Khamis, 3 Oktober 2013

ADA TIADA BERHATI PERUT DAN ADA YANG TAK DE PERUT.... PLUS@CAMPUR OTAK LETAK DIKEPALA LUTUT

Sudikah anda dipatuk lagi?
Posted on Thursday, October 03 @ 00:29:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: tokpepijat

" Buat sekiannya kita ditipu lagi.....

Sebelum PRU 13
Minyak tidak naik.

Sebelum PRU 13
Kos K-Pop tidak guna sesen pun duit rakyat

Sebelum PRU 13
PDRM hebat dan intergriti

Selepas PRU 13.....
minyak naik barang naik
K-Pop guna duit RM1.6 juta duit rakyat
PDRM kerugian RM 1.3 juta duit rakyat.

Mengapakah PMNajib masih bernafsu untuk
simpan makhluk Hishamudin dan Shabery?

PRK Sungai Limau menguji rakyat samada masih tidur atau sedar
terutama umat Melayu

selepas tertipu buat sekian banyaknya di PRK Kuala Besut.........

Sudikah anda dipatuk lagi?"


 Jangan Hiris Hati Bukan Bumiputera
Posted on Thursday, October 03 @ 00:26:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Albert Camus Abdullah

Tidak lama lagi perkataan `perkasa atau memperkasa' bakal menjadi sesuatu yang taboo di Malaysia. Jangan sekali-kali menggunakannya kerana pastinya kaum bukan Bumiputera, akan terasa hatinya dihiris-hiris, kerana perkataan itu sudah dianggap memberi maksud penindasan yang melampau.

Segala-galanya berpunca daripada pengumuman agenda memperkasa Bumiputera baru-baru ini yang menunjukkan mereka terus ditindas dan dirampas haknya, biarpun lahir di Tanah Melayu (nama lama Malaysia).

Malangnya, kaum berkenaan seringkali `lupa', siapakah yang turut meraih manfaat terbanyak setiap kali kerajaan mengumumkan sebarang usaha untuk memperkasakan Melayu dan Bumiputera di negara ini. Malah tanpa pengumuman itu, mereka yang lebih banyak menguasai kek ekonomi yang ada.

Kalau ada Bumiputera berniaga atau mahu berjinak untuk berniaga, siapa yang dicari untuk mendapatkan bekalan bahan mentah untuk melaksanakan projek mereka? Itu belum kira, tindakan sesetengah pihak `buta hati' mengalibabakan kontrak-kontrak yang diperoleh. 

Apa yang sering ditonjolkan bukan Bumiputera, bahawa mereka berjaya selama ini adalah atas usaha mereka sendiri tanpa sekelumit pun bantuan kerajaan. Biarpun tanpa keadaan yang aman, pastinya kejayaan itu tidak mampu dikecapi.

Sebenarnya, agak menghairankan kenapa perlunya agenda memperkasakan Melayu dan Bumiputera digembar-gemburkan menjadi sesuatu yang berbau rasis, tidak cukup sebelum ini sebarang usaha memperjuang hak orang Melayu dan Bumiputera dalam Perlembagaan seperti dilakukan PERKASA, disifatkan tidak lagi relevan atau dinasour.

Perkasa, seperti mana lainnya juga menentang ketirisan dan penyelewengan dalam kerajaan.

Adakah usaha mempertahankan hak sendiri menjadi satu dosa yang besar?

Sukarkah untuk memahami hasrat kerajaan apabila cuba untuk memantapkan keupayaan Melayu dan Bumiputera, segala-galanya bertujuan mengelak wujudnya jurang pengagihan kekayaan yang lebar.

Perlukah dibutakan mata dan dipekakkan telinga hanya semata-mata untuk keinginan kita (bukan Bumiputera) dijaga.

Bukankah keadaan itu sekiranya dibiarkan berterusan akan menyebabkan rasa tidak puas hati dan mencetuskan implikasi yang negatif, sekali gus semua pihak akan menderita seperti mana yang berlaku di sesetengah negara. Sukarkah untuk melihat segala-galanya secara rasional, benarkah kesemua kekayaan dibolot oleh Melayu dan Bumiputera yang mana syarikat milik mereka hanya lapan peratus mencatat perolehan RM5 juta pada tahun 2010.

Dahulu, ketika kerajaan mengumumkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai usaha untuk meningkatkan penguasaan 30 peratus dalam ekonomi negara, kaum bukan Bumiputera juga mempertikainya.

Seseorang itu tidak perlu mempunyai IQ yang tinggi untuk memahami hakikat. Apa yang mahu dicapai kaum Bumiputera hanya penguasaan 30 peratus daripada 100 peratus kepentingan dalam ekonomi. Malah kaum bukan Bumiputera masih berupaya untuk menguasai baki 70 peratus lagi, bukankah angka 70 peratus itu jelas jauh lebih besar daripada 30 peratus.

Usahlah hanya dipandang kepada keperluan membantu orang Melayu dan Bumiputera di Semenanjung semata-mata, biarpun masih ramai memerlukannya kerana mereka yang berada di Sabah dan sarawak juga mengharapkan sokongan yang sama.

Lagipun, tidak sedikit bukan Bumiputera turut dibantu kerajaan untuk maju.

Pastinya Melayu dan Bumiputera kini memahami, mereka bukan meminta dibantu untuk selama-lamanya selagi ada bulan dan bintang, sekadar untuk menjadi pemula supaya mampu bertapak lebih jauh.

Bidang-bidang seperti pendidikan dan kemudahan perumahan sememangnya disandarkan kepada kerajaan bukan untuk mereka tetapi untuk kemaslahatan anak-anak dan generasi seterusnya.

Tidak dinafikan usaha murni yang dilakukan kerajaan mungkin ada kelemahan dan kekurangan dalam pelaksanaan yang seharusnya diberikan sokongan supaya perkara berkenaan dapat diperbaiki dan bukan sekadar menghentam dan mengkritik semata-mata.

Kenapa sukar untuk bukan Bumiputera mengakui bahawa selama ini mereka sedikit sebanyak juga telah dibantu, malah banyak skim pembiayaan dan bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan melalui agensi-agensi yang ada sehingga mereka mampu untuk maju dan berkembang keluar negara.

Bukankah lebih baik sekiranya bukan Bumiputera menghulurkan tangan supaya turut membantu kaum lain berusaha untuk meningkatkan keupayaan ekonomi dan pastinya usaha kerajaan menjadi lebih mudah tanpa memerlukan menumpukan perhatian hanya kepada Melayu dan Bumiputera.

Sukarkah untuk dicari titik persamaan dan berkembang atas nama rakyat Malaysia untuk mengukuhkan kemakmuran negara dan meningkatkan penguasaan dalam perdagangan sejagat, sekali gus membuktikan mereka juga ikhlas untuk memajukan negara yang dikatakan juga tanah air mereka selama ini.
 
Kalau benar penindasan berlaku di Malaysia, kenapa tidak dilihat, siapakah yang kini terus menerus menerajui atau menguasai dunia ekonomi?-MalaysiaGazette


 World’s Top 10 Countries With Slow Internet Connection
Posted on Thursday, October 03 @ 00:09:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Internet the way of getting information, entertaining, is being a most important part of life. When we start to click tabs or links in internet we want them to open as quickly as possible because we are eager to get what we want. What if the internet connection itself is slow?

In world there are many countries which have slow internet connections. Think about those people who live in those countries and be calm that you are lucky if you do not belong one of them. Here we have world’s top 10 countries which have slow internet connection among of the countries which have provided internet facilities.

According to the research held previous year in the crowd of the internet using countries the slow internet connection having countries are as below:

10. Malaysia:

Malaysia WORLDS TOP 10 COUNTRIES WITH SLOW INTERNET CONNECTIONMalaysia is the country located in Southeast Asia. In Malaysia internet was started form 1995 A.D. It is the first country which has slowest internet connection. It has 16% internet connection below the speed of 256 kbps. This is the tenth highest percentage of slow internet connections. Though it has slowest speed, this problem was decreased by 4.0% from the last quarter. This country is overcoming the problem in the speed of tortoise. There is no such progress in the problem of overcoming the slow internet connection problem.

9. Kazakhstan:

kazakhstan flag WORLDS TOP 10 COUNTRIES WITH SLOW INTERNET CONNECTIONKazakhstan is the country located in Central Asia. In Kazakhstan internet was effective form 2001 A.D. It is the ninth country which has slowest internet connection. It has 16% internet connection below the speed of 256 kbps. This is the ninth highest percentage of slow internet connections. Though it has slowest speed, this problem was decreased by 4.2% from the last quarter. The speed of overcoming the problem of slow internet connection is not satisfactory in this country.

8. Indonesia:

indonesia map WORLDS TOP 10 COUNTRIES WITH SLOW INTERNET CONNECTIONIndonesia is the country located in Southeast Asia. In Indonesia internet was started form 1983 A.D. It is the eighth country which has slowest internet connection. It has 19% internet connection below the speed of 256 kbps. This is the eighth highest percentage of slow internet connections. Though it has slowest speed, this problem was decreased by 13% from the last quarter. The speed of overcoming the slow internet connection problem is quite satisfactory.

7. Syria

syriya page WORLDS TOP 10 COUNTRIES WITH SLOW INTERNET CONNECTIONSyria is the country located in Western Asia. In Syria internet was effective from 2003 A.D. It is the seventh country which has slowest internet connection. It has 19% internet connection below the speed of 256 kbps. This is the seventh highest percentage of slow internet connections. Though it has slowest speed, this problem was decreased by 10% from the last quarter. The speed of overcoming the problem is very slow in this country.

6. Bolivia

Bolivia flag WORLDS TOP 10 COUNTRIES WITH SLOW INTERNET CONNECTIONBolivia is the country located in central South America. In Bolivia internet was effective from 2000 A.D. It is the sixth country which has slowest internet connection. It has 25% internet connection below the speed of 256 kbps. This is the sixth highest percentage of slow internet connections. Though it has slowest speed, this problem was decreased by 22% from the last quarter. This country is overcoming more rapidly the problem amongst of the countries with slower speed. The speed of overcoming the problem of slow internet connection is very good in this country.

5. India:

india connection WORLDS TOP 10 COUNTRIES WITH SLOW INTERNET CONNECTIONIndia is the country located in South Asia. In India internet was started from 1995 A.D. It is the fifth country which has slowest internet connection. It has 27% internet connection below the speed of 256 kbps. This is the fifth highest percentage of slow internet connections. Though it has slowest speed, this problem was decreased by 5.6% from the last quarter. The speed of overcoming the problem of slow internet connection is not good in this country.

4. Iran:

iran flag1 WORLDS TOP 10 COUNTRIES WITH SLOW INTERNET CONNECTIONIran is the country located in Western Asia. In Iran internet was started from 1993 A.D. It is the fourth country which has slowest internet connection. It has 30% internet connection below the speed of 256 kbps. This is the fourth highest percentage of slow internet connections. Though it has slowest speed, this problem was decreased by 6.0% from the last quarter. The speed of overcoming the problem of slow internet connection is not satisfactory in this country.

 3. Nigeria:

Nigeria WORLDS TOP 10 COUNTRIES WITH SLOW INTERNET CONNECTIONNigeria is the country located in West Africa. In Nigeria, internet was started from 1995. It is the third country which has slowest internet connection. It has 31% internet connection below the speed of 256 kbps. This is the third highest percentage of slow internet connections. Though it has slowest speed, this problem was decreased by 16% from the last quarter. This country is showing progress in solving the problem. The speed of overcoming the problem of slow internet connection is quite satisfactory in this country.

2. Nepal:

nepal flag WORLDS TOP 10 COUNTRIES WITH SLOW INTERNET CONNECTIONNepal is a landlocked country located in South Asia. Internet was effective form 1994 A.D. in Nepal. It is the second country which has slowest internet connection. It has 32% internet connection below the speed of 256 kbps. This is the second highest percentage of slow internet connections. Though it has slowest speed, this problem was decreased by 4.0% from the last quarter. The speed of overcoming the problem of slow internet connection is very poor in this country.

1. Libya

ligya WORLDS TOP 10 COUNTRIES WITH SLOW INTERNET CONNECTIONLibya is the country in the Maghreb region of North Africa. In Libya internet was effective from 2000 A.D. It is the first country which has slowest internet connection. It has 52% internet connection below the speed of 256 kbps. This is the highest percentage of slow internet connections. Though it has slowest speed, this problem was decreased by 5.7% from the last quarter. The speed of overcoming the problem of slow internet connection is not good in this country.

Final Conclusion: Although these countries have started internet facility in their country likely in same time, some are doing good and increasing their quality of internet facility. While some are in the same pace of starting phase to improve their service quality. The most good doing country is Bolivia, which is increasing its service quality rapidly. Though these countries are having problems they and their citizens are using internet facility.

elist10.com


 Saintis Cipta Bateri Kuasa 2,000 Kali Ganda
Posted on Wednesday, October 02 @ 23:20:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Anda menyaksikan cip pemprosesan hadir dengan versi baru setiap tahun yang lebih laju dan berkuasa tinggi malah berkos efektif memberi kesan kepada pelbagai peranti di dunia seperti komputer, telefon sehinggakan sistem pelayan sekalipun.

Namun evolusi bateri kurang popular berbanding evolusi cip pemprosesan sehinggakan kepentingan bateri seakan-akan dilupakan meskipun ia perkakasan penting bagi kebanyakan peranti mudah alih yang wujud di dunia sekarang.


Benjamin Franklin mempopularkan istilah bateri

Mengimbau sejarahnya, bateri menjadi ‘senjata’ penting yang turut diiktiraf antara teknologi tercanggih pada abad ke-19 apabila ia menjadi sumber utama kuasa elektrik bagi menggerakkan mesin seperti generator.

Sememangnya kemajuan produk elektrikal juga memperlihatkan teknologi bateri bergerak seiring evolusi yang ketika itu mempunyai teknologi seperti telegraf serta telefon memerlukan kuasa mengoperasikannya.

Namun, adakah anda tahu teknologi bateri sudah ditemui sejak berkurun lamanya apabila sejenis bateri dinamakan Bateri Baghdad atau turut dikenali sebagai Bateri Parsi ditemui dalam salah satu artifak yang dijumpai pada zaman Mesopotamia.


Lakaran bateri Baghdad.

Ketika itu, dinasti Iran melalui Parsi dan Sassanid menguasai Timur Tengah sebelum kedatangan AD.

Istilah AD yang digunakan dalam kalendar Gregorian adalah perkataan Latin iaitu ‘Anno Domini’ yang bermaksud ‘Dalam Tahun Tuhan Kami’. Ada kalanya label CE (Common Era atau Christian Era) digunakan pada akhiran sesuatu tahun seperti 1960 AD atau CE.

Selepas beberapa kerja penggalian, arkeologi Jerman, Wilhelm Konig menemui satu balang di Kampung Khujut Rabu di Baghdad, Iraq pada 1938 yang mempunyai rekaan bulat panjang dengan batang logam lurus mengelilingi tembaga.


Bateri dalam gelas yang digunakan suatu ketika dulu.

Sesetengah saintis berpendapat penemuan terbabit adalah sel galvanik yang berusia 2,000 tahun memberikan kuasa elektrik rendah untuk memberi kuasa kepada bahan tertentu.

Prosedur pembangunan bateri dikatakan meletakkan plat tembaga dengan diselaputi tembaga sulfat serta serbuk zink dan ditutup merkuri yang menghasilkan tindak balas kimia bagi positif serta negatif menghidupkan cas elektrik.

Pada 1749, Benjamin Franklin yang juga bapa penemuan Amerika Syarikat menggunakan istilah bateri untuk memberi perincian kepada kapasitor digunakan beliau dalam salah satu eksperimen elektriknya.

Bateri mengandungi beberapa komponen penting termasuk penyimpan kuasa, katod, pembahagi, anod, elektrod, elektrolit dan penyimpan.

Biasanya, penyimpan kuasa adalah bahagian luar yang diselaputi besi melindungi bahan menghasilkan katod iaitu sebahagian daripada tindak balas kimia hasil campuran mangan dioksida dan karbon.

Katod terhasil apabila elektrod yang melalui tindak balas kimia elektrokimia dikurangkan pada kadar tertentu.

Bahan tertentu yang memisahkan beberapa elektrod menjadi pemisah utama sebelum anod dimuatkan di bahagian tengah bateri yang mengandungi besi zink terhasil selepas elektrod dioksidakan.

Elektrod yang juga hasil tindak balas elektrokimia itu adalah proses yang sering berlaku dalam bateri bagi mengalirkan kuasa.

Kemudian, wujudnya teknologi elektrolit mengandungi potasium hidroksida dalam air yang juga menjadi perantara bagi ion bergerak dalam sel membawakan ionik sebagai kuasa.

Sebatang pin kecil pula menjadi laluan utama dalam penyimpan yang menyalurkan kuasa bateri terus ke peranti elektrik.

Tindak balas kimia terjadi apabila anda memasukkan bateri dalam peranti mudah alih untuk memulakan operasi sirkit.

Elektrolit mengoksidakan zink berkuasakan anod manakala mangan dioksida mencampurkan tindak balas dengan zink yang dioksidakan tadi bagi menghasilkan kuasa elektrik.

Penyimpan akan mengesan sirkit luaran sebelum menyalurkan kuasa elektrik ke peranti elektronik seperti telefon dan lampu suluh anda.

Terdapat dua jenis teknologi bateri iaitu sekali guna dan boleh cas.

Alkaline antara bateri yang popular.

Kebiasaannya, bateri sekali guna hanya boleh dipakai sekali saja dan perlu ditukar selepas ia kering termasuk alkalin, zink karbon, litium dan zink perak dan zink udara.

Bateri boleh dicas termasuk nikel hidrid (NiMH), nikel kadmium (NiCD), ion litium (Li Ion) dan Sealed Lead Acid (SLA).

Jika anda perasan, Li Ion adalah bateri yang sering digunakan dalam telefon pintar dan perkomputeran membekalkan kuasa mencukupi bagi tempoh tertentu.

Bateri laptop yang besar menyalurkan tenaga lebih banyak.

Apabila bertambahnya peranti mudah alih seperti laptop, telefon pintar, pemain MP3 dan pelbagai peranti lain, ia secara tidak langsung memerlukan pertambahan bateri berkuasa tinggi.

Kalau dilihat pada permintaan telefon pintar misalnya, pengguna dan vendor sendiri mahu memasarkan produk yang memerlukan kuasa bateri lebih tinggi.

Daripada hanya 500mAh, pengguna kini pasti memerlukan tenaga yang sekurang-kurangnya memerlukan kuasa 2,500mAh.

Tetapi, anda kini mempunyai kuasa bateri telefon pintar bersaiz melebihi 5.3 inci dengan kapasiti melebihi 3,200mAh.

Ini bermakna, pembekal bateri perlu menyediakan reka bentuk yang bersesuaian untuk menyimpan ribuan tenaga dalam bateri.

Secara logiknya, lagi besar bateri terbabit, lebih besar kuasa yang ditawarkan, jadi permintaan telefon bersaiz besar sebenarnya menguntungkan syarikat pengeluar bateri apabila mereka mampu menawarkan lebih kuasa.

Cuma, masalahnya kini bergantung kepada saiz bateri yang perlu dinipiskan.

Baru-baru ini, penyelidik di Universiti Illinois mendakwa mereka berjaya membangunkan teknologi bateri jenis Li Ion yang mampu memberikan 2,000 kali kuasa berbanding mana-mana bateri Li Ion konvensional sekarang.

Evolusi melalui pembangunan super kapasitor dalam bateri dikatakan mampu menyediakan sejumlah tenaga yang banyak.

Penyelidik di universiti terbabit mendakwa kuasa bateri baru boleh menyalurkan kuasa 30 kali lebih pantas dan mampu dicas 1,000 kali lebih baik berbanding Li Ion biasa hanya selepas mengubah kaedah kuasa disalurkan dalam super kapasitor itu.

Teknologi baru memungkinkan penyelidik memasukkan stuktur katod dan anod baru yang menghasilkan bahan lebih baik berbanding kaedah lama.

Untuk merealisasikan hasrat ini, penyelidik membangunkan teknologi polistrin dalam abstrak gelas, nikel yang sudah dielektrodeposit kemudian menukar anod dan mangan dioksida dimampatkan bersama katod.

Evolusi bateri

1748 – Benjamin Franklin mempopularkan perkataan bateri untuk memperincikan plat gelas yang dicas.

1780 hingga 1786 – Luigi Galvani menunjukkan aliran elektrik dalam bateri.

1800 – Alessandro Volta mencipta Voltaic Pille yang juga kaedah pertama mengalirkan elektrik menggunakan zink dan tembaga.

1836 – Selepas Volta tidak berjaya menghasilkan kuasa yang lama menggunakan Voltaic Pille, John F Daniel mencipta sel Daniel yang memberikan sejumlah 1.1 voltan kuasa untuk mengoperasikan mesin seperti telegraf.

1839 – William Robert Grove mencipta sel minyak pertama yang membolehkan kuasa bateri menggunakan hidrogen dan oksigen.

1839 hingga 1842 – Beberapa pencipta cuba memperbaharui bateri yang menggunakan cecair elektrod untuk menghasilkan elektrik. Hanya ciptaan Bunsen (1842) dan Grove (1839) saja yang menampakkan kemajuan.

1859 – Pencipta Perancis, Gaston Plante membangunkan bateri yang boleh dicas semula. Bateri terbabit kini digunakan dalam kenderaan!

1866 – Sel Zink Karbon Leclanche dipatenkan oleh jurutera Perancis, Georges Leclanche yang digunakan dalam kenderaan.

1881 – JA Thiebaut mempatenkan bateri pertama yang memuatkan zink dan elektrod dalam satu port.

1899 – Waldmar Jungner mencipta bateri boleh cas nikel kadmium pertama.

1901 – Thomas Alva Edison (Pasti anda kenal!) mencipta bateri alkalin pertama.

1949 – Lew Urry memperbaharui bateri alkalin dengan campuran mangan dan bekerjasama dengan syarikat Eveready Battery Co.

1954 – Tiga individu, Gerald Pearson, Calvin Fuller dan Daryl Chapin berjaya mencipta sel solar untuk bateri.

1964 – Syarikat bateri popular, Duracell ditubuhkan.-IT@Metro


 [Berita Tak Sihat] Mysihat Bayar Kepada Pembekal Tidak Wujud
Posted on Wednesday, October 02 @ 22:49:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

KUALA LUMPUR: Gagal pantau aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), melakukan pembayaran tanpa dokumen sokongan lengkap juga membuat pembayaran kepada pembekal yang tidak wujud.

Kelemahan itu dikesan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 terhadap Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) .

Laporan tersebut mendapati, MySihat gagal memantau dengan teliti pelaksanaan aktiviti yang tidak mengikut perancangan contohnya, pelaksanaan Program 10,000 Langkah Sehari Bersama MySihat dan Berita Harian di 14 lokasi yang telah ditetapkan.

Kelab Sukan Dan Rekreasi Kumpulan NSTP (M) Bhd. melaksanakan program itu menerusi peruntukan geran berjumlah RM1juta.

Walaupun telah menerima sejumlah RM900,000 atau 90 peratus daripada jumlah geran diluluskan, program tersebut hanya dijalankan di tiga lokasi sahaja.

Dalam pada itu, Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendapati, MySihat menerusi Laporan Akhir Program Kursus Promoter dan Gotong-Royong Perdana gagal menyediakan dokumen sokongan seperti invois, sebut harga, bil atau nota terima selepas membuat bayaran sebanyak RM2,875 kepada penceramah dari Pejabat Kesihatan, pembelian banner (RM450), bayaran publisiti (RM500).

“Malah, pembayaran kepada pembekal makanan berjumlah RM25,700 bagi Program Pelancaran Perasmian Projek Kebersihan dan Keceriaan Pulau Bum-Bum, Gotong Royong Perdana dan Ramadhan Tanpa Asap Rokok juga tidak disokong dengan dokumen lengkap,” katanya.

Semakan lanjut turut mendapati pembayaran sebanyak RM12,000 dibuat kepada Pemborong Kasram yang tidak wujud.

Menurut laporan tersebut, pihak audit telah menelefon nombor yang tertera pada invois pembekal dan mendapati tiada perniagaan Pemborong Kasram sebaliknya nombor telefon tersebut adalah milik Citra Beauty Saloon yang telah beroperasi melebihi tiga tahun di Semporna.

Dalam masa sama, semakan dengan pendaftaran perniagaan turut mendapati tiada rekod mengenai syarikat tersebut.

Dalam responnya, MySihat berkata, geran berjumlah RM100,00 dan bayaran berperingkat telah dilaksanakan namun pembayaran NGO kepada pembekal tidak disedari oleh agensi itu.

Dengan itu, MySihat akan mengkaji semula proses bayaran geran di samping memantau perbelanjaan projek oleh NGO.

MySihat yang ditubuhkan untuk merancang dan melaksanakan program dan aktiviti promosi kesihatan telah diberi geran berjumlah RM34.21 juta kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi tahun 2010 sehingga 2012.

Sejumlah RM25.91 juta atau 75.7 peratus telah diluluskan kepada NGO yang layak di bawah lima kategori iaitu promosi kesihatan, sukan dan rekreasi, kebudayaan, penyelidikan dan bina upaya.-MalaysiaGazette


KERJA MULIA : Jaga peti undi..........
Posted on Wednesday, October 02 @ 22:55:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: tokpepijat

"Balai polis dan anggota PDRM bakal digunakan dalam Pemilihan UMNO bulan depan. Semuanya untuk menguruskan kertas undi sebanyak 4 juta.

Sejak bila PDRM jadi "hamba" kepada UMNO? Apabila PDRM digunakan UMNO semata-mata untuk menjaga keselamatan dan kelancaran pemilihan UMNO menunjukkan tanda-tanda gaya pemilihan UMNO semakin samseng, ganas, korup dan jahat.



Balai digunakan untuk simpan undi.
Kereta peronda diarah iringkan kenderaan membawa kertas undi.
Anggota polis kena jaga 24 jam kertas undi di Balai.

Nampaknya semakin "pandir" tugas PDRM akibat layan karenah UMNO! Berjoget sakanlah penjenayah melihat situasi pandir itu.

Jika dalam PRU, UMNO boleh "berpakat" dengan PDRM, JPN, SPR untuk hadapi Pakatan Rakyat, bagaimana pula untuk UMNO menghadapi pilihanraya sesama ahli?

Kem dan puak mana akan manipulasi tugasan polis? Dulu persepsi rakyat PDRM adalah kompenan BN, kini PDRM bakal "berpecah " untuk menyokong kem-kem dalam UMNO.

Adakah akan berlaku blackout semasa pengiraan undi?
Adakah akan ada mana-mana kem gunakan pengundi hantu seperti dalam PRU?
Adakah pengundi hantu itu Banglasia atau Indonesia atau Sulu?

Tugas PDRM semakin menimbun dan mencabar. Terpaksa layan karenah UMNO dalam keadaan kadar jenayah semakin bertambah.

KERJA MULIA: Jaga peti undi.........."

 

Tiada ulasan: