Sultan Selangor hari ini perkenan untuk membatalkan pelantikan Datuk Dr Hasan Ali - yang telah dipecat sebagai ahli PAS Ahad lalu - daripada jawatan exco kerajaan negeri Selangor.
Keputusan itu dibuat selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengadap baginda di Istana Kayangan di Shah Alam pagi ini.
"Memandangkan Datuk Hasan bukan lagi ahli PAS, saya telah membuat keputusan bahawa beliau tidak boleh lagi menjadi ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri dan telah menasihati DYMM Tuanku Sultan untuk membatalkan pelantikan beliau.
"DYMM Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan baginda akan menulis surat pembatalan pelantikan YB Datuk Dr Hasan sebagai ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri," kata menteri besar dalam satu sidang media selepas mengadap Sultan Selangor pagi tadi.
Pada masa yang sama, katanya, sultan telah menurunkan kuasanya kepada beliau untuk melantik ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang baru.
"Baginda Sultan juga menasihatkan saya agar menjalankan tanggungjawab ini dengan bijaksana tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak-pihak," tambahnya.
Sehubungan itu, kata Khalid, pelantikan exco baru akan disempurnakan di Istana Kayangan pada hari Rabu minggu depan.
Ditanya mengenai pengganti Dr Hasan, Khalid berkata, secara rasmi beliau belum menerima senarai calon tersebut.
"Dalam (tempoh) dua hari ini, saya akan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin PAS pusat untuk berbincang perkara ini," katanya.
Menurut Khalid lagi, beliau tidak menerima surat peletakan jawatan Dr Hasan sebaliknya mengesahkan menerima surat permohonan cuti dan tidak menghadiri mesyuarat exco.
Khalid juga berkata ekoran pemecatan Dr Hasan sebagai exco, hak keistimewaan beliau yang juga ADUN Gombak Setia, turut digugurkan.
Bagaimanapun, Khalid menegaskan ada tempoh untuk Dr Hasan menyerahkan hak keistimewaan itu kepada kerajaan negeri.
Ditanya tindakan menggugurkan Dr Hasan dilihat mendahului keputusan Majlis Syura kerana beliau masih lagi boleh merayu, Khalid berkata, tidak ada peruntukan bagi ADUN bebas untuk menjadi exco.
Ditanya perasaan beliau dan exco di atas 'kehilangan' Dr Hasan, Khalid berkata: "Soalan tersebut sepatutnya ditanya kepada PAS".
- Fes Debuk · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Di Bumi ALLAHpatah tumbuh hilang berganti, tiada yg kekal melainkan Allah..pangkat, jawatan, harta semuanya ujian drpdNya.
- Teraju Tiga · Pengulas Tertinggi · Kota Bharu, Perak, Malaysia
- Firdaus Bin Omar · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, MalaysiaSemoga kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor bertambah kuat.
- Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
- Man Tapoi · Top Commenter · Khartoum, Sudan
- Ismail Ramali · Top Commenter
- Man Tapoi · Top Commenter · Khartoum, SudanBaru puas nafsu Khalid samad. Dr Rani, Mustafa Ali dan juga musuh musuh Hasan ali. Ronnie Liew pastinya yamseng bersama Azmin Ali dan Anwar Ibrahim kerana pejuang islam ini telah berjaya mereka tendang keluar yang sering menganggu cita cita mereka untuk membaya Gay, Lesbian, memurtadkan umat islam dimalaysia ini. Dan mereka juga tentu ketawa terbahak bahak kerana telah berjaya memperdayakan ulama'2 PAS yang semakin bodoh dan diperbodohkan! Hanya kepada Allah kami smeua berserah agar menghancurkan golongan munafiqin yang ingin mnegharu birukan negara ini!
- Anggun AtokHrp2 xada lglah musang yg berbulukan lembu ini bahaya dlm jka orng mcm dr hasan ali kekal dlm PAS, dgn ego dia bongkak xda makna ada phd. tp bla ckap xserupa bikin, nak menegakan islam n raja konon peilah..... apa selama ni kerajaan PR xbuatke, sy harap lpas ni dr hasan ali gan ibrahim ali n shahrizat blhlah bt parti LEMBU...
- Hafizul Faiz · Top Commenter · Works at Kolej legenda
- Suhaila Ibrahim · Top Commenter
- Ahmad Hj Saad Ahmad · Top CommenterPakai Otak ....kepala hotak kau....di memperjuang kan islam korang suka ya dia keluar..?pejuang islam yg lurus...sepatutnya oeg islam yg lain bela..ni tak lagi korang perlekehkan org yg memperjuangkan agama bangsa dan negara..?sial punya melayu cam korang ni....(terutama yg memperlekehkan pejuang islam)
- Badrulshah Shah · Top Commenter · Tokyo International University
- Badrulshah Shah · Top Commenter · Tokyo International University
- Suhaila Ibrahim · Top Commenter
- Abdullah Ghouse · Top Commenter · University of Nebraska–LincolnKerana pulut santan binasa.
Kerana mulut padah terima.
Akademik PhD cakap ikut syiok se ndiri.
Bila dipecat salahkan org lain sekali.
DSAI dicaci kononnya dia yg betul sekali.
Kalau rasa hebat tubuh parti sendiri cap Hassan Ali.- Byron Rosli · Top Commenter · University of Kentucky
- Mohd Kheder Omar · Top Commenter · Padang tembakBaik beritahu Hasan Ali cepat2 sms ke talipon ker, kan ker di atengah cuti2 malaysia sekarang ni.. nanti terus jer merepek cerita hal yang bukan2 dia ingat dia masih exco .... manalah tau kan dia tak baca akhbr...:)
- Nazri Omar · Top Commenter · UTM 83/88 (Mechanical Engineering)
- Marimuthu Pachayappan · Top Commenter · Universiti Utara Malaysia
- Ahmad Albab · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
- Ahmad Sayuti Bashiron · Adelaide, South AustraliaAlhamdulillah...
Saya bersyukur atas kelancaran dlm menghadapi kemelut ini.
Hukamak sebut: "masa itu adalah pengubat...". Hikmah dari keputusan syura amat tinggi nilainya di sisi Islam.
- Utk Dr Hasan, carilah medan perjuangan baru utk gerakkan perjuangan Islam Dato', kerana PAS sebagai sebuah gerakan Islam, mahupun parti politk mempunya dasar & cara kerja yg telah dipersetujui bersama.
- Oleh itu jika Dato' tidak mahu bersetuju dgn dasar dan cara kerja yg telah dipersetujui itu, berangkatlah teruskan perjuangan Islam Dato' dlm medan yg lebih serasi dgn Dato'.
- Saya sarankan Dato' bersama dgn ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) sebab Dato' mempunyai dasar perjuangan yg secocok dgn mereka. Tumoukan kepada gerakerja bukan politik & motivasi ummat Islam. Byk kerja lain yg Dato' blh lakukan...
- Jangan pula masuk PEKIDA & PERKASA pulak walau pun UMNO dan mereka semua itu sedang menantikan Dato'.- Pakchu Pkb · Top Commenter · The Ohio State University
- Zanirun Baba · Top Commenter · 57 years oldAlhamdulillah, nampak nya semau berjalan dgn baik, duri dalam daging sudah di keluarkan semua nya..dan saya berharap kalau pun dia merayu agar dpt majlis syurah tolak aja..apa pun saya tetap walak pada pimpinan!
ABU...ASALKAN BUKAN UMNO!- Byron Rosli · Top Commenter · University of Kentucky
- Zanirun Baba · Top Commenter · 57 years oldMuhammad Shafri Bin Husin ..bukan kutuk UMNO..tapi terkutuk nya umno sbb tingkah laku trekutuk pimimpin UMNO skrg..apa ada pada jenama(UMNO.PASDAN KEADILAN ) tapi rakyat biasa mcm kita ni di perbodohkan pemimpin umno skrg....NFC,WANG ZAKAT.WANG ..rakyat susah dgn segala kenaikan barang..kesusahan dan kesempitan hidup di harungi rakyat semua..PEMIMPIN UMNO DAN RAKAN2 NYA DLM BN..asyik menyamun duit rakyat...kenapa mesti kita sanggup di perbodohkan..?..
- Suhaimi Md Saad · Subscribe · Works at Parti Islam SemalaysiaEsok Sultan Selangor akan buat penafian perkenan untuk membatalkan pelantikan Datuk Dr Hasan Ali..
- Byron Rosli · Top Commenter · University of Kentucky
- Mohd Yusoff · Top Commenter · UPSI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengaku bahawa beliau merupakan pihak yang bertindak menghalang penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum lalu.
Jelasnya, cadangan itu dipersoal pada 2008 kerana berbangkit isu perlembagaan berhubung hak warganegara berumur lebih 21 tahun untuk mengundi.
"Pada 2008 ada cadangan menggunakan dakwat kekal. Orang yang persoalkan sayalah," katanya dalam wacana membincangkang pilihan raya bebas dan adil di Kota Bharu malam tadi.
Turut terlibat dalam forum anjuran kerajaan Kelantan itu bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dan exco kanan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.
Menurut Nazri, ia antaranya mengambil kira hak warganegara layak yang mahu mendapatkan kertas undi tetapi enggan dicalit dakwat kekal.
"(Jika ini berlaku) apa yang akan berlaku? Sebab dalam perlembagaan disebut rakyat yang berumur 21 tahun dan berdaftar layak mengundi.
"Jadi, oleh kerana keadaan sudah terlalu dekat (dengan pilihan raya), SPR mengambil keputusan tidak teruskan dakwat kekal. Itu sahaja sebab perlembagaan belum putuskannya."
Bagaimanapun, tambahnya, selepas jawatankuasa khas parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan sistem pilihan raya membincangkannya, Majlis Fatwa Kebangsaan membenarkan dan peguam negara berkata ia tidak menyalahi perlembagaan, tindakan itu akhirnya dilakukan.
"Jadi, itu sebabnya pada 2008 kita tidak buat," jelasnya lagi.
Nazri mengulas kenyataan Abdul Rashid dalam wacana yang sama bahawa beliau mahu melaksanakan pelbagai pembaharuan ketika menjadi orang nombor satu SPR, termasuk memperkenalkan dakwat kekal, tetapi disekat oleh pihak tertentu yang tidak dinamakannya.
Abdul Rashid juga berkata beliau pada masa itu mendapat surat daripada peguam negara yang menyatakan bahawa penggunaan dakwat kekal bertentang dengan Perkara 119 Perlembagaan Negara.
SPR bawah pimpinan Tan Sri Aziz Yusof baru-baru ini mengumumkan bersetuju menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang, setelah mempertimbangkang cadangan PSC – yang dibentuk selepas perhimpunan BERSIH 2.0 – dan Majlis Fatwa Kebangsaan juga berkata ia boleh digunakan.
Sementara itu, berhubung fatwa membenarkan penggunaan dakwat kekal yang pernah dibuat pada 2007, Nazri berkata, kerajaan pada masa itu tidak tahu berhubung kedudukannya kerana ia tidak pernah diumum sebelum ini.
“Dua tiga hari lepas, majlis fatwa umum boleh pakai (dakwat kekal). Ini bermaksud tidak pernah umumlah,” katanya sambil menegaskan hanya 19 negara di seluruh dunia memakai sistem itu.
Sementara itu, mengulas dakwaan berleluasanya kes pengundi hantu di Sabah, Nazri menjelaskan perkara itu tidak berlaku, sebaliknya melibatkan “orang Islam Filipina” yang secara tradisinya berpindah randah antara republik itu dan Malaysia dan tidak memiliki kad pengenalan.
“Jadi apabila ada negara Malaysia, mereka tidak ada kad pengenalan. Apabila tidak dapat kad pengenalan, mereka tak dibenarkan mengundi. Tetapi mereka ada di negara ini sebelum Malaysia wujud dan sebelum merdeka lagi.
“Isunya ada orang marah di Sabah, ada yang tidak patut dapat kad pengenalan dapat kad pengenalan dan didaftar sebagai pengundi,” katanya.
Katanya, sekiranya projek pengundi hantu benar berlaku di Sabah sehingga melibatkan70,000 pengundi seperti yang didakwa, sudah tentu BN akan melakukannya di negeri-negeri lain juga seperti Kelantan dan Selangor.
Bercakap di hadapan kira-kira 1,000 peserta yang sering mengejek dan membuat bising terhadapnya, Nazri menyimpulkan bahawa pilihan raya yang bebas dan adil merupakan realiti di negara itu dan ia dibuktikan dengan kejayaan PAS menguasai Kelantan dan peratusan keluar mengundi yang tinggi.
“Kita tanya diri kita sendiri, bila mengundi ada paksaan tak? Tidak ada. Kita mengundi ikut sukarela. Orang ramai ada keyakinan terhadap pilihan raya. Peratusan keluar mengundi tidak kurang daripada 28 peratus... puratanya 73 peratus,” katanya.
- Ahmad Fikry · Langgani · Pengulas Tertinggi · International islamic collegememang begong nazri ni..dah tau dekat tapi bazir pergi beli jugak cat tu buat apa..dahbeli makna boleh guna..saja bagi alasan tak munasabah lansung.
- Hasmira Hasmi · Pengulas Tertinggi · SGB
- Kang Razzi Armansur · Pengulas Tertinggi · Suicide Bomber di Suicide Bomberr
- Byron Rosli · Pengulas Tertinggi · University of KentuckyJawapan pak menteri bernilai RM2 juta......sikit mahallah pak menteri, itu duit rakyat......
- Chong Shin · Pengulas Tertinggi · Kajang, Malaysia
- Ismail Ramali · Pengulas Tertinggi
- Raja Rimba · Langgani · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Self Employed (Business)JIKA ANDA RAKYAT MALAYSIA SEJATI DAN CINTAKAN KEHARMONIAN, ANDA AKAN MENGALIRKAN AIR MATA MELIHAT VIDEO INI http://bit.ly/xqpwB2
- Badrulshah Shah · Top Commenter · Tokyo International University
- Jon Mohamed · Top Commenterdah beli kereta baru pikir soal nak dapat lesen memandu? tak kan menteri yg jaga undang2 buat kerja macam ni kot?
- Yusuff Lembut · Top Commenter · Kuli at Peniagadia pun tau kalau guna dakwat kekal belum dia jadi menteri sampai hari ini.
- Mohd Noor Ismail · Top Commenter · Shah Alam, MalaysiaAlasan yang bodoh dan cuba membodohkan rakyat....Pak Menteri paling kuat mengapu....
- Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
Kita wajar bertanya: “Apakah maksud seseorang kembali kepada Allah? Ini satu persoalan yang kelihatan mudah tetapi kadangkala bukan senang untuk benar-benar mengerti hakikatnya. Apabila lambang-lambang agama itu boleh menghasilkan kepentingan dunia, maka soalan ini makin sukar dijawab. Ramai orang yang ingin menggunakan agama bukan kerana dia mencari Tuhan, tetapi kerana agama boleh menjadi jambatan meraih banyak kepentingan duniawi dalam kehidupan ini.
Seorang pesalah yang penuh jenayah ke mahkamah dengan memakai kopiah, apakah itu bererti dia kembali kepada Allah? Seorang penyanyi yang memakai kopiah atau ‘baju melayu’, apakah itu bererti dia telah kembali kepada Allah? Seorang peniaga yang meletakkan ayat-ayat al-Quran di dinding kedainya, apakah dia telah kembali kepada Allah? Seorang yang telah menukar beberapa perkataan hariannya kepada perkataan arab seperti ana, enta, akhi, ukhti, jamaah dan lain-lain, apakah dia telah kembali kepada Allah. Seorang yang menyertai organisasi atau parti yang berlambangkan agama, apakah dia telah kembali kepada Allah? Bahkan seseorang yang mengikut kawan-kawan hadir ke kuliah agama disebabkan tawa-senda riang gembira yang didendangkan oleh penceramah, apakah dia telah kembali kepada Allah?
Kesemua persoalan ini sukar dijawab melainkan oleh diri insan yang berubah itu. Apakah perubahannya itu satu manifestasi ketulusan jiwa yang dahagakan redha dan cinta Tuhan, ataupun itu satu trend yang mempunyai keseronokan yang tersendiri, ataupun satu tindakan yang mempunyai kepentingan duniawi yang tertentu.
Al-Inabah
Perkataan kembali kepada Tuhan disebut sebagai al-inabah ataupun kembali kepada Allah. Al-Quran sering menyeru manusia agar berinabah kepada Allah dan menzahirkan manifestasi tersebut dalam bentuk penghayatan. Firman Allah: (maksudnya) “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan berinabahlah (kembalilah) kamu kepada Tuhan kamu, serta serahlah diri kepadaNya, sebelum datang kepada kamu azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan”.
Insan kembali kepada Allah apabila merasakan diri tersesat ataupun berdosa. Dia hanya mengharapkan keampunan dan keselamatannya apabila bertemu Allah nanti. Mencari sakinah atau ketenangan roh di dunia dan kelazatan hidup di akhirat. Dia tidak kembali kepada Allah sebagai satu ‘pameran’ untuk menyukakan perasaan orang lain atau mengaut satu keuntungan atas tiket al-Inabah. Sama sekali tidak! Jika itu berlaku, hakikatnya dia tidak kembali kepada Allah. Inilah yang Nabi s.a.w tegaskan semasa hijrah. Soal keikhlasan jiwa insan yang berhijrah atas nama Tuhan. Mungkin petunjuk zahir kelihatan sama di mata awam, namun hakikat di sisi Allah berbeza. Justeru Nabi s.a.w menyebut: “Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan rasulNya maka hijrahnya itu kepada Allah dan rasulNya. Sesiapa yang hijrahnya mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.” (Riwayat al-Bukhari).
Ikhlas
Maka, perkara maha utama dalam agama ini ialah soal keikhlasan insan terhadap tuhannya. Ia adalah perkara rohani yang paling ramai manusia gagal menunaikannya. Bukan sahaja orang jahil yang gagal dalam menanganinya, telah gagal juga orang alim. Bukan sahaja gagal para penceramah agama, telah gagal juga para mujahid yang berperang di jalan Allah. Bukan sahaja telah gagal mereka yang membaca buku biasa, tetapi telah gagal mereka yang membaca al-Quran. Bukan sahaja telah gagal penderma kecil, tetapi telah gagal juga penderma yang besar.
Sabda Nabi s.a.w: “Orang yang awal dibicarakan pada Hari Kiamat seorang yang mati syahid. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah berperang keranaMU sehingga syahid”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau berperang supaya engkau dikatakan berani, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.
Datang pula seorang yang lain yang mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau belajar ilmu supaya engkau dikatakan alim dan engkau baca al-Quran supaya engkau dipanggil qari. Itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.
Datang pula seorang yang Allah luaskan rezekinya dan telah diberikan pelbagai jenis harta. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia? Dia menjawab: “Aku tidak tinggal satu jalan pun yang Engkau suka untuk didermakan melainkan aku telah pun menderma padanya keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau lakukan supaya engkau dikatakan pemurah, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajah sehingga dihumbankan ke dalam neraka. (riwayat Muslim).
Hadis ini sangat merunsingkan kita semua. Demikianlah besarnya peranan ikhlas. Sejauhmana pun manusia memuji kita, tiada ertinya jika amalan kita ini tidak dinilai ikhlas di sisi Allah. Hakikat yang mesti direnung oleh setiap insan tentang dirinya: siapakah aku ini di sisi Tuhanku?”. Segala ceramah, pakaian agama, bahasa yang ‘berbunyi’ agama, lambang yang ‘bercorak agama’ dan segalanya itu tiada apa-apa erti jika seseorang itu ditolak keikhlasan oleh Allah. Syaitan boleh menukar niat yang murni menjadi bongkak dan riyak. Akhirnya berguguran pahala bagaikan daun yang kering. Ya Allah! Betapa kami takut hal itu. Ampunilah kami, curahkan keikhlasan ke dalam nurani ini.
Mencari Tuhan
Saya tersentuh membaca coretan Naima B. Robert dalam ‘From My Sisters’ Lips’. Karya menarik tentang pengembaraan dirinya dan wanita lain dari alam kesesatan kepada Islam. Beliau mencatatkan betapa wanita di UK yang menemui Islam mempunyai pelbagai latarbelakang yang tersendiri. Berubah sekalipun terpaksa berkorban hidup dalam masyarakat seperti UK yang minoriti muslim. Keikhlasan membawa mereka kepada Tuhan.
Saya ingin memetik ungkapan beliau: “As i read through the few stories I have collected, I am reminded of their value: they show the universal appeal of Islam. The sheer diversity of the backgrounds and life experiences that characterize the sisters in this book show that Islam can speak to anyone...they each have their own unique personality, their own voice. They were arch feminists, African nationalists, underground anarchists, music moguls, rock rebels, disco queens, devoted church-goers, designers, athletes, models, singer career girls, Masters students, cultural Muslims, Christians, Sikhs, atheists, from every racial backgrounds and all ages. And, most unexpectedly, Islam was able to reach out to each of them, to settle in their hearts and speak to every one of them in a personel way, giving them the answers they were looking for and changing their lives for ever”. (pg 98).
Ya, ramai yang telah kembali kepada Tuhan. Mencari kebenaran bukan untuk pameran kebanggaan atau komersial yang mendatang faedah duniawi seperti yang berlaku di sesetengah tempat, tetapi untuk diri sendiri. Ya, boleh dikongsi untuk pengajaran, bukan mengaut kekayaan. Kembali insan kepada Tuhan ialah kepada tauhid yang hakiki dan murni. Menjadikan Allah sebagai paksi kehidupan. Inilah perkara penting yang perlu difahami oleh setiap muslim. Indahnya Islam ini kerana ia membuka hubungan langsung antara hamba dengan tuhannya. Tauhid yang kudus dan penuh murni. Tiada perantaraan paderi atau ustaz atau pun wali atau siapa sahaja dalam hubungan terus insan dan Tuhan.
Malangnya, sesetengah golongan agama suka mengambil kesempatan atas kejahilan manusia lalu cuba menjadi orang tengah yang mendapat komisyen. Sekali lagi saya ingin memetik apa yang Robert coretkan dalam ‘From My Sisters’ Lips’: “...to worship God alone. This is the cornerstone of the Islamic faith: tawheed –pure and unadulterated monotheism. The Islamic lifestyle revolves around the worship of the Creator alone, without any partners. There are no intermediaries: no all-powerful clergy, no confessional priests, no saints to be called upon, no prophets to be sacrificed to, no deities to be appeased, no ancestors to be consulted...The depth and comprehensiveness of Islamic monotheism blew my mind. I could not think of another belief system that kept worship uniquely and solely for God alone”. (pg 101).
Kita semua perlu kembali kepada Tuhan. Kita semua sering melakukan dosa. Tidak kira siapa kita. Kita kembali kepada Tuhan untuk mentauhidkannya dan mendapat keampunan serta hidayahnya. Tidak untuk selain itu. Maka wajar kita sering bertanya: “Siapakah daku di sisi Tuhanku? Wahai Tuhan apakah aku telah kembali kepadaMU?
- Roberto Mancini · Pengulas Tertinggi · Product Manager di Hewlett-Packard s r.o.alhamdulillah dipagi jumaat yg mulia ini kita dibekalkan dgn ilmu yg paling berguna utk menghadapi kehidupan, mudah mudahan amalan kita diterima olah allah untuk kemudian hari...terima kasih kpd Dr Asri.
- Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi
- Roberto Mancini · Pengulas Tertinggi · Product Manager di Hewlett-Packard s r.o.
- Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi
- Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi“Apakah maksud seseorang kembali kepada Allah?
Maksudnya : Tak rasuah , tak zina , tak fitnah , tk rampas harta rakyat , tak tipu masyarakat , Islam bukan senjata untuk perkauman , wang zakat masuk poket..... selain dari amalan mazhab umno.. kua kua kua.
- Melayu islam, islam melayu.. dijadikan isu dalam pemerintahan , dijadikan alat untuk mengumpat kuasa.... kua kua kua.
Melayu itu siapa? manusia
Islam itu apa? agama dan keperayaan.
Melayu islam, islam melayu itu apa dia - manusia dan agama.- Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi
- Bun Rhot Noor · Pengulas Tertinggi
- Bun Rhot Noor · Pengulas Tertinggi
- Jack Sperrow · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
- Raja Rimba · Subscribe · Top Commenter · Works at Self Employed (Business)JIKA ANDA RAKYAT MALAYSIA SEJATI DAN CINTAKAN KEHARMONIAN, ANDA AKAN MENGALIRKAN AIR MATA MELIHAT VIDEO INI http://bit.ly/xqpwB2
- Kong Bu Fenzi · Top Commenter
- Jack Sperrow · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
- Kong Bu Fenzi · Top Commenter
- Danial Iskandar · Top Commenter · Accountant at Dubai, UAE
- Jack Sperrow · Top Commenter · Universiti Teknologi MalaysiaKong Bu Fenzi si dangkal ni, nafsu besar besar puak ko nk perintah malaysia, mimpila byk2, setakat puak ko dpt pengaruhi 2,3 ekor melayu ko dpt berangan silap bykla, kalau ko berani puak ko kuburkan terus mca dan gerakan PRU ni, nk tgk apa nasib puak ko lepas ni...ingat kami x sedar/xtahu agenda dan permainan puak ko....***baru lancarkan kedai 1malaysia puak ko dh gelabah x tentu pasal..kenapa dh x boleh manipulasi harga brg lg ke?.....tunggu......
- Kong Bu Fenzi · Top Commenter
- Jack Sperrow · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
- Bun Rhot Noor · Top Commenter
- Bun Rhot Noor · Top Commenter
- Zamzuri Shafie · Subscribe · Top Commenter · Assistant Design Engineer at Sony EMCS (M) Sdn BhdDanial Iskandar Islam itu cara hidup salin melengkapi untuk diri dan penyerahanan jiwa kepada Allah. Bukan sekadar agama anutan malah mengajar manusia tentang aspek kehidupan,berpolitik,menja
ga hubungan baik manusia dengan manusia dan penciptaNya. Belajar memahami bukan dr konteks akal semata2 . - Kong Bu Fenzi · Top Commenter
- Ramesh Adari · Top Commenter
- Danial Iskandar · Top Commenter · Accountant at Dubai, UAE
- Ramesh Adari · Top Commenter
- Kong Bu Fenzi · Top Commenter
- Zamzuri Shafie · Subscribe · Top Commenter · Assistant Design Engineer at Sony EMCS (M) Sdn BhdDanial Iskandar sama2 dalam politik Islam ada caranya kita berpolitik PAS sebuah parti memperjuangkan Islam agar Islam tertegak di landasan sebenarnya. " Piagam Madinah"sebagai guide bagaimana Pemerintahan Islam di laksanakan. Saya tahu anda semua bijak pandai cuma berhati2 ...
- Danial Iskandar · Top Commenter · Accountant at Dubai, UAE
- Zaher B Khalid Zaher · Top Commenter · Technical school
- Kong Bu Fenzi · Top Commenter
- Kong Bu Fenzi · Top CommenterDanial Iskandar
oooi kawan kau hantar message bagi aku :
Nazri Makli
Kong Bu Fenzi cepat2 bagun SEMUT,ANAI2, LALAT, TIKUS, LANGAU, LIPAS, CENCOROT sedang bermain dimata, kepala dan bahu TUHAN kamu(PATUNG MATI) cepat halau sbb tuhan kamu tak mampu nak halau sendiri hahahaha, cepat mata tuhan kamu dah berkelip-kelip tu sbb tikus kencing. KBF (kafir lahnattullah) - Danial Iskandar · Top Commenter · Accountant at Dubai, UAE
- Juddy Lesen · Top CommenterDanial Iskandar ..........................
.......................... ......
Apakah dgn menyokong PAS kita telah kembali kepada Islam?
Apa punya soalan ni?Yg pasti mnolak umporno umparma mnolak kBatilan.Mnyokong Pas.......(nama pun pati islam)......tak paham ke.Islam tu satu cara hidup. Islam itu bukan skadar nama" atau pkataan" tp ada perbuatannya.adakah anda nak ckap pasal Iman??? ada jelas tanda2 org kafir,islam,munafik,yahudi,majusi dan llg........quran mnipu ke? - Danial Iskandar · Top Commenter · Accountant at Dubai, UAEJuddy Lesen : Komen kau semata2 bermotifkan politik...bukan seperti Dr Asri mengulas psl Islam tetapi tidak melabelkan mana2 parti politik sbg lebih Islam dari parti politik yang lain. Allah melihat kepada niat...mati di medan perperangan pun belum pasti masuk syurga jika niat tk betul..
- Zamzuri Shafie · Subscribe · Top Commenter · Assistant Design Engineer at Sony EMCS (M) Sdn BhdJuddy Lesen ..........................
..... Danial Iskandar beri pandangan just kita kena jelaskan jangan terlalu emosi beri komen. Danial Iskandar Islam itu indah cuba fahami. Ia melengkapkan apa yang telah diatur oleh Allah. Cuma manusia ini punya niat di mana adalah rahsia antara dia dengan Allah. Hanya Allah berhak menilai perbuatan seseorang buka kita manusia yang secara zahirnya adalah hamba kepadaNya... - Mohammad Ilham Bin Abdullah · Top CommenterBun Rhot Noor ...biaq aku jawap...
kalau hang tgk KFZ cakap lagu tu....hang sepatutnya pikiaq balik gimana hang nak perindahkan islam......sebab hang hang semua yang tak reti nak perindahkan agama....hang dengan perangai HAYAWANI hang semua menjadikan seolah ISLAM itu RAJA KEZALIMAN......Kang kata bodoh kang marah plak....BEBAL namanya tu...........
hang tau dok klu dekat india orang akan tanya anda bahawa R U MOSLEM?
hang tau kenapa dia tanya laghu tu.....PILLAAAA CEK!!!! - Abas Uda Mat Isa · Top CommenterKBF terima kasih kerena membaca rencana ini. amal kan selalu, suatu hari nanti bila engkau dah mendapat kesedaran, nescaya engkau akan mendapat menafaat daripada nay, mudah mudahan engkau akan menjadi saudara islam. tinggal kan lah membeli nombor ekor, lebih baik engkau simpan saja duit tu untuk hari tua, kalau engkau beli RM10 setiap kali , satu minggu ada sekurang kurang nya 2 kali membeli, sebulan empat kali RM40 x 52 minggu x jangka hayat tua 20 tahun cuba kira , kalau beli saham ASM lagi bermenafaat.
- Abas Uda Mat Isa · Top Commenter
- Zamzuri Shafie · Subscribe · Top Commenter · Assistant Design Engineer at Sony EMCS (M) Sdn BhdFaisal Kaiba : saudara saya tak mau menghangatkan keadaan topik nya Islam ,saya nak berhemah berbicara soal ini. Jika anda x suke tak mengapa.Ingat niat kita adalah rahsia antara kita dengan Allah. Soal mengarut atau taksub itu pandangan peribadi orang pokok nya kita sebagai Islam tunjuk teladan pada non muslim keindahan Islam itu sendiri. Saya berjuang atas nama Islam bersama PAS bukan mengagungkan parti tapi perjuangan itu sendiri. Terserah - Salam Jumaat...
- Zamzuri Shafie · Subscribe · Top Commenter · Assistant Design Engineer at Sony EMCS (M) Sdn BhdFaisal Kaiba Terima kasih mengingatkan saya sekurang2 saya bercakap secara sopan dan berhemah. pokoknya Taliban atau pas sesat bukan kita boleh kata dengan lidah yang lantang berdasarkan hati yg penuh keji. Takpe segala cacain saudara saya terima dengan hati terbuka. Selagi hati saya masih tersemat dengan kalimah syahadah. Insyaallah saya masih seorang Islam. Peliharalah hamba mu ini dan bukakan pintu hati saudara-saudara ku moga kebenaran mengatasi kebathilan....
- Yusoff Ishak · Top Commenter · UiTM Shah Alam
- Zamzuri Shafie · Subscribe · Top Commenter · Assistant Design Engineer at Sony EMCS (M) Sdn BhdFaisal Kaiba yea saya pun orang biasa termasuk awak ,saya x faham atau awk tak faham,sama2 kita muhasabah diri di mana kita sebenarnya.Saya suka katakan biarlah kita bersangkat baik buat semua PAS,UMNO,Melayu. Berpeza perjuangan tapi matlamat yang sama... Walau pahit buat kita terima hakikatnya inilah politik tanahair kita penuh dengan fitnah dan dusta nista...
- Bun Rhot Noor · Top Commenter
- Man Tapoi · Top Commenter · Khartoum, Sudan
- Adnan Nan · Top Commenter · Selangor, Selangor, Malaysia
- Nor Afzan · Top CommenterSesiapa yang Muslim tu jangan lajak sangat. Sentiasa muhasabah dengan hadith ini (maksudnya):
"...sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka, lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga, lalu dia memasuki syurga." - Adnan Nan · Top Commenter · Selangor, Selangor, Malaysia
- Zamzuri Shafie · Subscribe · Top Commenter · Assistant Design Engineer at Sony EMCS (M) Sdn BhdSebaiknya atas insiatif sendiri nak berubah bukan mensensasikan untuk elak umat Islam berfikiran negatif apa2pun biar le urusan dia dengan Allah , benda baik patut kita sokong , untuk diri kita-sekadar pandangan...
- Amie Amir · Top Commenter · Pegurus at Jual dan beli kereta
- Jamaluddin Jumri · Top Commenter · Manager at Own bisnes an engineeringhendaklah kamu jaga diri dan keluargamu dari api neraka. kita cari redha allah bukan cari redha manusia. wallahuakhlam. allahuakhbar.terbaik
- Raja Rimba · Subscribe · Top Commenter · Works at Self Employed (Business)JIKA ANDA RAKYAT MALAYSIA SEJATI DAN CINTAKAN KEHARMONIAN, ANDA AKAN MENGALIRKAN AIR MATA MELIHAT VIDEO INI http://bit.ly/xqpwB2
- Haji Rahim Mahmood · Subscribe · Top Commenter · Head of Department at IKM Lumut, seri manjung · 251 subscriberskita seorang hamba yg memiliki byk kelemahan. Kita perlu kembali kepadaNya...
- Insan Kerdil · Top Commenter · Akta universiti dan kolej universiti...he,he,he,umno lah penyebab ilmu Islam berdasarkan Quran dan Sunnah tidak berkembang pesat di MALAYsia...umno lah penyebab melayu Islam tidak kembali kpd Allah, hiburan berleluasa...
- Idriss Bin HassanAmin yarabbalalamin...hanya padamu kami memohon petunjuk jalan yang lurus, hidupkan kami dan matikalahn kami dalam IslamMu.
- Nordin Mohd Salem · Top Commenter · Universiti Teknologi MARAAlhamdulillah satu pencerahan dan tazkirah yg baik....kembali kepada fitrah!
- Din Gombak · Top CommenterJangan sekadar berikan apa yang kita TAHU, Tapi sampaikan apa yang difikirkan PERLU.
- Din Gombak · Top CommenterGembirakan Orang Lain
Jika kamu boleh menggembirakan orang yang berduka, maka lakukanlah meskipun hanya dengan senyuman.
Hati yang sedih sangat memerlukan bantuan, biasanya apa yang terjadi kerana tiada kemampuan untuk mengatasi kesedihan yang membuat diri-nya memerlukan seseorang yang sudi mendengar curahan hati. Seseorang yang memberi nasihat dengan disertai rasa kasih sayang, atau orang yang dapat mengubah kesedihannya. Suatu ketika sebahagian dari kita juga
amat memerlukan orang yang boleh mengubah kesedihan yang menimpa kita dengan kesenangan.
Sebahagian dari kita pada waktu sakit memerlukan orang yang mahu menjaganya, memenuhi keperluannya dan merasakan kepentingannya. Juga ketika dalam pelbagai kesusahan yang menimpa dalam hidup. Jadi untuk itu janganlah kedekut untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Tidak kira cara pertolongan dari kita mengikut kemampuan samada harta, tenaga, sokongan moral atau apa saja sekurang-kurangnya mereka merasakan masih ada yang peduli tentang diri mereka. Hidup kita seperti roda yang berputar.
Waktu kita berbahagia, ingatlah ada orang lain yang berduka.
- Ismahaji Abu · Top CommenterAlhamdulillah Dr. Asri..Dgn titipan tulisan telah membantu memperingati diri ttg keikhlasan..Tapi ia juga mendetik takut utk berbuat kebaikan..takut ianya tiada keihlasan dan cume utk menunjukx dgn amal baik yg akan dilakukan...Tentang kembali atau al-inabah...dulu ade kawan aku (penagih) telah pergi ke pondok Inabah di Trengganu..tapi dia x tahan lalu melarikan diri...Berkaitan dgn hadis (riwayat Bukhari) yg dititipkan tentang amal dan niat, ramai individu muslim yg mengambil ringan dan membuat ajaran baru yg mudah spt solat cume dgn niat saje tanpa amali, begitu juga puasa dan lainxnya..tapi bab makan dan nak bersama dgn isteri mreke tidak pulak hanya berniat saja..Ttg individu yg telah kembali kepada Islam..samada ikhlas atau tidak..biar Allah saja yg mengadilinya..sekiraye mreke dikatakan utk mendptkan harte dunia..lihat le kehidupannye samada kaya raye atau sama je dgn insan yg lain..Walau ape pun..InsyaAllah..semuga amal baik yg akan kita lakukan nanti mudahxan berlandaskan keikhlasan dan mendapat redho Allah...
- Datuk Haji AMir Mansor · Top Commenter · SRK Taman Dato HarunIkhlas adalah satu tahap yang tinggi untuk memberi dan mmbuat sesuatu.. bak kata ombak rindu pasrah itu terpaksa, redha itu ikhlas... namun begitu kita susah untuk melahirkan sifat ikhlas bagi setiap perbuatan.. ia perlu dipaksa atau didorong, kemudian hari setelah lama dan selalu mmbuatnya maka datang lah ikhlas itu sendiri.. jadi tak perlu lah kita tunggu ikhlas baru kita nak buat sesuatu.. kalau tunggu ikhlas, sampai kiamat pun sesuatu benda atau amalan yg baik itu susah nak bergerak... sekian, ini adalah pandangan dan pengalaman... mohon maaf
- Datuk Haji AMir Mansor · Top Commenter · SRK Taman Dato Haruncontoh 1: ada segerombolan manusia atau kengkawan kita di tepi jalan. ditengah-tengah jalan. ada sebatang kayu.. kita tahu utk mengalihkan kayu adalah satu pahala, kalau kita pergi angkat sekrang, hati kita berbisik "itu pahala", kawan berbisik pula "nak berlagak la tuh", setan pula menambah "ko akan dipuji dan disanjung", mak bapak berpesan "itu lah kerja yg betul"... jadi bilenya kita nak angkat kayu itu kalau nak tunggu ikhlas datang...
- Datuk Haji AMir Mansor · Top Commenter · SRK Taman Dato Haruncontoh 2: katakan lah satu hari ali bin abu nampak siti nurhaliza binti ahmad. Hari pertama jatuh cinta, hari kedua nampak nafsu, hari ketiga nampak kesian, hari keenam nampak simpati, hari ketujuh mungkin baru ikhlas itu datang... apa yg sy nak highlight ialah perasaan, otak, hati dan pemikiran, dan suasana akan membentuk niat kita.. jadi kita harus buat dulu, tak kira apa niat kita, samada ikhlas atau tidak...
- Datuk Haji AMir Mansor · Top Commenter · SRK Taman Dato Harun
- Snipergraphy Nukie · Top Commenter · IT Support at PRECISION AUTOMOTIVE INDUSTRIES MALAYSIAx seperti Ustaz Maggi banyak sudah muncul..menjual agama untuk meraih pengaruh untuk POLITIKUS...ape yg dikatakan diatas amat jelas sekali...
Kesemua persoalan ini sukar dijawab melainkan oleh diri insan yang berubah itu. Apakah perubahannya itu satu manifestasi ketulusan jiwa yang dahagakan redha dan cinta Tuhan, ataupun itu satu trend yang mempunyai keseronokan yang tersendiri, ataupun satu tindakan yang mempunyai kepentingan duniawi yang tertentu.... - Abu Uzair · Works at SK Batu Ferringhi, Pulau PinangPertanyaan yang hanya diri sendiri mengetahui... apakah kita telah kembali kepada Allah. Tersentuh dengan ungkapan terakhir, "“Siapakah daku di sisi Tuhanku? Wahai Tuhan apakah aku telah kembali kepadaMU?.... jazakallahu khair.. buat penulis rencana ini..
- Mohd Nazri Bin SulaimanSaya tersentuh membaca coretan Naima B. Robert dalam ‘From My Sisters’ Lips’. Karya menarik tentang pengembaraan dirinya dan wanita lain dari alam kesesatan kepada Islam. Kita semua perlu kembali kepada Tuhan. Kita semua sering melakukan dosa. Tidak kira siapa kita.
- Mohd Noor Ismail · Top Commenter · Johor Bahrukalau bolih ada rencana rohaniah mcm ni di malaysia kini setiap pagi jumaat , tak kira ulama mana atau cendikiawan , malaysia yang mana difikirkan layak kan baik dan bagus.............
- Raja Rimba · Subscribe · Top Commenter · Works at Self Employed (Business)JIKA ANDA RAKYAT MALAYSIA SEJATI DAN CINTAKAN KEHARMONIAN, ANDA AKAN MENGALIRKAN AIR MATA MELIHAT VIDEO INI http://bit.ly/xqpwB2.
- Alim Mahmud · Usmikhlas itu perlu latih tubi yang berterusan.....moga2 sifat ikhlas itu timbul walaupun seidkit..InyaAllah.
- Hairil Ikram · Hewlett-PackardTazkirah yg sangat bermakna untuk kita semua...renung2kan..selama
t beramal...
Sambil menegaskan bahawa rayuan itu bukan urusannya, Anwar yang juga ketua umum PKR berkata, beliau tahu bahawa ia diperuntukkan dalam undang-undang dan perlembagaan.
Anwar yang baru pulang dari lawatan ke India dan Turki, juga berharap tidak akan ada campurtangan jika Peguam Negara membuat rayuan.
Beliau disambut oleh ratusan orang yang berhimpun di Masjid Kampung Baru di Kuala Lumpur ketika beliau hadir untuk solat Jumaat.
Anwar telah dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.
Dalam penghakimannya, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Zabidin Mohd Diah berkata mahkamah tidak dapat menerima bukti DNA yang dikemukakan
Bapa Saiful, Azlan Md Lazim, telah menggesa pihak pendakwaan supaya merayu terhadap keputusan mahkamah itu bagi menjaga maruah anak dan keluarganya.
Ketua Peguam Cara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan, telah membayangkan Rabu lalu, bahawa beliau akan mengesyorkan mengemukakan rayuan.
Bagaimanapun, ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Pejabat Peguam Negara, Kamaluddin Md Said, berkata bahagian itu belum mengkaji syor Yusof itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan