Posted on Wednesday, October 02 @ 22:31:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
PENDAHULUAN
Perang Mu`tah berlaku pada bulan Jamadil Awwal tahun 8H bersamaan bulan Ogos atau September 629M. Mu`tah ialah ssebuah kampong yang terletak di daerah Balqa` yang berada di dalam negeri Syam. Negeri Syam ialah jajahan takluk empayar Rom yang ketika itu diperintah oleh Maharaja atau Kaisar Hercules.
Maharaja Hercules sebelum ini pernah mendapat risalah daripada Rasululullah SAW untuk memeluk Islam akan tetapi baginda menolak kerana lebih menyayangi kekuasaannya.
Hercules takut kuasanya sebagai maharaja jatuh kerana memeluk Islam walaupun mengetahui kebenaran Islam. Perang ini merupakan pertembungan pertama tentera Islam dengan tentera Rom. Ianya juga merupakan pertembungan kali pertama tentera Islam di luar negeri Hijaz (kini dikenali sebagai Arab Saudi).
PUNCA BERLAKU PEPERANGAN MU'TAH
Rasulullah SAW telah menghantar seorang utusan iaitu Al-Harith bin Umar Al-Uzdi kepada pembesar di Busra, Syam. Gabenor daerah Banu Balqa` iaitu Syurahbil bin Umar Al-Ghassani telah menangkap utusan Rasulullah SAW dan diserahkan kepada Kaisar Rom. Utusan Rasulullah SAW kemudiannya dibunuh dengan cara lehernya dipancung.
Tindakan membunuh utusan tindakan tersebut merupakan suatu jenayah dan seakan-akan pengisytiharan perang terhadap kaum Muslimin. Oleh itu, baginda Rasulullah SAW telah mengerahkan tentera Islam untuk memerangi kezaliman Kaisar Rom.
KEKUATAN UMAT ISLAM
Bilangan Tentera: 3000 orang
Pemimpin:
Zaid bin Harithah
Jaafar bin Abi Talib
Abdullah bin Rawahah
Khalid bin Al-Walid
Qutbah bin Qutadah Al-Uzri
Ubadah bin Malik Al-Ansari
- Persenjataan: Kurang Kelengkapan
- Kematian: 12 orang tentera
KEKUATAN MUSUH ISLAM
Bilangan Tentera:
- 100 000 tentera Rom
- 100 000 tentera kabilah Arab di Syam iaitu Lakham, Juzman, Balqin, Bahra`a dan Bila
- Pemimpin: Syurahbil bin Umar Al-Ghassani (Panglima Rom)
- Kelengkapan: Serba lengkap
- Kematian: Tidak dapat dikenalpasti
URUTAN PERISTIWA
1. Utusan Rasulullah SAW ke negeri Syam iaitu Al-Harith bin Umar Al-Uzdi telah dibunuh oleh Kaisar Rom
setelah ditangkap oleh Gabenor Bani Balqa`, Syurahbil bin Umar Al-Ghassani.
2. Rasulullah SAW mengerahkan kekuatan terbesar tentera Islam sejak Perang Ahzab seramai 3000 tentera
untuk berdepan dengan tentera Rom. Zaid bin Harithah, anak angkat baginda menjadi panglima perang.
2. Baginda berpesan Jaafar bin Abi Talib akan menggantikan Zaid bin Harithah jika beliau syahid. Abdullah
bin Rawahah akan menggantikan Jaafar bin Abi Talib jika beliau syahid.
3. Tentera Islam bergerak sehingga ke utara Hijaz dan singgah sebentar di Maan sebuah daerah Syam
selama 2 hari.
4. Hasil perisikan tentera Islam mendapati bahawa tentera Rom sudah berada di Maab, daerah Balqa`.
5. Kekuatan mereka dianggarkan seramai 200 000 orang. Tentera Islam mula bermesyuarat untuk mengatur strategi.
6. Cadangan untuk menunggu bantuan daripada Madinah ditolak Abdullah bin Rawahah. Beliau mencadangkan supaya tentera Islam terus mara ke barisan hadapan. Pilihannya sama ada menang dengan kemuliaan atau mati syahid. Cadangan beliau dipersetujui semua orang.
7. Tentera Islam mara ke Balqa` dan bertembung dengan segerombolan tentera Rom di Masyarif. Tenteramusuh cuba mendekati tentera Islam. Tentera Islam seterusnya menuju ke kawasan yang dikenali sebagai Mu`tah.
8. Strategi disusun. Sayap kanan tentera Islam dipimpin oleh Qutbah bin Qutadah Al-Uzri dan sayap kiri dipimpin oleh Ubadah bin Malik Al-Ansari.
9. Perang pun berlaku dengan sengit. 3000 tentera Islam merempuh 200 000 tentera Rom dengan keazaman jihad yang tinggi dan bercita-cita untuk mati syahid di jalan Allah.
10. Zaid bin Harithah yang memegang panji perang Islam syahid terkena tikaman musuh. Jaafar bin Abi Talib
menggantikan beliau.
11. Jaafar bin Abi Talib turun dari kudanya lalu membunuh kudanya untuk mengelakkan gangguan kerana rasa berat berpegang dengan kudanya. Beliau memegang panji menggantikan Zaid bin Harithah.
12. Jaafar bin Abi Talib setelah syahid terputus kedua belah tangannya. Badan beliau terdapat kesan lebih 50 tikaman pedang dari sebelah hadapan. Riwayat Ibnu Umar menyatakan 90.
13. Abdullah bin Rawahah yang menggantikan beliau juga syahid.
14. Thabit bin Arqam, seorang tentera Islam dari Banu Ijlan memegang panji Islam sambil melaungkan seseorang perlu dipilih untuk memegangnya.
15. Khalid bin Al-Walid telah dipilih oleh tentera Islam untuk menjadi panglima. Perang terus berkecamuk.
16. Perang berhenti seketika buat hari tersebut. Khalid bin Al-Walid menyusun semula strategi baru. Beliau merasakan bahawa tentera Islam yang sangat kekurangan dari segi kuantiti tentera agak sukar untuk mengalahkan tentera Rom. Oleh itu, beliau merancang untuk membuat tipu helah bagi memperdayakan musuh.
17. Keesokan harinya, selepas Subuh beliau mengarahkan barisan hadapan ke belakang dan belakang ke hadapan. Barisan ke kiri ke kanan dan barisan kanan ke kiri.
18. Tentera Rom merasa ketakutan kerana menyangka bantuan telah tiba kepada tentera Islam. Semasa pertempuran berlangsung tentera Islam berundur perlahan-lahan ke barisan belakang.
19. Tentera Rom tidak memburu tentera Islam sebaliknya berundur kerana menyangka tentera Islam telah menyediakan perangkap di padang pasir. Oleh itu, tentera Islam berjaya berundur dengan selamat dan menewaskan tentera Rom.
20. 12 tentera Islam syahid sementara korban tentera Rom tidak diketahui tetapi dianggarkan tinggi.
21. Tentera Islam pulang ke Madinah. Kedengaran suara-suara yang mengkritik bahawa kepulangan mereka sebagai suatu tanda kekalahan. Rasulullah SAW berkata bahawa mereka bukanlah orang yang lari akan tetapi mereka akan menyerang semula dengan izin Allah.
HIKMAH DAN PENGAJARAN
1)T entera Islam yang berjuang dalam Perang Mu`tah berjuang kerana menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Mereka juga bercita-cita untuk mati syahid atau mencapai kemenangan. Tentera Rom dan musyrikin Arab yang menghadapi mereka merasa ketakutan kerana mereka berhadapan dengan tentera yang bercita-cita untuk mati sedangkan mereka cintakan kehidupan dunia yang fana`.
Semangat jihad para sahabat Rasulullah SAW memang tidak diragui lagi apabila Abdullah bin Rawahah mahukan tentera Islam terus mara merempuh musuh walaupun mengetahui kekuatan musuh yang terlampau kuat. Beliau bermadah semasa perang berkecamuk:
“Duhai jiwaku aku bersumpah,
Kau pasti menghadapi kerelaan cabaran,
Kiranya sudah orang mencapainya,
Kenapa kau berlengah,
Membenci syurga Allah…”
Begitu juga dengan tentera Islam lain yang terlibat. Mereka tidak merungut dan bercadang supaya berundur atau menyerah kalah akan tetapi terus merempuh barisan hadapan. Oleh itu, dapat kita perhatikan di sini bahawa kefahaman yang sahih dan padu perlu ditanam dalam hati para pejuang Allah sebelum mara ke medan perjuangan.
Para sahabat yang terlibat dalam perang bersama Rasulullah SAW telah melalui proses tarbiyah yang baik. Tarbiyah merupakan sumber kekuatan utama para pejuang Allah. Tanpanya, pejuang Allah pasti akan merasa putus asa dan lari dari perjuangan. Tarbiyah juga memberi kefahaman mengenai matlamat para pejuang Allah.
2)Bantuan Allah pasti tiba. Allah Taala telah berfirman:
“Sesungguhnya Aku bersama-sama kamu, maka tegakkanlah pendirian orang-orang yang beriman, kelak Aku akan menjatuhkan perasaan takut ke dalam hati-hati orang kafir”. Surah Al-Anfal ayat 12.
Allah juga menjamin kekalahan orang kafir.
“Kumpulan mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling lari”. Surah Al-Qamar ayat 45
Kemenangan umat Islam adalah sesuatu yang pasti kerana ia adalah jaminan Allah. Umat Islam perlu bersabar dalam menghadapi arus cabaran yang semakin hebat.
3)Pesanan Rasulullah SAW dalam memilih pemimpin menjadi dalil bahawa seseorang khalifah atau pemimpin boleh melantik amir atau ketua dalam kumpulan mengikut tertib.
4)Umat Islam boleh berijtihad dalam memilih pemimpin. Pemilihan Khalid bin Al-Walid sebagai panglima perang merupakan ijtihad para sahabat yang terlibat sebagai tentera ketika itu.
5)Rasulullah SAW menangis ketika mengetahui ada sahabat yang syahid. Baginda menangis sebagai satu tabiat kasih sayang manusia dan bukanlah menolak qada` dan qadar Allah Taala. Ini adalah baginda mengasihi para sahabat yang telah syahid.
6)Diriwayatkan bahawa Jaafar bin Abi Talib yang terputus tangannya lalu syahid. Allah telah menggantikan tangannya dengan 2 sayap yang membolehkan beliau terbang ke mana sahaja di dalam syurga Allah. Beliau digelar “Jaafar At-Tayyar” dan “Jaafar Zuljanahain”. Ganjaran kepada para syuhada` sangat besar nilainya.
7)Perang ini merupakan permulaan serbuan ke bumi Syam. Kempen pembukaan bumi Syam telah berlaku selepas kewafatan Saidina Abu Bakar As-Siddiq iaitu pada zaman Saidina Umar bin Al-Khattab sebagai khalifah kedua. Beliau mengerahkan tentera Islam ke Syam, Parsi dan Mesir. Pertembungan Islam dan Rom sangat panjang dan berlaku selama beberapa abad. Rom secara rasminya ditewaskan oleh kerajaan Uthmaniyah di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh apabila baginda berjaya menawan Konstantinopel.
"Membentuk Dengan Acuan Al-Azhar"
"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"
Disediakan oleh:
Muhammad Zuhaili bin Zanal Ali,
Pemangku Pengerusi Felo MANHAL PMRAM
______________________________________________________________
RUJUKAN
1)Fiqh Al-Sirah An-Nabawiyah, Dr Muhammad Said Ramadan Al-Buti, Percetakan Dar As-Salam
2)Sirah An-Nabawiyah Ar-Raheeq Al-Makhtum, Syeikh Safi Ar-Rahman Al-Mubarakfuri
Sumber: www.manhal.pmram.org
KBS Penipu, Konsert K-POP Bernilai RM1.6 Juta Bukan Tajaan
Posted on Wednesday, October 02 @ 22:43:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membelanjakan RM1.6 juta bagi membawa tiga kumpulan penyanyi K-pop ke Malaysia sempena sambutan Hari Belia Kebangsaan tahun lalu.
Laporan Ketua Audit Negara 2012 semalam mendedahkan penganjuran konsert itu datangnya daripada dana kerajaan meskipun KBS menafikan tahun lalu dengan mengatakan kos konsert itu ditanggung penaja.
Tiga kumpulan K-pop berkenaan adalah U-Kiss, Teen-Top dan Dal Shabet manakala persembahan mereka dibawakan oleh Stadium First Sdn Bhd.
Laporan audit itu turut mendedahkan KBS telah berbelanja melebihi had iaitu RM1.11 juta untuk promosi dan publisiti untuk acara tersebut.
Selain itu, KBS ditegur kerana membelanjakan RM48,300 untuk ‘lawatan kerja’ ke Institut Kemahiran Belia Negara di Jitra, Songkhla, Phuket dan Krabi di Thailand untuk 21 sekretariat Hari Belia Kebangsaan dan pegawai kanan kementerian.
KBS juga turut membelanjakan RM75,966 untuk promosi makan malam dan minum petang serta penginapan untuk wartawan.
Laporan itu juga mendapati perbelanjaan melampau termasuk bayaran RM50,000 kepada 50 penulis blog dan pengurusan syarikat serta jumlah amaun sama untuk promosi dan publisiti.
KBS juga didapati membayar RM7,500 kepada tiga penulis blog dalam bentuk elaun harian untuk liputan selama lima hari.
Tidak ketinggalan, perbelanjaan KBS sebanyak RM3.32 juta untuk satu juta kad keahlian Rakan Muda. – 2 Oktober, 2013.-TMI
Mr Bean Peluk Islam?
Posted on Wednesday, October 02 @ 21:13:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: laniismaa
"Mr Bean atau Rowan Atkinson dikatakan memeluk Islam 1 Oktober lalu dan kini ia diperkatakan ke seluruh dunia melalui laman web dan media sosial.
Sebab yang dikatakan beliau memeluk Islam kerana setelah menonton filem Innocent of Muslim, filem yang membuat fitnah dan menghina Nabi Muhammad.
Ditanya media, Mr Bean tidak banyak berbicara, hanya mengangkat jari sahaja sebagai isyarat dia bersyahadah, lapor laman web Indonesia, Islampos.com
Sheikh Rashid Ghannousyi pemimpin parti An Nahdah dari Tunisia adalah salah seorang pembimbing Mr Bean, menurut beberapa portal.
Mr Bean terkenal dalam siri komedinya di samping beberapa buah filem termasuk Johnny English.
Sehingga kini, media-media arus perdana di United Kingdom masih belum menyiarkan mengenai berita ini walaupun media Arab sudah heboh mengenainya. – 2 Oktober, 2013.
Kalau benarlah, Alhamdullillah dan tahniah kepada Mr Bean. - KongsiResipi
- EkELEH.COM "
Qurban dan Aqiqah serta sedeqah beras di Cambodia.
Posted on Wednesday, October 02 @ 22:31:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: ramlisdar
"
Di sampeng usaha Qurban dan Aqiqah insyaAllah kami akan juga berusaha meng-agehkan sedeqah beras pada pendudok kampong di Cambodia.
Sasaran sedeqah beras ini adalah pendudok kampong yang dhoif dan memerlukan nya.
Qurban dan Aqiqah serta sedeqah beras di Cambodia.
Memandangkan Raya Qurban di Cambodia kali ini jatoh ketika musim banjir, maka secara am nya ramai lah rakyat di kampong yang tidak dapat turon mencari rezki. Kerana rumah yang saya menompang suatu ketika dulu pon banjir. Ada yang sedalam lebeh 5.5 kaki, dari paras lantai tanah(ground level) ke paras air tertinggi (Top Water Level). Jika dulu ke masjid boleh berjalan kaki, sekarang nak ke masjid kena naek bot.
Maka bagi umat Islam Cambodia khas nya di pendalaman dan tepian sungai, selain dari Qurban dan Aqiqah yang menjadi rezki bagi mereka dalam keadaan sempit ini. Sedeqah beras juga amat membantu dalam mengurangkan kesempitan hidop bagi umat Islam di sana. Memandangkan kebanyakkan dari mereka adalah petani dan nelayan sungai. Jadi ketika banjir besar saperti ini, sumber rezki mereka agak terbatas.
Harga yang telah di tetapkan untok sedeqah beras adalah RM1.80 untok 1KG
Walau pon ada yang sedeqah RM100 ringgit untok sedeqah beras. Bagi yang kekurangan, Anda juga boleh sedeqah beras RM20 atau dalam mana2 jumlah yang anda selesa dan tidak membebankan anda.
Harga RM1.80 per 1KG ini telah termasok ko2 berikot:
- Pengangkutan yang terlibat untok mengangkot guni beras dari kedai ke kenderaan seterus nya ke bot di tepi sungai. Ini termasok kos buroh mengangkot guni 50KG beras ke bot
- Kos BOT ke tempat destinasi
- Adakala di tempat pendalaman bila sampai ke tambatan tepi sungai destinasi, kami perlu menyewa kenderaan laen saperti van atau lori kecel untok membawa beras ketempat pengagehan. Kerana adakala tempat peng-agehan beras jaoh dari tambatan sungai.
www.facebook.com
Duit untok sedeqah beras... perlu di nyatakan dengan jelas untok... sedeqah beras. Agar tidak di salah gunakan. Yang ni tak perlu dan tidak di wajibkan di beri nama.
Selepas duit di masokkan, mohon SMS atau call Ustaz Abd Razak. Se elok2 SMS kerana mudah ada record. Kalau anda Call, lepas call elok SMS juga.
Duit sumbangan boleh lah di masokkan ke
Bank akaun Maybank Kembara Qurban
Nombor Maybank Akaun: 5620 8552 5170
HP Ustaz Abd Razak : 0174960269 (sila gunakan nombor ini)
Untok Qurban dan Aqiqah sila beri nama peserta
Setelah masokan duit SMS atau call Ustaz Razak for confirmation
Satu bahagian lembu = RM 250
Se ekor Kambeng = RM 500
Sedeqah Beras = RM1.80 untok 1kg"
Dah dapat 'sedap' dapat makan pulak! kisah untung berganda
Posted on Wednesday, October 02 @ 20:59:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: hishamahmad
"Ada suatu kisah menarik yang ingin aku kongsikan kepada semua. Kisah dahulukala yang mungkin kebanyakan kita belum mengetahuinya. Kisah benar bukan kisah direka. Bukan juga kisah lagenda yang disebalik kebenaran, diselubungi juga dengan kebohongan. Kalau tidak bohongpun, tidak berbukti kesahihan.
Kisah benar. Apa ertinya? Ia bukan kisah benar seperti drama swasta yang entah benar, entahkan tidak. Dakwaan semata-mata. Bagi yang bijak, mereka tidak mengatakan kisah benar, tetapi ‘berasaskan kisah benar.’ Maknanya mungkin sahaja, yang benar itu sikit dan yang bohong itu banyak.
Kisah ingin ku nukilkan ini ialah kisah sahih. Berfakta 100% tulen. Riwayatnya bersanad. rangkaian periwayat diyakini kewibawaannya. Kisah ini diturun dan dipindahkan dari seorang periwayat kepada periwayat lain, dari satu generasi ke generasi hingga ia direkodkan dalam buku karangan manusia paling sahih. Dalam sekian ramai periwayat-periwayat yang pelbagai sifat dan latarbelakang, telah dibuktikan adanya rangkaian sanad yang sahih di mana periwat-periwayatnya diterima dari generasi pertama hingga generasi terakhir hingga ia kemudian direkodkan. Setiap periwayat ini dari setiap generasi telah diketahui, dikaji dan/atau diterima reputasi agama dan akhlaknya.
Kisah ini adalah kisah dari hadith sahih dinukil dari Sahih Bukhari.
Kisah Untung 2 kali - (Dah dapat ‘sedap’ dapat makan pulak!)
Abu Hurairah r.a meriwayatkan: (maksudnya) “Sedang kami duduk bersama Nabi s.a.w, tiba-tiba datang seorang lelaki seraya berkata :“ Wahai Rasulullah! Binasalah aku”.Baginda bertanya: “Apakah yang telah membinasakan kamu”? Lelaki itu menjawab:“Aku telah mnyetubuhi isteriku dibulan Ramadhan sedangkan aku berpuasa”.
Baginda bertanya: “Adakah kamu memiliki hamba untuk di bebaskan”? Beliau menjawab: “Tidak”. Baginda bertanya: “ Adakah kamu mampu berpuasa selama dua bulan bertuurut-turut”? Beliau menjawab: “Tidak”. Baginda bertanya: “Adakah kamu mampu memberi makan 60 orang miskin”? Beliau menjawab: “Tidak”.
Sementara lelaki itu duduk, Nabi s.a.w. berfikir sejenak, sedang kami berkeadaan demikian, tiba-tiba baginda membawa keluar semanggar tamar seraya bertanya: “Mana dia si penanya tadi”? lelaki itu menyahut: “Saya disini”. Lalu baginda bersabda: “Nah! Ambil ini dan bersedekahlah kamu dengannya”.
Lelaki itu menjawab: “Untuk siapa Wahai Rasulullah!”Sesungguhnya tida sesiapa lagi di antara dua bukit Madinah) ini yang lebih miskin daripada kami sekeluarga. (Mendengar kata-kata lelaki itu) Nabi s.a.w ketawa sehingga ternampak gigi. Kemudian Baginda bersabda : “(Kalau begitu) Pergilah kamu beri makan kepada ahli keluarga kamu”.
[Al-Bukhari,Mmuhd.Ibn ismail, Sahih Ak-Bukhari,Dar Ibn Kathir, Al-Yamamah, Beirut, 1987, no: 1834dan misim ibn Al-Hajjaj Sahih Muslim,Dar Ihya’ At-Turath Al-Arabiyy, Beirut, t.th, No:1111- buku UKM ]
Pengajaran
Aku sendiri terkedu semasa membaca kisah ini. Jangan salah faham. Bukan pada keterlanjuran yang dimaafkan itu. Aku terkedu melihat bagaimana nabi s.a.w. bersikap bergitu lunak, lembut dan bertimbangrasa. Bayangkanlah, sahabat itu boleh pula seolah-olah menyarankan agar sedekah itu diberikan kepadanya. Benar, apa yang dia buat tidaklah salah. Berkata benar. Memanglah dia orang miskin yang layak namun kalau ambil kira sikap kita sebagai orang melayu ni. Sudahlah dapat keseronokan, taklarat berpuasa begitu, malulah kita nak beri ‘idea’ agar sedekah itu dapat kat kita.
Agaknya, kalau ada lelaki mengadu sebegini kepada kita, macammana? Tidak di’balun’ sudah cukup bertuah. Itulah bezanya kita dengan Rasulullah s.a.w. Akhlak pemimpin dan pendakwah.
Hadith ini bersifat hadith hukum. Hadith yang darinya dicerna dan dikeluarkan hukum-hakam. Oleh itu, perlulah kita, orang awam atau ilmuan biasa, mendapatkan maklumat lengkap perbahasan ulama mengenai hukum-hukum yang didapatkan dari hadith itu.
baca selanjutnya di blog ye.
hisham-ahmad.blogspot.com"
GEMPAR!!! Pelumba basikal Terengganu Maut Dalam Kemalangan [SAKSIKAN...]
Posted on Wednesday, October 02 @ 21:01:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: matuse68
"Pelumba basikal Terengganu, Mohd Asmui Ali, 19, terbunuh apabila basikal ditungganginya terbabit kemalangan di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, 11.30 pagi tadi.
Basikal mangsa dikatakan bergesel dengan rakan lain yang sedang menunggang basikal ketika itu. Mohd Asmui kemudiannya terjatuh dan kemudiannya dilanggar sebuah van.
Semoga rohnya dicucuri rahmat hendaknya.. Al Fatihah.
[Baca Seterusnya...]"
Konsert K-POP: Pembohongan Kerajaan Malaysia Terbongkar Dari Laporan Audit Negara
Posted on Wednesday, October 02 @ 02:14:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Akhirnya KEBENARAN mengatasi KEBATILAN
Boleh rujuk Laporan Audit halaman 376
Fakta bukan Auta
[Download] Laporan Audit halaman 376: audit.gov.my
Dari PENAFIAN Kementerian Belia Dan Sukan persembahan K POP tahun lepas. - mStar
Klik: mstar.com.my
Facebook Pakatan Rakyat Election News
Susulan Dari Kenaikan Harga Rokok: Tips Paling Mujarab Dan Berkesan Untuk Perokok Tegar Berenti Merokok... Jika Tak Berjaya Wang Anda Akan Dikembalikan!!!!
Posted on Wednesday, October 02 @ 02:25:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
Petua bagi perokok tegar yang amat sukar mau berhenti merokok....setakat menulis perkataan merokok boleh menjejaskan kesihatan dan dapat penyakit kanser langsung tak mujarab...
SEPATUTNYA PIHAK KERAJAAN JIKA BENAR BENAR SERIUS MAUKAN RAKYAT BERHENTI MEROKOK...PASTIKAN KESEMUA KOTAK ROKOK ADA TEMPELAN SALAH SATU DARI CONTOH YANG DIBERIKAN SEPERTI GAMBAR DI ATAS..... INSYA' ALLAH AKAN MEBERIKAN KESAN YANG AMAT POSITIF.....IKUT HUKUM AKAL LOGIK...
WHO (world heatlh organization) akan mengiktiraf dan menyanjung sumbangan yang tak terhingga nilainya kepada Rosmah dan UMNO yang selama ini pakar-pakar perubatan gagal mencari satu solusi untuk perokok-perokok tegar membuang tabiat buruk mereka..
Jutaan terima kasih didahulukan kepada Rosmah dan UMNO...HIDUP UMNO!!!!!!
sumber : blog omak kau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan