Sabtu, 7 Januari 2012

BILA RAKYAT DAH MULA JEMU DAN MUNGKIN MELUAT...SENDIRI YANG BUAT JADI BEGITU...TERLALU BANYAK BUAT SILAP...MASING2 JAGA KEPENTINGAN DAN KEUNTUNGAN

Blogger Umno dipelawa bantu PR Pahang | Print |
Khairil Abdul Rahim

KUANTAN, 7 Jan: Blogger Umno yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (gambar) dipelawa dan dialu-alukan berganding dengan Pakatan Rakyat (PR) negeri ini untuk menumbangkan kerajaan BN Pahang.

Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad berkata, sebagai seorang pakar ekonomi, Ariff atau nama blogernya Sakmongkol AK47, sudah tentu dapat menilai kelemahan aspek ekonomi yang dihadapi kerajaan Pahang pada masa ini.

“Sebagai seorang lulusan ekonomi dan banyak menganalisis perkembangan ekonomi semasa, kita rasakan Ariff amat memahami prestasi ekonomi Pahang di bawah pimpinan Datuk Seri Adnan Yaakob yang setiap tahun menerima teguran Ketua Audit Negara.

“Jadi dengan kelulusan, pengalaman dan akses yang banyak tentang ekonomi Pahang dan mahir dengan prestasi anak syarikat kerajaan negeri kita pelawa beliau berganding dengan PR demi manfaat rakyat negeri ini,” katanya.

Ariff merupakan Adun sepenggal iaitu dari tahun 2004-2008 juga bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan di bawah ketua bahagiannya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Baru-baru ini, beliau bersama seorang lagi blogger Umno Aspan Alias, telah menghadiri seminar blogger-blogger PR di Pulau Pinang.

Mengikut laporan media, Ariff telah menjelaskan kecenderungan beliau dan Aspan menyokong DAP kerana merasakan pegangan dan kepercayaan mereka terhadap Umno sudah tidak lagi konsisten seperti dahulu.

“PAS Pahang akan mencari masa yang sesuai untuk berbincang pelbagai isu semasa dengan Datuk Ariff dalam masa terdekat ini,” tambah Suhaimi.

Jelasnya lagi, sudah tentu ada yang luar biasa bagaimana seorang tokoh yang betul-betul berada di bawah Presiden Umno mahu meninggalkan parti itu.

Sementara itu posting terakhir dalam blognya, Ariff menyifatkan Umno sebagai pemusnah Melayu dan parti itu sebenarnya terhutang budi kepada orang Melayu.

Sebelum ini, Ariff begitu lantang mempertikaikan keputusan kerajaan mahu menyenaraikan Felda di bursa saham dan menganggap tindakan itu hanya sebagai ‘menggali kubur untuk peneroka’.


NFC diambil tindakan menjelang pilihan raya | Print |
Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 7 Jan: Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Md Ramli yakin, tindakan akan diambil terhadap mereka yang terlibat dengan skandal NFC menjelang pilihan raya nanti.

(Gambar: Dr Hatta dalam sesi pendengaran awam berhubung penambahbaikan proses pilihan raya dianjurkan Jawatankuasa Pilihan Khas berhubung penambahbaikan proses pilihan raya (PSC) di Kota Darulnaim)

Namun, oleh kerana kepimpinan negara yang ada belum dapat mempastikan bila mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13), justeru maka tindakan belum diambil ke atas mereka yang terbabit dengan skandal NFC atau National Feedlot Centre.

“Namun saya berkeyakinan, menjelang pilihan raya umum dalam masa terdekat, orang-orang yang terbabit itu akan diambil tindakan sama ada digugurkan atau menjadi kes-kes polis.

“Ini dilakukan bagi menunjukkan bahwa adanya tindakan dilakukan pihak berkuasa," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas sesi pendengaran awam berhubung penambahbaikan proses pilihan raya dianjurkan Jawatankuasa Pilihan Khas berhubung penambahbaikan proses pilihan raya (PSC) di Kota Darulnaim di sini tengahari tadi.

Jawatankuasa PSC ditubuhkan Dewan Rakyat 3 Oktober 2011 itu dipengerusikan Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu.

Dr Hatta adalah salah seorang anggota jawatankuasa itu bagi mewakili PAS.

Ahli Parlimen Kuala Krai itu mendakwa kenapa kes (NFC) yang hampir begitu jelas bagi semua orang, dan yakin Kerajaan BN menganggapnya sebagai satu kes yang besar dan cemas, tidak boleh diselindung lagi untuk menutup kes itu kerana ‘baunya telah keluar’.

Justeru beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat melahirkan perasan kurang pasti kenapa Datuk Seri Najib tidak mengeluarkan sedikit pun ‘kenyataan’ berhubung kes tersebut.

Beliau mendakwa adalah amat tidak munasabah kalau BN dengan kes yang begini terang, masih tetap mengekalkan orang-orang yang terbabit dalam kes NFC itu sebagai calon (untuk pilihan raya umum akan datang, misalnya).

“Jadi saya yakin dalam masa terdekat tindakan akan diambil.

"Dan langkah itu juga akan dijadikan bahan untuk menunjukkan bahawa mereka serius untuk membersihkan kerajaan yang ada," katanya.

Sambil mendakwa dalam kes NFC ramai yang terbabit, maka kemungkinan itulah tolak ansurnya dipendam atau cuba dipendam atau diperlambat-lambatkan tindakannya, namun beliau yakin rakyat tidak boleh membiarkan kes itu hanya terlepas begitu saja.

“Demikianlah maksudnya maka pihak berkenaan memberi bayangan bahawa kalau tindakan diambil ke atasnya, ramai lagi yang terkait, bukan hanya dengan NFC, bahkan dengan bermacam skandal yang lain,” ujarnya.

PAS bangga dengan kecekalan keluarga Adam Adli | Print |
Mohd Sabri Said

PULAU PINANG, 7 Jan: PAS bangga dengan kecekalan ayah kepada Adam Adli kerana begitu konsisten terhadap perjuangan yang digerakkan oleh anaknya walaupun tahu perjuangan Adam Adli (gambar) bakal berhadapan dengan ugutan, tohmahan dan ancaman.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa yang menziarahi keluarga Adam Adli di salah satu kawasan parlimen di Seberang Perai berkata, apa yang dicakapkan oleh bapanya, Abdul Halim Hamid merupakan teras dan boleh dijadikan kekuatan untuk Adam Adli meneruskan usahanya memastikan Akta Univesiti dan Kolej Univesiti (AUKU) benar-benar dihapuskan.

"Mendengar cakap Abdul Halim Hamid saya selaku Ahli Parlimen Pakatan Rakyat terasa bangga terhadap sokongan padunya. Sebagai ayah beliau sanggup bersama anaknya biar dalam keadaan susah dan senang. Orang politik pun belum tentu boleh buat macam dia, " tegasnya.

Adam Adli adalah palajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang telah menurunkan gambar datuk Seri Najib ketika mahaiswa berhimpun di perkarangan bangunan Umno di PWTC.

Akibat kesalahan itu beliau dikecam dan dikutuk oleh Umno tanpa batasan sehingga UPSI bertindak ke atasnya.

Tindakan para mahasiswa terlibat, kata Dr Mujahid, bukan ada kaitan dengan desakan mana-mana parti politik pembangkang tetapi sebaliknya atas rasa keprihatinan dan kesungguhan menyelamatkan maruah negara yang sudah tergadai.

Perjuangan mahasiswa selama ini bukanya perkara baru untuk memastikan AUKU ditiadakan bagi membolehkan mahasiswa meluahkan pandangan secara demokrasi serta mewujudkan seorang mahasiswa yang berkalibar tidak hanya menjadi mahasiswa pak angguk.

"Mahasiswa ada hak menentukan masa depan mereka walaupun terpaksa menentang AUKU sebab AUKU melahirkan mahasiswa yang tidak matang dan penakut, " terang Mujahid (gambar kiri) yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, Perak.

Susah untuk melihat kebangkitan mahasiswa seperti yang digerakan oleh Adam Adli, Muhamad Safwan Anang dan rakanya semata-mata untuk kemakmuran, kesejahteraan, ketelusan dan kebebasan terjamin, jelas beliau.

Sebelum ini hanya orang politik pembangkang menyuarakan pandangan mengenai kebebasan bersuara tetapi kini ia telah menular di kalangan cerdik pandai atau golongan ketiga yang tiada mempunyai kepentingan politik.

Bila golongan terbabit mempunyai kesedaran yang tinggi dan mahukan perubahan ketara terhadap Malaysia itu menandakan satu gelombang kebangkitan anak muda yang sukar dibendung terutamanya ketika negara bakal berhadapan dengan Pilihanraya Umum ke 13.

"BN sebenarnya takut untuk berhadapan dengan golongan muda terutamanya mahasiswa sebab itu apa yang digerakan oleh mahasiswa cuba disekat supaya kemaraan jiwa muda tidak melarat sehingga boleh menggugat kedudukan politik jahat kepimpinan BN, " terangnya.

Turut menziarahi keluarga Adam Adli ialah Pengarah Pilihanraya PAS Pulau Pinang, Rosidi Husein, Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin dan Bekas Ketua Lajnah Penerangan PAS Negeri, Zulkifly Md Lazim dan beberapa orang aktivis parti.

Pada pertemuan tersebut rombongan turut mengadakan sembahyang hajat di kediamanya sebagai langkah memperkuatkan akidah Adam Adli dan 17 rakanya yang kini berhadapan dengan berbagai kemungkinan.

Pada 31 Disemer 2011 negara terpalit satu lagi peristiwa keganasan pihak polis apabila bertindak kasar menghuraikan perhimpunan mahasiswa di hadapan Univesiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mahukan kerajaan Malaysia menghapuskan AUKU yang didakwa menyekat kebebasan mahasiswa.

Pada perhimpunan itu Adam Adli ditahan bersama rakanya yang lain manakala Saudara Muhamad Safwan Awang terpaksa dimasukan ke hospital akibat tindakan ganas polis.

Tiada ulasan: