Jumaat, 27 Januari 2012

LAGI BANYAK BERCAKAP LAGI BANYAK MEMBUKA KEAIBAN DIRI..LAGI TERSELAH NIATNYA BERJUANG...JANGAN JADI PENENTANG ISLAM SECARA TAK LANGSUNG..NI KESAN ILMU AGAMA TAK MENDALAM@LONGGAR...AMALAN2 SUNNAH@SUNAT HANYA ALLAH SAJA YANG TAHU...PATUT LAGI BERILMU LAGI TUNDUK BUKAN MENDEBIK DADA...AMALAN IKHLAS HANYA ALLAH TERIMA...

MP: Hasan akan jadi 'budak suruhan' dalam 'kuasa ketiga'
Timbalan pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Samad berkata bekas ketuanya, Datuk Dr Hasan Ali hanya akan menjadi "budak suruhan" dalam Umno apabila berjinak-jinak dalam kem "kuasa ketiga" – kumpulan yang dikatakan akan meraih sokongan pengundi penentu dalam pilihan raya akan datang.
orange book forum klscah 250111 khalid samadSambil menyifatkan 'kuasa ketiga' itu sebagai hanya "rekaan romantis" untuk kepentingan BN, Khalid (kiri) yang juga ahli parlimen Shah Alam berkata, ia hanya akan menjadi "pengacau" apabila calon dari kem Pakatan Rakyat berdepan dengan calon BN dalam pilihan raya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Hasan dalam satu program wawancara di TV3, Rabu lalu yang antara lainnya mengupas mengenai gerakan kuasa ketiga yang bakal disertai bekas exco Selangor itu.
Hasan dalam program tersebut juga berkata, beliau tidak merangka untuk bergerak ke peringkat bertanding dalam pilihan raya, namun usaha melalui gerakan kuasa ketiga itu telahpun dimulakan oleh "teman-teman" yang tidak dinyatakannya.

Hasan juga berkata jenama kuasa ketiga itu masih belum ditentukan, namun beliau akan bergabung dengan wakil rakyat bebas yang lain, dengan menawarkan manifesto bersama walaupun tidak mempunyai parti sendiri.

Mengulas kenyataan itu, Khalid berkata, beliau juga tertanya-tanya siapakah lagi yang masih menyokong ADUN Gombak Setia itu, terutamanya di dalam PAS.

"Kalau dia ramai teman-teman yang sokong dia, seharusnya dia dapat pencalonan untuk jadi calon di Gombak Setia," kata Khalid lagi.

Tambahnya, Hasan juga sebelum ini termasuk dalam senarai 'top five' dalam senarai 18 pemimpin tertinggi untuk bertanding dalam jawatankuasa PAS pusat.

pkr taman ehsan selayang ceramah 020810 hasan ali"Dalam pemilihan tahun lepas, dia turun ke nombor dua tercorot. Kalau betul ramai sokong dia, kenapa perkara itu berlaku? Sepatutnya dialah yang dapat undi paling banyak," katanya lagi.

Dalam pemilihan parti pada 3 Jun itu, Hasan (kanan) berjaya merebut keanggotaan dalam jawatankuasa pusat dengan kedudukan di tangga ke-16, dengan kemenangan tipis 437 undi.

Khalid juga mendakwa, Hasan bukan saja telah "mengelilingi diri dengan orang Umno" selepas Mac 2008, malah turut mengenepikan orang PAS yang banyak membantu beliau ketika kempen pilihan raya.

"Dia tidak manfaatkan (kerjasama) team PAS. Dia tidak ambil orang PAS untuk berada di keliling dia, tapi dia dikelilingi orang Umno, lebih-lebih lagi semenjak dia tak dilantik jadi menteri besar.

"Orang yang kerja keras semasa pilihan raya 2008, lepas menang tiada lagi (bersama Hasan). Itulah antara sebab dia tak dapat pencalonan (bertanding di Gombak Setia)," katanya yang turut menjangkakan Hasan tidak akan merayu pemecatannya daripada PAS.

Hasan masih berpeluang sehingga 8 Februari untuk berbuat demikian.

Khalid berkata, penyokong dalam PAS juga sebelum ini masih bersimpati dengan Hasan selepas penceramah motivasi itu dikenakan tindakan penggantungan.

"PAS pun tak mahu pecat dia sebab kita sayang ahli kita. Kita nak selamatkan dia biar dia terus bersama PAS.

"Nampaknya dia dah tak mahu bersama walaupun telah diberi penjelasan. Semuanya bermula apabila dia tidak lagi jadi pesuruhjaya. Sebelum ini tak timbul masalah tapi bila tak jadi pesuruhjaya dia tak boleh terima.

"Mulalah dia buat perangai pelik-pelik, kemudian barulah (PAS) terpaksa pecat dia," kata Khalid lagi.

Khalid dan Hasan pada Januari 2010 sama-sama didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin – Hasan diberi amaran manakala Khalid dikenakan tindakan penggantungan jawatan sebagai  timbalan yang dipertua PAS Shah Alam, serta keanggotaan dalam biro politik untuk tempoh enam bulan.

Hasan digugurkan daripada jawatan pesuruhjaya PAS Selangor pada Jun tahun lalu. Ketika itu, Hasan merupakan exco hal ehwal Islam, adat-adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam Selangor.

shamsul iskandar probed macc 120309Sementara itu, ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin (kiri) pula menjangkakan bahawa Hasan tidak akan dapat menarik ramai penyokong Pakatan dalam program jelajah dan ceramah yang akan dijalankannya.

Beliau juga yakin bahawa kuasa ketiga yang diuar-uarkan itu dibayangi pemimpin Umno, manakala gerakan itu pula diwujudkan untuk mendedahkan kelemahan dalam Pakatan.

Idea mengenai penubuhan kuasa ketiga itu kuat dikempen oleh media pro-BN, sebaik PAS bertindak memecat Hasan pada 8 Jan lalu – dengan mempromosi beberapa nama termasuk bekas ahli parlimen PKR, Datuk Zulkifli Noordin.

Hasan juga tampil dalam program wawancara di TV semenjak dipecat daripada PAS, seperti dalam siaran TV3 pada malam Rabu lalu.

"Rakyat telah matang untuk melihat pemimpin seperti ini kerana integriti dan kredibiliti mereka dipertikai," kata Shamsul ketika dihubungi Malaysiakini.Katanya, masyarakat di negeri ini telah mula mengetahui bahawa isu bersabit Hasan bersifat "peribadi dan dendam kesumat."

"Itu akan menyebabkan Hasan Ali sukar tarik sokongan yang signifikan. Apatah lagi apabila dia dikelilingi orang yang ada krisis kredibiliti (dalam gerakan kuasa ketiga).

"Saya tak nampak dia popular, kecuali beberapa media yang kita maklum cenderung untuk beri laluan kepada beliau. Kerap kali sidang media (Hasan) diberikan siaran utama sama ada oleh TV1 dan TV3," katanya.

Menurutnya lagi, Pakatan juga tidak bimbang dengan program jelajah yang akan dijalankan Hasan dan strategi itu juga diyakininya tidak akan menjejaskan penyokongnya, terutama daripada PAS.

"Dia akan pergi ke semua kawasan parlimen di Selangor dan pastinya bertujuan untuk melemahkan Pakatan. Tapi di Gombak sendiri yang didokong oleh pemimpin seperti Azmin Ali dan Saari Sungib, bukan laluan mudah untuk Hasan Ali," katanya.
Tinjauan PAS: Pemecatan Hasan Ali beri kesan minima
Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melalui satu tinjauan yang dijalankan mendapati tindakan PAS memecat keahlian Dr Hasan Ali hanya memberi kesan minimum di kalangan masyarakat Melayu, kata pengarah operasi PPP, Dr Ahmad Zuhdi Marzuki.

Katanya, tinjauan tersebut menggunakan dua kaedah, iaitu dengan menilai komen pembaca di media baru seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, Berita Semasa dan Youtube.
Manakala kaedah kedua ialah melakukan wawancara dengan responden terpilih yang mewakili 24 kawasan parlimen di seluruh negara.

Beliau berkata, sekiranya merujuk kepada maklumbalas pembaca  Malaysiakini dan Malaysian Insider mendapati "kesan positif pemecatan dilihat lebih ketara berbanding kesan negatif".

"Dengan mengambil kira julat sokongan pengundi Melayu kepada PAS dalam pilihan raya umum 2008 dan pilihan raya kecil selepasnya, iaitu antara 45 peratus hingga 55 peratus, kesan negatif pemecatan Dr Hasan dilihat masih dalam lingkungan julat tersebut.

"Sehubungan itu, boleh disimpulkan kesan negatif pemecatan Dr Hasan Ali tidaklah membimbangkan," kata Dr Ahmad Zuhdi dalam satu kenyataan semalam.

Mengakui tinjauan dibuat dalam tempoh singkat dan kaedah yang  agak mudah, beliau berkata temubual responden yang mewakili 24 kawasan parlimen di seluruh negara dapat memberi gambaran awal, kesan pemecatan terhadap pengundi Melayu khususnya pengundi atas pagar.

"Hasil penilaian terhadap komen pembaca berkaitan dengan isu pemecatan Dr Hasan Ali ini, didapati 85 peratus pembaca Malaysiakini dan 67 peratus komen pembaca Malaysian Insider adalah positif terhadap pemecatan itu.

"Manakala bagi pembaca Berita Semasa pula 44 peratus menyokong pemecatan, manakala 49 peratus tidak menyokong dan selebihnya  tidak pasti," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, berdasarkan tinjauan penonton klip Youtube berkaitan pengumuman pemecatan itu yang diterbitkan TVPAS pula, mendapati 273 daripada 67,796 penonton, memberi maklum balas sama ada 'like' atau 'dislike' yang didakwanya boleh menjadi petunjuk sama ada menyokong atau tidak.

"80 peratus daripada 273 penonton yang memberi maklumbalas itu, menyatakan ‘like’ yang boleh digambarkan sebagai positif terhadap pemecatan tersebut.

"Melihat kepada penilaian terhadap respon pembaca dan penonton media baru, kesan positif hasil daripada pemecatan Dr Hasan Ali adalah lebih dominan," kata Dr Ahmad Zuhdi.

Menurutnya, tinjauan melalui kaedah wawancara juga dibuat dengan 24 yang dipertua PAS kawasan - yang dianggap berpengalaman dalam kegiatan politik - disebabkan keterlibatan mereka secara langsung dengan masyarakat akar umbi.

Katanya, hasil wawancara itu dapat disimpulkan bahawa ahli PAS tidak langsung menimbulkan reaksi negatif berhubung pemecatan itu.

“Manakala bagi masyarakat awam pula khususnya pengundi Melayu, sembilan yang dipertua PAS kawasan menjangkakan pemecatan itu boleh memberi kesan negatif kepada kawasan mereka, manakala 15 yang lain melihatnya memberi kesan yang positif atau tidak memberi apa-apa kesan,” jelasnya.

Sembilan kawasan tersebut ialah Parit (Perak), Tampin (Negeri Sembilan),  Alor Gajah (Melaka), Mersing (Johor), Setiu dan Besut (Terengganu), Arau (Perlis), Jeli dan Gua Musang (Kelantan).

"Berdasarkan hasil wawancara tersebut, boleh disimpulkan penerimaan masyarakat Melayu di kalangan bukan penyokong parti  terhadap pemecatan tersebut adalah terpecah dua iaitu 50–50," katanya.

 

Tiada ulasan: