Khamis, 19 Januari 2012

BILA SEGALA PENIPUAN..PENYELEWENGAN...PENYALAHAN KUASA TIDAK BOLEH DILINDUNGAN ATAU SOROK LAGI...MAKIN SOROK MAKIN TERBONGKAR..

Keyakinan pembaca: Malaysiakini atasi pesaingnya

Portal berita Malaysiakini mendapat lebih keyakinan di kalangan pembaca berbanding dengan para pesaingnya dalam media alternatif, demikian menurut hasil kaji selidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel).

umcedel survey chart 190112 confidence in news websiteKaji selidik itu - yang yang dijalankan dari 25 Oktober hingga 15 Disember tahun lalu dan merangkumi 2,559 responden di seluruh negara - membandingkan Malaysiakini dengan The Malaysian Insider dan Agenda Daily.

Ia menunjukkan 15 peratus responden yakin dengan kandungan Malaysiakini, berbanding dengan masing-masing 9 peratus dan 5 peratus untuk The Malaysian Insider dan Agenda Daily.

Tiga peratus responden berkata mereka amat yakin tentang Malaysiakini manakala The Malaysian Insider dan Agenda Daily masing-masing memperolehi 2 dan 1 peratus.

Bagaimanapun, kelebihan Malaysiakini mungkin disebabkan oleh liputannya yang lebih meluas dan kewujudan yang lebih lama, dengan 45 peratus responden telah membaca kandungan portal berita itu, berbanding dengan 39 peratus bagi The Malaysian Insider dan 34 peratus untuk Agenda Daily.

Malaysiakini
telah beroperasi selama lebih 12 tahun, manakala The Malaysian Insider ditubuhkan pada tahun 2009.

Ramai tak pasti kandungan di talian

Alexa.com menyenaraikan Malaysiakini pada kedudukan ke-14 paling popular dan portal berita terkemuka di Malaysia.

Bagaimanapun, sebahagian besar responden tidak pasti mengenai keyakinan mereka terhadap tiga portal tersebut, dengan masing-masing 21 peratus, 23 peratus dan 22 peratus menjawab "Tidak pasti" untuk Malaysiakini, The Malaysian Insider dan Agenda Daily.

Dalam kategori "tidak yakin" dan "amat tidak yakin" pula, Malaysiakini meraih 6 peratus, The Malaysian Insider 5 peratus dan Agenda Daily 6 peratus.

sin chew daily jit poh 120908Bagi akhbar Cina pula, kaji selidik itu menunjukkan bahawa Sin Chew
Jit Poh mendapat keyakinan yang lebih berbanding dengan China Press, dengan 55 peratus berkata mereka sama ada amat yakin atau yakin terhadap Sin Chew Jit Poh, manakala China Press meraih 30 peratus.

Ia juga mendapati bagi akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai mempunyai kelebihan dengan 40 peratus responden menyatakan keyakinan yang kuat hingga sederhana terhadap akhbar Tamil Nesan, yang memperolehi 37 peratus.

Kaji selidik itu melaporkan margin kesilapan 1.9 peratus, dengan tahap keyakinannya ialah 95 peratus.

Kajiselidik: Najib lebih berkemampuan dari Anwar
Satu kajiselidik yang dijalankan oleh Universiti Malaya akhir tahun lalu, menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pemimpin pilihan berbanding dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

umcedel survey chart 190112 leader communication abilityWalaupun sebahagian besar daripada 2,559 responden kajiselidik itu
yang dijalankan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (Umcedel) di seluruh negara, "tidak pasti", tetapi Najib (kanan) mendahului dalam beberapa kategori.

Berbanding dengan Anwar, lebih ramai yang berpendapat Najib
merupakan seorang pemimpin yang lebih berkemampuan dari segi pengurusan ekonomi negara, dengan sejumlah 40 peratus responden bersetuju bahawa perdana menteri adalah lebih baik.

Sebaliknya, hanya 33 peratus daripada responden kajiselidik itu - yang dijalan dari bulan Oktober hingga Disember 2011 - bersetuju Anwar lebih berkemampuan dalam menguruskan ekonomi negara.

NONENamun begitu, separuh daripada responden bersetuju bahawa Anwar
adalah seorang pemidato dan penyampai yang baik, berbanding 44 peratus untuk Najib.

Sejumlah 46 peratus responden yang berusia 22-30 tahun bersetuju
perdana menteri mendahului, manakala Anwar (kiri) ketinggalan 3 peratus di belakang.

Najib sekali lagi mendahului Anwar dari segi persepsi terhadap hubungan dengan rakyat.

umcedel survey chart 190112 leader ecomomy management abilityKira-kira 47 peratus responden bersetuju perdana menteri mempunyai hubungan yang baik dengan rakyat, manakala Anwar ketinggalan tujuh peratus di belakang.

Kecenderungan tersebut dilihat pada kedua-dua responden muda dan yang tua.

Mengenai video yang didedahkan 'Datuk T' diri yang mendakwa Anwar mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, 35 peratus responden tidak percaya lelaki dalam video itu adalah Anwar.

Sejumlah 46 peratus responden lagi tidak pasti, manakala 20 peratus percaya ianya adalah Anwar.

NONEApapun, 38 peratus responden merasakan publisiti terhadap video seks itu telah menjejaskan kredibiliti Anwar, manakala selebihnya merasakan video itu tidak memberi kesan, atau tidak pasti.

Sebahagian besar responden yang percaya lelaki dalam video itu adalah ketua umum PKR itu, dan video tersebut menjejaskannya, adalah di kalangan responden Melayu.

  • Case King II · Pengulas Tertinggi
    handle rosmah pun tak mampu...apa daaaaaaaaa.
    • Case King II · Pengulas Tertinggi
      handle menteri rasuah pun tak mampu....apa daaaaa...
  • Ahmad Faiz · Pengulas Tertinggi · University of Oxford
    kaji selidik sapatut nya dtg drp orang/badan yg benar benar berkecuali , yg tiada sebesar hama pun memehak mana mana., maka pasti keputusan nya tidak apa yg di jangka, apa pun kaji selidik cuma nak menyedapkan satu pehak, dan pehak yg satu harus lebih bekerja keras menyakinkan rakyat bahawa kaji selidik hanya ibarat menyedapkan haluan telinga pehak tertentu supaya ia tidur lena dn mimpi yg indah indah., Apa pun rakyat terbnyak tahu PRU 13 , pengukur sebenar, siapa yg mendpt sokongan melimpah dan sokongan berganda ,(ABU) , InsyaAllah, Takbir?
  • Love Peace · Top Commenter
    apa-apa pun KAMI RAKYAT MALAYSIA lebih yakin kepada DSAI dan akan memberi kemenangan pada PRU13 ini...RAKYAT MALAYSIA meluat dengan duit yang dibelanjakan oleh NAJIS dan kroninya sampai tak erti jaga RAKYAT yang menderita...Orang yang curi RM20 ringgit kena tahan 3 tahun...Manakala Menteri yang makan duit RAKYAT bermillion ringgit hanya kena 1 tahun..Apa ini papa Najis????
  • Srikandi Firdausi · · Top Commenter
    xpe, kajian tu bkn meliputi seluruh rakyat Malaysia..kalo nk tau bnde yg sebenar kita tunggu PRU-13 nnti!! InsyaAllah, PR akan ambil alih kerajaan dr BN!!!
  • Mohdshidi Muhammad · Top Commenter · Kota Bharu
    tak payah nak kaji-kaji sangat... baca komen dalam nih pun dah boleh agak... 10 komen... 1 yang pro kerajaan... huhuhu
  • Melvin Loo · Top Commenter · Simpang Ampat, Pulau Pinang, Malaysia
    berkemampuan songlap duit rakyat ada la!


'Tindakan mahkamah jika BERSIH ke jalanan lagi'
Peserta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Pakatan (BERSIH) akan berdepan dengan tindakan jika mereka sekali lagi turun ke jalanan dan mengadakan himpunan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

NONE"Kalau ada yang turun lagi ke jalanan, mereka akan berdepan dengan tindakan undang-undang," kata Nazri pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan Selasa lalu yang mengumumkan bahawa NGO itu tidak akan teragak-agak untuk sekali lagi turun ke jalanan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini jika cadangan mereka gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa.
Isytihar harta: Lim mahu firma audit bukan SPRM
Harta dan aset menteri kabinet dan dan ahli keluarga terdekat mereka perlu disahkan oleh juruaudit bebas dan bukannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

pakatan pokok sena ceramah 140112 lim guan engMenurut Lim, beliau memahami kebimbangan yang diluahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berhubung keselamatan pemegang jawatan awam dan keluarga mereka jika terpaksa mengisytiharkan harta kepada khalayak ramai.

“Bagaimanapun, sekurang-kurangnya pemegang jawatan awam - menteri kabinet dan ahli-ahli exco - perlu mengisytiharkan aset mereka kepada firma audit yang bebas dan bukannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia," katanya.

Menurut Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, SPRM akan terus dilihat sebagai alat BN yang cuba digunakan bagi menyelamatkan ahli-ahli politik mereka.

"Kita telah membuat laporan yang tidak terkira banyaknya kepada SPRM berhubung dakwaan rasuah tetapi tidak ada tindakan yang diambil.

"SPRM sepatutnya dinamakan Suruhanjaya Penutup Rasuah Malaysia," sindirnya.

Pemuda PAS sokong himpunan BERSIH 3.0
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyokong usaha Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) untuk mengadakan himpunan BERSIH kali ketiga sekiranya cadangan mengenai reformasi pilihanraya yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) dan tuntutan BERSIH 2.0 gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

riduan mohd norKetua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, DPPP berpandangan, sekiranya kerajaan gagal menepati syor dan cadangan PSC serta cadangan BERSIH 2.0, ini bermakna kerajaan tidak serius mahu membersihkan sistem pilihanraya di Malaysia.

Kerajaan juga, tambahnya, dianggap hanya ‘bermain wayang’ dengan penubuhan PSC kononnya mahu memperbaiki sistem pilihanraya di Malaysia.

"Apakah gunanya penubuhan PSC serta lapan tuntutan BERSIH sekiranya kerajaan gagal mengotakan janjinya," katanya Riduan dalam satu kenyataan hari ini.

"Sekiranya ia berlaku, tidak ada keperluan untuk berbincang dan berdialog antara BERSIH dengan kerajaan kerana kerajaan jelas tidak menghormati suara rakyat," tambahnya.

Sehubungan itu, DPPP mengesyorkan kepada BERSIH 2.0 supaya memberi tarikh akhir kepada kerajaan untuk memenuhi semua syarat dan tuntutan yang dikemukakan oleh PSC termasuk BERSIH.

"Ini penting untuk mengukur adakah kerajaan berjaya atau gagal memenuhi janji mereka sebelum ini dan melihat sejauhmana seriusnya kerajaan bagi memperbaharui sistem pilihanraya di negara ini," tambahnya.

Sementara itu, Riduan berkata, DPPM mengalu-alukan pelantikan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad, sebagai pengerusi bersama BERSIH 2.0.

"Bagi DPPP, pelantikan Pak Samad tepat pada masanya memandangkan beliau merupakan seorang tokoh yang selalu ke depan bagi memperjuangkan isu-isu rakyat," katanya.

Malah, tambahnya, Pak Samad adalah antara tokoh negarawan yang berani dan bersuara lantang dalam memperjuangkan keadilan tanpa mempeduli tekanan dan ugutan yang dihadapi olehnya.

"Lebih membanggakan, Pak Samad tanpa gentar memimpin barisan hadapan dalam himpunan BERSIH 2.0 pada bulan Julai 2011 yang lalu," tambah Riduan.

Katanya, pelantikan Pak Samad itu juga membuktikan perjuangan membersihkan pilihanraya di negara ini bukan hanya didokong oleh Pakatan Rakyat, malah turut dipelopori gabungan NGO serta tokoh-tokoh masyarakat.

"PPM juga mengalu-alukan lebih ramai penyertaan tokoh dan pemimpin masyarakat bersama dengan perjuangan rakyat," tegasnya.
SPR: 7 cadangan PSC akan dilaksana pada PRU13
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju melaksanakan tujuh daripada 10 cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan datang.

election commission chief abdul aziz yusofPengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, baki tiga lagi cadangan iaitu melibatkan pengundi luar kawasan, pertukaran kawasan pendaftar dan pengundi tidak hadir yang berada di luar negara masih dalam kajian SPR.

"Tujuh cadangan yang akan dilaksanakan pada PRU ke-13 termasuk penggunaan dakwat kekal, pengundian awal bagi anggota polis dan tentera serta pasangan masing-masing, memanjangkan tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan dari tujuh hari kepada 14 hari, pemansuhan proses bantahan dan tempoh penarikan diri pencalonan serta pembersihan daftar pemilih,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas taklimat kepada pegawai pengurus dan penolong pengurus pilihan raya sempena persiapan PRU13 di Kuanatan hari ini.

Katanya, jawatankuasa itu yang dibentuk Ogos lalu telah menamatkan sesi pendengaran awam yang dijalankan ke seluruh negara Jumaat lepas di Johor Baharu.

- Bernama
PKR: Siasat juga pembelian aset keluarga Shahrizat

Sambil menyambut baik keputusan kerajaan melantik firma juruaudit bagi menyiasat dan membongkar penyelewengan dalam syarikat penternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR juga mahu segala pembelian yang dibuat oleh keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil juga diaudit.

NONEDalam membuat cadangan itu dalam satu kenyataan akhbar hari ini, pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata audit mesti dijalankan termasuk pembelian aset yang dibuat oleh ahli keluarganya dari semasa kontrak dianugerahkan.

“(Ini) termasuk pembelian atas nama peribadi untuk menentukan sama ada dana NFC telah digunakan bagi tujuan peribadi,” katanya.

Skop audit, kata Rafizi mesti termasuk menyiasat segala pembelian harta, penubuhan syarikat-syarikat lain, perbelanjaan oleh syarikat-syarikat lain yang ditanggung NFC dan segala operasi oleh pihak ketiga yang ditanggung atau berkaitan dengan NFC.

“Menyiasat setiap perbelanjaan oleh NFC untuk memastikan ia benar dan tepat dengan matlamat penubuhan NFC.

“Ini termasuklah memastikan bahawa setiap perbelanjaan adalah berpatutan, berpada-pada, diluluskan dan ada kena mengena dengan aktiviti penternakan lembu seperti yang dimandatkan kepada NFC,” katanya.

Rafizi, yang juga bekas seorang juruaudit turut mencadangkan empat lagi skop yang perlu dilakukan.

  • Menyiasat proses membuat keputusan di peringkat tertinggi kerajaan untuk memastikan tiada campur tangan politik dalam meluluskan projek NFC serta penganugerahan projek kepada keluarga menteri.
  • Menyiasat proses pemberian dana kepada NFC oleh Kementerian Kewangan untuk menentukan ia mengikut prosedur Perbendaharaan dan amalan terbaik (best practices).
  • Menyiasat setiap pemindahan wang keluar dari NFC kepada pihak ketiga untuk memastikan tidak ada unsur penyelewengan. Ini termasuklah menyiasat segala pembelian harta, penubuhan syarikat-syarikat lain.
  • Menyiasat setiap pembayaran besar dan berkala oleh NFC dan syarikat-syarikat berkaitan keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil untuk menentukan latar belakang pembekal dan individu terbabit yang berurusan dengan NFC.

Tiada ulasan: