Isnin, 23 Januari 2012

APALAH NILAI DIBUANG SETELAH DIGUNAKAN..BAGAIMANA KITA YANG DIHIDUPKAN ALLAH...KITA BUANG HUKUM2 ALLAH...DAHSYAT TAK

Prof Khoo: Sejarah ditentukan badan eksekutif
Ahli sejarah, Professor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim berkata masih ramai di kalangan masyarakat yang tidak memahami peristiwa sejarah yang berlaku di negara ini kerana sejarah tidak ditentukan oleh sejarahwan berwibawa.

Sukatan pelajaran sejarah itu tidak ditentukan oleh ahli bidang berkenaan tetapi sebaliknya oleh badan eksekutif, katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu.

Katanya cabang kerajaan itu itu sangat berpengaruh dalam sistem pada waktu ini sehinggalah berhubung gaji yang patut diperolehi sejarahwan sepertinya.

NONE"Kami hanya boleh sampaikan pendirian kita kepada orang ramai tapi bila kita minta sesuatu dilaksanakan, tak semestinya diterima.

"Mereka saja yang ada kuasa, kami tiada kuasa (tentukan perkara sejarah)," tegasnya.

Beliau yang menganggotai lembaga penilaian sukatan matapelajaran sejarah di sekolah berkata, panel berkenaan telah bermesyuarat beberapa kali sebelum ini.

"Tapi akhirnya sukatan pelajaran itu disediakan bukan oleh ahli sejarah yang berwibawa.

"Dalam sistem kita zaman sekarang, orang yang paling kuat berpengaruh ialah mereka yang ada di dalam badan eksekutif," katanya lagi.

Teks baru pada 2014

Khoo berkata, teks baru sejarah yang akan digunakan bermula 2014, antara lain akan memberi penekanan kepada hari penubuhan Malaysia – 16 September 1963.

"Mula-mula kita gunakan Ogos 1957, orang Sabah dan Sarawak protes kerana pada masa itu dan juga tahun 1946 kedua-dua tempat itu adalah tanah jajahan British.

NONE"Orang Sarawak, Sabah sudah menyatakan perasaan mereka yang tak setuju dengan 31 Ogos dipanggil Hari Malaysia," katanya lagi.

Keghairahan ke atas sambutan 16 September itu tercetus pada 2008 apabila ketua Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bahawa beliau telah mendapat sokongan daripada sekumpulan ahli politik Sabah dan Sarawak untuk mengambil alih pentadbiran Putrajaya.

Anwar bagaimanapun tidak berjaya dalam usahanya mengambil alih pentadbiran negara melalui cara itu dan beberapa orang wakil rakyat PKR mula berpaling tadah – sama ada menjadi wakil bebas atau menyokong BN.

BN kemudiannya memperoleh kelebihan dalam isu tersebut pada tahun berikutnya, apabila perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tarikh berkenaan sebagai sambutan Hari Malaysia yang diisytiharkan sebagai cuti umum meliputi seluruh negara.

Najib turut mengambil peluang di ambang sambutan Hari Malaysia tahun lalu untuk mengumumkan beberapa langkah populis, termasuk usaha untuk memansuh undang-undang ISA, pengisytiharan darurat dan juga Seksyen 27 Akta Polis.

  • Muhammad Najib Al-Segambuti · Pengulas Tertinggi · Stamford Bridge, Cheshire, United Kingdom
    oh yes ke....patut la ramai orang tdo ms bljr sejarah...banyak nipu rupenye..
    • Yb Suhairy · Pengulas Tertinggi · UPSI
      tiap2 ari aku menipu ler kalku mcm tu sbb aku ajar subjek sejarah hahhahahhha.... maka lahir lah masyarakat penipu yang senang ditipu oleh penipu....tipu tipu tipu....be end rrrrtuiiii..!!!!
    • Hafez Fakhry · Pengulas Tertinggi · International Islamic University Malaysia
      Abdul Yahaya - siapa prof pengampu? and betul apa yg khoo kay kim cakap. kuasa eksekutif tu BN laaa .. cuma dia berlapik je
  • Tariq Ziyad · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Berniaga
    Tahu tak ada kuasa berjuang dalam politik yang paling demokrasi di malaysia. bukan jadi Prof. Kangkong senantiasa sokong umno walaupun Umno dah haprak dan tak berguna lagi.Cari parti yang terbaik dari kalangan parti2 yang ada dan babrok ini.
    • Yb Suhairy · Pengulas Tertinggi · UPSI
      PR.............
    • Zanirun Baba · Pengulas Tertinggi · umur 57 tahun
      Siapa kata HANG TUAH,HANG JEBAT DAN RAKAN2 TU MELAYU!!..sesiapa kata MELAYU sila komen...saya kata bukan MELAYU..yg dibawa lari dari negara CHINA TU UTK DIPERSEMBAH KPD SULTAN MELAKA IALAH...HANG LI POH..betul tak!...HANGGGGGGGG JUGAK!

      ABU...ASALKAN BUKAN UMNO!
    • Hafez Fakhry · Pengulas Tertinggi · International Islamic University Malaysia
      ada sesetengah orang yg lebih baik menjadi neutral, x join mana2 parti. sbg contoh aziz bari, dr asri dan mungkin jua khoo kay kim. sebab nya kalaau dah join satu-satu parti maka otomatik pandangan nya dah tak buleh tembus ke dua-dua belah pihak
    • Roy Ridzuan · Top Commenter · Penyelia bahagian pam tayar keretapi at KTMB
      Zanirun Baba.. saya belajar di SRJKC dari darjah 1 sampai darjah 6.. awal2 lagi cikgu sejarah kat sekolah tu dah ajar kami bahawa Hang Tuah dan rakan2 tu berasal dari Negeri Cina.. dan saya yakin yang Hang Tuah tu ujud akan tetapi bukan dari bangsa melayu..
  • Sabahsarawak John · Top Commenter · Oxford university london
    sejarah malaysia ini mana ada yg betul, semuanya telah ditapis diputar- belitkan supaya nampak elok, satu pembohongan kepada rakyat malaysia, pembentukan malaysia terdiri dari sabah dan sarawak, tapi hari kemerdekaan disambut asing2 dan ada 2 tarikh yg berlainan.
  • Tajudin Yaakob · Top Commenter · Works at OPEN POLTICAL UNIVERSITI
    anak2 muda dan generasi remaja tidak berminat dgn sejarah yg dikuasai umno.mereka pun tahu umno telah menodai sejarah...... contohnya tentang sejarah menuntut kemerdekaan.yg ditonjolnya sebagai wira tuanku abd rahman, onn jaafar, tan cheg lock dan v sabathan.mana dia ishak hj mohd, ibrahim yaakob, ahmad bustamam, prof zulkili moh, shamsiah faqeh, abdullah cd dan rashid maidin....mereka ini lah sebenarnya wira2 menuntut kemerdekaan.mereka berjuang dgn darah dan air mata..............


'Rayuan kes liwat untuk penjarakan Anwar'
Tindakan Jabatan Peguam Negara membuat rayuan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan kes liwatnya bertujuan memenjara tokoh pembangkang itu, kata PKR dan ALIRAN.

NONE"Motif rayuan itu adalah untuk memenjarakan Anwar dan menghalang Pakatan Rakyat daripada menguasai kuasa kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum akan datang," kata Naib Presiden PKR N Surendran.

Beliau juga mendakwa rayuan itu menunjukkan slogan pembaharuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hanyalah sekadar janji-janji penuh kemunafikan dan penipuan.

Mengulas pembebasan Anwar awal bulan ini, Najib dalam satu wawancara dengan harian perniagaan berpengaruh Wall Street Journal pernah mengatakan keputusan itu boleh memberikan tanggapan umum bahawa sistem kehakiman kita tidak dipengaruhi kerajaan.

Dalam kenyataan berasingan, badan bukan kerajaan yang berpangkalan di Pulau Pinang itu juga mendakwa rayuan kes tersebut bertujuan menghalang kebebasan bergerak pemimpin PKR berkenaan demi "kelangsungan hidup BN."

"Satu-satunya individu yang boleh menggegarkan dan memusnahkan teras kuasa BN melalui Pakatan hanyalah Anwar dan oleh itu beliau mesti disisihkan (dipenjarakan)," kata presiden ALIRAN P Ramakrishnan hari ini.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula dilaporkan berkata, tindakan Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan "satu tindakan yang tepat".

"Bagi saya rayuan itu bukan satu isu kerana sesiapa sahaja yang dalam keadaan seperti itu, Anwar pun tetap akan merayu," naib presiden Umno itu dipetik sebagai berkata.

Zahid sangkal peluang BN hanya 50-50
Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyangkal analisis pengamat politik bahawa BN mempunyai harapan 50-50 untuk menawan kembali negeri yang dikuasai pembangkang.

Beliau berkata tanggapan itu hanya analisis politik yang dibuat secara rambang.

NONE"Sama ada BN atau pembangkang semua hendak menang. Bagi BN, kita harus memperkasakan usaha untuk meraih sokongan rakyat bukan setakat projek fizikal seperti memberi bantuan atau pembangunan yang masih dianggap tidak mencukupi," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 500 penerima di Bagan Datoh hari ini.

Ahmad Zahid yang juga anggota parlimen Bagan Datoh berkata BN harus mencari pendekatan baru untuk memenangi semula hati rakyat dengan turun padang bagi mengetahui permasalahan rakyat tanpa mengira fahaman politik yang berbeza.

Beliau berkata pemimpin BN perlu mencontohi usaha gigih Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kerap turun padang untuk menemui rakyat di peringkat akar umbi.

Ahmad Zahid yang juga menteri pertahanan menyeru rakyat agar tidak terpengaruh dengan fitnah pembangkang yang suka mengeksploitasikan isu kerana mereka mempunyai agenda politik tersembunyi.

- Bernama

HIMPUN: Hasan Ali sertai, 10,000 dijangka hadir
Sekretariat Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) menjangkakan lebih 10,000 orang akan menghadiri perhimpunan keempat yang dijadual diadakan di Dewan Pusat Budi Penyayang, Kepala Batas pada 28 Januari ini.

Pengerusi bersama HIMPUN Mohd Azmi Abdul (gambar bawah, kiri) Hamid berkata perhimpunan itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang anasir-anasir negatif yang cuba menggugat dan memesongkan akidah umat Islam ketika ini.

Mohd Azmi at post Himpun PC"HIMPUN mengumpulkan semua lapisan masyarakat beragama Islam dari segenap lapisan tanpa mengira latar belakang ekonomi dan politik, meningkatkan kesedaran mempertahankan akidah dari godaan anasir negatif," katanya pada sidang media sempena perhimpunan itu di Kepala Batas hari ini.

"Perhimpunan ini tiada kaitan langsung dengan fahaman atau ideologi mana-mana parti politik, tujuan kita adakan perhimpunan ini hanyalah untuk mempertahankan akidah umat Islam, memberi kesedaran tentang ancaman luar dan tiada kaitan langsung dengan politik," kata beliau.

Katanya pada perhimpunan itu bekas exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali adalah antara empat penceramah akan memberikan ceramah.

Perhimpunan yang bertemakan 'Selamat Akidah' itu turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada kumpulan nasyid Far-East, Mestica dan Muaz.

- Bernama


Saranan penjara wajib bagi pemandu berbahaya
Kerajaan patut mengenakan hukuman penjara mandatori terhadap mereka yang memandu secara berbahaya hingga mengakibatkan
kemalangan maut di jalan raya, kata Tan Sri Lee Lam Thye.

vk lingam judge tape panel report 061107 lee lam thyeAnggota Majlis Keselamatan Jalan Raya itu berkata kerajaan juga perlu menimbang untuk memperkenalkan skim "pandu selamat, kurang bayaran" yang bermaksud, pemandu yang mengikuti kursus pemanduan berhemah layak dikenakan bayaran premium insurans yang lebih rendah untuk kenderaan masing-masing.

Empat langkah itu adalah antara cadangan yang dikemukakan Lim dalam kenyataannya hari ini untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, khususnya pada musim perayaan.

Beliau juga mencadangkan agar kerajaan mengenal pasti semua bahagian jalan raya yang berbahaya dan mengambil langkah untuk mengatasi masalah itu.

Satu lagi perkara yang beliau cadangkan ialah pengajaran silibus berkaitan keselamatan di sekolah untuk menyemai etika baik ketika di jalan raya dalam kalangan golongan muda bagi melahirkan golongan baru pemandu kenderaan dan penunggang motosikal, yang bukan saja mementingkan keselamatan sendiri, tetapi juga keselamatan orang lain.

- Bernama

MCA Kedah yakin rampas semula kerusi tewas
MCA Kedah yakin dapat merampas semula kerusi parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mereka kalah pada
pilihan raya umum 2008.

Pengerusi MCA Kedah Datuk Chong Itt Chew berkata pihaknya yakin hasrat itu dapat dicapai dengan adanya senarai 70 peratus calon muka baru untuk dipilih bertanding pada pilihan raya akan datang.

Beliau berkata calon muka baru dicadang untuk diletakkan bertanding di parlimen Padang Serai dan tiga kerusi DUN di Bakar Arang, Kota Darul Aman dan Kulim.

"Kita nak calon yang boleh menang, ikut arahan presiden dan kita sering bagi laporan kepada presiden dan saya tengok presiden yakin dengan prestasi MCA Kedah, yakin boleh menang," katanya kepada pemberita pada majlis Jamuan Terbuka Layan Diri sempena Sambutan Tahun Baru Cina anjuran DUN Gurun semalam, yang dihadiri kira-kira 2,000 orang terdiri daripada pelbagai kaum.

Beliau berkata kini bukan sahaja masyarakat Cina yang telah memberi sokongan padu kepada kepimpinan MCA, malah kaum Melayu dan India turut berbuat demikian.

Dalam perkembangan lain, Chong berkata MCA Kedah merayu agar presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memikirkan semula hasrat beliau untuk tidak bertanding pada pilihan raya akan datang.

Chong berkata MCA Kedah berharap supaya presiden MCA akan bertanding pada pilihan raya nanti kerana mereka yakin dengan kepimpinan beliau yang berkaliber dan telah membawa satu nafas baru kepada MCA.

"Kita yakin selama jadi presiden MCA beliau menunjukkan prestasi yang baik," katanya.

- Bernama
Bekas atlet rasa 'dibuang seperti sampah'
Bekas atlet pelapis negara sukan olahraga Syazwana Marzuki, 21, kesal apabila Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) enggan menanggung kos rawatannya selepas dia cedera semasa menjalani latihan pada Mac 2009.

Beliau mendakwa mengalami kecederaan pada lutut kiri 'anterior cruciate ligament (ACL)' ketika menjalani latihan di bawah Program Pelapis Negara sebagai persediaan menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) Melaka 2010.

Sehubungan itu, katanya, lututnya perlu dibedah segera kerana pergerakan terbatas selepas mengalami kecederaan itu dan anggaran kos untuk rawatan itu mencecah lebih RM5,000 selain kos rawatan susulan.

Syazwana mendakwa SSBJ merupakan pihak bertanggungjawab menanggung kos rawatan itu, tambahan pula keluarganya tidak mampu menanggung kos berkenaan.

"Alasan mereka tak tanggung kos pembedahan kerana saya tak kembali ke sekolah itu setelah berpindah ke sekolah harian biasa di Sekolah Menengah Tunku Anum, Alor Setar pada Julai 2009.

"Tapi saya mengalami kecederaan ketika menuntut di SSBJ," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gelan, Langgar dekat Alor Setar hari ini.

Syazwana berkata ini merupakan kali kedua dia mengalami kecederaan selepas kali pertama di tempat sama pada Mac 2007 ketika menjalani latihan biasa di sekolah SSBJ, namun pulih selepas melakukan pembedahan di Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur (KLSMC) dengan kos ditanggung SSBJ.

"Sukar untuk saya berdiri terlalu lama, naik tangga dan melakukan solat kerana lutut kiri terlalu sakit dan jika tidak dibedah dengan segera menyebabkan terpaksa menggunakan tongkat bagi menyokong pergerakan saya pada usia 30-an.

"Saya amat kecewa dengan SSBJ dan Majlis Sukan Negara (MSN) yang gagal untuk menjaga kebajikan atlet seperti saya yang mengalami kecederaan. Sewaktu mereka mahu tawarkan saya ke SSBJ pelbagai janji ditaburkan tetapi selepas kejadian itu saya dibuang seperti sampah.

"Segala pengorbanan saya dan keluarga lakukan selama ini hanyalah sia-sia kerana harapan keluarga yang juga peminat sukan tempatan mahu melihat saya menjadi seorang atlet yang bakal mengharumkan nama negara berkecai," katanya.

Syazwana, atlet olahraga 100 meter, 4x100 meter dan 4x200 meter, meninggalkan SSBJ pada 2009 selepas kecederaan itu.

Syazwana dibantu anggota keluarga mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar hingga September 2010 sebelum kes dirujuk ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras.

Anak kedua daripada tiga beradik itu pernah mewakili negara pada sukan Little Athletics 2006 di Singapura dan meraih emas dalam acara 4x100 meter, perak bagi 100 meter dan gangsa bagi acara 4x400 meter dan gangsa bagi acara 4x400 meter pada Sukma Kedah 2006.

Sementara itu pengarah MSN negeri Syed Khairul Anuar Syed Abidin gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan mengenai kes terbabit.

- Bernama

Tiada ulasan: