Selamat Tahun Baru Cina: Selamatkan negara dari bankrap
Mumtaz Md Nawi, | 21 Jan 2012 |
Antara keunikan utama dan menambah warna budaya Malaysia ialah kepelbagaian kaum. Hari ini rakan-rakan kita dari kaum Tionghua akan menyambut Tahun Baru Cina 2012 dengan lambang (tahun) Naga Air.
Wujudnya hari besar dalam kehidupan kita sebagai platform untuk bertemu mata dengan kaum keluarga dan merapatkan hubungan setelah setahun terpisah lantaran sibuk dengan urusan kehidupan masing-masing.
Keceriaan kaum wanita dan pendekatan serta persiapan mereka dengan pakaian dan makanan jelas menambah perisa Tahun Baru yang akan diraikan.
Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) ingin melebarkan ucapan Tahun Baru Cina terutama kepada wanita dan keluarga mereka moga tahun mendatang ini akan membawa “kekayaan” dan kecemerlangan hidup buat semua. Semua rakyat Malaysia berkongsi rasa gembira bila kaum Tionghua dapat menikmati Tahun Baru di seluruh negara dengan penuh ceria.
Maka sudah tentu keceriaan ini disumbangkan oleh pelbagai faktor termasuklah politik dan ekonomi.Sebarang kenaikan harga barang yang tidak wajar dan berterusan sudah pasti akan memenatkan dan merencatkan persediaan keluarga untuk menyambut Tahun Baru Cina dan selepas perayaan Tahun Baru Cina yang masih berbaki 363 hari.
Keperluan pendidikan, perumahan, makanan serta kegunaan harian adalah antara isu penting untuk diutarakan sebagai bahan dalam majlis YEE SANG dan sudah pasti hidangan Buku Jingga,Buku Hijau Negara Berkebajikan dan Tawaran Jingga dari Pakatan Rakyat untuk Malaysia akan menghangat dan melazatkan lagi juadah makan bersama wanita dan keluarga.
PAS menerusi Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bersedia untuk membantu rakyat kaum Tionghua untuk menyuarakan hasrat dan citra mereka melalui pilihan raya.
Kemajuan demokrasi politik dan negara akan ditentukan rakyat kita melalui bilik mengundi dengan semua warganegara semua kaum semua peringkat umur mendaftar sebagai pengundi dan TURUN mengundi Pakatan Rakyat.
Pesanan dan gesaan serta persediaan untuk balik mengundi bersama rakan dari tempat kerja ke rumah masing-masing semasa Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13) nanti. Kepulangan dan komitmen mereka kepada Pakatan Rakyat sama penting dengan duit yang mereka bawa balik kerana nilai RM ditentukan oleh kestabilan politik negara.
Kita perlu menyelamatkan negara ini dari bankrap kalau masih dipegang oleh BN kerana inilah kenyataan dan rekod BN.
Sebagai wanita yang dihargai oleh keluarga dan berpendidikan, pendapat kita dirujuk dan dikira dalam urusan pentadbiran rumahtangga kerana kita rakan kongsi dan pentadbir rumah dan keluarga.
Oleh itu sebagai ibu, isteri,nenek, anak perempuan , adik dan kakak yang saban hari terdedah kepada jenayah ragut, rogol dan rompak termasuk dalam rumah kita wajib menyuarakan hak kita untuk memastikan keselamatan kita oleh pemimpin negara menerusi kertas umndi.
Jumlah 52.3% kemasukan pelaburan asing (FDI) ke 4 negeri Pakatan Rakyat berbanding 47.7 % sahaja FDI ke 9 negeri yang diperintah oleh BN dalam tempoh 2008 hingga 2011 sahaja jelas menunjukkan keyakinan pelabur luar negara kepada ketelusan dan integriti pimpinan Pakatan Rakyat mentadbir negeri Pakatan Rakyat.
Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan perlu diperkuatkan dan disemarakkan ke seluruh negara. Kita perlu bersatu untuk mara ke Putrajaya!
Justeru, Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyeru dan mengajak para wanita untuk mengambil peluang keemasan ini untuk mengajak semua ahli keluarga balik mengundi Pakatan Rakyat sama ada PAS, DAP, Keadilan dan mana parti sekutu dalam Pakatan Rakyat untuk PRU 13 ini.
We wish you a HAPPY CHINESE NEW YEAR AND LETS VOICE OUT... VOICE OF CHANGE!
Bersama Selamatkan MALAYSIA Tanahair Kita!
SELAMAT TAHUN BARU CINA DAN SELAMAT MENGUNDI Pakatan Rakyat untuk PRU 13!
祝大家身体健康,万事如意!Gong Xi Fatt Chai!
MUMTAZ BINTI MD.NAWI
Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP)
Mewakili Semua Kepimpinan DMPP & Muslimat PAS Seluruh Malaysia
Muafakat: Kekalkan kampung tradisi Melayu hanya janji manis BN
Hazayani Zakaria, | 21 Jan 2012 |
Pengerusinya, Ishak Surin berkata, janji sedemikian merupakan janji yang sudah biasa dibuat sejak dahulu lagi bagi mengambil hati dan meredakan kemarahan penduduk, sedangkan mempunyai agenda tersembunyi di sebaliknya.
"Setiap kali perdana menteri atau menteri buat lawatan, itulah janji yang dibuat mereka tapi keadaan tetap sama, tanah tetap dapat kepada pemaju, yang hilang kampung tradisi rakyat," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya ke Kampung Puah semalam memberi jaminan bahawa status kampung itu sebagai sebuah perkampungan tradisi Melayu akan dikekalkan.
Najib seprti dilaporkan merdia berkata, beliau telah mengarahkan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berunding dengan syarikat pemaju, Aamin Development Sdn Bhd, supaya mengambil kira hasrat penduduk dalam merangka pembangunan.
Ishak Surin berkata, tidak ada gunanya Najib memberikan jaminan tersebut sedangkan tanah yang sepatutnya menjadi milik peneroka sudah diserahkan kepada pemaju.
"Penduduk Kampung Puah mahu tanah mereka dikembalikan kerana mereka yang bersusah payah meneroka tanah itu sehingga mejadi perkampungan," katanya.
Justeru Yang Dipertua PAS Kawasan Batu itu mendesak kerajaan menubuhkan satu dana untuk membangunkan kampung tersebut tanpa diserahkan kepada pemaju.
"Untuk membangunkan kampung Puah tak perlukan pemaju sebaliknya kami mahukan dana khas. Muafakat sendiri sudah mempunyai kepakaran untuk membangunkan kampung tersebut, asalkan tanah itu kekal menjadi milik peneroka," katanya lagi.
Pada 13 Ogos 2001, Unit Perancangan Ekonomi (EPU) mengemukakan surat kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan kelulusan prinsip untuk melaksanakan pembangunan secara penswastaan antara DBKL dan Aamin Development Sdn Bhd untuk melaksanakan projek pembangunan di tanah seluas 12.8 hektar di kampung itu.
Kampung lain yang terlibat dalam projek pembangunan melibatkan pembinaan antara lain unit kediaman dan pusat perdagangan bercampur itu ialah Kampung Puah, Kampung Puah Bahagian dan Kampung Chubadak Jaya, membabitkan 564 keluarga.
Sementara itu, mengulas mengenai pemberian RM 2.5 juta kepada sekolah jenis kebangsaan cina semalam, Ishak mempersoal pembinaan Sekolah Kebangsaan Sri Perak di Sentul yang sudah lama terbengkalai.
"Kita ucap tahniahlah di atas pemberian itu tapi bagaimana dengan Sekolah Kebangsaan Sri Perak? Sign board projek sudah lama naik tapi pembinaan masih belum berjalan," katanya.
Pembinaan sekolah tersebut sudah hampir sudah hampir dua tahun terbengkalai.
Oleh yang demikian, sekolah sementara masih beroperasi di bawah flat Sri Perak.
PAS Batu pernah menghantar memorandum bantahan kepada Nong Chik sebelum ini dan akan menyerahkan memorandum sekali lagi dalam waktu terdekat.
Satu video selama satu setengah minit yang dimuat-naik oleh ibupejabat MCA tiga hari lalu, secara tersirat dilihat seolah membayangkan bahawa DAP hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu menunaikan janji-janjinya.
Video itu bermula dengan memaparkan sebuah keluarga yang bertutur
berbahasa Cina, sedang sibuk membersihkan rumah mereka sebagai persediaan menyambut Tahun Baru
Cina Isnin ini.
Ia memaparkan dua orang lelaki yang nampaknya seperti adik-beradik. Lelaki yang muda memakai baju merah putih, manakala yang seorang lagi memakai baju putih berkolar biru.
Kebetulan, baju putih berkolar biru adalah baju seragam parti MCA untuk lelaki, manakala merah dan putih adalah warna DAP.
Dalam video itu, adiknya kelihatan banyak bercakap dan banyak memberi arahan, manakala abangnya sibuk membersihkan rumah.
Tidak sabar dengan sikap adiknya itu, lelaki berbaju kolar biru itu
kedengaran berbisik: "Hah, hanya pandai bercakap, tetapi tak pernah bertindak. Akhirnya, saya yang terpaksa buat kerja awak."
Seorang wanita - mungkin ibu mereka - muncul menghantar sebuah baldi berisi air dan sehelai kain mencuci kepada lelaki muda itu, seolah-olah mengatakan yang dia juga perlu membantu mencuci rumah tersebut.
Sejurus selepas ibu berlalu, lelaki muda itu beredar meninggalkan abangnya seorang sahaja melakukan kerja tersebut.
"Tak mengapalah, jika kamu tidak mahu buat kerja, biarlah saya yang buat," keluh abang itu sambil engambil baldi dan meneruskan kerja membersihkan habuk plak anugerah dan sijil pujian yang tergantung di dinding.
Plak tersebut memaparkan beberapa slogan MCA seperti 'MCA kerja untuk Pendidikan' dan 'Skim Pinjaman Pendidikan 1MCA'
Video itu berakhir dengan keluarga tersebut menikmati makan malam bresama, serta ucap selamat dari MCA.
Ketika dihubungi pada hari Khamis,timbalan ketua biro publisiti MCA, Loh Seng Kok bagaimanapun enggan mengulas mengenai video tersebut.
Manakala penolong setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Teo Nie
Ching (kiri) sekeras-kerasnya menolak tuduhan tersirat dalam video itu.
Sebaliknya, Teo yang ahli parlimen Serdang berkata, video itu sebenarnya memaparkan bahawa pemimpin MCA yang banyak bercakap, tetapi tidak boleh melaksanakan.
Teo mengambil contoh Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Wee Ka Siong yang didakwanya sebagai pemimpin yang gagal.
"Baguslah MCA memberi peringatan seumpama itu sewaktu musim perayaan ini. Malah, MCA mempunyai terlalu ramai pemimpin yang hanya tahu bercakap."
- Fl Chan · Pengulas Tertinggi · Singapore, Singapore
- Tongga Man · Bekerja di LimousineTAKAT BUAT VIDEO MCM TU SAPA PUN BOLEH....TAPI 50 th APA MCA BUAT UTK RAKYAT 1MALAYSIA.....BAB VIDEO KLU NAK BUAT BELAJAR LA DRI CHUA SOI LEK...
- Zanirun Baba · Pengulas Tertinggi · umur 57 tahunPemimpin MCA yg maseh kuat dan taat pada UMNO..ialah pemimpin yg sama perangai dgn PEMIMPIN UMNO..PERASUAH.PENIPU,PENY
ANGAK,PENGKHIANAT,PENYAMUN ...ect....MCA sudah tak releven kpd masyarakat CINA...ramai dah lari ke DAP DAN PKR..dan ramai yg jadi penyokong kelab PAS!!...Ayoh BANGKIT SEMUA RAKYAT KITA ABUkan UMNO/BN pada PRU-13...
ABU....ASALKAN BUKAN UMNO!
- Tajudin Yaakob · Top Commenter · Works at OPEN POLTICAL UNIVERSITIgua ingat mca sambut thn baru tyang video bos dia tengah.....mmg pun mca layak jadi tkg cuci rumah umno shj....pemimpin tertinggi mca telah gagal untuk membela nasib kaum cina.pemimpin tertinggi dia sebelum ini......banyaak mengumpul harta.......skandal PKFZ tak selesai2 duit banyak mana dia dah kapor.
- Ranee Abd · Top Commentervideo MCA mana ada byk cakap... suara pon takdak dengar... macam video seks chua soi lek... hehee
- Naim Bassterra · Top Commenter · SMK St. Michael
- Roslee Ayob · Top Commenter · Sek men jitraUmno boleh hidup tanpa MCA mahupun MIC. MCA & MIC tak boleh hidup tanpa UMNO! Hidup UMNO
- Naim Bassterra · Top Commenter · SMK St. Michael
- Shuib Hanafiah · Top Commenter · Smk teluk cengaikong hi fat choy soh lek...tahun naga ialah tahun yang sangat malang buat mca...pru 13 tahun ini akan menyaksikan mca akan di telan olih naga yang marah kerana menipu masyarakat cina....
- Sarabanu Bani Adam · Top CommenterRelakslah dap.... Sapa makan cili dia rasa pedas lahhh! Mmgpun dap pandai cakap n salahkan orang lain sajaaa!
- Eric Siew · Penang, MalaysiaDAP cakap banyak, buat tak buat i tak perduli pun lo. Asal dia orang tak makan duit rakyat, curi dan rompak harta rakyat. Tapi hor itu MCA ...haizzzz manyak susah ler, 50 tahun apa dia buat? Paling glamer ialah seorang pelakun utama sek video dan jadi president... haiz, buat malu je orang cina malaysia.
- Benny Long (signed in using Hotmail)MCA videos all also 'dislike' more than 'like', i wonder where is their supporter? haha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan