikan dalam mesyuarat," kata ketua Pemuda BN itu.
Penggunaan perkataan keras antara presiden MCA Dr Chua Soi Lek dan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berterusan lagi apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri disifatkan sebagai sombong dan menderita "delusi, pelupa dan inersia".
Dr Chua dilaporkan, kritikan Nazri kepadanya dan MCA sebelum ini, termasuk menggunakan istilan "isteri terbiar" adalah tidak seiring dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam wawancara ekslusif dengan sebuah harian berbahasa Cina hari ini, Nazri menyelar MCA, dengan mendakwa parti itu meletakkan kesalahan di pundak Umno untuk kegagalannya sendiri mendapatkan kembali sokongan orang Cina.
Bercakap dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini, Khairy berharap tidak ada mana-mana parti merendahkan anggota komponen lain kerana masing-masing mempunyai peranan.
"Contohnya PPP (Parti Progresif Rakyat), mereka buat kerja bagus, contohnya dalam pendaftaran pengundi baru," katanya.
Dalam tulisan terbaru di blognya, Zaid berkata berdasarkan apa yang ditontonnya beberpa persoalan mesti dijawab dan sebaik-baiknya ia dilakukan oleh sebuah badan bebas.
“Tidak seperti kebanyakan rakyat Malaysia yang belum menonton pita itu, saya dalam kedudukan yang baik bagi membentuk pendapat. Bagi saya ketulenan video berkenaan mesti ditentukan.
“Memandangkan rasa skeptism terhadap institusi sendiri, makmal forensik dan pakar di negara ini, biar kita minta panel antarabangsa bebasyang terdiri daripada pakar (membabitkan) Scotland Yard, FBI, dan juga Pasukan Polis Berkuda Kanada, bersama-sama polis di negara ini bagi mengesahkan sama ada pita itu tulen atau palsu,” tulisnya.Zaid bagaimanapun tidak mengulas sama ada beliau mempercayai lelaki dalam video lucah yang ditontonnya itu adalah ketua umum PKR.
Beliau juga tidak menyatakan bagaimana dia memperolehi seks video berkenaan.
Katanya, Rahim seolah-olah cuba membalas dendam terhadap pengundurannya dari politik pada 1994.
"Ini menunjukkan konspirasi peringkat tertinggi membabitkan Umno dalam perkara ini,” kata Anwar kepada wartawan di perkarangan komplek mahkamah, Jalan Duta, kuala Lumpur, hari ini.
"Saya tidak tahu bagaimana menteri dalam negeri boleh menafikan ini... Seorang daripada ahli (parti) mereka terbabit, begitu juga dengan PERKASA,” katanya.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Anwar kerana mendakwa dirinya dan pihak polis terbabit dengan pita video seks itu.
Anwar berkata komennya itu dibuat berdasarkan hakikat mereka yang mengeluarkan video berkenaan - Rahim, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim, yang dikenali sebagai 'Datuk T' - masih bebas.
"Malah, saya diberitahu mereka kini dilindungi (oleh pihak berkuasa atau polis cawangan khas).
Kes rogol, rasuah...
"Sekarang ini orang yang terlibat termasuk Tan Sri Rahim Tamby Chik yang dulu dikaitkan dengan kes rogol di Melaka. Walaupun tidak didakwa, kertas pendakwaan telah ditandangani sendiri oleh Tan Sri Ghani Patail (ketua pendakwaraya ketika itu).
“Walaupun tidak didakwa, kes rasuahnya melibatkan puluhan juta, tetapi sekarang dia menjadi seorang tokoh moral baru, tetapi dia melakukan kesilapan kerana dia mendedahkan satu video yang direkayasa sebegitu rupa dan kemudian cubaan untuk mengaibkan orang semata-mata untuk membalas dendam,” kata Anwar.
Menurutnya, pembabitan Rahim yang diangkat menjadi pengerusi Risda dua tahun lalu oleh Datuk Seri Najib Razak hanya menzahirkan penglibatkan Umno dan perdana menteri sendiri.
"Ini bagi saya memperkuatkan hujah kita dari peringkat awal, Umno memberi tahu mereka tidak terlibat. Sekarang Umno secara langsung terlibat.
Dr Mahathir mudah lupa
“Ahli parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul malah menyebut bahawa kesediaan Rahim Tamby Chik bawa dia untuk menemui Datuk Seri Najib. Ini menunjukkan konspirasi peringkat tertinggi membabitkan Umno,” katanya.
Dalam pada itu, Anwar juga menafikan beliau memainkan sebarang peranan sehingga memaksa Rahim berundur dari politik.
"Itu dendam dia (Rahim). Saya pada masa itu timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri. Saya tidak ada kuasa untuk mengugurkan dia sebagai ketua menteri. Itu kuasa presiden Umno dan perdana menteri. Saya diarah untuk menyampaikan pandangan Dr Mahathir. Tentu Dr Mahathir kata dia lupa kerana dia menghidapi amnesia atau peringatan terpilih" katanya.
Rahim terpaksa berundur daripada politik berikutan dakwaan dia melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur pada 1994.
“Saya tidak merasa kesal atau salah kerana meminta beliau meletakkan jawatan walaupun saya tahu bidang kuasa saya tidak sehingga boleh minta mana-mana menteri atau ketua menteri untuk meletak jawatan. Ini semua orang tahu. Anda tanya Mahathir tentu dia tidak ingat,” kata Anwar.
"Saya cuma menyampaikan pembabitan Dr Mahathir (Mohamad). Saya tidak tahu jika Mahathir mempunyai amnesia terpilih," katanya.
Bagaimanapun, Badrul Hisham yang lebih dikenali dengan panggilan Chegubard berkata beliau yakin bahawa individu yang ditunjukkan dalam video berkenaan bukanlah Anwar.
"Video tersebut mungkin saja asal, tetapi pelakon dalam video tersebut saya yakin bukan Anwar.
"Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat perwatakan atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar," katanya dalam satu sidang media petang ini.
Menurutnya, beliau menonton video berkenaan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada malam Isnin lalu.
Beliau pergi ke hotel berkenaan atas jemputan seorang lelaki yang dinamakannya sebagai Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
"Tujuan saya dipanggil adalah untuk diberi sesalinan video itu untuk ditunjukkan kepada (presiden parti) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail," katanya lagi.
Katanya, beliau juga dipanggil agar dapat mendesak Wan Azizah dan Anwar supaya berhenti daripada mengetuai PKR dan meninggalkan politik.
Berpura-pura
"Untuk tujuan mendapatkan video itu, saya telah berpura-pura untuk bersetuju mengenai apa yang diberitahu kepada saya mengenai video tersebut," katanya.
Menurutnya beliau telah diminta memberi persetujuan untuk menjadi orang tengah bagi membawa video berkenan kepada Wan Azizah.
"Walau bagaimanapun. ia terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah," katanya.
Badrul Hisham juga berkata, beliau telah menonton video itu sebanyak dua kali bersama Eskay dan juga seorang lagi yang dinamakannya sebagai bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik.
"Semasa itu Datuk (Eskay) memberi penerangan mengenai video tersebut.
"Kami juga dimaklumkan bahawa Tan Sri Rahim Thamby Chik baru menonton video tersebut dan ini berbeza sekali dengan kenyataan beliau pada 23 Mac.
"Ketika menonton bersama, Tan Sri Rahim seolah beberapa kali terkejut dan beristighfar seolah inilah kali pertama menonton," kata Badrul Hisham lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan