Selasa, 7 Ogos 2012

MEMBAZIR BUKAN NAK DIKAWAL PADA BULAN RAMADAN SERTA SYAWAL MALAH SEPANJANG TAHUN....PENCEMARAN BUKAN SUNGAI SAJA...ATAU LAIN2 PENCEMARAN MALAH YANG KITA TAKUTI PENCEMARAN AKIDAH...DENGAN DATANGNYA BUDAYA2 ASING SERTA SERANGAN PEMIKIRAN DARI PEMIKIR2 YANG ANTI ISLAM

Pencemaran Sungai Juaseh bimbangkan penduduk

Harakahdaily, 07 Ogs 2012
SEGAMAT: Pencemaran air Sungai Juaseh yang terletak di Dun Kemelah di Parlimen Sekijang di sini cukup membimbangkan penduduk.

Difahamkan, sisa buangan berpunca dari kilang sawit yang berdekatan dan dibimbangi bakal menjejaskan kesihatan penduduk kampung sekiranya dibiarkan berterusan tanpa perhatian dan tindakan pihak yang bertanggungjawab.

Menurut penduduk, apabila hari hujan, air sungai akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan dan berwarna hitam.

Lebih- lebih lagi ,terdapat sisa pelupusan sampah yang tidak diuruskan dengan baik, berdekatan dengan sungai tersebut.

Penyelia Pusat Aduan Rakyat Dun Pemanis, Parlimen Sekijang, Normala Sudirman berkata, isu pencemaran air di Sungai Juaseh ini cukup membimbangkan penduduk kampung kerana akan menyebabkan kesihatan mereka terjejas.

"Kita menerima aduan bahawa kemungkinan berlaku pembuangan sisa hasil kilang yang tidak mengikut sistem jadual berskala yang betul dari kilang sawit yang berdekatan," katanya kepada Harakahdaily.

"Ini bukan soal untuk menyuluh kelemahan sesiapa tetapi ini soal kebajikan penduduk. Matlamat kami adalah untuk membantu rakyat dengan menyalurkan aduan ini dan mengemukakan bukti bergambar untuk kesejahteraan semua," katanya yang juga bekas calon Pilihan Raya Kecil Dun Tenang.

Katanya, pihaknya bersama penduduk juga akan mengadakan sidang media dan menghantar memorandum kepada pihak bertanggungjawab.

Menurutnya lagi, beliau juga tidak akan teragak- agak untuk mendedahkan nama kilang yang menyebabkan pencemaran air sungai ini berlaku, jika masalah ini dibiarkan berlarutan tanpa tindakan yang sewajarnya.

"Kita tidak mahu berlaku seperti isu Gas Ammonia di Sg. Gatom Labis beberapa tahun dahulu yang akhirnya menyebabkan penduduk kampung menjadi mangsa dan terpaksa berpindah kerana sesak nafas hingga terpaksa dikejarkan ke hospital kerana tahap kesihatan mereka berada di tahap yang kritikal," katanya.

Anak buat laporan polis terhadap Ismail Sabri

Salmiyah Harun, 07 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) membuat laporan polis berhubung penyalahgunaan kuasa Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Koperasi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana bertindak mengeluarkan arahan menyemak kembali Mesyuarat Agung Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang diadakan pada 20 Jun 2012.

Menurut Presiden Anak, Mazlan Aliman,  tindakan Sabri itu kononya atas alasan ada bantahan dalam mesyuarat agung berkenaan yang ada kaitan soal kewangan dan lambat diterima oleh perwakilan sehingga mengesyorkan mesyuarat itu dibatalkan.

"Akhirnya menjadikan mesyuarat agung KPF tidak sah. Mesyuarat itu dibatalkan kerana ada kaitan arahan langsung dari Ismail Sabri.

"Bila panel sudah membuat siasatan dan mengesahkan tidak ada kecacatan dalam mesyuarat agung itu, tetapi kenapa Ismail Sabri kata ada (kecacatan)," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di IPD Dang Wangi, petang semalam.

Tambahnya, penyalahgunaan kuasa ini bukanlah kali pertama yang dilakukan oleh Ismail Sabri.

Sebelum ini, katanya Ismail Sabri telah mengecualikan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad  daripada peruntukan Undang-undang Kecil Koperasi Felda untuk membolehkan Isa kekal sebagai Pengerusi KPF.

Mazlan yakin dan percaya tujuan di sebalik percaturan yang sengaja dibuat itu untuk memastikan Isa Samad menjadi pengerusi KPF bagi membolehkan KPF dimasukkan dalam Felda Global Venture Holding (FGVH).

"Kalau kita tidak halang usaha ini, Ismail Sabri dan Isa Samad akan akan pergi lebih jauh dan saya percaya usaha mereka akan memastikan KPF masuk dalam FGVH untuk melonjakkan semula saham FGVH yang kini tidak stabil dan semakin merundum," katanya.

Justeru katanya, sekiranya KPF di masukkan ke dalam FGVH ianya akan memberi kesan kepada hampir 220,000 pemegang saham KPF di seluruh negara.

Turut hadir  Pengerusi Badan Bertindak Kebangkitan Peneroka Abd Rahman Ramli, Pengerusi Anak Lembah Klang Nasaie Ismail, Setiausaha Anak Kebangsaan Faisal Arifin dan wakil penerokaTanggam a/l Raju .

Isa merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan dan beliau dilantik secara kontrak sebagai pengerusi Felda.

Sebelum ini, mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membekukan sementara keahlian Isa dalam koperasi tersebut.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim berkata terdapat merit untuk membenarkan empat peneroka Felda mencabar keahlian Isa dalam KPF.

Jika keahliannya tidak dibekukan, Isa dipercayai akan dicadang untuk dilantik sebagai pengerusi KPF yang baru dalam mesyuarat tersebut.

Sempena Nuzul Al-Quran: Jadikan Al-Quran Perlembagaan Hidup

Nik Nasri Nik Malek, 06 Ogs 2012
Ramadhan bukan sahaja bulan difardhukan puasa, tetapi juga bulan diturun kan al-Quran dari Lauh Mahfuz ke langit dunia secara serentak. Al-Quran kemudian diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun dalam dua fasa-iaitu Makkiyyah dan Madaniyyah.

Al-Quran menjadi mukjizat kekal bagi Nabi SAW dan buat manusia seluruhnya. Mukjizat-mukjizat lain seperti air keluar dari celah jari, pokok kurma datang kepada Nabi, bulan terbelah hanya dilihat pada zaman ia berlaku. Mungkin ada kesannya yang boleh dilihat hingga sekarang tetapi satu-satunya mukjizat yang kekal, bukan sahaja sebagai mukjizat dengan nama mukjizat, bahkan sebagai petunjuk kepada manusia, mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya, menjadi pemisah antara yang haq dan batil serta menjadi perlembagaan paling tinggi buat hidup dan kehidupan manusia di dunia ini ialah al-Quran.

Hebatnya al-Quran sebagai perlembagaan hidup manusia sehinggakan Nabi Isa as yang turun pada akhir zaman nanti pun akan berhukum dengan al-Quran dan syariat Muhammad SAW, walaupun Nabi Isa dibangkitkan lebih awal daripada Nabi Muhammad SAW dan kitab Injil lebih awal turunnya daripada al-Quran. Kalau Nabi Isa pun berhukumkan al-Quran sedangkan Baginda juga punya kitab, maka bagaimana dengan kita dan manusia lain yang tiada kitab yang mesti diikuti melainkan al-Quran itu sendiri?

Al-Quran sebagai perlembagaan hidup diucapkan sedari kecil oleh kanak-kanak PASTI: ‘Al-Quran dusturuna’ (Al-Quran perlembagaan kami). Ia juga menjadi slogan dalam Parti Islam se-Malaysia PAS. Lebih dari itu, ia bukan sekadar ucapan kanak-kanak dan slogan tetapi itulah juga yang menjadi inti perjuangan PAS yang menjadi kesinambungan perjuangan Nabi Muhammad SAW yang kemudian disusuli oleh para sahabat dan pengikut-pengikutnya sehingga hari Kiamat.

Besarnya al-Quran sebagai perlembagaan hidup ini difahami oleh para orientalis Barat. Mereka telah mengkaji kekuatan umat Islam. Mereka sedar kekuatan umat Islam ialah apabila mereka berpegang dengan ajaran al-Quran (bersama petunjuk Sunnah Nabi Muhammad SAW). Kekuatan inilah yang cuba dibuang dan dijauhkan oleh musuh Islam daripada umat Islam. Umat Islam disogok dengan fahaman asing, ideologi asing, sistem asing, cara penyelesaian asing, budaya asing dan segala-galanya yang asing daripada fitrah semulajadi mereka dan perkara yang menjadi ruh kepada kekuatan mereka.

Al-Quran menjadi kitab yang tidak difahami oleh umatnya sendiri. Mereka buta al-Quran. Al-Quran tidak dapat dibaca dengan baik. Maknanya tidak difahami. Kalau difahami pun, tidak dilaksanakan tuntutannya. Perjuangan menegakkannya dianggap ketinggalan zaman dan tidak relevan. Pelbagai alasan dibuat untuk tidak melaksanakan tuntutan al-Quran, bukannya mencari jalan bagaimana boleh dijayakan tuntutan al-Quran itu. Ia berkait dalam aspek kepercayaan, ibadah, muamalah (urusan sesama manusia), jenayah, politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan segala urusan kehidupan.

Musuh Islam dari Barat dan Timur telah menguasai pemikiran umat Islam supaya merasai asing dengan al-Quran. Yang dahsyatnya apabila mereka mengaku sebagai Islam tetapi menentang perjuangan golongan yang mahu memartabatkan al-Quran sebagai sistem hidup, sedangkan sistem hidup yang berdasarkan al-Quran (beserta as-Sunnah dan autoriti-autoriti lain) inilah yang telah menyelamatkan manusia sebelum ini dan inilah juga yang akan menyelamatkan mereka di Akhirat nanti.  ‘Umat akhir zaman tidak akan berjaya melainkan mereka menuruti perjalanan kejayaan orang terdahulu’


Nik Nasri Nik Malek,
Ketua Lajnah Penerbitan Dan Penyelidikan
Dewan Ulama PAS Terengganu

Beza Ramadhan dulu dan sekarang

Ustaz Hamizul Abdul Hamid, 03 Ogs 2012
Ramadan zaman dulu-dulu tak sama dengan Ramadan hari ini. Dahulu, apabila masuk bulan puasa, agak kurang meriahnya berbanding hari ini. Iyalah, zaman dahulu mana ada bazaar Ramadan, mana ada jualan mega raya dan mana ada iklan di tv dan radio serta akhbar yang gila-gila seperti hari ini. Zaman dulu, orang sambut kedatangan Ramadan dengan satu ingatan sahaja, nak berpuasa di siangnya dan bertarawih pada malamnya.

Kadang kala, rasanya sambutan Ramadan hari ini dari satu segi jauh lebih baik berbanding zaman dulu. Dulu, masuk sahaja bulan puasa, saya tak rasa sangat aura Ramadan. Tiada banner ucapan digantung bagi mengucapkan ihya Ramadan dan sebagainya. Majlis iftar di masjid pun kurang. Iktikaf 10 malam terakhir pun tak pernah dibuat orang. Pendeknya, ia berbeza dengan sekarang.
Sekarang ini di Bandar besar, misalnya Kuala Lumpur dan Shah Alam, setiap malam di bulan Ramadan, kebanyakan masjid dan suraunya melimpah ruah. Imam dijemput khas, sama ada imam hafiz tempatan mahu pun luar Negara. Ada masjid yang solat tarawihnya sampai dua jam.

Dahulu, solat tarawihnya selalunya laju. Imam akan buat 20 rakaat; tetapi lajunya minta ampun. Sekarang, selalunya orang suka buat lapan rakaat; tetapi siap ditambahkan dengan tazkirah. Pendeknya, pengisiannya lebih bermanfaat.

Dahulu, moreh menjadi kemestian. Ada orang (selalunya tukang masak masjid) tak solat tarawih, sebab nak siapkan moreh. Tapi sekarang, orang lebih berebut nak taja majlis iftar, sampai sesetengah masjid penuh jadual sebulan ditempah orang.

Dahulu, qiyamullail di bulan Ramadan agak jarang dibuat orang. Jika ada pun, lebih bersifat individu. Sekarang, qiyamullail dah jadi macam tradisi, khususnya pada 10 malam terakhir bulan Ramadan. Bahkan, ada orang ambil cuti 10 hari terakhir itu untuk memudahkannya beriktikaf di masjid. Bahkan, ada orang kaya yang ambil trip ke Mekah menunaikan umrah di hujung Ramadan.

Dahulu, bila musim Ramadan, amalan sedekah hanya berlegar di sekitar rumah dan jiran terdekat. Kini, amalan sedekah di bulan Ramadan dah jadi hebat, sampai ke luar Negara, Kemboja, Palestin dan sebagainya. Hebat sungguh sedekah zaman sekarang.

Dulu, orang sambut Ramadan dengan penuh kesederhanaan, makannya ala kadar, rasanya kurang pembaziran. Sekarang, orang jadikan Ramadan peluang mengaut keuntungan, makanan tidak sedap pun tidak mengapa, asalkan habis dibeli orang. Akhirnya, Ramadan jadi pesta makanan dan banyak terjadi pembaziran.

Inilah sedikit sebanyak perbezaan Ramadan antara dahulu dan sekarang…

http://www.hamizul.com/
 
 

Restoran caj bayaran ‘pembaziran’

Posted on the August 6th, 2012 under Luar Negara by admin

  • Share

RIYADH: Sebuah restoran di Arab Saudi dipuji kerana mengenakan bayaran terhadap pelanggan sekiranya mereka tidak menghabiskan makanan yang dipesan.
Beberapa laman sosial melaporkan, restoran di Dammam, wilayah timur Arab Saudi, mengenakan bayaran ‘pembaziran’ terhadap pelanggan yang memesan makanan secara berlebihan tetapi gagal menghabiskannya.
Menurut pemilik restoran itu, membazir makanan dilarang Islam dan bertentangan dengan norma sosial serta menggesa orang ramai berfikiran dan bertindak secara bertanggungjawab.
Bagaimanapun, tidak semua orang bersetuju dengan tindakan restoran terbabit dengan ada yang menyifatkan bayaran itu sebagai ‘cukai agama’ yang tidak boleh diterima.


“Pemilik restoran tidak berhak untuk menghukum pelanggan yang tidak habis makan,” kata seorang pelanggan. – SG

Lautan manusia penuhi Stadium Kuala Selangor

Harakahdaily, 15 Jul 2012


(Orang ramai memenuhi Stadium Kuala Selangor sempena Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat negeri Selangor)

KUALA SELANGOR: Lautan manusia memenuhi Stadium Kuala Selangor bagi menyertai Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat negeri Selangor.

Kalau di perhimpunan hijau di negeri lain hanya pemimpin PAS sahaja yang menyertainya, di Selangor, para pemimpin Pakatan Rakyat turut menyertainya.

(Para pemimpin di pentas utama himpunan)

Selain Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS, turut serta adalah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Teresa Kok, Exco kerajaan negeri Selangor dari DAP.

Veteran Umno, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil yang turut menyertai himpunan ini pula berkata, "Saya bangga dapat kibarkan bendera yang mulia ini" sambil mengibarkan bendera PAS di atas pentas utama.

Selain Mohamad Sabu, pemimpin PAS yang hadir adalah Dr Hatta Ramli, Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Dzulkefly Ahmad anggota Parlimen Kuala Selangor dan Khalid Samad, anggota Parlimen Shah Alam.

Wan Azizah ketika berucap terus memberikan semangat reformasi untuk para hadirin yang di majlis yang penuh bersejarah untuk PAS Selangor ini.

(Dr Wan Azizah berucap sambil mengibarkan bendera PAS)

Himpunan bermula sejak petang dari apabila lebih 1,000 anak muda  berkonvoi dengan menaiki motor dari seluruh Selangor menuju stadium ini.

Mereka kemudiannya solat Asar berjamaah di stadium dan seterusnya solat Maghrib berjamaah di sini.

(Stadium Kuala Selangor penuh dengan keceriaan semasa Himpunan Hijau)


(Ikrar para pimpinan PAS)

(Bekas pegawai kanan kerajaan sertai PAS)

(Wakil Presiden Mesir turut memberikan ucapan)

Tiada ulasan: