Khamis, 19 Januari 2012

HASAN O HASAN...EXCO O EXCO...EGO O EGO...KAMBING HITAM O KAMBING HITAM..KESIAN O KESIAN...DIAM ELOKLAH DIAM

Portfolio agama: PAS S'gor yakin MB ambilalih sementara
Timbalan pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar A Samad yakin Menteri Besar Selangor membuat keputusan untuk mengambil alih portfolio hal ehwal Islam buat sementara waktu kerana untuk memberi masa kepada Dr Ahmad Yunus Hairi menyesuaikan diri sebagai exco.

"Potfolio tersebut membawa tanggungjawab yang berat dan memerlukan seorang exco yang dapat memberi tumpuan yang tidak berbelah bahagi," tulis Iskandar dalam laman facebooknya.

"Saya yakin menteri besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) akan menyerahkan potfolio tersebut kepada Dr Yunus pada masa yang sesuai," tegas beliau yang juga exco kerajaan negeri Selangor.

Iskandar juga yakin Dr Ahmad Yunus berupaya meneruskan perancangan dan kerja-kerja yang ditinggalkan oleh Datuk Dr Hasan Ali.

"Saya berharap orang ramai akan memberhentikan sebarang spekulasi berhubung portfolio yang penting ini," tambahnya.

Dr Ahmad Yunus yang juga ADUN Sijangkang dilantik menjadi exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Hasan yang digugurkan dari jawatan tersebut minggu lalu.

Dalam sidang akhbar selepas majlis berkenaan, Abdul Khalid mengumumkan bahawa Dr Ahmad Yunus akan bertanggungjawab terhadap portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan yang sebelum ini dipegangnya.

Manakala portfolio mengenai hal ehwal Islam, infrastruktur dan kemudahan awam akan disandang oleh Abdul Khalid.
MB jawab isu gugurkan Hasan Ali
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau ada menerima surat daripada Datuk Hasan Ali - yang dipecat sebagai ahli PAS - yang berpendapat bahawa pelantikan exco baru sebagai penggantinya, mungkin terlalu awal kerana beliau masih mempunyai ruang untuk merayu kepada Majlis Syura PAS.

NONE"Saya telah menjawab surat tersebut dengan menyatakan keputusan saya menggugurkan beliau adalah lanjutan dari keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PAS pusat pada 8 Januari 2012 yang melucutkan beliau sebagai ahli PAS.

"Surat dari Jawatankuasa PAS bertarikh 10 Januari 2012 telah mengesahkan keputusan pemecatan beliau berkuatkuasa serta-merta dan isu rayuan tidak dinyatakan dalam surat berkenaan," kata Abdul Khalid.

Beliau memberitahu demikian dalam sidang media selepas majlis pelantikan ADUN Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai exco kerajaan negeri yang baru di Istana Bukit Kayangan pagi ini.

"Proses rayuan adalah amalan yang dipraktikkan oleh PAS sebagai sebuah parti politik dan saya percaya ianya tidak bermaksud memberi sebarang prasangka kepada kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri.

"Saya berharap Dr Hasan menerima keputusan ini dengan berlapang dada dan mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih di atas peranan yang beliau laksanakan ketika berkhidmat sebagai ahli MMKN," tegas menteri besar sambil menambah bahawa beliau telah menjawab surat itu kepada Hasan.

NONEKhalid berkata beliau berharap pelantikan Dr Ahmad Yunus ini akan menguatkan lagi barisan pimpinan negeri Selangor dalam melaksanakan reformasi pentadbiran dan pengurusan negeri.

Ditanya mengenai status jawatan timbalan pengerusi Majlis Agama Islam Selangor yang dipegang Dr Hasan yang juga ADUN Gombak Setia, Khalid berkata: "Terpulang kepada rancangan Tuanku Sultan".

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris shah adalah pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak turut menafikan pihaknya tidak mampu untuk mengambil alih tugas yang dipegang Hasan sebelum ini sehingga beberapa tugas dan jawatan diserahkan kepada pesuruhjaya Dr Abdul Rani Osman dan ADUN Bandar Baru Bangi, Dr Shafie Abu Bakar.

NONE"Tidak ada.. sebab ia lebih senang dan lebih baik. Dahulunya boleh jadi Datuk Dr Hasan juga (sebagai) delegasi.

"Sekurang-kurang, orang yang saya pilih adalah orang yang mempunyai kualiti dan juga tahap (kelayakan) yang saya mahu... Pengurus yang baik mesti memilih orang yang baik," katanya sambil mmembacakan biodata Dr Shafie kepada pemberita.

Dr Abd Rani yang juga ADUN Meru dilantik sebagai pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (SKIMSEL), manakala Dr Shafie Abu Bakar pula dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan (PADAT). Kedua-dua jawatan tersebut dipegang oleh Hasan sebelum ini.

Ditanya sama ada beliau berasa "selesa" selepas pengguguran Hasan, Khalid yang juga ADUN Ijok berkata: "Saya tidak komen soalan spekulasi".

  • Raja Mohd Shahrim · Pengulas Tertinggi · CEO di NFC
    Ceh.. merayu jugak..Hasan ni.. dlm akhbar cakap tak ada keperluan utk merayu.. Dah stat menipu pulak..mungkin Hasan nak biasakan diri dgn anutan UMNO iatu Rasuah, Menipu, Menindas dan Memeras.. walaupun aku benci dgn Hasan ni dari dulu lagi..tetapi bila dia hilang kuasa.. timbul rasa kasihan di hati.. sapa yg akan menegur.. sapa yang akan memimpinnya...ke jalan kebenaran..
  • شهرول نظام · · Pengulas Tertinggi · Seri Kembangan
    Sekiranya Hasan Ali bertaubat, buanglah sifat ego, degil dan sombong anda itu serta minta maaflah kepada orang yang anda cerca & hina dan lupakanlah jawatan2 yang anda kejar2kan walaupun anda cuba nafikan. Ini adalah pengajaran besar untuk anda walaupun berat tapi peluang untuk anda membersih diri anda masih ada. Insya-Allah masih ramai sudi maafkan diri anda sekiranya anda cepat2 kembali ke jalan yang betul sebelum terlambat.
Nik Aziz: PAS tak bimbang 'jelajah' Hasan Ali
PAS tidak bimbang dengan cadangan jelalah ke seluruh negara oleh bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

NONEBeliau berkata Hasan kini bukan lagi anggota PAS dan beliau boleh berbuat apa sahaja yang bukan atas nama parti itu.

"Beliau (Hasan) bebas berbuat apa sahaja atas sifatnya sendiri dan bukan atas nama parti kerana beliau tidak lagi menjadi anggota PAS," kata Nik Abdul Aziz ketika ditanya mengenai cadangan "road show" itu untuk Hasan menjelaskan kedudukannya dalam politik selepas dipecat dari PAS.

Menteri Besar Kelantan itu bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjung hormat lima anggota Parlimen dari China diketuai Menteri Pembangunan Pusat Bandar Kampung Baru dan Kewangan China, Thao Guang Qing, di pejabatnya di Kota Darulnaim, di Kota Bharu hari ini.

Dalam pada itu Nik Abdul Aziz mengalu-alukan pelantikan ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai anggota Exco Selangor yang baru menggantikan Hasan.

Sebelum digugurkan Hasan memegang Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.

- Bernama

  • Mohd Roshdi Abdul Rashid · Pengulas Tertinggi · MPSAH 98'-01'
    tah... pa nk bimbang... stkat dia sorang ja... dok mnyalah.. semua org dah tau... sapa dia DR parasit nie...
    • Ferrari Kedah · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Usahawan
      bukan parasit tapi PELESIT...
    • Jet Li · MSAB JB
      Ferrari Kedah Aiyaa kawan, cakap mesti ada baik. ok. Kalau itu olang Pelesit atau Parasit, BOS atas apa nama? Nanti olang panggil Pelesit atau Parasit Tua!!!
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Mmg betul kata TGNA, PAS x bimbang. Begitu juga anggota2 PR yg lain pun x bimbang. Yg perlu bimbang adalah hasan ali sendiri. Tindakannya itu x menjejaskan PAS/PR walaupun sikit. Bahkan hanya menyebabkan org semakin x hormat pd dia (hasan). So, hasan ali, fikir2lah nak buat tu. Klau nak buat jugak x ada sape2 nak halang, tapi bersedialah utk dicemuh masyarakat, sperti yg dah jadi pd zul nordin, ibrahim ali, zahrain & yg sewaktu dgnnya. What u give, u get back (english) ma za taf'al satu'aaqob 'ala zaalik (arab) apa yg km buat akan ada risiko akibat dari perbuatan km. Bersedialah!...
  • Daniel Adam Ashraf · Pengulas Tertinggi
    BIARKAN LAH ASAN ALI NI.... BIAR LA DIA PERASAN YG RAMAI ORG SUKAKAN DIA... INI LA BALASAN ORANG YG RIAK....RIAK SEHINGGA TIDAK PERASA APA YG DIA BUAT MEMALUKAN DIRI SENDIRI....
    • Udin Dien · Pengulas Tertinggi · Pondok jer
      takpa nanti tv3 dan rtm buleh bg ruang untuk kutuk pas...nak maki siang mlm pun takder masalah,..
    • Bakau Tua · Pengulas Tertinggi · Kuli di Usaha sendiri
      sokong TGNA...pidatolah kamu asan,tegakkan benang yg basah dgn air liur kamu..
ADUN Sijangkang angkat sumpah ganti Hasan Ali

ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik menjadi exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Hasan Ali yang digugurkan dari jawatan tersebut minggu lalu.

NONEDr Ahmad Yunus yang juga pembantu exco belia dan sukan - portfolio yang dipegang Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - mengangkat sumpah sebagai exco di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam pagi ini.

Ahmad menggantikan Hasan selepas beliau dipecat dari PAS pada 8 Januari lalu susulan tindakan beliau yang merugikan parti itu.

Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang bahawa calon pilihan adalah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman tetapi menurut sumber beliau menolak pencalonan berkenaan.

Pada sidang akhbar selepas majlis berkenaan, Abdul Khalid mengumumkan bahawa Dr Ahmad Yunus akan bertanggungjawab terhadap portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan yang sebelum ini dipegangnya.

NONEManakala portfolio mengenai hal ehwal Islam, infrastruktur dan kemudahan awam akan disandang oleh Abdul Khalid.

"Kami percaya YB Dr Ahmad Yunus ADUN Sijangkang boleh menjalankan tugas dengan amanah, telus dan bertanggungjawab.

Doktor perubatan

"Latarbelakang beliau sebagai doktor perubatan telah banyak memberi khidmat kepada rakyat, boleh membantu beliau menjalankan tugas sebagai ahli MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) secara efisien dan profesional," kata Khalid.

Menyifatkan Dr Ahmad Yunus berpengalaman dalam bidang belia dan sukan, Khalid berkata rombakan kecil portfolio itu berkuatkuasa hari ini dan ia dilakukan bagi "memastikan kesinambungan kerja dan perkhidmatan kepada rakyat dapat berjalan dengan lancar".

Pada masa yang sama, Khalid juga turut mengumumkan pelantikan ADUN Meru dan pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman sebagai pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (SKIMSEL).

NONEManakala ADUN Bandar Baru Bangi Dr Shafie Abu Bakar pula dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan (PADAT), yang mana kedua-dua jawatan tersebut dipegang oleh Hasan sebelum ini.

Ditanya mengapa permilihan Dr Ahmad Yunus mengisi kekosongan kerusi exco itu, Khalid berkata pertimbangan itu dibuat berdasarkan atas "dasar kerja dan ia tidak bermaksud membelakangkan PAS".

"Keputusan melantik Dr Ahmad Yunus, Dr Rani dan Dr Shafie adalah keputusan yang dibincang... Kualiti perbincangan di antara kumpulan parti (dalam Pakatan) adalah 'rigorious'.

"Pelantikan Dr Yunus tidak bermaksud untuk membelakangkan PAS. Kita merujuk kepada PAS, bagaimana dengan (calon) ini... Kita berdiskusi dengan kepimpinan (PAS).

"Saya diberikan tanggngjawab untuk menentukannya... Saya rasa pelantikan Dr Ahmad Yunus dapat restu daripada kepimpinan PAS dan Dr Abd Rani," kata Khalid sambil menolak tanggapan pelantikan itu dibuat tanpa mengambil kira pandangan semua pihak dalam Pakatan.

Rombakan kecil

Malah, Khalid juga turut "bercakap" kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung pelantikan Dr Ahmad Yunus sebagai exco kerajaan negeri yang baru.

NONEDitanya mengapa rombakan kecil di mana beliau sendiri memegang exco hal ehwal agama, Khalid menegaskan peluang kepadanya untuk menyelesaikan perkara yang berkaitan pentadbiran hal ehwal Islam.

"Saya mengambil alih tugas berkenaan kerana Datuk SUK dan Datuk Penasihat undang-undang negeri (juga) adalah ahli Majlis Agama Islam (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"Saya ambil alih kerana dapat mempengerusikan dan dapat melihat perkembangan dan pembangunan JAIS," katanya sambil berpendapat Dr Ahmad Yunus berpengalaman dan mampu mengambil alih daripada tugasnya sebelum ini.

Khalid juga menjelaskan jawatan Dr Abdul Rani dan Dr Shafie bukan bertaraf exco, dan tidak boleh menghadiri mesyuarat kerajaan negeri kerana kedua-dua tokoh tersebut tidak menerima watikah perlantikan daripada Sultan Selangor.

Dalam sidang media yang sama, Dr Ahmad Yunus duduk di sebelah Khalid berkata, beliau tidak menyangka akan dilantik menjadi exco menggantikan Dr Hasan.

NONE"Walaupun PAS pusat mencadangkan Dr Abd Rani sebagai penggantinya, tetapi (pemilihan saya) atas pertimbangan berdasarkan kerja. Saya tidak kata Dr Abd Rani tak boleh bekerja.

"Daripada apa yang dimaklumkan oleh menteri besar, saya memegang portfolio belia dan sukan yang dipegang oleh beliau. Beliau memberikan amanah dan ia merupakan satu kesinambungan supaya ia berjalan lebih lancar," katanya.

Dr Ahmad Yunus, 47, mempunyai seorang isteri dan mempunyai empat orang anak, dan berkelulusan Ijazah Perubatan dan Pembedahan UM pada tahun 1991. Selain ADUN dan pembantu exco belia dan sukan, beliau merupakan yang dipertua (YDP) PAS kawasan Kuala Langat.

Beliau juga memegang jawatan antaranya sebagai ahli jawatankuasa badan perhubungan PAS Selangor dan timbalan pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Selangor.

Pernah bertugas sebagai pengarah hospital di Sabak Bernam dan Lundu, Sarawak dan masih bertugas sebagai doktor sehingga kini.

Hasan Ali 'pertikai' lantikan Exco baru, dakwa terlalu awal

January 18, 2012
Hasan Ali

SHAH ALAM - Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau telah menerima surat daripada Datuk Dr Hasan Ali yang menyifatkan pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai exco baru terlalu awal kerana beliau masih mempunyai ruang untuk merayu kepada Majlis Syura Pas.

"Saya ada menerima surat bertarikh 10 dan 11 Januari daripada Datuk Dr Hasan Ali...beliau (Hasan) berkata bahawa pelantikan ini terlalu awal kerana
beliau (Hasan) masih mempunyai ruang untuk merayu kepada Majlis Syura Pas.

"Saya telah menjawab surat Hasan dengan menyatakan bahawa keputusan saya menggugurkan beliau (Hasan) adalah lanjutan daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat yang melucutkannya sebagai anggota Pas pada 8 Januari lepas dan isu rayuan tidak dinyatakan dalam surat berkenaan," kata Khalid kepada pemberita selepas upacara angkat sumpah oleh Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai anggota exco Selangor yang baru di Istana Bukit Kayangan di sini.

Hasan dipecat daripada Pas kerana didakwa bertindak bertentangan dengan kepentingan parti dan telah diberikan sehingga 7 Februari untuk merayu
penyingkirannya.

Sebelum digugurkan, Hasan memegang jawatan sebagai Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Abdul Khalid berkata Hasan mempertikaikan tarikh pemecatannya sebagai anggota Exco kerajaan Selangor kerana mendakwa ia bercanggah dengan kuatkuasa keanggotaannya sebagai anggota Pas yang sepatutnya tamat pada hari akhir tempoh rayuan.

Dengan pemecatan Hassan, Ahmad Yunus akan bertanggungjawab terhadap portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan manakala portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastuktur dan Kemudahan Awam, kini dipengang oleh Abdul Khalid.

"Pertimbangan kita ke atas pelantikan ini adalah atas dasar kerja...proses rayuan adalah amalan yang dipraktikkan oleh Pas sebagai sebuah parti politik dan saya percaya ia tidak bermaksud memberi sebarang prasangka kepada kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri.

"Saya berharap Dr Hasan dapat menerima keputusan ini dengan berlapang dada dan saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih di atas peranan beliau ketika berkhidmat sebagai ahli MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri)," kata Abdul Khalid.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kedudukan Hasan yang masih memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Abdul Khalid berkata itu terpulang kepada budi bicara Sultan untuk menentukannya. - Bernama

PAS Gombak nafi 101 ahli sertai Umno

Khaulah Azwar, 17 Jan 2012
Gombak, 17 Jan: Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak, Salehuddin Mohd Nasir (gambar) menafikan dakwaan kononnya 101 orang ahli PAS daripada cawangan Kampung Kerdas Dua, telah keluar PAS dengan menyertai umno.

Apa yang berlaku, 37 memohon menyertai PAS menjelang PRU ke 12 pada 2008 lalu dan 20 dari mereka memohon masuk Umno sebulan lalu.

Kemasukan mereka dalam Umno kononnya disebabkan berlakunya pemecatan AhlI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

"Kita menafikan sekerasnya kemasukan mereka dalam Umno akibat kekecewaan apabila Ahli Dewan Undanagn Negeri (ADUN) Gombak Setia Datuk Dr Hasan Ali di pecat daripada PAS baru-baru ini," katanya.

Jelasnya, ketika PRU12 yang lalu, PAS Gombak telah menerima 37 borang permohonan keahlian PAS daripada cawangan tersebut.

Daripada 37 orang hanya 20 orang sahaja yang menyertai Umno dalam majlis yang diadakan di Kampung kerdas dua baru-baru ini.

Beliau berkata, mereka sebenarnya ahli Umno dan penyokong Umno. Bukti mengatakan mereka adalah ahli Umno melalui penyemakan yang telah kita buat dalam daftar ahli PAS di DUN Kawasan Gombak.

Peristiwa kemasukan mereka dalam PAS dalam PRU12 pada 2008 adalah sangat drastik sebelum pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

Menurut Sallehuddin, ekoran berlakunya pemecatan keatas Datuk Dr Hasan Ali dalam parti PAS, tidak akan merencatkan PAS Gombak untuk hadapi PRU13 nanti.

“Kita sentiasa melatih ahli agar sentiasa ikhlas berjuang kerana Allah SWT, bukan kerana orang, dan bukan untuk kepentingan yang lain terutamanya dalam bentuk material dan kebendaan,” katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia pagi tadi.

Dalam pada itu, beliau juga menyeru agar semua ahli istiqama dalam perjuangan, tidak kira samada parti PAS, PKR atau DAP kerana setiap parti yang di tubuhkan terletaknya dasar perjuangan yang di putuskan oleh pucuk pimpinan yang perlu di taati selagi tidak melanggari syariat.

"Justeru, saya harap semua ahli PAS kena faham konsep Perjuangan PAS dimana dasar pas adalah Islam berdasarkn Al- Quran, Hadis, Ijtima dan QIAS," katanya.

Hadir sama dalam sidang media, Kahirul Fahmi, Setiausaha PAS Gombak.

Parasit pemimpin Pas penyokong kuat Anwar

KUALA LUMPUR 17 Jan. - Dua bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin golongan parasit yang dimaksudkan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali ialah pemimpin-pemimpin Pas yang selama ini menjadi penyokong kuat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Anuar Shaari (gambar) berkata, ia bukan satu rahsia malah usaha kumpulan itu untuk menguasai Pas telah lama dirancang termasuk ketika zaman kepimpinan Allahyarham Yusuf Rawa dan Allahyarham Datuk Fadzil Noor, namun gerakan itu berjaya disekat.

Bagaimanapun, kata beliau, mereka akhirnya berjaya menyusup ke dalam Pas melalui pelbagai platform dengan bantuan Anwar dan kepimpinan DAP.

''Golongan ini telah ditolak secara total di zaman kepimpinan Ustaz Yusuf Rawa dan Datuk Fadzil Nor kerana kehadiran mereka lebih banyak memecah belahkan Pas ketika itu.

''Kini golongan parasit ini dilihat semakin menguasai Pas dengan bantuan Anwar dan DAP. Jelas, golongan ini telah membawa satu pendirian yang bertentangan dan liberal hingga mengelirukan ahli Pas sendiri,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan Hasan dalam satu sidang akhbar semalam bahawa golongan parasit dengan jumlah semakin besar di samping menggunakan strategi begitu licik berjaya mengubah arah tuju Pas hingga berlaku pemecatan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor tersebut.

Anuar berkata, hakikatnya Anwar merupakan dalang di sebalik kemelut antara dua kelompok besar dalam Pas dengan berperanan sebagai pencatur bagi membolehkan golongan parasit 'mendaki tangga' lebih tinggi dalam hierarki kepimpinan PAS.

Seorang lagi bekas Setiausaha Sulit Anwar, Rahimi Osman berkata, golongan parasit yang dimaksudkan oleh Hasan ialah golongan 'anwarinas' yang dilihat berjaya merosakkan Pas, sekali gus mengetepikan suara golongan ulama.

''Golongan 'anwarinas' yang dahulunya tidak berkuasa tetapi sekarang sudah mula menunjukkan taring,'' katanya.

Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamizun Khairuddin pula berkata, sebahagian besar Jawatankuasa Pas Pusat kini dikuasai puak yang cenderung kepada Anwar.

Menurutnya, mereka meletakkan kedudukan Anwar melebihi segala-galanya dan kumpulan ini mula menyertai Pas selepas peristiwa reformasi 1998.

''Mereka datang daripada pelbagai kumpulan usrah. Mereka menjadi ahli Pas dengan misi mahu menakluk Pas. Kini setelah hampir 15 tahun, misi itu hampir tercapai.

''Mereka berjaya menjadikan Anwar sebagai tempat rujukan utama Pas. Kekuatan tipu daya Anwar pula menjadikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut terpedaya,'' ujarnya.

Dalam erti lain, beliau berkata, Pas sudah berada dalam genggaman Anwar kerana Ketua Pembangkang itulah yang mengasaskan gerakan parasit untuk menguasai parti itu hingga menyebabkan Pas mengubah matlamat perjuangannya.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Yasin berkata, golongan parasit merupakan sekelompok pemimpin yang 'ditanam' oleh Anwar di dalam Pas.

''Parasit ini akan menjadi anai-anai yang memakan, mereput dan bakal meruntuhkan Pas dari dalam. Realitinya kelompok parasit ini telah pun menguasai Pas dan berjaya mengetepikan peranan ulama.

''Kejayaan parasit menguasai Pas akhirnya menjadi barah dan akan menjadi punca keruntuhan Pas,'' katanya.

Tiada ulasan: