ILMU
: 1. LARANGAN MENGIKUTI AYAT-AYAT AL-QURAN YANG MASIH KESAMARAN (AYAT MUTASYABIHAT) MAKNANYA. PERINGATAN KEPADA ORANG-ORANG YANG MENGIKUTI AYAT TERSEBUT. LARANGAN BERSELISIH PENDAPAT MENGENAI AYAT AL-QURAN.
: 1/2
: 1529 - Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w membaca firman Allah: (a) Yang bermaksud: Dialah yang menurunkan kepadamu Wahai Muhammad kitab suci al-Quran. Sebahagian besar daripadanya ialah ayat-ayat muhkamat (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya), ayat-ayat muhkamat itu ialah ibu atau pokok isi al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat mutasyabihat yang samar-samar serta tidak terang maksudnya. Oleh sebab itu timbullah fahaman yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing. Adapun orang-orang yang ada di dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar daripada al-Quran untuk mencari-cari takwilnya memutarkan maksudnya menurut yang disukainya. Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama. Mereka berkata: Kami beriman kepadanya. Semuanya datang dari sisi tuhan kami dan tiada yang mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang berfikiran. Setelah selesai Saidatina Aisyah berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu melihat orang-orang yang mengikuti ayat-ayat yang mutasyabihat iaitu samar-samar dari al-Quran, maka mereka itulah orang-orang yang telah disebut oleh Allah. Oleh itu berhati-hatilah terhadap mereka
1. LARANGAN MENGIKUTI AYAT-AYAT AL-QURAN YANG MASIH KESAMARAN (AYAT MUTASYABIHAT) MAKNANYA. PERINGATAN KEPADA ORANG-ORANG YANG MENGIKUTI AYAT TERSEBUT. LARANGAN BERSELISIH PENDAPAT MENGENAI AYAT AL-QURAN.
Bilangan : 2/2
Hadis : 1530 - Diriwayatkan daripada Jundab bin Abdullah al-Bajali r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Bacalah al-Quran selama mana hati kamu tetap padanya. Apabila kamu berselisih pendapat maka tegakkanlah kebenaran.
2. ORANG YANG SUKA MENCETUSKAN PERSELISIHAN YANG SENGIT.
Bilangan : 1/1
Hadis : 1531 - Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Lelaki yang paling dibenci oleh Allah s.w.t ialah lelaki yang suka mecetuskan perselisihan yang sengit.
3. MENGIKUTI SUNNAH ORANG-ORANG YAHUDI DAN NASRANI.
Bilangan : 1/1
Hadis : 1532 - Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu telah mengikuti sunnah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggakan mereka masuk ke dalam lubang biawak kamu tetap mengikuti mereka. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani? Baginda bersabda: Kalau bukan mereka, siapa lagi?
4. PADA AKHIR ZAMAN ILMU ISLAM AKAN DIHAPUSKAN DAN DIAMBIL OLEH ALLAH S.W.T LALU TIMBULLAH KEJAHILAN DAN PELBAGAI FITNAH.
Bilangan : 1/4
Hadis : 1533 - Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Di antara tanda-tanda hampir Kiamat ialah terhapusnya ilmu Islam, munculnya kejahilan, ramainya peminum arak dan perzinaan dilakukan secara terang-terangan.
: 4. PADA AKHIR ZAMAN ILMU ISLAM AKAN DIHAPUSKAN DAN DIAMBIL OLEH ALLAH S.W.T LALU TIMBULLAH KEJAHILAN DAN PELBAGAI FITNAH.
Bilangan : 2/4
Hadis : 1534 - Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Beberapa hari sebelum munculnya hari Kiamat, ilmu Islam dihapuskan, timbulnya kejahilan dan banyak berlaku jenayah terutama jenayah pembunuhan.
4. PADA AKHIR ZAMAN ILMU ISLAM AKAN DIHAPUSKAN DAN DIAMBIL OLEH ALLAH S.W.T LALU TIMBULLAH KEJAHILAN DAN PELBAGAI FITNAH.
Bilangan : 3/4
Hadis : 1535 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul berbagai fitnah, berleluasanya sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah. Sahabat bertanya: Apakah jenayah yang dimaksudkan? Rasulullah s.a.w bersabda: Iaitu jenayah pembunuhan.
4. PADA AKHIR ZAMAN ILMU ISLAM AKAN DIHAPUSKAN DAN DIAMBIL OLEH ALLAH S.W.T LALU TIMBULLAH KEJAHILAN DAN PELBAGAI FITNAH.
Bilangan : 4/4
Hadis : 1536 - Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru bin al-As r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t tidak mengambil ilmu Islam itu dengan cara mencabutnya dari manusia. Sebaliknya Allah s.w.t mengambilnya dengan mengambil para ulama sehingga tidak tertinggal walaupun seorang. Manusia melantik orang jahil menjadi pemimpin, menyebabkan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa tanpa berdasarkan kepada ilmu pengetahuan. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan orang lain pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan