Selasa, 10 Januari 2012

SABOTAJ NI ADA UNSUR DENGKI...KHIANAT..NAK JATUHKAN SESUATU..DAN NIATNYA NEGATIF@TIDAK BAIK...DOSA DAN JUGA SALAH DARI SEGI MORAL..HATINYA ROSAK...

Pakatan lancar manifesto sempena konvensyen Sabtu ini

Harakahdaily,
ALOR SETAR, 10 Jan: Pakatan Rakyat akan melancarkan manifesto mereka pada Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 yang akan berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar 14 Januari ini.

Pelancaran tersebut akan dibuat pada program 'Rapat Rakyat Perdana' di sebelah malamnya yang akan dihadiri pimpinan utama Pakatan Rakyat, lapor Warta Kedah.

“Ceramah umum akan bermula pada pukul 9.00 malam dan serentak dengan itu juga kita akan mengadakan pelancaran manifesto Pakatan Rakyat pilihanraya umum ke-13,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi merangkap Pengarah Sekretariat Konvensyen.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, Seri Mentaloon semalam.

Rapat Rakyat Perdana adalah program kemuncak konvensyen kali ini yang akan bermula dengan solat maghrib berjamaah, solat hajat, kuliah Datuk Dr. Harun Din sebelum mendengar ceramah dari pimpinan utama Pakatan.

100,000 dijangka hadir


Dalam pada itu juga, Konvensyen kali ini dijangka akan dihadiri 100,000 rakyat termasuk perwakilan dan pemerhati.

Phahrolrazi (gambar) berkata, pemilihan Kedah sebagai tuan rumah untuk program itu kali ini sangat bermakna kepada seluruh rakyat negeri itu.

Pada konvensyen tersebut, semua tokoh-tokoh utama Pakatan Rakyat akan hadir antaranya Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim kit Siang.

“Konvensyen kali ini bertemakan ‘Bersihkan Malaysia’ dan akan dihadiri oleh semua tokoh-tokoh utama Pakatan Rakyat.

“Ucapan pembukaan akan disampaikan oleh (Menteri Besar Kedah) Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak sebagai tuan rumah, kemudian diikuti (Ketua DAPSY) Anthony Loke, (Setiausaha Agung PAS) Datuk Mustafa Ali dan (Setiausaha Agung PKR) Saifuddin Nasution," katanya.

Selain mereka, hadirin juga akan mendengar rintihan suara rakyat dalam slot ‘Suara Hati Nurani Rakyat Malaysia’ yang bakal menampilkan Datuk A. Samad Said sebagai wakil Budayawan, Prof. Dr Aziz Bari sebagai wakil Akademik serta lain-lain termasuk wakil Felda, penjawat awam, NGO, Pemuda & Mahasiswa serta wakil dari Sabah dan Sarawak.

Ucapan penggulungan pula akan disempurnakan oleh pimpinan utama parti-parti dalam Pakatan Rakyat termasuklah Tuan Guru Nik Aziz, Datuk Seri Anwar, Tuan Guru Abdul Hadi, Karpal Singh, Lim Guan Eng dan Azmin Ali.

Umno BN kecewa Selangor tak juga bankrap

Aziz Muda,

KUALA LUMPUR, 10 Jan: Para pemimpin Umno BN terus kecewa, apabila Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang dijangka akan bankrap kerana memberikan air percuma kepada rakyat, tidak juga bankrap walaupun telah empat tahun memerintah negeri itu.

Malah dalam masa yang sama, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor boleh pula mengumpulkan wang dengan jumlah amat besar sehingga melebihi RM1,000 juta atau melebihi RM1 bilion tahun lalu untuk diagihkan dan dipergunakan bagi kepentingan rakyat.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor itu memberikan tamparan amat hebat kepada para pemimpin Umno BN kerana ia berlaku di luar dugaan mereka.

Menurutnya, pada jangkaan mereka, setelah memberikan air percuma kepada rakyat sebaik sahaja memerintah Selangor sejak tahun 2008 lalu, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pasti akan bankrap.

Katanya, tetapi setelah menunggu tahun demi tahun sehingga tahun ini, kejadian itu tidak juga berlaku, sebaliknya Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor semakin kaya, malah dapat mengutip hutang-hutang yang ditinggalkan oleh mereka dengan jayanya.

"Para pemimpin Umno BN ternyata amat kecewa dengan kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mentadbir negeri dengan baik. Ini juga membuktikan jika kita mentadbir negeri dengan baik, kita tak akan rugi, malah semakin berjaya," katanya pada satu majlis bersama orang ramai, di sini.

Kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengumpulkan kekayaan untuk negeri sehingga sebanyak itu, menurut beliau, bukan sekadar membuatkan para pemimpin Umno BN sudah tidak berani lagi membuat andaian seperti itu, malah turut meniru langkah-langkah yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Katanya, sehingga tahun 2011, kutipan yang sebelum itu sebanyak RM400 juta meningkat kepada RM500 juta dan kemudian meningkat lagi sehingga melebihi RM1,000 juta.

"Mereka terdiam kerana Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tak juga bankrap. Air yang diberikan percuma kepada rakyat tak bocor dan mereka juga tahu pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat tak bocor," tegasnya.

Kejayaan kerajaan negeri mengumpulkan wang sehingga sejumlah itu, tambah beliau, pasti akan memberikan pelbagai faedah kepada rakyat kerana wang tersebut akan diagihkan kepada rakyat meliputi semua peringkat menerusi pelbagai program yang dilaksanakan dari semasa ke semasa.

"Semua itu kita terjemahkan menerusi belanjawan yang kita bentangkan. Daripada belanjawan kita itu pula, rakyat sendiri tahu dan pemimpin Umno BN juga tahu, belanjawan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor adalah belanjawan berimbang.

"Ertinya, hasil yang kita dapat, kita gunakan untuk kepentingan rakyat. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor juga tidak berhutang dan ini menunjukkan seluruh rakyat Selangor tidak menanggung sebarang hutang," jelas beliau.

Pengajaran yang boleh diterima oleh para pemimpin Umno BN dari kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor itu, katanya, sekiranya para pemimpin mentadbir negeri dengan baik, dengan telus, ia tidak akan merugikan, malah akan mendapat hasil yang jauh lebih baik dari yang dijangkakan.


Catatan Anwar dari Mumbai

Saya dan Azizah tiba di Mumbai dan menuju Panchgani sebagai tetamu kepada sahabat lama, Rajmohan Gandhi, penyala obor perjuangan datuknya, pejuang besar India Mahatma Gandhi.

Lebih tiga bulan lalu saya berjanji untuk bersama beliau menyemarakkan semangat perjuangan Gandhi bagi menegakkan demokrasi yang mempedulikan nasib rakyat serta menolak kezaliman dan rasuah.

Sepanjang dalam perjalanan selama tiga jam, saya menerima ribuan panggilan telefon, mesej dari Twitter dan Facebook, komen di blog serta SMS dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia dan dunia yang menyatakan kesyukuran dan rasa gembira.

Fikiran saya melayang mengenangkan wajah gelisah, sedih, derita keluarga dan rakyat terutama di saat cemas menunggu penghakiman pagi semalam.

Alhamdulillah, saya bersykur kerana setelah sekian lama difitnah dan diaibkan oleh pemimpin dan media Umno, Hakim Dato' Zabidin Mohd Diah memutuskan -- berlandaskan undang-undang dan fakta -- bahawa dakwaan seseorang tanpa saksi dan sebarang bukti sokongan adalah tidak dapat diterima. Malah keterangan forensik dan DNA yang dikemukakan pihak pendakwaan turut dipertikaikan kesahihannya.

Saya tidak berhasrat menyingkap permasalahan lalu atau memberikan sebarang tafsiran mengapa penghakiman mengejutkan ini berlaku. Walaubagaimanapun, saya bersyukur ke hadrat Allah Azzawajalla kerana saya bebas dari fitnah jahat sedemikian.

Kasih sayang Azizah dan keluarga; kesetiaan rakan-rakan KEADILAN; dukungan PAS dan DAP; para reformis dan sokongan dan iringan doa rakyat bukan saja ibarat penawar malah membajai penyuburan semangat dan daya juang saya.

Seperti lazimnya saya tidak cenderung untuk merintih kisah derita silam malah sedia memaafkan. Hanya yang dimasyghulkan ialah kebiadaban gerombolan kecil termasuk media UMNO yang berdendam kesumat dan terus memfitnah saya.

Saya ingin mengajak saudara-saudari bersama rakyat Malaysia untuk melonjakkan perjuangan menuntut kebebasan rakyat; pemerintahan yang telus dan adil; ekonomi yang dipacu segar tetapi mempedulikan nasib rakyat serta menolak keangkuhan kuasa dan rasuah.

Kami sekeluarga amat terharu dengan luahan simpati dan dukungan semua. Semoga usaha murni kita bersama direstui dan diberkati Allah SWT.

Ikhlas dari,
Anwar Ibrahim

Pemuda Umno Perak dituntut bayar RM600 ribu

Harakahdaily,

IPOH, 10 Jan: Dewan Pemuda PAS Perak hari ini membuat serahan notis tuntutan ganti rugi RM600 ribu kepada pemuda Umno negeri ekoran kenyataan mengaitkan Unit Amal PAS dengan demonstrasi pelajar di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 1 Januari lalu.

Notis saman itu dibuat ke atas Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak dan Naib Ketuanya, Mohamad Annuar Ariffin.

Mereka yang diwakili Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) membuat serahan itu di pejabat pergerakan itu dan diterima Pegawai Komunikasi Media Pemuda Umno Perak, Syed Afzarizal Syed Salim.

Mengetuai penyerahan itu adalah Peguam dan Pengarah Undang-Undang Pemuda PAS Perak, Mohammed Zamri Ibrahim, manakala turut serta, Penolong Setiausaha Pemuda PAS Perak, Safarizal Saleh, Exco Pemuda PAS Perak, Mohd Hakimi Syah Alani, Zairul Azrun Zainal Abidin dan Pengarah Jabatan Amal Negeri Perak, Arif Sha'arani.

Dalam satu kenyataan, Safarizal berkata Pemuda PAS Perak akan menunggu tempoh yang telah dinyatakan bagi tujuan tuntutan ganti rugi tersebut dan akan terus mengambil tindakan susulan mengikut lunas undang-undang jika Pemuda Umno Perak dan Annuar masih gagal menjelaskan ganti rugi yang telah dikemukakan.

Sebelum ini, mereka memberi tempoh tiga hari bermula 4 Januari lalu kepada Mohamad Annuar untuk menarik balik kenyataannya dan memohon maaf.

Bagaimanapun, sehingga tempoh itu tamat, mereka mendakwa tiada sebarang tindakan dibuat Naib Ketua Pemuda Umno Perak itu.

Sehubungan itu, mereka hari ini menyerahkan notis ganti rugi sebelum mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.

Kesal pihak sabotaj kutip sampah di Selangor

Sebagai penduduk Shah Alam, saya merasa kesal wujudnya sabotaj oleh pihak-pihak tertentu terhadap pemungutan sampah.

Saya mempunyai teman yang tinggal di Subang Jaya yang terletak di bawah Majlis Perbandaran Subang Jaya. Walaupun, setelah khidmat Alam Flora diberhentikan, mereka tiada masaalah dengan pungutan sampah sama sekali.

Ini adalah satu perkembangan yang sangat-sangat dikesali.

Diharapkan pihak MBSA dan Kerajaan Negeri akan berupaya mengatasi tindakan sabotaj yang tidak bertanggungjawab ini.

Jelas mereka yang mensabotaj ini tidak berhati perut. Hanya kerana propaganda politik mereka sanggup membahayakan kesihatan penduduk Shah Alam.

Tidakkah mereka sedar, pemberhentian kihdmat Alam Flora telah menyelamatkan wang rakyat sekurang-kurangnya RM20 juta setahun.

Alam Flora ini juga boleh dikategori seperti SYABAS yang mana mereka adalah syarikat untung atas angin.

Adalah lebih baik sekiranya kapasiti yang ada dalam Majlis-Majlis Tempatan dimaksimakan untuk kebaikan rakyat dari membazir membayar komisyen kepada syarikat-syarikat untung atas angin seperti Alam Flora.

PENGUNDI KOTA ANGGERIK

Tiada ulasan: