Rabu, 11 Januari 2012

SUSAH KALAU KITA RASA SENTIASA BETUL DAN BAIK...SYOK SENDIRI...SENDIRI BUAT..SENDIRI PUJI..JIWA ROSAK

Catatan dari Mumbai, Anwar sedia maafkan...
Saya dan Azizah tiba di Mumbai dan menuju Panchgani sebagai tetamu kepada sahabat lama, Rajmohan Gandhi, penyala obor perjuangan datuknya, pejuang besar India Mahatma Gandhi.

NONELebih tiga bulan lalu saya berjanji untuk bersama beliau menyemarakkan semangat perjuangan Gandhi bagi menegakkan demokrasi yang mempedulikan nasib rakyat serta menolak kezaliman dan rasuah.

Sepanjang dalam perjalanan selama tiga jam, saya menerima ribuan panggilan telefon, mesej dari Twitter dan Facebook, komen di blog serta SMS dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia dan dunia yang menyatakan kesyukuran dan rasa gembira.

Fikiran saya melayang mengenangkan wajah gelisah, sedih, derita keluarga dan rakyat terutama di saat cemas menunggu penghakiman pagi semalam.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana setelah sekian lama difitnah dan diaibkan oleh pemimpin dan media Umno, Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah memutuskan -- berlandaskan undang-undang dan fakta -- bahawa dakwaan seseorang tanpa saksi dan sebarang bukti sokongan adalah tidak dapat diterima. Malah keterangan forensik dan DNA yang dikemukakan pihak pendakwaan turut dipertikaikan kesahihannya.

Saya tidak berhasrat menyingkap permasalahan lalu atau memberikan sebarang tafsiran mengapa penghakiman mengejutkan ini berlaku. Walaubagaimanapun, saya bersyukur ke hadrat Allah Azzawajalla kerana saya bebas dari fitnah jahat sedemikian.

NONEKasih sayang Azizah dan keluarga; kesetiaan rakan-rakan PKR; dukungan PAS dan DAP; para reformis dan sokongan dan iringan doa rakyat bukan saja ibarat penawar malah membajai penyuburan semangat dan daya juang saya.

Seperti lazimnya saya tidak cenderung untuk merintih kisah derita silam malah sedia memaafkan. Hanya yang dimasyghulkan ialah kebiadaban gerombolan kecil termasuk media Umno yang berdendam kesumat dan terus memfitnah saya.

Saya ingin mengajak saudara-saudari bersama rakyat Malaysia untuk melonjakkan perjuangan menuntut kebebasan rakyat; pemerintahan yang telus dan adil; ekonomi yang dipacu segar tetapi mempedulikan nasib rakyat serta menolak keangkuhan kuasa dan rasuah.

Kami sekeluarga amat terharu dengan luahan simpati dan dukungan semua. Semoga usaha murni kita bersama direstui dan diberkati Allah SWT.

Muhyiddin: Umno lebih bertimbang rasa dari PAS

Umno akan memberi peluang kepada bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali untuk membela diri dan tidak memecatnya secara melulu seperti yang dilakukan oleh parti itu, kata timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

muhyiddin yasin muhyiddin yassin"Ini perkara dalaman PAS, yang kita tidak pernah campur tangan. Tetapi dalam dalam Umno, kita ada sistem demokrasi yang berdasarkan Islam,” kata Muhyiddin yang juga adalah timbalan perdana menteri.

“Jika ahli membuat kesilapan, kita tidak pecat secara melulu. Tiada tindakan disiplin akan diambil tanpa memberinya peluang membela diri,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Katanya, sistem PAS yang memperuntukkan kuasa mutlak kepada majlis jawatankuasa pusat membenarkan parti itu memecat Hasan tanpa sebarang pembelaan.

“Lihat Umno lebih bertimbang rasa berbanding parti lain,” kata Muhyiddin sambil menjelaskan t Umno akan memberi masa yang secukupnya kepada pesalah untuk menjawap kepada jawatankuasa disiplin dan membuat pembelaan mereka.

Ditanya mengenai tawaran yang dibuat oleh naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mempelawa Hasan menjadi parti Melayu itu sebagai gelanggang meneruskan perjuangannya, Muhyiddin berkata ia bukan tawaran rasmi Umno.

Hasan ali pc“Kita (Umno) tidak pernah buat tawaran. Saya percaya Hasan pemimpin yang bijak dan berpengalaman. Jika beliau ingin mengaggotai mana-mana parti politik, itu pilihannya.

“Jika menegakkan Islam bukan lagi perjuangan PAS, terpulang kepada kebijaksanaannya membuat pilihan,” kata Muhyiddin.

Ditanya sama ada Umno akan membuka pintu kepada Hasan, timbalan perdana menteri berkata tidak ada sebab untuk tergesa-gesa.

“Umno sentiasa buka pintu kepada sesiapa jika mereka berminat dan bersedia berjuang dengan kita.”
Muhyiddin: BN tak tertekan dengan pembebasan Anwar
BN tidak gentar atau tertekan sama sekali dengan keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang melepas dan membebaskan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

muhyiddin yasinMenafikan sindiran seumpama itu, Timbalan Perdana Menteri berkata BN dengan berani telah melalui 12 pilihan raya umum sebelum ini dan sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka diadakan tahun ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden Umno berkata, pengalaman yang diperoleh selama ini akan membantu jentera BN menghadapi pilihan raya umum nanti.

"Tak ada tekanan, siapa yang kata kita tertekan? Apa keputusan sekalipun itu keputusan mahkamah. Kita punya persiapan bukan kerana ada pihak yang menekan kita baru kita kerja. Kita buat kerja seperti biasa.

"Kita sudah melalui proses pilihan raya bukan sekali, dah masuk kali Kita mempunyai pengalaman banyak. Jadi kita tak tertekan dalam soal ini. Kita akan hadapi walau apa pun keadaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan perutusan khas kepada warga Kementerian Pelajaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata BN menghormati keputusan berhubung Anwar dan menegaskan kebebasan badan kehakiman membuat keputusan tanpa sebarang campur tangan daripada pihak luar termasuk parti politik.

NONEBeliau berkata keputusan itu juga pastinya akan meningkatkan keyakinan orang ramai mengenai amalan demokrasi negara ini yang berteraskan kepada badan eksekutif, perundangan dan kehakiman tanpa sebarang campur tangan antara satu sama lain.

Katanya keputusan itu juga membuktikan ketelusan sistem demokrasi negara ini kepada dunia luar.

Beliau yakin selepas ini tiada pihak termasuk pembangkang dan pihak yang menyalahkan kerajaan menuduh kerajaan BN kononnya apa yang berlaku di negara ini adalah tidak adil.

"Saya yakin keputusan ini meyakinkan masyarakat Malaysia dan antarabangsa tentang kegigihan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untu
Nasha pertahan Hasan, dakwa pemecatan drastik
Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa menjelaskan, kehadirannya ke rumah Hasan Ali di Petaling Jaya kelmarin bagi menyatakan sokongan terhadap bekas pesuruhajaya PAS Selangor ekoran pemecatannya dari parti.

"Kerana atas dasar itulah saya hadir pada malam ini (kelmarin) kerana bukannya mudah tugas beliau dalam menegakkan agama tetapi diarah kiri, kanan, atas dan bawah," beliau dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian ketika berucap di rumah Hasan.

pas muktamar 130610 nasharuddin mat isa 2Anggota parlimen Bachok itu malah melihat pemecatan Dr Hasan sebagai tindakan drastik dan mungkin juga sejarah dalam PAS.

Nasharudin (kiri) berkata, sebagai anggota Majlis Syura - badan tertinggi dalam PAS - beliau mahu mengumumkan bahawa Hasan boleh membuat rayuan dalam tempoh 30 hari, seperti terkandung dalam Peruntukan 83(3) perlembagaan parti.

"Sekiranya Hasan masih mahu berkhidmat di dalam parti ini beliau boleh membuat rayuan dalam tempoh tersebut dan peluang serta ruang masih ada.

"Setakat ini saya masih belum berhubung dengannya tentang perkara itu," katanya seperti dilaporkan harian berbahasa Melayu itu.

Bagaimanapun, kata Nasharudin, beliau masih mahukan Dr Hasan, yang juga exco kerajaan Selangor, terus berkhidmat dan tidak mahu perkara tersebut menimbulkan polemik.

"Jangan hanya kerana kita bercakap dengan orang Umno kita dikatakan nak jadi Umno.

NONE"Kerana kita bercakap dengan akhbar Umno maka kita nak jadi Umno. Harap selepas ini politik kita menjadi matang," katanya.

Rani tolak ganti Hasan

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kanan) ketika ditanya sama ada parti akan mengambil tindakan terhadap pemimpin seperti Nasharuddin -- yang menyokong Dr Hasan -- berkata tindakan sama akan dipertimbangkan.

"Jika ada kes kita akan pertimbangkan, kita tidak larang mereka hadir beri sokongan, mungkin mereka pergi sana hendak dengar saja," beliau dipetik sebagai berkata oleh Berita Harian.

NONESementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Pesuruhajaya PAS Selangor Dr Rani Osman (kiri) berkata, beliau berharap tidak tidak dicalonnya sebagai exco Selangor menggantikan Dr Hasan yang mahu disingkirkan daripada kerajaan negeri.

"Lagi elok sekiranya orang lain dicalonkan untuk jawatan itu, saya khuatir dengan tanggungjawab sebagai exco kerajaan negeri itu tidak mampu saya pikul.

"Namun, semuanya terpulang kepada keputusan pimpinan tertinggi PAS Pusat. Kami di peringkat PAS negeri hanya menerima apa jua keputusan," beliau dipetik sebagai berkata.
k membawa proses transformasi negara ke masa depan yang lebih baik. Ini sudah pun dapat dilihat dengan jelas apa yang berlaku di mahkamah semalam," katanya.

- Bernama


  • Mohd Hishamuddin Hasan · Pengulas Tertinggi
    Hati kecil aku kuat mengatakan Ustaz Nasa ni salah sorang lg "gunting dalam lipatan" dalam PAS. Harap pucuk pimpinan PAS dpt bersihkan kesemua duri dlm daging ni sebelum PRU ke 13.
    • Hanif Nasir · Pengulas Tertinggi · Bekerja di MIMOS Berhad
      bila Hasan Ali ckp semua ni salah Anwar, nasha diam je kan.... means nasha setuju ke? nasha i cadangkan u jgn buat apa2 skrg ni k... kalau nk bercakap, sila masuk UMNO
    • Mohd Azman Abubakar · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Rumah sakit
      aku rasa pecat si nasa juga, aku pun tak minat dia dari dulu lagi. dah lama nampak belangnya
    • Mohd Hishamuddin Hasan · Pengulas Tertinggi
      Hanif Nasir Hasan ali dan Nasa ni antara geng2 yg kuat nk realisasikan kerajaan perpaduan Umno dan PAS. Ada lagi 2,3 kerat pemimpin yg sokong kerajaan perpaduan tu..tp nampaknye mereka dh kembali ke pangkal jln dah kot..Cuma kalau di fikirkan adakah Ustaz Nasa akan bernada mcm skrg ni seandainya dia menang jawatan timb. Presiden PAS aritu? Kalau yg jenis buat perangai selepas gagal pertahankan jawatan dlm parti, umum sedar itu perangai pemimpin UMNO.
  • Tarli Ali · Pengulas Tertinggi · Dubai, United Arab Emirates
    Dalam PAS banyak lagi calun yang berkaliber, Lebih baik dari Dato Hassan Ali. Hassan Ali dipecat, 100 orang lagi yang menunggu akan menjadi Ahli PAS. Selangor tidak ketandusan calun yang lebih baik dari Dato Hassan Ali.Prop Aziz Bari yang mengintai dan bersedia bersama PAS, Prop AZIZ BARI 10 kali lebih baik. Dr Hassan tak sampai sepenggal jadi Wakil Rakyat PAS sudah nak tunjuk taring.Jangan anggap diri terlalu hebat. Tanpa "Aku" PAS tak akan berjaya/ hidup...Anda salah perkiraan.... Nun diluar sana UMNO bersedia menunggu mu...Tak cukup telapak tanggan Stadium Bukit Jalal ditadahkan. Semuga Dato hassan Ali berjaya mentarbiyah UMNO dengan ilmu yang ada.
    • Muhammad Abdullah · Pengulas Tertinggi · SM TEKNIK PERTANIAN CHENOR
      Tarli Ali,, 100 orang lagi yang menunggu akan menjadi Ahli Pas tapi tak sama dg Dato Hassan seorang.
    • Angkel Zoel
      Muhammad Abdullah .. lebih baik ade 100 org yg tak sama langsung dari hassan ali.. dari ade 1 org yg semacam dia..
    • Zackry Wak · Pengulas Tertinggi · UTM
      Muhammad Abdullah - BETUL TU SEBAB PAK HASSAN ADA PHD DARI OVERSEA.....KUANG KUANG KUANG....
    • Tarli Ali · Top Commenter · Dubai, United Arab Emirates
      Z.W....Nak tau apa itu PHD... Pengkhianat Hasad dan Dengki....
    • Samsani Sulaiman · Top Commenter · Open University Malaysia
      Muhammad Abdullah : kelebihn HA ialah dia sgt takabbur...
    • Kamarudin Zakaria · Top Commenter · UKM Bangi
      elok la pecat pun..kalau pendirian kita doklawan arus..baik keluar laa..baik pecat la...tak payah la dok bg arahan pada umum supaya jangan keluar pada 901..senyap jer laa..kalau tak suka..kalau dajh bersongkok gat...masuk UMNO jer aa.
    • Jas Gunaa Sangani · Top Commenter
      Muhammad Abdullah BETUL BETUL SETUJU.. DIA SORANG JE JD PENGKHIANAT - HE HE HE
    • Cb Azila · Top Commenter
      Muhammad Abdullah sokong
    • Mohd Nazrie
      Muhammad Abdullah mmg tak sama sbb hassan ali sorg je perangai mcm tu..100 lg tak akan
    • Rozani Ismail · Top Commenter · UOP
      Muhammad Abdullah Apa guna kita menpunyai insan hebat tapi kehebatannya menghancurkan jemaah/parti...biarlah dia pergi...perkara sama akan dilakukan nanti.....
    • Mbah Jenggot · Top Commenter · Works at Takaful
      tarli ali....pembetulan...Hasan Ali sebelum ini pernah menjadi wakil rakyat PAS dalam dun sg burung dalam parlimen tg karang tahun PRU 99....
    • Muhaimin Abdurrahman · Top Commenter · UM
      Zackry Wak betul sbb dia cakap berdasarkan data guna kaedah kajian yg org lain tak buat
    • Haryatie Erra · Top Commenter
      ko carila klu ada..Hasan Ali the best..pejuang islam bukannya pejuang parti..esok dikubur bukan ditsnya siapa dan apa parti mu..tp apa agamamu, siapa saudaramu, dan mana kiblatmu..tdk tahula klu ada jawapan lain..contohnya saudaraku c ...kiblatku..lambang parti....?
    • Tarli Ali · Top Commenter · Dubai, United Arab Emirates
      Haryatie Erra Dia nak jadi pejuang Islam, Pejuang Bangsa dan mempertahankan Raja Raja....Lagipun Dia pakar Motivasi...Ada PHD....Asik memberi motivasi orang tapi dia lupa untuk memotavasikan dirinya sendiri.... one fingger pointing to somebody and the other three pointing to out self....Harus sedar dan ingat.
    • Mbah Jenggot · Top Commenter · Works at Takaful
      Tarli Ali hehehehehe kalau kita cari buruk orang sampai kiamat pun tak habis!!! tapi kalau cari buruk sendiri memang sampai kiamat pun tak akan jumpa...wakakakakaka
    • Wood Bridge · Top Commenter
      HA pk dia saja pejuang islam di msia....
    • Matju Twohand · Top Commenter
      Mbah Jenggot bukan cari buruk orang....tp hassan ali secara tak sedar menonjolkan kelemahan dia sendir....dia rasa dia lebih dari orang lain....takabbur...salah satu syirik kecil....
    • Tarli Ali · Top Commenter · Dubai, United Arab Emirates
      Mbah Jenggot Katanya Dia nak mempertahankan kemelayuanya...Dia tak sdar...dianya bukan melayu....
    • Ahmad Zakaria · Top Commenter
      Mbah Jenggot ,benar commen tuan tu,kita sama2le doarkan semuanya baik2 belaka.beliau masih terkejut lagitu setelah tenang nnti biar DHA banyak2 solat Istikarah mohon AllahSWT beri petunjuk dan bimbingan jalan yg mana perlu dituruti.
      Yang pentingnya perlulah Lillahitaala, tidak kerana yg lain.amin.
    • Tariq Ziyad · Top Commenter · Works at Berniaga
      Muhammad Abdullah memang tak sama kerana 100 orang itu mereka yang sanggup meletakkan nyawa sebagai taruhan dalam perjuangan untuk menegakkan agama allah.
    • Azrul Azamho · Top Commenter
      Haryatie Erra nak bersama UMno tu pegi je la..apa kaitan dengan perjuangan Islam...org2 kat DUN gombak dah tahu keUMnoan dia...
  • Ridzuan Abdul Razak · · Top Commenter · UTM Skudai, Johor
    Tak jd UMNO pun tapi macam jadi jurucakap UMNO..
    ABU
  • Azman Hj Mohd Noor · Top Commenter · M.D at Self Employed Consultant
    cakap dengan orang umno tak salah menggunakan media umono pun tak salah tapi menghentam keluarga sendiri tu cam ne ya...cerita dalam kelambu tu cam ne ya...itu yang masalahnya...kenapa tak duduk bermusawarah...nilai gerak kerja islam tuan-tuan tak perlu di nilai...nilai diri kita tu kena ikhlas...tak dalam parti pun tak apa...tapi kalau nak kerhornatan dinilai...eloklah jangan dengan PAS cari lah platfom lain...
    • Wood Bridge · Top Commenter
      dia lupa dia dlm PAS..igtkan UMNO.sembang dgn bini org xpe...bini sdri diburukkan! msia apa HA/Nasha ni
  • Kong Bu Fenzi · Top Commenter
    Kua kua kua.
    Nasharudin Mat Isa puak kerajaan perpaduang.
    Abang dia kena pecat , dia rasa sedih dan pilu.
    OOOI... Nasharudin Mat Isa dasar parti kena hormatilah.
    Keputusan yang di buat oleh parti... kau cuma ahli.
    Ikut lah peraturan parti. kalau kau sedih sangat istiharkan diri kau keluar parti lah , tungu dan tengok ada orang PAS sokong kah.
  • Dhomdhom Dasuki · Top Commenter · SMEVO and SM Panji Alam
    Kerana kita bercakap dengan akhbar Umno maka kita nak jadi Umno. Harap selepas ini politik kita menjadi matang," katanya.

    Masalahnya ialah kita gunakan akhbar UMNO untuk kritik Parti sendiri. Itu bukan sahaja tidak matang bahkan kurang cerdik....bodohlah!
  • Tariq Ziyad · Top Commenter · Works at Berniaga
    Untuk tatapan pimpinan parti ISLAM ; Percayalah nyawa kami akan dijadikan pertaruhan untuk perjuangan Islam melalui Parti Islam PAS. Kami tidak berkehendakkan pangkat atau wang ringgit; apa yang kami ketagihkan dari pimpinan PAS hanya Keikhlasan, ketegasan dan gerakerja berstrategi politik yang cekap serta berkesan; semoga mendapat keberkatan, keredhaan kepada Allah. Allah huakhbar
  • Yong Chun Wah · Top Commenter
    mana ada ahli berani mencabar keputusan tertinggi parti melalui media, dll? jika tiada tindakan diambil, dimana letaknya maruah parti pas? jika dalam sesebuah syarikat, pekerja2 yang mengkutuk keputusan lembaga pengarah, akan dipecat..............
  • Shahrul Nizam · · Top Commenter · Seri Kembangan
    Nasharudin Mat Isa sendiri dah tak sabar untuk dipecat juga kut... Kalau dah selalu bersama2 orang2 UMNO tapi tak ada masa dengan orang2 PR.. baik kau masuk UMNO je.
  • Abdulhadi Muhamad · Top Commenter · Kolej Islam Kelang
    Dengar ceritanya Datuk Hasan dan Ust Nasharudin ni tak sporting, semangat juangnya tidak tebal kerana tidak menang pemilihan dulu...mereka tak rajin datang mesyuarat peringkat Pusat parti. Mereka masih dihargai tetapi semacam memilih jadi gunting dan duri.

    Drastiknya pemecatan terhadap Tok San saya rasa kerana dilihat betapa drastiknya juga Tok San bersuara 'tinggi' menggunting dan menyucuk jemaah; padahal baru saja Mursyidul-'am kata beliau jantan kerana sudi MINTA MAAF atas apa yang berlaku sebelumnya. 'Tak akan hadir 901. Anwar tidak layak sebab tidak bermoral. Mahasiswa jangan hadiri 901'. 'Saya berjuang kerana Melayu, Islam dan raja2 Melayu!'

    Lepas ni apa pulak?
    Lepas ni Ust Nasha akan kata apa pulak?
    Wa tilkal ayyam Nudaawiluha bainannaaas...../wassalam.
    • Pak Abu · · Top Commenter · Owner at Riverside Art Studio
      Dalam politik ni kalau tak selesa berjuang atas satu flatfom cari flatdom lain yang sesuai. Tapi kut semua flatfom tak sesuai ha ha ha!
    • Ediramle Ismail · Smk kg laut
      Tahniah untuk Dato Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasharuddin kerana berani bersuara, tidak sekadar mengikut saja.
    • Ab Rahman Mahmood · Universiti Teknologi Malaysia
      biarkanlah Tok San berdakwah dan memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja2 Melayu melalui flatform yg dia rasa sesuai utk diri dia. Lepas ini tak lagi dia mengganggu PAS dg melanggar peraturan parti itu sesuka hatinya. Ust Nasar juga hak dia nak ikut jalan dakwah mana yg sesuai dg dia, asal tidak mengganggu PAS macam Tok San ganggu
    • Zulfiqar Shah A. Hadi · Kuwait University
      Pemecatan Hasan Ali tidak drastik, dia dan Ust Nasha telah dipanggil utk bertemu dengan TGNA dan Dato' Seri Presiden PAS di JKR 10, Kota Bharu. Hasan Ali sudah prnah menjawat Naib Pres. PAS sblum ni, dan Ust Nasha plk Timb. Pres .. dua tiga langkah lagi nak jadi orang tertinggi PAS .. Jd seolah tidak layak dia dipanggil J/K Tatatertib sebab dia "terlalu hebat" tambahan pula pengerusinya hanya Naib Pres .. MAKA PENGADILAN DAN PERBICARAAN UTK MEREKA BERDUA IALAH DI JKR 10 DENGAN NASIHAT DAN TEGURAN DARI MURSYIDUL AM DAN PRESIDEN PARTI .. NAMUN HASAN ALI TETAP BERDEGIL DN TINDAKAN SYURA IALAH PECAT BELIAU ADALAH KEPUTUSAN TEPAT ... TAKBIR
    • Pak Abu · · Top Commenter · Owner at Riverside Art Studio
      Atas kapal kalau degil sangat tak mahu ikut nakhoda baik nakhoda campak dia ke laut ha ha ha!
    • Pak Abu · · Top Commenter · Owner at Riverside Art Studio
      Kalau drastik pun elok juga sebab dia tu liat macam plastik.
    • Abdulhadi Muhamad · Top Commenter · Kolej Islam Kelang
      Zulfiqar Shah A. Hadi ~ mafhum hadith Nabi s.a.w: Tidak masuk jannah sesiapa yang ada dalam hatinya sebesar biji sawi / seberat debu dari sifat kibr (@ besar diri @ sombong). Kesian Tok San dilonjak angin motivatornya...
    • Rozani Ismail · Top Commenter · UOP
      Ediramle Ismail Bersuara tak kena tempat...ibarat bakar kelambu sendiri...
  • Yong Chun Wah · Top Commenter
    masih terdapat seekor beruk yang mengannggu PAS berterusan?pecat jer, mulutnya gatal dan kata2nya juga bercanggah dengan keputusan tertinggi PAS , ada batu disebalik udang? kaka!
  • Syed Jaafar Syed · Top Commenter · Master institute of tecnology
    Tak perlu nak ulas atau komen tentang Hassan Ali ni...keputusan dah dibuat... nak rayu atau tidak....hak dia.!!.. yang pasti ahli-ahli PAS dah masak dengan cara dia...dan makin hari makin terserlah sikapnya...!!.. Yang penting bagi ahli-ahli PAS teruskan agenda untuk menghadapi PRU-13...
  • Faizal 'Peja' Husin
    ni semua golongan gila kuasa..dah tidak terpilih dlm jawatan tertinggi parti, terus nak hentam parti.....SOry ustaz nasha, kalo bertanding d Parlimen Bachok lagi , u OUT.
  • Ishaq Muhammad · Top Commenter · UM
    Syukur Alhamdullilah YB Nasha. Anda telah diberi petunjuk oleh Allah S.W.T. PAS menuju kehancuran. Agenda Anwar dan DAP telah berjaya meresap ke dlm PAS.
  • Yong Chun Wah · Top Commenter
    mereka berdua memang tak dapat dijinakkan, menyerang keputusan jemaah pas tak terhenti-henti.... jika tak bertindak, pakatan pun terjejas, ada rakan pakat yang lemah, walaupun dihentam, diserang bertubi2 kali, tiada tindakan dilakukan, seolah2 jemaah pas tak berkemampuan untuk selesaikan isu dalaman sendiri...macam mana dapat berdepan dengan pihak lawan luaran pula? sekian!
  • Raja Rimba · · Top Commenter · Works at Self Employed (Business)
    Panorama di sekitar perkarangan Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur 09/01/2012. Ribuan penyokong DSAI menyatakan sokongan http://bit.ly/zQqKVE.
  • Abd Azizul Rahman Kidam · Top Commenter
    Cakap dengan orang Umno atau berkawan dengan merekapun tak apa. Keluarga saya pun ramai UMNO. Tetapi capap 2 orang ini bernada UMNO. Itulah yang masaalahnya...
  • Ramli Razak · · Top Commenter · Spm
    kalau Pas nak stabil pecat saja Nasa ni, hadir memberi sokongan ekoran pemecatan hasan ali bererti menentang keputusan pucuk pimpinan parti

100,000 dijangka hadir Konvensyen Pakatan kali ke-3

Harakahdaily,
ALOR SETAR, 10 Jan: Seramai 100,000 dijangka akan hadir pada Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 yang akan berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar 14 Januari ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi merangkap Pengarah Sekretariat Konvensyen berkata, pemilihan Kedah sebagai tuan rumah untuk program itu kali ini sangat bermakna kepada seluruh rakyat negeri itu.

Pada konvensyen tersebut, semua tokoh-tokoh utama Pakatan Rakyat akan hadir antaranya Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim kit Siang.

“Konvensyen kali ini bertemakan ‘Bersihkan Malaysia’ dan akan dihadiri oleh semua tokoh-tokoh utama Pakatan Rakyat.

“Ucapan pembukaan akan disampaikan oleh (Menteri Besar Kedah) Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak sebagai tuan rumah, kemudian diikuti (Ketua DAPSY) Anthony Loke, (Setiausaha Agung PAS) Datuk Mustafa Ali dan (Setiausaha Agung PKR) Saifuddin Nasution," katanya.

Selain mereka, hadirin juga akan mendengar rintihan suara rakyat dalam slot ‘Suara Hati Nurani Rakyat Malaysia’ yang bakal menampilkan Datuk A. Samad Said sebagai wakil Budayawan, Prof. Dr Aziz Bari sebagai wakil Akademik serta lain-lain termasuk wakil Felda, penjawat awam, NGO, Pemuda & Mahasiswa serta wakil dari Sabah dan Sarawak.

Ucapan penggulungan pula akan disempurnakan oleh pimpinan utama parti-parti dalam Pakatan Rakyat termasuklah Tuan Guru Nik Aziz, Datuk Seri Anwar, Tuan Guru Abdul Hadi, Karpal Singh, Lim Guan Eng dan Azmin Ali.

Pada sebalah malamnya pula akan diadakan program ceramah 'Rapat Rakyat Perdana' yang akan dihadiri pimpinan utama Pakatan Rakyat.

Ianya adalah program kemuncak yang akan bermula dengan solat maghrib berjamaah, solat hajat, kuliah Datuk Dr. Harun Din sebelum mendengar ceramah dari pimpinan utama Pakatan.

Bersih: Mahkamah tolak rayuan Peguam Negara

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR, 10 Jan: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan daripada Peguam Negara yang merayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Mei 2009 yang melepaskan dan membebaskan 10 orang termasuk beberapa pimpinan PAS daripada pertuduhan terlibat dengan perhimpunan Bersih pada 11 Disember 2007 lalu.

Keputusan tersebut dibaca oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Su Yeok Geam.

Mahkamah Sesyen pada 4 Mei 2009 telah melepaskan dan membebaskan 10 orang tersebut di mana pihak pendakwa menurut mahkamah gagal membuktikan wujudnya perhimpunan haram pada hari tersebut yang menyalahi Seksyen 27 (5) (a) Akta Polis 1967.

Antara mereka yang ditahan kerana dituduh menyertai perhimpunan itu ialah Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Ketua Pemuda dan Muslimat PAS Pusat, Nasrudin Hassan dan Ustazah Nuridah Salleh, dan Presiden PSM, Dr Mohd Nasir Hashim.

Manakala lima lagi adalah Badilah Muda, Hashim Awang, Azira Arifin, Mohd Sabri Syafie dan Ang Hok Gan.

Mereka pada jam 11.30 pagi, 11 Disember 2007, telah hadir ke bangunan parlimen bagi menghantar satu memorandum, mendesak kerajaan supaya tidak melanjutkan khidmat Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada waktu itu.

Semua tertuduh diwakili oleh barisan Peguam daripada Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia yang diketuai oleh Ketua Unit Tindakan Kes-kes Jenayah Juham, Ariff Azami dan dibantu oleh Radzlan Jalal, Azizul Shariman, Dr Zulqarnain Luqman, Noorazmir Zakaria dan Pengarah Juham, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi.

Menurut Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi, keputusan itu membuktikan bahawa pertuduhan dan pendakwaan tersebut jelas bermotifkan politik di mana mereka yang dituduh hanya melaksanakan hak kebebasan bersuara seperti mana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Tiada ulasan: