10 berita paling popular minggu lalu
Harakahdaily, | 16 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 16: Berita berkaitan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemecatan Datuk Dr Hasan Mohd Ali menjadi berita paling popular dalam Harakahdaily sepanjang minggu lalu (8-14 Januari).
Berikut adalah 10 berita paling popular minggu lalu sebagaimana yang dipilih oleh peminat facebook Harakdaily.
1) Marah keputusan mahkamah, banner jadi mangsa
3) Rashid, Husam dedah misteri dakwat kekal PRU12
4) Mengapa saya pilih ungkapan ‘Mampus Umno’?
5) Saari Sungip dipanggil dan diberi amaran
6) Pembaca berita TV3 mohon maaf, tersasul sebut Anwar
7) Pengiring Anwar terkena suntikan beracun
8) Rumah Wardina dirompak, suami dipukul
9) Utusan cuba sensasikan ‘kesalahan’ muslimat PAS
10) Jumpa Hasan: Ismail Kamus mahu saman media
NFC: Tekanan kepada Muhyidin semakin kuat
Harakahdaily, | 16 Jan 2012 |
Selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta Muhyidin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sekarang, Datuk Seri Noh Omar mengkaji bagaimana mahu menyelesaikan isu ini, Noh pula mengalihkan isu ini kepada Muhyidin.
Ketika yang sama, akhbar Business Times (BT) Singapura juga menyalahkan kementerian yang diterajui Muhyidin sebelum ini sebagai pihak yang bertanggung jawab dalam skandal ini.
Ketika mengumumkan pembekuan aset NFC, Najib berkata, beliau telah meminta Muhyidin dan Noh untuk mencari jalan menyelesaikan isu ini.
Hari ini, ketika ditanya wartawan mengenainya, dua kali Noh berkata, "Yang ini anda tanya TPM."
BT hari ini dalam laporannya berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
mesti disiasat ekoran skandal National Feedlot Corporation.
"Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mesti disiasat kerana memberikan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada NFC," tulis BT dalam ruangan komentarnya.
"Peranan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini juga harus disiasat," tulisnya.
Tindakan kementerian ini mengeluarkan pinjaman RM250 juta setahun lebih awal dari perjanjian untuk projek ini harus disiasat.
Ketika semua pihak meletakkan semua kesalahan di bahu Datuk Seri Shahrizat Jalil sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, bukan Shahrizat sahaja yang bersalah.
"Muhyidin lebih bersalah kerana dia adalah menteri kementerian berkenaan ketika itu," kata beliau kepada Harakahdaily.
Ikrar Pakatan Rakyat
Harakahdaily, | 16 Jan 2012 |
Dengan menginsafi bahawa asas keadilan dan demokrasi semakin runtuh di bumi Malaysia;
Dan menginsafi bahawa rakyat Malaysia semakin dinafikan hak dan terus menerus dipinggir daripada mengecapi kekayaan negara.
Maka kami, para pendukung Pakatan Rakyat dengan penuh iltizam berikrar akan menjunjung cita-cita murni membina sebuah Malaysia baru yang demokratik, adil dan berkebajikan.
Dengan berteraskan semangat Ketuanan Rakyat, kami berjanji:
Pertama: Akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Dasar-Dasar Bersama Pakatan Rakyat;
Kedua: Akan menumpukan sepenuh usaha dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat;
Ketiga: Akan memperkukuhkan kerjasama di kalangan anggota-anggota parti komponen Pakatan Rakyat;
Keempat: Akan terus memperkasa jati diri dan menghindari segala sogokan yang mendorong ke arah mengkhianati Pakatan Rakyat;
Kelima: Akan tetap menjunjung harapan rakyat ke arah membina sebuah negara yang demokratik, adil dan berkebajikan.
Bahawasanya kami dengan ini berikrar akan tetap setia bersama perjuangan Pakatan Rakyat demi rakyat Malaysia.
-------------------------------------------------
Ikrar dibacakan oleh Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyudin Hassan di Konvensyen ke 3 Pakatan Rakyat di Alor Setar pada 14 Januari 2012.
PAS Titiwangsa santuni masyarakat Tionghua
Harakahdaily, | 16 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 16 Jan: PAS Kawasan Titiwangsa berjaya menganjurkan sumbangan kepada masyarakat Tionghua sempena Sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Orang Ramai, Projek Perumahan Rakyat, Desa Rejang, Setapak, kelmarin.
Majlis bermula pada jam 8.00 malam dengan ucapan perasmian oleh Ustaz Nur Raihan Abdul Aziz, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Titiwangsa.
Seramai 150 orang penerima sumbangan dari kalangan lelaki dan perempuan masyarakat Tionghua Desa Rejang hadir bagi memeriahkan majlis ini.
Raihan dalam ucapan perasmian menekankan persoalan kesamaan hidup masyarakat di Malaysia antara setiap kaum.
Katanya, sebagai sebuah negara berbilang kaum dan bangsa, perasaan hormat menghormati perlu disemai supaya semua pihak dapat hidup dalam suasana yang aman dan harmoni.
Beliau juga menambah bahawa budaya masyarakat hari ini menolak semangat perkauman sempit yang cuba ditiupkan oleh sesetengah pihak.
Baginya, usaha itu merupakan suatu usaha yang sia-sia memandangkan masyarakat di negara ini memahami dan bertoleransi antara semua kaum. Justeru, katanya setiap kaum berhak merayakan hari-hari kebesaran kaum dan bangsa mereka.
Majlis itu diakhiri dengan serahan sumbangan kepada semua penerima yang hadir dan disampaikan oleh Raihan Abdul Aziz.
Setiap penerima menerima sumbangan berupa beras 5 kilogram, wang tunai, kad raya, serta beberapa biji buah limau.
Selain itu, 50 kanak-kanak Tionghua turut menerima sumbangan angpau di majlis tersebut.
PAS Titiwangsa mengharapkan majlis sumbangan itu mampu memberikan keceriaan kepada warga Tionghua khususnya dari PPR Desa Rejang dalam merayakan Sambutan Tahun Baru Cina yang jatuh pada 23 Januari 2012.
Rentetan dari itu, PAS Titiwangsa akan turut mengedarkan sumbangan buah limau dan kad raya Cina kepada warga Tionghua di kawasan Taman Maluri pada 21 Januari 2012 bermula jam 9.00 pagi.
Untuk edaran ini, PAS Titiwangsa telah menyiapkan 10,000 biji limau serta kad raya untuk diedarkan kepada masyarakat Tionghua.
Majlis itu menandakan keprihatinan PAS Titiwangsa terhadap semua kaum di kawasan Parlimen Titiwangsa dan semoga kaum Tionghua dapat merayakan Sambutan Tahun Baru dengan penuh kemeriahan.
Tokoh ulama saran contohi MB Kedah
Harakahdaily, | 16 Jan 2012 |
SIK, 16 Jan: Tokoh ulama, Tuan Guru Haji Salleh Musa (gambar) menyeru ahli dan pimpinan PAS Kedah agar mencontohi Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak yang tidak pentingkan diri sendiri, sebaliknya sentiasa mengutamakan keperluan-keperluan rakyat.
“Saya pujilah Ustaz Azizan ni. Semua kita perlu ikut contoh macam Ustaz Azizan, cukup elok. Jangan hendak tamak itu dan ini. Dia tidak pentingkan diri tetapi sentiasa utamakan keperluan rakyat,” ujarnya berucap pada Multaqa Daie dan Aktivis Islam di Kompleks PAS Kawasan Sik, awal bulan ini.
Ujarnya, setiap pendokong PAS perlu mengenang segala nikmat diberikan Allah terutamanya nikmat kemenangan yang diperolehi hari ini.
Jelas beliau, bersyukur dengan nikmat kemenangan adalah memanfaatkannya untuk menuju ke jalan keredaan Allah.
“Dasar kita bukan cari benda. Allah jadikan kita untuk takwa, dengan takwa Dia akan berikan rezeki yang kita tidak sangka-sangka. Maka, mesti ikhlas dan ikhlas itulah pintu untuk mencapai matlamat,” terang beliau yang juga Mudir Madrasah ar-Rahmaniah.
Para pimpinan PAS juga tegurnya, perlu mengelak perasaan hasad dengki kerana orang yang memiliki sifat itu tidak layak menjadi pemimpin.
Serunya, ahli PAS mesti kekal teguh berpegang kepada tali Allah dan terus bekerja kerana tidak ada lagi golongan yang dapat diharap untuk menyeru kepada kebaikan melainkan PAS.
Tempelak beliau, Umno tidak boleh diharap untuk menjaga agama kerana agama pada diri pemimpin mereka sendiri dipertikaikan.
Oleh itu katanya, seluruh pendokong PAS perlu mempersiapkan diri dengan agama untuk menghadapi segala cabaran itu.
“Jangan kuat kerja politik sahaja, kena ambil faham sama ilmu-ilmu akidah. Hari ini dah celaru macam-macam. Maka kitalah nak kena ambil tanggung jawab ni,” ujarnya menyuntik semangat.
Multaqa bertemakan “Menghadapi Cabaran Ummah Dan Persiapan PRU13” itu dihadiri lebih 1,000 aktivis PAS Kedah dan diadakan sebagai kesinambungan Ijtimak Tarbawi PRU13 di Taman Melewar bulan lalu....Harakah cetak.
Najib dicabar isytihar harta macam Exco P Pinang
Mohd Sabri Said, | 16 Jan 2012 |
Justeru, beliau memuji langkah yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini apabila mengisytiharkan harta semua exconya.
"Sepatutnya Kerajaan Pusat malu dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana mendahului tanggungjawab dengan mengisytiharkan harta exco yang bertanggungjawab membuat polisi kerajaan. Bila istihar harta, rakyat akan tahu berapa banyak harta yang ada pada kepimpinan yang sering mengajak rakyat buat itu dan buat ini," jelasnya dalam ceramah anjuran Jabatan Pilihanraya PAS Negeri di Pongsu Seribu, Kepala Batas malam tadi.
Tambah beliau, pengisytiharan harta oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat itu jelas membuktikan keprihatinan kerajaan yang berjiwa rakyat, tidak seperti kerajaan BN yang mengambil wang rakyat untuk kepentingan kroni.
Hasil pengisytiharaan tersebut mendapati Exco Kebajikan, Kesihatan dan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh menjadi Exco paling kaya iaitu memiliki tanah dan rumah di New Zealand bernilai RM1.39 juta, kereta Alphard bernilai RM169,000 dan beberapa unit saham.
Manakala exco paling tidak berharta ialah Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malek Kassim yang hanya mempunyai sebuah kereta Proton Tiara bernilai RM36,000 dan Honda CRV 2.0 berharga RM130,000 yang baru diberi menggunakan pinjaman kerajaan negeri.
Beliau tiada mempunyai apa-apa harta pelaburan.
Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai berkata, keberanian Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng harus dipuji oleh rakyat kerana tidak takut berselindung berbanding dengan kepimpinan Umno dan BN.
Katanya, jika kepimpinan Umno dan BN isytihar harta tentu rakyat akan terkejut kerana walaupun baru sepenggal menjadi wakil rakyat sudah mempunyai harta berjuta-juta ringgit.
"Pasti rakyat akan terkejut bila lihat senarai harta kepimpinan Umno dan BN. Sebab bukan diri mereka saja yang kaya tapi suami, anak dan sanak saudara turut berpeluang membolot kekayaan harta rakyat," terangnya.Desak kerajaan benarkan tentera mengundi di luar kem
Aziz Muda, | 16 Jan 2012 |
ALOR SETAR, 16 Jan: Pakatan Rakyat didesak supaya tidak bertolak ansur dalam soal pembuangan undi di kalangan anggota tentera agar mereka tidak lagi dibiarkan membuang undi di dalam kem seperti yang diamalkan oleh Kerajaan BN sejak dulu.
Sekiranya perkara itu dibiarkan, ia pasti akan memberikan keuntungan kepada Umno BN semata-mata kerana gagal dipantau oleh Pakatan Rakyat sepanjang proses pembuangan undi itu berlangsung.
Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab (gambar) berkata, sebaliknya Pakatan Rakyat perlu mencari jalan dan mendesak Kerajaan BN agar membenarkan anggota tentera mengundi di luar kem seperti juga pengundi-pengundi lain.
Menurutnya, jika anggota tentera terus dibiarkan mengundi di dalam kem, pilihanraya akan datang tetap tidak berubah, malah pasti hanya menguntungkan Umno BN semata-mata seperti yang berlaku selama ini.
"Kini telah tiba masanya bagi Pakatan Rakyat bertindak lebih jauh dalam hal ini, dengan mendesak kerajaan membenarkan anggota tentera mengundi di luar kem kerana perkara itu sebenarnya boleh dilakukan dengan mudah jika dikehendaki oleh kerajaan," katanya ketika ditemui Harakahdaily, di sini.
Selain itu, beliau turut mendesak Pakatan Rakyat agar mendesak Kerajaan BN memansuhkan undi pos di kalangan anggota tentera kerana pengundian pos telah dikesani oleh beliau mempunyai pelbagai unsur manipulasi.
"Undi pos itu sebenarnya adalah kuasa penentu bagi kemenangan Umno BN dalam pilihanraya. Jadi Pakatan Rakyat mesti mendesak kerajaan agar mengubah perkara itu agar memansuhkan undi pos dalam pilihanraya akan datang," tegasnya.
Sebelum itu, beliau turut menyuarakan perkara yang sama ketika berucap pada acara Ucapan Suara Nurani Rakyat pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, kelmarin.
Sebagai bekas pegawai tentera, beliau turut kesal kerana negara ini didakwa tidak mempunyai dasar yang jelas berhubung dasar pertahanan negara.
"Jika ada dasar pertahanan negara, di mana letaknya dasar itu? Jika ada dasar, takkan kerajaan boleh beli peralatan tentera dengan sesuka hati tanpa mempedulikan kepentingannya sehingga sanggup membazirkan wang negara?" tegasnya.
Ketika berucap bagi mewakili penjawat awam pada acara yang dipengerusikan oleh Datuk Johari Abdul itu, beliau turut kesal dengan langkah kerajaan untuk melaksanakan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan sistem sedia ada.
"Pihak kerajaan langsung tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan para penjawat awam untuk melaksanakan sistem itu. Kerajaan hanya menjadikan para penjawat awam seperti 'robot' dan 'orang bodoh' sahaja dengan hanya menurut sahaja apa yang diperintahkan," tegasnya.
Penjawat awam di negara ini, tambahnya, berjumlah 1.4 juta orang, tetapi sistem tersebut hanya memberikan keuntungan yang besar kepada segelintir penjawat awam sahaja dan amat merugikan mereka yang lain terutama yang berada dalam kumpulan sokongan.
"Perkara itu amat berbeza berbanding langkah yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat seperti yang terdapat dalam Buku Jingga yang akan memberikan keuntungan serta keadilan kepada semua pihak," ujarnya.
Beliau berharap agar 1.4 juta penjawat awam di negara ini sedar mengenai perkara itu dan turut melakukan perubahan dengan memberikan undi kepada Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 akan datang, bagi membolehkan Pakatan Rakyat melangkah ke Putrajaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan