Jumaat, 13 Januari 2012

BILA TAK MEMIKIR DIADILI DIPADANG MAHSYAR...BICARA YANG ADIL LAGI TEPAT..SABIT SALAH NERAKA TEMPATNYA

AMANAH pimpinan Ku Li didesak jadi parti politik
NGO yang baru sahaja ditubuhkan Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) kini sedang didesak oleh ahlinya supaya menjadi parti politik dan menyertai pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.

NONEBagaimanapun, majlis pimpinan pusat Amanah - yang diasaskan beberapa ahli politik veteran Umno yang diketuai ahli parlimen Gua
Musang Tengku Razaleigh Hamzah - masih belum membuat keputusan, kata timbalan pengerusinya, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dalam temubual dengan Malaysiakini.

"Kami benar-benar ditekan khususnya (ahli) dari Sabah dan Sarawak. Ahli yang menyertai AMANAH sebagai NGO - tetapi NGO politik - mereka memang mahu AMANAH menjadi parti politik dan menyertai pakatan pembangkang, tidak menjadi 'third force' atau seumpamanya.

"Tetapi sebagaimana maklum, kami masih bergerak sebagai NGO, jadi saya tidak boleh menjawab apa yang berlaku pada masa depan. Sebaliknya saya boleh beritahu, sebahagian besar ahli kami,
termasuk pemimpin AMANAH, benar-benar mahu AMANAH menjadi parti politik dan membuat sesuatu yang konkrit untuk membawa perubahan," katanya.

NONEKadir yang juga bekas menteri pelancongan berkata, walaupun AMANAH masih belum mempunyai program yang khusus, pihaknya telah mempunyai kira-kira 10,000 ahli, kebanyakannya dari Selangor, Sabah dan Sarawak.

Pertubuhan yang dilancarkan pada Julai dan mendapat didaftar rasmi sejak November lalu, bertujuan untuk menghidupkan "semangat kebersamaan dan semangat satu keluarga sebenar di kalangan rakyat Malaysia sejak kemerdekaan".

NGO ini menjadi pentas beberapa pemimpin BN yang lantang bersuara antaranya Tengku Razaleigh, Kadir, bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, bekas timbalan presiden MIC S Subramaniam, pemimpin parti komponen BN, Sabah Pasokmomogun (Upko), Wilfred M Bumburing.
DPPM: Isu zakat - asnaf atau pinjam?
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat penjelasan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali yang merujuk kepada kenyataan mufti Datuk Wan Zahidi Wan Teh bahawa penggunaan wang zakat untuk kes guaman dibolehkan demi mempertahankan kedaulatan Islam, sebagai "amat pelik dan mengelirukan".

"DPPM merasa kesal kerana Datuk Che Ali Che Mat begitu mudah menghalalkan penggunaan wang zakat oleh Datuk Seri Jamil Khir dan MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) dengan alasan ‘mempertahankan kedaulatan Islam’," kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor.

DPPM, katanya, mempersoalkan bagaimana Datuk Che Ali Che Mat boleh mendefinasikan kes penggunaan wang zakat sebagai ‘mempertahankan kedaulatan Islam’.

"Ini kerana saman yang dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap individu terbabit kerana beliau mahu membawa kesnya di mahkamah syariah. Sebaliknya ia dinafikan dan akhirnya ia dibawa ke mahkamah sivil.

"Adakah usaha mempertahankan kes Datuk Seri Anwar daripada dibawa ke mahkamah syariah juga boleh dikategorikan sebagai ‘mempertahankan kedaulatan Islam’?

"Bukankah Datuk Seri Anwar yang sepatutnya dianggap ‘mempertahankan kedaulatan Islam’ kerana mahu membawa kesnya ke mahkamah syariah dengan mengikut undang-undang Islam, tetapi haknya dinafikan sehingga beliau diheret ke mahkamah sivil," tegas Riduan dalam satu kenyataan.

Selain itu, katanya, sekiranya benar wang zakat yang digunakan oleh Jamil Khir adalah ‘untuk mempertahankan kedaulatan Islam’, mengapa duit zakat itu dipulangkan balik.

"Mengapa ia tidak terus dianggap sebagai asnaf yang layak mendapat zakat? Pemulangan duit zakat itu menunjukkan seolah-olah MAIWP bersetuju bahawa duit zakat itu tidak patut digunakan untuk kos guaman maka ia perlu dipulangkan balik setelah mendapat peruntukan kerajaan.

"Adakah dengan kenyataan Datuk Che Ali menunjukkan MAIWP mengakui bahawa kos pendahuluan untuk kes guaman tersebut menggunakan duit zakat.

"Jika begitu, mengapa dari awal MAIWP dan Datuk Seri Jamil Khir menafikan penggunaan duit zakat sebaliknya menjelaskan ia diambil dari peruntukan kerajaan," tambahnya.

  • Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi
    Dalam ajaran islam mazhab umno.
    asnaf atau pinjam adalah serupa , ini wang rakyat boleh dikebas , tak salah. wang rakyat boleh guna pakai... asnaf atau pinjam adalah serupa. kua kua kua.
    • Ramesh Adari · Pengulas Tertinggi
      Selagi kamu tidak menafikan diri ditanah suci atau di tempat suci ,selagi itulah kamu akan digelar sebagai PELIWAT!Beranikah kamu ?sanggupkah kamu?kenapa kamu takut sangat?takut ditimpa bala ke?sivaji the boss come on!
    • Agaknya La · Pengulas Tertinggi
      Fisabillillah ke org yg menahan seseorg yg hendak dbicara di mahkamah syariah???

      bayaran guna duit kerajaan di bwh BN boleh ditafsirkan sebagai 'upah' atau 'komisyen' kerana berjaya menghalang seseorg yg hendak dbicarakan di Mahkamah Syariah...

      Ada pula yg kata PAS, alahai.. ada ke di antara org PAS guna pendahuluan duit zakat utk bayar guaman???...

      Ada pula kata berdasarkan kitab islam hadhari... sedih... mana yg perlu diambil sebagai nas... adakah Al-Quran dan Sunnah atau Kitab Islam Hadhari???

      Adakah ini kefahaman islam yg diterapkan oleh BN???... mengelirukan umat??
    • KaMa Charles · EHS Technician di Motorola
      Ramesh Adari , lawak la hg ne..pcah prut kwn gelak.
  • Cikgu K TutorPro · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Principle of Professional Tutor Academic
    saya pernah pergi jumpa Datuk Che Mat Ali minta sumbangan program PERKIM cawangan..banyak la songel itu ini..padahal saya dtg dengan pengerusi saya, bawa kertas kerja, dgn ajk sekali...Maka kami balik.

    Ulang dtg kali kedua dgn dokumen sokongan lain.., dpt ciput saja, walhal orang yg derma personal beri lebih banyak.

    Kalau datok masih ingat, saya lah orang yg tolong bagitahu bahawa zip seluar datok terbuka tu.Plz remember me...

    Saya juga ada datang 'escort' saudara(India) kita yang baru masuk Islam-minta bantuan dgn bawa dokumen2 LENGKAP..., pendek kata, saudara baru tu kata pd saya, ''sampai mati saya tak akan datang lagi minta bantuan duit kat sini....''.Saya kongsikan di sini untuk umum.Saya bertanggujawab atas tulisan saya.BUKAN rekaan...!
    • Razak Najib
      patutla berduyun duyun orh islam p mintak tolong kat church sbb org yg tadbir duit zakat dah hilang fokus. Yang tak patut di beri...diberikan...Yang patut di tolong tak pula di tolong...hampeh lah JAKIM, JAWI,JAIP,JAKUN
    • Riezman HAshim · Pengulas Tertinggi
      kalau utk org umno cepat je di beri yg dibantu pulak tu menteri senang2 je beri bantuan tak mintak dokumen pon.begitulah layanan kalau org umno ayau yg ada kena mengena dgn PM...
    • Razali Abd Ghafar · Pengulas Tertinggi · Admin di AIA
      Razak Najib itu tanya hassan ali...dia ada jawapannya
    • Hadi Kamaruzzaman · Top Commenter · Ipoh, Perak
      kesian kat hang, yg susah dorg x mau beri yg senang keje menteri plak yg dpt priority.
    • Fared Masrom · Top Commenter · Pemilik, Pengurus, Chef at D`ReSePi Restorant and catering
      tanya sama mufti..... apa jawapannya....
    • Hasmira Hasmi · Top Commenter · SGB
      Razak Najib ,daki dia dengan umno sangat tebal sehingga sanggup mempermainkan hukum Islam
    • Rosli Assharif · Top Commenter · Universiti Putra Malaysia
      Mak Datok...sampai macam tu sekali.....Jawap DCMA, jangan xjawap....
    • Noriman Saari · Top Commenter
      tertunggu-tunggu uga komen dari pejuang Islam tulen dato Hasan Ali pasal duit zakat ni...MK tak tanya dia ke....
    • UwanZz HB · Top Commenter
      Saya bertanggujawab atas tulisan saya.BUKAN rekaan...! ;) berani kerana benar...
    • Syedalif Muhammad · Top Commenter · UiTM Shah Alam
      .....gabra tak tentu arah....nak cover line dah tak boleh pihak audit yg lapor...patut dok cover line najib pi hj ari tu....pirahhhh menyampah....semua ustaz2 umno tak boleh di ikut...hari tu imam masjid negara ust firdaus....mungkin sikit hari lagi hasan ali pulak kot....
    • Muhamad Kashfy Hashim · Top Commenter · ILP JITRA KEDAH
      Syedalif Muhammad Pengerusi ULAMA UMNO diam je..apa kes..?
    • Raja Rimba · · Top Commenter · Works at Self Employed (Business)
      JIKA ANDA RAKYAT MALAYSIA SEJATI DAN CINTAKAN KEHARMONIAN, ANDA AKAN MENGALIRKAN AIR MATA MELIHAT VIDEO INI http://bit.ly/xqpwB2
    • Pakai Otak · Top Commenter · Dgn Kawan 2
      KALAU MACAM NI NAMPAK JELAS DUIT ZAKAT TELAH DISALAHGUNAKAN...PERKARA BEGINI TAIDAK PATUT BERLAKU...INI TANDA2 AKHIR ZAMAN DUIT ZAKAT DISALAHGUNAKAN UTK TUJUAN KEPENTINGAN PERIBADI.
    • Pakai Otak · Top Commenter · Dgn Kawan 2
      Syedalif Muhammad : Ustaz UMNO ni dah sesat akibat terpengaruh Fahaman Sesat UMNO(BN)..Tumbangkan UMNO(bn) dlm PRU13 nanti..
    • Sahari Nazri · Top Commenter
      Rombak baliklah. Bila orng lain bagi bantuan kita mengamuk! Malu betul le..Apa nak jd dgn institusi Islam kita ni!
    • Sakrani Ahmad · Top Commenter · Pasir Gudang, Johor, Malaysia
      Razak Najib ,maaf cakaplah sdr,kebanyakan mereka itu lintah darat.Malam tadi Dato Rashid ada cakap kat forem,sepatutnya rm600 juta setahun mesti di serahkan kepada Kelantan ,tapi kemana duit tu.(duit rlty)
    • Muhammad Ahmad · Top Commenter · UTM
      Ceritanya macam pengurusan MAIWP tidak mempunyai garis panduan dan SOP yang diluluskan oleh Majlis Ulamak mahupun berdasarkan asnafnya. Ishh macam manalah orang bukan Islam nak masuk Islam bila tengok tatarurus zakat tidak mengikut kehendak Al Quran. Asas yang dilafazkan oleh Mufti dah betul tetapi penjelasan serta kefahaman di pihak MAIWP amat dangkal.Mungkin di dunia terlepas,tetapi di alam barzakh belum tentu lepas. Setakat bila pencen boleh berdoa dan bertaubat belum tentu lepas lagi sebab ia melibatkan kemaslahatan masyarakat bukan sahaja dengan Allah.
    • Hasnul Abdul Hamid · Top Commenter · Int. islamic univ
      belajar agama tinggi2 , bila berjawatan ego ...
    • Zul Zm · Top Commenter · SGB
      mmmm, zakat2. byr la ketempat yg sesuai.


Kes hina mahkamah ditangguh penulis blog 'hilangkan diri'

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan prosiding menghina mahkamah melibatkan penulis blog Amizudin Ahmat yang disaman Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana Amizudin telah 'menghilangkan diri'.

Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Rais, berkata keadaan tersebut menyebabkan beliau gagal menyerahkan dokumen prosiding menghina mahkamah dan pihaknya telah berusaha menyerahkan dokumen itu sebanyak tujuh kali bermula 25 November hingga 7 Disember tahun lepas.

Muhammad Shafee berkata pada 11 Jan lalu, pihaknya cuba mengambil peluang untuk berjumpa Amizudin yang menghadirkan diri untuk pendengaran kes rayuannya di Mahkamah Rayuan, Putrajaya tetapi ia gagal kerana Amizudin sekali lagi menghilangkan diri.

Berikutan keadaan itu, Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof memutuskan 2 Februari ini untuk perbicaraan menghina mahkamah terhadap Amizudin.

Pada 21 November tahun lalu, Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Rais untuk memulakan prosiding menghina mahkamah kerana penulis blog tersebut telah melanggar sebahagian perintah yang melarangnya daripada terus menerbitkan artikel memfitnah Rais dalam blognya.

Perintah yang dikeluarkan Hakim Zabariah itu ialah susulan daripada keputusan saman fitnah pada 19 Julai tahun lalu yang difailkan Rais terhadap Amizudin.

Rais memenangi saman tersebut dan Amizudin diperintah membayar gantirugi RM300,000 kepada menteri itu. Hakim Zabariah turut memerintahkan Amizudin membayar kos RM100,000 kepada Rais.

Pada 31 Januari 2011, Rais, 69, memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga anggota jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) berhubung artikel yang disiarkan dalam blog sharpshooterblogger.blogspot.com, pada atau sekitar 28 Dis 2010.

Dalam samannya itu, Rais berkata artikel berbahasa Melayu itu berniat jahat dan memfitnah beliau serta bermaksud beliau melakukan kesalahan besar merogol dan mampu membunuh pembantu rumah beliau dari Indonesia.

Seorang wanita yang pernah bekerja dengan menteri itu kemudiannya dilaporkan telah memberitahu sebuah portal berita Indonesia bahawa beliau tidak pernah dirogol atau dilayan dengan buruk oleh majikannya itu.

Ibu Kugan saman RM100j terhadap Khalid Abu Bakar dan 4 lagi
Ibu kepada seorang tahanan polis yang mati dalam lokap Balai Polis Taipan di Subang Jaya, A Kugan, hari ini memfailkan saman RM100 juta terhadap Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar dan empat yang lain kerana didakwa gagal memastikan keselamatan anaknya semasa dalam tahanan, tiga tahun lepas.

NONEPentadbir estet N Indra turut menamakan Konstabel Polis V Navindran, bekas Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Zainal Rashid Abu Bakar, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Indra memfailkan saman itu melalui Tetuan Edwin Lim Suren & Soh di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di ibunegara pada pukul 9 pagi.

Dalam pernyataan tuntutannya, Indra mendakwa kesemua defendan telah gagal untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan si mati (Kugan) semasa dalam tahanan polis dari 14 hingga 20 Januari 2009 serta gagal untuk melaksanakan pengawasan dan pengawalan ke atas anggota polis.

Wanita berusia 44 tahun itu turut mendakwa defendan gagal menyediakan satu sistem yang selamat untuk menyoal dan mengendali suspek dalam polis tahanan serta gagal memastikan jagaan perubatan untuk anaknya.

Indra mendakwa para defendan juga cuba menyembunyikan sebab kematian sebenar anaknya dan/atau mengeluarkan kenyataan yang dikira membebaskan polis daripada tanggungjawab/liabiliti dengan pengetahuan sepenuhnya bahawa kematian itu adalah tidak disebabkan oleh mereka.

Wanita itu menuntut gantirugi RM100 juta, serta gantirugi teladan, kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah.

Pada 28 Jan tahun lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepas dan membebaskan Navindran daripada dua tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Kugan.

Kugan, 23, suspek kes curi kereta mewah, meninggal dunia ketika dalam tahanan polis pada 20 Januari 2009.

Tiada ulasan: