Rabu, 9 Mac 2011

APA BIMBANG DIBIDAS MANUSIA...IA PUN TAK TAU NASIB DIAKHIRAT..SENANG2 NAFI HUKUM ALLAH...DAN BILA HARTA DAN KUASA DIBAGI2 DIKALANGAN KAUM KERABAT...

Kebimbangan radiasi menular di Gebeng
Mac 9, 11 5:23pm

Pekan industri Gebeng berhampiran Kuantan bakal menyaksikan pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia, menurut laporan akhbar harian Amerika, the New York Times (NYT).

NONEMenurut beberapa pakar yang dipetik dalam laporan itu, kebimbangan mula timbul berhubung sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek itu beroperasi.

Pusat penapiasan bernilai RM700 juta itu sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp. Mereka akan menghantar tanah jarang yang dilombong di barat negara itu di Mount Weld dengan kapal.

Ini adalah percubaan kedua Malaysia dalam penapisan tanah jarang, kali pertama menimbulkan kontroversi dan bantahan apabila ia cuba didirikan di Bukit Merah, Perak pada sekitar 1980an.

NONENYT memetik pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia, Raja Abdul Aziz Raja Adnan sebagai berkata kelulusan diberikan kepada projek Lynas selepas melalui penilaian oleh pelbagai agensi kerajaan.

Katanya, bijih yang diimport dan sisa tanah itu akan mempunyai tahap radiasi yang rendah dan mampu dikendalikan dengan selamat.

“Kami telah mempunyai pengalaman dan tiada sesiapa yang akan diberikan sebarang kebebasan,” kata Raja Adnan yang merujuk kepada Bukit Merah.

NONENamun bagi seorang pengamal perubatan dan ahli toksilogi, Dr Jayabalan A Thambyappa, yang pernah merawat beberapa pesakit di Bukit Merah, beliau kurang yakin dengan kenyataan itu.

“Perkataan 'rendah' adalah semata-mata persepsi - ia adalah karsinogen,” katanya kepada NYT.

Di sebalik kebimbangan itu, kerajaan Malaysia cukup cenderung agar pusat pemprsosesan Lynas itu dibina dan telah menawarkan taraf perintis selama 12 tahun.














Khalid akui 'jengkel' dengan pelantikan Khusrin
Salhan K Ahmad & Regina Lee
Mac 9, 11
1:59pm


Menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata hubungan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat Selangor dengan penjawat awam dalam pentadbiran negeri kini telah bertambah baik.

Begitu juga hubungannya dengan setiausaha kerajaan negeri yang baru dilantik – Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Proses pelantikan Mohammed Khusrin mencetus pergeseran di antara kerajaan Selangor dan persekutuan kerana didakwa membelakangkan kuasa menteri besar.

Tambahnya, beliau menentang pelantikan Mohammed Khusrin bukan atas sebab peribadi tetapi kerana ia melibatkan soal prinsip.

Khalid berkata, beliau berasa kesal kerana sebelum ini beliau telah diundang untuk menyampaikan pandangannya di Institut Tabdbiran Awam Negara berhubung soal tataurus negara.

Masih jengkel

Namun melihat kepada perkembangan yang berlaku, semua pandangan yang diberikan ketika beliau mengetuai Permodalan Nasional Berhad itu nampaknnya "tidak berhasil."

Bercakap kepada Malaysiakini dalam satu wawancara, Khalid mengakui bahawa beliau masih berasa jengkel dengan pelantikan Mohammed Khusrin sebagai setiausaha kerajaan negeri.

"Jika seorang jurulatih sebuah pasukan tidak boleh memilih pemainnya sendiri, bagaimana pasukan bola sepak itu boleh membentuk pasukan yang kuat dan kompetitif,.

"Jadi itulah asasnya. Walaupun undang-undang tidak membenarkannya, kita tidak boleh belakangkan menteri besar sebab dia adalah sebahagian daripada pasukan," katanya yang menyifatkan perkembangan yang berlaku itu sebagai sesuatu yang "tidak boleh diterima."

Khusrin masih baru

Namun, beliau kini menganggap Mohammed Khusrin sebagai salah seorang daripada pasukannya dan beliau berhasrat supaya semua anggota pasukannya itu bekerjasama demi kepentingan negeri itu.

Ditanya mengenai prestasi yang ditunjukkan Mohammed Khusrin, Khalid berkata bekas pengarah Jabatan Agama Islam itu "masih baru" dalam jawatan sebagai setiausaha kerajaan negeri.

"Tapi seperti penjawat awam berdedikasi yang lain, dia menunjukkan usaha untuk memperbaiki dirinya... Dia menyiapkan tugasanya dan dia laporkan kepada saya mengenai apa yang dia mahu lakukan," kata Khalid lagi.

Katanya, beliau gembira apabila para penjawat awam di Selangor dapat memberikan kerjasama yang baik dengan pasukannya.

Tambahnya, perkara itu boleh dilihat dalam proses negeri itu membentuk satu program pembangunan tiga tahun yang akan dilancarkan pada 25 Mac.

Katanya lagi, program Agenda Selangor Untuk Rakyat (ARUS) itu dibentuk melalui perbincangan di peringkat bawah.

Beliau menjelaskan, kerajaan negeri telah menjalankan sebanyak 12 pertemuan sejak pertengahan tahun lalu bagi mendapatkan input untuk program berkenaan.

Selain penjawat awam, pertemuan itu juga melibatkan kehadiran ketua-ketua pihak berkuasa tempataan, ketua kampung dan ahli majlis.

"Apabila kita bermesyuarat, mereka juga ambil bahagian dalam perbincangan. Jadi ia merupakan hubungan dua hala yang baik. Ini penting untuk memastikan anda menjalakankan pelaksanaan," katanya.

"Anda boleh lihat bahawa ianya dikumpulkan menjadi satu laporan yang mengambil kira pandangan, cadangan dan juga aduan oleh masyarakat Selangor," katanya lagi.


Kekalahan PAS: Rais pula bidas Nik Aziz
Mac 9, 11 4:39pm

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bersikap lebih realistik dalam membuat sebarang penilaian.

NONEBeliau berkata kenyataan Nik Aziz kononnya media yang berat sebelah adalah punca kekalahan calon parti itu dalam pilihan raya kecil Merlimau di Melaka dan Kerdau di Pahang pada Ahad lalu, adalah tidak relevan.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, Rais berkata apabila PAS mengekalkan mandat di Kelantan, menawan beberapa negeri lain dan menang di beberapa kawasan dalam pilihan raya sebelum ini, media tidak dipersalahkan pula.

"Ada pepatah Melayu berkata, bila tak pandai menari dikatakan lantai jungkang-jungkit. Jadi saya fikir Datuk Nik Aziz harus melihat sejarah."

NONEBeliau berkata media mempunyai gambaran sendiri yang disajikan menerusi televisyen dan radio, jadi ada juga beberapa sajian yang tidak menepati cita rasa masing-masing.

"Tentu sekali beliau tidak puas hati dengan beberapa sajian, saya juga tidak berpuas hati dengan beberapa sajian surat khabar ataupun media cetak," kata Rais.

Beliau berkata apa saja keputusan pilihan raya kecil baru-baru ini yang diputuskan oleh rakyat wajar diterima.

- Bernama




Anwar: Masalah besar BN atau modal besar Pakatan
Abdul Rahim Sabri
Mac 9, 11
2:55pm

Ahli panel forum yang membincangkan tajuk "Survival Parti Politik Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13" di Universiti Malaya (UM) semalam, dilihat memberi pandangan berbeza sewaktu menjawab soalan berhubung pesonaliti Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONETiga ahli panel yang dijemput - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, dan dua ahli parlimen Pakatan Rakyat - Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) dan Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) - memberi pandangan berbeza tentang Anwar sama ada beliau menjadi faktor penarik pengundi kepada Pakatan atau merupakan cabaran BN dalam pilihan raya akan datang.

Forum tersebut adalah anjuran Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) diadakan di Dewan Kuliah C Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS).

Bagi Nurul Izzah, sewaktu reformasi meletus pada tahun 1998, beliau, melihat bapanya lebih kepada simbol agenda reformasi dan bukan dari sudut hubungan kekeluargaan.

reformasi 1998 270808 02"(Beliau) adalah simbol kepada (mangsa) kezaliman (yang berlaku) dan bagaimana (beliau) membebaskan institusi demokrasi. Saya melihat beliau bukan kepada peribadi tetapi simbol kepada agenda reformasi," katanya dihadapan kira-kira 120 hadirin.

Katanya lagi, sebagai simbol itu, beliau berharap Anwar yang juga ketua pembangkang diberi ruang untuk ditemuramah atau bercakap di media arus perdana supaya rakyat dapat menilai agenda yang ingin dibawanya.

Manakala rakan gabungannya Nasir pula dilihat bersependapat dengan Nurul Izzah. Bagaimanapun beliau menambah dengan menyatakan PAS "sanggup bersama-sama Anwar" kerana "perjuangannya untuk menghapuskan sistem yang korup dan zalim, dan bukan kerana peribadinya".

reformasi 1998 270808 01"Bukan isu individu (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), tetapi (isu) bagaimana hendak selamatkan Malaysia... Beliau adalah pemimpin yang dikenali (di seluruh dunia)," katanya.

Katanya, rakyat Malaysia perlu berbangga dengan ahli parlimen Permatang Pauh itu yang banyak menyampaikan kuliah atau syarahan di peringkat antarabangsa khususnya di universiti terkemuka sebelum ini.

Menurutnya lagi, sewaktu beliau memimpin Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UM sewaktu reformasi meletus, beliau juga diminta untuk memperjuangkan keadilan kepada Anwar yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri.

"Dalam antara program terakhir beliau adalah di Universiti Malaya, beliau ada memberitahu kemungkinan beliau akan ditangkap dan dipenjarakan," katanya sambil mendakwa ia merupakan satu kezaliman disebabkan sistem yang ada.

NONESementara itu, Saifuddin yang juga ahli majlis tertinggi Umno berkata terpulang kepada individu itu melihat sama ada Anwar memberi "masalah besar" kepada BN atau "modal besar" kepada Pakatan.

"Itu adalah persepsi masing-masing," katanya sambil menambah "pembunuhan karektor" dalam politik "bukan politik yang segar" dalam konteks politik hari ini







Taib membisu resolusi desak anak jadi calon
Mac 9, 11 3:34pm

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud terus membisu mengenai sama ada anak sulungnya Datuk Seri Mahmud Abu Bekir akan diletakkan sebagai calon BN untuk kerusi Sadong Jaya pada pilihan raya negeri yang ke-10 tidak lama lagi.

Bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Persatuan Tenis Sarawak (SLTA) yang diketuai presidennya Patrick Liew, di pejabatnya di Kuching hari ini, Abdul Taib berkata, calon bagi Sadong Jaya dan begitu juga dengan calon-calon BN yang lain akan diketahui semasa hari penamaan.

NONE"Saya akan buat keputusan akhir dan mencadangkannya kepada perdana menteri," katanya ketika mengulas mengenai resolusi dan cadangan oleh 113 penduduk dari 13 kampung dari Sadong Jaya, kubu kuat BN, mahukan anak sulung Taib itu yang juga timbalan pengerusi Kumpulan Cahya Mata Sarawak (CMS) sebagai wakil mereka menggantikan penyandang Datuk Wan Wahab Wan Sanusi.

Abdul Taib yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Pengerusi BN Sarawak berkata ini bukan kali pertama para penyokong BN melobi untuk Mahmud agar dicalonkan sebagai wakil mereka kerana ada permintaan yang sama dibuat semasa pilihan raya daripada penduduk di Samarahan dan malah di Mukah.

Ketika ditanya sama ada Mahmud telah menyatakan kesediaan untuk menyertai politik, Abdul Taib berkata: "Kamu perlu tanya dia,". Bagaimanapun, selepas itu beliau mendedahkan bahawa Mahmud pernah melahirkan rasa ragu-ragu menjadi ahli politik memandangkan mempunyai "seorang adik dalam politik sudah mencukupi."

Isnin lepas, Ketua Kampung Semera Hilir Ain Mahli yang mengetuai kumpulan itu menyerahkan rsolusi dan cadangan kepada setiausaha eksekutif PBB Awang Bujang Awang Antek di ibu pejabat PBB di Jalan Bako, di sini.

Resolusi itu mengandungi permintaan agar kepimpinan PBB meletakkan seorang pemimpin yang boleh membawa perubahan yang diperlukan kepada Sadong Jaya dengan Mahmud memenuhi kriteria itu.

Adik Mahmud, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib adalah ahli parlimen Kota Samarahan dan bekas timbalan menteri pelancongan.

Selain daripada Mahmud dan Sulaiman, anak sulung dalam keluarga Abdul Taib adalah anak perempuannya Jamilah Hamidah dan yang bungsu Hanifah Hajar.

Wan Abdul Wahab adalah wakil rakyat Sadong Jaya bagi lima penggal dan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri pada November tahun lepas, beliau melahirkan hasratnya untuk tidak bertanding pada pilihan raya negeri akan datang yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

- Bernama

Tiada ulasan: