Khamis, 12 Januari 2012

IKUT LOGIK AWAL2...KES NI DAH BERCELARU..ATAU MENIMBUL KERAGUAN...MACAM MANA KES LAIN...DIAM AJE...DAH TEMPAT TIKET KE DIAKHIRAT

Belum ada keputusan buat rayuan, kata Pejabat AG
Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Pejabat Peguam Negara Datuk Kamaluddin Md Said hari ini memberitahu Malaysiakini bahawa keputusan sama ada rayuan pembebasan Datuk Anwar Ibrahim akan dibuat, belum diputuskan lagi.

NONEKamaluddin mengesahkan bahawa bahagiannya telah menerima laporan daripada pasukan pendakwa raya yang diketuai oleh Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Bagaimanapun, oleh kerana laporan itu masih belum dikaji, katanya, keputusan masih belum dimuktamadkan meskipun pihaknya cuma mempunyai 14 hari untuk mengemukakan rayuan.

"Mereka (Mohd Yusof) mungkin membuat cadangan tetapi kita perlu mengkaji perkara itu. Jika kita failkan rayuan, ia akan dibuat sebelum 25 Januari," katanya.

Bahagian yang diterajui Kamaluddin, khususnya mengendalikan kes-kes rayuan selepas penghakiman dibuat dalam perbicaraan kes jenayah dan memutuskan sama ada sesuatu notis rayuan perlu difailkan.

Hari ini, Mohd Yusof juga mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa pihaknya telah membekalkan laporannya kepada Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, semalam dengan saranan supaya rayuan difailkan terhadap pembebasan Anwar.

"Kami rasakan bahawa kita selesa dengan bukti-bukti yang dikemukakan (untuk mensabitkan kesalahan). Oleh itu, saya cadangkan rayuan dibuat," katanya.

NONE"Terpulang kepada Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) untuk membuat keputusan, dan jika beliau tidak membuat keputusan, terpulang kepada Peguam Cara I Negara Datuk Idrus Harun," kata Mohd Yusof.

Abdul Gani tidak boleh terbabit dengan sebarang perkara mengenai kes Anwar kerana berikutan dakwaan bahawa beliau terlibat dengan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang didakwa memalsukan bukti.

Atas alasan itu, beliau tidak diberi sebarang peranan semasa perbicaraan kes liwat II.

Yusof dijadualkan untuk bersara pada 1 Februari.


Siasatan NFC: Shahrizat mohon cuti tiga minggu

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah memohon bercuti rehat selama tiga minggu mulai esok daripada menjalankan tugas sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini, Shahrizat berkata beliau telah mengemukakan permohonan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya berharap pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dapat menjalankan siasatan sama ada saya terlibat atau tidak di dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai National Feedlot Corporation (NFC) di mana suami saya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif," katanya.

azlanShahrizat berdepan isu NFC, yang diterajui Mohamad Salleh, apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lalu merumuskan projek itu berdada dalam keadaan kucar kacir.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.

Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang bahawa wujudnya penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

Antara mereka yang secara terbuka mendesak Shahrizat supaya melepaskan jawatannya, adalah ahli parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh dan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin.

Meskipun diasak pelbagai pihak yang menuntut perletakan jawatannya, tetapi Shahrizat bertegas tidak mahu berbuat demikian dengan alasan apa yang dilakukan oleh suaminya tidak ada kaitan dengan dirinya.

Berikutan itu, PKR membuat pendedahan demi pendedahan yang mendakwa berlaku penyelewengan terhadap dana berkenaan.

NONEAntara pendedahan mereka, dana itu antara lain digunakan untuk tujuan berikut:

  • Membeli dua unit kondominium mewah 'One Menerong' (RM13.8 juta)
  • Membiayai Umrah atas nama suami dan anak lelaki (RM31,580)
  • Perbelanjaan peribadi (RM26,400)
  • Membeli Mercedes Benz CLS350 (RM534,622)
  • Membeli dua lot tanah di Putrajaya (RM3.36 juta)
  • Percutian mewah (RM455,423)
Pada pilihan raya umum 2008, Shahrizat gagal mempertahankan kerusi parlimen beliau di Lembah Pantai. Ketua Wanita Umno itu tumbang di tangan naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Beliau bagaimanapun, kemudiannya dilantik sebagai senator dan diangkat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


  • King Jason · Pengulas Tertinggi · Programmer/Analyst di Apple Inc.
    Gula: RM1.45/kg (Jan 2010) kepada RM2.30 (Mei 2011) – 58 peratus dalam 18 bulan.Padahal kilang gula diambik aleh oleh FELDA.Rupanya FELDA bukan tolong rakyat, Semasa cina Robert Kuok toke elok jer harga gula tak naik.FELDA amik aleh jer trus naik.

    Telur: Gred B RM9/30biji (Sep 2010) kepada RM10/30biji (sekarang).

    Tarif elektrik: Kenaikan purata 7.12 peratus pada bulan Jun 2011.TNB terpaksa beli kuasa lektrik dari YTL iaitu syarikat IPP milik kawan baik Mahathir, Mahathir lah punca kerosakan aset2 kerajaan dengan menswastakan harta kerajaan kepada kroni2nya.

    Teh tarik dan kopi susu: Kenaikan RM0.10 hingga RM0.20 (9.1 peratus hingga 18.2 peratus).

    Roti: Kenaikan 5-14 peratus (2011).

    Cukai perkhidmatan[GST]: Kenaikan 1 peratus (cukai tambahan RM720 juta untuk kerajaan persekutuan).

    Cukai telco : 6% kononnya Najib nafikan dan ...Lihat seterusnya..
  • Brohaziq Imran · Limkokwing University of Creative Technology
    ermm, selagi BN pegang malaysia ni, 10 tahun lg pun lom tentu lg si kak jat ni kena dakwa..SPRM ade brann ker nk dakwa??podahhh..
  • Diplomatik Bebas · · Top Commenter
    Kalau tak salah kenapa mintak cuti sampai tiga minggu? Jarang ada MENTERI mintak cuti lama sampai macam nie.

    Apa ingat MENTERI nie KERJA nak bedal duit RAKYAT jer ker?

    Fikirkanlah MENTERI2 sekelian. Paling kuat pun korang boleh hidup dalam 80 tahun jer. Kalau Allah bagi PELUANG lagi mcm MAMAK sorang tu, silap2 boleh cecah 100 tahun. Sejarah FIRAUN dah di buktikan. HARTA setinggi PIRAMID pun tak memberi jaminan di akhirat.

    Tak berbaloi lansung kalau MAKAN RASUAH. Dah la kena mintak cuti. Anak2 pulak HANYUT dengan kemewahan. Dalam KUBUR pulak kena JAWAB. NERAKA JAHANAM jer la tempat orang2 yang rasakan RASUAH tu TUHAN mereka.

    TUMBANGKAN BN pada PRU ke 13!
  • Perajurit Keadilan · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    Shahrizat cuti sebab nak belajar menjadi penternak lembu yang berjaya selepas dipecat sebagai Menteri & Ketua Wanita UMNO tue. Juga belajar macamner nak masukkan lembu dalam kondo melalui liff. Doakanlah semoga cita-cita Kak Jat ini berjaya... kikiki...
  • Anuar Samat · Top Commenter · Watadi university
    nak bersihkan tahi lembu kat condo.......
  • Abdullah Ghouse · Top Commenter · University of Nebraska–Lincoln
    Shahrizat bercuti rehat selama 3 minggu.
    Berapa ratus ribu duit habis.
    Nak perabis duit RM250juta bukan senang.
    Shahrizat dah pening kena sumpah rakyat siang malam.
  • Osman Mohd Razif · Top Commenter · 30 years old
    cam kimak jer suku sakat KIMMA ni... wat per bercuti, resign terus dr jwtn senator...menteri tu! udah mentekedarah duit rakyat, bnyk pulak songeh nyer....
  • Joe's Faris · Top Commenter
    250 juta.Apa tkda maluke guna duit rakyat beli aset? wa pelik betulla tp plg wa pelik ada plak yg sokong tu..mana otak penyokong2 gang2 curi2 Msia ni?
    • Sukhaini Salim · Top Commenter · Nil
      Joe's, mana ada otak die orang nie.....
    • Carlos Kiyanly · Top Commenter · De Todo Un Poquito
      Otak lembu.
    • Joe's Faris · Top Commenter
      Carlos Kiyanlyvia - Zunar Kartunis Fan Club
      GAJI PENJAGA LEMBU: Pengerusi = Datuk Dr. Mohamad Salleh (suami Shahrizat, gaji sebulan RM100,000. Pengarah Eksekutif, anak Sharizat, Wan Shahinur (umur 31) gaji sebulan RM45,000. CEO Wan Shahinur, juga anak Sharizat (umur 27) gaji RM35,000 sebulan. Pengarah, anak Sharizat, Wan Izzana Fatimah (Umur 25) gaji RM35,000
    • Nizam Botak · Top Commenter · Sekolah menengah teknik kerian
      Joe's Faris .....ada lagi org kg gaji 500 ja....mana tak kaya
    • Usah Lah
      Joe's Faris wow
  • Mergie Giggs · Top Commenter · Uitm kota bharu
    Kuasa Allah telah membutakan ht mereka utk membuat penyelewengan kemudian Allah takdirkan penyelewengan mereka terbongkar padahal mereka tentu th akan akibatnya sebelum melakukan penyelewengan tersebut..inilah rahsia kekuasaan Allah yg xde sp blh menghalang perancnganya wlpn manusia mersakan mereka licik dlm politik duniawi.Allah telah menelanjangkan Shahrizat yg selalu menenelanjangkan org lain..sharizat perlu ingat itu bkn hukuman Allah tp lebih kpd peringatan drNya.
  • Ipoh Mali · Top Commenter
    Elok lah.. Boleh Lah Bercuti kat Kondo Mewah kat SIngapore yg dibeli dgn Duit Lembu! atau Boleh Pergi bercuti kt mana2.. Cari kat Mana Tempat nak lari dan Bawa Aset2 dan Duit Lebih lembu sebelum PRU13.. Tapi Ingat! Lepas PRU13 Rakyat akan Kejar kamu dan Family kamu sampai ke Lubang Cacing pasal Songlap Duit Rakyat!

Tiada ulasan: