Isnin, 9 Januari 2012

DIPECAT DAH TAKDIR..JANGAN SALAH ORANG..DIPECAT TAK DE DISPILIN..MUNGKIR JANJI DAN TAK IKUT ARAHAN PIMPINAN..SEDARLAH KITA BUKAN ULAMAK@HEBAT SANGAT

Hasan Ali: Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim
"Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim," kata bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Mohamed Ali malam semalam.

Mengulas pemecatannya sebagai anggota PAS berkuatkuasa semalam itu, Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor berkata segala komen yang diutarakannya adalah membabitkan isu peribadi Ketua Pembangkang itu kerana tidak mahu rakyat terjebak dalam pemainan politik Anwar.

NONE"Saya tidak mahu beliau (Anwar) mengheret rakyat menjunjung perjuangannya yang saya rasa amat kotor, ini yang saya perjuangkan.

"Saya tidak sanggup hadir menyokong Anwar esok, saya antara orang PAS yang tidak sanggup membuat justifikasi mengapa Anwar harus jadi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita di kediamannya di Damansara.

Turut hadir bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Ibrahim Ali.

Hasan berkata beliau akan membuat sidang media minggu ini bagi menjelaskan secara terperinci mengenai perjuangannya itu.

Hasan berkata Anwar, yang juga Penasihat PKR, tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana mempunyai latar belakang 'meragukan' dan berpendapat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Murshidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat lebih layak memegang jawatan itu.

"Saya paling tidak seronok bila ada desakan daripada Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) untuk pecat saya. Macam mana orang PAS boleh ditunjuk sedemikian rupa.

Azmin Ali PC after meeting w police"Apa hak Azmin mahu campuri rumahtangga PAS. Apapun terjadi, saya dipecat, digugur atau apa sekalipun, saya akan berjuang demi Islam, institusi Raja dan demi bangsa Melayu di negara ini," katanya.

Beliau berkata perjuangan itulah yang cuba dibawanya dalam PAS, namun usaha tersebut tidak dihargai, tidak ditunjuk jalan dan disekat PAS sendiri.

Sementara itu, Nasharudin berkata kehadirannya malam semalam sebagai menyatakan sokongan peribadi kepada Hasan, yang sentiasa komited memperjuangkan syiar Islam walaupun berdepan pelbagai cabaran dan dugaan.

"Tindakan pimpinan PAS Pusat memecat Hasan merupakan satu tindakan drastik tanpa memberi peluang kepada beliau untuk memberi penjelasan.

toll hike protest forum 271206 nasharuddin mat isa"Saya sebagai anggota Majlis Syura Ulama PAS ingin menyatakan ruang masih ada untuk beliau berkhidmat kepada parti dengan mengemukakan rayuan pemecatan beliau dalam tempoh 30 hari kepada majlis ini," katanya.

Nasharudin juga berharap tidak timbul polemik di kalangan anggota PAS yang menganggap orang yang menyatakan pendapat dalam media proUmno ingin menjadi anggota Umno.

"Saya harap politik kita lebih matang daripada itu, mesej perjuangan kita harus dikukuhkan agar Islam sentiasa berada di hati kita," katanya.

Ibrahim pula berkata beliau hadir atas dasar ingin menyatakan sokongan terhadap perjuangan Hasan menegakkan Islam di negara ini.

"Tindakan memecat Hasan sepatutnya tidak terjadi dalam sebuah parti yang memperjuangkan Islam, parti Islam perlu ada perbincangan dan rundingannya. Ini bukan isu kecil, ini melibatkan prinsip," katanya.

- Bernama


ADA SIFAT MALU...NI SALAH SATU SIFAT RASULLULLAH SAW...

2.MASA BELAJAR...SAYA YANG BODOH INI..USTAZ KATA'NIAT HANYA UNTUK ALLAH SAJA..BUKAN 2 ATAU 3 ITU ADA UNSUR SYIRIK...ALLAH TAK BOLEH SYER2 DAN DISYARIKATKAN...

3.BILA DAH UNTUK ALLAH@ISLAM...MAKA SEMUANYA MASUK@TERANGKAT
  • Jutawanabadi Abadi · Pengulas Tertinggi
    Ustaz haji hadi dan pemimpin pas lain bukan bodoh dlm membuat sesuatu keputusan. hasaan ali je yg angkuh dan sombong...... Alhamdulillah beliau dipecat..... ! Baru involved dlm politik dah rasa diri tu bagus sgt..... Amik kau.... ! boleh blahhhhhhh.
    • Lalaili Lamtai · Pengulas Tertinggi · UiTM Shah Alam
      Isy...isy...bila dah masuk TV... sikap perjuangan PAS, kemesraan sesama pemimpin PAS, syura jemaah, sikap permusuhan dgn musuh tegar (Umno) dan....Tutup Kepala...kopiah jadi HILANG... maka mulalah percakapan bertentangan dengan kebajikan jemaah... mulalah kepala senget ke Umno spt YB Kulim BBaru hingga dpt Datuk!..:(
    • Mohd Azman Abubakar · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Rumah sakit
      saya memang kenal Hasan Ali masa aktif dalam motivasi, memboringkan, lagak pandai, putar2 perkataannya. ia mememang musuh dalam selimiut. Shukurlah Ustaz hadi dan alim ulamak PAS buang Hasan Ali, 100% sokong. Cakap macam belajar ugama terhibat
    • Mohd Shah · Stanford University
      selamat mencacai hassan ali yg gila kuasa..
  • Shahrul Zakaria · · Pengulas Tertinggi
    Hassan Ali patut bersyukur dipecat kerana dia kini boleh fokus kepada perjuagangan peribadinya, boleh melawat semua kawasan pilihanraya untuk ceramah prinsipnya, tak terikat lagi dengan selangor, tahniah Hassan Ali, anda bebas sebebasnya.... kehadiran penyokong x sampai 100 pun yang hadir jadi kitaboleh jangka brp org je yg sbnrnya sudi mendengar Hassan Ali utk bercakap besar lagi...
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      'Beliau (hasan) berkata perjuangan itulah yang cuba dibawanya dalam PAS, namun usaha tersebut tidak dihargai, tidak ditunjuk jalan dan disekat PAS sendiri.' Datuk hasan ali, klau berjuang dlm jama'ah kenalah ikut jama'ah, jgn la diikutkan kpala kita seorang. Ma'afla sekiranya saya berkasar, tapi itulah hakikatnya. Mana ada, dlm satu jama'ah, masing2 berjuang ikut acuan/kehendak sendiri. Ini bukan jama'ah, bahkan 'mufaraqah' (perpecahan). PAS x pernah menghalang ahlinya berjuang & memberi sumbangan terhadap parti, tapi perjuangan & sumbangan itu mestilah selaras dgn kehendak & apa yg diputuskan parti. Datuk jgn menyalahkan ssiapa kecuali diri datuk sendiri, krn datuk dah byk kali melanggar disiplin parti, tapi di'sabari' olem pimpinan PAS selama ini. Datuk telah byk kali menghiris hati pimpinan PAS dgn tindakan datuk selama ini. Diharap Datuk muhasabah kata2 saya ini betul ataupun x. Apapun, selamat berjuang dgn cara datuk sendiri setelah dipecat oleh PAS...
    • Mohd Zaki · Pengulas Tertinggi
      bagus gak dia kna pecat...kurang ckt beban pas..x payah nk pening2 kpla smpi x bleh tido mlm nk mikirkn masalah dia sorang ni
    • Adi Ali · Pengulas Tertinggi · University of Massachusetts Amherst
      BOLEH LA DR HASSAN JADI PRESIDEN PERKASA LEPAS NIEEEE ...
    • Ahmad Yusof · Top Commenter · Smk ibrahim fikri
      Wan Adib Wan Roslan betol2 sya setuju..
      pedih yg amat sgt atas apa yg DR Hassan ni laku kan (membelakangkan jemaah) sdh ok skrg so kita lagat DR seterus nya
    • Shahrul Zakaria · · Top Commenter
      Adi Ali semua yang nama ALI gi situ semua..senang!! Ali Rustam, Ibrahim Ali dan Hassan Ali...Adi Ali skali la join...
    • Abdul Jalil Mohd Shah · Top Commenter · Puchong
      Adi Ali : ya kan.. dengar pun presiden dia asyik sakit sakit selalu...
    • Nor Wahid · · Top Commenter · Works at ISC
      Seorang yang kuat pegangan ugamanya tidak akan mengeluarkan kata-kata seperti ini "Hasan berkata Anwar, yang juga Penasihat PKR, tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana mempunyai latar belakang 'meragukan'" selagi ianya tidak dibuktikan dan tidak di bicarakan dengan cara Islam (Liwat dan Zina) dan juga tidak boleh menuduh DSAI kerana pemecatannya. Saya percaya pemecatannya lebih kepada statement dan keyataan serta tindakannya yang selalu membelakangi majlis Syura dan kepimpinan tertinggi Parti. Lagi satu persoalan yang besar jugak, kenapa masa temubual di kediamannya ni Nasha dan Berahim ada sekali? Nampaknya tak lama lagi seorang lagi pemimpin kanan Pas yang akan mengikuti jejak Datuk Hasan Ali ni. Kalau ya Bravooo dan syabas pada pimpinan tertinggi Pas. Jangan dok simpan lama-lama nyamuk dalam kelabu. Kalau tak mengigit pun bingit bunyi kat telinga...
    • Idzham Iqbal
      Wan Adib Wan Roslan kalu dah jemaah terpesong. APa yg hassan ali ckp tu semua nye betul ape. Nk ikut lagi.Nk ikut ckp DAP.Ape cerita..lu pikir la sebelum ckp....
    • Takmau Bn · Kuala Lumpur, Malaysia
      Hassan Ali ???? Apa Klass mamat jawa gila glamour tuuuu??? biar dia mampos... dia ingat dia pandai sangat... budak kecik pun tahu dia bercakap ikut rentak UMNGOK
    • Mohd Noh Karim · Top Commenter · Sultan Ibrahim School
      Adi Ali dah bergadoh pulak nanti dengan berahim katak nak berebut jadi ketua KATAK hu hu hu huuuuuuuu
    • Chili Kim Ball · Top Commenter · Seton Hall University
      Adi Ali : bahlol la dr hassan ali ni.kalau dah tak suka kat PKR pn jgn la smpai kutuk peribadi org teraniaya, hina peribadi org, hasut supaya membenci org.dr hasan, xbek hina2 org tau,xsuka5x..dr hasan dlm pas, kena ikut la perlembagaan parti,.pakatan rakyat adalah parti campuran pas, pkr dan dap.dah dr hasan perlekeh anwar memang silap tarikh kot..kang dh kena pecat, dulu xmau blah cepat2...
    • Save Milky Way · Top Commenter
      bagus jgk dipecat. boleh join ibrahim ali main lompat2
    • Joharii Awang · Top Commenter
      Kami jemput si hassan bingai ni mai parit buntar....kami nak dia sujud kpd kami...kerna dia selama ini sejak jadi MP kami dulu....kami sanjung dia.....cis....begini rupanya kau hassan....gunting dalam lipatan.... boingkak, takbur dan sombong!Jangan sampai kami cop kamu, cerdik tak boleh diikut.....
    • Yusop Lawi Yusop · Top Commenter
      Adi Ali Dia jadi setiausaha pun bolehlah.
    • Andi Hakim Reformasi · Top Commenter · 21 years old
      Teruskan perjuangan, Hassan Ali.. masuk umngok & perkakas. Kutuk Anwar Ibrahim & PAS.. Lpas tu, ko akan dilantik sbg senator :D
    • Hashim Haron
      Wan Adib Wan Roslan : Ini lah yg saya tak berkenan dg pakar motivasi , dah terbukti sekarang ... cakap tak serupa bikin ... mereka memerah otak mencari ayat2 power dijadikan sebagai produk jualan mereka semata2 untuk duit , menyuruh peserta apply apa yg diajarkan ... sedangkan mereka sendiri hanyalah burung kakak tua yg pandai bercakap tapi tak faham apa yg dicakapkan. Dato' Hasan Ali , kemana hilangnya ilmu motivasi dato' ??? Bila lagi nak apply untuk sendiri ??? apakah ianya telah reput di mamah keegoan...???
    • Shahrul Zakaria · · Top Commenter
      Yusop Lawi Yusop Tambah sorg lgi... Ummi Hafilda Ali...
    • Abdul Rahman Mokhtar · Top Commenter · Uitm
      Summer camp untuk budak sekolah
    • Mazlan Ab Rahman · Top Commenter · Kota Bharu
      Wan Adib Wan Roslan BETUL TU..DALAM MEETING BERSAMA LEPAS METING MELETING TAK TENTU PASAL DAN MENGKRITIK PULA..PEMIMPIN APA NI..KATA CAKAP PASAL ISLAM..SEBENARNYA SHOK SENDIRI..
    • Nurul Azizan · Top Commenter
      Adi Ali hahaha...harap2 jd la kan. Dia kan nakkan jawatan president sgt..ha amik ko anak ali.
    • Shalehah Bt Ishak Shalehah · Top Commenter · Smk sultanah asma
      Adi Ali yg tu yg ditunggu2.
  • Grandlivina Miormila · Top Commenter · Institut kejuruteraan tentera darat
    angkuh dan sombung, nak memperjuangkan agama allah misti ramai ramai , kalau sorang sorang siapa pun tak pandang, PAS dah ada beratus ribu pengikut memperjuangkan ISLAM tapi ada kah UMNO endah , hingga 54 tahun memerintah tapi hukum islam tak terlaksana, takziah patut dah lama buang orang macam ni.
    • Meor Amran · Top Commenter
      dia adun gombak setia, tempat saya tinggal. kalau datang majlis program yang dijemput atau majlis sendiri, mesti lewat sejam dua. mula2 memang orang beri muka lagi tapi bila dah 4 tahun pegang kuasa masih buat perkara yang sama, rakyat pun naik muak. baguslah kena pecat, semoga dapat berfikir dan guna 'PhD' beliau tu untuk bermuhasabah diri. kalau tak boleh, elok campak sijil2 ke dalam sungai gombak tu
    • Hamzah Mohammad · Top Commenter · University of Malaya
      Meor Amran Ha, ha, ha. Setuju, setuju. Takbir! Saya tinggal di Taman Setia.
    • Mohd Zaki · Top Commenter
      phD menda klo cmni
    • Datuk Haji AMir Mansor · Top Commenter · SRK Taman Dato Harun
      Meor Amran: Sy sokong tuduhan awak tuh.. sy juga pernah antar anak sy ke kem motivasi beliau. dia lewat hampir 2 jam.. datang terus ceramah dan tidak mintak maaf.. egonya.. panas nya hati orang yg menunggu nih...
    • Datuk Haji AMir Mansor · Top Commenter · SRK Taman Dato Harun
      ada satu kes.. dia datang opis sy utk ceramah kt pegawai2 tinggi.. tapi sbb ramai pegawai2 tinggi tak hadir.. last minute kami jadi pengganti.. jadi kami lewat masuk.. dia terus sound kami.. kata kami datang dari JAKARTA ker..
    • Datuk Haji AMir Mansor · Top Commenter · SRK Taman Dato Harun
      Hassan Ali ini bukan dipecat sbb ANWAR.. org pekak dan bisu pun tahu.. dia dipecat kerana tidak faham isu Anwar... isu anwar adalah isu keadilan. bukan anwar peliwat atau bukan .. tapi perjalanan kehakiman beliau amat diragui... ada faham...
  • Arif Nasiruddin · Top Commenter · High school musical
    Tunggu penjelasan lambat...sama juga pecat terus, kemudian orang yang kena pecat tu buat rayuan, kalau dia ingin memperjuangkan Islam melalui PAS atau masih sayangkan PAS. Tapi jangan pula sayangkan PAS, sayang juga UMNO, tergedik-gedik dalam media UMNO komen PAS...Kalau boleh pecat lagi 2, 3 orang...
    • Ahmad Yusof · Top Commenter · Smk ibrahim fikri
      molek2 check sorang dua lgi buat gu dgn Dr sombong nih
    • Chin Mui Ha · Top Commenter
      Pemimpin Risis tiada tempat dalam Politik,hanya tahu menyalak api perkauman,kita sekaluarga yg masing2 berlainan ajaran agama harus ada tolong menolong antara satu sama lain,kerana ramai Islam kawin anak2 kafir dan begitu juga kafir masuk islam kerana kawin anak2 islam dalam kekeluargan harus ada tolong menolong bukannya di tuduh Murtad.
  • Rizal NuRiz'ss · Top Commenter · Kota Kinabalu
    Kenapa bekas pemimpin PAS ini perangai mcm umno..patut la kena pecat.
  • Musang Berjanggut · Top Commenter · Selangor, Selangor, Malaysia
    DR HASSAN... BERSYUKURLAH KEPADA ALLAH, kerana Allah telah menyelamatkan tuan daripada sebuah parti yang sanggup bekerjasama dengan SYIAH LAKNATULLAH untuk berkuasa, sebuah parti yang menggunakan memperjuangkan Islam dan kemudian bekerjasama dengan musuh2 Islam untuk menghancurkan Islam di Malaysia ini.... Bersyukurlah tuan kerana Allah menyelamatkan tuan daripada sebuah parti yang menjadikan Khomaini Laknatullah sebagai idolanya..... Sesungguhnya Allah telah menyelamatkan tuan dan tuan jangan sekali2 kembali ke parti PAS... percayalah tuan.... PAS satu hari nanti akan membunuh orang2 sunni di Malaysia ini setelah mendapat kuasa.... kerana itulah agenda pemimpin tertingginya MAt Sabu yang juga pro Syiah dan Iran dan terang2 menjadikan Khomaini sebagai idolanya ....
    • Azizan Abu Bakar · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      Renungan buat kita :

      Antara perkara yang penting untuk dibezakan ialah ungkapan ‘izin’ dan ‘redha’. Kedua-dua perkataan ini berasal dari bahasa Arab. Apa yang kita izinkan bukan semestinya kita redha. Juga apa yang kita redha bukan semestinya kita izinkan. Juga mungkin apa yang kita izinkan itu kita redha, atau sebaliknya juga mungkin apa yang kita redha maka kita izinkan. Mengizinkan bermaksud membolehkan sesuatu itu berlaku (lihat: al-Kafawi, al-Kulliyyat, 72, Beirut: Muassasah al-Risalah). Sementara redha bermaksud suka atau kasih kepada sesuatu. Disebut al-Mahabbah wa al-Ridha atau cinta dan redha (ibid 76).

      Kita mungkin memberikan kebenaran atau memboleh sesuatu yang di bawah penguasaan kita berlaku dalam keadaan redha ataupun tidak redha. Apa yang kita izinkan bukanlah semestinya kita redha atau suka. Umpamanya jika sese...See More
  • Shafawi Alwi
    pecat aje kedua-dua sekali. tak pandai hidup berjemaah.berjuang hanya utk diri sendiri tanpa memikirkan jemaah lain dalam parti. kalau kedua duanya ikhlas berjuang kerana mencari redha allah pasti mereka akan kekal menyokong pas selepas dipecat. Pas akan akan terus dengan perjuangannya walaupun ahlinya keluar dan masuk. sejarah telah membuktikan presiden pas pernah keluar parti, kita lihat sejauhmana mereka akan pergi tanpa berjemaah. mudah mudahan mereka kembali semula dalam pas selepas memahami dasar dan perlembagaan pas. pintu pas sentiasa terbuka kepada semua orang yang ingin berjuang menegakkan islam secara berjemaah.
  • Mohd Zamani · Top Commenter · Sekolah menengah zaaba
    tak timbul polimik kalau pendapat di keluarkan dalam media umporno, kalau macam tu elok lagi panggil media israel untuk meluahkan perasaan dan memajukan islam,,,, gila babi sungguh.dah la hasan ali kau pun bukan baik sangat 2x5 dengan zul kulim jer...hutang sana hutang sini tapi tak mahu bayar, tak bayar hutang boleh masuk syurga ke? pirrrrrrah hasan ali tak payah merayulah nak masuk pas balik, lebih baik bagi kamu untuk masuk umporno atau perkasam yang mulut terlopong tu.....
  • Khamaruzaman Man · · Top Commenter · St Mark Butterworth
    JANGAN CUBA MEMBANTAH ALLAH!

    Membantah atau memprotes terhadap Allah Ta'ala dari hal takdir atau penentuanNya adalah mati agama, matinya tauhid dan matinya tawakal dan ikhlas, Hati orang mukmin tidak mengenai "Kenapa? , dan "Bagaimana?' dia tidak harus mengenalinya? Tetapi jiwa (nafsu) itu memang suka menentang dan membantah...
  • Roslan Ar Roslanrar · Top Commenter · Smk aminuddin baki
    Dato Hasan.....perjuangan dato memang bagus tetapi cara menyalurkannya tak betul. Apakah TGNA dan TGHA berjuang bukan untuk Islam? Terimalah pemecatan itu sebagai pengajaran dan teruskan perjuangan dato bersama Ibrahim Ali pula (jika dato fikir sesuai) Kalau sudah suratan takdir menentukan dato akan menjadi MB Selangor, Insya Allah satu hari nanti pasti akan terjadi hanya buat masa ini belum lagi. Sabarlah dan hentikan perbuatan mengutuk org lain
  • Zolkharnain Abidin · · Top Commenter · Darul Quran JAKIM
    Tuan Dr, tuan dipecat kerana tuan tidak berdisiplin, tidak setia dan tidak amanah. Jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri adalah lebih baik.
    • Mohd Zaki · Top Commenter
      rakyat nampak sapa yg bole bt kerja atau buat kerja x ikhlas
  • وان قادر · Top Commenter · UiTM Shah Alam
    si nasaruddin ni pulak....buat kenyataan dalam media....keluar jer lah dari pas...kacau betul lah..
  • Aleeza Mukhriz · Top Commenter
    Itulah padahnya jika "menongkah arus". Bukan sebab Anwar tetapi banyak komen-komen yang dibuat tidak menunjukkan kamu itu menghormati pendirian musyawarah bersama dalam Pakatan Rakyat. Kamu tidak berpendirian teguh sebagai ahli PAS dan seringkali melakukan sesuatu yang boleh mengganggu gugat kepercayaan rakyat berbilang bangsa terhadap parti Pas secara amnya dan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya. Nak memperjuangkan Islam tak semestinya bersama PAS atau tidak. Pokok pangkalnya dari hati dan ikhlas dalam perjuangan memartabatkan Islam dimata masyarakat. Pendekatan dalam Islam itu Indah dan Mudah tapi pembawakkan dalam diri sendiri itu yang boleh membuatkan Keindahan Islam itu menjadi rumit. Tak salah untuk menegur kesalahan orang lain tapi teguran itu bukan hanya untuk ditujukan kepada orang2 dalam Pakatan Rakyat sahaja tapi kena juga menegur kesalahan orang2 dalam UMNOngok juga. Ada berani ker?
  • Abd Razak Ahmad Hejas · Gaya College, Kota Kinabalu '78-'79
    Alhmdllah, terusknlah PERJUANGN ISLAM anda, jka ianya bertepatan dgn Al Quran dn Sunnah Rasul.Apa yg plg utama stp ahli JEMAAH ISLAM wjb ada sikap SAME' NA WA ATAQNA dn WALA' kpd kpmpinan dn jemaah slg x lari dr DASAR ISLAM.Jgn biarkn sikap EGO/HAWA NFSU kita mngatasi KEBIKAKSANAAN yg ptt ada pd kita.wallahhuaklam.Amt Yakin pd PERJUANGN ISLAM YG SYUMUL MEL PARTAI ISLAM SEMALAYSIA.AMIN3X.
  • Ismail Rosiah · Top Commenter · Shah Alam, Malaysia
    Dr HASSAN ALI anda di pecat bukan kerana ANWAR tapi kerana kesalahan kamu sendiri oleh yang demekian kamu buat solat istiqarah dan mohon petunjuk ALLAH yang maha berkuasa..kita ini hamba ALLAH kena tunduk dengan apa yang kita terima ujian nya....insyallah jika anda betul pasti ALLAH akan tolong.......ANWAR IBRAHIM di pihak yang benar pasti ALLAH akan tolong...
  • Nasharuddin Ghazali · Top Commenter · Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia
    Ye ke Hassan Ali kena pecat sebab Anwar...?Bukan ke sebelum ni Hassan Ali yg beriya2 nak tarik PAS & umno bergabung..?Kan kondem PAS secara terang2an..?Lepas tu yg terakhir kenyataan melibatkan Anwar...Mustafa Ali je blom dedahkan dengan siapa Hassan Ali jumpa bulan Puasa lepas...
  • Najmuddin Yusoff · Multimedia University
    kah kah kah! Dah, dah lah tu. sikit2 Anwar, sikit2 Anwar. Power sangat manusia bernama Anwar Ibrahim - dalam orang dok kata dia dah tak signifikan, semua benda yang berlaku adalah kerana dia. Haha!
  • Ali Rustam · Top Commenter · 54 years old
    Alhamdulillah syukur pada tuhan, ahkirnya pengkianat dalaman telah dibuang..!!! Terima kasih pada tuan guru dan jawatan kuasa disiplin pas pusat...
    PAS pusat telah membuat tindakan yang betul....! tahniah..
  • Muhammad Taqiyudin Mohd Noor · BEM (Board of Engineer Malaysia)
    hassan ali..terima kasih...kami hargai jasa anda...tapi anda dah dipecat...jadi terima jelah.....terima kasih hassan ali.
    • Adib Adam · Top Commenter · SMK Raja Mahadi
      sudah2lah... jgn dipersalahkan org lain... segala perkara yg buruk dtg drpd diri anda sendiri.. anda sendiri menempah diri untuk dipecat...
    • Izz All
      Jangan salahkan orang lain atas kesilapan sendiri... Nak tegur kesilapan parti ada caranya... Bukan dengan sidang media pro kerajaan...
    • Mohd Zaki · Top Commenter
      hassan ali bile nk bt ceramah kat bangi..kt nk tgk ada sambutan x kat bangi ni nnt
  • Fidaiyyin Al Farasu · Top Commenter · UiTM Shah Alam
    Jgnlah sbb tak sebulu dgn arus perjuangan PR, nak salahkan pulak DSAI...
    Hassan Ali harus ingat kemenangan beliau adalah atas tiket PAS bukan individu!
    • Mohd Zaki · Top Commenter
      ok lah..x pyh nk komen dia lg..dia pn dh x ada dlm parti..skrg ni anwar sdg dibicarakan..jom kt sama2 berdoa ada perubahan besar akn berlaku dlm ms terdekat walaupn media tibai cukup2 lps ni..jom bli utusan meloya bt alas punggung smtra tgu kptsan nuar ni..panas giler arr kat cni ..
  • Rozani Ismail · Top Commenter · UOP
    Usahlah menyalahkan orang lain...pimpinan lebih tahu apa yang berlaku....
  • All Hafiez Abas · Account Relation Manager (ARM) at RHB Islamic Bank
    Kasihan Hasan Ali... dah kena pecat pun tak sedar lagi apa kesilapan dia.. sombong lagi angkuh...
    • Emma Raudhah ·
      Kalau xkerana paper kt office ni harta office,da lama da koi bakar..~lg sadis org yg kata mnyokong jmaah islam sbelum ni,bermati2an marah n xpuas ati dgn kputusan parti..tu la asik baca utusan meloya,berita hairan n tngok tv3suku..Bod-do~
    • Kairiel Amree · Top Commenter
      Dr Hasan Ali mungkin sudah lupa yg beliau menyertai PAS krn peristiwa yg berlaku ke atas DS Anwar pd tahun 1998. Tahun selepas beliau masuk PAS jawatan Naib Presiden wujud dari 2 ke 3 seolah2 memberi laluan kpd beliau menjawat jawatan tersebut. Selepas itu beliau di AMANAHkan utk menjadi PJ PAS S'gor menggantikan Almarhum Ustaz Hassan Shukri yg menjawat jawatan Naib Presiden ketika itu.
    • All Hafiez Abas · Account Relation Manager (ARM) at RHB Islamic Bank
      susah bila angkuh, rasa pendapat peribadi lebih hebat daripada keputusan syura...
  • Hazreeq Anuar · Programmer at AHMAD ZAKI RESOURCES BERHAD (AZRB)
    Hasan penakut...hasan penakut...hasan penakut.
  • Tukang Ukur · UTMKL
    Exxxotica Stars Talk Dirty!
    http://bit.ly/zTx3o5
  • Izuan Ismail · Top Commenter
    ikut mung lah nak kata sebab apa, yang penting ko dah langgar keputusan muktamar parti..
  • Smiley Everyday · Top Commenter · Chulalongkorn
    Pas telah berjaya menangkap musang berbulu ayam dalam rebannya
  • Fuziah Saad · · Top Commenter · UTMKL
    I hate all motivators...cakap tak serupa bikin...
    • Mohd Zaki · Top Commenter
      aik...relex kak..jom trn padang arni
    • Kairiel Amree · Top Commenter
      Dr Hasan Ali mungkin sudah lupa yg beliau menyertai PAS krn peristiwa yg berlaku ke atas DS Anwar pd tahun 1998. Tahun selepas beliau masuk PAS jawatan Naib Presiden wujud dari 2 ke 3 seolah2 memberi laluan kpd beliau menjawat jawatan tersebut. Selepas itu beliau di AMANAHkan utk menjadi PJ PAS S'gor menggantikan Almarhum Ustaz Hassan Shukri yg menjawat jawatan Naib Presiden ketika itu.
  • Roslan Ibrahim · Top Commenter · Klang
    cepat sangat naik CEPATLAH TURUN...!!!
  • Sharulnizam Ramli · Top Commenter
    Masuk UMNO abis cerita.
  • Fedross Escobar · Top Commenter · Never Go
    Org dah bagi warning, lagi mau bikin....amik ko.
  • Mohd Suhaimi Aziz · Top Commenter · UTM Skudai, Johor
    JIKA ANWAR DIPENJARAKAN SEKALI LAGI ATAS FAKTOR POLITIK MAKA RAKYAT AKAN BEBASKAN ANWAR SELEPAS PRU 13 NANTI DENGAN MEMBERI UNDI KEPADA PAKATAN RAKYAT MENGUASAI PUTRAJAYA AGAR KEADILAN DAPAT DIBERIKAN KEPADA ANWAR UNTUK MEMBERSIHKAN SEGALA TUDUHAN DAN DAKWAAN JAHAT CIPTA UMNO/BN!

    INSYALLAH..... BIBIT KEMENANGAN RAKYAT HAMPIR TIBA..... INGAT JANJI ALLAH S.W.T. BAHAWA KEBENARAN PASTI MENGALAHKAN KEBATILAN!

    INSYALLAH KAMI AKAN BERKERJA KERAS SAMADA BERKORBAN WANG RINGGIT, MASA DAN TENAGA DALAM KEMPEN PRU 13 NANTI.........

    JUMPA DATO' SERI DI PUTRAJAYA NANTI.....INSYALLAH....

    DOA RAKYAT TETAP BERSAMAMU DATO' SERI...... PERIT JERIH DATO' SERI MEMBELA KAMI RAKYAT YANG TERTINDAS DI TANAH AIR SENDIRI AKAN KAMI BALAS DENGAN KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT DALAM PRU 13 NANTI.......

    DATO SERI SEPERTI AYAH KAMI SENDIRI..... SEBAGAIMANA KAMI TIDAK SANGGUP BIARKAN AYAH KAMI DIZALIMI DAN DIPERLAKUKAN SEBEGITU RUPA, MAKA BEGITULAH PERASAAN KAMI TERHADAP DATO' SERI.......

    KAMI ANAK-ANAK MUDA BERJANJI KEPADA DATO' SERI....... KALI INI KAMI AKAN BERJUANG MEMPERTAHANKAN HAK RAKYAT DAN MARTABAT RAKYAT SEPERTIMANA DATO' SERI PERJUANGKAN SELAMA INI........

    KAMI ANAK-ANAK MUDA AKAN MENJADI SEJUTA DATO' SERI ANWAR JIKA DATO' SERI DIHANTAR KE PENJARA BUAT KALI KE-2!

    SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA DENGAN HAMBANYA YANG SENTIASA SABAR DAN BERTAWAKKAL!
  • Mohd Suhaimi Aziz · Top Commenter · UTM Skudai, Johor
    PAS DAH BANYAK KALI BERI PELUANG DAN TEGURAN KEPADA HASAN ALI! DALAM ISLAM KESABARAN ADA HADNYA! APA BUKTI HASAN ALI NAK RAGU KREDIBILTI ANWAR KALAU JELAS PERJALANAN MAHKAMAH AMAT MERAGUKAN?

    KAMU JANGAN NAK BOHONG HASAN ALI! KAMU JANGAN INGAT RAKYAT DAN AHLI PAS BODOH! KAMI LEBIH LAMA DALAM PAS SEJAK KAMI ZAMAN KANAN-KANAK!

    KAMU HANYA MASUK PAS SELEPAS KES ANWAR TAHUN 1998!

    HASAN ALI JANGAN JADI MUNAFIK YANG PURA-PURA TAK BERSALAH!

    KAMI PENYOKONG PAS DAH LAMA BERSABAR DENGAN TINDAK TANDUK KAMU YANG HANYA MERUGIKAN PAS!

    BERJUANGLAH IKUT CARA KAMU JIKA ITU YANG KAMU RASA TERBAIK BUAT KAMU!

    KAMI PAS ADA CARA TERSENDIRI UNTUK MENEGAKKAN ISLAM DAN HUKUM ALLAH DI MALAYSIA!
  • Wae Alisya · Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam
    Exxxotica Stars Talk Dirty!
    http://bit.ly/zTx3o5
  • Nmr Nik Soh · Top Commenter
    Hasan Ali: Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim>>>sepatutnya Dr Hasan bermuhasabah kenapa dipecat, aku tengok DR Hasan selalu bertindak secara Individu sedangkan beliau mendakwa beliau seorang yg benar2 perjuangkan Islam(beliau masuk n duduk dalam bangkul dan angkat sendiri)..bukankah dalam Islam satu2 perkara tue perlu perbincangan dan rundingan sebelum buat keputusan? mana Islam yang beliau dakwa beliau benar2 perjuangkan sedangkan perkara ASAS dalam islam pun beliau tidak ikut? ni perangai orang angkuh n bodoh sombong selalu salahkan orang lain drpd bermuhasabah diri!
  • Ismail Rosiah · Top Commenter · Shah Alam, Malaysia
    khalifah islam saidina umar al khatab ketika memecat khalid ibnu walid adalah secara terus kerana melihat kepentingan islam itu sendiri......yang jelas jika kita berjuang dalam kelompok pihak yang kita berada dalam nya tidak sama sekali kita berada di barisan depan musuh kita...itu hakikat perjuangan...
  • Hafiz Hashim · Top Commenter
    aku setuju benor jutawana..apapun keputusan yg dibuat, itu kehendak pemimpin kita..sampai bila kita nak dengar Hassan Ali asyik duk hentam PAS..patutnyer dah lama dia keluar, org PAS Selangor sendiri pun tak suka dia, sebab itu dia tak jadi pesuruhjaya lagi..kalau dia diterima oleh PAS selangor, dah tentu dia jadi PJ lagi...pikir pikir kanlah...
  • Ramly Md Pungut · Top Commenter · Owner/ President at My own bussiness
    calun2 untuk PM..hasan ali, zulkifli nordin, zahrin, ibrahim ali, ... DSAI tak layak , jadi mereka ni yang layak...kot.pengkianat perjuangan..PRU13 bertandingle untuk bolehkan mereka ni jadi PM.
  • Mat Rofie Dolah · Top Commenter · Iowa State University
    Hassan Ali (Phd), jangan putus harapan, anda boleh masuk UMNO atau tubuh parti baru yang anda rasakan boleh diterima rakyat jelata.
  • Hamzah Mohammad · Top Commenter · University of Malaya
    Bacaan saya, agenda Nasharuddin bersama Hasan Ali ini besar, lebih besar dari hal Anwar untuk PM. Mereka bersama 4 lagi yang belum timbul, atas suruhan Umno, akan menggunakan isu ini tuk menggulingkan Nik Aziz dan Hadi Awang dan memecahkan PAS dan PKR lalu menyerahkan PAS kepada Umno. Fikir kenapa pula PAS memecat Hasan hanya setelah Azmin bersuara dgn seolah-olah membenarkan dirinya dijerat oleh The Gang of Six. Kenapa tidak terlebih awal?
    • Hamzah Mohammad · Top Commenter · University of Malaya
      Orang-orang PAS, awas permainan Umno melalui The Gang of Six. Dalam sedikit masa lagi, saya jangka institusi raja akan dilibatkan. Baca yang tersurat dan tersirat, jangan tak baca kerana padahnya parah.
  • Mohd Saufi Yusof · · University of Malaya
    semoga Allah memberikan petunjuk yg betul dan benar kpd mereka yg mgkin sedikit tersilap simpang dan laluan..Insyaalah kita doakankpd mereka2 yg sedikit tersalah masuk kembali ke laluan yg betul..walau apapun, dlm aspek berjemaah keputusan jemaah adalah terbesar dan terpenting.....adakah ibrahim ali akan membawa mereka bersama jemaah perkasa??..tunggu dan lihat sahaja..
  • Izzuddin Amin · Top Commenter · Cairo, Egypt
    betul kamu tdak mmperjuangkan anwar..tp kamu mmpertahankn kzaliman..

    -peace-
  • Raini Anwar · Top Commenter · Johore Bahru, Johor, Malaysia
    Yup Nasharudin must be sacked too..hari ini...x selari dgn prinsip parti..that's the big reason why this duo deserve to be sacked.
  • Abuddin Ibrahim · Top Commenter
    Janagn nak berlagak pandai seorang diri. Lama dah Hasan Ali buat rundingan sulit dgn BN Selangor. Tok Guru Nik Aziz tahu dah, tapi org tua saja2 buat tak tahu, nak tengok smapi mana tarian hasan ali.Rupanya tariannya sumbang dan jatuh ke tepian gelanggang.
  • Rosidan Baharom Dan · Top Commenter · Sek Meng Keb Tg Bunga P.Pinang
    kenapa dok sebok hal-hal lain pada hasan ali dan nasa kamu ni dah tak dipercayai oleh parti, berambuslah tunggu apa lagi, nak komen jasa tak dikenang apa, cuba lihat anak muda masih bergelumang dengan maksiat, murtad apa tindakan yang lakukan oleh kedua-dua ni.. setakat melaungkan aje semua orang boleh buat..
  • Abdul Jalil Mohd Shah · Top Commenter · Puchong
    apa apa pun telah terbukti beliau ada orang yang memperjuangkan kerjasama dengan umno, sebuah parti assabiah.. patut la perkasa di belakang beliau.. sesungguhnya memperjuangkan Islam tidak perlu berlandaskan melayu dan raja.. tang mana la yang HA belajar bab agama ni?
    • Abdul Jalil Mohd Shah · Top Commenter · Puchong
      satu lagi hal yang amat memalukan Islam bila 'bible solar' dijadikan alasan banyak kalangan orang MELAYU murtad... aduhai...
  • Tamao Sarrizawa · Sek Men Vokasional Perdagangan
    Nasharudin pun boleh join hasan ali jugak kalau tak puas hati atas prinsip dan dasar PAS. Lagipun Nasharudin sokong sangat kepada melaksanakan kerajaan perpaduan antara UMNO dan Pas suatu masa dulu..
  • Feekey Kelate · Top Commenter · UITM
    mmg patut dipecat PAS, selar DSAI seolah2 DSAI dh bersalah..pemimpin mcm nie xpatut ada dlm PAS..boleh menjahanamkan parti..dh gila meroyan sgt dh hasan ali nie..nk jd MB selangor xdpt..nk jd menteri pn xdpt bila PAS xnk kerjasama dgn UMNO..tu yg biol semcm je..
  • Ahmad Adnan Fadzil · Universiti Al-Azhar, Mesir
    Syeikh Muhammad al-Ghazali -seorang ulamak besar abad ini-, murid Imam Hasan Albanna, pernah dipecat oleh Ikhwan kerana melontarkan kritikan terbuka terhadap Ikhwan. Kejujurannya terhadap agama menjadi faktor kritikan tersebut, tetapi cara kritikan menyebabkan ia dipecat (tak ikut disiplin jamaah). Namun kejujuran orang sepertinya banyak mematangkan Ikhwan. Walau dipecat ia tetap setia menyokong Ikhwan dari luar. Setelah lebih 10 tahun berada di luar ikhwan, akhirnya ia diterima semula menjadi ahli Ikhwan. Semoga Dr Hasan Ali mengambil sikap yang sama. Semoga Allah menyelamatkan akhirat kita sekalipun merugikan dunia kita.

Tiada ulasan: