Nafi sahaja tak cukup, Rosmah perlu saman
Muhammad Faizal, | 26 Jan 2012 |
Cabaran itu kali ini dikemukakan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Jingga 13 yang juga mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bertindak menyiasat dakwaan akhbar itu bahawa Rosmah berbelanja lebih RM300,000 di sebuah butik di Australia.
"Sesiapa pun boleh menafikan dan menganggap menjadi mangsa atau ianya adalah merupakan berita karut, liar dan tidak benar, sedangkan tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap segala laporan yang dibuat," kata ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa.
"Bukan sahaja berbelanja mewah tetapi beliau bersama suaminya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga telah menginap di Hotel Darling, Sydney dengan kos RM65,100 semalam, termasuk juga perkhidmatan tempat letak kereta khas untuk limosin beliau," ujar Fariz lagi.
Laporan ke SPRM turut dibuat oleh NGO itu hari ini yang diwakili Mohd Azuan Ab Rahman di Pejabat SPRM Shah Alam dengan memetik laporan di dalam seksyen 'Private Sydney' yang disiarkan akhbar Australia Sydney Morning Herald sebagai bahan bukti.
Sebelum ini beberapa pihak turut mencabar Isteri perdana menteri itu mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Autralia itu jika benar ianya adalah fitnah.
Malah bagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam responya sebelum ini, beliau menganggap penafian dari rosmah itu bukan sesuatu yang pelik malah memang sudah dijangka.
Biarpun penafian dibuat Rosmah, kolumnis Andrew Hornery dalam satu kenyataan balas kemudiannya mempertahan tulisannya dengan mendakwa ianya sah dan benar.
Mahasiswa tawar diri jadi penganjur debat Anwar-Najib
Harakahdaily, | 26 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 26 Jan: Gabungan Mahasiswa Islam
SeMalaysia (Gamis) hari ini menyatakan kesediaan menjadi penganjur
debat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi Majlis Politik Nasional gabungan itu, Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor berkata, debat antara kedua-dua pemimpin itu sangat dinanti oleh rakyat apatah lagi golongan mahasiswa.
"Golongan mahasiswa sangat ternanti-nanti pendirian Datuk Seri Najib berkenaan kesediaan beliau untuk menyertai debat tersebut, Datuk Seri Anwar sudah lama menyatakan hasrat beliau.
"Mahasiswa bersedia untuk menjadi penganjur debat ini," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas kajian yang dikendalikan Merdeka Center terhadap Profesional Melayu yang mahu debat antara kedua pemimpin politik tanah air itu direalisasikan.
Menurut Hafizuddin, selain kaedah terbaik meraikan perbezaan, debat juga ujarnya boleh menjadi medan penilaian bagi masyarakat khususnya anak muda untuk memilih kepimpinan yang akan menerajui tampuk pemerintahan negara kelak.
Melalui beberapa perbincangan dan 'survey' di peringkat kepimpinan mahasiswa yang dijalankan mereka, pengesyoran debat disambut baik di peringkat kampus masing-masing.
Dalam pada itu beliau berharap debat tersebut jika berjaya diadakan, hanya fokus kepada isu-isu kenegaraan yang melibatkan rakyat dan kebajikan rakyat, dan bukan perdebatan berkenaan isu peribadi.
"Justeru, pihak Gamis mengesyorkan agar mahasiswa dapat bersinergi dalam menjayakan budaya ilmiah ini andai kedua-dua pemimpin besar parti (Najib dan Anwar) bersedia untuk berhadapan antara satu sama lain dalam debat politik.
"Kami juga menolak mana-mana idea yang menyatakan idea debat adalah tidak diguna pakai di Malaysia," katanya.
KUALA LUMPUR, 26 Jan: Ekoran kejadian culik dan
tawan selama enam jam terhadap adik Fifi Ramadhani Safruddin di Kampung
Baru Isnin lalu, polis diharap dapat meningkatkan kawalan mereka di
kawasan terbabit.
Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan berkata, kejadian itu mengakibatkan penduduk Kampung Baru mula bimbang dengan keselamatan anggota keluarga mereka.
"Kawasan kediaman seperti Kampung Baru amat terdedah dengan bahaya jenayah memandangkan ianya terletak di pusat bandar Kuala Lumpur dan orang awam mudah akses dengan kawasan tersebut sebagai laluan penting di bandaraya ini.
"Justeru, PAS WP mengharapkan PDRM meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan terbabit dan kawasan sekitar supaya kejadian yang sama tidak berulang," kata ketua penerangannya Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.
Beliau mengulas insiden Isnin lalu di mana seorang lelaki bogel yang menerjah masuk ke rumahnya sebelum mengambil pisau di dapur lalu menangkap dan mengacukan dileher adik Fifi dan ditawan selama enam jam.
Sambil melahirkan simpati kepada keluarga adik Fifi, Suhaimi berkata, apa yang membimbangkan kini apabila para penjenayah seolah-olah sudah hilang rasa takut terhadap pelaksanaan undang-undang sedia ada.
"Kadar jenayah bukan semakin menurun, malah semakin bertambah dari tahun ke tahun, dan ianya berlaku secara amat tragis dan di luar perikemanusiaan. Jenayah pembunuhan, rogol, samun, pecah rumah, culik, ragut dan sebagainya sudah menjadi berita lumrah kepada masyarakat," katanya lagi.
Sehubungan itu beliau turut menasihatkan penduduk setempat agar sentiasa berhati-hati termasuk mengadakan kawalan keselamatan di rumah mereka dan di kawasan kediaman mereka.
MIRI, 26 Jan: PAS Sarawak melahirkan komitmen untuk memastikan negeri Bumi Kenyalang itu tidak lagi menjadi 'fix deposit' kepada BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Tekad itu dizahirkan pada Ijtima Pilihanraya dan Penerangan PAS Sarawak yang buat julung kalinya diadakan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak di sini pada 21 hingga 23 Jan lalu.
Dalam program itu, 150 petugas pilihan raya PAS dari seluruh Sarawak hadir, terdiri dari kawasan Petrajaya, Mukah, Limbang, Bintulu, Sadong Jaya, Batang Lupar, Sarikei, Selangau, Sibu dan Miri.
Program tersebut dirasmikan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang turut membentangkan kertas kerja Pelan Strategik Roadmap PRU-13 .
Selain Husam, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad juga dijemput membentangkan kertas kerja berkaitan Pengalaman PAS di Selangor.
Satu lagi kertas kerja dibentangkan wakil PAS Sabah Haji Shaifuddin berhubung kepentingan penggunaan ICT dan Media Baru berdepan PRU-13.
Selain pembentangan kertas kerja, setiap wakil kawasan dan dewan juga diberi peluang berbahas tentang persiapan pilihan raya.
Sehari sebelum Ijtima tersebut pula, mereka telah mengadakan program mengagihkan kad dan limau sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Program tersebut diadakan di sekitar Pasar Mosjaya Miri dengan diketuai AJK PAS Pusat, Abang Ahmad Kerdee yang juga merangkap Yang Dipertua PAS Batang Lupar.
Kehadiran mereka menerima sambutan positif dari masyarakat sekitar yang rata-rata mahukan perubahan.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 5 surah Ibrahim :
Kita baru sahaja menyambut ketibaan bulan Muharram tahun 1433H yang mengingatkan kita bagaimana kita bukan sahaja menyambut bulan yang baru malah melangkah kepada tahun yang baru. Sempena berada pada bulan Muharram marilah kita sama-sama menghayati beberapa peristiwa besar yang pernah berlaku pada bulan ini termasuk peristiwa Allah menyelamatkan nabi Musa a.s dan para pengikutnya daripada kalangan bani Israel daripada dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya yang dihancurkan dengan tenggelam lemas dalam Laut Merah. Kita juga digalakkan untuk banyak melakukan amalan puasa sunat terutama pada hari Kesembilan dan Kesepuluh atau hari ‘Asyura’ daripada bulan Muharram
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 74 surah al-Anfal :
Setiap kali menyambut kedatangan bulan Muharram maka kita dihidangkan dengan kisah Hijrah nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah tanah air tercinta ke Kota Madinah. Kegagalan dalam meletakkan betapa bernilainya pengajaran Hijraturrasul menyebabkan ia hanya menjadi sambutan tanpa tindakan sewajarnya. Oleh itu kita wajib berusaha dalam memartabatkan nilai hijrah dalam diri, keluarga, masyarakat seterusnya negara barulah kebaikan hijrah dapat dirasai dan membawa nilai yang tinggi dalam membentuk peribadi dan suasana yang hebat. Peristiwa Hijrah mengubah ‘wajah’ sejarah kemanusiaan yang dahulunya hidup bermusuh-musuhan dan berperang sesama sendiri kepada manusia dapat bersatu padu dan bermuafakat. Gambaran kehidupan tidak bermoral masyarakat Arab jahiliah ketika itu diceritakan sendiri oleh Ja’afar bin Abi Talib sewaktu ditanya Raja Habsyah yang menyatakan pada zaman itu mereka adalah bangsa jahiliah yang menyembah berhala, memakan bangkai, mengerjakan perkara keji, memutuskan tali kekeluargaan, merosakkan tata tertib tetangga dan yang kuat menekan yang lemah. Rasulullah s.a.w mengubah suasana itu dengan membawa mereka keluar daripada belenggu jahiliah kepada gaya hidup bermasyarakat, berkerajaan dan bertamadun tinggi. Sejarah kemanusiaan menyaksikan jatuh bangunnya sesebuah bangsa bergantung kepada kekuatan rohani bukannya fizikal. Islam melahirkan personaliti cemerlang dalam sejarah tamadun manusia seperti Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq, Sayyidina Umar Al-Khattab, Sayyidina Uthman bin Affan dan Sayyidina Ali bin Abi Talib
Inilah antara intipati hijrah yang mahu kita suburkan dalam masyarakat kita yang semakin hilang jatidiri sehingga agama dipinggirkan manakala hawa nafsu dijadikan Tuhan. Kesannya begitu dahsyat di mana jika pada zaman jahiliah anak perempuan dibunuh hidup-hidup atas alasan bawa sial sedangkan jahiliah moden membunuh anak lelaki dan perempuan akibat merebaknya zina. Penzinaan menyebabkan dari tahun 2008 hingga 2010 seramai 152 182 orang anak luar nikah dilahirkan mengikut statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Itu belum kira masalah dadah, jenayah yang lain yang semakin merebak ketika Hukum Hudud ditentang oleh umat Islam sendiri daripada dilaksanakan. Kejayaan dan kegagalan kita bergantung pada sejauh mana kita mahu berhijrah kepada keadaan yang lebih baik berasaskan Islam. Nabi Muhammad s.a.w berjaya membina Tamadun hebat kerana melaksana sistem Islam dengan menghancurkan jahiliah sedangkan umat Islam hari Islam mengagungkan jahiliah dengan meninggalkan sistem Islam sehingga merana dan hina di negara sendiri.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Anfal :
Hijrah turut mengajar kita tentang cabaran, ujian, halangan, tentangan yang bakal kita hadapi dalam meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Ramai mana yang gugur syahid, ramai mana yang dipenjara, ramai mana yang dibuang negara semata-mata berjuang pada jalan Allah. Hijrah turut menyingkap bagaimana pemilihan Madinah sebagai tempat hijrah dan berdirinya Daulah Islamiah bukan secara kebetulan malah penuh perancangan. Antaranya Madinah merupakan negara strategik kerana subur dengan pertanian sedangkan Mekah banyak bergantung pada perdagangan. Madinah berada di tengah-tengah laluan perniagaan antarabangsa sehingga mampu memberi tekanan kepada kafir Quraisy yang terpaksa melalui Madinah sekiranya mahu berniaga. Madinah juga mempunyai sistem pertahanan yang kukuh yang mampu menjamin keselamatan. Ciri-ciri ini mesti kita perkasakan dalam negara kita supaya kita mampu maju ke hadapan bukannya terpaksa bergantung pada negara luar dalam setiap keperluan. Kita mesti rasa sedih bila bumi kita subur untuk pertanian tetapi masih banyak bergantung pada negara lain untuk hidup seperti banjir besar yang melanda Thailand baru-baru ini menyebabkan bekalan sayur, buah-buahan, beras, lembu berkurangan dalam negara sehingga harga melambung tinggi. Begitu juga sistem pertahanan kita yang masih bergantung pada sistem luar sehingga membuka masalah rasuah dan pecah amanah dalam pembelian senjata. Itu belum diambil kira tentang betapa amanahnya kepimpinan nabi dan para sahabat dalam mentadbir negara berasaskan Islam sehingga daripada sebuah kerajaan kecil akhirnya berjaya menumbangkan Empayar Rom Kristian dan Empayar Parsi Majusi seterusnya menguasai Empayar Hindu India dan Empayar Budha China. Sebaliknya negara kita terpaksa menjemput Yahudi untuk mentadbir negara dengan bayaran mahal ketika rakyat terpaksa mengikat perut akibat kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin tinggi. Kepimpinan nabi dan para sahabat sentiasa membuka ruang untuk menerima teguran dan krtikan membina sedangkan kempimpinan kita bukan sahaja tidak mengendah penyelewengan dan pecah amanah yang merugikan berbilion duit rakyat malah berusaha mengekang suara rakyat dengan undang-undang yang mundur ke belakang. Kegagalan kita untuk berhijrah dari segi kepimpinan menyebabkan kita bakal menanggung risiko negara muflis ditambah dengan masalah sosial dan jenayah yang semakin tinggi. Berhijrah dan berjaya atau duduk ditakuk lama dan terus hina dan merana.
Hayatilah makna sebenar hijrah untuk berjaya dunia dan akhirat:
Pengerusi Majlis Politik Nasional gabungan itu, Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor berkata, debat antara kedua-dua pemimpin itu sangat dinanti oleh rakyat apatah lagi golongan mahasiswa.
"Golongan mahasiswa sangat ternanti-nanti pendirian Datuk Seri Najib berkenaan kesediaan beliau untuk menyertai debat tersebut, Datuk Seri Anwar sudah lama menyatakan hasrat beliau.
"Mahasiswa bersedia untuk menjadi penganjur debat ini," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas kajian yang dikendalikan Merdeka Center terhadap Profesional Melayu yang mahu debat antara kedua pemimpin politik tanah air itu direalisasikan.
Menurut Hafizuddin, selain kaedah terbaik meraikan perbezaan, debat juga ujarnya boleh menjadi medan penilaian bagi masyarakat khususnya anak muda untuk memilih kepimpinan yang akan menerajui tampuk pemerintahan negara kelak.
Melalui beberapa perbincangan dan 'survey' di peringkat kepimpinan mahasiswa yang dijalankan mereka, pengesyoran debat disambut baik di peringkat kampus masing-masing.
Dalam pada itu beliau berharap debat tersebut jika berjaya diadakan, hanya fokus kepada isu-isu kenegaraan yang melibatkan rakyat dan kebajikan rakyat, dan bukan perdebatan berkenaan isu peribadi.
"Justeru, pihak Gamis mengesyorkan agar mahasiswa dapat bersinergi dalam menjayakan budaya ilmiah ini andai kedua-dua pemimpin besar parti (Najib dan Anwar) bersedia untuk berhadapan antara satu sama lain dalam debat politik.
"Kami juga menolak mana-mana idea yang menyatakan idea debat adalah tidak diguna pakai di Malaysia," katanya.
Kes adik Fifi: Polis diharap tingkat kawalan keselamatan
Harakahdaily, | 26 Jan 2012 |
Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan berkata, kejadian itu mengakibatkan penduduk Kampung Baru mula bimbang dengan keselamatan anggota keluarga mereka.
"Kawasan kediaman seperti Kampung Baru amat terdedah dengan bahaya jenayah memandangkan ianya terletak di pusat bandar Kuala Lumpur dan orang awam mudah akses dengan kawasan tersebut sebagai laluan penting di bandaraya ini.
"Justeru, PAS WP mengharapkan PDRM meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan terbabit dan kawasan sekitar supaya kejadian yang sama tidak berulang," kata ketua penerangannya Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.
Beliau mengulas insiden Isnin lalu di mana seorang lelaki bogel yang menerjah masuk ke rumahnya sebelum mengambil pisau di dapur lalu menangkap dan mengacukan dileher adik Fifi dan ditawan selama enam jam.
Sambil melahirkan simpati kepada keluarga adik Fifi, Suhaimi berkata, apa yang membimbangkan kini apabila para penjenayah seolah-olah sudah hilang rasa takut terhadap pelaksanaan undang-undang sedia ada.
"Kadar jenayah bukan semakin menurun, malah semakin bertambah dari tahun ke tahun, dan ianya berlaku secara amat tragis dan di luar perikemanusiaan. Jenayah pembunuhan, rogol, samun, pecah rumah, culik, ragut dan sebagainya sudah menjadi berita lumrah kepada masyarakat," katanya lagi.
Sehubungan itu beliau turut menasihatkan penduduk setempat agar sentiasa berhati-hati termasuk mengadakan kawalan keselamatan di rumah mereka dan di kawasan kediaman mereka.
PAS mahu pecahkan tradisi Sarawak "fix deposit" BN
Harakahdaily, | 26 Jan 2012 |
MIRI, 26 Jan: PAS Sarawak melahirkan komitmen untuk memastikan negeri Bumi Kenyalang itu tidak lagi menjadi 'fix deposit' kepada BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Tekad itu dizahirkan pada Ijtima Pilihanraya dan Penerangan PAS Sarawak yang buat julung kalinya diadakan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak di sini pada 21 hingga 23 Jan lalu.
Dalam program itu, 150 petugas pilihan raya PAS dari seluruh Sarawak hadir, terdiri dari kawasan Petrajaya, Mukah, Limbang, Bintulu, Sadong Jaya, Batang Lupar, Sarikei, Selangau, Sibu dan Miri.
Program tersebut dirasmikan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang turut membentangkan kertas kerja Pelan Strategik Roadmap PRU-13 .
Selain Husam, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad juga dijemput membentangkan kertas kerja berkaitan Pengalaman PAS di Selangor.
Satu lagi kertas kerja dibentangkan wakil PAS Sabah Haji Shaifuddin berhubung kepentingan penggunaan ICT dan Media Baru berdepan PRU-13.
Selain pembentangan kertas kerja, setiap wakil kawasan dan dewan juga diberi peluang berbahas tentang persiapan pilihan raya.
Sehari sebelum Ijtima tersebut pula, mereka telah mengadakan program mengagihkan kad dan limau sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Program tersebut diadakan di sekitar Pasar Mosjaya Miri dengan diketuai AJK PAS Pusat, Abang Ahmad Kerdee yang juga merangkap Yang Dipertua PAS Batang Lupar.
Kehadiran mereka menerima sambutan positif dari masyarakat sekitar yang rata-rata mahukan perubahan.
Hijrah diri daulah perangi jahiliah
http://ekhutbah.wordpress.com/, | 08 Dis 2011 |
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ
رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ
كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ
وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ
صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
…أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ
وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah !
Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan
Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 5 surah Ibrahim :
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا
مُوسَىٰ بِآيَاتِنَا أَنْ أَخْرِجْ قَوْمَكَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى
النُّورِ وَذَكِّرْهُم بِأَيَّامِ اللَّـهِ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ
لِّكُلِّ صَبَّارٍ شَكُورٍ
Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami
telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa
mukjizat-mukjizat Kami sambil Kami berfirman: “Hendaklah engkau
mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman; dan
ingatkanlah mereka dengan Hari-hari Allah. “Sesungguhnya yang demikian
itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi
tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukurKita baru sahaja menyambut ketibaan bulan Muharram tahun 1433H yang mengingatkan kita bagaimana kita bukan sahaja menyambut bulan yang baru malah melangkah kepada tahun yang baru. Sempena berada pada bulan Muharram marilah kita sama-sama menghayati beberapa peristiwa besar yang pernah berlaku pada bulan ini termasuk peristiwa Allah menyelamatkan nabi Musa a.s dan para pengikutnya daripada kalangan bani Israel daripada dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya yang dihancurkan dengan tenggelam lemas dalam Laut Merah. Kita juga digalakkan untuk banyak melakukan amalan puasa sunat terutama pada hari Kesembilan dan Kesepuluh atau hari ‘Asyura’ daripada bulan Muharram
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ
اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ فَرَأَى الْيَهُودَ تَصُومُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ
فَقَالَ مَا هَذَا ؟ قَالُوا : هَذَا يَوْمٌ صَالِحٌ ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى
اللَّهُ بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَهُ مُوسَى، قَالَ
فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ -
رواه البخاري
Maksudnya : Apabila Rasulullah S.A.W
tiba di Madinah maka baginda telah melihat orang yahudi berpuasa pada
hari kesepuluh (Muharram) maka baginda bertanya: Apakah ini?. Maka jawab
mereka : Ini merupakan hari yang baik di mana pada hari inilah Allah
SWT menyelamatkan bani Israel daripada musuh mereka maka nabi Musa
berpuasa pada hari ini. Maka sabda baginda S.A.W : Maka aku lebih layak
dengan nabi Musa daripada kamu maka baginda berpuasa pada hari ini. Dan
baginda menyuruh untuk berpuasa pada hari ini
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” ثَلَاثٌ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ،
وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ ، فَهَذَا صِيَامُ الدَّهْرِ كُلِّهِ ،
صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ
السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ ، وَصِيَامُ
يَوْمِ عَاشُورَاءَ ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ
الَّتِي قَبْلَهُ ” - رواه مسلم
Maksudnya : Puasa 3 dari setiap
bulan sejak dari Ramadan ke Ramadan berikutnya dianggap berpuasa setahun
penuh. Sedangkan puasa hari Arafah pahalanya di sisi Allah akan
menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya. Adapun
puasa hari Asyura, pahalanya di sisi Allah dapat menghapuskan dosa
setahun sebelumnyaSidang Jumaat yang berkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 74 surah al-Anfal :
وَالَّذِينَ آمَنُوا
وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَالَّذِينَ آوَوا
وَّنَصَرُوا أُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَّهُم
مَّغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
Maksudnya : Dan mereka yang beriman
dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi
tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang
benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang
muliaSetiap kali menyambut kedatangan bulan Muharram maka kita dihidangkan dengan kisah Hijrah nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah tanah air tercinta ke Kota Madinah. Kegagalan dalam meletakkan betapa bernilainya pengajaran Hijraturrasul menyebabkan ia hanya menjadi sambutan tanpa tindakan sewajarnya. Oleh itu kita wajib berusaha dalam memartabatkan nilai hijrah dalam diri, keluarga, masyarakat seterusnya negara barulah kebaikan hijrah dapat dirasai dan membawa nilai yang tinggi dalam membentuk peribadi dan suasana yang hebat. Peristiwa Hijrah mengubah ‘wajah’ sejarah kemanusiaan yang dahulunya hidup bermusuh-musuhan dan berperang sesama sendiri kepada manusia dapat bersatu padu dan bermuafakat. Gambaran kehidupan tidak bermoral masyarakat Arab jahiliah ketika itu diceritakan sendiri oleh Ja’afar bin Abi Talib sewaktu ditanya Raja Habsyah yang menyatakan pada zaman itu mereka adalah bangsa jahiliah yang menyembah berhala, memakan bangkai, mengerjakan perkara keji, memutuskan tali kekeluargaan, merosakkan tata tertib tetangga dan yang kuat menekan yang lemah. Rasulullah s.a.w mengubah suasana itu dengan membawa mereka keluar daripada belenggu jahiliah kepada gaya hidup bermasyarakat, berkerajaan dan bertamadun tinggi. Sejarah kemanusiaan menyaksikan jatuh bangunnya sesebuah bangsa bergantung kepada kekuatan rohani bukannya fizikal. Islam melahirkan personaliti cemerlang dalam sejarah tamadun manusia seperti Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq, Sayyidina Umar Al-Khattab, Sayyidina Uthman bin Affan dan Sayyidina Ali bin Abi Talib
Inilah antara intipati hijrah yang mahu kita suburkan dalam masyarakat kita yang semakin hilang jatidiri sehingga agama dipinggirkan manakala hawa nafsu dijadikan Tuhan. Kesannya begitu dahsyat di mana jika pada zaman jahiliah anak perempuan dibunuh hidup-hidup atas alasan bawa sial sedangkan jahiliah moden membunuh anak lelaki dan perempuan akibat merebaknya zina. Penzinaan menyebabkan dari tahun 2008 hingga 2010 seramai 152 182 orang anak luar nikah dilahirkan mengikut statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Itu belum kira masalah dadah, jenayah yang lain yang semakin merebak ketika Hukum Hudud ditentang oleh umat Islam sendiri daripada dilaksanakan. Kejayaan dan kegagalan kita bergantung pada sejauh mana kita mahu berhijrah kepada keadaan yang lebih baik berasaskan Islam. Nabi Muhammad s.a.w berjaya membina Tamadun hebat kerana melaksana sistem Islam dengan menghancurkan jahiliah sedangkan umat Islam hari Islam mengagungkan jahiliah dengan meninggalkan sistem Islam sehingga merana dan hina di negara sendiri.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Anfal :
وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ
الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ ۚ
وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّـهُ ۖ وَاللَّـهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
Maksudnya : Dan ingatlah (wahai
Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Mekah) menjalankan tipu
daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu.
Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka),
kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu dayaHijrah turut mengajar kita tentang cabaran, ujian, halangan, tentangan yang bakal kita hadapi dalam meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Ramai mana yang gugur syahid, ramai mana yang dipenjara, ramai mana yang dibuang negara semata-mata berjuang pada jalan Allah. Hijrah turut menyingkap bagaimana pemilihan Madinah sebagai tempat hijrah dan berdirinya Daulah Islamiah bukan secara kebetulan malah penuh perancangan. Antaranya Madinah merupakan negara strategik kerana subur dengan pertanian sedangkan Mekah banyak bergantung pada perdagangan. Madinah berada di tengah-tengah laluan perniagaan antarabangsa sehingga mampu memberi tekanan kepada kafir Quraisy yang terpaksa melalui Madinah sekiranya mahu berniaga. Madinah juga mempunyai sistem pertahanan yang kukuh yang mampu menjamin keselamatan. Ciri-ciri ini mesti kita perkasakan dalam negara kita supaya kita mampu maju ke hadapan bukannya terpaksa bergantung pada negara luar dalam setiap keperluan. Kita mesti rasa sedih bila bumi kita subur untuk pertanian tetapi masih banyak bergantung pada negara lain untuk hidup seperti banjir besar yang melanda Thailand baru-baru ini menyebabkan bekalan sayur, buah-buahan, beras, lembu berkurangan dalam negara sehingga harga melambung tinggi. Begitu juga sistem pertahanan kita yang masih bergantung pada sistem luar sehingga membuka masalah rasuah dan pecah amanah dalam pembelian senjata. Itu belum diambil kira tentang betapa amanahnya kepimpinan nabi dan para sahabat dalam mentadbir negara berasaskan Islam sehingga daripada sebuah kerajaan kecil akhirnya berjaya menumbangkan Empayar Rom Kristian dan Empayar Parsi Majusi seterusnya menguasai Empayar Hindu India dan Empayar Budha China. Sebaliknya negara kita terpaksa menjemput Yahudi untuk mentadbir negara dengan bayaran mahal ketika rakyat terpaksa mengikat perut akibat kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin tinggi. Kepimpinan nabi dan para sahabat sentiasa membuka ruang untuk menerima teguran dan krtikan membina sedangkan kempimpinan kita bukan sahaja tidak mengendah penyelewengan dan pecah amanah yang merugikan berbilion duit rakyat malah berusaha mengekang suara rakyat dengan undang-undang yang mundur ke belakang. Kegagalan kita untuk berhijrah dari segi kepimpinan menyebabkan kita bakal menanggung risiko negara muflis ditambah dengan masalah sosial dan jenayah yang semakin tinggi. Berhijrah dan berjaya atau duduk ditakuk lama dan terus hina dan merana.
Hayatilah makna sebenar hijrah untuk berjaya dunia dan akhirat:
قال الرسول e : المُسْلِمُ
مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالمُهَاجِرُ مَنْ
هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ – رواه البخاري وأبو دأود والنسائي
Maksudnya: Seorang muslim ialah
orang yang menyelamatkan saudaranya muslim yang lain melalui lidah dan
tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah
daripada perkara yang ditegah oleh Allah daripadanya
بَارَكَ اللهُ لِيْ
وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ
مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ
تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ
العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ
وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ
المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan