Selasa, 10 Januari 2012

ELOKLAH LETAK JAWATAN..BERAKHLAK BAGAI ORANG BERPENDIDIKAN TINGGI...PARTI BUKAN MILIK KITA...JANGAN PERASAN BAHAWA ORANG SUKAKAN KITA...MUNGKIN ORANG DAH MELUAT...MUNGKINLAH..ELOK KITA SEDAR DIRI...INGATLAH BANYAK ORANG PANDAI LAGI...LAGI ALIM AGAMANYA...CUMA TAK RIUH2 MACAM KITA...MERENDAH DIRI NI DITUNTUT OLEH SYARAK...BEGITU JUGA PATUH DENGAN PIMPINAN...BAHAYA GAK KALAU KITA SYOK SENDIRI...

901: Kebangkitan rakyat tidak boleh dibendung lagi

Hazayani Zakaria,
KUALA LUMPUR, 9 Jan: Gelombang kebangkitan rakyat untuk menuntut keadilan ternyata tidak dapat dibendung lagi meskipun diganggu dengan pelbagai halangan.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abdul Rani Osman (gambar) berkata, ianya jelas digambarkan melalui perhimpunan 901 yang dihadiri ribuan rakyat dari seluruh negara hari ini.

"Himpunan hari ini bagi signal bahawa apa sahaja halangan yang dibuat, tetapi akhirnya suara rakyat yang memutuskan untuk turun ke perhimpunan ini," kata beliau ketika ditemui di perkarangan Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta.

Dr. Rani yang juga Adun Meru sekali lagi menegaskan, rakyat bukan menyertai perhimpunan 901 kerana peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun kerana ingin menujukkan rasa tidak puas hati terhadap kepincangan sistem kehakiman di negara ini.

"Seperti yang kita katakan sebelum ini, sama ada keputusan Anwar bebas atau sebaliknya, perjuangan ini diteruskan.

"Ini bukan perjuangan membebaskan Anwar Ibrahim tetapi di belakangnya, perjuangan menegakkan keadilan dan ini dituntut oleh Islam," katanya.

Tambah beliau, gelombang seperti ini diharap dapat dikekalkan sehingga pilihan raya umum ke-13.

"Momentum inilah kita harap dikekalkan sehingga pilihan raya akan datang," katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi memutuskan Anwar yang merupakan Ketua Umum PKR, bebas daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium, empat tahun lalu.

Mahkamah memutuskan demikian selepas mendapati wujudnya elemen tiada integriti dalam sampel DNA.

Keputusan itu diterima dengan rasa syukur oleh pimpinan, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, perhimpunan 901 mendapat tentangan hebat daripada Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang dipimpin ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali.

Perkasa yang juga mensasarkan ribuan ahlinya hadir menentang perhimpunan 901 bagaimanapun tidak kelihatan pagi tadi.

Lepas jawatan sukarela, nasihat MB Selangor

Harakahdaily,
KUALA LUMPUR, 9 Jan: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyeru supaya Datuk Dr Hasan Mohamad Ali melepaskan jawatannya sebagai exco negeri itu secara sukarela kerana Hasan tidak lagi mewakili PAS.

Khalid (gambar) dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, beliau telah mendapat nasihat daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri berkenaan status Dr Hasan sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco).

Katanya, Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri telah menasihatkan bahawa beliau mempunyai kuasa untuk menggugurkan Dr Hasan sebagai ahli Exco kerana beliau tidak lagi mewakili PAS dalam Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

“Saya berpendapat beliau sebagai seorang ‘gengtleman’ perlu melepaskan jawatan ahli Exco secara sukarela kerana ini adalah untuk kebaikan beliau sendiri dan mereka yang terlibat,” kata Khalid.

Tambahnya lagi, Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri juga berpandangan bahawa meskipun perkenan DYMM Sultan Selangor diperlukan dalam pelantikan Ahli Exco, namun perkenan DYMM Sultan tidak diperlukan untuk pelucutan atau pengguguran jawatan Exco.

Ekoran itu ujarnya, beliau akan mengadap DYMM Sultan Selangor pada Jumaat ini untuk memberi taklimat kepada baginda berhubung perkembangan terbaharu dan berbincang dengan baginda mengenai calon-calon penganti yang sesuai bagi jawatan Exco.

Dalam pada itu PAS Selangor semalam memaklumkan akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan status 'Exco' Hasan Ali itu.

Mereka juga menasihat seluruh ahli PAS negeri itu akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh PAS Pusat semalam.

Surat pemecatan telah dihantar kepada Hasan Ali

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR, 9 Jan: PAS telah menghantar surat pemecatan sebagai ahli kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali tengahari tadi.

Surat itu telah disampaikan dengan tangan oleh kakitangan Pejabat Agung PAS ke rumah Hasan Ali di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail.

(Gambar: Presiden PAS ketika mengumumkan pemecatan Hasan Ali)

Surat yang ditanda tangani oleh Setiausaha Agung PAS itu telah diserahkan kepada anak Hasan Ali kira-kira jam 12 tengahari tadi.

"Melalui surat itu, kita telah nyatakan beliau telah dipecat sebagai ahli namun dia berhak membuat rayuan kepada Majlis Syura Ulama dalam tempoh 30 hari," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Musatafa kepada Harakahdaily.

Mesyuarat AJK PAS Pusat semalam membuat keputusan memecat Hasan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, Hasan dipecat berdasarkan Fasal 82(9) Perlembagaan PAS.

(Gambar: Hasan menyerang pemimpin PAS lagi dalam ucapan di rumah beliau malam tadi sebagaimana yang dilaporkan oleh Astro Awani)

"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS," katanya dalam kenyataan ringkas kepada Harakahdaily semalam.

Malam tadi, Hasan sekali lagi menyerang PAS dengan mendakwa PAS bertindak berdasarkan seorang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam ucapan yang dibuat di rumahnya, Hasan mendakwa, PAS memecatnya kerana mengkritik Anwar.

Tiada ulasan: