Rabu, 9 Mac 2011

SAPE TAU TUGAS PEMIMPIN NI SUSAH..KERANA AKAN DITANYA...SEMUA ORANG MENOLAK...TAPI INGIN PANGKAT DAN KEMAHSYURAN TU YG BEREBUT2....

Muktamar, pemilihan PAS dijangka panas...
Abdul Rahim Sabri
Mac 9, 11
10:25am

Perwakilan Dewan Pemuda PAS kawasan-kawasan di seluruh negara wajar mengambil peluang dalam mesyuarat agungnya yang bermula 7 Mac lalu hingga 18 April ini untuk membincangkan prestasi parti itu khususnya kekalahan mereka dalam empat pilihan raya kecil.

NONEKetika membuat gesaan itu, setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat (DMPP) Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata perkara itu juga "sepatutnya" dibincangkan dalam muktamar sayap itu bagi melihat kembali penerimaan akar umbi terhadap parti itu selepas tewas dalam pilihan raya kecil DUN Galas, Tenang, Kerdau dan Merlimau.

"Muktamar adalah untuk membincangkan dua perkara iaitu apa yang telah berlaku khususnya mengenai kelemahan dan melihat (startegi) apa (untuk digunakan pada) tahun seterusnya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini kelmarin.

PAS tewas kepada BN bagi keempat-empat kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya kecil yang lalu. Antara kerusi itu - DUN Merlimau - melibatkan timbalan ketua Dewan Pemuda PAS Melaka Yuhaizad Abdullah.

Mengulas lanjut Kharul Faizi berkata, DMPP menetapkan tempoh selama sebulan kepada 165 Pemuda PAS kawasan yang berdaftar, untuk mengadakan mesyuarat tahunan mereka masing-masing.

Mesyuarat agung Pemuda PAS kawasan akan berakhir 18 April ini, tambah Khairul Faizi yang juga ketua Pemuda PAS Johor.

pas muktamar 54 pemuda youth pas 140808 05Katanya lagi, Pemuda PAS Negeri pula diarahkan untuk mengadakan muktamar tahunan mereka bermula 23 April sehingga minggu kedua bulan Mei.

Mengulas mengenai pemilihan pucuk pimpinan Pemuda pusat pada Jun ini, Khairul Faizi berkata proses peertandingan kali ini dijangka "lebih besar dan lebih mencabar".

Tiada lagi pecalonan negeri

Ini kerana katanya, kali ini pencalonan bagi pucuk pimpinan Pemuda akan dibuat di peringkat kawasan bukannya di peringkat negeri, seperti yang diamalkan sebelum ini.

"Dua tahun lepas, semua jawatan itu dibuat oleh negeri-negeri. Tetapi pada tahun ini, ia di buat dibuat oleh Pemuda PAS kawasan. Tidak ada lagi pencalonan daripada negeri-negeri.

NONE"Jadi (proses pemilihan) lebih luas (apabila) akar umbi memilih untuk kepimpinan Pemuda," katanya sambil menambah beliau tidak dapat meramalkan sama ada berlakunya pertandingan bagi jawatan tertentu dalam dewan berkenaan.

Katanya, beliau menyerahkan kepada kawasan untuk memilih dan momentumnya itu akan diketahui pada minggu kedua mesyuarat agung Pemuda kawasan berlangsung.

Katanya, setakat ini, beliau masih belum mendengar desas desus mana-mana tokoh Pemuda yang menawarkan diri untuk bertanding. Malah difahamkan terdapat Pemuda kawasan hanya mula mengadakan mesyuarat mereka esok.

pas wanita muslimat muktamar agm 55 040609 02Sementara itu, setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) Kartini Ahmad pula berkata setahunya Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Salleh akan mempertahankan jawatannya itu.

"Setakat yang saya tahu, beliau akan mempertahankan jawatanya walaupun ada pertandingan... Buat masa ini, pada (pandangan) saya, beliau masih mendapat sokongan (Muslimat kawasan-kawasan)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Perebutan jawatan

Kartini juga memberitahu, bahawa beliau juga ada mendengar akan berlaku perebutan bagi jawatan timbalan ketua muslimat PAS. Bagaimanapun beliau tidak mengetahui individu yang akan merebut jawatan berkenaan.

pas wanita muslimat muktamar agm 55 040609 06Jawatan tersebut sekarang ini disandang oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff.

Sebanyak 150 DMP kawasan yang berdaftar di seluruh negara akan mengadakan mesyuarat mereka masing-masing seterusnya membuat pemilihan pucuk kepimpinan Muslimat di peringkat negeri dan pusat.

Katanya, mesyuarat agung Dewan Muslimat di peringkat kawasan dijadual berlangsung pada hari ini sehingga 18 April 2011, manakala di muktamar tahunan Dewan Muslimat PAS negeri dijadualkan berlangsung sejurus tarikh tersebut.

Adakan syura

Manakala setiausaha Kerja Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) Wan Ahmad Rasyidi Wan Othman pula memberitahu ibu pejabat parti menetapkan bermula April hingga Mei, Dewan Ulama di 13 negeri akan mengadakan mesyuarat agung mereka.

NONEBagaimanapun, pihaknya masih belum menerima apa-apa makluman mengenai tarikh yang dipilih oleh negeri-negeri bagi tujuan tersebut.

Ditanya sama ada beliau ada mendengar terdapat pertandingan, Wan Ahmad Rasyidi berkata: "Terlalu awal untuk menyatakan adanya pertandingan. Kebiasaannya, kalau ada pertandingan, kita akan mengadakan 'syura' atau perbincangan".

Ibu pejabat parti menetapkan ketiga-tiga sayap parti - Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama - akan mengadakan muktamar dan pemilihan pada 1 dan 2 Jun Ini. Bagaimanapun tempat khusus masih belum ditentukan.

Manakala Muktamar Agung Pas Pusat pula dijadualkan berlangsung pada selama tiga hari bermula 3 Jun ini bertempat di Taman Melewar.

Ibu pejabat parti juga telah menetapkan tarikh mesyuarat agung dan pemilihan bagi 179 kawasan yang bermula pada 15 Mac hingga 10 Mei ini.

Tiada ulasan: