| Aziz Muda | |||||||||||||||||||||||
|
Selain itu, pihak polis turut diminta menyiasat siapakah sebenarnya yang terlibat dalam adegan tidak bermoral itu bagi menjawab kekeliruan kepada orang ramai. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, siasatan yang telus dari pihak polis berhubung perkara itu amat penting bagi mengetahui dalang dalam penyediaan, penyebaran dan penayangan video tersebut. Menurut beliau, dalam video tersebut Datuk Seri Anwar difitnah sebagai pelakunya bersama seorang wanita Cina dan ia merupakan satu rekaan yang nyata berniat jahat. Katanya, bagaimana perkara itu tidak boleh diterima sebagai fitnah sedangkan ia dibuat untuk ditonton oleh golongan tertentu sahaja dan tidak pula dinyatakan pihak yang menyediakannya. "Dengan itu, jelaslah itu semua fitnah untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya yakin jika tidak Umno yang terlibat adalah pihak yang menerima upah dari Umno yang melakukannya," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena pada sidang media di lobi Dewan Rakyat hari ini. Tindakan tetsebut, menurut beliau, jelas merupakan permainan kotor Umno untuk memburukkan Anwar bagi mempengaruhi orang ramai agar tidak mempercayai beliau dan Pakatan Rakyat. "Ini samalah juga dengan permainan mereka dalam isu kalimah Allah bagi menarik perhatian umat Islam yang akhirny membawa kepada kejadian bakar gereja dan surau. "Pada hal PAS sejak dulu lagi telah menyatakan tidak ada masalah kepada sesiapa pun nak guna nama Allah termasuk orang Kristian asalkan tidak disalahgunakan,” katanya. Perkara itu, katanya samalah juga dengan permainan Umno dalam meluluskan penyebaran Bible dalam bahasa Melayu yang jelas akan merbahayakan masyarakat Islam yang dibuat untuk mengambil hati orang Kristian. Mengulas tayangan video lucah itu dengan lebih jauh, beliau berkata, penipuan Umno dalam hal itu lebih ketara apabila ia turut dimaklumkan oleh para wartawan yang melibatnya sebagai 'superimpose'. Katanya, menurut para wartawan, perkara itu amat jelas apabila lelaki terbabit itu bukan Anwar, tetapi lelaki lain apabila lelaki itu berperut buncit dan jelas tidak seperti badan Anwar tetapi di bahagian mukanya digunakan muka Anwar. "Perbuatan tersebut jelas satu fitnah yang amat jahat dan perlu disiasat dengan mendalam bagi membawa mereka yang terbabit itu ke muka pengadilan," katanya.
Polis dinasihat bertegas dengan orang politik
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Jumaat, 25 Mac 2011
MACAM ADA SESUATU YANG TAK KENA..MENOLAK ATAU BERDOLAK DALIH TENTANG DAKWAT KEKAL..JIKA KITA ADIL DAN TELUS.LAKSANAKANLAH..JIKA TAK..TIPU MASUK NERAKA
PAS minta polis siasat video lucah fitnah Anwar
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KUALA LUMPUR, 21 Mac: Pihak polis diminta menyiasat pihak manakah yang bertanggungjawab menyediakan, menyebar dan menyiarkan video lucah yang ditayangkan kepada para wartawan untuk memburukkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
KUALA LUMPUR, 25 Mac: Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mengadakan demonstrasi aman bagi membantah 'konspirasi' video seks yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR, 25 Mac: Para anggota polis dinasihatkan supaya bertegas dengan semua orang politik. Nasihat ini diberikan oleh seorang bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (Special Branch) polis yang disegani, Datuk Seri Yuen Yuet Leng.
PETALING JAYA, 25 Mac: Setiausaha Agung PKR , Saifuddin Nasution Ismail berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mesti memikul tanggungjawab terhadap fitnah yang telah menjadi budaya dan amalan Umno sejak sekian lama.
IPOH, 25 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak pelik melihat temubual khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz di dalam akhbar Nanyang Siang Pau yang menuntut agar MIC menyerahkan kesemua enam kerusi di negeri ini yang gagal dimenangi parti itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu walaupun Barisan Nasional negeri baru berkonvensyen.
KUALA LUMPUR, 25 Mac: Video lucah yang dihasilkan oleh Trio Umno nampaknya memberikan semangat baru kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan partinya, PKR untuk bangkit selepas tenggelam dengan pelbagai masalah dalaman sebelum ini.
KUALA LUMPUR, 25 Mac: Sebuah NGO Islam, Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) pula memandang berat tuduhan salahlaku seks terhadap ketua pembangkang dan mendedah penuduh kepada jenayah Qazaf.
KUALA LUMPUR, 24 Mac: Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bercadang menimbang semula penggunaan dakwat kekal kerana ia dianggap tidak lagi sesuai untuk digunakan.
KEPALA BATAS, 25 Mac: Sekembalinya Unit Amal Kawasan Kepala Batas dari jambori di Kem Latihan Motivasi, Merbok, Kedah selama tiga hari bermula 11, 12 dan 13 Mac lalu menjadi penyuntik semangat baru untuk bergerak lebih tangkas daripada biasa yang dianggap 'Jaga Parkir' sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan