Khamis, 19 Januari 2012

BILA RAKYAT RASA SELESA..HINGGA YANG BERKUASA MENGAUT KEUNTUNGAN TAK DISEDARI...AKHIRAT DIHISAB SERTA DIBICARA...SALAH BETUL ALLAH TENTUKAN NANTI

Permainan 'Aku Jimat' mirip Rosmah di pasaran

Pengguna alat elektronik Apple - iPod, iPad dan iPhone - kini boleh mempelajari beberapa petua tentang bagaimana untuk berjimat untuk masa depan berdasarkan satu permainan yang dipercayai diilhamkan dari watak isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

NONEPermainan versi 1.1 Aku Jimat boleh didapati di App Store sejak 17 Januari lalu. Ia memaparkan watak kartun yang mirip Rosmah, termasuk gaya rambutnya. Permainan ini mengajak pengguna supaya ‘menyimpan wang’ untuk membolehkan mereka ‘membeli-belah’.

Pengusaha permainan Antartica Group berkata, permainan ini adalah "untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung” sejak kecil dan “lebih awal jika seseorang berjimat maka, lebih banyak yang dapat dikumpulkan”.

NONEDengan tabung berbentuk seekor kucing, pemain dikehendaki menyambut duit syiling bernilai US$1000 (RM3,100) setiap satu yang digugurkan bagi membuat pembelian - sama ada sebuah rumah bernilai US$5,000,000 (RM15, 000,500) atau kereta berharga US$300,000 (RM10,000).

Pengguna juga boleh membeli mana-mana sembilan beg tangan yang ditawarkan, bernilai antara US$ 9,000 hingga US$ 110,000 (RM27, 900 hingga RM440,000) atau juga cincin berlian bernilai US$ 24 juta (RM74 juta).

NONESetiap syiling bernilai $1,000 tetapi jika seseorang itu bernasib baik, jongkong emas bernilai $1,000,000 akan digugurkan.

Pemain bagaimanapun mesti berhati-hati untuk mengelakkan diri mereka daripada terkena bom.

Ini kerana bagi setiap kali mereka terkena bom, tambahan umur setahun akan dimasukkan kepada pemain dan seseorang dipaksa untuk "bersara" pada usia 99 tahun.

Isu NFC: Shahrizat saman Zuraida, Rafizi RM100 juta

Menteri pembangunan wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengemukakan saman ke atas dua orang pemimpin PKR ekoran kenyataan oleh kedua-dua individu berkenaan berhubung skandal National Feedlot Corporation (NFC).

shahrizat wanita umno victory 250309 3Shahrizat dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendakwa ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin dan pengarah strategi parti itu, Rafizi Ramli telah memfitnah dan memburuk-buruk beliau.

Ketua wanita Umno itu, yang kini bercuti selama tiga minggu, menuntut RM50 juta untuk gantirugi umum dan RM50 juta untuk gantirugi teruk dan teladan.

Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata, saman itu dikemukakan dengan asas bahawa siasatan yang sedang berjalan itu diyakini akan membuktikan Shahrizat tidak bersalah.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, Rafizi dalam satu kenyataan media petang tadi berkata saman itu adalah tindakan politik untuk menutup mulutnya dan Zuraida daripada terus membuat pendedahan.

“Jika pimpinan Umno seperti Datuk Seri Shahrizat Jalil beranggapan mereka boleh menutup mulut dan akal rakyat seperti saya dengan mengemukakan saman seperti ini, mereka tersilap besar.

NONE“Peluang di mahkamah kelak akan digunakan sepenuhnya untuk membongkar lebih banyak penyelewengan dan bakal diikuti oleh lebih ramai rakyat.

“Oleh itu, kami cukup bersedia dan teruja untuk berdepan dengan Datuk Seri Shahrizat Jalil dan peguam-peguam Umno di mahkamah kelak,” katanya.

Menurut Rafizi, beliau yakin bahawa semua pendedahan yang dibuat setakat ini adalah benar belaka kerana ia berdasarkan maklumat kewangan dan operasi yang dibocorkan dari dalam NFC sendiri.

“Oleh yang demikian, saya dan Zuraida bersedia untuk berdepan dengan peguam-peguam Umno di mahkamah kelak.

“Peluang ini memang telah ditunggu-tunggu agar kami boleh menggunakan kuasa mahkamah untuk mencari kebenaran sejauh manakah berlakunya penyelewengan di dalam NFC, selain dari yang didedahkan setakat ini,” katanya.

Beliau juga mengingatkan Shahrizat bahawa Ketua Wanita Umno itu juga perlu berdepan dengan mahkamah rakyat yang “mual dengan pelbagai keborosan dan salahguna wang” yang didedahkan setakat ini.


Bekas presiden NUJ Hata Wahari sertai DAP

Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Mohd Hata Wahari menjadi orang Melayu terbaru yang menyertai DAP.

Setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng, dalam mengalu-alukan Hata, berkata beliau berharap bekas presiden NUJ itu akan terus berjuang demi kebebasan akhbar di negara ini.

"Saya percaya beliau boleh menyumbang kepada parti dan berjuang untuk kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar," katanya.

Awal bulan ini, penulis blog Sakmongkol AK47 yang juga bekas ADUN Pulau Manis dari Umno, Mohd Ariff Sabri Aziz juga menyertai parti itu.

Selain Sakmongkol yang merupakan bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan sehingga tahun 2004, turut dikatakan berbuat demikian ialah seorang lagi penulis blog Umno dan veteran parti itu, Aspan Alias.
NFC: Pejabat AG tak puas hati siasatan polis
Jabatan Peguam Negara telah memulangkan semula kertas siasatan skandal syarikat penternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) kepada pihak polis dan mengarahkan mereka meneruskan siasatan serta mengemukakan laporan terperinci.

abdul razak baginda altantuya case 040607 tun majid tun hamzahKetua Pendakwa, Jabatan Peguam Negara Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang dihubungi Malaysiakini hari ini mengesahkan bahagiannya telah meminta pihak polis untuk menyiasat lanjut perkara itu.

"Kertas siasatan dipulangkan kepada polis pada Selasa lalu," katanya.

Adalah menjadi kelaziman bagi Pejabat Peguam Negara memulangkan semula kertas siasatan kepada polis, walaupun sehingga berulang kali, jika tidak berpuas hati dengan laporan yang dikemukakan sebelum memutuskan sama ada untuk membuat dakwaan.

Pihak polis telah menyerahkan kertas siasatan mereka kepada Jabatan Peguam Negara awal minggu ini.

Isnin lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan mengumumkan siasatan polis lengkap selepas mengambil 54 keterangan, termasuk daripada kakitangan NFC.

Kes berkenaan pada mulanya disiasat mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan atas tuduhan jenayah pecah amanah. Namun Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar pada 30 November lalu berkata siasatan awal menunjukkan tiada unsur pecah amanah.

Sementara itu, pada hujung minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula mengumumkan bahawa semua aset NFC dibekukan.
DAP: Pengendali lebuh raya tol untung 'Maha Firaun'
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop untuk berdebat mengenai dakwaan BN bahawa tol di lebuhraya tidak boleh dihapuskan.

NONELim berkata beliau bersedia berdebat dengan Nor Mohamed, menteri yang bertanggungjawab menjaga Unit Perancang Ekonomi pada bila-bila masa dan mana-mana tempat berhubung dakwaan kerajaan mengapa beberapa tol yang sedia ada tidak boleh dihapuskan.

“Mengapa kita tak boleh hapuskan tol bila PLUS untung 308 peratus. Mari bahas mengikut isu dan fakta, bukan dengan emosi dan sentiment.

“Dia seorang menteri, saya seorang Ketua Menteri, kami setara. Mari kita berdebat demi kepentingan rakyat,” cabar Lim.

Sebelum ini, Nor Mohamed membuat kenyataan bahawa janji Pakatan Rakyat untuk menghapuskan tol jika mereka berkuasa di Putrajaya sebagai tidak masuk akal.

"Saya sedia berdebat isu ini - 'Mengapa tol yang perlu dihapuskan?’ Ini untung maha besar, untung Maha Firaun atau topik kedua 'Adakah benar Malaysia akan menjadi bankrap jika tol dimansuhkan’,” katanya.

Menurut Lim, beliau berharap Nor Mohamed tidak takut untuk berdebat mengenai isu penting yang membabitkan ekonomi negara kerana katanya, penghapusan tol akan meringankan beban rakyat dan mengurangkan kadar inflasi.

“Saya boleh berdebat di mana-mana sahaja selagi ada liputan televisyen." katanya sambil merujuk peratus keuntungan berlipat kali ganda yang diperolehi dari projek-projek lebuh raya seluruh negara.

metramac toll booth 160106Antara yang paling tinggi keuntungannya ialah Lebuhraya Metramac yang mencatat keuntungan 877 peratus daripada kos asal pembinaan yang hanya berjumlah RM45 juta.

Lebih mengejutkan, kata Lim ialah kekayaan yang dikumpul melalui projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang mengaut keuntungan RM 18 bilion, setelah ditolak kos pembinaannya sebanyak RM 5 bilion; dengan tempoh konsesi selama 50 tahun sehingga tahun 2038.

Begitu juga dengan projek lebuh raya KL – Karak yang untung hampir RM1 bilion (202 peratus), diikuti Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dengan keuntungan RM1.6 bilion (149 peratus) berbanding kos pembinaan sekitar RM1 bilion.

“Anak, cucu, cicit kita pun akan terus bayar tol,” kata Lim lagi.

Tiada ulasan: