Sabtu, 14 Januari 2012

TUNAIKAN JANJI..JANGAN MUNGKIR...BIAR BERSIH DAN TIADA PENIPUAN...MENANG MEMANG HERO KALAU KALAH SANGAT BERMARUAH

Rani paling layak ganti Hasan Ali
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyokong penuh saranan Datuk Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meminta supaya Datuk Dr Hasan Ali meletakkan jawatan selaku exco kerajaan negeri secara sukarela.

Ini kerana beliau tidak lagi mewakili parti setelah dipecat keahlian beliau oleh PAS baru-baru ini.

Menteri besar juga menyerahkan kepada pimpinan PAS Selangor untuk melantik pengganti kerana kuota exco tersebut adalah untuk parti PAS.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dengan ini juga menyokong penuh saranan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Dr Raja Ahmad Al Hiss, supaya kekosongan untuk exco diserahkan kepada Dr Abdul Rani Osman selaku pesuruhjaya PAS negeri dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru.

Dr Abdul Rani adalah orang yang selayaknya mengisi kekosongan kuota tersebut bukan sekadar beliau merupakan orang PAS nombor satu Selangor tetapi beliau juga cukup dekat dengan rakyat dan cukup prihatin dengan permasalahan rakyat.


Penulis merupakan timbalan ketua Pemuda PAS Selangor.

Rashid: Cadangan PSC sekadar 'perubahan ekor'

Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menganggap penambahbaikan sistem pilihan raya negara ini sebagai sekadar “perubahan ekor” dan tidak melibatkan perkara pokok melibatkan akta dan perlembagaan.

Sepatutnya, kata Abdul Rashid, perkara melibatkan stuktur dan bidangkuasa SPR yang terhad, lebih utama dipinda dan bukan sekadar pindaan peraturan, seperti dicadangkan oleh jawatankuasa pilihan khas (PSC) parlimen mengenai penambahbaikan sistem pilihan raya.

“Perkara struktural itu asas. Yang lain, yang kecil-kecil dicadangkan PSC itu melibatkan peraturan saja. Pada saya seminggu saja sudah boleh buat.

“Selepas itu hantar kepada (Yang di-Pertuan Agung) tandatangan saja,” katanya kepada pemberita selepas forum membincangkan pilihan raya bebas dan adil anjuran kerajaan Kelantan di Kota Baharu malam tadi.

Turut terlibat sebagai ahli forum Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan exco kanan Kelantan Datuk Husam Musa.

Abdul Rashid berkata, apa yang berlaku sekarang bidangkuasa pengerusi SPR ditetapkan dalam Akta Suruhanjaya Pilihan Raya dan suruhanjaya itu juga terpaksa berkongsi kuasa dengan badan lain seperti polis dan jabatan kerajaan tertentu dalam mengendalikannya.

“Kita diminta adil, tetapi kalau banyak perkara dalam undang-undang tak ada... Pilihan raya berpaksi pada undang-undang, tetapi kalau undang-undang pincang, ia perlu dibaiki.
“Beri kuasa sepenuhnya kepada SPR untuk menentukan bentuk pilihan raya yang boleh diterima umum sebagai bersih dan adil,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata cadangan pindaan yang dibuat sekarang mesti disokong walaupun kecil kerana ia menunjukkan terdapatnya kehendak politik untuk menambahbaikan sistem pilihan raya.

Ditanya kenapa pendiriannya sekarang berbeza sama sekali dengan sewaktu berkhidmat 27 tahun dengan SPR sebelum ini, Rashid berkata, perkara itu demikian kerana beliau sewaktu itu diikat dengan bidangkuasanya dan mesti menjaga perhubungan dengan pemerintah.

“Dulu saya tidak boleh kata sebab ada akta. Sekarang tak ada akta boleh kawal saya kecuali akta tuhan. Sekarang kalau tak betul, saya kata tak betullah.

“Saya rasa sudah tiba negara ini membuat perubahan yang sesuai bagi pengurusan pilihan raya. Pilihan raya ini darah daging saya. Ini sudah 54 tahun peaturan sama, kita kena kajilah,” katanya.

Sementara itu, dalam wacana sebelum itu, selain hampir senada dengan tuntutan BERSIH supaya media awam mesti bebas dan adil sepanjang tempoh berkempen, Rashid juga membuat cadangan drastik supaya parti politik, tidak kira parti, diberikan peruntukan kewangan oleh kerajaan, seperti amalan di negara maju.

Katanya, ia supaya demokrasi melalui pilihan raya lebih subur di negara ini kerana lebih banyak parti lebih baik.

Tambahnya, apa yang berlaku sekarang, daripada 30 parti yang didaftarkan, sebanyak 20 daripadanya tidak dapat bergerak kerana kurang dana.

Cadangan itu mendapat sorakan gamat kira-kira 1,000 penonton yang sebelum itu mencemuh dan mengejek atas kenyataannya di awal majlis bahawa tiada pilihan raya yang benar-benar adil di dunia ini.
PM kata tiada p'raya sehingga tunai janji pembaharuan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau berharap untuk memanggil pilihan raya umum tidak lama lagi, demikian menurut satu laporan, ketika spekulasi semakin kencang bertiup mengenainya, ekoran pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat.

NONETetapi dalam temubual dengan Dow Jones Newswires, Najib berkata
beliau tidak akan memanggil pilihan raya umum sehingga menunaikan janjinya untuk melaksanakan pembaharuan demokrasi.

Najib mesti memanggil pilihan raya menjelang 2013, tetapi spekulasi semakin kencang minggu ini yang beliau mungkin berbuat demikian dalam tempoh beberapa bulan sebelum pembangkang menguatkan kedudukan mereka selepas pembebasan Anwar.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri yang disingkirkan pada 1998, telah berjuang bertahun-tahun lamanya menentang parti pemerintah yang pernah dianggotainya sebelum ini, yang telah memerintah Malaysia sejak mencapai kemerdekaan dari British pada 1957.

Minggu ini, Anwar dibersihkan daripada tuduhan meliwat seorang pembantunya pada 2008. Anwar berkata kes itu bertujuan menyingkirkannya dari arena politik. Kesalahan liwat boleh dihukum penjara di Malaysia.

"Saya berharap masa yang sesuai (untuk memanggil pilihan raya) tidak lama lagi, tetapi kita masih perlu menunaikan janji-janji kita dan ia penting bagi rakyat dapat merasakan yang pembaharuan yang kita janjikan itu akan benar-benar memberi manfaat kepada mereka," kata Najib.

bersih rally july 9 crowd face-off with police 1Berdepan dengan pengundi yang semakin canggih yang menuntut
kebebasan sivil dan penyudahan kepada dakwaan salahguna oleh parti pemerintah, Najib berjanji pada tahun lepas untuk memperkenalkan pelbagai pembaharuan.

Ia termasuk rancangan untuk memansuhkan undang-undang era penjajahan yang membolehkan tahanan tanpa bicara dan undang-undang lain yang dilihat dijadikan alat untuk menutup mulut lawan kerajaan.

Najib dijangka mula memperkenalkan undang-undang ganti yang telah dijanjikannya akan lebih lembut semasa pembukaan sesi Parlimen pada bulan Mac.

Komen temubualnya membayangkan pilihan raya tidak akan diadakan sehingga selepas itu.

Berikutan keputusan mahkamah Isnin lalu, Anwar berikrar untuk memberi tumpuan kepada persiapan untuk pilihan raya akan datang untuk menawan Putrajaya.

Tiada ulasan: