Himpunan anti-murtad di Pulau Pinang hari ini
Himpunan
Pertubuhan Islam (HIMPUN) meneruskan perhimpunan yang ke-4 di Pulau
Pinang pagi ini, bertempat di Dewan Budi Penyayang, Kepala Batas.Sebelum ini, HIMPUN telah mengadakan perhimpunan di Selangor, Perak dan di Negeri Sembilan.
Menurut pihak penganjur, perhimpunan di Pulau Pinang itu adalah untuk memperkasakan Islam, mempertahankan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, menyelamatkan akidah dan mencegah murtad dan homosek.
Orang ramai telah berhimpun di dewan tersebut untuk mengikuti majlis itu yang dijadual berlangsung selama tiga jam - dengan orang lelaki duduk di sebelah kanan dan wanita di sebelah kiri pentas.
Suasana meriah dirasai dengan beberapa gerai menjual makanan dan minuman dan peralatan umat Islam dibuka di luar dewan, di mana golongan belia dilihat bertumpu ke pameran kerjaya dan buku.
Perhimpunan tersebut sepatutnya dirancang menarik lebih 20,000 orang dari seluruh Pulau Pinang dan Kedah. Pada jam 10.30 pagi, sekitar 2,000 orang sudah mengisi dewan tersebut.
Beberapa penceramah termasuk bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Hafiz Noordin (duduk kiri); Presiden, Teras Mohd Azmi Abdul Hamid, timbalan penganjur HIMPUN, Abdullah Zaid berucap kepada para hadirin.
Intipati ucapan mereka tertumpu kepada kebimbangan umat Islam terhadap ancaman murtad, kelemahan iman masyarakat Islam dan usaha untuk mempertahankan Islam.
Datuk Dr Hasan Ali, bekas exco Selangor yang baru-baru ini dipecat dari PAS, adalah penceramah terakhir di majlis tersebut.
Beliau mempertikaikan jumlah hadirin yang dilaporkan oleh Malaysiakini, dengan berkata jumlahnya ialah sekurang-kurangnya 3,000, dengan beberapa ADUN Umno, termasuk ketua pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim.
Beliau turut mengecam media berkenaan yang didakwanya sering memberi gambaran yang salah tentang bilangan peserta di perhimpunan HIMPUN, dengan mengatakan bahawa salah satu perhimpunan yang diadakan di Shah Alam telah dihadiri oleh sekurang-kurangnya 25,000 orang dan bukan 5,000 seperti yang dilaporkan.
Rayuan pembunuh Altantuya ke mahkamah bulan depan
Rayuan
dua pengawal peribadi dalam unit elit polis Malaysia yang dijatuhi
hukuman mati dua tahun sembilan bulan lalu selepas didapati bersalah
terhadap tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada
2006, dijadual ke Mahkamah Rayuan bulan depan.Rayuan itu akan dikemukakan untuk pengurusan kes di mana
mahkamah akan menetapkan tarikh pendengarannya.
Dua pengawal peribadi tersebut ialah Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar (kanan).
Azilah dan Sirul berkhidmat sebagai pengawal peribadi dalam unit polis elit yang diselia oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, yang merupakan timbalan perdana menteri ketika itu.
Ia terus menghantui Najib yang menjadi perdana menteri pada 2009 kerana penulis blog dan wartawan dari Perancis dan negara-negara lain terus mempersoalkan penglibatannya.
Turut dihadapkan ke mahkamah, tetapi kemudiannya dibebaskan tanpa
dipanggil membela diri ialah kekasih Altantuya ketika itu - penganalisis politik, Abdul Razak Baginda - yang juga rakan karib Najib.
Altantuya berusia 28 tahun ketika itu dilaporkan terbabit dalam pembelian dua kapal selam Perancis oleh Malaysia dan pajakan untuk yang ketiganya.
Altantuya dilaporkan menjadi penterjemah dalam pembelian tersebut, yang membabitkan wang pembayar cukai Malaysia sebanyak 1 bilion euro (AS$329.1 bilion mengikut nilai semasa dolar). - Asia Sentinel
Video baru 'Datuk T': Saya tak tahu, kata Najib
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak tahu menahu
mengenai satu video baru yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim.Ditanya dalam sidang media lewat malam ini selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC, Najib juga berkata perkara itu sepatutnya ditanya kepada Datuk T yang membuat dakwaan itu.
"Saya tak tahu, kena tanya dialah, jangan tanya saya," katanya.
Ditanya sekiranya beliau telah menonton video tersebut, Najib juga berkata beliau tidak tahu.
"Saya tak tahu. Saya tak ada makluman... Pasal video (pula) tengah-tengah malam ini," katanya lagi yang ketawa besar.
Semalam, 'Trio Datuk T' yang menayangkan video seks yang mereka dakwa pelakunya adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencabar Anwar membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat".
Dalam laporan muka depan akhbar harian berbahasa Melayu - Utusan Malaysia - salah seorang anggota Trio 'Datuk T, yang juga bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim (kanan), berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.
Shuib berkata beliau sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh seorang lagi anggota trio Datuk T, Datuk Shazryl Ekay Abdullah.
Shuib menambah Anwar perlu segera menyaman Trio Datuk T, termasuk bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, jika mana-mana penganalisis forensik antarabangsa boleh membuktikan bahawa pelaku dalam video seks pertama yang didedahkan Mac lalu, adalah bukan Anwar.
Sementara itu, Bernama melaporkan, bercakap dalam sidang akhbar yang sama, Najib berkata Umno akan menimbang kemungkinan menggerakkan Jawatankuasa Disiplin parti sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 diadakan bagi memantau dan mengambil tindakan lebih awal terhadap mana-mana ahli yang didapati melakukan perbuatan khianat atau curang terhadap parti.
Beliau yang juga presidennya Umno berkata ini merupakan kali pertama Umno melaksanakan langkah tersebut kerana sebelum ini Jawatankuasa Disiplin hanya digerakkan selepas pilihan raya berakhir .
"Ada cadangan jawatankuasa ini digerakkan lebih awal agar ia boleh memerhati dan mengambil tindakan awal jika ada jentera parti yang melanggar peraturan dan etika.
"Dalam setiap pilihan raya memang ada masalah terutamanya dalam parti besar...ini bukan perkara baru. Mesti ada kelakuan yang bertentangan. Mungkin ada yang tak dapat jadi calon tidak puas hati, malah tindakan penyokongnya juga boleh merosakkan parti.
"Jadi eloklah kita ambil tindakan awal pastikan disiplin parti terpelihara,"
katanya .
Perdana Menteri berkata Jawatankuasa Disiplin merupakan satu mekanisme yang sedia wujud dalam parti dan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap sebarang salah laku dalam parti.
"Kita tak nak berlakunya sesuatu selepas pilihan raya kerana kesan sudah berlaku...jadi lebih baik kita bersikap proaktif. Ini mekanisme yang ada pada kita. Kalau ada apa-apa, jawatakuasa yang akan ambil tindakan. Apa-apa tindakan akan ada proses yang adil. Apa-apa aduan akan bawa kepada jawatankuasa," katanya.
Mengenai persiapan parti menghadapi PRU ke-13, Najib berkata jentera parti berada dalam keadaan bersedia namun mengingatkan langkah-langkah berterusan harus ditingkatkan untuk memastikan segala tugas dan arahan yang diberikan dilaksanakan sepenuhnya.
Dalam pada itu, Najib berkata mesyuarat itu turut membincangkan
mengenai keberkesanan perjalanan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di mana ahli parti bersetuju proses penentuan perlu dilakukan untuk memastikan semua yang layak mendapat faedah dan tidak ada yang tertinggal daripada menerima bantuan tersebut.
Menerusi program BR1M, yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 pada Oktober lepas, bantuan kewangan RM500 akan diberikan kepada isi rumah erpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah bagi meringankan beban rakyat berpendapatan rendah.
Beliau berkata mesyuarat turut bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk mengkaji semula perlaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi memastikan pelaksanaannya memberi kepuasan penuh kepada semua pegawai dan kakitangan awam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan