Jemputan palsu hadiri Himpun disebar di masjid
Surat
"rasmi" yang memaparkan logo kerajaan Pulau Pinang dan didakwa
ditandatangani oleh pengerusi jawatankuasa halehwal Islam negeri, Abdul
Malik Abdul Kassim sedang disebarkan kepada beberapa jawatankuasa
masjid, meminta mereka menghadiri perhimpunan besar-besaran umat Islam
di Kepala Batas pada hari Sabtu.Abdul Malik (kanan), bagaimanapun, menafikan pernah mengeluarkan surat seperti itu dan telah membuat laporan polis mengenai penyalahgunaan kepala surat kerajaan negeri.
Beliau juga tidak dapat mengenal pasti individu atau pihak-pihak yang terlibat.
Abdul Malik yang juga ADUN Batu Maung berkata beliau mengetahui tentang surat bertajuk 'Jemputan Menghadiri Program Perhimpunan Ummah Selamatkan Akidah' oleh sekumpulan NGO Melayu - Himpun - kononnya ditandatangani oleh beliau semalam.
Katanya, surat tersebut telah dihantar kepada jawatankuasa masjid pada 19 Januari, menjemput mereka menghadiri perhimpunan anjuran Himpun itu, yang dirancang diadakan Pusat Budi Penyayang Kepala Batas.
Abdul Malik berkata, beliau kesal dengan apa yang berlaku dan menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak menyokong ataupun akan mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut.
Menurutnya lagi, tindakan menghantar surat palsu tersebut dengan tandatangan palsu, bukan sahaja tidak bertanggungjawab tetapi tidak beretika dan mencerminkan sifat sebenar pihak-pihak tertentu.
Menurut pihak penganjur, Himpun disokong oleh NGO Melayu dan NGO Islam, termasuk pemimpin politik yang bimbang tentang ancaman gerakan Kristian terhadap umat Islam.
Warga emas dituduh cabul cucu perempuan
Seorang
warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur
terhadap empat pertuduhan mencabul kehormatan cucu perempuannya yang
berumur sembilan tahun.
Warga emas berusia 74 tahun itu dituduh mencabul kehormatan kanak-kanak perempuan itu di empat tempat berasingan termasuk di dua buah hotel dan dalam sebuah kereta di ibunegara antara pukul 1 tengah hari hingga 6 petang, antara April 2010 dan Oktober 2011.
Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya, jika sabit kesalahan.
Semasa pertuduhan itu dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, ibu kanak-kanak perempuan itu yang merupakan pengadu dalam kes itu, dilihat menangis dan ditenangkan oleh anggota keluarganya.
Majistret Zulkpli Abdullah membenarkan warga emas itu diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Februari untuk sebutan semula kes.
Tertuduh diwakili peguam Muhammad Fauzi manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya S Malini Anne.
- Bernama
Warga emas berusia 74 tahun itu dituduh mencabul kehormatan kanak-kanak perempuan itu di empat tempat berasingan termasuk di dua buah hotel dan dalam sebuah kereta di ibunegara antara pukul 1 tengah hari hingga 6 petang, antara April 2010 dan Oktober 2011.
Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya, jika sabit kesalahan.
Semasa pertuduhan itu dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, ibu kanak-kanak perempuan itu yang merupakan pengadu dalam kes itu, dilihat menangis dan ditenangkan oleh anggota keluarganya.
Majistret Zulkpli Abdullah membenarkan warga emas itu diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Februari untuk sebutan semula kes.
Tertuduh diwakili peguam Muhammad Fauzi manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya S Malini Anne.
- Bernama
- Mat Kelabu Asap · Pengulas Tertinggi · USM Malaysiainilah hasil pemerinthan UMNO yang takut hukum islam.
- Rohan Abd Rahman · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Perodua
- Wan Don · Pengulas Tertinggi · Pembantu Tadbir (P/O) di PesaraDah nak mampus buat2lah amal ibadat besok atau lusa kau dipanggil Allah Sepatutnya kau menjadi perlindung kepada kaum yang lemah lebih2 lagi kanank-kanak A'uzubilla minzalik.
- Alan Razman · Top Commenter · Works at Kementerian pertahanandunia2.. apa nak jadi lah...MB Kedah pro-AUKU patut sertai BN, kata Aziz BariMenteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sepatutnya menyertai BN jika beliau terus menyokong Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), kata bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Abdul Aziz Bari.
Katanya, jika Azizan terus menyokong AUKU, maka beliau sepatutnya menyertai BN, kerana BN pro-AUKU.
Pakar perlembagaan itu menegaskan demikian dalam satu akhbar di Shah Alam hari ini sebagai mengulas pendirian menteri besar Kedah itu yang menyokong tindakan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) milik kerajaan negeri itu, menggantung pengajian lima pelajarnya mengikut AUKU kerana dituduh menyertai demonstrasi haram.
Abdul Aziz juga menggesa Pakatan untuk mengambil tindakan tegas terhadap Azizan kerana pendirian menteri besar Kedah yang jelas bertentang dengan pendirian parti.
"... mereka mesti mengambil tindakan tegas terhadapnya, kerana ia (memansuhkan AUKU) disebut dalam Buku Jingga mereka," kata bekas profesor undang-undang UIA itu.NFC tetap 'lubuk penyelewengan', dakwa PKRSetiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, kenyataan ketua audit negara semalam, bahawa jabatan itu menjalankan audit ke atas National Feedlot Centre (NFC) dan bukannya National Feedlot Corporation (NFCorp), tidak membebaskan projek berkenaan daripada dakwaan penyelewengan.
Beliau mempertahankan dakwaan bahawa "lubuk penyelewengan" itu ialah syarikat yang dikuasai keluarga menteri pembangunan wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil – NFCorp, National Livestock and Meat Corporation (NLMC) dan Real Food Company.
"Hakikat bahawa ketua audit menjalankan audit ke atas NFC dan bukannya NFCorp tidak mengubah fakta bahawa ada penyelewengan dana awam RM250 juta," katanya dalam tulisan di laman Twitter semalam.
Beliau turut menyebut semula dakwaan yang pernah dikemukakannya sebelum ini berhubung projek tersebut "kerana ada pcubaan untuk putarbelitkan isu dengan mengheret ketua audit negara semula."
Ahli parlimen Machang itu berkata, rekod daripada suruhanjaya pendaftar syarikat menunjukkan bahawa hutang yang ditanggung NFCorp sehingga akhir tahun 2009 berjumlah RM256,082,518.
"Ini bermakna pinjaman kerajaan (berjumlah RM250 juta) disalur kepada NFCorp," katanya lagi yang turut menyenaraikan semula pendedahan PKR berhubung kes tersebut.
Beliau mendakwa, NFC antara lainnya telah menyalurkan wang berjumlah RM81,222,448.93 kepada NLMC, syarikat yang dikuasai penuh oleh keluarga Shahrizat.
Sebahagian daripada wang ini digunakan untuk membeli dua unit kondominium mewah One Menerung di Bangsar, dakwanya.
NFC yang dikendalikan suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan anak-anak mereka, juga telah menyalurkan wang kepada Real Food Company yang juga dimiliki keluarga itu.
Tambahnya, NFCorp juga masih perlu menjelaskan mengenai pembelian kondominium di Singapura, lot tanah di Putrajaya serta perbelanjaan sebanyak RM823,000 untuk lawatan ke luar negara.
Forum seks Kelab Taat Suami diserbuJabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak (JAIPk) semalam menyerbu forum anjuran Kelab Isteri Taat (KTS) yang dikatakan untuk mempromosikan "seks suci".
Menurut laporan Berita Harian, jabatan itu menyerbu sebuah banglo mewah di Ipoh, tempat kelab itu menganjurkan forum kempen "Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam".
Lima puluh hadirin dari KTS dan Global Ikhwan Sdn Bhd, yang diasaskan oleh bekas ahli kumpulan al-Arqam yang diharamkan, dilaporkan tergamam apabila sepasukan 10 anggota penguatkuasa JAIPk menyerbu forum tersebut di Persiaran Harimau.
Pengarah JAIPk, Mohd Yusop Husin mengesahkan serbuan itu dan berkata pihaknya masih menyiasat kes berkenaan.
Sementara itu, Presiden KTS, Fauziah Ariffin, bagaimanapun, menegaskan kempen tersebut tidak salah kerana menurutnya, setiap aspek kehidupan Nabi Muhammad SAW perlu dicontohi oleh semua pasangan Islam.
"Kehidupan Rasul perlu dicontohi, termasuk mengenai seks... Islam membenarkan seks, tetapi hubungan seks suci di antara suami dan isteri...," katanya dalam laporan Berita Harian.
Ini turut disokong oleh pemimpin KTS di Kuala Terengganu dan Kota Kinabalu, lapor akhbar itu lagi.
Serbuan itu juga dilaporkan oleh akhbar Inggeris The Star dan New Straits Times, yang memetik Mufti Selangor, Mohd Tayes Abdul Wahid sebagai berkata kempen itu boleh merendahkan martabat Nabi Muhammad SAW dan Islam.
Tamyes Mohd berkata, kempen yang amat pelik itu bagi meraikan hari keputeraan Nabi Muhammad SAW pada 5 Februari, adalah tidak wajar kerana Rasulullah "tidak hanya berkahwin untuk seks".
Sebaliknya, kata beliau, Rasulullah berkahwin dengan wanita dari suku kaum yang berbeza untuk menyatukan orang Arab dan menyebarkan Islam," katanya, sambil menegaskan supaya digunakan cara yang lebih bijaksana untuk membanteras seks haram.- Bun Rhot Noor · Pengulas TertinggiKenapa harus pakai perkataan "seks" suci.. kenapa tak guna perkataan sperti.
"Rasullullah tokoh suami islam"? kalau orang bukan islam yang tidak faham maksud mesti salah angap kata Rasullulah tokoh seks! baik dihindar dari awal lagi.- Uwais Al Qarni · Pengulas Tertinggi · UKM BangiBaik buat,"Rasulullah SAW contoh ikutan terbaik semua perkara" -termasuk hubungan suami isteri dan Memimpin Keluarga & Negara", sesuai dgn ayat “Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w itu contoh ikutan yang baik bagi sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Allah s.w.t juga Hari Akhirat serta yang banyak mengingati Allah”,(Al-Ahzab:21)
Adakah ciri-ciri ini ada pada Pemimpin negara kita? - Atan Khalid · Pengulas Tertinggi · SEK MEN KEB KHIR JOHARI
- Sapawi Osman · Pengulas Tertinggi · Polimaskenapa hanya ikut Rasullah dlm soal sex saja kenapa tidak dlm semua aspek. sedang kan rasullah adalah contoh atu idola tebaik bagi umat manusia di muka bumi ini.ya saya setuju dgn Bun Rhot Noor perkataan sex tak sesuai digunaakan kerana boleh disalah angap oleh sesetengsh pehak apatahlagi bagi orng yang bukan Islam, sedangkan Rasullah adalah suami contoh terbaik bagi golongan suami2 di muka bumi ini.
- Eiz Qah · Langgani · Pengulas Tertinggi · Bekerja di BANDUNG PALM OILklu ikut sex islam x leh kite kne ikut sex mak salleh lah... bru masjlis islam malaysia suke kan2 bodoh nye....................
- Bun Rhot Noor · Pengulas Tertinggi
- Mohd Hairil Mohd Salleh · Pengulas Tertinggi · Smk tengku kudin
- Uwais Al Qarni · Pengulas Tertinggi · UKM Bangi
- Atan Khalid · Top Commenter · SEK MEN KEB KHIR JOHARI
- Price Patrick Sumithiran · Top Commenter · SMK Tengku Ampuan Rahimah
- Roy Ridzuan · Top Commenter · Penyelia bahagian pam tayar keretapi at KTMB
- Wahidan Ahmad · Top Commenter · Guru at SMK Banting
- Arahim Mahidi · Top Commenter · Pekebun kecil at Keja sendiri
- Arahim Mahidi · Top Commenter · Pekebun kecil at Keja sendiri
- Hisham Yahya · Top Commenter
- Malik Sulaiman · Top Commenter · Sek men semerah
- Jeff Wahab · Top Commenter · Macam Macam Boleh at Sekolah kat tepi sungai jer
- Wan Yuzainal · Top Commenter · Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas
- Uwais Al Qarni · Top Commenter · UKM BangiPATUTNYA MEREKA BUAT FORUM DGN PANGGIL USTAZ AZHAR IDRUS JE, BARULAH BEST, ILMU RUMAHTANGGA PON DPT, TUKANG SERBU PON BOLEH TUMPANG SEKAKI..
- Uwais Al Qarni · Top Commenter · UKM BangiUstaz Azhar Idrus, perihal hubungan suami isteri ,sbg ilmu... http://www.youtube.com/
watch?v=-jRs2OmTKhQ - Uwais Al Qarni · Top Commenter · UKM BangiWajib belajar bagi yg nak berbini...Ribut: 30 motosikal, 10 kereta dihempap zinkBumbung 12 unit kediaman di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka di Lembah Pantai di ibunegara diterbangkan angin dalam kejadian ribut petang semalam.
Dalam kejadian itu, kira-kira 30 motosikal dan 10 kereta musnah dihempap zink.
Bagaimanapun, tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu kerana tingkat atas flat berkenaan tidak berpenghuni.
Ketua Operasi yang juga Ketua Balai Bomba Pantai Hamid Daud berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 7.05 petang dan tiba di tempat kejadian tiga minit kemudian.
"Kita dibantu lapan anggota dari Balai Bomba Damansara. Kita dapati zink tercabut semasa hujan petang tadi. Pada masa ini, kita sedang mengalihkan zink yang jatuh itu," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.
Sementara itu, bumbung tingkat 17 Pangsapuri Muhibbah di Taman Desa, yang terletak berhampiran PPR Seri Cempaka, turut diterbangkan angin.
Ketua Bomba Taman Desa Saparisan Ramli berkata walaupun terdapat penghuni di tingkat itu, tidak ada kecederaan dilaporkan.
Seorang penghuni PPR Seri Cempaka, Ahmad Yusof, 58, berkata kejadian bermula dengan hujan renyai, diikuti angin kencang selang lima minit.
"Pada masa itu, kanak-kanak yang sedang bermain di bawah bangunan, menjerit dan lari bertempiaran apabila zink bumbung jatuh secara tiba-tiba. Beberapa kenderaan turut musnah dan nasib baik tidak ada penduduk yang cedera," katanya kepada Bernama.
Sejumlah 26 anggota dan tiga jentera dari Balai Bomba Pantai, Hang Tuah dan Sri Hartamas terlibat dalam operasi menyelamat berkenaan.
Seorang lagi penghuni, Mohd Izwan Abd Rahmad, 24, berkata dia hanya menyedari bahagian depan keretanya remuk dihempap zink apabila menjenguk melalui tingkap rumahnya di tingkat 14.
"Selepas petir, saya dengar bunyi kuat. Saya jenguk ke bawah... nampak zink berterbangan dan dapati kereta saya remuk dihempap zink," katanya.
Sementara itu, Menteri Wilayah persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin ketika melawat lokasi kejadian di PPR Sri Cempaka berkata kementerian itu, melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), memperuntukkan RM500,000 sehingga RM1 juta untuk membaik pulih kerosakan di lima kawasan terjejas.
"Kawasan yang terlibat adalah Sungai Besi, Seputeh, PPR Kampung Limau, Pangsapuri Taman Desa, dan yang paling terjejas adalah di PPR Sri Cempaka.
"Di Sri Cempaka, kita kesan tiga keluarga perlu dipindahkan sementara di kawasan berhampiran kerana ada kerosakan di rumah mereka dan aspek keselamatan yang kita pentingkan," katanya kepada pemberita malam ini.
Beliau berkata DBKL akan membaik pulih rumah PPR yang terjejas, termasuk kedai yang rosak akibat ribut itu.
"Penghuni rumah yang terjejas dan pemilik rumah yang terjejas boleh membuat tuntutan insurans termasuk pemilik kereta," katanya sambil menambah pengusaha loji kumbahan BEWG (M) Sdn Bhd turut menyalurkan bantuan sebanyak RM50,000 untuk membaik pulih rumah yang terjejas.
- Bernama
Pengantin baru maut dalam kemalanganHasrat seorang pengantin baru menziarahi datuk saudaranya yang tenat di hospital tidak kesampaian apabila maut akibat kemalangan jalan raya kira-kira lima jam selepas majlis pernikahannya dengan lelaki pilihan.
Roshnida Razali, 28, dari Kampung Seri Medang, yang terlibat dalam nahas jalan raya di satu selekoh tajam berhampiran Kampung Beting Lintang di Besut, Ahad lepas, meninggal dunia kira-kira 3.40 pagi tadi ketika dirawat di Hospital Besut.
Mangsa, seorang ibu tunggal, melangsungkan perkahwinan dengan Azhar Mustafa, 35, dalam satu majlis 11.30 pagi Ahad, berhasrat menziarah datuk saudaranya di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu bersama suami dan anggota keluarga lain pada sebelah petang hari yang sama.
Azhar ketika ditemui hari ini berkata mereka ke Kuala Terengganu pada kira-kira 5 petang dan kemalangan itu berlaku hanya 10 minit selepas bertolak dari rumah isterinya.
"Ketika tiba di tempat kejadian, tiba-tiba sebuah kereta Perodua Kembara datang dari arah bertentangan memasuki laluan saya ketika mengambil selekoh, yang menyebabkan perlanggaran kuat dengan kenderaan kami," katanya.
Azhar berkata dalam kejadian itu, dia pengsan seketika dan setelah sedar semula mendapati mangsa yang duduk di sebelahnya, mengerang kesakitan.
Turut berada dalam kereta Proton Saga yang dipandu Azhar ialah ibu mertuanya, Mek Nak Hamid, 51, serta anak Roshnida, Nik Norinsyirah
Dialina Nik Mohd Shamsul, 9 tahun.
Azhar berkata isterinya dan dua yang lain dihantar ke Hospital Besut.
Ibu mertua dan anak tirinya kemudian dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan kerana kedua-duanya patah kaki kanan.
"Roshnida ditahan di wad Hospital Besut kerana pihak hospital memberitahu isteri saya tidak mengalami patah atau kecederaan serius, sementara saya dibenarkan pulang pada hari sama walaupun masih berasa teramat sakit pada bahagian dada," katanya.
Azhar berkata Roshnida masih mampu bercakap dengannya namun keadaan mangsa benar-benar tidak bermaya sehinggalah isteri yang dikenali tiga bulan lalu menghembuskan nafas terakhir di depannya awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Besut Superintenden Kamaruddin Zakaria mengesahkan kejadian.
- Bernama- شهرول نظام · Langgani · Pengulas Tertinggi · Seri KembanganSemoga keluarga arwah redha dengan ketentuan Nya terutama Nik Norinsyirah Dialina Nik Mohd Shamsul yang baru berusia 9 tahun terpaksa meneruskan hidup tanpa ibu kandungnya. Didoakan untuk Nik Norinsyirah Dialina tabah dan mendapat kasih sayang dan jagaan yang sempurna dari penjaga yang akan menjaganya. Semoga Allah melindunginya sentiasa. Allah Maha Mengetahui.
- Lalaili Lamtai · Pengulas Tertinggi · UiTM Shah Alam
- Rony Ron · Top Commenter · 42 years oldSalam Takziah...setiap yang berlaku pasti ada hikmahnye..banyak2 bersabar dan kami mendoakan agar dia ditemoatkan dalam golongan orang2 yang beriaman..Al Fatihah..
- Ahmad Shafei · Subscribe · Top Commenter · SEKOLAH ATAP JEketentuan allah adalah yang paling tepat..bersabar...ini ujian yang hebat bagi saudara azhar....allah lebih menyayangi nya...
- Honduk Pangazou · Top Commenter · Technical University of MadridApa cerita dengan perodua tu pula. Patut kena hukum penjara.
- Jalal Man · Top Commenter · Information Collector at Own worker
- Mohd FairuzTakziah.
- Price Patrick Sumithiran · Top Commenter · SMK Tengku Ampuan Rahimahsiapa yg memandu kereta perodua tu? kalau pemandu tersebut didapati cuai, harap2 polis ambik tindakan yg tegas..
- Nizar M Zaini · Top Commenter · Works at Cikgu Food Tech a.k.a. Sir Nizarkasi sebat atau gantung mandatori untuk pemandu Kembara yg sah2 laju ms ambil selekoh.
- Abu Hanifah Ramlisunggoh terharu menitiskan air mata, salam takziah , Allah lebih myangi , semoga ditempatkan bsama2 para solehah.
- Raja Rimba · Subscribe · Top Commenter · Works at Self Employed (Business)Takziah dari krew Raja Rimba. Al fatihah
- Buns Azwan · Top Commenter · Works at Freelance Makeup ArtistSalam Takziah.... pengantin baru darahnya manis.. berhati2 dijalanraya.... ingatlah orang yang tersayang... Al-Fatihah...
- Ismail Hassan · Top Commenter · 56 years oldsalam takziah, semoga saudara reda dengan apa telah terjadi insyaAllah.
- Suteraliza Ahamed · Manager at SUTERALIZA ENTERPRISESalam takziah, banyak kan brsabar dan reda dengan apa yg trjadi. Allah lebih menyayanginya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan