Mohon Kolej Islam Antarabangsa beri penjelasan
Nik Rushdan, |
Tulisan saya ini sekadar inginkan kepastian mengenai sistem pinjaman
yang diuruskan oleh pihak kewangan Kolej Islam Antarabangsa Gombak.
Apa yang menimbulkan kemusykilan di hati saya ialah ada pelajar yang
terpaksa membayar sendiri yuran semester mereka sedangkan mereka
merupakan peminjam PTPTN. Selain itu, mengapa semester pendek tidak
boleh dipotong daripada yuran PTPTN yang dipinjam oleh para pelajar?
Amat menyedihkan kerana ada pelajar yang terpaksa menangguh pengajian
semata-mata tidak dapat membayar yuran dan bekerja terlebih dahulu.
Pada mereka yang datang daripada keluarga berada bolehlah mengharapkan wang keluarga, namun bagaimana pula dengan mereka yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan? Sudah pasti situasi ini akan menimbulkan konflik dan kesan psikologi pada jiwa dan minda para pelajar. Pada pendapat saya, seharusnya pihak kolej membenarkan pelajar mengambil subjek tertentu dan sebelum semester berakhir, yuran harus dilunaskan, daripada menghalang mereka belajar atau mengambil semester berkenaan kerana tidak membayar yuran.
Cara ini dilihat lebih praktikal, kerana sekurang-kurangnya memberi peluang kepada ahli keluarga untuk memikirkan cara mendapatkan wang sebelum semester berakhir. Mengapa harus tergesa-gesa mengutip yuran di awal pendaftaran? Seharusnya peluang belajar diberi kepada pelajar dengan syarat sebelum menduduki peperiksaan akhir, yuran dijelaskan.
Selain itu, diharapkan juga pihak Kolej Islam Antarabangsa lebih telus dalam memberi maklumat kepada ibu bapa dan pelajar, kerana di peringkat awal, perkara berkaitan semester pendek yang harus dibayar sendiri tidak dimaklumkan kepada para pelajar. Penjelasan daripada pihak kolej amat perlu kerana ini melibatkan masa depan para pelajar yang amat mengharapkan mereka dapat menimba ilmu dengan selesa dan telah memberi kepercayaan kepada pihak kolej setelah gagal mendapatkan tempat di IPTA.
Seharusnya juga, penjelasan yang jelas mengenai ke mana perginya wang PTPTN mereka dimaklumkan dari masa ke semasa kerana beban hutang ini akan ditanggung oleh pelajar dan janganlah kerana berorientasikan keuntungan semata-mata aspek modal insan dan keprihatinan dilupakan.
Sekian, mohon penjelasan daripada Kolej Islam Antarabangsa Gombak.
3 Ogos 2012
SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mendedahkan terdapat 38
buah masjid di negeri ini dikategorikan sebagai perlu diberi perhatian
kerana menjadi pentas sesetengah penceramah menzahirkan taksub mereka
terhadap sesebuah parti politik.
Pengarahnya, Datuk Marzuki Hussin berkata, keadaan lebih serius apabila terdapat sekurang-kurangnya empat masjid dalam satu daerah berada dalam kategori pemerhatian berterusan Jais.
“Sebelum ini kita dah senaraikan masjid-masjid perlu dipantau iaitu sebanyak 36 dan terbaru kita terima dua nama (masjid) dan kita akan hantar penguat kuasa untuk membuat pemantauan.
“Faktor kekurangan anggota juga menjadi punca untuk meningkatkan aspek pemantauan di masjid terlibat mengadakan tazkirah politik,” katanya.
Marzuki berkata, Jais tidak menafikan berlaku salah guna masjid untuk tujuan tazkirah politik tetapi pihak sentiasa memantau bagi membendung kegiatan tersebut seiring dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengingatkan supaya tiada pihak menjadikan tempat suci itu untuk berpolitik.
“Senarai masjid dan surau akan diberi perhatian secara berterusan dan pemantauan dijalankan tetapi setakat ini tiada sebarang masalah.
“Malah kita juga belum terima sebarang aduan rasmi melainkan semalam (kelmarin) apabila tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum (berhubung isu ini),” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.
Semalam Sinar Harian melaporkan tujuh NGO tersebut mendesak Jais serius menangani perbuatan tidak bertanggungjawab menyampaikan tazkirah berunsur politik di masjid dan surau dalam bulan Ramadan di seluruh negeri ini.
Marzuki berkata, aduan diterima daripada NGO terbabit mendapati terdapat dua masjid yang didakwa melakukan perkara tersebut dan tidak terdapat di dalam senarai Jais.
"Mungkin penceramah-penceramah tersebut mengadakan tazkirah berunsur politik ketika Jais melakukan pemantau di masjid lain," katanya.
Katanya, Jais membenarkan tazkiran disampaikan di masjid tetapi peluang itu disalahgunkan pihak tidak bertanggungjawab.
2 Ogos 2012
HULU LANGAT - Kerajaan Selangor pimpinan pembangkang menjadikan masalah
air sebagai isu politik kerana bimbang rakyat sedar Menteri Besar Tan
Sri Abd Khalid Ibrahim sebenarnya gagal menangani isu itu sejak tiga
tahun lepas, kata Pengerusi Gabungan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS)
Datuk Sohaimi Shahadan.
Beliau berkata oleh kerana masalah itu kini semakin kritikal sehingga menyebabkan selatan Selangor terputus bekalan air, kerajaan pembangkang mendakwa bahawa kerajaan persekutuan berkonspirasi dengan Puncak Niaga Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), yang menjadi syarikat pengendali rawatan air.
"Saya lihat kerana isu air ini tidak berjaya ditangani dengan baik maka rakyat akan buka mata. Jadi kerana itu kerajaan negeri berdolak-dalik dan kambing hitamkan pihak-pihak lain," katanya kepada pemberita selepas melawat loji pembekalan air Sungai Langat di Batu 10, Hulu Langat bersama pemimpin setempat di kawasan selatan Selangor hari ini.
Sohaimi berkata krisis air bukan disebabkan tiada air di loji dan sungai tetapi kerana tiada persetujuan di antara tiga pihak iaitu Puncak Niaga (sebagai pihak yang memproses air), Syabas (yang membekal air) dan kerajaan negeri Selangor (yang sepatutnya menyediakan infrastruktur).
Beliau turut meminta menteri besar Selangor itu mengeluarkan kenyataan rasmi kepada rakyat berhubung isu itu dan bukan menyerahkan kepada anggota exco untuk memberi pendapat masing-masing sehingga bercanggah dan mengelirukan orang ramai. - Bernama
3 Ogos 2012
RAWANG - Nabi Muhammad SAW dianggap tuhan, al-Quran hanya sebuah
salinan buku lama, solat hanya perlu pada hari Khamis dan tidak perlu
berpuasa di bulan Ramadan adalah antara amalan yang jelas terpesong
dilakukan sekumpulan pengikut ajaran Pak Habib yang bergiat aktif sejak
beberapa tahun di Bandar Country Homes (BCH) di sini.
Demikian maklumat yang didedahkan seorang individu yang hampir terikut dengan ajaran sesat itu.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Zaidi, 42, berkata, pengikut Pak Habib menganggap Nabi Muhammad yang layak dijadikan tuhan kerana dalam Islam ada menyebut ‘barang siapa memuji ke atas Muhammad maka darjat mereka diangkat’.
“Terlalu banyak yang terpesong dan menyesatkan dalam amalan Pak Habib. Mereka menganggap Khamis menjadi penghulu bagi segala hari sebab itu pada setiap Khamis malam Jumaat pengikutnya dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak akan berhimpun melakukan pemujaan.
“Yang peliknya, pada hari tersebut mereka akan sama-sama bermain muzik yang disifatkan wajib,” katanya.
Menurut Zaidi, amalan Pak Habib juga menghalalkan arak kerana bagi mereka minuman itu menyihatkan badan.
“Minum sedikit (arak) jatuh haram, tapi jika minum banyak menyihatkan badan (halal),” katanya.
Zaidi berkata, pengikut ajaran itu juga menolak kandungan al-Quran kerana disifatkan hanya sebuah buku biasa yang mengandungi tulisan jawi serta disalin dan dicetak kemas.
Menurutnya, Ramadan bukanlah satu bulan rahmat bagi mereka kerana bagi pengikut Pak Habib puasa bukan satu kewajipan.
Katanya, kegiatan tersebut bergerak aktif sejak berkurun lama berdasarkan pengikutnya yang lahir daripada generasi awal Pak Habib sehingga ke hari ini.
“Malah, kesemua pengikut ajaran itu mempunyai salah silah atau susur galur keluarga atau bersaudara.
“Pengikutnya adalah golongan profesional seperti doktor, jurutera, pasukan keselamatan, pensyarah dan sebagainya, termasuk seorang di barisan pimpinan tertinggi sebuah parti politik” katanya.
Katanya, ajaran itu berpusat di BCH di atas tanah seluas kira-kira 1.2 hektar, di sebalik kawasan perindustrian dan terletak kira-kira 5 kilometer dari jalan utama.
Jelasnya, pusat tersebut dipercayai pernah dikunjungi pihak berkuasa dan terdapat notis penutupan diletakkan pada pintu utama pusat itu.
Bagaimanapun, setelah lebih dua tahun notis dikeluarkan kegiatan itu masih bergiat aktif.
Justeru, dia berharap pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya.
3 Ogos 2012
SHAH ALAM – Pas Selangor meminta pihaknya dimaklumkan sekiranya
terdapat penceramah daripada parti itu yang terlibat memberi tazkirah
berunsur parti politik supaya tindakan boleh diambil.
Pesuruhjayanya, Dr Abd Rani Osman berkata, beliau turut sependapat dan tidak bersetuju sekiranya terdapat individu yang menjadikan masjid sebagai tempat untuk berparti politik.
Bagaimanapun, Abd Rani menegaskan sekiranya mereka berbincang mengenai politik maka perkara itu tidak menjadi kesalahan kerana dalam Islam sendiri terdapat politik.
“Kalau ada penceramah Pas Selangor didapati melakukan perkara tersebut maka tolong beritahu kami dan kita akan ambil tindakan lanjut kerana saya tak setuju ceramah bercerita mengenai parti politik.
“Tapi sekiranya menceritakan mengenai politik maka itu tidak mengapa kerana Islam dan politik tidak dapat dipisahkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyerahkan memorandum kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi mendesak jabatan itu mengambil tindakan bagi menangani perbuatan menyampaikan tazkirah berunsur politik di masjid dan surau seluruh Selangor sepanjang Ramadan ini.
3 Ogos 2012
KUALA LUMPUR - Kes mahkamah yang belum selesai adalah antara sebab
kerajaan persekutuan tidak dapat mempertimbangkan permohonan kerajaan
Selangor untuk mengambil alih operasi Syarikat Bekalan Air Selangor
(Syabas).
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dalam satu kenyataan, berkata kes mahkamah itu difailkan Syabas bagi menuntut pampasan kerana kerajaan Selangor tidak bersetuju menaikkan tarif air bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak 2009.
"Sebab kedua ialah kerajaan Selangor dan Syabas didapati melakukan keingkaran dan tuduhan kerajaan Selangor ke atas keingkaran yang dilakukan Syabas didapati tidak mencukupi untuk membolehkan kerajaan Selangor mengambil alih operasi Syabas berdasarkan klausa 32 perjanjian konsesi," kata KeTTHA dalam satu kenyataan di sini.
Kenyataan itu bagi membetulkan beberapa kenyataan yang dilapor dibuat Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan beberapa anggota Exco kerajaan negeri berhubung isu air di Selangor, selain memberi gambaran sebenar isu yang dibangkitkan pihak terbabit.
Pada 24 Julai lepas, portal Selangorku melaporkan Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Rodziah Ismail sebagai mendakwa kerajaan negeri itu mahu mengambil alih operasi Syabas kerana syarikat tersebut tidak mampu menguruskan bekalan air, namun tidak diluluskan kerajaan Pusat.
Mengulas lanjut isu itu, KeTTHA berkata kerajaan pusat akan mendapatkan pandangan muktamad daripada Peguam Negara sebelum mengambil sebarang tindakan.
Mengenai dakwaan bahawa kerajaan pusat dan Syabas bertanggungjawab menyelenggara dan meningkatkan kemampuan aset air seperti loji di Selangor kerana fasiliti itu dipajak kepada mereka, KeTTHA berkata: "Kerajaan Selangor sebagai pemilik aset air negeri tidak pernah memajak mana-mana aset air negeri kepada kerajaan persekutuan."
Sehubungan itu kata KeTTHA, tanggungjawab bagi memastikan ketersediaan bekalan air di loji rawatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terletak pada kerajaan Selangor selaku pemilik aset.
"Tanggungjawab Syabas sebagai operator pengagihan air di negeri Selangor hanyalah membekalkan dan mengagihkan bekalan air terawat dan bukan berperanan memastikan ketersediaan bekalan air terawat," kata KeTTHA.
Kementerian itu berkata semua perkara tersebut diperuntuk menerusi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, masing-masing mengikut Seksyen 188 dan 191 KeTTHA mengulas kenyataan Exco Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kerajaan Penyayang Dr Xavier Jayakumar yang dilapor portal Selangorku pada 24 Julai lepas. - Bernama
Balasubramaniam mendakwa timbalan menteri berkenaan, yang secara rahsia menemuinya sebanyak dua kali tahun lalu - sekali
"di Singapura dan kali kedua di Kuala Lumpur - telah menjanjikan dia (Balasubramaniam) dikenakan denda seminima mungkin dan bersetuju untuk menyelamatkannya daripada hukuman penjara jika dia bekerjasama.
"Mungkin dia merasakan BN tidak selamat dan sekurang-kurangnya dia (perlu) memperbetulkan keadaan... (dan) menutup kes saya," kata Balasubramaniam kepada Malaysiakini dalam satu temubual awal bulan lepas.
Tawaran itu dibuat beberapa bulan selepas percubaan kedua untuk merasuahnya supaya memburuk-burukkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas.
Balasubramaniam, individu penting dalam kontroversi yang menyelubungi pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu, terpaksa melarikan diri ke India bersama keluarganya tidak lama sejurus selepas dia membuat dua akuan bersumpah yang bercanggah.
Dia kemudian mendakwa bahawa dia telah diancam dan dibayar untuk menandatangani akuan bersumpah kedua, untuk mengatakan yang akuan bersumpah pertamanya dibuat "kerana ugutan ".
Akuan bersumpah pertamanya yang dibuat pada 2008 mengandungi dakwaan yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya.
Najib telah menafikan dakwaan Balasubramaniam yang beliau
mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia itu dan tidak dipanggil untuk memberi keterangan apabila orang kepercayaannya, Abdul Razak Baginda, didakwa bersubahat dalam pembunuhan Altantuya.
Abdul Razak dibebaskan daripada tuduhan tersebut tetapi dua anggota Unit Tindakan Khas yang berkhidmat sebagai pengawal peribadi Najib, telah disabitkan atas tuduhan membunuh Altantuya.
BACHOK:
Mungkin anda tertanya-tanya kenapa kisah Orang Kelainan Upaya (OKU) ini
dipaparkan di sini. Apa yang menarik tentangnya? Apa istimewanya dia?
Mohd Razali Said (gambar kiri), 43, atau lebih dikenali dengan panggilan Pok Li, memang insan yang begitu istimewa.
Mungkin ada yang tidak percaya, mana mungkin seorang OKU yang tidak mampu berjalan kerana kecacatan fizikal mempunyai kaki yang pendek, tangan pula sebelah kirinya tidak boleh diangkat, namun mampu menjadi seorang jurulatih badminton.
Percaya atau tidak, yakin atau sebaliknya, itulah kehendak Allah. Allah menjadikan setiap hambaNya di dunia ini cukup sempurna. Bagaimanapun kesempurnaan itu boleh dinilai dari sudut yang berbeza.
Dengan kecacatan Razali, beliau telah menjadi jurulatih badminton yang terkenal di Kelantan khususnya.
Pada mulanya, beliau hanya melatih anak-anak saudaranya, namun lama ke lamaan, rakan-rakan anak buahnya juga berminat untuk belajar bagaimana cara untuk menjadi seorang pemain badminton yang berjaya.
Anak saudaranya yang menjadi kebanggaan Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Telaga, sebenarnya lahir dari didikannya sebagai seorang jurulatih badiminton OKU.
Setiap hari anak didiknya akan berlatih tiga kali sehari untuk menghadapi saingan Kejohanan Badminton Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Bachok yang bermula dari 31 Januari sehingga 7 Februari lalu .
Setiap kali latihan walaupun hanya duduk di kerusi roda berhampiran gelanggang, Mohd Razali tekun memerhati, memberi arahan untuk memantapkan permainan anak buahnya.
Selain badminton, beliau juga pernah melatih anak saudaranya bermain sepak takraw, Aswan Che Hamid yang pernah terpilih sebagai wakil Kelantan.
Cikgu Aziz menyampaikan sumbangan kepada Pok Li.
-Ikuti kisah lanjut Pok Li dalam Akhbar Harakah Edisi Isnin akan datang
Tanda Putera’ mampu cetus rusuhan kaum
Sebuah filem bertajuk ‘Tanda Putera’ mengalami situasi yang aneh kerana dikritik hebat sebelum ianya ditayangkan kepada umum.
Baca http://greenboc.blogspot.com/2012/08/penghasilan-filem-tanda-putera-bukti.html
Pada mereka yang datang daripada keluarga berada bolehlah mengharapkan wang keluarga, namun bagaimana pula dengan mereka yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan? Sudah pasti situasi ini akan menimbulkan konflik dan kesan psikologi pada jiwa dan minda para pelajar. Pada pendapat saya, seharusnya pihak kolej membenarkan pelajar mengambil subjek tertentu dan sebelum semester berakhir, yuran harus dilunaskan, daripada menghalang mereka belajar atau mengambil semester berkenaan kerana tidak membayar yuran.
Cara ini dilihat lebih praktikal, kerana sekurang-kurangnya memberi peluang kepada ahli keluarga untuk memikirkan cara mendapatkan wang sebelum semester berakhir. Mengapa harus tergesa-gesa mengutip yuran di awal pendaftaran? Seharusnya peluang belajar diberi kepada pelajar dengan syarat sebelum menduduki peperiksaan akhir, yuran dijelaskan.
Selain itu, diharapkan juga pihak Kolej Islam Antarabangsa lebih telus dalam memberi maklumat kepada ibu bapa dan pelajar, kerana di peringkat awal, perkara berkaitan semester pendek yang harus dibayar sendiri tidak dimaklumkan kepada para pelajar. Penjelasan daripada pihak kolej amat perlu kerana ini melibatkan masa depan para pelajar yang amat mengharapkan mereka dapat menimba ilmu dengan selesa dan telah memberi kepercayaan kepada pihak kolej setelah gagal mendapatkan tempat di IPTA.
Seharusnya juga, penjelasan yang jelas mengenai ke mana perginya wang PTPTN mereka dimaklumkan dari masa ke semasa kerana beban hutang ini akan ditanggung oleh pelajar dan janganlah kerana berorientasikan keuntungan semata-mata aspek modal insan dan keprihatinan dilupakan.
Sekian, mohon penjelasan daripada Kolej Islam Antarabangsa Gombak.
Bukti! Abby Abadi tidak pernah lagi mencukur kening
http://milosuam.blogspot.com/, | 03 Ogs 2012 |
LIHAT soalan yang berulang kali terpaksa dijawab oleh Abby Abadi berhubung isu kening yang dimainkan oleh blogger Umno sebelum ini.
Blogger Umno menulis di blog-blog mereka mendakwa kononnya Abby Abadi masih melakukan perbuatan yang diharamkan Allah iaitu mencukur kening meskipun beliau sudah berhijrah dan bertudung.
Minggu lalu ReJaM© bersama #TeamAbbyAbadi dan Jingga 13 ada menganjurkan satu program berbuka puasa dan santai bersama Abby Abadi di Shah Alam, kami juga sempat menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Teraweh bersama-sama.
Selepas selesai program, ReJaM© sempat berborak panjang dengan pelakon watak Inspektor Aliza dalam Gerak Khas itu di salah sebuah kedai mamak di Shah Alam.
Apa yang ingin disampaikan di sini ialah, dari pemerhatian ReJaM© dengan mata kepala sendiri, kening kak Abby Abadi agak tinggi dan kelihatan seperti dicukur, namun jika diperhatikan dari dekat jelas kelihatan ia sebenarnya tidak.
Boleh dilihat jelas terdapat bulu-bulu halus di tepi kening beliau yang menunjukkan ia tidak dicukur. Jika sebelum ini Kak Abby mungkin mencukur kening, namun kini dia tidak lagi melakukan perkara yang dilarang Allah itu.
Sebagai bukti, di bawah ini ReJaM© kongsikan gambar yang ReJaM© ambil sendiri ketika di program Iftar bersama beliau di Shah Alam minggu lalu. Perhatikan kening beliau dalam gambar-gambar berikut.
Gambar berikut pula diambil ketika kami bersantai bersama Abby Abadi di kedai mamak sekitar Shah Alam minggu lalu. Perhatikan juga kening beliau.
Isu ini dilihat agak keanak-anakan untuk dijawab, namun ReJaM© rasakan perlu dijawab bagi menangkis tomahan dan fitnah yang dilemparkan oleh blogger-blogger Umno dan laman hiburan yang cuba mencetuskan kontroversi.
Walaupun dah dijawab berulang kali, cybertrooper Umno terus juga mainkan isu kening ini berulang-ulang terutama di facebook dan twitter untuk mencetuskan kekeliruan.
ReJaM© "Harap tiada lagi orang tanya isu sama berulang-ulang..."
2 Ogos 2012
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
mengingatkan semua pemimpin kerajaan di pelbagai peringkat supaya
menunjukkan teladan terbaik kepada rakyat bagi memelihara perpaduan yang
dinikmati negara selama ini.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata setiap pemimpin perlu menunjukkan sikap terpuji dan memimpin rakyat berbilang kaum dengan baik dan seterusnya memacu kemajuan negara.
"Sebagai parti yang mendokong kerajaan, yang pimpin umat Islam dan masyarakat Malaysia, kita perlu jadi contoh. Kalau jadi contoh mesti tunjuk yang baik-baiklah, jangan bergaduh, jangan bersengketa, saling membantu," katanya pada majlis penyampaian sumbangan ihsan Ramadan dan Aidilfitri serta berbuka puasa Yayasan Pembangunan 1Malaysia Berhad (1MDB) di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Wangsa Maju di sini hari ini.
Turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Muhyiddin berkata tidak ada paksaan untuk mana-mana individu menjadi pemimpin, namun apabila mereka telah diangkat sebagai pemimpin, mereka harus bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan.
Timbalan perdana menteri berkata rakyat mestilah bijak memilih wakil yang membentuk kerajaan bagi meneruskan keharmonian negara.
"Suasana di Malaysia aman tenteram, makmur, hidup sejahtera tak ada pergolakan tak ada pertempuran, kerana adanya kebijaksanaan daripada rakyat yang memilih kerajaan yang bertanggungjawab.
"Tuhan yang tentukan segalanya tetapi manusia, pemimpin yang kita pilih bertanggungjawab mentadbir, mengurus menentukan dasar, mencorakkan cara hidup, memimpin dan membimbing rakyat jangan ada
pergaduhan," katanya.
Selain itu, beliau turut menyeru rakyat supaya mengambil iktibar bulan Ramadan dan bersyukur dengan keselesaan yang dikecapi negara berbanding negara-negara Islam lain di dunia.
"Di Malaysia suasananya, saat-saat menyambut Ramadan macam juga satu perayaan, dalam suasana harmoni, kita dapat meneruskan ibadat dengan tidak diganggu, dengan benda-benda yang boleh mengancam, kita hidup dalam selesa, tak ada pergolakan dan tak ada pertembungan kaum, ini semua adalah nikmat yang Allah kuniakan kepada kita," katanya.
Terdahulu, Muhyiddin turut menyampaikan sumbangan 1MDB dan Umno Wangsa Maju kepada sebahagian daripada 1,000 warga emas, anak yatim, orang kelainan upaya dan fakir miskin dari sekitar Wangsa Maju.
Beliau turut mengumumkan peruntukan RM200,000 bagi penambahbaikan masjid itu. Selepas berbuka, Muhyiddin menunaikan solat Maghrib dan kemudiannya solat Isyak dan Tarawih berjemaah bersama penduduk sekitar. - Bernama
Blogger Umno menulis di blog-blog mereka mendakwa kononnya Abby Abadi masih melakukan perbuatan yang diharamkan Allah iaitu mencukur kening meskipun beliau sudah berhijrah dan bertudung.
Minggu lalu ReJaM© bersama #TeamAbbyAbadi dan Jingga 13 ada menganjurkan satu program berbuka puasa dan santai bersama Abby Abadi di Shah Alam, kami juga sempat menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Teraweh bersama-sama.
Selepas selesai program, ReJaM© sempat berborak panjang dengan pelakon watak Inspektor Aliza dalam Gerak Khas itu di salah sebuah kedai mamak di Shah Alam.
Apa yang ingin disampaikan di sini ialah, dari pemerhatian ReJaM© dengan mata kepala sendiri, kening kak Abby Abadi agak tinggi dan kelihatan seperti dicukur, namun jika diperhatikan dari dekat jelas kelihatan ia sebenarnya tidak.
Boleh dilihat jelas terdapat bulu-bulu halus di tepi kening beliau yang menunjukkan ia tidak dicukur. Jika sebelum ini Kak Abby mungkin mencukur kening, namun kini dia tidak lagi melakukan perkara yang dilarang Allah itu.
Sebagai bukti, di bawah ini ReJaM© kongsikan gambar yang ReJaM© ambil sendiri ketika di program Iftar bersama beliau di Shah Alam minggu lalu. Perhatikan kening beliau dalam gambar-gambar berikut.
Gambar berikut pula diambil ketika kami bersantai bersama Abby Abadi di kedai mamak sekitar Shah Alam minggu lalu. Perhatikan juga kening beliau.
Isu ini dilihat agak keanak-anakan untuk dijawab, namun ReJaM© rasakan perlu dijawab bagi menangkis tomahan dan fitnah yang dilemparkan oleh blogger-blogger Umno dan laman hiburan yang cuba mencetuskan kontroversi.
Walaupun dah dijawab berulang kali, cybertrooper Umno terus juga mainkan isu kening ini berulang-ulang terutama di facebook dan twitter untuk mencetuskan kekeliruan.
ReJaM© "Harap tiada lagi orang tanya isu sama berulang-ulang..."
Pemimpin hendaklah tunjuk teladan yang baik, pelihara perpaduan rakyat
2 Ogos 2012
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata setiap pemimpin perlu menunjukkan sikap terpuji dan memimpin rakyat berbilang kaum dengan baik dan seterusnya memacu kemajuan negara.
"Sebagai parti yang mendokong kerajaan, yang pimpin umat Islam dan masyarakat Malaysia, kita perlu jadi contoh. Kalau jadi contoh mesti tunjuk yang baik-baiklah, jangan bergaduh, jangan bersengketa, saling membantu," katanya pada majlis penyampaian sumbangan ihsan Ramadan dan Aidilfitri serta berbuka puasa Yayasan Pembangunan 1Malaysia Berhad (1MDB) di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Wangsa Maju di sini hari ini.
Turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Muhyiddin berkata tidak ada paksaan untuk mana-mana individu menjadi pemimpin, namun apabila mereka telah diangkat sebagai pemimpin, mereka harus bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan.
Timbalan perdana menteri berkata rakyat mestilah bijak memilih wakil yang membentuk kerajaan bagi meneruskan keharmonian negara.
"Suasana di Malaysia aman tenteram, makmur, hidup sejahtera tak ada pergolakan tak ada pertempuran, kerana adanya kebijaksanaan daripada rakyat yang memilih kerajaan yang bertanggungjawab.
"Tuhan yang tentukan segalanya tetapi manusia, pemimpin yang kita pilih bertanggungjawab mentadbir, mengurus menentukan dasar, mencorakkan cara hidup, memimpin dan membimbing rakyat jangan ada
pergaduhan," katanya.
Selain itu, beliau turut menyeru rakyat supaya mengambil iktibar bulan Ramadan dan bersyukur dengan keselesaan yang dikecapi negara berbanding negara-negara Islam lain di dunia.
"Di Malaysia suasananya, saat-saat menyambut Ramadan macam juga satu perayaan, dalam suasana harmoni, kita dapat meneruskan ibadat dengan tidak diganggu, dengan benda-benda yang boleh mengancam, kita hidup dalam selesa, tak ada pergolakan dan tak ada pertembungan kaum, ini semua adalah nikmat yang Allah kuniakan kepada kita," katanya.
Terdahulu, Muhyiddin turut menyampaikan sumbangan 1MDB dan Umno Wangsa Maju kepada sebahagian daripada 1,000 warga emas, anak yatim, orang kelainan upaya dan fakir miskin dari sekitar Wangsa Maju.
Beliau turut mengumumkan peruntukan RM200,000 bagi penambahbaikan masjid itu. Selepas berbuka, Muhyiddin menunaikan solat Maghrib dan kemudiannya solat Isyak dan Tarawih berjemaah bersama penduduk sekitar. - Bernama
Jais pantau 38 masjid panas
3 Ogos 2012
Pengarahnya, Datuk Marzuki Hussin berkata, keadaan lebih serius apabila terdapat sekurang-kurangnya empat masjid dalam satu daerah berada dalam kategori pemerhatian berterusan Jais.
“Sebelum ini kita dah senaraikan masjid-masjid perlu dipantau iaitu sebanyak 36 dan terbaru kita terima dua nama (masjid) dan kita akan hantar penguat kuasa untuk membuat pemantauan.
“Faktor kekurangan anggota juga menjadi punca untuk meningkatkan aspek pemantauan di masjid terlibat mengadakan tazkirah politik,” katanya.
Marzuki berkata, Jais tidak menafikan berlaku salah guna masjid untuk tujuan tazkirah politik tetapi pihak sentiasa memantau bagi membendung kegiatan tersebut seiring dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengingatkan supaya tiada pihak menjadikan tempat suci itu untuk berpolitik.
“Senarai masjid dan surau akan diberi perhatian secara berterusan dan pemantauan dijalankan tetapi setakat ini tiada sebarang masalah.
“Malah kita juga belum terima sebarang aduan rasmi melainkan semalam (kelmarin) apabila tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum (berhubung isu ini),” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.
Semalam Sinar Harian melaporkan tujuh NGO tersebut mendesak Jais serius menangani perbuatan tidak bertanggungjawab menyampaikan tazkirah berunsur politik di masjid dan surau dalam bulan Ramadan di seluruh negeri ini.
Marzuki berkata, aduan diterima daripada NGO terbabit mendapati terdapat dua masjid yang didakwa melakukan perkara tersebut dan tidak terdapat di dalam senarai Jais.
"Mungkin penceramah-penceramah tersebut mengadakan tazkirah berunsur politik ketika Jais melakukan pemantau di masjid lain," katanya.
Katanya, Jais membenarkan tazkiran disampaikan di masjid tetapi peluang itu disalahgunkan pihak tidak bertanggungjawab.
Khalid bimbang isu air jadi punca rakyat tolak kerajaan PKR
2 Ogos 2012
Beliau berkata oleh kerana masalah itu kini semakin kritikal sehingga menyebabkan selatan Selangor terputus bekalan air, kerajaan pembangkang mendakwa bahawa kerajaan persekutuan berkonspirasi dengan Puncak Niaga Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), yang menjadi syarikat pengendali rawatan air.
"Saya lihat kerana isu air ini tidak berjaya ditangani dengan baik maka rakyat akan buka mata. Jadi kerana itu kerajaan negeri berdolak-dalik dan kambing hitamkan pihak-pihak lain," katanya kepada pemberita selepas melawat loji pembekalan air Sungai Langat di Batu 10, Hulu Langat bersama pemimpin setempat di kawasan selatan Selangor hari ini.
Sohaimi berkata krisis air bukan disebabkan tiada air di loji dan sungai tetapi kerana tiada persetujuan di antara tiga pihak iaitu Puncak Niaga (sebagai pihak yang memproses air), Syabas (yang membekal air) dan kerajaan negeri Selangor (yang sepatutnya menyediakan infrastruktur).
Beliau turut meminta menteri besar Selangor itu mengeluarkan kenyataan rasmi kepada rakyat berhubung isu itu dan bukan menyerahkan kepada anggota exco untuk memberi pendapat masing-masing sehingga bercanggah dan mengelirukan orang ramai. - Bernama
Ajaran Pak Habib terpesong, anggap al-Quran kitab lama
3 Ogos 2012
Demikian maklumat yang didedahkan seorang individu yang hampir terikut dengan ajaran sesat itu.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Zaidi, 42, berkata, pengikut Pak Habib menganggap Nabi Muhammad yang layak dijadikan tuhan kerana dalam Islam ada menyebut ‘barang siapa memuji ke atas Muhammad maka darjat mereka diangkat’.
“Terlalu banyak yang terpesong dan menyesatkan dalam amalan Pak Habib. Mereka menganggap Khamis menjadi penghulu bagi segala hari sebab itu pada setiap Khamis malam Jumaat pengikutnya dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak akan berhimpun melakukan pemujaan.
“Yang peliknya, pada hari tersebut mereka akan sama-sama bermain muzik yang disifatkan wajib,” katanya.
Menurut Zaidi, amalan Pak Habib juga menghalalkan arak kerana bagi mereka minuman itu menyihatkan badan.
“Minum sedikit (arak) jatuh haram, tapi jika minum banyak menyihatkan badan (halal),” katanya.
Zaidi berkata, pengikut ajaran itu juga menolak kandungan al-Quran kerana disifatkan hanya sebuah buku biasa yang mengandungi tulisan jawi serta disalin dan dicetak kemas.
Menurutnya, Ramadan bukanlah satu bulan rahmat bagi mereka kerana bagi pengikut Pak Habib puasa bukan satu kewajipan.
Katanya, kegiatan tersebut bergerak aktif sejak berkurun lama berdasarkan pengikutnya yang lahir daripada generasi awal Pak Habib sehingga ke hari ini.
“Malah, kesemua pengikut ajaran itu mempunyai salah silah atau susur galur keluarga atau bersaudara.
“Pengikutnya adalah golongan profesional seperti doktor, jurutera, pasukan keselamatan, pensyarah dan sebagainya, termasuk seorang di barisan pimpinan tertinggi sebuah parti politik” katanya.
Katanya, ajaran itu berpusat di BCH di atas tanah seluas kira-kira 1.2 hektar, di sebalik kawasan perindustrian dan terletak kira-kira 5 kilometer dari jalan utama.
Jelasnya, pusat tersebut dipercayai pernah dikunjungi pihak berkuasa dan terdapat notis penutupan diletakkan pada pintu utama pusat itu.
Bagaimanapun, setelah lebih dua tahun notis dikeluarkan kegiatan itu masih bergiat aktif.
Justeru, dia berharap pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya.
Tazkirah politik: Pas sedia ambil tindakan
3 Ogos 2012
Pesuruhjayanya, Dr Abd Rani Osman berkata, beliau turut sependapat dan tidak bersetuju sekiranya terdapat individu yang menjadikan masjid sebagai tempat untuk berparti politik.
Bagaimanapun, Abd Rani menegaskan sekiranya mereka berbincang mengenai politik maka perkara itu tidak menjadi kesalahan kerana dalam Islam sendiri terdapat politik.
“Kalau ada penceramah Pas Selangor didapati melakukan perkara tersebut maka tolong beritahu kami dan kita akan ambil tindakan lanjut kerana saya tak setuju ceramah bercerita mengenai parti politik.
“Tapi sekiranya menceritakan mengenai politik maka itu tidak mengapa kerana Islam dan politik tidak dapat dipisahkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyerahkan memorandum kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi mendesak jabatan itu mengambil tindakan bagi menangani perbuatan menyampaikan tazkirah berunsur politik di masjid dan surau seluruh Selangor sepanjang Ramadan ini.
Isu Syabas: 2 sebab Pusat tak timbang hasrat Selangor
3 Ogos 2012
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dalam satu kenyataan, berkata kes mahkamah itu difailkan Syabas bagi menuntut pampasan kerana kerajaan Selangor tidak bersetuju menaikkan tarif air bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak 2009.
"Sebab kedua ialah kerajaan Selangor dan Syabas didapati melakukan keingkaran dan tuduhan kerajaan Selangor ke atas keingkaran yang dilakukan Syabas didapati tidak mencukupi untuk membolehkan kerajaan Selangor mengambil alih operasi Syabas berdasarkan klausa 32 perjanjian konsesi," kata KeTTHA dalam satu kenyataan di sini.
Kenyataan itu bagi membetulkan beberapa kenyataan yang dilapor dibuat Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan beberapa anggota Exco kerajaan negeri berhubung isu air di Selangor, selain memberi gambaran sebenar isu yang dibangkitkan pihak terbabit.
Pada 24 Julai lepas, portal Selangorku melaporkan Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Rodziah Ismail sebagai mendakwa kerajaan negeri itu mahu mengambil alih operasi Syabas kerana syarikat tersebut tidak mampu menguruskan bekalan air, namun tidak diluluskan kerajaan Pusat.
Mengulas lanjut isu itu, KeTTHA berkata kerajaan pusat akan mendapatkan pandangan muktamad daripada Peguam Negara sebelum mengambil sebarang tindakan.
Mengenai dakwaan bahawa kerajaan pusat dan Syabas bertanggungjawab menyelenggara dan meningkatkan kemampuan aset air seperti loji di Selangor kerana fasiliti itu dipajak kepada mereka, KeTTHA berkata: "Kerajaan Selangor sebagai pemilik aset air negeri tidak pernah memajak mana-mana aset air negeri kepada kerajaan persekutuan."
Sehubungan itu kata KeTTHA, tanggungjawab bagi memastikan ketersediaan bekalan air di loji rawatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terletak pada kerajaan Selangor selaku pemilik aset.
"Tanggungjawab Syabas sebagai operator pengagihan air di negeri Selangor hanyalah membekalkan dan mengagihkan bekalan air terawat dan bukan berperanan memastikan ketersediaan bekalan air terawat," kata KeTTHA.
Kementerian itu berkata semua perkara tersebut diperuntuk menerusi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, masing-masing mengikut Seksyen 188 dan 191 KeTTHA mengulas kenyataan Exco Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kerajaan Penyayang Dr Xavier Jayakumar yang dilapor portal Selangorku pada 24 Julai lepas. - Bernama
Guan Eng: Patut beri habuan, bukan hukum Rafizi
Kerajaan
patut memberi habuan kepada Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli dan
bukan menghukum ekoran rentetan siri pendedahannya, kata Setiausaha
Agung DAP Lim Guan Eng.
Timbalan menteri tawar untuk 'selesaikan' kes Bala
Seorang
timbalan menteri yang masih berkhidmat telah menawarkan untuk
mengakhiri kehidupan penyiasat persendirian P Balasubramaniam dalam
buangan di India jika dia bersedia untuk didakwa dan mengaku bersalah
memalsukan akuan sumpahnya (SD) yang pertama.Balasubramaniam mendakwa timbalan menteri berkenaan, yang secara rahsia menemuinya sebanyak dua kali tahun lalu - sekali
"di Singapura dan kali kedua di Kuala Lumpur - telah menjanjikan dia (Balasubramaniam) dikenakan denda seminima mungkin dan bersetuju untuk menyelamatkannya daripada hukuman penjara jika dia bekerjasama.
"Mungkin dia merasakan BN tidak selamat dan sekurang-kurangnya dia (perlu) memperbetulkan keadaan... (dan) menutup kes saya," kata Balasubramaniam kepada Malaysiakini dalam satu temubual awal bulan lepas.
Tawaran itu dibuat beberapa bulan selepas percubaan kedua untuk merasuahnya supaya memburuk-burukkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas.
Balasubramaniam, individu penting dalam kontroversi yang menyelubungi pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu, terpaksa melarikan diri ke India bersama keluarganya tidak lama sejurus selepas dia membuat dua akuan bersumpah yang bercanggah.
Dia kemudian mendakwa bahawa dia telah diancam dan dibayar untuk menandatangani akuan bersumpah kedua, untuk mengatakan yang akuan bersumpah pertamanya dibuat "kerana ugutan ".
Akuan bersumpah pertamanya yang dibuat pada 2008 mengandungi dakwaan yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya.
Najib telah menafikan dakwaan Balasubramaniam yang beliau
mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia itu dan tidak dipanggil untuk memberi keterangan apabila orang kepercayaannya, Abdul Razak Baginda, didakwa bersubahat dalam pembunuhan Altantuya.
Abdul Razak dibebaskan daripada tuduhan tersebut tetapi dua anggota Unit Tindakan Khas yang berkhidmat sebagai pengawal peribadi Najib, telah disabitkan atas tuduhan membunuh Altantuya.
Pok Li, OKU istimewa
Salmah Mat Husain, Foto: Rizal Tahir, | 03 Ogs 2012 |
Mohd Razali Said (gambar kiri), 43, atau lebih dikenali dengan panggilan Pok Li, memang insan yang begitu istimewa.
Mungkin ada yang tidak percaya, mana mungkin seorang OKU yang tidak mampu berjalan kerana kecacatan fizikal mempunyai kaki yang pendek, tangan pula sebelah kirinya tidak boleh diangkat, namun mampu menjadi seorang jurulatih badminton.
Percaya atau tidak, yakin atau sebaliknya, itulah kehendak Allah. Allah menjadikan setiap hambaNya di dunia ini cukup sempurna. Bagaimanapun kesempurnaan itu boleh dinilai dari sudut yang berbeza.
Dengan kecacatan Razali, beliau telah menjadi jurulatih badminton yang terkenal di Kelantan khususnya.
Pada mulanya, beliau hanya melatih anak-anak saudaranya, namun lama ke lamaan, rakan-rakan anak buahnya juga berminat untuk belajar bagaimana cara untuk menjadi seorang pemain badminton yang berjaya.
Anak saudaranya yang menjadi kebanggaan Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Telaga, sebenarnya lahir dari didikannya sebagai seorang jurulatih badiminton OKU.
Setiap hari anak didiknya akan berlatih tiga kali sehari untuk menghadapi saingan Kejohanan Badminton Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Bachok yang bermula dari 31 Januari sehingga 7 Februari lalu .
Setiap kali latihan walaupun hanya duduk di kerusi roda berhampiran gelanggang, Mohd Razali tekun memerhati, memberi arahan untuk memantapkan permainan anak buahnya.
Selain badminton, beliau juga pernah melatih anak saudaranya bermain sepak takraw, Aswan Che Hamid yang pernah terpilih sebagai wakil Kelantan.
Cikgu Aziz menyampaikan sumbangan kepada Pok Li.
-Ikuti kisah lanjut Pok Li dalam Akhbar Harakah Edisi Isnin akan datang
Mukhriz: Kalau sayang Dr M, jangan malukannya lagi
Timbalan
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir
menggesa rakyat Kedah mengembalikan pentadbiran BN jika masih sayangkan
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurutnya, kekalahan BN pada pilihan raya umum lalu satu tamparan hebat kepada Dr Mahathir kerana beliau mantan perdana menteri daripada negeri itu.
"Kekalahan pada tahun 2008 mengaibkan kita. Antara yang malu adalah Tun Mahathir sebab dia orang Kedah.
"Kalau sayang Dr Mahathir jangan bagi dia malu kali kedua," kata Mukhriz pada majlis berbuka bersama media di Kuala Lumpur petang semalam.
Tambahnya lagi, tinjauannya juga mendapati pimpinan PAS Kedah sedang bergelut berebut kuasa sesama sendiri untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
"Dalam PAS Kedah wujud perebutan kerusi kerana mereka tahu mereka bukan lagi pembangkang," katanya yang juga anggota parlimen Jerlun.
Anak ketiga Dr Mahathir itu juga berkata, kerajaan negeri semakin tidak sensitif kepada bukan Muslim apabila mendiskriminasikan golongan itu berkaitan peraturan kunjungan pusat hiburan.
"Mereka (bukan Muslim) semakin tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri.
"Kenyataan mereka seolah-olah menggambarkan orang bukan Islam sentiasa mengunjungi pusat hiburan dan tidak bermoral," katanya.
Kedah sebelum ini mengeluarkan arahan melarang orang Islam daripada berkunjung ke pusat hiburan pada bulan Ramadan tetapi bukan beragama Islam dibenarkan.
Mengulas ura-ura akan dicalonkan menjadi menteri besar Kedah jika BN kembali memerintah, Mukhriz hanya menjawab "sedia membantu Kedah sejak dahulu lagi".
"Dari dahulu lagi saya sedia bantu Kedah sedaya-upaya untuk menangkan Kedah semula.
"Perpaduan adalah penting untuk memenangi Kedah semula.
'Kalau tidak bersatu, jangan mimpi kita boleh menang semula dan mungkin nanti akan menyesal tak sudah," katanya tampa menyentuh secara langsung kesediaannya.

Filem 'Tanda Putera' bukti Umno takut hadapi pilihan raya
http://greenboc.blogspot.com, | 03 Ogs 2012 |
Penghasilan Filem "Tanda Putera" - Bukti Nyata UMNO Begitu Takut Hadapi Pilihanraya
Tanda Putera’ mampu cetus rusuhan kaum
Sebuah filem bertajuk ‘Tanda Putera’ mengalami situasi yang aneh kerana dikritik hebat sebelum ianya ditayangkan kepada umum.
Baca http://greenboc.blogspot.com/2012/08/penghasilan-filem-tanda-putera-bukti.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan