Sabtu, 7 Januari 2012

TUNAIKAN JANJI..JANGAN JADI LIDAH BERCABANG...NI TANDA2 MUNAFIK...MEMANG TAK LAYAKLAH MEMERINTAH...BANYAK PERKARA MUNGKIR JANJI ATAU ACAH2 AJE..

901: Ahli PAS diarah patuhi persetujuan polis, PKR | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 Jan: PAS mengarahkan ahli dan penyokong agar mematuhi segala perjanjian yang telah dipersetujui bersama antara pihak penganjur dan polis ketika menyertai perhimpunan 901, Isnin ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, mereka perlu mematuhi semua arahan itu untuk mempastikan perhimpunan itu berjalan dengan lancar.

"Saya meminta semua ahli dan penyokong PAS yang menyertai perhimpunan agar mematuhi segala persetujuan yang telah dicapai antara Azmin (Ali) dengan polis semalam," katanya kepada Harakahdaily.

Azmin, Timbalan Presiden PKR, menemui polis semalam bagi membincangkan permohonan pihaknya untuk mengadakan perhimpunan bagi memberikan sokongan moral kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok.

Mahkamah dijangka akan menjatuhkan hukuman kepada Anwar esok dalam pertuduhan liwat ke atas bekas pembantunya, Saiful Bukhari.

Pihak polis telah menyatakan persetujuan untuk memberikan kebenaran mengadakan perhimpunan tersebut berdasarkan akta perhimpunan awam yang baru diluluskan Parlimen.

Polis membenarkan peserta perhimpunan berhimpun di tempat letak kereta Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta.

Polis telah menetap syarat untuk mempastikan perhimpunan itu berjalan termasuk perhimpunan hanya boleh dibuat di padang kereta itu sahaja.

Jika padang itu sudah penuh, mereka yang selebihnya hendaklah bersurai dari kawasan mahkamah.

Mereka juga dikehendaki jangan sesekali mengganggu persidangan mahkamah dan hendaklah bersurai sejam selepas mahkamah membuat keputusan.

Azmin dalam sidang mediannya berkata, pihaknya telah mengemukakan beberapa usul yang mana ia diadakan secara aman di kawasan tempat letak kereta di hadapan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

"Dalam usaha memastikan segalanya teratur, pihak penganjur (PKR) telah menyediakan 500 orang marshal pada hari tersebut yang lengkap beruniform dan dilatih untuk mengawal perhimpunan demi menjamin kelicinan perjalanan perhimpunan," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Azmin juga menyatakan perhimpunan itu akan bermula seawal jam 7 pagi dan orang ramai boleh meletakkan kenderaan mereka di tempat-tempat letak kereta di kawasan lapang berhampiran Bangunan Matrade.

"Oleh kerana ini perhimpunan aman yang dibantu oleh pihak polis, tidak akan ada sebarang sekatan jalan raya yang akan menghuru-harakan keadaan dan tujuan menyekat orang ramai dari hadir, malah polis bersetuju menjaga traffik bagi mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas," tambahnya lagi.


PAS buka tabung bina surau Pulau Shanghai | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 Jan: Lajnah Penerangan PAS Pusat telah bersetuju menubuhkan satu tabung khas bagi membina sebuah surau di Pulau Shanghai, Sandakan, Sabah.

Sebagai tanda pelancaran, kutipan sumbangan pertama tabung khas itu dibuat dalam mesyuarat lajnah itu di Pejabat Agung PAS petang tadi.

RM500 berjaya dikumpulkan di kalangan AJK lajnah ini bagi membolehkan satu akaun dibuka untuk mengumpul sumbangan orang ramai untuk membina surau ini.

Idea penubuhan surau ini dicetuskan oleh Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika menziarahi pulau itu dalam ekspedisi penerangan PAS ke Sabah dan Sarawak baru-baru ini.

PAS telah melahirkan komitmen untuk membina surau bagi kegunaan masyarakat kampung yang amat memerlukan surau tersebut bagi tujuan ibadat dan aktiviti kemasyarakatan.

Bagi peringkat permulaan, Tuan Ibrahim bersama AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Yang dipertua PAS Kawasan Batu Sapi, Hj Hamzah Abdullah telah meletakkan batu asas bagi pembinaan surau tersebut.

(Tuan Ibrahim bersama Nik Zawawi, Haji Hamzah, Idris Ahmad serta penduduk tempatan memacakkan kayu tanda perletakan asas surau Kampung Shanghai di Sandakan)

Berucap sebelum meletakkan batu asas itu, Tuan Ibrahim yang dalam rangka kerjanya ke Sabah melahirkan perasaan dukacita atas komitmen yang ditunjukkan oleh Umno-BN mentadbir dan menjaga kebajikan masyarakat di pulau ini.

“Di Pulau Api Api dan Pulau Tronglit ada surau, mengapa di pulau ini (Pulau Shanghai) tidak begitu? Di mana sensitiviti wakil rakyat di sini yang kononnya membela rakyat dan Islam?” soal Tuan Ibrahim dalam majlis itu.

Pulau Shanghai terletak setengah jam perjalanan dengan bot laju dari Sandakan.

Hampir kesemua penduduk pulau ini beragama Islam namun kerana kemiskinan dan tidak diendahkan, tidak ada sebuah suraupun di pulau ini.

Untuk bersembahyang Jumaat, mereka terpaksa menaiki bot ke pulau lain yang berhampiran.

Ekoran itu, dalam ekspedisi penerangan PAS baru-baru ini, keputusan dicapai untuk membina sebuah surau di pulau itu.

"Kita sasarkan kutipan sebanyak RM50,000 untuk membina surau ini," kata Tuan Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat Lajnah Penerangan PAS hari ini.


Bubar sebelum selesai PSC marahkan rakyat | Print |
Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 7 Jan: Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) Dr Mohd Hatta Md Ramli yakin mana-mana pihak yang cuba untuk mendahului PSC bagi membubarkan Parlimen lebih awal akan berhadapan dengan kemarahan rakyat.

(Dr Hatta dalam pendengaran awam di Kota Bharu)


Sehubungan itu, beliau berharap, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak membubarkan Parlimen sehingga kajian dan cadangan PSC dilaksanakan.

“Maksudnya, pembubaran Parlimen akan ditakhirkan, dikemudiankan, dan itu bukan saja boleh menyelesaikan tugas kami, tetapi seterusnya untuk dilaksanakan penambahbaikan sistem pilihan raya. Ini harapan kita," katanya.

Beliau bercakap pada sidang media sempena sesi Pendengaran Awam Jawatankuasa Khas Parlimen bagi penambahbaikan pilihan raya di Kota Darulnaim di sini tengahari tadi.

PSC dipengerusikan Ahli Parlimen Kota Marudu Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili itu turut dianggotai oleh tiga Ahli Parlimen Pakatan iaitu ahli Parlimen PKR Gombak, Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen DAP Rasah, Anthony Loke Siew Fook.

Dewan Rakyat meluluskan penubuhan PSC pada 3 Oktober 2011 dengan tanggungjawab mengkaji perkara untuk memperkukuhkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta mengkaji proses pilihan raya yang bebas dan adil.

Penubuhan PSC berkuatkuasa selama enam bulan dari tarikh penubuhannya.

Sementara itu, mengulas isu pembubaran Parlimen sebelum tugas-tugas PSC selesai, Pengerusi PSC Datuk Dr Maximus berkata (pembubaran Parlimen) itu kuasa mutlak Perdana Menteri.


Bersiap hadapi ibu pilihan raya

Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com

Apapun pergolakan atau peristiwa yang berlaku dan akan berlaku dalam waktu terdekat ini, sewajarnya tidak membantutkan persiapan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat untuk menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.

Ini kerana PRU Ke-13 ini, yang dianggap ‘ibu segala pilihan raya’ di Malaysia, akan menentukan sama ada Barisan Naional akan berkuasa kembali atau Pakatan Rakyat akan memerintah Puterajaya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengatakan bahawa “sama ada saya dipenjarakan atau dibebaskan oleh mahkamah pada 9 Januari ini tidak penting, yang penting ialah meneruskan perjuangan hinggah Pakatan Rakyat menang dalam piluhan raya umum kali ini.”

Beliau mengulangi, keputusan sama ada beliau dipenjarakan atau tidak, tidak penting, namun apa yang dinantikan adalah keputusan rakyat dalam menilai dan membuat pilihan pada pilihan raya umum akan datang untuk merubah kerajaan.

Untuk mencapai kemenangan dalam PRU Ke-13, Pakatan Rakyat sewajarnya membuat persiapan paling rapi, strategi dan bacaan politik yang tepat dan dalam masa yang sama berazam dan bertawakkal kepada Ilahi, justru pada akhirnya segala keputusan di tangan-Nya.

Dari pelbagai laporan yang diterima, khusunya dri negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, Persiapan berjalan lancar. Petugas parti-parti dalam Pakatan Rakyat bertungkus lumus, siang dan malam membuat persiapan dalam semua aspek.

Misalnya, PAS Selangor sudahpun melancarkan program ‘Semarak Hijau’ di beberapa kawasan di Selangor untuk memugar pengundi agar menyokong Pakatan Rakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang.

Program berterusan ini yang dikendalikan oleh pengarahnya, Ir. Izham Hashim yang juga Bendahari PAS Selangor, boleh dikatakan telah mencapai matlamat, di mana, menurutnya, sudah ada perubahan pemikiran di kalangan rakyat – khususunya di luar bandar, termasuk di rancangan Felda. Mereka bukan lagi penyokong tegar Umno/BN, tetapi sudah ada yang menunjuklkan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Negeri Selangor yang kaya dan ternama itu, walaupun menghadapi pelbagai cabaran, serangan pelbagai bentuk dari musuh politik Pakatan Rakyat, namun pemerintahannya yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim masih kukuh dan diterima oleh rakyat kerana telah memberikan khidmat terbaik kepada rakyat Selangor.

PAS Negeri Johor pula sedang melancarkan jentera dan program untuk menghadapi PRU Ke-13 itu. Sambutan Ulangtahun PAS Peringkat Negeri Johor yang telah diadakan di Dataran Haji Mardi [Dewan Marwan Al Hakam] Ayer Hitam, Johor baru-baru ini telah dihadari oleh lebih 3,000 orang.

PAS negeri itu memutukan untuk mengurangkan bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Persuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, mereka ‘menyerahkan’ lebihan kerusi yang pernah ditandingi pada pilihan raya umum lalu kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Kesemua kerusi itu adalah kawasan campuran berdasarkan kedua-dua parti itu mempunyai kekuatan di kawasan terbabit," katanya lagi.

PAS Johor, katanya, membuat keputusan untuk bertanding di lapan kawasan Parlimen dan 28 kawasan DUN pada PRU13, berbanding sembilan Parlimen dan 33 DUN pada PRU 2008.

Kata beliau, senarai calon dari PAS Johor yang akan bertanding pada PRU13 telah pun siap, tetapi ia perlu diperakui dan diluluskan oleh kepimpinan parti pada peringkat pusat.

Sementara itu, PAS/Pakatan Rakyat Negeri Kedah juga telah membuat persiapan rapi untuk menghadapi PRU Ke-13 dengan fokus utama mempertahankan kerusi yang dimenangi dalam PRU yang lalu.

Dalam masa yang sama berusaha keras untuk menawan kerusi yang tewas di tangan BN dalam PRU yang lalu. Ini adalah keazaman pimpinan Pakatan Rakyat Negeri itu.

PAS sendiri, yang memimpin kerajaan negeri itu telah melaksanakan pelbagai program untuk rakyat dalam pelbagai bidang. Walaupun menghadapi pelbagai tohmah dari Umn/BN, namun kerajaan pimpinan Datuk Seri Azizan Razak itu berjaya mematahkan tuduhan itu.

Di negeri yang belum diperintah oleh Pakatan Rakyat – Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak, jentera pilihan raya Pakatan telahpun digerakkan. Pemimpin Pakatan terus memantau persiapan. Mereja silih berganti ke Sabah dan Sarawak untuk mempatikan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat berjalan lancar.

Dari tinjauan yang ada, menunjukkan negeri-negeri yang dulunya bukan di bawah Pakatan Rakyat sangat sukar bertapak sudah menunjukkan perubahan. Tetapi kini negeri-negeri tersebut tidak boleh lagi dianggap sebagai negeri ‘simpanan tetap’ Umno/BN.

Ini adalah perubahan yang amat ketara termasuk di negeri Johor, yang selama ini dianggap sebagai kubun Umno. Dari tinjauan yang dibuat, menunjukkan perubahan sikap rakyat Johor sangat ketara.

Isu rasuah, skandel projek lembu, isu tanah rancangan Felda, isu pelabur asing mendominasi negeri Johor, isu pemimpin Umno/BN hidup bermewah-mewah dan lain-lain diperkatakan dengan meluas dan terbuka di mana-mana oleh rakyat negeri itu. Ini menyebabkan rasa benci mereka terhadap Umno/BN.

Sementara itu Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan konvensyen yang bertema ‘Bersihkan Malaysia’ pada 13 dan 14 Januari ini di Alor Setar, Kedah dengan memberikan fokus khusus kepada pembentukan manifesto pakatan itu untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Dalam Konvensyen terebut, pimpinan Pakatan Rakyat akan membincangkan beberapa isu pokok yang akan menjadi asas kepada manifesto Pakatan Rakyat, selain yang tertera dalam Buku Jingga.

Ia adalah manifesto utama yang terus menjadi pegangan dasar Pakatan Rakyat sekiranya mereka menang dalam pilihan raya umum akan datang. Isu-isu yang menjadi fokus dalam konvensyen selama dua hari itu antara lain melibatkan perkhidmatan awam, mahasiswa dan juga isu-isu federalisme. Konvensyen sebelum ini diadakan di Selangor dan Pulau Pinang.



“Kita pun terbabit, namun yang penting kita jalankan kerja ini.

“Selesai tugas kita, barulah berjumpa di luar, perjuangan itu secara demokratik.

“Tetapi kita tidak ada kuasa hendak memutuskan perkara itu,” ujarnya.


Tiada ulasan: