Isnin, 16 Januari 2012

JANGAN SEBARANG CAKAP NANTI MAKAN DIRI..RAKYAT DAH BIJAK..NAIK KITA BUKAN KELULUSAN TAPI UNDIAN..BUKAN CEMUHAN TAPI KUALITI..SAPE TAK NAK YANG MURAH

Media perdana dakwa Anwar sokong kumpulan gay

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria membidas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menganggap undang-undang berkaitan hubungan sejenis atau homoseksual di negara ini sudah lapuk dan mahu ia dikaji semula.

NONE“Umat Islam harus menentang amalan seks sejenis tidak kira sama ada lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan atau amalan liwat antara lelaki dengan wanita.

“Jangan kerana mahu mengejar sokongan, kita membelakangkan agama,” katanya dalam satu laporan akhbar Berita Harian hari ini.

Harussani mengulas komen Anwar dalam wawancara dengan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) World News, Khamis lalu yang berkata masyarakat negara ini tidak boleh menerima amalan homoseksual tetapi undang-undang lapuk mengenainya tidak harus digunakan bagi menghukum orang yang tidak bersalah.

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai sama ada beliau bersedia menyokong pemansuhan undang-undang lapuk homoseksual.

“Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan, katanya dalam temu bual itu.

singapore gay and lesbian dance party 220805Walau bagaimanapun, menurut Harussani Zakaria, umat Islam tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang dilihat menyokong amalan seks sejenis iaitu homoseksual, lesbian atau liwat antara dua jantina berbeza kerana ia boleh menyebabkan mereka terkeluar daripada asas akidah

“Kita tidak boleh menyokong atau menghalalkan hubungan sejenis kerana ia sama dengan menghalalkan zina. Ini boleh menyebabkan seseorang itu murtad,” kata mufti itu lagi dipetik akhbar milik Umno itu.

Nazri: Kelantan belum layak dapat royalti
Pembatalan Pengisytiharan Darurat yang menghadkan pemilikan minyak di kawasan perairan Kelantan masih belum melayakkan negeri itu menuntut royalti minyak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

NONEIni kerana, tambahnya, menurut undang-undang, selepas pengisytiharan itu dibuat, Ordinan Darurat masih terpakai sehingga enam bulan berikutnya.

"Isu pertama tentang kawasan yang dianggap kawasan negeri dan kawasan Malaysia. Kalau dalam Ordinan Darurat ada tentukan had hak negeri 12 batu nautika daripada pesir pantai negeri. Lepas daripada itu hak Malaysia.

"Ini ikut Ordinan Darurat itu tepat. Sekarang sekiranya batal, apa cerita sekarang? Bawah undang-undang, sekiranya Ordinan Darirat dibatalkan masih ada enam bulan sebelum dikuatkuasakan atau tidak dikuatkuasakan," katanya.

Menjawab soalan dalam sebuah forum di Kota Baharu kelmarin, Nazri bagaimanapun meminta orang ramai supaya menunggu keputusan mahkamah tentang siapa yang berhak terhadap telaga minyak yang menjadi pertikaian Kelantan dan kerajaan pusat itu.

Turut terlibat sebagai ahli panel bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dan exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa.

Rashid: Beri atas semangat 1Malaysia

Sementara itu, Abdul Rashid pula berkata, royalti sehingga RM600 juta patut diberikan kepada Kelantan atas semangat 1Malaysia.

"Sebagai orang Kelantan, saya hendak kata, itu hak negeri Kelantan. Patut dapat RM600 juta. Kalau Terengganu boleh bagi, kenapa Kelantan tidak bagi? Sebagai anak Kelantan, saya kata patut diberi," katanya.

azlanKatanya, sekiranya wang itu enggan diberikan kepada kerajaan PAS, beliau mencadangkan supaya dibentuk sebuah jawatankuasa bagi mengedarkannya demi kebajikan rakyat negeri itu.

"Duit itu untuk belanja di Kelantan, Ini semangat 1Malaysia. Lebuh raya kena mari ke Kelantan, orang Umno pun naik lebuh raya juga," katanya disambut sorakan kira-kira 1,000 peserta dalam majlis itu.

Pada 30 Ogos 2010, kerajaan Kelantan memfailkan sama terhadap Petronas kerana didakwa melanggar kontrak kerana gagal membayar royalti minyak terhadap kerajaan Kelantan.

Kerajaan persekutuan turut memohon sebagai pencelah dalam kes itu.

Hakim mungkin perlu isytihar harta
Hakim mungkin dikehendaki mengisytiharkan harta mereka tidak lama lagi bagi menentukan ketelusan dan integriti mereka, kata Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria.

Beliau berkata, Jabatan Kehakiman akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam perkara tersebut.

"Satu perkara yang saya fikirkan ialah supaya semua hakim mengisytiharkan harta kami, bagi semua hakim mengisytiharkan mereka," katanya ketika merasmikan persidangan empat hari hakim di Putrajaya, hari ini.

Arifin berkata, sebaik saja perisytiharan harta itu dibuat, tindakan selanjutnya terserah kepada SPRM.

"Saya pasti semua anda tidak perlu takut, jadi kita perlu bekerjasama dengan SPRM dalam perkara ini," katanya.

Ketua Hakim Negara itu mengingatkan hakim supaya mengekalkan kebebasan kehakiman dan tidak mengendahkan sebarang campur tangan ketika membuat keputusan penghakiman mereka tidak kira sama ada daripada eksekutif atau pasangan rumahtangga mereka.

"Tetapi ada campur tangan yang lain, salah satu daripadanya ialah daripada pasangan rumahtangga. Jadi pastikan tidak ada perbincangan, itu adalah campur tangan terbesar yang terjadi di waktu sepi tengah malam," katanya disambut dengan ketawa oleh mereka yang hadir.

Dengan nada serius, Arifin menambah bahawa hakim mestilah betul-betul bebas daripada semua campur tangan termsuk daripada kawan dan hakim lain.

Mengulas penghakiman, beliau menyeru mereka memberikan penghakiman yang kukuh kerana mereka sudah diberi masa secukupnya dan garis panduan dalam bidang berkenaan.

Katanya, Jabatan Kehakiman akan mengambil tindakan serius jika hakim tidak menunjukkan prestasi di tahap yang dikehendaki.

Arifin seterusnya menyebut bahawa pelantikan dan kenaikan pangkat hakim serta pesuruhjaya kehakiman menerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bukanlah satu tugas mudah kerana panel terpaksa melihat berbagai faktor termasuk penghakiman yang dibuat oleh hakim.

Setakat ini, katanya, panel itu mengesahkan prestasi memuaskan bagi sebahagian hakim namun untuk yang selebihnya mereka perlu bekerja kuat.

Mengulas pengumuman beliau mahukan semua kes rayuan Mahkamah Jenayah dan Sivil Persekutuan di Permulaan Tahun Undang-Undang 2012 semalam perlu diadili korum lima orang hakim, Arifin berkata, lima adalah angka yang lebih baik membolehkan rasional baik digunakan dalam penghakiman.

Sekarang ini, rayuan di Mahkamah Perseketuan diadili oleh panel tiga hakim.

Bagaimanapun beliau berkata, mahkamah masih mempunyai budibicara membuat keputusan mengikut lima anggota panel atau sembilan anggota bagi mendengar kes rayuan terpilih, terutama sekali yang membabitkan isu perlembagaan yang rumit.
Kadir: Dakwat kekal tak jamin pilihan raya bebas
Bekas menteri kabinet dan ahli veteran Umno Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata penggunaan dakwat kekal tidak mampu menjamin pilihan raya yang bebas dan adil serta terdapat isu-isu yang lebih mendesak yang perlu ditangani.

NONEPada satu wawancara baru-baru ini, katanya, adalah lebih penting bahawa akses media perlu diberi baik kepada kerajaan mahupun pembangkang, kakitangan awam pula perlu berkecuali dan amalan politik wang perlu dihentikan.

Kadir kemudiannya menceritakan kisah seorang penduduk kampung yang ditemuinya yang memberitahnya, "DAP adalah jahat. Jika mereka menang, mereka mahu menghapuskan sistem beraja."

Penduduk kampung itu kata maklumat itu diperolehi dari radio dan surat khabar.

"Semua radio, semua surat khabar, semua televisyen ... ia membawa hanya satu suara.

"Apa radio dan berkata akhbar diterima sebagai kebenaran mutlak (Kebanyakan) penduduk adalah seperti itu. Ini bermakna bahawa pendapat dapat disampaikan (kepada rakyat).

"Itu bukan keadaan pilihan raya yang bebas dan adil," katanya.

"Semasa saya Menteri Penerangan (di bawah Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Badawi), saya berpendapat semikian tetapi saya tidak cukup kuat untuk perubahan."

Sehubungan itu, Kadir mencadangkan supaya kedua-dua pihak mencari jalan penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang untuk menangani keadaan ini.

“Mungkin (seperti) beberapa saluran Astro atau sebagainya... Peruntukan (ruang) di TV3, RTM dan sebagainya (kepada rakyat)... Mungkin untuk tiga bulan sebelum pilihan raya," katanya yang juga bekas menteri pelancongan.

- Bernama

Ong Tee Keat nafi akan sertai Pakatan Rakyat
Bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini menyangkal khabar angin beliau berhasrat menyertai sebuah parti yang menganggotai Pakatan Rakyat.

Walaupun Ong tidak menolak khabar angin bahawa beliau telah mengadakan perjumpaan dengan para pemimpin pembangkang, tetapi ahli parlimen Pandan ini menafikan perjumpaan itu bertujuan membincangkan penyertaannya dalam mana-mana parti pembangkang.

"Sebelum ini, mereka (khabar angin) kata saya akan menganggotai PKR. Selepas perkara ini terbukti tidak benar, mereka kata pula saya akan menganggotai DAP pada 20 Jan. Apa pula selepas ni? PAS?" katanya.

Bagaimanapun, bekas Menteri Pengangkutan ini enggan berterus terang tentang langkah politik beliau seterusnya dan berkata beliau akan membuat pengumuman mengenai perkara itu pada waktu yang sesuai.

"Saya akan jelaskan perkara itu apabila sampai masanya. Untuk sementara waktu ni, saya memberi tumpuan terhadap tugas saya sebagai ahli parlimen, membantu orang di kawasan berkenaan," katanya.

Ini bukan kali pertama tersebar khabar angin bahawa Ong merancang untuk menyertai parti lain.

Oktober lalu, sebuah portal berita mendakwa Ong mengadakan perjumpaan secara berasingan dengan Pemimpin Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ketua DAP Selangor Teresa Kok serta kemungkinan beliau berbincang dengan mereka mengenai penyertaannya dalam pakatan pembangkang. Bagaimanapun, Ong menafikan laporan itu.

Dalam temubual yang disiarkan sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris minggu lalu, Ong berkata beliau akan mempertahankan kerusi Pandan yang disandangnya, walaupun beliau disingkirkan oleh MCA.

Sejak beberapa hari lalu, timbul pula spekulasi bahawa beliau akan meninggalkan MCA untuk menganggotai sebuah parti pembangkang pada 20 Jan.

Spekulasi ini dibuat berikutan peletakan jawatan secara serentak dua pemimpin peringkat akar umbi MCA yang mempunyai hubungan rapat dengan beliau -- Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang Eng Hiap Boon dan timbalan pengerusi MCA Cawangan Rumah Pangsa Taman Desa Skudai James Wu Chee Heng -- hujung tahun lalu.
Cemuhan pembangkang tinggikan jualan KR1M
Cemuhan dan kritikan yang dilemparkan pembangkang terhadap kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) membantu meningkatkan penjualan di kedai berkenaan.

Itulah kebenaran yang didedahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila mendapati semakin banyak cemuhan yang dilemparkan mereka, KR1M semakin mendapat tempat di hati rakyat.

NONE"Lebih banyak dia (pembangkang) kritik, lagi tinggi jualan yang dicatat di KR1M jadi saya galakkan dia cemuh lagi," katanya ketika berucap merasmikan Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu Kampung Pulau Serai dan KR1M di Pekan hari ini.

Najib berkata, KR1M kini menjadi pilihan orang ramai untuk berbelanja dan ini terbukti dengan hasil jualan yang dicatatkan di KR1M Pekan yang mencecah RM20,000 sehari sejak ia mula beroperasi sebulan lalu.

Beliau berkata, 85 buah KR1M akan diwujudkan di seluruh negara menjelang hujung tahun ini memandangkan banyak permintaan bagi kedai seperti itu.

"Ke mana saja saya pergi, ramai yang datang dan minta KR1M termasuklah wakil rakyat yang mahukan kedai itu dibina di kawasan mereka," katanya.

NONEPermintaan tinggi itu kata Najib jelas menunjukkan projek bantuan rakyat yang dilaksanakan kerajaan terbukti berkesan dan berjaya sejak dulu lagi.

"Projek seumpama ini bukanlah sesuatu yang kita war-warkan tanpa asas tapi ia adalah realiti yang telah terbukti kejayaannya," kata beliau.

Najib berkata, KR1M Pekan merupakan KR1M yang ke-27 dibuka dan yang terbesar di seluruh negara serta bertaraf kompleks membeli-belah.

- Bernama

- Bernama

Tiada ulasan: