Rabu, 12 Mac 2014

BILA KITA MELAKUKAN ' ketidakadilan' MAKA DIDUNIA SUSAH....AKHIRAT LAGI LAH


KUALA LUMPUR: Sementara Kerajaan Negeri Selangor menunjukkan komitmen tinggi untuk menyelesaikan kemelut air di negeri itu dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), namun Kerajaan Pusat dilihat mula 'bermain wayang'.

Semalam, 10 Mac merupakan tarikh akhir bagi empat syarikat konsesi air iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash) dan Konsortium ABBAS Sdn. Bhd. untuk memberi jawapan balas terhadap tawaran pengambilalihan RM9.65 bilion dari kerajaan negeri.

Bagaimanapun dalam laporan Bursa Malaysia semalam menyebut, tiga daripada syarikat konsesi itu iaitu Splash, PNSB dan Syabas menolak tawaran itu dan hanya ABBAS menerimanya.

Splash didakwa menolak terus tawaran itu manakala PNSB dan Syabas menolaknya dengan bersyarat.

Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat untuk memastikan kesemua syarikat konsesi ini menerima tawaran kerajaan negeri seperti yang diputuskan dan dipersetujui dalam MoU yang ditandatangan kedua-dua pihak 26 Februari lalu.

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata dengan kegagalan kerajaan pusat 'memujuk' syarikat konsesi itu, maka kerajaan negeri Selangor tidak perlu lagi mempercepat kelulusan untuk penerusan pembinaan projek Langat 2.

 Ianya termasuk kelulusan seperti hak tanah, kebenaran akses dan permit lain biarpun ianya perlu dibuat dalam tempoh 30 hari dari menandatangani MoU itu .

"Seperti yang dinyatakan diatas, kerajaan persekutuan telah gagal untuk memujuk syarikat konsesi ini untuk menerima tawaran di atas .

"(Oleh itu) Kerajaan Negeri Selangor tidak lagi perlu untuk memberikan semua kelulusan tambahan yang diperlukan Langat 2 untuk hak tanah, kebenaran akses dan permit lain," kata beliau dalam satu kenyataan.

MoU air Selangor dan Pusat ditandatangan oleh Abdul Khalid dan Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau Datuk Seri Dr Maximus Ongkili bulan lepas dengan disaksikan oleh Datuk Seri Najib Razak.

Di bawah MoU itu, Selangor akan mengambil alih operasi empat syarikat konsesi air - SYARIKAT Bekalan Air Selangor Bhd ( Syabas) , Puncak Niaga Sdn Bhd ( PNSB ), Konsortium Abbas Sdn Bhd dan SYARIKAT Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd ( Splash ) - dan letakkan bawah milik Kumpulan Darul Ehsan Sdn Bhd

Sebagai pertukaran, Selangor bersetuju untuk meluluskan perintah pembangunan bagi loji rawatan air Langat 2 dan memastikan semua kelulusan yang diperlukan akan diberikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh MoU dimeterai.
KUALA LUMPUR: Kehilangan MH307 sebagai suatu yang misteri, tulis Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi facebook.

“Apakah mungkin objek di alam manusia boleh memasuki alam jin, sehingga ia hilang dari pandangan mata manusia dan alat pengesan manusia seperti radar, GPS dan lain-lain,” ujarnya.

Ini, katanya kita biasa mendengar kehilangan misteri manusia beberapa hari, sehingga ia 'kembali' semula ke alam manusia.

“Ia bukanlah satu perkara pelik, sama ada kita ingin mempercayainya atau tidak.

“Namun hakikat yang kita wajib percaya wujudnya alam jin dan alam malaikat di sebalik alam manusia ini,” ujarnya.

Justeru, tanya beliau apakah mustahil sesuatu objek memasuki alam tersebut, sehingga ia kembali atau terus hilang tanpa dapat dikesan.

“Semuanya dalam kekuasaan Allah. Maka sebagai hamba Allah, jangan putus asa, memohon, merayu dan berdoa. Di saat ini jauhi perbuatan khurafat dan kepercayaan karut.

“Jauhi tukang-tukang telek, ahli-ahli nujum dan mereka yang sanggup melakukan perbuatan khurafat dan syirik untuk menjadi 'hero' dalam merungkai misteri ini,” tulisnya lagi.

KITA sepakat untuk menyatakan kehilangan pesawat MH370 dengan 227 penumpang dari 14 negara sebagai satu tragedi hitam negara. Dan sehingga saat ini, rakyat Malaysia daripada segala lapisan kaum dan agama berharap dan berdoa moga pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines yang hilang dalam penerbangan ke Beijing sejak pagi Sabtu lalu selamat ditemui.
Tempoh penantian lebih 72 jam sejak insiden itu berlaku dinanti penuh debaran oleh rakyat negara ini apatah lagi keluarga mangsa. Namun berita-berita yang tersebar di alam maya berhubung insiden itu menambahkan resah dan tidak meredakan debaran dada.
Seorang pensyarah universiti tempatan menyifatkan berita-berita sensasi tentang kehilangan MH370 yang tersebar di alam maya sebagai 'mencemar institusi kewartawanan'. Berita dan ulasan yang berlegar di media sosial itu, jelas beliau tidak disahkan kebenarannya dan ini pastinya bertentangan dengan etika kewartawanan.
Memang diakui tindakan menyebarkan berita yang tidak diketahui sumber dan intergritinya itu boleh memudaratkan kepentingan awam. Bagaimanapun umum mengetahui bahawa maklumat yang didapati di alam siber bukanlah sesuatu yang boleh diterima bulat-bulat apatah lagi jika ianya tanpa sumber,  bersifat 'cakap dengar' (hearsay) atau lebih teruk  cuma 'salin  dan tampal' (copy and paste).
Tapi jika kenyataan itu datang daripada seorang menteri apatah lagi menteri kanan, ia suatu yang perlu diberikan perhatian serius.
Oleh kerana itulah kita melahirkan rasa amat dukacita dengan sikap tidak cermat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilapor mengecam pegawai imigresen bertugas dalam insiden penggunaan pasport curi oleh dua penumpang pesawat MH370.
Zahid ketika bercakap dalam satu sidang media  di Seri Perdana, Putrajaya, 9 Mac lalu menyifatkan pegawai imigresen berkenaan sebagai 'tidak boleh berfikir'.
"Saya masih hairan tak kan (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia," katanya kepada pemberita.
Sehubungan itu beliau berkata siasatan terperinci akan dilakukan terhadap Jabatan Imigresen cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Kita akan lakukan siasatan dalaman terutama ke atas pegawai yang bertugas di kaunter Imigresen KLIA semasa penerbangan MH370," katanya.
Siasatan itu, ujarnya akan dijalankan pasukan khas diketuai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Aloyah Mamat.
Tidak sampai 24 jam selepas memberikan kenyataan 'tidak berlapik' itu, satu tamparan singgah di muka Zahid.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam sidang akhbarnya mengesahkan bahawa dua penumpang lelaki pesawat MH370 yang menggunakan pasport curi itu tidak memiliki paras rupa Asia.
"Kami telah berulang-ulang melihat semua gambar video, mereka tidak menyerupai lelaki Asia," katanya kepada ratusan pemberita asing dan tempatan yang masih bersesak menghadiri sidang akhbar pada lewat malam, 10 Mac.
Beliau menegaskan selepas meneliti gambar-gambar video (CCTV) dari kawasan berlepas, semua protokol keselamatan telah dipatuhi.
"Ada kemungkinan wujud sindiket pasport curi," kata beliau.
Tamparan kedua dirasai Zahid ekoran sidang akhbar Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Aloyah Mamat pada petang 11 Mac.
Aloyah mendedahkan bahawa penumpang yang menggunakan pasport curi warga Austria, Christian Kozel  tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8.28 malam 28 Februari.
Seorang lagi penumpang yang menggunakan pasport curi warga Itali, Luigi Maraldi tiba pada 8.31 malam dari Phuket, Thailand menerusi penerbangan QR849 Qatar Airways.
Kedua-dua mereka diberi pas lawatan sosial 90 hari.
Penumpang pertama diberi kebenaran untuk berlepas dari KLIA pada 8.07 malam manakala penumpang kedua pula mendapat kebenaran pada 8.31 malam.
Aloyah berkata, pegawai imigresen yang bertanggungjawab memberi kebenaran kepada kedua-dua penumpang itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apabila mendapati pembawa dan gambar di dalam pasport itu sepadan.
Alangkah baiknya bagi Zahid jika bersabar dan menunggu hasil siasatan sebelum mengeluarkan kenyataan mempertikaikan pegawai imigresen bertugas.
Jika sebelum ini kenyataan kontroversi Zahid banyak merujuk kepada isu-isu dalam negeri, namun kini ia menjadi perhatian antarabangsa kerana tragedi yang berlaku membabitkan warga, sempadan, tentera dan pemerintah asing.
Mungkin benar ulasan seorang pembaca:
"Institut Tadbiran Awan Negara (Intan) perlu membantu para menteri kita menangani stres, public speaking, enkod dan dekod data, risiko penyebaran maklumat penting, antara kepuasan diri bercakap dan kepentingan negara...
"Dedah kelemahan jentera sendiri dengan menegur dan memberi amaran keras secara terbuka hingga satu dunia tertanya-tanya. Di kala rakyat masih bersimpati dengan MH370 dan harga barang yang tidak menentu, lawak ayam seekor seringgit mengundang kritikan rakyat...
"Institusi yang melatih pegawai kanan kerajaan perlu berbuat sesuatu... Tegur, nasihat dan perbetulkan... Bijak sana-sini diperlukan untuk mentadbir negara dipersada rakyat dan dunia."
Biarlah teguran itu mengakhiri rencana ini.

"Kini terpulang kepada kerajaan persekutuan untuk mengumumkan komitmennya dengan mengumumkan bahawa ia akan segera menjalankan semua kuasanya di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA ), terutamanya menggunakan Fasal 114 untuk mengambil alih secara wajib syarikat-syarikat air ini berdasarkan model pampasan yang dinyatakan di dalam perjanjian konsesi, "kata Pua.

Sementara itu, AJK PAS Pusat Dr Dzulkifly Ahmad pula berkata, penolakan tawaran oleh syarikat konsesi itu menunjukkan bahawa kerajaan negeri berisiko "dipermainkan" oleh pusat.
Ianya sekaligus akan menjejaskan kepentingan rakyat negeri Selangor, kata Dzulkefly lagi.

"Saya menyokong penuh pandangan Tony Pua. Ternyata pusat telah membelakangi komitmen awal yang dimeterai dalam MoU sebelum ini. Ini yang kita khuatirkan sebelum ini.

"Kini pusat perlu tunjuk komitmen dengan menggunakan Fasal 114 dan 191 WSIA dan kerajaan Selangor perlu menggunakan haknya melalui klausa 6 dalam MoU tersebut," tegasnya.
SEPANG: Polis Malaysia hari ini mengesahkan bahawa salah seorang pemilik pasport curi yang menaiki pesawat MH370 ialah remaja warga Iran.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar identiti remaja tersebut dikenal pasti sebagai Pouria Nour Mohmammad Mahrdad, 19.

Pouria (paling kiri) adalah pemilik pasport yang dikeluarkan negara Austria yang dilaporkan hilang oleh pemiliknya.

“Kami kenal pastinya melalui data biometrik yang diambil sewaktu pertama kali datang ke negara ini. Dia dalam pas lawatan sosial 90 hari,” katanya dalam satu sidang media di Sepang hari ini.

Beliau turut mendedahkan gambar Poria dan seorang lagi yang disyaki pemegang pasport curi yang sedang dikenal pasti.

Katanya, semakan polis mendapati Pouria memasuki Malaysia pada 28 Februari.

Beliau juga mengesahkan bahawa Pouria tiada kaitan dengan kumpulan pengganas selepas menyiasat latar belakang individu itu dengan bantuan pasukan polis seluruh dunia.

Khalid berkata polis mengenal pasti identiti Pouria selepas berhubung dengan ibu pemuda tersebut.

"Kita tahu dia hendak berhijrah ke Jerman sebab kita berhubung dengan ibunya. Ibunya sedang menunggu ketibaannya di Frankfurt.
KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad (gambar) difahamkan telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai Penasihat Proton Holdings Bhd di saat projek automobil negara itu memerlukan lebih banyak dokongan kewangan daripada kerajaan.
"Surat perletakan jawatan telah dihantar," kata sumber yang rapat dengan Dr Mahathir kepada The Edge.
Bagaimanapun pihak pengurusan Proton diyakini menyimpan surat tersebut dan tidak membuat sebarang pengumuman dengan harapan pemegang saham terbesar Proton, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dapat memujuk mantan Perdana Menteri itu supaya menimbang semula perletakan jawatannya itu.
Syed Mokhtar menjadi pemilik Proton setelah menguasai 55.92 peratus kepentingan dalam DRB-Hicom Bhd.
DRB Hicom  menjadi pemilik saham terbesar Proton setelah membeli kepentingan Khazanah Nasional dalam syarikat automobil negara itu pada 2012.
Proton disifatkan sebagai projek 'anak emas'  Dr Mahathir sepanjang 22 tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri.
Beliau dilantik menjadi Penasihat Proton Holdings Bhd pada 2003 setelah berundur sebagai Perdana Menteri.
Usaha The Edge untuk mendapatkan penjelasan Dr Mahathir gagal kerana beliau dilapor berada di luar negara.
Setiausaha Akhbar Dr Mahathir, Sufi Yusoff bagaimanapun mengakui tidak tahu menahu tentang surat perletakan jawatan itu.
Akhir tahun lalu, Dr Mahathir, 88 meletakkan jawatan sebagai Penasihat Petronas.
Beliau memberikan alasan kesihatan atas tindakannya itu namun sumber menyebut "Petronas gagal memenuhi beberapa permintaan Dr Mahathir".
Sumber Proton menyebut antara kekecewaan Dr Mahathir adalah perletakan jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Lukman Ibrahim bulan lepas.
Lukman yang dibawa masuk ke Proton oleh Dr Mahathir pernah mengumumkan perletakan jawatan Julai tahun lalu tapi tidak meneruskan hasrat beliau.
Namun perletakan jawatan Lukman daripada Proton pada Februari adalah muktamad.
Datuk Seri Dr Wan Azizah kini sedang melalui perjalanan  antara sedih dan tabah dalam meneruskan perjuangan getir suaminya, DS Anwar Ibrahim. Antara duka dan harapan rakyat, antara doa dan ketentuan Ilahi.

Hari ini (Selasa) di tengah gelombang simpati dan rasa sedih rakyat akan apa yang berlaku terhadap suaminya, wanita yang lemah lembut dan bersuara perlahan ini mengemukakan kertas pencalonannya untuk bertanding dalam PRK Kajang 23 Mac ini sebagai calon PKR/Pakaran Rayat.

Beliau tiba di tempat pencalonan di tengah cuaca panas dan gelombang simpati rakyat terhdap suami dan beliau sendiri. Lebih 15,000 mengiringinya.

Dr Wan Azizah adalah pemimpin wanita yang sangat tabah menghadapi pelbahai ujian getir sejak suaminya disingkirkan sebagai Timbalan Perdana Menteri, diseksa dan dipenjarakan dan kini Anwar sedang diuji lagi dengan hebatnya.

Calon BN dari Wanita MCA ialah Chew Mei Fun. Yang menariknya kira-kira 50% daripada kira-kira 39,000 pengundi DUN Kajang adalah wanita. Tentunya ini menarik perhatian ramai memandangkan dengan berlakunya pertarungan dua wanita ini.

Menurut suatu tinjauan, Dr Wan Azizah dilihat akan mendapat sokongan kuat dari pengunci Cina di Kajang ini, walaupun calon BN adalah dari MCA. Sementara pengundi Melayu di beberapa kampung tradisi di Dun ini, menurut pemerhati, dilihat sudah wujud perubahan dan dijangka mereka akan memberikan undi simpati kepada Dr Wan Azizah.

Dr Wan Azizah adalah pengasas Parti Keadilan Nasional in 1999 selepas suaminya dipenjarakan atas kes liwat. Beliau kini berumur 62 tahun dan menjadi Presiden Keadilan sejak 2003 dan menenangi pilihan raya Parlimen Permatang Pauh pada 1999 dan menduduki kerusi itu hingga PRU 2008 di mana kemudiannya DS Anwar bertanding di kawasan itu pada tahun tersebut dan menang.

Hari ini,  Dr Wan Azizah, menggantikan suaminya yang terhalang kerana keputusan mahkamah rayuan. Tetapi wanita berhati waja ini kelihatan tenang dan yakin mendapat simpati pengundi Kajang.

Beliau banyak kali mengesat air matanya atas apa yang menimpa Anwar, tetapi setiap kali selepas mengesat air matanya beliau berkata, “Selepas mengesat air mata, kita mestilah meneruskan perjuangan.”

DS Anwar Ibrahim, isteri dan anak-anaknya adalah keluarga istimewa yang diuji sedemikian rupa, dikenali sedemikian ramai orang, dalam dan luar negara. Di Konvensyen Pakatan Rakyat Sabtu lalu, DS Anwar dan isterinya menerima simpati yang tidak putus-putus daripada para tetamu dan perwakilan.

Maka itu, Dr Wan Azizah bukan sebarang calon, tetapi seorang calon yang hebat, bukan kerana air matanya, tetapi kerana kesabaran, ketabahan dan kesetiaannya. Sebab itulah pengundi Kajang, diharapkan akan memberikan sokongan penuh kepada beliau dalam PRK  23 Mac ini.

Jika pengundi memberikan kemenangan kepada Dr Wan Azizah maka ini akan menghantar isyarat bahawa ‘Projek Kajang’ akan diteruskan, bahawa hukuman terhadap DS Anwar Ibrahim tidak akan mematahkan semangat perjuangan pendukung Pakatan Rakyat dan rakyat prihatin seluruhnya untuk menuntut kebebasan dan keadilan.

Sudah bergema teriakan demi teriakan dari pendukung Pakatan Rakyat, “Seorang Anwar ke dalam, ratusan ribu Anwar berada di luar.”

PRK Kajang, seperti yang dikatakan oleh ramai orang, bukan sebarang pilihan raya kecil, tetapi ia mempunyai makna yang besar. Bahawa ia seperti sebuah referendum rakyat untuk memilih Pakatan atau Barisan untuk membina hala tuju politik Malaysia ke jalan yang betul.

Saya meninjau beberapa kali di Kajang dan mendapati ada tanda-tanda pengundi Kajang akan memberikan kemenangan sekali lagi kepada calon Pakatan Rakyat.

Memang mereka mulanya mengharapkan DS Anwar Ibrahim untuk bertanding di situ, tetapi pertukaran pada saat akhir atas sebab yang diketahui umum, tidak dapat dielakkan maka mereka memberi sokongan kepada Dr Wan Azizah.

Sejak beberapa hari lalu, jentera pilihan raya PAS, PKR dan DAP telah digerakkan sepenuhnya dan pada hari penamaan calon, gerak kerja pilihan raya Pakatan berada di peringkat maksima.

Tinjauan saya kepada beberapa pengundi di Kajang mendapat jawapan yang hampir sama bahawa, “Kami percaya kemampuan calon Pakatan dan kami harap Pakatan akan terus berkuasa di Selangor.”

Malah seorang peniaga makanan di sebuah warong berdekatan Kompleks Satay Kajang mmberitahu saya, “Saya keluarga akan menyokong Pakatan, sama seperti dalam pilihan raya umum lalu, Pakatan berbeza jauh dengan BN.

Di Stadium Kajang, program ceramah dan program anak muda berterusan setiap malan di bawah pimpinan Cikgu Bad, pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Kempen SAMM ini lebih banyak ditumpukan kepada pengundi muda.

Adapun jentera PAS banyak menumpukan perhatian kepada pengundi kampung tradisi di Kajang seperti Sungai Kantan, Sikamat dan beberapa lagi. Sementara DAP menumpukan perhatian kepada pengundi bandar dan jentera PKR pula di kawasan pengundi campuran. Petugas dari PAS, PKR dan DAP sudah beroperasi sepenuhnya dan terbutkti perpaduan dalam Pakatan Rakyat tetap kukuh.

‘Langkah Kajang’ ini adalah permulaan daripada perjuangan fasa kedua Pakatan Rakyat menentang Umno/BN di mana Anwar Ibrahim akan menyertai sebarang kempen Dr Wan Azizah yang dianggap langkah pertama dari perjuangan kedua itu.
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) mempersoalkan proses perbicaraan dan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes liwat 2 membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menuntut sistem kehakiman negara dipulihkan bagi memastikan ia bebas, adil dan berakhlak.
Dalam satu kenyataan media, Presidennya  Ustaz Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad (gambar) berkata, terdapat unsur-unsur keraguan dalam proses perbicaraan serta keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu yang mensabitkan  Anwar bersalah di bawah Seksyen 377A dan dihukum penjara 5 tahun.
Antara keraguan yang timbul, jelas beliau adalah tarikh perbicaraan yang ditetapkan pada 7-10 April 2014 diawalkan kepada 6-7 Mac, iaitu hampir dengan tarikh penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang.
Ikram juga mempertikaikan keputusan sabitan dan hukuman pada hari akhir perbicaraan iaitu 7 Mac.
"Tindakan tergesa-gesa dalam memberi penghakiman bertukar (reverse decision) amat jarang berlaku di dalam kes rayuan seberat ini," tegas Dr Mohd Parid.
Ikram turut mempersoalkan penolakan permohonan peguambela oleh mahkamah untuk menangguhkan mitigasi hukuman bertujuan membolehkan pihak pembelaan menyediakan dokumen sokongan.
"Lazimnya mahkamah memberi tempoh yang munasabah kepada peguam tertuduh dalam menyediakan hujah mitigasi," katanya.
Sehubungan itu, tambah Dr Mohd Parid, Ikram memahami mengapa masyarakat mempersoalkan kewibawaan mahkamah dalam mengendali dan memutuskan kes Anwar.
Beliau menambah, keputusan diambil Anwar untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan tidak memberi sebarang makna jika persoalan dan kegusaran yang timbul dalam proses perundangan negara tidak ditangani secara profesional dan berintegriti.
Berdasarkan senario yang berlaku, Ikram secara tegas menuntut institusi kehakiman negara memastikan "keadilan bukan sekadar ditegakkan tetapi mesti dilihat ditegakkan".
Sistem kehakiman negara juga, tambah beliau perlu bebas dan dilihat bebas daripada sebarang campur tangan politik atau desakan pihak eksekutif.
"Kepercayaan rakyat kepada sistem kehakiman negara perlu dipulihkan dengan memastikan ia bebas, adil dan berakhlak," ujar Dr Mohd Parid.
KAJANG: Calon Pakatan Rakyat bagi PRK Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru pengundi Kajang untuk bersama beliau pada pilihan raya kecil Dun itu yang akan berlangsung 23 Mac ini.

Bercakap kepada media selepas selesai penamaan calon hari ini, beliau mahu pengundi Kajang menjadikan pilihan raya kecil ini sebagai referendum terhadap ketidakadilan dan sistem kehakiman yang berlaku dalam negara ini.

"Kajang Ini adalah referendum rakyat untuk ketidakadilan yang telah berlaku dan referendum terhadap sistem kehakiman yang berlaku dalam negara hari ini.

"Saya ajak pengundi-pegundi Kajang bersama saya," kata beliau.

Terdahulu Pegawai Pengurus PRK Kajang Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman mengesahkan hanya dua calon yang disahkan bertanding iaitu Wan Azizah dari PKR dan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun mewakili BN.

Proses penamaan calon berlangsung di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi jam 9 pagi tadi.

Mengulas lanjut, Wan Aziah turut melahirkan rasa terharu beliau di atas sokongan yang ditunjukan rakan Pakatan Rakyat yang lain iaitu PAS dan DAP yang hadir pada penamaan calon hari ini.

"Saya sungguh terharu. Ini memberi suntikan baru kepada apabila melihat begitu kuat sokongan daripada pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat.

"InsyaAllah pengundi-pengundi akan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat sekiranya pertandingan ini berlaku di atas padang yang sama rata.

"Saya harap SPR berlaku adil dalam PRK Kajang," tegas beliau.

Tiada ulasan: