Selasa, 7 Ogos 2012

SENANG2 KITA KATA ORANG TAK BAIK...YANG BAIK ITU AKHIRAT MASUK SYURGA MANAKALA YANG JAHAT MASUK NERAKA..RAKYAT MASING2 ADA TUGAS...KITA LUPA SIILMUAN@SIALIM DAN KUAT IBADAHNYA SERTA IKHLAS IBADAHNYA....SUJUD TAHJUDNYA MENDOA KAN KESEJAHTERAAN@KEAMANAN AMANAN NEGARA...SAPE PUN TAK HARGAI...SERTA KENAL BELIAU..YANG KENAL HANYA ALLAH SAJA...PATUT KITA BERTERIMA KASIH KEPADANYA...KERANA ALLAH MASIH MEMANDANGNYA...KALAU TIDAK APA YANG TERJADI PADA NEGARA INI....ALLAH SAJA YANG TAHU

Zambry: Nizar pemimpin yang mempunyai 'mental habit' tidak baik

6 Ogos 2012
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
LUMUT – Tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang terus mengeluarkan kenyataan demi kenyataan tidak sepatutnya menunjukkan beliau seorang pemimpin yang mempunyai 'mental habit' tidak baik.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu suka mengundang kontroversi dengan membuat kenyataan yang tidak sepatutnya walaupun semasa umat Islam menyambut Ramadan tanpa memikirkan kesannya terlebih dahulu.

"Ia merupakan mental habit bagi Nizar dan tidak menghairankan jika dia akan terus mengeluarkan kenyataan atau tweet yang kurang elok selepas ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri di Dewan Orang Ramai Kampung Batu 3, Segari, dekat sini hari ini.

Seramai 109 warga emas, tujuh orang kurang upaya dan lima anak yatim menerima sumbangan berupa duit raya dan barangan keperluan harian daripada Zambry dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Sabtu lepas, Mohammad Nizar, yang juga Anggota Parlimen Bukit Gantang, mengeluarkan tweet: "'Janji ditepati' malang perayaan kemerdekaan tahun ini dibuat oleh Kabinet BN, luntur semangat nak kibarkan Jalur Gemilang, jalur malang!", sekali gus membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia.

Namun, beliau menafikan telah menghina Jalur Gemilang dan menyalahkan pihak tertentu yang salah mentafsir kenyataan yang dikeluarkannya itu.

Pada Mei lalu, Mohammad Nizar mencetuskan kontroversi apabila mempertikaikan bidaan nombor plat WWW 1 pada harga RM520,000 oleh Sultan Johor.- Bernama
Pas: Panel khas royalti helah politik
ROSMIZA KASIM
6 Ogos 2012
Pas: Panel khas royalti helah politik
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
KOTA BHARU - Pas Kelantan menganggap jaminan Kerajaan Pusat yang tidak akan menafikan hak tuntutan royalti minyak hanyalah  permainan mereka untuk menunjukkan sikap baik kepada rakyat negeri ini.

Timbalan Pesuruhjaya Pas III Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, keyakinan yang dilahirkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu kelmarin adalah untuk mengurangkan tekanan kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Di sebalik kenyataan itu, Mohd Amar menjelaskan pengumuman untuk bersikap telus menerusi penubuhan Jawatankuasa Bayaran Royalti disebabkan Kerajaan Pusat tertekan dengan desakan pelbagai pihak termasuk penegasan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah supaya menyelesaikan isu berkenaan sebelum pilihan raya.

“Sekarang ini mereka mahu sedapkan hati rakyat Kelantan dengan janji-janji itu untuk menunjukkan sikap baik mereka, apatah lagi sudah menghampiri pilihan raya.

“Bagi saya jawapan-jawapan yang diberikan ini adalah sebagai satu helah politik untuk tidak memberikan bayaran royalti kepada rakyat Kelantan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri menjangkakan terdapat usaha terselindung di sebalik penubuhan jawatankuasa berkenaan.

“Saya jangka selepas ini apabila jawatankuasa membuat keputusan Kelantan tidak layak dan tidak berhak atas tuntutan itu, maka mereka akan berselindung di sebalik ketetapan tersebut yang sekali gus menutup kesilapan mereka.

“Isunya kenapa selama ini boleh diberi kepada Sabah dan Sarawak dan Terengganu, tetapi apabila Pas memerintah Terengganu ia disekat, apabila Kelantan tuntut ada yang mempertikaikan jaraknya. Ini semua adalah helah politik,” katanya.

Mohd Amar sekali lagi menegaskan kajian tidak perlu kerana perkara berkaitan pembayaran itu sudah termaktub dalam perjanjian tuntutan royalti dan semuanya itu adalah tidak menghormati perjanjian.

Profesional muda dijemput ke program 11 Ogos ini

Harakahdaily, 07 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menjemput seluruh profesional muda dari sektor kerajaan dan swasta, graduan dalam dan luar negara untuk menghadiri program 'Xpresi Profesional Muda Ke Putrajaya' pada Sabtu, 11 Ogos ini.

Program ini akan berlangsung di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam.

Pendaftaran bermula jam 1 petang, disusuli dengan aktiviti Xpresi dan dijadualkan berakhir dengan majlis berbuka puasa bersama Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Program ini sebagai medan pemantapan peranan profesional muda dalam agenda Membangun Negara Berkebajikan.

"Jadikan Xpresi ini sebagai manifestasi kebersamaan profesional muda dalam agenda mengisi kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di Putrajaya kelak, insyaAllah," kata ketuanya Nasrudin Hassan.

Bertemakan agenda 'Maknakan Kemenangan', program ini akan memberi penumpuan terhadap peranan profesional muda dalam agenda mengisi dan memaknakan kemenangan di dalam kerangka Negara Berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

Ianya juga sebagai wadah kepada golongan profesional muda membina jaringan mengikut bidang kepakaran masing-masing.

Selain itu, ia juga merupakan satu platform untuk profesional muda berdiskusi dan berdialog secara langsung bersama pimpinan tertinggi, antaranya Presiden PAS, AJK PAS Pusat, EXCO Pemuda, Ameerah, serta beberapa NGO badan professional.

Pendaftaran awal boleh dilakukan melalui borang pendaftaran maya di capaian http://tiny.cc/Xpresi-Profesional-Muda. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pihak urusetia, Sdr Hamdan (019-2106004) dan Sdr Muhammad (019-3303236).

Pengalaman pertamaku menyertai bersih

Azman Aziz,
Ini kali pertama saya menghadiri BERSIH. Saya tidak menghadiri BERSIH 1 dan 2 kerana bertugas. Tetapi alhamdulillah, saya dapat menyertai BERSIH 3.0 (Insya-Allah saya akan bawa keluarga saya menyertai BERSIH 4.0 nanti).  Pada 28/4/12 jam 1.00 tengah hari saya dan keluarga berada di KLCC kerana ada urusan.

Hasrat hati nak menyertai kumpulan Hijau ke Dataran Merdeka, tetapi kumpulan ini telah bergerak awal. Selepas solat Zuhur saya menaiki Putra LRT ke Masjid Jamek. Tren terasa amat lambat namun sebaik sampai ke stesen Masjid Jamek, terdengar sorakan daripada lautan manusia yang menuntut keadilan dalam pilihan raya.

Meremang bulu roma dan hati saya terharu kerana semua rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan usia turut menyertai BERSIH 3.0.  Benar, memang fitrah manusia mahukan keadilan, kecuali Umno-BN yang terus memekakkan telinga terhadap suara rakyat yang mahukan keadilan, membutakan mata melihat kebangkitan rakyat dan membodohkan diri sendiri (lihat kenyataan bekas KPN Tun Hanif Omar dalam KOSMO 1 Mei 2012).

Perhimpunan berjalan dengan aman sehinggalah polis melepaskan gas pemedih mata. Peserta BERSIH 3.0 terpaksa berundur sebentar. Saya dan sebahagian peserta beredar ke lorong tepi stesen Masjid Jamek dan ketika itu seorang pemuda Cina mengagihkan bungkusan garam. Saya yang membawa sebotol air mineral berkongsi dengan peserta lain membasuh muka.

Yang mengharukan, penyewa hotel berhampiran mencurahkan air dari bilik mereka bagi membantu peserta BERSIH 3.0, malahan ada yang menggunakan hose reel memancutkan air. Hati saya terharu melihat ikhlasnya mereka membantu walaupun mereka hanya menginap di hotel berkenaan.

Polis terus melepaskan gas pemedih mata, kami bergerak ke Lebuh Ampang dan berehat di situ sehingga 4.30 petang. Saya kemudian singgah restoran berhampiran kerana mahu ke tandas. Di situ saya mendapati ramai peserta yang singgah untuk makan.

Saya terharu melihat suasana di satu meja kerana anak muda Cina dan Melayu berbincang dan bertukar gambar melalui handphone dan kemudian bersalam sebelum keluar restoran.

Sambil menunggu giliran masuk tandas, saya bersembang dengan pak cik dari Bagan Serai, Perak dan seorang peserta BERSIH dari Johor. Niat kami sama iaitu menuntut keadilan pilihan raya.

Pak cik dari Bagan Serai itu hadir ke BERSIH 3.0 demi masa depan generasi akan datang. Sementara peserta dari Johor menyatakan bahawa rakyat secara umumnya sudah mempunyai rumah, kereta, kerja, tetapi tidak mendapat keadilan daripada pemerintah.

Saya kemudian merayau berseorangan ke depan SOGO.  Polis masih berkawal dan masih terdapat peserta BERSIH 3.0 di situ. Saya kemudian melalui Bangunan CIMB ke stesen LRT dan terserempak dengan Ustaz Badrul Amin dan isteri.  Kami bersalaman dan beliau bertanya saya tentang perhimpunan.

“Tercapai juga niat saya untuk merasa gas pemedih mata,” jawab saya berseloroh. Ustaz Badrul Amin tersenyum dan mengatakan itulah “bunga-bunga syurga”. Mudah-mudahan pengalaman ini menjadi bukti bahawa saya insan yang lemah ini hanya mampu menyerahkan diri berjuang menentang pemerintah yang zalim terhadap rakyat. TAKBIR!!!!

Lee Chong Wei Oh Lee Chong Wei

http://www.msomelayu.blogspot.com/, 07 Ogs 2012
SUSUPAN PETANG

Sewaktu singgah di rumah anak di Putrajaya sekembali dari Kelantan untuk menghadiri upacara perkebumian seorang sepupu yang meninggal Subuh semalam sempat juga saya menyilau mata ke skin tv yang sedang menayangkan siaran langsung perlawanan bandminton antara Lee Chong Wei dengan Lin Dan dari China. Semua anak-anak termasuk menantu saya menyokong Chong Wei atas semangat kenegerawaan dan simpati kepada Malaysia yang kosong mendapat emas.

Lee Chong Wei diganggu?
Saya tidak pasti apakah cucu saya Muhammad Khalif Ummar yang kini sedang kepenatan dan rajin berlaih merangkak dan cuba bangun sendiri juga bersama mereka yang lain? Rakan saya dan isteri dan anaknya juga yang ada sama bersorak setiap kali Chong Wei berjaya menambah mata.

Berlainan dengan saya. Saya agak pesimis sedikit terhadap apa yang ada. Terus terang saya kata, saya tidak mesra dengan kemenangan bakal dicatat Chong Wei malam tadi. Bukan saya dengki kerana dia akan mendapat jongkong emas bernilai RM4 juta, tetapi ada sebab-sebab tertentu yang tidak wajar saya kata sekiranya dia menang.

Dari awal-awal lagi atau tepatnya sejak penampilan pemain ini dalam dunia badminton dan meneliti perkembangan dan kemenangannya, menjadikan saya tertanya-tanya. Dia selalu menang kalau bermain secara individu tetapi permainan berpasukan untuk negara dia sering kalah. Mungkin ini nasib dan takdir, dan kejaguhannya tidak boleh membantu membakar semangat rakan-rakan lain demi negara. Mungkin itu anggapan saya ini salah.

Berkaitan dengan perlawanan semalam, saya tidak senang kalau dia menang kerana kemenangan itu akan dipolitikkan. Ini bukan Chong Wei yang salah tetapi manusia politik yang berada di sekelilingnya menjadi penoda kepada niat sucinya dan profelismenya sebagai seorang atlit. Sudah pasti kalau Chong Wei menang semalam dia akan dijadikan modal dalam dunia politik. Berani saya katakan tentu wajah dan aksinya akan ada di dalam manifesto parti politik yang Chong Wei mangangkat jongkong emas atau berpelukan dengan Rosmah Mansor.

Ini pasti akan terjadi. Justeru kerana meramalkan kejahatan politik yang bakal dilakukan ke atas beliau inilah maka saya senang bila Malaysia tidak akan mendapat pingat emas. Bagi saya adalah keji kalau kejayaan seseorang untuk negara kemudian diambil kesempatan oleh parti politik untuk membuktikan kejayaan seseorang itu kononnya disebabkan mereka.

Pemisahan antara parti dengan kerajaan tidak berlaku di Malaysia. Kejayaan individu di dalam negara ini sering diagungkan sebagai kejayaan parti politik. Bagi saya sikap mengeksploitasi kejayaan individu atau negara ini sebagai kejayaan parti politik adalah salah dan sesuatu yang keji serta perlu dihindarkan. Dari sinilah baru sukan dapat dijadikan alat perpaduan dan kekuatan negara.

Begitu juga saya lihat pemburuan pingat dilakukan Chong Wei itu sebenarnya sudah dinodai dengan tawaran jongkong emas. Di dalam minda Chong Wei yang terdampar bukan lagi pingat emas tetapi jongkong emas. Kerana secara relatifnya nilai jongkong dengan pingat itu jauh berbeza. Melainkan seseoranag itu tulen bersemangat negarawan... dia akan meletakkan pingat dan nama negara lebih dari segala-galanya dalam dirinya.

Bahkah ganjaran atas kejayaan itu kelak dia akan kembalikan kepada negara. Apakah kalau Chong Wei menang diberi jongkong emas, dia akan kembalikan wang itu kepada negara untuk memajukan dunia sukan? Chong Wei boleh jawab dan sekiranya tidak, ini bermakna ganjaran itu adalah untuknya maka kalau dia berjuang ketika itu bukan lagi untuk maruah negara tetapi untuk dirinya.

Penawaran untuk memberi jongkong emas oleh syarikat berkenaan...atau lain-lain tawaran dalam situasi begitu kepada saya adalah pembunuh semangat dan jiwa negara yang ada kepada Choing Wei. Tawaran demikian juga sedikit sebanyak mengganggu minda dan konsentrak Chong Wei untuk meraih kejayaan. Natijahnya dia seakan hilang fokus dan menangis sebelum bola terakhir jatuh ke gelanggangnya.

Apapun tahniah juga buat Chong Wei setidak-tidaknya perlawanan malam tadi mengingatkaqn kepada sesetengah dunia bahawa negara bernama Malaysia wujud di dunia ini. Chong Wei adalah duta besar Malaysia ke dunia sukan.  [wm.kl.3:32 pm 06/08/12]
 
Razali: Mano tak wajar kritik Chong Wei
Noor Hafiza Che Abdullah dan Siti Fatimah Muhammad Ali
7 Ogos 2012
Razali: Mano tak wajar kritik Chong Wei
Jaguh Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei (tiga, kanan) disambut meriah oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim (empat, kiri). -fotoBERNAMA
Datuk Razali Ibrahim
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim
SEPANG - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim kesal dengan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang didakwa mempolitikkan kekalahan tipis  Datuk Lee Chong Wei di tangan Lin Dan di London, kelmarin.

Katanya, kenyataan yang dibuat oleh wakil DAP itu menunjukkan corak pemikiran pemimpin tersebut tidak profesional.

"Kenyataan Manoharan yang dikatakan tidak wajar dikeluarkan.

"Seharusnya mereka memberi sokongan dan memahami bahawa kita menghadapi kesukaran untuk menjelma emas pertama," kata beliau.

"Dan, bukannya dengan mengkritik seperti ini.

"Saya betul-betul kecewa dengan sesetengah pihak yang tidak memahami situasi kami sebaliknya yang hanya pandai mengkritik," kata Razali ketika menyambut ketibaan wira negara, Datuk Lee Chong Wei di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Razali berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Manoharan yang menulis di Twitternya sejurus selepas Chong Wei tewas dengan mengatakan Lin Dan telah menang dan dia bermain lebih baik daripada "Lee Chong AWAY...".

Pada masa sama, Razali turut menegaskan bahawa rakyat Malaysia patut berbangga dengan pencapaian terbaik Chong Wei kepada negara.

"Memang kita mengharapkan jelmaan emas pertama, tapi inilah adat perlawanan. Ada kalah dan menang.

"Jadi, kita seharusnya menerima kekalahan itu dan bersyukur kerana Chong Wei berjaya menyumbangkan perak untuk negara.

"Itu sudah cukup memadai daripada tidak memperoleh apa-apa pingat.

"Lagipun, bagi saya, Chong Wei sudah beraksi dengan baik dan telah banyak menyumbangkan jasa kepasa negara," jelasnya yang berbangga dengan semangat juang Chong Wei dalam mengharumkan nama negara.

Pada Ahad lepas, Chong Wei terpaksa akur apabila tewas kepada jaguh China, Lin Dan 21-15, 10-21 dan 19-21 sekali gus hanya  membawa pulang perak pada perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki di Arena Wembley, London.

Keputusan itu mengulangi pencapaian di Beijing empat tahun lepas apabila beliau turut kecundang pada lawan yang sama.

Chong Wei: 'Olimpik 2016 mustahil bagi saya'
Noor Hafiza Che Abdullah dan Siti Fatimah Muhammad Ali
7 Ogos 2012
Datuk Lee Chong Wei
Jaguh Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei (kanan) mengigit pingat perak yang dimenangi oleh beliau pada Temasya Sukan Olimpik di London ketika tiba di KLIA. --fotoBERNAMA
PEMAIN perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menjelaskan bahawa beliau akan mempertimbangkan untuk beraksi di Sukan Olimpik 2016 sekiranya kesihatan beliau berada dalam keadaan baik.

"Untuk beraksi di Sukan Olimpik 2016  amat mustahil bagi saya.

"Tapi sekiranya fitness saya berada dalam keadaan baik dan stabil, saya akan cuba beraksi.

"Apa-apa pun, ia bergantung kepada tahap kecergasan kerana temasya Olimpik empat tahun lagi, umur saya sudah menjangkau 34 tahun," kata Chong Wei ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang hari ini.

Chong Wei berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat rakyat Malaysia yang masih memerlukan khidmat beliau untuk beraksi pada temasya Olimpik 2016.

Pada masa sama, beliau yang disambut hampir 1,000 peminat di KLIA hari ini melahirkan rasa terkejut dan gembira apabila melihat sokongan padu rakyat Malaysia terhadapnya.

"Saya betul-betul terharu di atas kehadiran peminat hari ini. Malah, kehadiran mereka membuatkan kekecewaaan saya terubat setelah gagal menyumbang emas kepada negara.

"Kesudian mereka juga membuktikan rakyat Malaysia mampu menerima kekalahan saya walaupun ada segelintir peminat yang kecewa," jelasnya yang  berterima kasih kepada rakyat Malaysia apabila  tidak jemu memberikan sokongan padu kepadanya selama ini.
2 perak: DAP syor anugerah khas buat Chong Wei
Wartawan Sinar Harian
7 Ogos 2012
Lee Chong Wei
Pemain badminton negara Lee Chong Wei (kiri) bersama pingat perak selepas kecundang kepada pemain China Lin Dan pada perlawanan akhir di Sukan Olimpik London, di Arena Wembley.
SHAH ALAM - Sementara pandangan seorang wakil rakyatnya mencetuskan kontroversi, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mencadangkan agar Kabinet menghargai sumbangan Datuk Lee Chong Wei dengan gelaran khas Atlet Sepanjang Dekad kerana memenangi dua pingat perak bagi Malaysia dalam Sukan Olimpik.
Penasihat DAP berkata, Kabinet yang akan mengadakan mesyuarat mingguan esok wajar berbuat demikian memandangkan tidak pernah ada atlet negara yang mengutip dua pingat, walaupun perak, dalam dua temasya Olimpik berturut-turut.
"(Mesyuarat) Kabinet esok seharusnya menghargai Datuk Lee Chong Wei sebagai Atlet Malaysia Sepanjang Dekad kerana memenangi dua pingat perak Olimpik, yang tidak dilakukan oleh mana-mana pihak.
"Rakyat Malaysia amat kecewa dengan kegagalan Chong Wei memenangi pingat emas Olimpik dalam acara badminton perseorangan lelaki, di mana ia (kita mengalami) situasi makin dekat tetapi masih jauh.
"Bagaimanapun tidak seorangpun harus kecewa berbanding kekecewaan dialami Chong Wei sendiri memandangkan dia telah mempamerkan usaha yang cemerlang dan kagumkan," kata beliau dalam satu kenyataan semalam di blognya.
Sehubungan itu katanya, Chong Wei kekal sebagai hero tidak tercabar sepanjang 10 tahun lalu, sekali gus "pencapaiannya telah disita dengan dua pingat perak Olimpik."
Chong Wei yang kalah buat kali kedua di final Sukan Olimpik kepada Lin Dan dari China akan pulang ke tanah air pagi ini.
Sehubungan itu, Kit Siang yang juga ahli Parlimen berkata, Yang di-Pertuan Agong diharap akan perkenan menyampaikan anugerah itu sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September.
"Ini kerana dia (Chong Wei) telah menyatukan rakyat Malaysia tidak kira kaum, agama atau wilayah," katanya lagi.
Semalam, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, Chong Wei akan diberikan sambutan sebagai wira negara apabila tiba di KLIA hari ini.

Tiada ulasan: