HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Khamis, 10 Mac 2011
JANGAN PERSENDA2KAN ISLAM..KITA SAPE...BOLEH ROSAK IMAN DAH TUA2 NI ....ELOKLAH INGATKAN MATI
PRK Kerdau: Undi PAS meningkat di Felda
Khairil Abdul Rahim
Sebaik sahaja keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kerdau diketahui, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata kekalahan di pihaknya memang telah dijangkakan kerana hakikatnya PAS terpaksa berhadapan dengan kerajaan Malaysia.
Bayangkan, pemimpin BN turun bergentayangan dengan kapasiti sebagai menteri, menteri besar, timbalan menteri, pengarah jabatan dan sebagainya berkempen dan mengeluarkan peruntukan masing-masing melalui pelbagai program mendekati penduduk.
Jentera Umno daripada seluruh negara juga sudah tentu tersuntik semangat luar biasa kerana ini merupakan PRK pertama di negeri perdana menteri.
Sehinggalah warga Kerdau menjadi ‘tuan’ dalam tempoh masa 10 hari dan semua mereka mendapat ‘ang pau’ di atas pelbagai nama daripada kanak-kanak, pelajar sekolah, belia, orang kurang upaya hinggalah kepada warga emas, usahawan dan petani.
Jumlah sebenar wang yang dibelanjakan BN tidak diketahui namun Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Kerdau, Ahmad Mohd Yaman, berkata daripada sumber yang diperolehinya setiap keluarga mendapat tidak kurang daripada RM450 hingga RM2,000.
Itu belum masuk lagi dengan kenduri besar dan jamuan sepanjang masa, kos perbelanjaan petugas, pelbagai projek segera dan penempatan anggota polis yang berjumlah besar di empat lokasi.
Di pihak PAS pula, Kerdau bukan dikelaskan sebagai ‘dun tumpuan’ kerana sejarah keputusan pilihan raya. Justeru jenteranya tidak sekuat Jengka, iaitu satu lagi dun dalam parlimen Kuala Krau. Malah keputusan PRU dahulu Kerdau berada di ‘ranking’ ketiga selepas Jenderak. Sebab itu terdengar juga rungutan daripada pembantu dari luar Pahang berkenaan kurangnya tenaga pembantu tempatan.
Setiausaha MTD Kerdau, Sharuddin Saleh, mengakui PAS mempunyi 11 cawangannya dalan Dun berkenaan tetapi lima daripadanya tidak aktif. Bagaimanapun terdapat 1,200 ahli dan ‘hardcore’ PAS di situ.
Notis penetapan tarikh PRK Kerdau pula agak singkat bagi persediaan PAS apabila serentak dengan Merlimau. Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, meninggal dunia pada 21 Januari 2011 sedangkan Adun Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, meninggal pada 12 Februari.
Dari segi calon, pandangan pemerhati PAS mempunyai kelebihan kerana sepanjang kempen tidak ada isu peribadi yang dibangkitkan. Berbeza dengan calon Umno, pada peringkat awal kempen kelihatan terkial-kial mempertahankan diri termasuk terpaksa memanggil media untuk menunjukkan kelulusan ijazahnya.
Akan tetapi setelah beberapa hari kempen berjalan, dengan pelbagai usaha dan inisiatif bertindak pihak BN menyebabkan akhirnya pengundi tidak lagi melihat kriteria calon bahkan memilih parti iaitu sama ada kerajaan atau pembangkang.
Akibatnya pada PRK ini PAS mengalami kemerosotan sebanyak 184 undi atau 7 % berbanding pilihan raya umum (PRU) 2008. Pada PRU tersebut calon PAS yang sama, Hassanuddin Salim mendapat undi sebanyak 2,520. Tetapi pada PRK ini undi beliau susut kepada 2,336.
Jika pada PRU 2008 calon BN mendapat undi sebanyak 4,135, kini calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad mendapat 5,060. Ini menunjukkan BN mendapat pertambahan undi sebanyak 925 atau peningkatan 22.4%.
Sekali gus majoriti kekalahan PAS daripada 1,615 pada 2008 melebar kepada 2,724. Faktor peningkatan undi BN juga dibantu dengan peratusan keluar mengundi yang paling tinggi dalam sejarah pilihan raya di sini iaitu 83%. Jika pada PRU lalu jumlah keluar mengundi ialah 6,777, jumlah keluar mengundi kali ini ialah 7,445.
Undi popular PAS jatuh dari 37 % (2008) kepada hanya 31 %. Keputusan ini mengakibatkan PAS kalah di semua 13 unit peti undi (UPU), malah di semua saluran dan undi pos.
Tiga belas UPU dalam Kerdau Rumpun Makmur, Jengka 25, Jengka 22, batu Sawar, Jengka 23, Kuala tekal, Pulau Pasir Mandi, Kerai, Lipat Kajang, Desa Murni, Kerdau, Kuala Kerdau, Teluk Sentang dan 51 undi pos.
Undi PAS di Felda meningkat, undi Cina menurun
Pada PRU 2008 PAS menang di UPU Teluk Sentang dengan kelebihan 5 undi. Tetapi kali ini PAS tewas di situ dengan kekurangan 71 undi.
Undi kaum Cina yang dulunya banyak membantu kepada peningkatan PAS turut merosot. Jumlah pengundi Cina hanya 461 orang atau 5.12% dan kebanyakannya tertumpu di UPU Kerdau. Keputusan menunjukkan PAS hanya memperolehi 261 undi sedangkan BN mendapat 428. Ini bermakna PAS tewas di situ dengan majoriti 212 undi atau kemerosotan sebanyak 24 %. Pada PRU lepas PAS hanya tewas 37 undi.
Namun yang menakjubkan ialah PAS mendapat peningkatan undi di semua UPU Felda iaitu Jengka 22, 23, dan 25. Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri turun menjanjikan habuan wang SES RM13,000, MPOB RM4,000 kepada peneroka dan lot tanah kediaman.
Di Jengka 22 PAS menokok 62 undi atau kenaikan 28.2 %, di Jengka 23 naik 30 undi (8 %) dan di Jengka 25 yang dianggap kubu Umno paling kebal di Felda, juga meningkat dua undi atau 5 %. Peningkatan ini dipercayai hasil gerak gempur Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) dan kerja keras Biro Felda PKR.
Jika dalam PRK ini peneroka dikepung dan diasak tetapi PAS boleh membuat peningkatan undi, ini bermakna PAS boleh menawan kawasan berkenaan andainya gerak kerja dilakukan berterusan.
Terdapat satu lagi peti undi kampung tradisional yang mengalami peningkatan undi. Jika pada 2008 PAS hanya dapat 94 kini meningkat kepada 108 iaitu naik 14 undi. Walau bagaimanapun tetap tewas dengan majoriti 36 undi.
Jika diukur dari segi kekuatan dan potensi, hanya tiga UPU yang melepasi paras 40 % iaitu Kuala Kerdau (44 %), Pulau Pasir Mandi (43 %) dan Teluk Sentang (43 %). Dua UPU dianggap sangat lemah iaitu Jengka 25 (12 %) dan Kerai (13 %). Kerai ialah peti undi Orang Asli.
Permasalahan setempat gagal dibangkit
Seperti kata Tuan Ibrahim, PAS perlu melihat kemerosotan ini sebagai satu cabaran besar dalam PRU yang hampir tiba.
Perlu diakui, jentera PAS sememangnya lemah terutama melibatkan penerangan dan gerak saraf (PGS). PAS masih bergantung kepada medium ceramah umum dalam penyampaian maklumat. Tidak dinafikan ceramah PAS mendapat sambutan luar biasa sehingga terpaksa ‘melepaskan’ Ummi Hafilda, Ibrahim Ali, Mohd Nor Deris dan M. Daud Kilau untuk mengganggu ceramah PAS.
Namun dipercayai pengundi sebenar tidak ramai yang hadir kerana disibukkan dengan pelbagai program menteri. Lagipun penduduk Kerdau kurang termakan dengan isu nasional dan antarabangsa. Di sinilah terletaknya kelompangan jentera PGS PAS kerana gagal memanupulasi isu-isu tempatan yang menjadi kudis selama ini.
Contohnya, telah lama terdengar rungutan penduduk mengenai agihan saham Felcra Kerdau yang dikatakan tidak adil. Isu yang menyentuh terus penduduk Kerdau ini hampir tidak kedengaran langsung dibangkitkan.
Begitu juga dengan isu tanah kampung untuk generasi kedua yang telah lama dijanjikan, masalah bekalan air paip di deretan kampung yang tidak pernah selesai selama 20 tahun, ketakutan penduduk dengan binaan projek kilang simen di Gunung Jebak Puyuh, kegagalan projek nangka madu di Kampung Gunung Senyum dan banyak lagi.
Menurut pemerhati, isu yang amat berkesan yang berjaya meracuni pengundi Melayu kampung ialah isu perkauman ‘PAS jadi alat DAP’. Isu ini dimainkan bersungguh-sungguh tanpa ditangkis oleh PGS PAS. Kenapa tidak, umpamanya, dicetak risalah yang memuatkan pengakuan Karpal Singh sanggup menerima negara Islam?
Satu perkara lagi yang perlu diambil perhatian, PAS kalah di semua saluran 2 dan 3 iaitu saluran pengundi muda. Senario ini amat bahaya kerana orang muda sifat asalnya ialah ‘anti-establishment’. Namun ia tidak berlaku dalam PRK ini.
Akhirnya, ada yang berkata Kerdau tidak mustahil diambil semula oleh PAS dalam PRU akan datang jika gerak kerja tidak terhenti. Ini berdasarkan PRK Ijok pada 2007 di mana Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR) tewas kepada calon BN K. Parthiban. Tetapi pada PRU 2008 Khalid menang dengan bergaya.
Sama ada pengundi Kerdau menyamai ciri-ciri yang serupa dengan pengundi Ijok, itu hanya boleh dijawap oleh mereka sendiri.
Namun begitu ada yang mahu PAS menilai semula penyertaan parti itu dalam mana-mana PRK berdasarkan penggunaan berleluasa agensi kerajaan, premis awam dan media oleh BN. Bagi mereka, jika didapati kawasan tersebut dalam PRU pun sukar untuk dimenangi tidak usahlah bertanding. Hujah mereka, kekalahan berturut-turut PAS dalam siri PRK dikhuatiri sedikit sebanyak melemahkan moral pekerja parti dan memburukkan imej di mata umum.
P’raya: PAS terus tuntut walau SPR bakul sampah
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 9 Mac: PAS tidak akan berputus asa untuk meneruskan empat tuntutan mengenai demokrasi pilihan raya yang dibakulsampahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa berkata, bagi meneruskan tuntutan itu, PAS bersama-sama Pakatan Rakyat dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak teragak-agak untuk mengadakan himpunan kali kedua seperti yang berlaku pada 2007.
Ini kerana katanya, pilihan raya umum ke-12 dan siri pilihan raya kecil selepas itu, SPR bersikap berat sebelah iaitu memberi keutamaan kepada BN sahaja.
"Sehari demi sehari hal demokrasi diuji dalam negara kita. SPR tidak memainkan peranannya dan pengalaman yang sudah banyak kita alami dalam siri pilihan raya.
"Tuntutan Bersih pada pilihan raya umum ke-12 masih belum dilaksanakan malah mungkin tidak dikaji langsung oleh SPR dan tuntutan-tuntutan kita dibakulsampahkan.
"Saya tidak menolak sekiranya tuntutan PAS, NGO dan Pakatan Rakyat keseluruhannya terhadap demokrasi tidak dilayan dan diperbetulakn kerajaan, kita akan melancarkan satu lagi himpunan Bersih secara besar-besaran ke Istana Negara sebelum pilihan raya umum ke-13 untuk kita minta suara kita didengar," kata beliau sewaktu membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.
Empat tuntutan berkenaan ialah pemansuhan undi pos, penggunaan dakwat kekal, akses kepada media dan pembersihan daftar pemilih.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS itu turut menyentuh mengenai Buku Jingga Pakatan Rakyat yang mendapat kritikan hebat daripada BN.
Katanya, janji 100 hari Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga itu dibuat berdasarkan kajian pakar-pakar dalam pelbagai bidang dan sebagai baik pulih kepada pengurusan ekonomi negara yang semakin pincang di bawah pentadbiran BN.
"Kami menawarkan Buku Jingga dan ada yang bertanya bagaimana nak laksanakan janji itu. Memanglah setakat ini kita tak boleh laksanakan sebab kita belum duduk sebelah sana (BN).
"Sebab itulah kami berikan tawaran, ada benda yang kita boleh buat dalam tempoh seratus hari. Dalam tempoh seratus hari pun kita boleh menjanjikan sesuatu, apatah lagi kalau kita memerintah.
"Segala yang kami tawarkan itu bukan kita buat sambil-sambil bersila, sambil-sambil bersembang.
"Kami punya satu kumpulan pakar ekonomi, satu kumpulan yang membuat kajian daripada semua sudut dan tawaran ini akan disusuli dengan komitmen untuk mengembalikan kehebatan negara yang mula runtuh di bawah BN," katanya.
Kerjasama PAS dan DAP: Satu Penjelasan
Nasrudin Hassan
1. Kelihatan UMNO dan BN 'all out' menggunakan isu PAS alat DAP, PAS kuda tunggangan DAP, PAS boneka DAP, PAS menggadai prinsip perjuangan dan 1001 tohmahan dilemparkan kepada PAS dan disogok kepada rakyat khasnya orang - orang melayu untukmenanam rasa benci dan curiga yang mendalam terhadap PAS.
2. UMNO dan BN melengkapkan adu dombanya untuk masyarakat melayu menolak perjuangan PAS secara konsisten dengan "sepanduk" mereka bahawa "PAS berkawan dengan kafir DAP tetapi lawan melayu UMNO". Secara sentimennya, sebahagian masyarakat melayu yang hanya terdedah kepada maklumat sebelah pihak akan terpengaruh dengan dakyah ini.
3. Saya tidak menafikan kemungkinan sebahagian pengundi menolak untuk memberi sokongan kepada PAS atas faktor ini, namun ia bukanlah faktor besar dan sebenar justeru unjuran undi sokong yang diperolehi oleh PAS tidak menunjukkan aras menjunam sebaliknya menurun dengan peratus yang kecil sementelah pula ia diukur nilai dalam saingan pilihanraya kecil.
4. Saya sangat optimis, kiranya PAS diberi laluan serta kemudahan untuk akses dengan media elektronik dan cetak arus perdana bagi menjelaskan segala kekeliruan yang tersimpul, PAS mampu memberi saingan sengit secara sihat kepada UMNO dan BN lalu memenangi pilihanraya secara gentleman. Malang demokrasi negara kita diurus secara pincang oleh UMNO dan BN selaku pemerintah, lalu memaksa kita bersaing tanpa peluang yang seimbang.
5. Insyaallah, jika UMNO dan BN masih gagal membuka peluang untuk PAS dan rakan - rakan Pakatan Rakyat akses dengan media elektronik dan cetak arus perdana menjelang 1 Mei akan datang, Himpunan 500K BERSIH 2 akan menjadi kenyataan pada bulan june akan datang.
6. Menjawab persoalan kenapa PAS sedia berhubung, berkawan dan bekerjasama dengan DAP, saya mulakan dengan mengajak seluruh rakyat khasnya ummat Islam untuk mengkaji kebijakan Baginda Rasul saw bertindak melalui seerah perjuangan Baginda demi menyelamatkan ummah sekaligus menyalakan obor menerangi kegelapan jahiliyyah. Baginda Rasul saw telah bertindak sebagai Rahmatan Lil A'lamin [ rahmat - naungan kasih buat seluruh alam ].
7. Antara tindakan bestari Baginda Rasul saw ialah Baginda telah mengadakan kerjasama sosial dan politik dengan golongan non muslim pada waktu itu untuk tujuan mempertahankan hak dan menentang kezaliman:
Hilful Mutaiyyibin : Nabi saw. pernah menjelaskan mengenai Tahaaluf ini . Sabda Baginda saw :
شهدت حلف المطيبين و ما أحب أن أنكثه و أن لي حمر النعم
Aku telah menyaksikan berlakunya perjanjian ( tahaaluf ) al Mutayyibin dan aku tidak ingin memungkirinya walaupun diberi kepada aku unta berwarna merah yang terbaik sekali .
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad. al Musnad Jil 1. hlm 190 - 193
Perjanjian atau kerjasama [ tahaaluf ] ini wujud apabila timbul persengketaan dikalangan kabilah dalam merebut kuasa pengawasan Kaabah, hak penyediaan makanan dan ketenteraan serta pengurusan air zam - zam . Lalu mereka berkumpul dan mengadakan perjanjian atau kerjasama [ tahaaluf ] untuk tidak merampas hak masing - masing .
Hilful Fudhul : Urutan Perjanjian Mutayyibin , Perjanjian atau kerjasama Fudhul dimeteri untuk menghentikan kezaliman daripada berleluasa di Kota Makkah . Samaada Kezaliman itu ke atas penduduk asal Makkah , juga kepada orang - orang asing yang berurusan di Kota Makkah . Mereka berkumpul di rumah Abdullah bin Jud'an lantaran beliau seorang yang sangat dihormati dan yang paling tua dikalangan mereka .
Sabda rasulullah saw : Aku telah menyaksikan di Rumah Abdullah bin Jud'an , adanya satu perjanjian atau kerjasama [Fudhul] yang aku tidak akan membatalkannya sekalipun aku diberikan seekor Unta Merah . Dan sekiranya perjanjian atau kerjasama itu diajak semula pada masa Islam , maka aku akan menyetujuinya .
Diriwayatkan oleh Ibn Ishak dari Muhammad bin Zaid bin Muhajir. Hadis ini bertaraf Mursal namun tidak terjejas kerana tadlis Ibn Ishaq . Ibnu Ishaq tidak melakukan kecurangan ( tadlis ) disini melainkan beliau telah menyebutkan sanadnya.
Al Imam Suhaili menyebut bahawa Hilful Fudhul adalah sebaik - baik perjanjian atau kerjasama yang pernah di dengar dan perjanjian yang paling mulia dikalangan bangsa Arab . Ianya tercetus apabila berlaku penindasan yang dilakukan oleh al- Ashi bin Wai'l , seorang yang kaya raya dan ternama di Kota Makkah membeli barang dagang seorang badwi tetapi enggan membayarnya .
8. Kedua, suka saya tarik perhatian semua kepada satu analogi :
Saya tinggal di kawasan taman perumahan. Suatu malam rumah saya dinaiki pencuri [ waliyazubillah - sbg contoh ]. Sejurus saya sedar, saya dapati wang saya hilang sebanyak RM 134.000. Pencurinya hanya seorang perempuan tapi lariannya agak licik dan pantas, lalu saya berteriak : Tolong ! Tolong ! perempuan itu curi wang saya ! Tiba - tiba jiran - jiran saya yang terdiri orang India beragama hindu namanya Balendran [sekadar contoh ] dan juga orang cina beragama kristian namanya Vincent [ sekadar contoh ], malah ramai lagi jiran saya turut keluar dan mereka terdiri dari pelbaga bangsa dan agama yang tidak serupa dengan saya.
Hasrat mereka mahu membantu saya untuk mengejar dan menangkap pencuri itu. Rupa - rupanya bulan lepas rumah mereka juga dinaiki pencuri yang sama. Ada yang lesap RM 100.000 satu malam begitulah juga yang lain dengan jumlah yang tidak sedikit. Mereka sama - sama nekad mahu menangkap pencuri itu. Mereka berkumpul dihadapan rumah saya di Jalan Raja Laut [ sekadar contoh ], lalu mereka melafaz ikrar untuk bekerjasama bagi mengejar dan menangkap pencuri tersebut demi memelihara keamanan dan kesejahteraan Taman perumahan kami.
Kendati pun saya seorang muslim dan mereka yang menghulur tangan untuk bekerjasama menangkap pencuri licik itu pula terdiri kalangan non muslim, Islam membenarkan saya memeteri perjanjian kerjasama untuk menangkap pencuri profesional itu. Bodohlah saya yang baru kehilangan RM 134.000 dek kerana pencuri perempuan itu, tiba - tiba saya menolak kerjasama yang dihulurkan oleh non muslim yang juga mahu menangkap pencuri yang sama, semata - mata kerana mereka berbangsa cina, india dan pula tidak Islam. Saya tidak akan belajar sampai ke Mesir untuk jadi sebodoh itu.
9. Kenapa UMNO dan BN marah sangat PAS bekerjasama dengan DAP ? bagaimana pula dengan UMNO sendiri yang berselimut toto dengan MCA dan MIC ? Bukankah MCA itu juga Cina dan MIC itu India ? atau ada yang lebih cina dari MCA dan terlebih India dari MIC ? Perangai UMNO ini tidak ubah sebagaimana kata pepatah arab :
ضربني و بكى شتمني واشتكى
Dia pukul aku dia yang menangis , dia fitnah aku dia yang mengadu .
Begitu juga orang tua - tua pernah bisik pada saya, UMNO ni macam paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Tapi lain pula kata orang muda pada saya mengenai UMNO ini. Kata mereka , paku sana paku sini, serpihnya balik atas dia juga.
10. Siapa sebenarnya menjadi alat dan boneka ? bukankah UMNO menjadi alat dan kuda tunggangan dalam Barisan Nasinal ? :
Sekian lama UMNO bertanding di kerusi Parlimen Raub akhirnya menyerahkan kerusi itu kepada MCA, demikian juga kerusi Parlimen Kuantan yang akhirnya UMNO terpaksa gadaikannya kepada MCA.
UMNO pernah menang besar dan memiliki majoriti kerusi berbanding parti Gerakan di Pulau Pinang semasa dahulu kala, tetapi malang UMNO menyerahkan kerusi Ketua Menteri kepada parti Gerakan.
Lebih dari 3 penggal pilihanraya, UMNO yang menjadi kerajaan tidak pernah menambah kerusi melayu di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis pada setiap kali persempadan semuala kawasan pilihanraya dilakukan, sebaliknya menambah kerusi di negeri - negeri lain yang akhirnya mengurangkan peratus majoriti dan penguasaan melayu di Parlimen. Bukankah UMNO menjadi alat dan boneka kepada pihak lain?
Nik Aziz, Farahana dan Ayah Pin
Ahmad Tajdid
Sesungguhnya Allah memuliakan orang yang beriman dan berilmu di kalangan kamu dengan beberapa darjat." (Surah al-Mujadalah: ayat 11)
Mufti Kedah, Dato' Sheikh Baderuddin Ahmad menegur sikap seorang pemimpin NGO pro-Umno yang cuba menyamakan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan pengasas ajaran sesat, Ayah Pin.
Menurut Sheikh Baderuddin kenyataan tersebut 'tidak betul' kerana kedua-dua peribadi itu jauh berbeza daripada segenap segi.
"Saya sendiri mengiktiraf Nik aziz sebagai tokoh agama dan mempunyai ilmu yang luas. Bagi saya kita mesti mempertahankan ilmuwan Islam yang ada dan bukannya mencerca.
"Tolak politik atau jawatan Nik Aziz sekarang, beliau sememangnya dikenali sebagai tokoh yang memahami al-Quran dan Hadis," katanya kepada Harakah.
Mingguan Malaysia bertarikh 6 Mac lalu menyiarkan kenyataan Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaluddin yang mengecam Tuan Guru Nik Aziz berhubung beberapa pandangan tokoh ulama itu terhadap Umno dan mufti Perak.
Penulis tidaklah berhasrat untuk mengulas kenyataan Farahana kerana sebagai pengarah NGO yang menjadi kuda tunggangan Umno, beliau bebas untuk mengatakan apa sahaja tentang PAS dan para pemimpinnya apatah lagi melalui akhbar milik Umno.
Cuma eloklah kiranya Farahana dan mereka yang seangkatan dengannya membaca sekelumit kisah dua tokoh politik Umno negeri yang sengaja dirahsiakan identitinya untuk maslahat bersama.
Tokoh pertama ini ialah bekas anggota Exco negeri yang pernah didakwa atas kesalahan rasuah. Ketika masih memegang jawatan Ketua Bahagian Umno di Melaka dan menjawat Exco negeri, beliau ialah seorang yang paling celupar mengkritik PAS. Dalam kempen pilihan raya kecil di Dun Serkam pada awal dekad 90-an, beliau mahukan pengundi Serkam menghilangkan deposit calon PAS. Memang PAS tewas pada PRK itu tetapi tidaklah sampai hilang deposit. Bagaimanapun beberapa tahun kemudian, Exco terbabit didakwa atas tuduhan rasuah dan sejak daripada itu kerjaya politiknya menjadi suram dan gelap.
Exco terbabit hilang pangkat dan kedudukan manakala para pencacai yang selama ini sering mengelilinginya hilang entah ke mana. Ketika beratur membeli kuih udang di Pasar Menggong, Alor Gajah beberapa tahun lalu, penulis melihat sendiri bekas Exco itu makan sendirian tanpa sesiapa pun menemaninya. Khabarnya beliau kini menjadi ejen insuran dan pernah dimarahi rakan penulis kerana gagal menyediakan 'cover note' insuran seperti dijanjikan. Itulah nasib bekas Exco negeri yang keceluparan bicaranya memang diketahui umum!
Seorang lagi bekas Exco negeri ini ada pertalian keluarga dengan penulis walaupun sekadar bau-bau bacang. Asalnya dia hanyalah seorang penyelia Risda yang bertugas di pusat pengumpulan getah. Antara kesukaannya adalah 'bertepuk bertampar' dengan kakak-kakak dan mak cik-mak cik yang menghantar susu getah di pusat pengumpulan itu.
Bagaimanapun setelah menjadi wakil rakyat dan menjawat Exco, kemudian mendapat gelaran dato' pula, sikap ramah tamahnya mula berubah. Maklumlah sudah jadi pemimpin negeri. Pernah bapa penulis menelefon untuk mendapatkan kemudahan telefon bagi rumah bakal besannya yang terletak diceruk kampung. Namun tak dilayan. Beberapa tahun kemudian, Exco berkenaan ditahan di Johor Bharu dengan sejumlah wang dalam keretanya. Dia juga didakwa atas kesalahan rasuah.
Setelah tidak lagi terpilih sebagai calon dan bersara dari politik, beliau hanya menghabiskan masa bersama keluarga di kampung. Sesekali beliau dilihat membawa raga ke pasar borong untuk membeli ikan dan sayuran. "Tak ada orang pun tegur dia," ujar seorang rakan.
Penulis percaya nasib yang menimpa dua bekas Exco negeri itu tidak mungkin dilalui oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tanpa jawatan politik dan kerajaan yang disandang olehnya kini, Nik Aziz tetap dihormati kerana keilmuan dan jasanya dalam mentarbiyah masyarakat.
Walau apapun pandangan buruk dan tuduhan liar yang dilemparkan terhadap batang tubuh beliau, ia tidak memberi kesan kepada wibawa, kredibiliti dan ketokohannya sebagai seorang ulama. Alasannya cukup mudah. Fahami dan hayatilah mafhum ayat al-Qur'an di atas.
Tapi bagi para pemimpin Umno dan juak-juak yang melingkari mereka, nasib anda tidaklah seindah yang diimpikan ketika bersara kelak. Apatah lagi Umno bukanlah institusi yang mampu menghormati pesara politik walaupun ia pernah berjasa terhadap parti itu. Lihatlah tahun-tahun akhir hayat Bapa Kemerdekaan, Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Beliau dihina dan dicerca para pemimpin Umno hanya kerana menyatakan sokongan terhadap Parti Melayu 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah. Dan antara akhbar yang paling lantang mencerca beliau adalah Utusan Malaysia, akhbar milik Umno.
Jika Tuan Guru Nik Aziz dicerca pemimpin Umno dan kumpulan NGO yang menjadi tunggangan Umno melalui akhbar milik Umno, ia bukanlah suatu yang pelik. Mereka boleh menghina bekas pemimpin yang berjasa dengan mereka kerana bagi Umno - kuasa, wang dan kedudukan lebih utama daripada ilmu dan kebenaran.
Imej Tuan Guru Nik Aziz tidak mungkin tercalar dengan tuduhan liar Farahana terhadapnya, kerana perisai diri beliau adalah iman, ilmu dan kebenaran.
Syiah: Nasharudin mahu Bernama perbetul laporan
Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 9 Mac: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menafikan laporan Bernama hari ini yang seolah-olah menggambarkan beliau mahu pengikut ajaran Syiah dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Katanya, dalam sesi soalan tambahan di parlimen pagi tadi, beliau sebenarnya mempersoalkan mengapa pengikut-pengikut ajaran Syiah perlu ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tidak membicarakan mereka secara adil di mahkamah.
Walau bagaimanapun, Bernama dalam laporannya bertajuk "Dewan Rakyat: Pengikut Syiah Dilarang Sebar Ajaran Kepada Pengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah" melaporkan sebaliknya, dengan mendakwa Nasharudin bertanya kenapa pengikut Syiah tidak ditahan di bawah ISA.
"Kesilapan wartawan tersebut boleh menjejaskan kredibiliti PAS yang selama ini lantang dan konsisten memperjuangkan supaya dan Kem Tahanan Kamunting dihapuskan.
"Malah, dalam sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong hari ini, saya sekali lagi mengulangi desakan supaya akta drakonian ini dibubarkan selari dengan desakan pelbagai pihak termasuk Gerakan Mansuhkan ISA, Suhakam, UNHCR dan Human Rights Watch," katanya yang juga Ahli Parlimen Bachok.
Sehubungan itu, melahirkan rasa kesal dan mahu agensi berita itu memperbetul kesilapan tersebut.
Pagi tadi, sidang Dewan Rakyat dimaklumkan pengikut ajaran Syiah di negara ini dilarang menyebarkan fahaman tersebut kepada pengikut ahli Sunnah wal-Jamaah, tetapi bebas untuk terus mengamalkannya.
Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga memberitahu pengikut ajaran itu tidak boleh ditahan di bawah ISA kerana tidak semua ajaran fahaman itu bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah.
Saifuddin akan dedah MP PKR dibeli RM1.4 juta
Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 9 Mac: Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau akan mendedahkan satu persatu bukti yang diperolehinya berhubung seorang ahli parlimen (MP) parti itu yang melompat kerana dibeli.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang ketika ditemui di lobi parlimen hari ini berkata, beliau mempunyai maklumat lengkap berhubung perkara itu dan akan mendedahkan secara berperingkat.
"Kita akan dedah berperingkat-peringkat. Saya pun nak buat macam Datuk Seri Anwar dedah kes VK Lingam," katanya.
Semalam, beliau sewaktu mewakili Ketua Pembangkang membahaskan Titah Diraja, mendedahkan dua salinan cek masing-masing bernilai RM700,000 setiap satu yang didakwa dibayar kepada seorang ahli parlimen PKR untuk lompat parti.
Ditanya lanjut hari ini, beliau berkata cek pertama bertarikh 12 Januari 2010 beralamat di sebuah bank di Ipoh manakala cek kedua pula bertarikh sah laku pada 15 Mac 2011.
"Kita juga mendapat satu salinan perjanjian antara MP ini dengan pemilik tanah.
"Perjanjian itu dibuat Mei tahun lepas yang menuntut MP itu membayar RM1.5 juta dalam masa 60 hari, iaitu Julai tahun lepas," katanya.
Bagaimanapun tiada sebarang bayaran dibuat oleh ahli parlimen itu sehinggalah mendapat cek tersebut pada Januari 2011.
"Memang tak ada duit, MP PKR tak ada duit, Julai tak ada bayaran, dia masih dengan PKR.
"Penghujung 2010 sikap MP ini mula berubah, serangannya kepada PKR mula menggila.
"Tiba-tiba, 12 Januari 2011 dia ada duit RM700,000," katanya lagi.
Dalam perjanjian itu juga katanya, ahli parlimen tersebut menggunakan alamat kediamannya sebagai alamat syarikat.
"Kita pertahankan bahawa alasan mereka tinggalkan parti adalah kerana dibeli.
"Walaupun mereka sanggah, tetapi buat julung kalinya semalam saya menunjukkan dua keping cek itu," tegasnya sambil menunjukkan semula salinan cek tersebut.
Isu bomoh: Ganesan tak layak jadi Speaker Dun
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 9 Mac: Yang Dipertua Dun Perak, Datuk R Ganesan tidak layak menjawat jawatan itu dan mestilah mengosongkan kerusinya kerana didakwa membuat keputusan yang bercanggah dengan Peraturan Tetap Dewan.
Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim menyatakan demikian berhubung surat rasmi daripada Setiausaha Dun Perak bertarikh 7 Februari lalu yang memintanya hadir untuk memberi keterangan dalam sesi soal jawab kepada Jawatakuasa Hak dan Kebebasan Dewan pada 25 Februari, jam 10.30 pagi di bilik mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri berkaitan isu bomoh masuk Dewan yang beliau dedahkan.
Seperti yang diketahui umum, beliau tidak hadir dalam sesi tersebut dengan alasan yang dikemukakan.
Namun JK Hak dan Kebebasan bersidang juga dan dikatakan oleh Speaker Ganesan bahawa nasibnya hanya akan diketahui apabila dewan bersidang dan untuk sidang akan datang telah ditetapkan pada 5 April.
Katanya, Ganesan berkata keputusan jawatankuasa itu akan dibentangkan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Dun Perak ke-12 sebelum dibahas dan dibuat undian dalam dewan sebelum tindakan diambil terhadapnya.
“Walaupun saya tidak hadir memberi keterangan pada 25 Februari, Ganesan mengumumkan bahawa keputusan sudah dibuat oleh JK Hak dan kebebasan berkaitan isu tersebut,” tulis beliau yang juga Ketua Penernagan PAS Perak di dalam blognya.
Sehubungan, itu beliau mendapati Ganesan tidak menjawab isu asal yang beliau kemukakan iaitu tidak sahnya usul yang dikemukakan kepadanya supaya dihadapkan ke JK Hak dan Kebebasan.
Tambahnya, usul berkaitan adalah tidak sah dan terbatal apabila Speaker Dun Perak tidak mengembalikan usul itu kepada Dewan bagi mendapat sokongan sebelum memutuskan beliau perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Menurutnya lagi, sebelum mendapat sokongan dari Ahli Dewan, Speaker terus mengumumkan “Dewan dengan ini terima usul Titi Serong akan dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan” dan ini melanggar Perintah-perintah Tetap Dewan Perak Perkara 33, iaitu:
(1) Apabila sesuatu usul itu telah dicadang dan disokong, jika berkehendakkan disokong. Pengerusi hendaklah mengemukakan kepada Dewan atau Jawatankuasa sebagaimana kandungan usul itu, selepas itu masaalah itu bolehlah dibahaskan dan dan boleh tertakluk kepada peruntukan Perintah-perintah Tetap ini, diteruskan selagi ada ahli yang hendak berucap.
(2) Apabila tidak ada lagi ahli yang hendak berucap, maka Pengerusi hendaklah meminta keputusan Dewan atau Jawatankuasa itu hendaklah menyatakan keputusannya menurut peruntukan-peruntukan Perintah Tetap 45: Tertakluk kepada peruntukan perenggan (4) Fasal III Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bahagian 1. Dewan hendaklah mengambil keputusan mengikut pihak mana yang mendapat undi lebih dan jika sama banyak undi, Tuan Speaker atau sesiapa yang mempengerusikan mesyuarat hendaklah mengeluarkan undi pemutus tetapi ia tidak boleh mengundi di dalam keadaan lain.
“Saya suka mengulangi bahawa keputusan saya untuk tidak hadir dilakukan demi untuk menjaga kesucian Dun Perak dari melakukan sesuatu tindakan dan keputusan dengan melanggar undang-undang dan peraturan yang sedia ada.
“Saya tegaskan di sini bahawa saya tidak takut untuk menghadapi keputusan yang kononnya telah diputuskan dakan JK Hak dan Kebebsan yang bersidang pada 25 Februari tersebut,” ujarnya.
Katanya, semua keputusan yang diambil oleh JK tersebut adalah tidak sah dan terbatal kerana ianya bersidang dengan melaksanakan satu keputusan yang bercanggah dengan Peraturan Tetap Dewan Negeri Perak.
Tindakan itu, ujarnya untuk sekian kalinya membuktikan bahawa Ganesan tidak layak lagi menjawat jawatan sebagai Speaker dan dia mestilah dengan segera mengosongkan kerusi tersebut.
Menurutnya, segala tindakan yang akan berlaku terhadap dirinya dalam sidang dewan akan datang adalah tindakan yang melanggar undang-undaag yang sedia ada kecuali jika Ganesan kembali kepada persoalan asal bahawa usul yang dikemukakan kepada beliau tidak sah, maka semuanya adalah terbatal.
Kerajaan tanggung kos lawatan Rosmah RM134,000
Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 9 Mac: Kos keseluruhan lawatan rasmi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.
Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan sama Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar di parlimen hari ini.
Bagaimanapun,soalan Firdaus sama ada kos itu tersenarai dalam bajet 2011, tidak dinyatakan jawapan.
Dalam penjelasan itu, Nazri berkata rombongan yang diketuai Rosmah itu turut disertai Menteri Wanita, isteri-isteri menteri, menteri besar-menteri besar, ketua menteri serta beberapa pegawai kerajaan.
Rombongan ke bandar Riyadh, Muscat dan Dhaka itu juga mendapat kelulusan Jemaah Menteri.
Isu lawatan Rosmah sebelum ini menjadi pertikaian banyak pihak ekoran didakwa melangkaui bidang kuasa menteri berkaitan yang hanya menjadi peserta rombongan.
Turut dipertikaikan, duit rakyat yang digunakan untuk menanggung kos lawatan tersebut di saat rakyat berdepan pelbagai tekanan ekonomi.
Nazri memberitahu, di Riyadh, Rosmah dijemput menyampaikan ucaptama di Seminar Antarabangsa Pertama, mengenai Pengurusan Kualiti Pendidikan K-12, atas jemputan Timbalan Menteri Pelajaran Arab Saudi.
Di Muscat pula, Rosmah diundang daripada Menteri Pembangunan Sosial Oman manakala di Dhaka, isteri perdana menteri itu diundang Madam Cherie Blair, Penaung Asian University for Women dan menyampaikan ucaptama di Simposium Memikirkan Masa Hadapan Asia.
Berhubung isu jabatan First Lady of Malaysia (Flom) yang sebelum ini dimuatkan dalam web Pejabat Perdana Menteri pula, Nazri berkata ianya dibuang kerana menimbulkan kekeliruan.
Jabatan itu kini kata Nazri sedang dalam proses penyelenggaraan.
Judi: Muhyiddin persenda Islam
M Faqih
KOTA BHARU, 9 Mac: Sejak 20 tahun lalu rakyat negeri ini tanpa mengira kaum dan agama faham, Kelantan berbeza dengan negeri lain kerana tiada premis perjudian dan pusat-pusat hiburan.
Malah kelebihan itu menjadi instrumen utama bagi menarik kehadiran pelancong ke negeri ini, sehingga Kota Bharu dan Rantau Panjang sesak setiap kali musim cuti persekolahan.
Masyarakat bukan Islam juga faham keharmonian hidup mulai dirasai kerana perbuatan yang menyalahi moral dikawal kerajaan negeri.
Bukan setakat itu sahaja, ada isteri penduduk bukan Islam datang menemui Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merakam ucapan tahniah kepada kerajaan negeri kerana bertindak mengharamkan premis perjudian.
Kata nyonya terbabit sebelum ini keluarganya porak peranda kerana suami suka berjudi.
Anehnya selepas 20 tahun keharmonian dalam kehidupan masyarakat berlangsung, tiba-tiba ada pihak yang mempertikaikan langkah Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) menyerbu tempat menjual loteri secara gelap.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, tindakan MPKB BRI menyerbu premis yang disyaki menjual loteri sepatutnya disokong semua pihak.
“Rakyat Kelantan tanpa mengira agama dan kaum sudah faham, perbuatan judi mendatangkan banyak kesan negatif. Rumah tangga porak peranda, anak-anak terbiar.
“Jadi langkah pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan kerana ada pihak yang melanggar peraturan sesuatu yang perlu dipuji.
“Tidak berbangkit PBT tidak berbincang dengan premis berkenaan kerana tuan punya kedai tahu mereka melanggar peraturan,” katanya di sini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata, tindakan kerajaan negeri mengharamkan penjualan tiket loteri memperlihatkan wajah sebenar PAS melayan masyarakat bukan Islam.
Malah ada pemimpin masyarakat bukan Islam di sini berhujah tindakan membanteras premis perjudian boleh mengurangkan sokongan masyarakat bukan Islam terhadap PAS.
Mohd Zaki yang juga Timbalan Speaker Dun Kelantan berkata, setiap premis peniagaan menjalankan urusniaga berdasar kepada permohonan lesen yang dibuat.
“Tak kan pula kedai menjual buku mengambil kesempatan menjual benda lain yang tidak terkandung dalam syarat lesen premis seperti yang dimohon kepada MPKB BRI.
“Lebih-lebih lagi kalau mereka menjual tiket loteri lagilah salah kerana ia bertentangan peraturan PBT di negeri ini,” katanya.
Oleh itu beliau menyifatkan kenyataan Muhyiddin Yassin mempertikaikan langkah Kelantan mengharamkan judi sebagai mempersendakan agama sendiri.
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri, Abdullah Ya’kob berkata, tindakan tegas PBT membanteras pihak yang melanggar peraturan dapat menyelamatkan gejala sosial daripada terus menular.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan