Sabtu, 21 Januari 2012

BILA CAKAP LAIN..BUAT LAIN..BILA SENDIRI TUNJUKKAN ...KITA TAK BUAT APA YANG DISARANKAN..MAKA MANA ORANG NAK PERCAYA

Gantung pelajar sekat hak asasi, kata Suhakam

Harakahdaily, 21 Jan 2012
KUALA LUMPUR, 21 Jan: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suruhanjaya) memandang berat akan keputusan sesetengah universiti baru-baru ini yang menggantung pelajar-pelajar yang telah menyuarakan pendapat dan mendakwa bahawa mereka telah memburukkan nama instituti tersebut dan mengganggu ketenteraman awam.

Demikian kata Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam dalam kenyataannya hari ini.

Hasmy berkata, adalah dikesalkan bahawa tindakan yang diambil oleh beberapa universiti tersebut bukan sahaja menyekat hak asasi para pelajar malah ia juga bertentangan dengan pengumuman YAB Perdana Menteri untuk meminda seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Pindaan itu, katanya, membenarkan pelajar universiti berumur 21 tahun dan ke atas menggunakan hak mereka berhubung kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun dan kebebasan berpersatuan yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (the Universal Declaration of Human Rights).

Kesedaran terhadap hak ekonomi, sivil dan politik di kalangan pelajar universiti dan penglibatan mereka dalam perbincangan mengenai isu-isu berkaitan kepentingan nasional perlu dilihat secara positif bagi melengkap dan menambah pendidikan dan latihan formal yang diterima di universiti.

Sebarang sekatan yang tidak munasabah ke atas penggunaan hak dan pengalaman berkenaan akan menidakkan pendidikan dan pengalaman yang amat penting dalam perkembangan mereka sebagai pemimpin masa depan negara, katanya.

"Suruhanjaya mengalu-alukan rundingan awal yang diadakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bersama Suruhanjaya, wakil-wakil pelajar dan pihak berkepentingan yang lain mengenai peruntukan yang kontroversi di dalam AUKU," kata beliau dalam kenyataannya itu.

Suhakam juga, katanya, berharap agar rundingan awam serta dialog terbuka selanjutnya dapat diadakan agar ianya akan membolehkan pelajar-pelajar mencapai lebih banyak hak dan kebebasan.

Putra Damai: Notis kosong tanah boleh dicabar

Hazayani Zakaria, 21 Jan 2012

KUALA LUMPUR, 21 Jan: Notis tuntutan supaya penduduk di tapak Industri Kecil Sederhana (IKS) Putra Damai, Setapak Jaya mengosongkan tanah sebelum 30 Januari ini adalah tidak lengkap dan boleh dicabar, kata peguam PAS, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi.

Beliau berkata, notis bertarikh 1 Januari yang dikeluarkan peguam pemaju itu langsung tidak menyatakan nama pemilik tanah tersebut.

"Saya sudah teliti notis yang dikeluarkan dan saya dapati notis ini tidak lengkap.

"Bagaimana peguam bagi pihak pemaju mengatakan penduduk menduduki tanah ini secara tidak sah sedangkan tidak diketahui siapa pemilik yang sebenar," kata beliau pada sidang media di perkarangan Surau Al-Jabbar, Setapak Jaya, hari ini.

Justeru beliau berkata, peguam PAS akan menyediakan khidmat guaman percuma sekiranya penduduk mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pemaju.

"Kami sudah berbincang dengan penduduk, kalau mereka mahu mengambil tindakan undang-undang, kami akan sediakan khidmat guaman percuma kerana penduduk ada hak ke atas tanah mereka," katanya.

Tambah beliau, tindakan pemaju itu sangat tidak beradab apabila mengeluarkan notis tanpa menyediakan cadangan alternatif kepada penduduk.

"Hanya sekeping notis kepada penduduk, tanpa memberikan cadangan tempat lain sebaliknya hanya arahan berpindah. Ini tindakan tidak beradab," katanya.

Sabtu lalu, Ahli-ahli Persatuan Peniaga Putra Damai mengadakan demonstrasi di perkarangan Surau Al-Jabbar bagi membantah notis mengosongkan tanah mereka.

Respons kepada tindakan tersebut, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mengeluarkan kenyataan tidak akan merobohkan Surau Al-Jabbar dan akan berunding dengan pemaju.

Mengulas mengenai kenyataan Raja Nong Chik itu, Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman pada sidang media sama menyifatkannya sebagai kenyataan politik.

"Kenapa Raja Nong Chik pula yang bercakap bagi pihak pemaju? Ini kenyataan politik sahaja kerana yang mengeluarkan notis ialah pemaju, jadi urusan pemaju dan penduduk.

"Kalau dia kata jangan roboh, kalau pemaju nak roboh, tetap akan roboh. Kenyataan mulut sahaja tidak membari apa -apa kesan. Nong Chik patut jumpa penduduk sendiri," katanya.

Beliau juga menyokong cadangan penduduk untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana hanya pihak lain tidak mampu menangani isu ini.

Sebelum ini, penduduk telah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Menteri Wialayah Persekutuan dan Dewan bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) namun tidak ada sebarang maklum balas.

Jangan aniaya peniaga kecil


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Membantah Pemaju, Jamal Mubin (gambar) yang kecewa dengan sikap lepas tangan pihak terbabit, bertegas akan mempertahankan tanah yang diusahakan mereka sejak 1995.

Beliau berkata, IKS tersebut merupakan sumber pendapatan peniaga-peniaga Melayu untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.

"Kepada pihak yang berkenaan, tuntutan kami masih tidak berubah. Kami mahukan tanah kami.

"Ambillah lot tanah lain yang lebih besar, janganlah rampas hak kami dan aniayai kami di sini," rayunya sambil mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin tampil membantu mempertahankan tanah mereka.

Sebelum itu, majlis solat hajat diadakan di surau tersebut dan program tersebut akan berterusan sehingga pihak pemaju menarik balik notis tersebut.

Akhbar Australia lapor Rosmah 'berbelanja besar'

Tabiat berbelanja besar seorang lagi anggota keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menarik perhatian media Australia hari ini - kali ini di Sydney.

Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar Australia Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Horney memanggil Rosmah sebagai "first lady of shopping', kerana dikatakan telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp, kolumnis itu melaporkan bahawa "pelanggan terbesar" Kapp telah membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu "percutian peribadi" di sana "sekitar dua minggu lalu".

darling hotel sydney australiaMenurut kolum tersebut, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut,
menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam (kanan) di Hotel Darling.

Dengan tajuk 'Super Kerr Now a Model Citizen', kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Oktober lalu, anak perempuan Najib, yang tidak dinamakan, telah dilaporkan oleh akhbar Western Australian telah berbelanja mewah di David Jones di Perth semasa Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM).

Akhbar itu kemudiannya membuat pembetulan kepada laporan tersebut, dengan memetik sumber tanpa nama, selepas Najib berkata anak perempuannya tidak berada di Perth pada masa itu.


  • Zaidul Khairi · Pengulas Tertinggi · Master Assassin di Assassino
    DENGANG SELAMBA & GELOJOHNYE BELIAU MENIBAI DUIT AKU & KORANG SEMUA.... sapa setuju sila like.
    • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi
      Patut La Najib Ngan Rosmah Senyap je masa Cuti Krismas Hari tu.. Rupanya Dok Layan Rosmah berShopping... Masa Shopping Mula2 dulu, terpaksa Balik Awal, Maklumlah terkantoi bila Berita Kematian Wartawan Bernama di Somalia.. apa lagi, Najib Qhada la Balik.. INILAH DINAMAKAN WASATIYYAH.. kah kah ah kah.. Akhbar Australia Ni Mesti Nak Pau Rosmah Lagi.. kah kah kah.
    • Nezwan Jamil · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Penang International Airport
      meluatnya aku..mentekedarah pun rakyat bg..puihh..
    • Zaidul Khairi · Pengulas Tertinggi · Master Assassin di Assassino
      Ipoh Mali WASATIYYAH = bersederhana.
      kah kah kah menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam (kanan) di Hotel 5-6 bintang PAKAI DUIT RAKYAT sederhana apa kejadahnya. Ah Jib Gor suruh rakyat bersederhana tapi suaminya perghhh. belum pi kat kot pakaian lagi, shopping lg :P
      sapa setuju sila like
    • Daus Syawal · Top Commenter · Universiti Teknologi MARA
      Rakyat malaysia beratur 3 jam dlm panas terik nak amik duit 500..PIG MAMA senang2 belanja BERATUS RIBU....HARAM J
    • Salehudin Hanafi · Top Commenter · SMKSS
      harambejadah betul, .....!!!! xpuas puas mentekedarah wang rakyat..... kalau macam ni lah perangai, bangkrap Malaysia....!!!
    • Rohan Abd Rahman · Top Commenter · Works at Perodua
      Lagi2 muka si PENYEDUT DUIT RAKYAT ni buat perangai...hai,malang sungguh melayu UMNO ber IBUKAN TOYOL BETINA ni ! Lepas ni pencacai umno akan komen...,liwat dan jubur lagi,mari sama2 kita tengok !!!
    • Zanirun Baba · Top Commenter · 57 years old
      Kepada semua penyokong tegar MELAYU UMNO minta komen..aku dah meluat teramat dgn ROSMAH NI!!..dan kalau berita dari AUSTRALIA ni tak betul KALI INI MINTA ROSMAH SELAKU SUAMI KPD NAJIS.....SAMAN AJA!!!. ADA BERANI!..

      ABU...ASALKAN BUKAN UMNO!
    • Muhammad Anas Mohd Sari · Works at PMRAM & KPKM
      http://www.smh.com.au/lifestyle/private-sydney/super-kerr-now-a-model-citizen-20120120-1qa88.html

      bukti
    • Wan Yuzainal · Top Commenter · Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas
      setuju sgt3
  • Muhammad Taufik Abdul Wahab · Pengulas Tertinggi · Architect di East Design Architect
    Orang Malaysia memang sangat suka MENABUNG dari kecil...jadi minta jangan busuk hati kepada mereka....mungkin mereka menabung dari tabung ayam hingga besar...JADI AYUH RAKYAT MALAYSIA kita menabung...INSYAALLAH semua pakat dapat beli KAPAL SELAM sorang sebijii!
    • Keladi Kelad · Pengulas Tertinggi
      kesian.....masih ramai rakyat malaysia buta dgn gelagat rosmah ni, opsss...umno berjaya membutakan rakyat malaysia terutama pencacai bangang umnoTENOK....
      sebenarnya mereka ni bangang ke bodo ?
      kedua duanya sekali.....kesiannnn

      BENAM UMNO !!!!
      TANAM BN !!!!!
    • Bakau Tua · Pengulas Tertinggi · Kuli di Usaha sendiri
      Bini pemimpin mithali..kebas,tebas,libas mana yg boleh..syabas kpd Najib yg dpt menunjukkan jalan kpd menteri2 lain utk meraikan istrei masing2..banyak rahsia suami yg isteri tahu..
    • Harris Kasim · UITM
      tu ttabung ayam rakyat tuh..puih..
    • Muhd Izzat · Top Commenter · Consession at Golden Screen Cinemas
      aku suka sarcasm kau ahhaha XD
    • Muhammad Taufik Abdul Wahab · Top Commenter · Architect at East Design Architect
      Keladi Kelad Mungkin Kak Mah menabung dari kecil dengan ASB dan Tabung Haji...Khir toyo pun sama mungkin Dr Gigi pun banyak sangat repair gigi orang so boleh beli Bungalow mewah hahahah... Sharizat pon nak jugak bukak LADANG LEMBU...orang bela lintah, dia pon nak jugakkkkk....Ahli politik semua "SAMA" mereka kerja dalam syarikat yang terbesar dalam malaysia bernama "KERAJAAN"...jadi duit depa rasa depa punya...kita dapat RM 500 sorang setakat celah gigi saja...jadi ayuh menabung....BENAM UMNO XCUKUP, SEBAB SEMUA AHLI POLITIK "SAMA" saja...yang penting kita AJAR orang politik macam mana nak HORMAT RAKYAT!!!! xkira mana PARTI...HAHAHAHA...(***rakyat tak buta, tapi jangan membuta tuli ,menyokong sesiapa, sokong hanya yang benar!")
  • Syahril Aziz · SM Seri Garing Rawang
    Hebat sungguh, RM 65100.00 semalam tuuuuu! Kaya memang kaya, rakyat merana. Kalau buat amal jariah sedekah pada anak yatim, masjid dan orang susah lebih baik dan akan menjadi kaya diakhirat kelak. insyaallah.
    • Bob Leau
      tu aku xtau..yg aku nampak selalu rafidah aziz..cincin berlian bertukar-tukar..besor2 anak jari..huuuyaii..haha
    • Samsor Junet · Kuala Lumpur, Malaysia
      merana ke rakyat kita? ko orang pernah tak gi india ke indon ke mesir ke?
    • Majdi Nadwan · Penang, Malaysia
      Samsor Junet : Dah ko duduk kawasan bandar je. Try tgk kawasan kg, kawasan pendalaman. Anak yatim, org miskin. Ramai lg yg memerlukan. Ko kaya takpelah.
  • El-Haneef Satc · Top Commenter
    Kena saman akhbar Australia ni sebab memalukan Perdana Menteri dan Ikon Wanita Mithali saya. Saman jangan tak saman. Nanti saya kecewa. Huhuhu.
    • Mazuan Bin Mat Wan · Top Commenter · Works at Self employed
      BILA LAGI NAK BERBELANJA BESAR,, LEPAS PRU NI TAK BOLEH NAK BERBELANJA LAGI.. TAU KNP??? SEBAB KENA SUMBAT DALAM GUNDI DAN DI BUANG KE DALAM LAUT BERSAMA PEMIMPIN BN YG LAIN! KESIAN.....
    • Ipoh Mali · Top Commenter
      Patut La Najib Ngan Rosmah Senyap je masa Cuti Krismas Hari tu.. Rupanya Dok Layan Rosmah berShopping... Masa Shopping Mula2 dulu, terpaksa Balik Awal, Maklumlah terkantoi bila Berita Kematian Wartawan Bernama di Somalia.. apa lagi, Najib Qhada la Balik.. INILAH DINAMAKAN WASATIYYAH.. kah kah ah kah.. Akhbar Australia Ni Mesti Nak Pau Rosmah Lagi.. kah kah kah.
    • Samsor Junet · Kuala Lumpur, Malaysia
      Mazuan Bin Mat Wan alamak haneef berangan terlalu lebih la pual
    • El-Haneef Satc · Top Commenter
      Samsor Junet Hahahaha.... Bukan apa, Datin Rosmah sudah mengharumkan nama negara di mata dunia dan dianugerahkan dengan title yang hebat. First Lady of Shopping/ Queen of Shopping. Kita harus berbangga rakyat Malaysia pertama berjaya memperoleh gelaran ini. Award of a life time. lol.
    • Samsor Junet · Kuala Lumpur, Malaysia
      El-Haneef Satc jangan lah marah. Rasanya tak apa kot daripada mengharumkan nama negara ke seluruh dunia dengan dot dot dot dot....xxxx
    • Ipoh Mali · Top Commenter
      Samsor Junet - Ye ke.. patut Anwar Di Jemput negara Arab, TUrky dan India sebagai tetamu Terhormat.. kah kah
    • El-Haneef Satc · Top Commenter
      Samsor Junet - Tak ada marah bro. Sedang senyum menyinis. Yang mengharumkan nama Malaysia dalam dot dot dot xxxx pun media perdana dan mahkamah kita juga. Malaysia boleh bro.
PM: SBPA mesti puaskan semua pihak sebelum dilaksana

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan Tan Sri Ismail Adam diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Perdana Menteri berkata skim baru berkenaan mestilah mendapat kepuasan semua pihak sebelum dilaksanakan.

"Kerajaan akan pertimbangkan sebaik-baiknya agar ia memberi kepuasan kepada semua," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama penjawat awam negeri Pahang di Kuantan hari ini.

Turut hadir bersama hampir 7,000 penjawat awam itu ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Najib berkata kerajaan amat prihatin terhadap sebarang rasa tidak puas hati dan dakwaan kepincangan sistem baru itu dan bersedia menimbang rayuan yang dibuat dalam menambahbaikan sistem berkenaan.

Perdana Menteri baru-baru ini mengarahkan SBPA disemak semula untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan pihak-pihak tertentu.

Berikutan itu, satu pasukan petugas ditubuhkan dipengerusikan Ismail yang juga bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berdasarkan pengalaman luas beliau dalam hal berkaitan perkhidmatan awam.

Najib berkata kerajaan juga bersedia menimbangkan pemberian gaji yang lebih kepada penjawat awam, bagaimanapun ia perlukan dikaitkan dengan peningkatan produktiviti mereka.

"Kerajaan boleh bagi tambahan gaji dan bonus tetapi ia perlu dikaitkan dengan produktiviti yang tinggi, kalau ekonomi menguncup, mana nak bagi kenaikan gaji dan bonus?," katanya.

Beliau berkata penjawat awam dilihat sebagai kumpulan yang amat penting dalam pentadbiran negara kerana apa jua dasar dan agenda besar bergantung kepada peranan serta sumbangan mereka.

"Penjawat awam adalah sekumpulan dalam pentadbiran negara, penting kerana apa agenda besar negara yang hendak dibawa kerajaan pada kesudahannya, kesampaiannya, bergantung kepada peranan dan sumbangan penjawat awam di seluruh negara, sama ada di peringkat pusat atau negeri," kata Najib.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga sedang dan akan melaksanakan pelbagai program pembangunan dan menggunakan strategi baru yang perlu didukung penjawat awam bagi mencapai impian menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

"Menjelang fajar 2020, kita hendak mencapai sebuah negara maju, saya anggap wawasan yang dibuat (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai satu impak kepada negara, itulah yang kita sambut ketika itu, dan kurang daripada 10 tahun, kita nak capai negara maju, inilah cabaran kepada kita," katanya.

Najib berkata kerajaan yang ketika ini melaksanakan pelbagai transformasi baru, juga melaksanakan pelbagai strategi baru bagi mencapai hasrat berkenaan.

"Ada kalanya strategi yang digunakan dahulu (pimpinan sebelum ini) baik dan tepat tapi strategi itu menjadi kekangan (pada masa ini) dalam usaha kita untuk mencapai pertumbuhan yang lebih tinggi," katanya.

Justeru, Najib berkata pendekatan di bawah kepimpinannya ketika ini adalah menggunakan strategi yang dilihat mampu untuk mencapai kesinambungan dan harapan kepimpinan sebelum ini, dan ia perlulah didukung semua pihak terutamanya penjawat awam.

Dalam ucapannya itu, Najib turut menyentuh berkenaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang menurutnya rakyat dilihat lebih "senang" menerima bantuan sedemikian berbanding bantuan yang tidak dilihat dalam bentuk wang tunai, misalnya pemberian subsidi dan kemudahan prasarana yang dilaksanakan kerajaan.

"Bajet 2012, short term, selagi tak merasa (wang), tak puas hati, jadi kita putuskan beri BR1M. Bila kita tolong (beri) subsidi (kepada barang keperluan), itu (dilihat sebagai) perkara biasa, subsidi bertambah kepada RM22 bilion untuk bantu rakyat bagi tahun ini," katanya.

Najib berkata pemberian BR1M sebenarnya bertujuan membantu golongan rakyat yang susah dan ia terjemahan daripada slogan 1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan".

"Kalau kita hendak berjaya dalam abad ke-21 ini, ide kita mestilah lebih baik daripada orang lain bagi mencapai transformasi besar, namun kita mestilah berpijak di bumi nyata.

"Kalau dah terbukti (kepimpinan kerajaan Barisan Nasional), kalau dah proven (rakyat) tak perlu tolak. Apa yang perlu adalah kepada penambahbaikan, (rakyat) janganlah tolak sesuatu yang sudah terbukti (kepimpinan pemerintahan).

"Saya tak kata kita (kerajaan sedia ada) perfect. Kalau tak betul, kita akui dan kita buat penambahbaikan dalam semua perkara," katanya.

- Bernama


Akhbar Australia: Rosmah belanja RM325,000 di Sydney

Harakahdaily, 21 Jan 2012

KUALA LUMPUR, 21 Jan: Akhbar Australia Sydney Morning Herald hari ini melaporkan isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu.

Dalam ruangan 'Private Sydney', akhbar itu memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp menggelarkan Rosmah sebagai "first lady of shopping" disamping gelaran asalnya first lady of Malaysia (Flom).

Selain menyifatkan Rosmah sebagai 'pengikut fesyen yang berdedikasi', Carl Kapp juga menyifatkan isteri Datuk Seri Najib itu sebagai "pelanggan terbesar" kerana telah membelanjakan A$100,000 semata-mata untuk membeli pakaian.

Selain itu, Rosmah juga katanya sangat baik hati dan mudah berurusan.

Menurut akhbar tersebut juga, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut, menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam di Hotel Darling.

Selain itu, Kapp juga didakwa sangsi terhadap identiti seorang pelanggan yang dikatakan VIP itu apabila kedai Oxford Street menerima panggilan bertalu-talu yang meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Akhbar itu juga melaporkan, kesemua barangan yang dipesan termasuk 61 baju, seluar dan penutup kepala diperbuat dari sutera terbaik dan dalam pelbagai warna cetakan yang sangat eksotik.

Tiada ulasan: