Laporan Utusan tidak benar dan tersasar - Teras
Harakahdaily, | 26 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 26 Jan:
Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menafikan laporan akhbar
Umno, Utusan Malaysia 25 Januri lepas dan menyifatkan ianya sebagai
tidak benar dan tersasar.
Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) dalam kenyataannya hari ini berkata, "Kenyataan itu sangat menyimpang daripada kenyataan asal saya dan ianya sungguh dikesali."
Teras merujuk laporan akhbar dalam Utusan Malaysia bertarikh 25 Januari 2012 yang bertajuk 'Bersih 3 berniat kelirukan rakyat'.
"Laporan itu yang kononnya memetik kenyataan saya adalah tidak benar dan tersasar sepertimana yang saya nyatakan.
"Kenyataan itu sangat menyimpang daripada kenyataan asal saya dan ianya sungguh dikesali," kata Azmi dalam kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini.
Azmi menjelaskan, dalam kenyataannya kepada utusan Malaysia, beliau berkata pihak Bersih 3 berhak untuk memilih saluran samada melalui perundingan dengan pihak yang berkaitan atau melalui demontrasi aman yang di benarkan oleh undang-undang untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.
"Saya juga menyatakan bahawa adalah tidak salah salah bagi mana-mana pihak samada pihak kerajaan atau pembangkang untuk melakukan sesuatu tindakan dalam menghasilkan momentum berterusan untuk memenangi hati rakyat bagi memghadapi pilihhanraya umum ke 13 ini," katanya.
Bagi beliau, tindakan menghasilkan momentum sokongan rakyat adalah lumrah dalam demokrasi di mana-mana negara.
"Saya menegaskan bahawa sesuatu perhimpunan awam yang aman dan mengikut saluran undang-undang adalah sesuatu yang sah dan pihak kerajaan tidak boleh menghalangnya kerana ianya adalah hak rakyat yang termaktub dalam perlembagaan negara serta tidak bertentangan dengan syariat Islam," katanya.
Beliau juga menegaskan bahawa perhimpunan aman yang bertujuan baik untuk menuntut sesuatu hak oleh rakyat akan diterima oleh rakyat Malaysia sebagai suatu proses pembinaan negara yang akan menghasilkan sebuah kerajaan dan pentadbirannya yang lebih adil, saksama dan bebas dari pengelewengan serta rasuah yang sangat dibenci oleh rakyat.
Berbeza dengan laporan akhbar Umno itu, Azmi berkata, tindakan sebegini tidak 'mengelirukan rakyat' bahkan akan mematangkan lagi mana-mana kerajaan dan rakyat untuk terus membangunkan negara ini dengan penuh amanah dan tidak mengkhianatinya dengan amalan politik yang korup dan zalim kepada rakyat.

Pengharaman mercun memperolokkan undang-undang
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya
menarik semula pengharaman yang dikenakan ke atas mercun kerana ia
seolah-olah memperolokkan undang-undang jika tiada penguatkuasaan.
Permainan mercun telah diharamkan sejak 1978; namun dentuman mercun yang bertalu-talu jelas kedengaran di seluruh Pulau Pinang pada malam Tahun Baharu Cina.
Bunga api dan mercun telah meragut banyak nyawa dan kemusnahan harta benda. Jika penguatkuasanya tidak dilaksanakan dengan tegas, kita seolah-olah tidak mengambil iktibar daripada musibah ini.
Tragedi terbaru berlaku di Kota Kinabalu apabila seorang lelaki berusia 26 tahun maut dalam nahas letupan bunga api. Ahli keluarga mangsa yang berada di tempat kejadian melihat dengan ngeri mangsa terjatuh ke tanah dan tidak bermaya selepas bunga api yang dipasangnya tidak menyala dan tiba-tiba meletup lalu terkena pada mukanya apabila beliau cuba memeriksanya.
Bunga api dan mercun yang berleluasa di pasaran jelas menunjukkan kelemahan pihak Jabatan Kastam melakukan pemeriksaan teliti di pintu masuk. Jika Jabatan Kastam lebih berhati-hati sewaktu menjalankan tugas, dagangan yang merbahaya ini tidak akan beredar di pasaran.
Pada masa ini hanya mercun diharamkan di bawah Akta Bahan Letupan. Namun begitu, peraturan ini masih belum mencukupi. Bunga api juga mengandungi bahan letupan; oleh itu ia turut mendedahkan bahaya kepada penggunanya.
Selanjutnya, pengharaman sepenuhnya ke atas kedua-dua mercun dan bunga api akan memudahkan tugas penguatkuasaannya kerana tidak ada benda yang terselindung. Pada ketika ini, pegawa-pegawai penguatkuasa berasa sukar hendak menjalankan tugas jika mercun disembunyikan di sebalik timbunan bunga api. Pengharaman mercun dan bunga api bukan saja memudahkan tugas penguatkuasaan lebih mudah, malah orang ramai lebih mudah mengenal pasti mereka yang melakukan kesalahan dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Sejak bertahun-tahun CAP telah menggesa ke arah penguatkuasaan mercun dan bunga api. Malangnya, gesaan itu tidak mendapat perhatian pihak berkuasa. Pihak polis dan Jabatan Kastam gagal memeriksa apa yang dianggap sebagai perilaku yang memperolokkan undang-undang.
CAP berasa dukacita kerana pihak berkuasa yang sepatutnya menguatkuasakan undang-undang tidak bertindak tegas terhadap mereka yang secara terang-terangan melanggar undang-undang.
Setiap tahun ramai kanak-kanak yang terbunuh atau tercedera dan mengalami kecacatan apabila bermain bunga api. Jika kita benar-benar mengambil berat terhadap kebajikan mereka, kita sepatutnya mengharamkan semua permainan mercun dan bunga api tanpa sebarang alasan lagi. Hanya dengan cara ini saja anak-anak kita akan terselamat daripada tragedi yang berlaku setiap tahun ini.
Kita memahami bahawa permainan bunga api dan mercun memeriahkan lagi sambutan sesuatu perayaan. Namun akibat dan kosnya terlalu tinggi untuk ditanggung.
Memandangkan pihak berkuasa seolah-olah tidak berupaya menguatkuasakan undang-undang yang ada, adalah lebih baik sekiranya pengharaman ke atas mercun ditarik balik, daripada memberikan jaminan palsu bahawa keadaannya selamat.
Sudah terlalu lama Akta Bahan Letupan menjadi bahan sendaan.
S.M. Mohamed Idris
Presiden CAP

Serang Azizan Razak tidak bijak
http://msomelayu.blogspot.com/, | 26 Jan 2012 |
Saya tidak mengikuti isu membabitkan MB Kedah Azizan Razak
yang dikatakan menyokong Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)
yang sudah kesekian lama diperjuang untuk dihapuskan. Saya tidak tahu
apakah 'konsekuens' isu itu di sebaliknya. Sebesar manakah atau sejauh
manakah Azizan telah menyokong akta yang kini dibenci kerana dikatakan
telah menyekang mahasiswa itu.
Khabarnya sampai ada protes besar-besaran dalam media massa, menerusi blog, muka buku dan sebagainya.
Ada sebab kenapa saya tidak mengikuti atau mempedulikan isu berkenaan. Kerana isu itu berlegar dalam lingkungan sesama sendiri, maka tidak wajar saya kira ia diperbesarkan. Isu itu seharusnya diselesaikan secara baik dengan diam tanpa gemercingan ke luar.
Dalam saat pilihan raya menjelma sepatutnya semua pihak mengelakkan dari bertembung sesama sendiri dan bersikap mendiamkan apa-apa yang masing-masing tidak berkenaan di antara satu sama lain. Jangan membuka banyak lubang intip untuk mengintip musuh nanti musuh akan mencuri peluang menerobos melalui lubang itu. Pembangkitan isu berkenaan boleh diibaratkan sebagai membuka lubang untuk musuh.
Mulut sesama sendiri perlu diam saat hendak melakukan serangan ke atas musuh. Kalau saat hendak ambush musuh tetapi sesama sendiri masih bercakap dan bercakaran bukan saja musuh terlepas tetapi diri sendiri akan menjadi mangsa kelak.
Apakah motif atau isu sebenarnya di sebalik serangan ke ataz Azizan Razak saya tidak tahu. Hanya hari ini apabila saya membaca laporan di sebuah portal melaporkan Abdul Aziz Bari juga mengecam Azizan Razak sampai minta Azizan Razak menyertai BN kalau hendak sokong AUKU baru saya tahu mengenai isu berkenaan. Kenyataan atau protes Aziz Bari itu saya kira agak keras dan menjadikan saya bingkas untuk mengulas.
Serangan kepada MB Kedah itu puncanya kerana Azizan menyokong tindakan Kolej Insiniah Kedah (KUIN) menggantung lima orang pelajarnya yang terlibat dalam tunjuk perasaan. Itu sahaja. Tidak lebih dan tidak kurang dari itu. Jadi mereka yang mahukan AUKU dihapuskan marah kepada sokongan Azizan itu, menterjemahkan Azizan tidak bersama mereka.
Sokongan itu diheret kepada soal ikrar dalam Buku Jingga. Kononnya dengan pendirian Azizan itu beliau telah bersikap menyanggah kandungan Buku Jingga. Tidak dinafikan dalam Buku Jingga ada dinyatakan untuk menghapuskan AUKU. Pernyataan dan janji di dalam Buku Jingga itu sudah menjadi manifesto Pakatan Rakyat dan sudah diterima sebahagian besar rakyat.
Memanglah dari segi prinsipnya tindakan Azizan itu bertentangan dengan aspirasi Buku Jingga. Tetapi adalah melampau kalau beliau diserang dengan berbagai cemuhan, apa lagi serangan itu sama jenis serangan ke atas Najib Razak, Sharizat Abdul Jalil atau Rosmah Mansor. Bagi saya kenyataan Abdul Aziz Bari seperti dipetik itu saya lihat tidak cermat dan agar boros. Kalaupun beliau anti kepada AUKU tetapi Aziz tidak sepatutnya begitu lancang menyerang Azizan.
Beliau kena ingat dan faham sebusuk dan seburuk mana Azizan dia masih bersama Pakatan Rakyat dan MB kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah. Saya kira mereka yang menyerang Azizan Razak sudah melupai adat dan terbawa-bawa dengan emosi kerana terlampau geramkan UBN. Tidak boleh juga bila kita tidak senang dengan stail dan sikap seseorang kita terus menyerang mereka bila timbul saja isu yang dibangkitkan sedangkan ia boleh dibahas atau diselesaikan secara baik.
Kalau semua faham tindakan (kenyataan sokongan) Azizan itu sebenarnya ia tidak ke mana dan mudah gelabah. Ia tidak sedikitpun pun menghalangkan cita-cita untuk menghapuskan AUKU. KUIN adalah sebahagian daripada ratusan Pusat Pengajian Tinggi (IPT) yang masih mengguna pakai akta berkenaan atau tertakluk dengan akta najis itu. Bukan KUIN sahaja yang mempraktikannya, tetapi pusat-pusat pengajian lain juga berbuat demikian.
Saya percaya Azizan juga tidak bersetuju dengan akta yang menyekat kebebasan mahasiswa bersuara itu. Apa lagi Azizan adalah pemimpin Pakatan Rakyat (oposisi) yang sangat memerlukan kepada kebebasan bersuara di kalangan mahasiswa untuk mendokong Pakatan Rakyat. Kenapa beliau menyokong tindakan itu, perlu di lihat dari sudut lain yang lebih profesional dan akademik serta politik, bukan secara harfiah. Inilah kita kadang kala kerana terlalu emosi sangat tidak dapat menyelami erti di sebalik makna. Tidak dapat menyelami erti lain daripada apa yang kita difahamkan. Ada kalanya kita terbawa-bawa dengan rasa dendam kepada seseorang itu ke mana saja.
Apa yang perlu difahamkan, KUIN tidak boleh bertindak di luar mana-mana akta yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Ia terikat dengan syarat-syarat dan undang-undang tubuhnya. Walaupun KUIN itu dibawah kerajaan negeri yang prinsip politiknya tidak suka kepada akta itu, ia tidak boleh tidak dari memperakui akta berkenaan dan tidak boleh mengabaikannya. Mana-mana ada mahasiswa yang bersalah dan perlu dihukum maka akta itu masih relevan dan digunakan.
Kalau KUIN tidak menggunapakai akta itu pasti ia bertentangan dengan akta penubuhannya yang mana kelulusan dari Kementerian Pengajian Tinggi yang menghendaki menggunapakai akta berkenaan. Semua kena akui bahawa AUKU walaupun dalam proses penghapusan masa kini, tetapi ia masih belum dihapuskan, jadi ia masih valid untuk KUIN juga.
Contohnya begini, kita tidak suka dengan tol yang dikenakan oleh pihak menguruskan lebuh raya sekarang ini kerana ia membebankan. Malahan kita berjanji untuk menghapuskannya kalau kita memerintah. Tetapi selagi kita belum memerintah, lebuh raya itu tetap terikat dengan perjanjian kerajaan, kita wajib membayarnya. Tidak membayar bermakna kita melakukan kesalahan yang boleh dikenakan tindakan.
Jadi bila Azizan Razak menyokong tindakan KUIN itu tidak bermakna beliau bersetuju dengan akta itu. Begitu juga bila kita membayar tol bukan bermakna kita bersetuju dan redha dengan pengenaan tol itu. Beliau menyokong sebagai menghormati keputusan institusi berkenaan yang bertindak menggunakan undang-undang yang masih berlaku (valid). Manakala kita membayar tol dalam paksa itu juga kerana menghormati syarat-syarat yang dikenakan kepada kita. Kedudukannya sama bukan?
Kaedah atau hal-hal seperti ini perlu difahami secara mendalam. Baik mahasiswa, pemimpin pelajar dan ahli politik perlu fahami mengenai perkara ini dan kedudukan sebenarnya. Apa guna kita menyerang sesama sendiri, kalau tindakan itu akan dilihat sebagai kita berpecah belah sesama kita, tiada ada guna langsung.
Kepada saya, (maaflah) mereka yang mempertikaikan tindakan Azizan, membesar-besarkannya apa lagi menyerang termasuk sampai mengungkit perangai dan peribadinya tidak bijak dan bukan orang yang memakai minda politik sepanjang masa. Mereka tidak ada sikap tasamuh di dalam politik. Mereka hanya berfikir dengan apa yang ada di hadapan mereka saja dan tidak melihat kebenaran-kebenaran lain yang berlegar di sekeliling mereka. Maaflah...
Nasib baik dalam kes ini para pemimpin tertinggi nampaknya faham dan tidak terikut dengan nafsu amarah yang mentah itu.
Perhatikan apakah kenyataan sokongan Azizan kepada tindakan KUIN itu adakah dibangkit oleh pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat? Bukan saja dari Pas, tetapi PKR dan DAP juga. Rasanya tidak ada. Ini menunjukkan para pemimpin lebih bersikap profesional dan tahu waktu mana hendak bergaduh dan waktu mana untuk tutup mulut. Bermain politik ibarat kita berlakibini kita kena tahu waktu mana hendak bergaduh masa mana hendak bertengkar fasal nasi hangit. Kalau waktu senja kita bergaduh ertinya sepanjang malam kita akan kerugian...
Justeru mahasiswa, bloger yang anti AUKU dan sebagainya silalah tututp mulut anda. Hasrat dan matlamat untuk hapuskan AUKU itu tidak akan terhenti dengan hanya Azizan Razak membuat kenyataan menyokong tindakan KUIN itu. Malahan cara anda menyerang Azizan itu ia sedikit sebanyak boleh menghilangkan tumpuan untuk menghapuskan AUKU yang telah dimeteraikan dalam Buku Jingga itu.
Kalau anda bijaksana anda tidak ungkitkan secara terbuka kenyataan Azizan Razak itu dan menerima tindakan KUIN itu. Anda patut berjumpa dan berbincang dengan Azizan. Dalam pertemuan itu anda secara senyap mengemukakan memorandum agar Azizan campur tangan melepaskan pelajar berkenaan. Cara ini paling fatanah dan menggambarkan anda - orang-orang yang mengkritik secara terbuka adalah orang yang bijaksana dan berfikiran tenang. Saya rasa Azizan juga akan bersetuju dengan permintaan anda secara diplomasi itu.
Bijaksanalah di dalam melayani isu-isu politik dan pilihlah subjek-subjek untuk diperkatakan, jangan pakai 'rawal' semua sekali. Politik perlu bijaksana yang bijaksana. Dan Abdul Aziz Bari yang baru melangkah kaki secara rasmi dalam lautan politik itu juga saya rasa sudah mula menunjukkan sikap tidak bijaksananya. Aziz sepatutnya tidak serang Azizan seperti itu yang mana boleh melukai hati penyokong MB Kedah itu, tetapi yang afdal memberi penjelasan kenapa Azizan membuat kenyataan sokongan itu. Mendamaikan dan bukan menghuruharakan lagi minda itulah politik harmonis.
Saya tidak mengikuti isu membabitkan MB Kedah Azizan Razak yang dikatakan menyokong Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang sudah kesekian lama diperjuang untuk dihapuskan. Saya tidak tahu apakah 'konsekuens' isu itu di sebaliknya. Sebesar manakah atau sejauh manakah Azizan telah menyokong akta yang kini dibenci kerana dikatakan telah menyekang mahasiswa itu.

SHAH ALAM, 26 Jan: Pakar Undang-undang dan Perlembagaan, Prof Dr. Aziz Bari (gambar)
menegaskan bahawa Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) tidak perlu
lagi dikaji keberkesanannya, yang perlu adalah mansuhkan sahaja.
Beliau yang berkata pada program wacana di kompleks Karangkraf hari ini memberitahu undang-undang yang sedia ada di negara ini sudah merangkumi semua perkara jika seseorang itu melakukan kesalahan samada mahasiswa ataupun mereka yang berada di luar.
"Universiti sekarang perlu fokus kepada sebuah pusat akedemik bukannya mencampuri urusan lain, jika sebuah pusat pendidikan lebih tertumpu kepada apa yang berlaku sekarang saya pasti tahap pendidikan negara ini tidak dapat menandingi universiti di negara-negara luar.
"Kita tidak perlu buang masa untuk mengkaji semula AUKU, kenapa perlu satu pembaziran yang besar dalam kita membuat kajian untuk sebuah pindaan. Tidakkah kita boleh memansuhkannya terus," jelasnya.
Tambahnya lagi, melihat kepada kebangkitan Universiti Malaya sebelum wujudnya AUKU, pentadbiran dan juga pendidikan mereka cukup cantik malah berkesan apatah lagi kedudukannya diperingkat antarabangsa.
"Dalam keadaan sekarang apa perlu kita kekalkan AUKU setelah melihat kemerosotan sistem pendidikan negara, malah pelajar pula menjadi mangsa kepada sebuah akta yang jelas mengekang kebebasan mereka untuk bersuara.
"Malaysia telah cukup dengan segala undang-undang dan juga akta, ini dengan sendirinya kita tidak perlu lagi takut jika berlaku apa-apa perkara diluar jangkaan, kenapa kita ingin menambahkan lagi negara ini dengan akta AUKU ini," sambungnya lagi.
Aziz juga berpendapat, dalam keadaan negara ini juga memperlihatkan sikap pilih kasih yang mana ada pihak akan terlepas dari tindakan jika mereka mendokongi kumpulan pemerintah tetapi sebaliknya akan berlaku kepada mahasiswa yang menentang.
"Kalau AUKU dimansuhkan sekali pun, kita akan melihat terdapat dua perkara akan berlaku yang mana individu yang menyokong pemerintah tidak akan dikenakan tindakan tetapi sebaliknya akan berlaku kepada pihak yang menentang.
"Inilah masalahnya siapa yang mengadakan perhimpunan, pemerintah sudah pasti boleh memilih siapa yang perlu dikenakan tindakan," katanya lagi.
Kata Aziz lagi, terdapat dua pihak yang mempunyai perbezaan pendapat tentang AUKU dan rakyat sendiri mengetahui bahawa secara jelas Barisan Nasional menyokongnya tetapi tidak kepada Pakatan Rakyat, keputusan boleh dibuat pada pilihanraya nanti untuk melihat ia dimansuhkan terus atau masih lagi pada skala pindaan.
"Mahasiswa sudah cukup matang sekarang dan mereka tahu apa yang dilakukannya, kita perlu beri kebebasan kepada mereka dan tidak akan rosak sebuah pendidikan negara jika AUKU dimansuhkan.
"Pendidikan negara akan rosak dan tercemar jika wujudnya campurtangan pihak luar terutamanya mereka yang mempunyai kepentingan di dalam pentadbiran negara yang menentukan sepenuhnya perjalanan akedemik mahupun keputusan dan juga perlantikan seseorang pegawai peringkat tertinggi," sambungnya lagi.
Jelasnya lagi negara yang maju adalah sebuah negara yang tidak mempunyai undang-undang yang banyak bukannya negara yang bangga dengan pelbagai akta serta kekangan.
(Moderator dan anggota penal wacana)
Turut sama dalam wacana tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Pindaan AUKU/Rektor Hal Ehwal Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod, Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamad Maliki Mohd Rapiee, Pemangku Presiden/Naib Censelor Universiti Selangor (UNISEL), Prof Dr Anuar Ahmad, Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa (Aspirasi Malaysia), Mohd Shahar Abdullah.
Manakala moderatornya adalah bekas pemimpin pelajar dan pengacara TV Al-Hijrah, Amin Idris.
Sementara itu pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli bersama beberapa anggota Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) juga turut mengikut wacana tersebut.
Ini pula lain kisahnya.
Bila kami longgokkan brg2 lain sampai bertimbun-timbun kat pelantar rumah dia, kakak ini tak habis-habis mengucapkan TIMA KASIH TIMA KASIH berulang-ulang kali; dia tak tau nak kata apa sampai merah mata dia bergenang dgn air mata, menangis tanda berterima kasih bersyukur tak terkira.
Dengan nada merendah diri kakak ini cakap:
“Hmm,nok ghoyyat pun malu (nak cakap pun segan), memang betul pun, dalam seminggu ini, 3 empat hari kebelakangan ini boleh dikatakan tiap-tiap malam saya menangis mengadu nasib kat Tuhan”
Kerana itu barangkali beliau terus jadi tergamam, terkedu dan rasa sebak terharu; mungkin dia sendiri tak sangka di atas tangisan ikhlas beliau itu, hari ini entah dari mana-mana tanpa angin tanpa ribut tiba-tiba berbungkus-bungkus brg-brg makanan dan bertimbun-timbun beras “jatuh mai dari langit” berlonggok kat pelantar rumah dia tu.
Bila beliau dok ulang sebut terima kasih terima kasih yg tak terhingga itu, saya kata kat dia:
“Kak, ini menunjukkan satu benda ja – ini membuktikan bahawa TUHAN itu ADA!!”
Sekian, moga sedikit catatan kisah-kisah JJMK (Jln-Jln Masuk Kg) kami ini ada faedah dan mampu menjadi iktibar untuk kita semua.
Ada masa, jomlah join kami di expedisi JJMK yang akan datang.
moniermatdin@yahoo.com
http://www.moniermatdin.blogspot.com

AUKU tidak perlu dikaji, hapus sahaja
Muhammad Faizal, | 26 Jan 2012 |

Jalan-jalan masuk kampung Kuala Kemaman
Moniermatdin, | 26 Jan 2012 |
Alhamdulillah, expedisi amal JJMK
(Jln-Jln Masuk Kg) NGO Wargakilang di Pantai Timur selamat berjalan
lancar pada hari sebelum cuti Raya Cina 22 Jan 2012. Kesemua sekali
ada 25 keluarga yg kami kunjungi.
Terima kasih diucapkan kepada mereka ini yang rata-ratanya tidak kami kenali, yg turut serta setelah membaca artikel mengenai kemiskinan di Kemaman yg tersiar di berbagai website, mailing list, blog dan juga facebook. Terima kasih diucapkan kpd para admin/webmaster yg berkenaan, insyaallah tempias pahala daripada kerja amal ini sampai jua kepada kalian semua.
Terima kasih juga kpd kawan-kawan dari Utara dan juga KL yg turun membawa brg2 sumbangan masing-masing, dan jutaan terima kasih kpd rakan-rakan dari Pantai Timur khususnya bekas pelajar lama SMC (Sek Men Chukai) dan juga SIS (Sek Men Sultan Ismail) di atas kerjasama yg diberikan.

Bro ini bersama isteri dan anak2nya
tinggal di rumah atas air. Ikut katanya, beliau adalah NELAYAN TULEN,
dibesar dan dilahirkan di sini, Nelayan sedari kecil. Tanpa tanah dan
tanpa rumah sendiri, hanya menumpang rumah pelantar ini dengan ehsan
Tauke Cina.
Apabila melihat sahabat ini, saya teringatkan Prof Ungku Aziz – waktu Pak Ungku datang buat survey mengenai kemiskinan di Kemaman tahun 1960an dulu, saya rasa brother ini tak ada lagi. Makna kata, beliau adalah generasi terkemudian kpd generasi yg pernah dibuat kajian oleh Pak Ungku dulu; sama sahaja seperti hasil kajian Pak Ungku itu, sehingga ke hari ini makan minum mereka sehari2 terus bergantung kpd laut. Kadang-kadang ada kadang-kadang tiada. Bila saya tanya apa jadi bila tiada, dia cakap terpaksalah pinjam kat SAING-SAING (bahasa Tganu: kwn2), bila ada hasil nanti bayar semula.
Begitulah kehidupan mereka, terus-terusan hidup dalam orbit kemiskinan yang terus berputar segar di bumi Kemaman yg bertuah ini. Teringat saya kpd kata-kata Nik Mardihah (pelajar terbaik SPM 2008) dlm radio IKIM malam tadi, satu-satu cara untuk keluar dari orbit ini ialah melalui PENDIDIKAN. Kami merasakan kata-kata adik Nik Mardihah itu ada benarnya juga; jika tidak dilemma kemiskinan ini akan terus menghantui generasi yg akan datang seperti dalam gambar di bawah ini.

Pakcik Tua ini sudah rabun matanya,
tidak mampu lagi turun ke laut. Anaknya pula, kerana kemiskinan hanya
mampu belajar setakat darjah-6, kalau bersekolah sepatutnya sekarang
sudah di form 4 atau pun form 5. Tanpa pendidikan yg sempurna, anaknya
ini akan terus hanyut berada di orbit kemiskinan yg sama untuk
sekurang-kurangnya satu lagi generasi yg mendatang.
Ini pula adalah wajah keluarga
Nelayan yang dalam tulisan saya sebelum ini (Kemiskinan di Kemaman)
ada saya ceritakan kisah sahabat kami disergah bila datang buat
survey, Abang dlm gambar inilah yang cakap kat dia kata kalau setakat
nak datang survey tak payahlah, sebelum ini pun sudah berpuluh orang
datang survey minta maklumat macam-macam tapi apa pun tak ada.
Alhamdulillah, kami memang betul datang dan tidak memberikan harapan
kosong buat mereka. Moga sedikit sumbangan barang-barang keperluan
harian ini mampu membantu mereka menempuh saki baki hari yg ada
sementara musim tengkujuh akan reda.
Ini pula lain kisahnya.
Kakak ini rumahnya betul2 mengadap
laut, singgah sebentar di pelantar rumahnya ini bagaikan tak ingin nak
pulang. Belaian angin laut memang tangkap syahdu habis. Kalau buat
resort, harga untuk bermalam di lokasi yg sebegini mau mencecah RM250
semalam, tapi untuk keluarga ini, hidup mereka derita sekali.
Dengan suami yg tak mampu kerja
kerana prolong illness (sakit lelah berpanjangan) dan anak2 yg
bersekolah yg perlu disara, apalah sangat yg mampu dilakukan oleh
kakak ini, yang pendapatan hariannya cuma mengambil upah membakar kuih
bahulu – RM13 sehari. Itu pun kalau ada bahulu yg perlu dibakar,
kalau stok masih banyak (bahulu kurang laku) maka tak adalah kerja dan
tak ada upahlah untuk hari itu. Kalau putus bekalan terpaksalah
pinjam dari kawan-kawan. Peritnya hidup mereka.
Sebetulnya, saya tak tau nak tulih apa dah mengenai expedisi amal kali ini, sebab jari jemari saya seolah-olah sudah jadi kaku; saya sungguh terkedu bila melihat suasana kemiskinan yg agak parah di sini. Bila ada sahabat sms/call, saya tak tau nak kata apa, saya jawab:

“Aku dah masuk merata kampung dah,
merata negeri dah pi bantu org miskin ini, hari itu muka aku pun ada
keluar BERSAMAmu bawa krew TV3 pi rumah org miskin kat Kedah, tapi di
Kemaman ini kemiskinannya lain sikit, aku rasa miskin depa ni memang
betul-betul melayakkan depa untuk dapat beras FIDYAH”
Seperti yg saya tulis sebelum ini, bagi kebanyakan keluarga ini, BERAS adalah bernilai EMAS buat mereka.
Apa tidaknya, ada sorang kakak itu (Ibu Tunggal) bila dapat sumbangan beberapa kampit beras 10kg yg kami bawa itu, terus dia cakap:
“ALHAMDULILLAH, HARI INI DAPAT LAH MAKAN NASI!!”
Seperti yg saya tulis sebelum ini, bagi kebanyakan keluarga ini, BERAS adalah bernilai EMAS buat mereka.
Apa tidaknya, ada sorang kakak itu (Ibu Tunggal) bila dapat sumbangan beberapa kampit beras 10kg yg kami bawa itu, terus dia cakap:
“ALHAMDULILLAH, HARI INI DAPAT LAH MAKAN NASI!!”
Bila kami longgokkan brg2 lain sampai bertimbun-timbun kat pelantar rumah dia, kakak ini tak habis-habis mengucapkan TIMA KASIH TIMA KASIH berulang-ulang kali; dia tak tau nak kata apa sampai merah mata dia bergenang dgn air mata, menangis tanda berterima kasih bersyukur tak terkira.
Tanpa
ditanya, kakak ini terus mengadu kat kami, dia kata dia ada 5 orang
anak-anak yg masih bersekolah yg perlu disara. Tiap-tiap pagi bila
bangun tidur, dia kena fikir macam mana nak dapatkan RM15 untuk hari itu
supaya anak-anaknya ada makanan untuk dimakan. Kadang2 dia amik upah
siang ikan keropok (60 sen sekilo isi ikan), kdg2 ambik upah kemas
rumah orang dan apa saja pekerjaan halal untuk dapat RM15 itu.
Dia juga cerita, tahun ini rasa lega
sikit sebab anak bongsu dia dah mencecah usia 4 tahun, sudah boleh
dihantar ke TADIKA – bukan dgn tujuan nak belajar sangat, tapi
beberapa jam tatkala anaknya di TADIKA itu mampu memberi sedikit ruang
untuk beliau keluar jauh sikit untuk mencari seringgit dua untuk
makan minum anak-anaknya, kerana sebelum ini agak terhad disebabkan
beliau terpaksa menjaga anak bongsunya ini. Begitulah peritnya beliau
mencari rezeki.
Expedisi amal kami ini secara rasminya berakhir lebih kurang jam 2 petang.
Lebih kurang jam 4, sorang sahabat
rasa tak puas hati dan ajak saya kembali ke rumah kakak ini; dia rasa
tersentuh sangat dgn nasib keluarga ini dan bagi sumbangan tambahan.
Petang itu kami ke rumah ini lagi; waktu tu jiran-jiran sekeliling penuh mengerumuni rumah beliau, depa pun terkejut tak pernah tengok gamaknya org pi bagi sumbangan barangan makanan berlonggok banyak macam tu sekali – jadi macam kedai runcitlah pulak.
Bila saya habag kat kakak ini kata kami nak bagi sumbangan tambahan, dia lagi terkejut, dia kata tak payahlah tak payahlah – yang dok ada ini pun dah banyak sangat dah.

Terus saya tanya dia, saya kata dah
banyak kali dah kami masuk bagi bantuan ke kampung-kampung tapi belum
pernah terjadi ada orang minta saya pi bagi bantuan ke rumah yg sama
untuk kali ke-2 pada hari yg sama, saya kata ini mesti ada benda yg
kakak minta dan berdoa kat Tuhan, dan di atas berkat DOA dan SABAR
kakak tu, hari ini Tuhan makbulkan.
Dengan nada merendah diri kakak ini cakap:
“Hmm,nok ghoyyat pun malu (nak cakap pun segan), memang betul pun, dalam seminggu ini, 3 empat hari kebelakangan ini boleh dikatakan tiap-tiap malam saya menangis mengadu nasib kat Tuhan”
Kerana itu barangkali beliau terus jadi tergamam, terkedu dan rasa sebak terharu; mungkin dia sendiri tak sangka di atas tangisan ikhlas beliau itu, hari ini entah dari mana-mana tanpa angin tanpa ribut tiba-tiba berbungkus-bungkus brg-brg makanan dan bertimbun-timbun beras “jatuh mai dari langit” berlonggok kat pelantar rumah dia tu.
Bila beliau dok ulang sebut terima kasih terima kasih yg tak terhingga itu, saya kata kat dia:
“Kak, ini menunjukkan satu benda ja – ini membuktikan bahawa TUHAN itu ADA!!”
Sekian, moga sedikit catatan kisah-kisah JJMK (Jln-Jln Masuk Kg) kami ini ada faedah dan mampu menjadi iktibar untuk kita semua.
Ada masa, jomlah join kami di expedisi JJMK yang akan datang.
moniermatdin@yahoo.com
http://www.moniermatdin.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan