Khamis, 31 Mac 2011

KALAU YANG DITUDUH BUKAN HANTU JEMBALANG...TUDUHAN ITU BERBALIK PADA SIPENUDUH....KERJA JEMBALANG BUAT HARU BIRU..HISAP DARAH DLL...

Jembalang: Tak payah komen, bodoh sangat
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 31 Mac: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri menggelar parti selain BN, yang akan berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak sebagai 'hantu' dan 'jembalang', mencerminkan ketakutan pemimpin BN itu.

Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian bagi menutup kelemahan BN setelah lebih 46 tahun menguasai negeri Bumi Kenyalang itu namun masih ketinggalan.

"Tak payah komen la...bodoh sangat.

"46 tahun lebih mereka di Sarawak, apa yang dibuat?" soalnya yang juga ahli parlimen Pengkalan Chepa.

Katanya, rakyat harus sedar bahawa BN telah menganaktirikan Sarawak sejak sekian lama.

Walaupun Sarawak kaya dengan hasil mahsyur jelasnya, namun rakyat dan negeri itu sendiri masih ketinggalan dari arus pembangunan.

Dan tidak pelik katanya jika Muhyiddin menuding jari kepada pihak lain bagi menutup kelemahan mereka apatah lagi berdepan pilihan raya negeri itu 16 April ini.

"Baru sekarang nak buat itu, buat ini," tambahnya.

Muhyiddin semalam menyifatkan parti selain BN yang akan menyertai pilihan raya Sarawak sebagai 'hantu' dan 'jembalang' dan perlu ditolak rakyat.

Katanya, sebahagian 'hantu' dan 'jembalang' itu sebahagiannya datang dari Semenanjung manakala sebahagian yang lain sudah ada di negeri ini dan akan menawarkan janji-janji manis.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Bersama Rakyat di pinggir Sungai Sarawak di Kampung Boyan-Gersik di Kuching semalam.


Bung gelar wakil Pakatan ‘syaitan besar’

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 31 Mac: Belum reda kontroversi mengenai kenyataan bahawa pemandu wanita adalah penyumbang kemalangan jalan raya, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) sekali lagi menimbulkan kekecohan dalam Dewan Rakyat hari ini.

Kekecohan timbul apabila Bung menggelarkan beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat sebagai 'syaitan' sewaktu sesi soal jawab lisan pagi tadi.

Gelaran itu pada awalnya ditujukan kepada M Kulasegaran (DAP-Ipoh Timur) yang bangun 'mengganggu' ketika beliau mengemukakan soalan tambahan mengenai kursus peningkatan kemahiran rakyat khusunya kepada golongan wanita kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Beliau bertanya sama ada kerajaan bercadang atau tidak untuk menyediakan kursus kemahiran seperti kursus memasak, membuat kuih dan kraftangan kepada rakyat di Sabah.

Ketika itu, Kulasegaran bangun dan bertanya adakah perlu diadakan kursus memandu kepada golongan wanita.

Bung menuduh Kulasegaran cuba memanipulasi kenyataannya berhubung pemandu wanita sebelum ini untuk memancing golongan itu agar mengundi Pakatan Rakyat.

"Mereka manipulasi kenyataan saya untuk tarik undi golongan wanita supaya sokong Pakatan Rakyat.

"Sudahlah, jangan tipu rakyat. Mereka faham apa yang saya cakap," katanya dengan suara yang agak tinggi.

Ketika itu kedengaran juga suara Datuk Mahfuz Omar (PAS -Pokok Sena) yang berkata bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga tidak bersetuju dengan kenyataan Bung itu.

Bung seterusnya berkata, ramai 'syaitan' yang mengganggunya namun 'syaitan-syaitan ini akan direjam'.

"Kalau pun ada bisikan syaitan di pagi ini, akan direjamlah mereka," katanya.

Kulasegaran bangun membantah perkara itu dan menganggap Bung mengeluarkan perkataan yang tidak baik dalam dewan.

"Apa ini Yang Dipertua...tiba-tiba cakap syaitan," katanya.

Namun Bung terus bertanya soalan dan setelah menghabiskan soalannya, Bung secara tiba-tiba memandang Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dan menggelarnya 'syaitan besar'.

"Ini Shah Alam memang syaitan yang besar," katanya.

Khalid bangun dan meminta Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyuruh Bung menarik balik kata-katanya.

"Yang Dipertua, dia (Bung) panggil saya syaitan besar. Minta tarik balik. Ini dewan yang mulia, kena jaga kata-kata," katanya.

Bung terus mempertahankan diri dengan mendakwa mereka yang mula mengganggunya.

Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) pula bangun mempertahankan Bung dengan meganggap wakil Pakatan Rakyat yang tidak menghormati dewan.

Junaidi bagaimanapun menegaskan, dalam apa keadaan sekalipun, mana-mana wakil rakyat tidak boleh mengeluarkan kata-kata kesat.

"Saya faham itu Yang Berhormat. Tapi itu tidak membenarkan sesiapa pun menggunakan perkataan yang tidak betul dalam dewan. Perkara ini saya pertahankan. Kalau tidak semua orang boleh guna perkataan sesuka hati," tegasnya.

Mahfuz pula bangun dan menyokong pendirian Junaidi itu.

"Yang Dipertua, kalau cakap dia terganggu, kita pun selalu terganggu, tapi kita terbuka. Saya pun selalu diganggu. Tapi tak adalah sampai nak menggunakan perkataan yang bagi saya sangat buruk," katanya.

Mereka seterusnya mendesak Bung menarik balik perkataan 'syaitan' itu sehingga Bung terpaksa mengalah dan menarik balik perkataan itu.


DARI BLOG LAIN...

(GAMBAR)Zizie Ezette Dan Bung Mokhtar Bersuka Ria

zizie ezette bung mokhtar

Memang pengantin baru!!! Nampak jelas keriangan, kegembiraan dan kebahagiaan terpancar di wajah Zizie Ezette dalam gambarnya bersama Bung Mokhtar kat atas tue. Very the happy couple gitu. Kami suka dan kami sentiasa mendoakan kebahagian anda berdua.

Mengikut Debra dari Forum Cari (sumber gambar ini), gambar Zizie Ezette dan Bung Mokhtar ini diambil pada 23 Januari di sebuah kelab Shen – WR, Kota Kinabalu. Kata Debra lagi, pasangan laki bini baru nie berjoli sakan sampai pukul 4 pagi. Dan yang paling hebat, Abang Bung malam tue berdansing macam orang muda. Kami tak sangka abang Bung begitu bertenaga sekali. Kagum dibuatnya!!!

Semoga Bung Mokhtar dan Zizie Ezette berbahagia selama-lamanya. Lagi gambar mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

zizie ezette bung mokhtar

zizie ezette bung mokhtar



Imej satelit buktikan hutan Sarawak ditebang
Mac 31, 11 5:29pm

Sebuah laman sesawang alam sekitar mendakwa imej satelit yang dirakamkan tidak selari dengan dakwaan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa 70 peratus daripada hutan di negeri itu masih tidak terusik.

NONEImej satelit Gogle Earth yang dikumpul dan diterbitkan di portal Mongabay.com menunjukkan hutan-hutan di Sarawak semakin jarang jika dibandingkan dengan jirannya di Kalimantan, Indonesia dan Brunei.

Menurut laman sesawang itu yang dipetik oleh penerbitan Universiti Yale environment360 berhubung topik yang sama, imej-imej itu diperolehi daripada GeoEye, TerraMetrics, Tele Atlas, Europa Technologies dan program satelit yang lain.

“(Imej itu) menunjukkan jalan balak ke kawasan hutan Sarawak. Hutan sekitar sempadan antarabangsa pula kurang impak,” lapornya.

NONEKetika diakses oleh Malaysiakini, aplikasi Google Earth yang boleh juga dilihat oleh semua didapati selaras dengan penemuan di Mongabay.

Kerajaan Taib sejak kebelakangan ini dibidas oleh pelbagai pihak yang mendakwa imej satelit hanya menunjukkan kira-kira 10 peratus hutan di negeri itu masih tidak diusik.

Ini termasuk kumpulan Bruno Manser Fund (BMF), yang berpangkalan di Switzerland.

Cerai: Hakim wanita dengar 800 kes setahun
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 31 Mac: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim mengakui peningkatan kes penceraian yang tertangguh penyelesaiannya disebabkan kekurangan hakim di Mahkamah Rendah Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah.

Menjawab soalan tambahan Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata seramai 12 hakim diperlukan di Mahkamah Rendah Syariah namun hanya enam permohonan untuk menjadi hakim diluluskan.

Manakala di Mahkamah Tinggi Syariah pula hanya mempunyai empat hakim.

Nasharudin dalam soalannya juga meminta Mashitah menyatakan inisiatif yang diambil oleh pihak kementerian untuk menambah hakim wanita bagi mengendalikan kes melibatkan penceraian.

"Adakah salah satu sebab meningkatnya kes tertangguh ini disebabkan kita kekurangan hakim di mahkamah syariah dan apakah inisiatif yang telah diambil oleh pihak kementerian dalam hal berkaitan penambahan jumlah hakim wanita untuk mengendalikan kes seperti ini yang saya rasa sangat relevan kalau ianya dapat ditambah," katanya.

Mashitah berkata, setakat ini Mahkamah Syariah hanya mempunyai dua hakim wanita dan seorang hakim perlu mendengar lapan ratus kes setahun.

"Kes diselesaikan hakim wanita memang bertujuan mengurangkan lamanya masa yang diambil untuk menyelesaikan sesuatu kes dan terbukti ianya berjaya.

"Tapi kita ada dua orang hakim wanita sahaja dan baru-baru ini pada 1 Mac tambah seorang lagi hakim wanita di Mahkamah Rendah Syariah Melaka yang dipertanggungjawabkan kepada semua kes dan seorang hakim perlu mendengar 800 kes setahun," katanya.

Terdahulu, Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) meminta Perdana Menteri menyatakan tindakan yang diambil bagi menyelaraskan terma dan rujukan yang akan diguna pakai bagi membantu pasangan Islam yang berkahwin serta terlibat dalam kes penceraian yang semakin berleluasa dewasa ini.

Beliau juga ingin tahu punca sesuatu kes yang dibicarakan berlanjutan malahan memakan masa bertahun untuk diselesaikan.

Pakatan lebih baik dari BN selesai masalah rakyat
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 31 Mac: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kini terbukti lebih berkemampuan dalam mengurus tadbir negeri dan menyelesaikan masalah-masalah rakyat berbanding BN, dengan kejayaannya melaksanakan pelbagai projek untuk rakyat.

Kejayaan perlaksanaan projek Taman Selayang Mutiara atau Bukit Botak, jelas membuktikan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor lebih berkeupayaan dalam menyelesaikan masalah-masalah rakyat, apabila ia gagal diselesaikan oleh Kerajaan BN sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad menegaskan, kejayaan perlaksanaan projek itu juga jelas menunjukkan cara penyelesaian untuk masalah peneroka bandar Kerajaan Pakatan Rakyat adalah lebih baik dari cara Kerajaan BN.

Menurut beliau, projek tersebut melibatkan pembinaan 1,422 unit rumah berkembar dengan keluasan setiap unit adalah 850 kaki persegi dan dikhaskan untuk bekas peneroka bandar Kampung Bukit Botak.

Katanya, lebih menyerlahkan lagi keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terhadap masalah rakyat, apabila setiap unit rumah itu hanya dijual dengan harga RM99,000 walhal harganya di pasaran terbuka adalah sekurang-kurangnya RM170,000 seunit.

"Projek tersebut sedang berjalan lancar sekarang dengan kemajuan di tapak telah mencapai 21 peratus," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Berdasarkan kemajuan di tapak, menurut beliau, projek yang dilaksanakan PKNS itu berupaya disiapkan sepenuhnya menurut jadual iaitu pada bulan Jun 2012 ini.

Beliau yang juga Adun Cempaka menjelaskan, projek tersebut dibahagikan kepada 6 fasa agar ia dapat dilaksanakan serentak dan akan disiapkan secara berperingkat-peringkat.

"Jadi, sebarang masalah yang dihadapi sekarang adalah masalah biasa yang dihadapi oleh sebarang projek pembinaan dan akan dapat diatasi," jelasnya.

Untuk memastikan segalanya berjalan mengikut yang dirancangkan, beliau sendiri telah melakukan lawatan tapak terhadap projek itu 25 Mac lalu dan cukup berpuas hati dengan perkembangannya.

Turut bersama beliau dalam lawatan itu Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang, Datuk Zainal Abidin A'ala, Timbalan Pengurus Besar (Teknikal) PKNS, Ir Abdul Ghani Hashim dan Penyelaras Dun Taman Templer, Haji Mohammad Abdul Rahman.

Tiada ulasan: