Bumi umat Islam,Libya cepat dan segera menjadi satu lagi Iraq. Kalau Iraq diserang pada 2003 atas alasan atau pretex kerana Presiden Saddam Hussien ketika itu memiliki senjata pemusnah besar-besaran (WMD) yang akhirnya ternyata tidak benar, Libya pula diserang dari udara dan laut untuk menyelamatkan rakyat awam Libya dari serangan apparatus persenjataan dan kekuatan ketenteraan tentera yang pro dan setia kepada Muammar Ghadafi. Senario kebangkitan rakyat Libya menentang regim Ghadafi yang memerintah secara diktator selama 42 tahun bertukar menjadi perang saudara dan kini berubah melibatkan kekuatan upaya dan kecanggihan serangan udara dan laut tentera berikat dipimpin Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara sekutu barat. Revolusi kebangkitan rakyat Libya terhadap pemimpinnya tidak mencapai matlamat untuk menumbangkan Ghadafi dan menukar regim kukubesi kepada yang lebih demokratik berasaskan kepada kebebasan bersuara, regim pilihan rakyat, lebih telus, tidak rasuah dan menjuarai hak-hak asasi rakyat. Kegagalan setakat ini kerana terdapat kumpulan-kumpulan yang berkepentingan masih mempertahankan pimpinan Ghadafi. Revolusi rakyat Libya tidak seperti kebangkitan di Tunisia dan Mesir yang menyaksikan tumbangnya dua pemimpin diktator yang pro AS dan barat.Tidak setakat pro,bahkan menjadi rakan dan sahabat setia kerana menyumbang menjadi benteng kepada keselamatan regim zionis Yahudi yang dikelilingi negara-negara Arab. Sebaliknya Libya dan pemimpinnya merupakan negara yang dimusuhi AS dan barat sehinggalah mutakhir ini apabila Tony Bliar, ketika menjadi Perdana Menteri (PM) Britain mengadakan hubungan dengan Libya dengan mengunjungi Ghadafi di Tripoli dan hubungan itu menghasilkan hubungan dagang , dengan Libya mengadakan pertukaran exsport minyak ke Britain dan Libya pula membeli senjata dari Britain. Tetapi hubungan ini sangat singkat, apabila kebangkitan rakyat Libya telah menukar segala-galanya dan Britain melalui PM barunya, David Cameron bersama dengan pemimpin Peranchis ,Sarkozy memulakan serangan udara terhadap Libya setelah Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi 1973 yang menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya untuk menyelamatkan rakyat awam Libya. Kebangkitan rakyat Libya terhenti apabila Ghadafi mengambil pendekatan kekerasan ketenteraan bagi membendung kebangkitan. Kebangkitan pro demokrasi telah menawan beberapa wilayah termasuk yang terbesar Benghazi, bandaraya kedua terbesar selepas Tripoli, ibu negara Libya. Ghadafi melalui kekuatan peralatan perang dan tentera yang masih setia kepadanya telah menawan semula wilayah-wilayah dari tangan kumpulan kebangkitan tetapi gagal mara ke Benghazi apabila tentera berikat melakukan pengeboman terhadap sasaran ketenteraan dan kekuatan udara Ghadafi. Kini zon larangan penerbangan terlaksana sepenuhnya apabila kelengkapan udara Ghadafi termasuk jet-jet pejuangnya telah dimusnahkan. Serangan-serangan dari udara dan laut begitu hebat sekali menyebabkan musnahnya seluruh kekuatan udara Ghadafi. Pemimpin Libya itu di sebalik retorik melaksanakan gencatan senjata telah melakukan serangan darat terhadap kumpulan pro demokrasi yang memanggil diri mereka sebagai Majlis Kebangsaan yang berpusat di Benghazi. Bandar di Timur Libya itu dapat diselamatkan dari serangan tentera Ghadafi, tepat pada waktunya apabila serangan udara untuk larangan terbang dimulakan oleh Peranchis dengan mengebom sasaran keupayaan udara Ghadafi. AS yang mengepalai serangan zon larangan penerbangan bersama sekutunya mahukan pusat pemerintah tertinggi serangan itu diambil alih oleh negara lain kerana tidak mahu kelihatan AS memulakan pencerobohan terhadap sebuah lagi negara umat Islam. Kini pusat pemerintahan tertinggi itu telah diletakkan dibawah Nato. Sebenarnya ia sama sahaja, kerana Perikatan perjanjian multinasional Nato didominasi oleh AS dan barat. Resolusi Majlis Keselamatan 1973 menguatkuasakan zon larangan penerbangan untuk menyelamatkan rakyat awam Libya dari serangan tentera Ghadafi dan ia tidak meliputi kehadiran tentera darat. Ini menyebabkan tentera Ghadafi mempunyai sedikit kelebihan berbanding dengan kekuatan pejuang kebangkitan yang tidak terurus dan berdisiplin, walaupun terdapat pihak tentera termasuk general yang menyebelahi kebangkitan rakyat. Dalam situasi ini ,nampaknya pertarungan dan konflik di Libya tidak akan mudah diselesaikan. Kini terdapat dua pihak yang berperang. Pihak kebangkitan rakyat yang disokong oleh tentera berikat yang terus menerus mengebom sasaran bagi mempastikan terlaksananya zon larangan penerbangan dan satu pihak lagi ,tentera yang berpihak kepada Ghadafi melakukan serangan untuk menawan semula wilayah yang ditawan. Selepas seluruh kekuatan udara Ghadafi dihancurkan, apalagi misi yang akan dilakukan oleh Nato yang mengambil alih pusat pemerintahan tertinggi? Adakah tentera Nato akan ditempatkan di Benghazi bagi menyelamatkan wilayah itu dari serangan tentera Ghadafi atau cukop dengan berada dilaut medeteranian mengawasi dari armada-armada perang yang ditempatkan disekitarnya. Kebangkitan rakyat Libya menemui kegagalan setakat ini kerana ia tidak menyeluruh dan keiltizaman rakyatnya tidak menyamai yang dimiliki rakyat Mesir dan Tunisia yang semakin berdepan dengan pihak berkuasa, mereka lebih beriltizam dan keluar di Dataran Tahrir dalam jumlah berjuta bagi menggerakkan momentum kebangkitan. Ini tidak berlaku di Libya,apabila Ghadafi bertindak keras dan panik mempertahankan regimnya. Pergolakan di Libya akan berterusan sehinggalah penyelesaian politik dicapai. Ghadafi kelihatan keras tidak akan meletakkan jawatan,apalagi kini tentera yang pro pemimpin itu sanggup mempertahankannya.Libya kelihatan akan terbahagi dengan Benghazi dikuasai oleh kebangkitan rakyat yang pro demokrasi dan Tripoli akan terus berada ditangan Ghadafi dan sekutunya. Konflik di Libya akan berpanjangan untuk satu tempuh yang tidak menentu sehinggalah satu formula penyelesaian dapat diusahakan. Sebaik-baiknya pertubuhan seperti Liga Arab atau Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) atau Kesatuan Afrika (AU) dapat mengusahakan penyelesaian dan tidak membiarkan AS dan barat mencari formula penyelesaiannya. Kelangsungan konflik yang berlaku di Libya kini menyamai pula keadaan di Yeman, apabila Presiden Ali Abdullah Salleh yang enggan meletakkan jawatannya mengumpulkan kekuatan penyokongnya pula berdemonstrasi menyokongnya. Pertembungan dua tunjuk perasaan ini , yang pro dan anti Presiden Ali Abdullah Salleh akan menimbulkan ketegangan yang boleh mencetuskan huruhara di Yeman. Presiden Ali Abdullah Salleh telah turut menggunakan kekerasan terhadap kebangkitan rakyat sehingga ramai juga yang terkorban, tetapi AS dan sekutu baratnya tidak bertindak seperti tindakan terhadap Libya.Rakyat Yeman kelihatan berazam dan beriltizam untuk menyelesaikan kebangkitan mereka sendirian tanpa menjemput pihak luar campurtangan seperti yang berlaku di Libya menyebabkan ia merumitkan lagi keadaan. Tetapi di Libya, gerakan kebangkitan rakyat Libya mahukan pihak masyarakat antarabangsa menyelamatkan mereka yang sekaligus meletakkan Libya bukan lagi dalam konflik perang sudara tetapi terbahagi dua. Dalam suasana kebangkitan yang berterusan di Jazerah Arab,kini giliran Syria pula dilanda kebangkitan yang bermula di Derra dan ia telah merebak di beberapa wilayah lain di Syria. Kebangkitan ini menjadi satu ujian getir kepada Bashir Al-Assad bagaimana untuk menangganinya. Sama ada pemerintah Syria itu sanggup melakukan konsesi politik, ekonomi dan sosial atau memilih jalan kekerasan untuk menyelamatkan regimnya. Seperti pemerintah negara-negara Arab yang lain, Syria juga diperintah secara kukubesi melalui parti Baath yang memerintah sejak era ayahnya Hafiz Al-Assad. Seluruh kebangkitan yang melanda satu demi satu negara-negara Arab ini tidak dapat dijangkakan pengakhirannya. Ia telah merubah lanskap politik seluruh Jazerah Arab.
OPKIM UiTM jadi alat Umno Mahasiswa Teraniaya | Salam kepada pengarang,
Saya terpanggil untuk menceritakan sesuatu pada Harakahdaily disebabkan saya sudah tidak tahan dengan situasi permainan politik kotor oleh kerajaan kini. Saya ingin berkongsi sedikit berkenaan aktiviti Operasi Khidmat Masyarakat atau lebih dikenali sebagai OPKIM. Aktiviti OPKIM di UiTM sebenarnya bertujuan untuk melaksanakan tanggungjawab sosial mahasiswa untuk melakukan kebajikan terhadap masyarakat setempat tanpa mengira agma, bangsa mahupun fahaman politik.
Malangnya, para mahasiswa UiTM ini diperalatkan bagi tujuan kemasyarakat terhadap puak UMNO. Semua kawasan DUN UMNO menjadi medan mahasiswa UiTM ini diperbodohkan. Mereka turut dipanggil untuk menyertai beberapa mesyuarat bahagian puak UMNO ini.
Saya tiada bukti bertulis mengenai arahan daripada mana-mana pihak yang mengarahkan para mahasiswa ini ke mesyuarat tersebut. Tetapi saya ada saksi-saksi iaitu para mahasiswa khususnya. Meraka mempergunakan para mahasiswa ini atas tujuan politik semata-mata.
Ceramah juga diberikan dalam slot program OPKIM ini. Antara kandunganya ada memburukkan Pakatan Rakyat khususnya DSAI. Saya harap saudara pengarang dapat mencari bahan untuk menjadi bukti kukuh diatas segala penerangan saya ini.
Diharap sedikit sebanyak info ini dapat memberi satu bahan berita yang baru. Disini ada beberapa gambar yang dapat disaksikan kelibat bendera dan logo UMNO pada aktiviti OPKIM tersebut.
Untuk pengetahuan pengarang para mahasiswa UiTM sering diberi penerangan negatif terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat antaranya program Biro Tatanegara (BTN). BTN juga diwajibkan kepada semua mahasiswa sebagai syarat wajib untuk graduasi apabila tamat belajar.
yang benar.
Mahasiswa Teraniaya | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan